Cerpen : Cinta kau membunuh ku

Cerpen : Cinta kau membunuh ku
Nama Pena : Mimie Miamie

Dunia aku sebelum aku bercinta amat berbeza.Aku tidak mengerti apa itu makna cinta , rindu dan sayang. Tapi apabila aku mengenali seorang insan yang bernama Muhd. Husni Abd Wahab , aku telah tahu apa itu makna cinta , rindu dan sayang.Alangkah indahnya waktu itu.Tapi semuanya hanya tinggal kenangan.Apabila si dia meminta untuk mengundur diri.Aku sentiasa ingat saat indah bersamanya.



" Kak Lina…Jomla teman mimie pergi cyber cafe.Mimie bosan la duduk rumah " pujuk ku pada Kak Lina.Kak Lina adalah cousin aku.Dia tua 3 tahun dari aku,23. "Yelah jomlah…Tapi jangan lama tau.Kang bising Mak Dak ." Mak Dak ialah mak cik aku .Kakak kepada ibuku. "Macam tulah akak.Sayang akak ". Happy sangat-sangat bila kak Lina nak teman pergi cyber cafe.Dapat cari kawan best ni.Ehm…Ehm…Nak join chating yang mana ye???Mana KampungChat ni???Biasanya aku join kampungchat.Tapi aku cari-cari tak ada lak…Ehm…join jelah LoveChat.Lupa lak aku,aku sebenarnya dari Sarawak.Aku ke Johor untuk melawat saudara-saudara dan atok.Mana la budak-budak chat kat sini???

BudakSkudai: Haii…

Ada pulak…Aku ingat aku sorang je join ruangan ini . Apa lagi kita mulakan perkenalan .

GiRlLibrA : Haii…

BudakSkudai : Apa kabar?boleh berkenalan?

GiRlLibrA : Boleh apa salahnya…Kabar baik.Awak??

BudakSkudai : Umo?dari mana?

GiRlLibrA : Dari johor nak ke Sarawak.Umo 18.Awak lak?

BudakSkudai : Saya Selangor.Tapi nw kat Skudai.Belajar..Samala umo kita.Awak belajar kat ne?

GiRlLibrA : Saya belajar kat Unimas.Awak lak?Kos?

BudakSkudai : Saya belajar kat UTM dalam kos kejuruteraan mekanikal.Awak??

GiRlLibrA : Saya kewartawanan…

Kelentong je aku ni.Padahal aku baru umur 15 tahun…huhuhu

Masa yang aku guna kurasakan terlalu sekejap.Perbualan aku antara budak itu seperti terlalu pantas.Lupa lak nak tanya nama dia.

GiRlLibrA : Nama awak ape?

BudakSkudai : Muhd. Husni.Awak?

GiRlLibrA : Fatin…k.lah wak.Dah petang.Saya nak balik.

BudakSkudai : Awak…ada no tepon??

GiRlLibrA : Ada…Kenapa??

BudakSudai : Boleh mintak?

GiRlLibrA : Awak bagi no awak.Saya akan contact.

BudakSkudai : 019-6974081…Jangan lupa tau.

GiRlLibrA : Ok…k.lah wak bye.Salam

BudakSkudai : Salam

Wow dapat kawan baru.Budaknya pun aku tengok macam baik.Aikk…salah la.Mana ada aku jumpa lagi.Maksud aku dari cara dia bertanya.Malam nanti aku try meseg la.Mana tau dia kelentong aku aje.

Askum…Hai awk.Sy Fatin.Ni Nombor saya…Awak wat pe?

Oklah tu kan mesej aku.Permulaan mukadimah.Hehehe..

Ehm…Lambat betul dia balas.Ntah-ntah dia main-mainkan aku je.Tunggu jelah kejap lagi…

Tittt…Tittt….Mesej aku la…Dia ke??

Wasalam…awk saya minta maaf.Saya tak ada kredit.Ni nombor member saya.Nanti saya dah topap sy mesg awk.Selamat Malam.

Ehm…Patutla tak balas meseg aku.Tak ada kredit rupanya.

* * *

Tibanya masa untuk aku kembali balik semula ke kediaman aku.Seminggu tinggal disini membuatkan aku terasa tidak ingin pulang.Tapi apakan daya.Selamat tinggal semua.Ada masa akan aku kembali ke bumi kelahiran aku.Ehm…bagitahu Husni la.

Hai awk…Maaf ganggu.Mesti awk tengah kelas kan.Saya cuma nak bgth yang sy akan kembali ke Sarawak semula.Take care.

Agak-agak dia balas ke??Tak kisahlah…

Penatnya…sakit badan aku duduk je dari tadi.Alhamdullillah…Aku selamat sampai ke tempat aku.Balik ni aku nak tidur dulu la.Lepas tu baru kemas barang-barang.Mana ayah ni?Kata dah sampai…Ha itu pun…Rindunya dengan ayah.Aku pulang ke Johor bersama ibu dan adik lelaki aku.Ayah terpaksa ditinggalkan.Sebabnya ada tugas yang menanti.Kesian ayah…

Rumah ku syurga ku…Itulah yang biasa kita ungkapkan.Memang bestla bila dapat balik rumah sendiri.Selesa dan tiada gangguan.Tak lama lagi result PMR nak keluar.Berdebar jantungku.Harap-harap keputusan yang terbaik.

* * *

Askum…hai awk.Buat apa??seronok tak dah kembali ke tempat awak balik?

Ha?Dia meseg aku la…Bestnya!!!

Wslam..Tak wat ape.Dok melepak.Mestilah seronok.

Sy minta maaf sebab tak jwab mesg awk.bz ckit la.

Tak pe…sy fham.awak sy nk bgth sesuatu la.

Apadia?

Sy kan sebenar2nya baru umo 15.awak tak kisah ke?

La…takpe.sy tak kisah la…bru hbs pmr la ni ye.

Ye awk…dok tngu result.

Sejak dari situ,kami kerap meseg dan hubungi.Aku rasa selesa apabila bersembang dengan dia.Peramah,baik hati dan suka buat lawak.Mula-mula aku ingatkan dia pendiam.Yelah masa mula-mula kenal aku tulis 10 ayat,dia jawab satu ayat.Sabar jelah waktu tu.Rupanya dia pemalu.Dia kata tak biasa dengan perempuan.Ni lah first time.Biar betol???

Result PMR pun dah keluar.Aku dapat kelas sains.Macam tak percaya je.Dah la sains aku pun bukan la elok sangat.Ini pulak nak belajar Kimia,Fizik,Add math dan Bio.Boleh demam aku…

Ehm..Sekolah pun dah bermula.Kembali semula aku sebagai pelajar 4 sains 2.Baru sekolah 2 minggu aku dah kene demam.Aku kata demam aku ni "demam terkejut".Mana taknya,aku pening bila belajar subjek sains.Seminggu demam.Tapi aku tak ponteng kelas.Aku terus melangkah ke sekolah untuk aku mendalami ilmu sains.Walaupun kurang arif.Tapikan,aku minat betul subjek Biologi dan Kimia.Best juga…Boleh buat eksperimen.Mencabar la tu bagi aku.

Sementara itu,persahabatan aku dengan Husni berjalan dengan lancar.Setiap kali aku terima meseg dia,senyuman aku akan terukir.Aku rasa bahagia bila dapat mengenali dia.Tak ku sangka,dalam diam aku dapat rasakan satu perasaan aneh dalam diriku.Susah untuk aku katakan.Tak pernah aku rasa seperti ini.Senyum,termenung,gelisah sentiasa ada.Lagi-lagi bila dia tidak contact aku.Adakah itu dinamakan CINTA???

Masuk bulan 4 ni genap 4bulan aku mengenalinya.Begitu cepat masa berlalu.Aku mula-mula mengenalinya pada 14.12.2003.Hari ini dah 8.04.2004.Kejap je kan masa itu.

Kenapa malam ni aku rasa lain macam je?Berdebar-debar ni??Apa ye yang akan berlaku??Alamak,Survivor dah mula la.Ni rancangan yang paling aku minat.Tiap malam jumaat mesti aku duduk depan tv.Jangan sapa-sapa ganggu aku.Huhuhu…

Tiit…Tiittt…Tiiittt…Siapa la yang malam-malam hantar mesej ni.Menganggu tumpuan aku aje.

Hai awk…sory mlm2 kaco.tngah wat pe?

La dia rupanya…Keranamu aku sanggup lupakan cerita ini.Bahaya betul aku ni.

Tak ada wat pe…tngh tgk tb je…awk?

Tak wat pe gak…awk sy ada masalah la.blh tolong??

Kalu blh tolong sy tolong.kalu tak leh sy minta maaf.apa dia?

Macam ni wak,sy ada minat satu budak ni,tapi sy tak tahu samada dia dia ni single atau couple.

La kiranya awk nak ngurat dak tulah ye?

Untungnya siapa dapat kau.Melepas cek…

Yup nampak gayanya mcm tulah.tapi saya malu la nk tnya.lagipun sy tak ada pengalaman dalam bercinta ni.nilah 1st time sy nk bercinta.

Ok macam ni lah ye.sy ni pun tak berapa pndai gak.cz tak pnh couple.awk tnya la dia dah ada pnya ke belum.kalu sy suka awk mcm ne?kalu dia setuju itu tndanya awk berjaya.so ape2 good luck.taknk la sy gngu awk.teruskan perjuangan…

Bunyi macam jeles je aku ni???ye ke??

Awk…sy nk tnya awk boleh?

Apa dia?

Awk dah ada pkwe lum?

La tdkan sy dah bgth.awk ni g la cpt tnya pmpuan tu.kang terlepas baru tahu.

Sy tngah tnya la ni.btol ke tak ada?

Memg tak ada.mslahnya ni awk tnya sy.ke awk nak praktis??

Sy bukan praktis.sy sukakan awk.sudi time sy jd teman awk?

Awk ni biar btol.jgn main2.kang sy mrah baru thu.

Betol la wak.sy tnya dkt awk.SAYA SUKA AWK.AWK SUKA SAYA TAK???

Ehm…si Husni ni biar betol???Aku suka dia tak??Memang la aku suka.Tapi dah bersedia ke aku ni?Kang dipermainkan baru tahu.Dah first time ni…

Bg sy pk dulu ye wak.esok sy msg awk dan bgth.

Ok jangan lupa tau…I LOVE U FATIN!!!

Buang tabiat agaknya.Belum aku bagi jawapan dia dah cakap macam tu.Demam panas agaknya tu.La dah habis ke cerita Survivor.Tak dapat concentrate aku.

Kring…kring…La siapa lak tepon malam-malam ni.

" Awak…saya sukakan awak.Jangan kecewakan saya"

La dia rupanya…Sabarla esok aku bagi jawapan.Gelojoh la dia ni.

" Ye saya tahu.Esok saya bagitahu awak ye.Awak pergilah tidur."

" Saya tunggu meseg dari awak.Jangan lambat tau.Tata sayang.I LOVE U SO MUCH"

Ya ALLAH apa kene dengan dak Husni ni???

Susahnya aku nak tidur malam ni.Kenapa ni??Tolong la lelap wahai mataku.Tenyeh minyak kapak baru tahu.Ehm…esok aku nak bagi jawapan apa ye?Malu aku…Aku memang suka dia.Apa-apa pun aku kene fikirkan dulu.Jangan cepat membuat keputusan.

Wah…ngantuknya.Malam tadi tidur tak lena.Pagi-pagi dah kene bangun.Apa lagi menjalankan kewajipan sebagai umat islam.Solat subuh la…

La…dah kol 11 pg ke???Aku belum lagi bagi jawapan kat Husni.Ish budak-budak ni.Main-main lak…Mak aku ajar mengaji diaorang sempat main-main.Fatin,kau terima je cinta Husni.Aku pasti dia akan membahagiakan kau.

Ni bisikan syaitan ke malaikat???

Askum awk…selamat pagi.awk tentang semalam tu,sy setuju dngan apa yg awk nk.sy sukakan awk.

Wah berjaya juga aku melafazkannya…Tepat jam 11:16:23 pagi.Pada 09.04.2004.Tarikh yang aku tidak akan lupa.Siap saat tu.Tak boleh blah.

Wslam…terima kasih cz sudi time sy.sy jnji akan membahagiakan awk.awk la cinta pertama sy hnga ke akht hayat.sayang awk.

Jangan terlalu cepat berjanji.takut akan dimungkiri.sayang awk juga.

* * *

Di bulan pertama hingga ke hujung tahun 2004,aku rasakan diri ku begitu bahagia sekali.Lagi-lagi percintaan aku dengan Husni berjaya masuk 8 bulan percintaan kami.Husni seorang yang suka memberi nasihat dan mengajar aku erti kehidupan.Menghormati keluarga dan mengutamakan pelajaran sentiasa dia mengingatkan aku.Menutup aurat dan menjadi muslim solehah.Betapa aku sayangkan dia.Dia lah lelaki yang aku cari selama ini.Tiada yang terbaik selain dirinya.Walaupun aku dalam percintaan,aku tidak pernah lupa akan tentang pelajaran.Kerana aku ingin jadi sepertinya.Berjaya hingga ke menara gading.Dia sentiasa menjadi ikon aku.Untuk aku berjaya.Family aku tahu bahawa aku berkawan dengan dia.Biasalah nasihat yang diberi oleh mak,bercinta-cinta juga,tapi pelajaran jangan dilupa dan jangan terlalu khusyuk dengan cinta.Takut kecewa di kemudian hari.

Walaupun aku ini mempunyai sikap kedegilan,tetapi apabila Husni bersuara,aku jadi reda.Dia bijak berkata-kata dan pandai memujuk aku.Dia tak pernah sekali pun memarahi aku.Kata-katanya sentiasa lembut dan mendamaikan.Ingin ku katakan padamu Husni,Aku akan sentiasa mencintai dirimu sehingga nafas terakhir ku.

Awk…sy nk bgth sesuatu boleh?

Apa dia?

Sy nk tukar pngilan kite blh?

Mksd awk mcm ne?

Yelah bg romantic ckit.asyk pngl awk sy je…apa kata lps ni awk pngl sy abg n sy pngl awk syg.nk?

Malu la sy…

Awk ni asyk malu je.bila sy nk dngr awk kata I love u pn sush.

Ala awk ni.

Blh la ye syg…plz…abg teringn nk dngar pngln itu.

Ehm..oklah abg!!!

I LOVE U bukan mudah untuk ku lafazkan.Walaupun aku cintakan dia sepenuh hati.Kurasakan mulut aku terkunci bila ingin luahkan kata-kata itu.Tapi ingin ku katakan AKU AMAT SAYANG KAU HUSNI.

* * *

Tahun ni aku exm SPM.Target aku dalam 5A.Itu je yang aku dapat target.Kalau target tinggi-tinggi kang aku juga yang frust.Tapi kan,aku ada masalah la.Husni dah makin jarang hubungi aku.Dia kata dia busy.Aku pun terima la.Student universiti dengan student sekolah mana sama kan.Walaupun kadang-kadang sampai 2 bulan dia senyap,aku ikut je rentak dia.Sebab aku dah bagitahu dia,aku kata "Selagi dia tak mesej aku tak kan mesej.Sebab aku takut menganggu dia".Tapi dalam hati ini hanya ALLAH je yang tahu.Betapa seksanya aku apabila tidak menerima mesej dan panggilan dari dia.Setiap masa bila aku kesunyian pasti airmata ini akan menitis.Betapa aku rindukan dia.Kemana pergi kata-kata dan bicara romantik serta semangat yang pernah dibicarakan padaku??Aku pernah berjanji dalam diriku,bahawa cinta dan pelajaran tidak aku campurkan.Tapi aku telah memungkiri janji.Aku terlalu rindukan Husni.Dari dua bulan menjadi tiga bulan.Husni tetap mendiamkan diri.Adakah aku pernah melukakan hatinya???Setiap panggilan dan mesej yang aku hantar,akan dibiarkan sepi tanpa menjawab atau membalasnya.

Aku masih teringat kata-kata indah semasa kami masih rapat.

"Sayang…Nantikan abang ingin mengahwini sayang.Sayang la cinta pertama dan terakhir abang.Tiada yang lain"

"Yelah tu abang.Tahu-tahu nanti tak sampai ke jinjang pelamin"

"Betul la sayang.Abang nak beli rumah atas bukit.Rumah itu abang reka sendiri.Khas untuk sayang.Kemudian abang nak sayang hias umah tu mengikut citarasa sayang."

"Besar betul angan-angan abang ni.Angan-angan mat Jenin ye"

"Sayang…betul la.Lepas tu abang nak anak sepasukan bola.hehehe"

"Giler ke…kalu macam tu,abang beranak sendiri."

"Gurau jelah.Tiga orang pun cukup."

"Tahu pun…"

"Sayang cinta pertama dan terakhir abang.Tiada penganti bagi dirimu."

Ya ALLAH betapa seksanya jiwa aku ini.Begitu susah untuk aku lupakan apa yang pernah Husni luahkan.Ianya sentiasa dalam fikiran aku.Tapi apa yang terjadi sekarang.Aku yang rasa dipermainkan.Masa berlalu dengan begitu pantas.Tidak aku menyangka bahawa exam SPM makin mendekati diri ku.Tapi aku,masih mensia-siakan waktu yang singkat itu dengan memikirkan Husni.Tapi belum tentu dia mengingati aku.

Askum…syg apa kabar?chat?

Baru kali ini aku mendapati yang diri dia masih ingat pada nombor telefon aku.Setelah menyepi diri selama 3 bulan baru kali ini dia muncul tanpa menceritakan keadaan sebenar.

Wsalm…syg chat..abg?knp lama menyepi?

Abg chat…abg bz ckit.abg msg ni pun cuma nk ucp good luck kat syg.tak lama lg nk exm kan.so stdy rjin2.jgn hampakan fmly.nanti ada msa kite msg lg.bye…

Itu saja alasan yang mampu dia berikan.Dua meseg yang aku terima terlalu berharga bagiku.

* * *

Masa berlalu dengan pantas.Exam SPM dapat aku tempuhi dengan hati yang tenang.Now,im back to thingking about Husni.Tinggal lagi seminggu nak raya.Aku exam masa bulan puasa.Sabar jelah tahan kelaparan.Nasib baik otak berfungsi.Ada ke masa exam Biologi aku bangun lambat.10 minit sebelum exam aku baru sampai sekolah.Nasib baik member-member aku bangunkan.Kalau mereka tidak menelefon aku,belum tentu aku bangun.Dah la ibuku dah pergi berniaga pagi-pagi lagi.Kelam-kelibut aku dibuatnya.Kalau tidak,mesti aku tak dapat ambil exam Biologi.Biasalah la kan,gara-gara tidur lambat untuk study.

Aku tak menyangka percintaan yang aku bina nak masuk dua tahun.Walaupun percintaan kami jarak jauh,aku cukup bangga pada diriku kerana dapat bertahan selama ini.Tapi,aku dapat rasakan bahawa langit tidak selalunya cerah.Hari raya bakal menjelma tiga hari lagi.Tapi dia masih mendiamkan diri.Takpe,ada lagi tiga hari.Tunggu jelah kan…

Selamat hari raya…syg mohon ampun andai selama ini syg ada buat slh pada abg.selamt hari raya maaf zahir dan batin.

Agak-agak dia balas tak???

Abg meseg nati balik.kat umah jiran tengah bertakbir.

Alhamdulillah…Dia balas juga.Tapi tunggu jelah dia meseg ke tak malam ini.

Malam makin larut.Aku masih menunggu meseg dan panggilan dari Husni.Pagi esok akan genab 1 Syawal.Selama sebulan umat islam berpuasa,tiba saatnya kita meraikan Hari Raya Puasa.

Truut…Truut…Trutt…Husni telefon la.

"Salam…Tengah buat apa sayang?"Sayunya hati aku dengar suara dia.Baru kini aku dapat mendengar suara dia.

"Salam…Tak ada buat apa.Baru lepas tolong mak isi biskut dalam balang.Abang dari mana?"

"Baru balik dari bertakbir.Dari lepas maghrib tadi."

"Kalau penat abang berehat la dulu."

"Takpe…taklah penat sangat.Dah lama kan kita tidak sembang.Malam ni kita sembang puas-puas ok."Aku ingat kau dah lupa bahawa kita memang dah jarang berbual dan meseg.

"Memang pun…Abang pun busy je kan."

"Exam ok tak?Dapat jawab?"

"Semuanya ok…Boleh la…"

Malam itu kami berbual sampai tidak sedar yang sudah 3 jam kami bersembang.Memang aku rindukan saat itu.Entah bila akan menjelma lagi waktu seindah itu???

* * *

Sudah dua bulan berlalu.Selama dua bulan juga aku menganggur.Sekadar membantu ibuku di gerai sahaja.Ada tiga bulan lagi result SPM akan keluar.Hubungan aku dengan Husni menjadi semakin hambar.Dia kembali seperti dulu.Membuatkan diriku seolah-olah tidak wujud dalam dunia dia.

Hari ini 20 December 2005.Tapi kenapa hari ini aku rasa seperti gelisah semacam.Rasa serba salah.Kenapa ye???Walaupun hati aku rasa lain,tapi kuteruskan juga kerja aku dengan selamba.Malam ni mak aku ada tempahan kuih.So,aku pun bantu la juga.Dapat la juga upah.Malam ni cuaca mendung je.Mesti awan dah berat dan tidak sabar untuk dicurahkan ke muka bumi ciptaan ALLAH.

Triit…Triiit..Sapa hantar meseg ni??

Oh Husni…

Salam…Tengah buat apa sayang?

Salam…nothing.Bantu emak je.

Dah mkan?

Dah tadi…Ehmm…

Knp?

Abg nk bgth sesuatu.Rasanya dah tiba waktu itu.

Apa dia?

Seblm tu,abg minta maaf andai ada wat salah selama kita berkawan dan bercinta.

Knp?Cakap jelah.

Hubungan kita tamat disini sahaja.Abg terpaksa beri tumpuan pada pembelajaran.Abg terlalu buzy sampai tiada masa untuk kita bersembang.

Ya ALLAH…Betul ke apa yang aku baca ni???Aku meraung dengan sekuat hati.Aku tidak tahu samada family aku dengar atau tidak.Tapi tangisan aku tidak dapat di tahan lagi.Aku meraung sekuat hati.Kenapa terjadi pada diri ku.Aku lari keluar rumah.Waktu itu hujan turun dengan lebatnya.Kenapa berakhir seperti ini?Mana janji-janji mu Husni??Kenapa baru sekarang kau baru nak ingat semua itu?Kenapa sebelum kau mengucapkannya kau tidak fikir pasal study.Kenapa????

Malam itu aku telefon dia untuk kepastian.

"Betul ke apa yang abang katakan tadi?"

"Ye sayang.Biarlah kita jadi kawan."

"Kenapa sekarang??"Aku menangis lagi.Untuk keberapa kali pun aku tidak tahu.Di kala itu,aku dengar yang Husni juga turut nangis.Kenapa kau nangis kalau kau yang memutuskannya?

"Maafkan abang…"

Itu je yang mampu Husni katakan…

* * *

Dua tahun sudah berlalu.Aku sudah melanjutkan pelajaran ke UPM Serdang.Tapi diriku masih mengingati Husni.Cinta pertama dan terakhir yang mengajar aku erti cinta dan segalanya.Kerna gagal cinta pertama,aku telah kecewakan hati lelaki lain.Aku terima cinta mereka dan kemudian aku lepaskan mereka bila mereka benar-benar mencintai diriku.Aku tahu,bukan salah mereka.Tapi kerana aku kecewa teramat sangat,aku menjadikan lelaki lain sebagai mangsa.Aku minta maaf atas kesalahan aku pada kamu semua.

Kehidupan aku di muka bumi ini tidak lama.Kerana aku didapati ada membawa penyakit kanser otak.Hanya aku yang tahu dan Pencipta ku.Family aku tidak pernah sesekali aku bagitahu.Husni,ingin aku katakan pada mu yang aku masih menyayangi dan mencintai mu…Pada yang pernah aku sakiti hati,aku memohon ampun dan maaf.Bukan niat aku untuk berbuat begitu.Tapi…Aku Cuma berharap aku dapat bertahan sampai ke hujung semester dan kemudian membalas jasa family aku sebelum diri ini pergi menghadapi Ilahi.Ya Allah,berilah aku masa untuk membalas jasa seluruh ahli keluarga aku.Andai semua itu aku sudah laksanakan,aku reda Kau menarik nyawaku.

* * *

Alhamdullillah…Aku kini sudah berjaya sebagai Programmer.Penyakit aku kekadang menyerang.Cuma ubat yang menjadi teman aku.Family aku kini hidup dalam kemewahan.Itu yang aku inginkan.Adik aku pun dah berjaya dalam bidang arkitek.Sepuluh tahun berlalu dengan begitu pantas.Namun aku bersyukur aku masih bernafas.Husni???Dirinya kini sudah dimiliki oleh perempuan yang mampu meraih cintanya.Aku doakan kau bahagia.Tapi satu yang aku pinta,lawatlah aku dan sedekahkan Al-Fatihah andai aku tiada lagi di muka bumi ini…Salam kerinduan untuk mu MUHD. HUSNI ADB WAHAB.Adakah SEJARAH MUNGKIN BERULANG???

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.