Cerpen : Kerana cemburu

Cerpen : Kerana cemburu
Nama Pena : gennieviana

Hari ini merupakan saat bahagia bagi Zahra, dia akan berkahwin dengan pemuda yang baru dua kali ditemuinya, itupun hanya dari jauh, tetapi dia sudah jatuh cinta pertama dengan pemuda itu. Imran merupakan anak kepada kawan ayahnya, ayahnya banyak terhutang budi pada keluarga Imran. Oleh itu sebagai menghormati dan meneruskan lagi tali persaudaraan, ayahnya bersetuju mereka dikahwinkan itupun kerana permintaan Dato’ Mansur ayah Imran. Mulanya Imran tidak bersetuju berkahwin atas pilihan keluarganya tetapi setelah melihat gambar Zahra dia terus bersetuju.


Zahra yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Akauntan, belum setahun bekerja kini terpaksa berhenti kerana kemahuan Imran sendiri. Dia mahukan seorang isteri yang berada di rumah. Zahra agak hairan tetapi tidak membantah malah merasakan Imran pasti seorang pemuda yang baik. Zahra yang sedang mengelamun terhenti apabila ibunya memanggilnya.


"Apa yang kau fikirkan tu Zah? Mengelamun pula, dah siap ke, pengantin lelaki dah sampai tu.."


Zahra hanya tersenyum lalu bangun mendekati ibunya. Baju pengantin yang dipakainya sedondon dengan pengantin lelaki iaitu biru laut. Dia tersenyum kegembiraan, ibunya juga senyum, dia lebih gembira kerana akhirnya anak sulungnya berkahwin juga. Hanya sekali lafaz, Nurafika Zahra binti Mohd Nordin kini sah menjadi isteri kepada Zafrul Imran bin Dato’ Mansur.


Setelah penat melayan tetamu, Zahra meminta kebenaran daripada keluarganya untuk berehat. Dia rasa sedikit pening mungkin kerana keletihan tetapi apabila memasuki biliknya pening itu terubat. Dia melihat langsirnya dipasang baru berwarna biru laut kegemarannya. Katil yang bercadar juga biru laut banyak dihiasi bunga-bunga dari taman ibunya. Kemudian dia beralih kearah meja soleknya. Rupanya aku kelihatan nampak cantik disolekkan fikir Zahra, dia tersenyum-senyum melihat cermin hingga menampakkan lesung pipit kecil sebelah menyebelah bibir bawahnya.


Zahra bergerak ke atas katil. Baru dia teringat hari ini merupakan malam pertama bagi dia. Dia mula merasa sedikit takut kerana dia tidak mahu begitu awal disentuh. Lagipun dia belum mengenali sangat pemuda yang kini adalah suaminya. Namun sebagai seorang isteri dia harus mengikut kata suaminya. Zahra menunggu kedatangan Imran sehingga dia terlelap sebentar. Kemudian dia terjaga dan terkejut Imran juga berbaring di depannya sambil memandangnya.


"Eh..abang, bila abang masuk, zah minta maaf sebab terlelap, erm...tetamu semua dah balik ke?", Zahra cepat-cepat bangun dan duduk berhadapan Imran tetapi Imran masih berbaring sambil memandangnya tanpa menjawab soalan Zahra. Dia jadi hairan dengan perlakuan Imran yang tersenyum-senyum.


"Kenapa bang, ada yang tak kena ka? Kenapa abang tenung Zahra macam tu?", soal Zahra lagi sambil meraba pipinya kalau-kalau ada yang tak kena.


"Tak ada apa-apa, Zahra memang cantik, tak puas abang memandang Zah, erm...pening zah dah ok?", Tanya Imran sambil memegang dahi Zahra takut-takut dia demam.


"Zah dah ok dah, erm...abang nak...", Zahra tidak meneruskan niatnya untuk bertanya, dia harap Imran faham akan maksudnya.


"Eh..tak, abang belum puas nak berdua dengan Zahra, lagipun abang nak isteri abang ni cantik sentiasa...", kata Imran sambil tersenyum.


"Jadi abang tak nak zah macam ni?", Tanya Zahra lagi sambil tangannya membuat bulatan berdekatan perutnya yang bermaksud mengandung.


"Bukan, tentulah abang nak tapi abang nak fikir yang itu kemudian...", katanya lalu bangun dan duduk memandang zah lagi.


"Janganlah tenung zah macam tu, zah rasa malu pula..."


"Opps..abang minta maaf, jom tidur, tak sabar nak peluk isteri abang ni lagipun besok abang kena kerja sebab ada meting untuk projek baru abang."


Zahra mengangguk, dia bangun memastikan pintu berkunci dan menutup lampu kemudian berbaring di sisi Imran. Dia rasa ada kehangatan menusuk kalbunya, lebih-lebih lagi bila Imran mengucup bibirnya terasa kebahagian itu adalah miliknya. Dia harap dia akan kekal bahagia bersama suaminya sampai bila-bila.


Pagi itu Zahra bangun agak lewat dan mendapati suaminya sudah tiada. Mungkin dia sudah pergi pejabat fikirnya. Lalu dia mandi dan bersiap untuk turun ke bawah. Sedang dia menyikat rambutnya dia ternampak secebis nota dari Imran.


"Sayang, jangan lupa berkemas pakaian dan barang-barang, sebab abang nak bawa sayang balik ke rumah kita, tengahari nanti kalau abang tak dapat jemput, abang akan suruh driver kita jemput sayang ok.."


Zahra rasa sedikit sedih sebab belum sehari dia berkahwin dia terpaksa meninggalkan ibu dan ayahnya serta dua lagi adik lelakinya. Namun sebagai isteri dia harus menjalankan tanggungjawabnya di rumah suaminya.


Tengahari itu, dia terdengar bunyi hon kereta di depan rumahnya, pasti itu Imran fikirnya lalu menjenguk di depan pintu tetapi yang keluar adalah pak Hassan, driver Imran. Pasti Imran sibuk katanya sendirian.


"Puan, ada barang-barang yang perlu diangkat?", pak Hassan bertanya sebaik berdepan dengan Zahra.


"Ada dekat ruang tamu, tolong angkat ye..", kata Zahra, dia kemudian memeluk ibunya yang ada di sisinya.


"Ibu, rasa berat hati lah nak tinggalkan ibu.."


"Dahlah Zahra tak perlu nangis, ibu faham lagipun kau dah ada suami, kena jaga makan minum, pakaian, dan sakit suami, jangan pula derhaka."

"Baik, ibu...ayah, minta maaf kalau Zahra dah susahkan ayah terutamanya untuk perkahwinan Zahra.", kata Zahra sambil mencium tangan ayahnya penuh hormat.


"Budak ni, nak minta maaf pula, ayah gembira sebab Zahra dah bersuami, takdelah ayah susah hati nanti..", kata ayahnya sambil tersenyum.


"Ah..angah, achik, akak pergi dulu, jaga ibu dan ayah baik-baik tau...", katanya kepada dua adiknya yang masing-masing berumur 18 dan 20 tahun.


Selepas mengucapkan selamat tinggal, kereta yang dinaiki Zahra mula bergerak ke rumah dua tingkat berwarna putih kepunyaan Imran. Perjalanan mengambil masa hanya sejam untuk sampai.


Zahra memasuki rumah Imran, setiap sudut rumah itu ada lukisan tergantung, semuanya cantik, sofa pula seperti baru, di satu bahagian dalam rumah itu terdapat rak-rak yang menyimpan piala-piala dan banyak gambar tergantung. Sedang dia memerhati setiap gambar itu dia terkejut kerana ada suara dari belakangnya menyapa.


"Puan dah sampai? Nak mak jah sediakan air?", kata seorang perempuan yang dalam lingkungan 50-an. Mak Jah merupakan pembantu rumah Imran tetapi Imran menganggapnya seperti ibu, Mak jah adalah pengasuhnya sejak dari kecil. Zahra memandang ke arah suara itu dan mengangguk.


"Puan duduklah dulu, mak jah buatkan air ye.."


Kehadiran Zahra menjadi penyeri rumah putih itu, sejak dia ada, Imran selalu balik ke rumah untuk makan. Kalau sebelum ini imran hanya menyuruh mak jah masak jika dia sudah bosan makan di luar. Dalam beberapa minggu dia menjalankan kehidupan sebagai isteri, dia belum nampak sikap Imran sebenar, dia hanya tahu Imran penyayang.


Suatu hari, di petang minggu, semasa Imran dan Zahra sedang duduk di balkoni, handphonenya berdering minta diangkat lalu dia mendapatkan handphonenya di meja solek dan menjawabnya.


Agak lama juga dia menjawab panggilan itu membuatkan Imran rasa curiga. Dia mendekati Zahra lalu mengambil handphone di tangan Zahra dan Zahra terkejut dengan perbuatan suaminya. Suaminya mendengar itu adalah suara lelaki lalu dia menjawab.


"Awak siapa, awak nak apa dari isteri saya?", Imran meninggi sedikit suaranya.


"Erm..saya...kawan baik Zahra, saya cuma mengucapkan tahniah...", belum sempat dia menghabiskan kata-kata lalu dia memotong.


"Terima kasih, dah cukup, tak payah lebih-lebih, dia dah jadi isteri saya...", katanya lalu menutup handphone Zahra dan meletakkan semula di meja solek dan berlalu semula ke balkoni.


Zahra hairan melihat sikap suaminya. Lalu dia mendekatinya.


"Kenapa abang buat macam tu? Dia tu kawan baik Zah, dia selalu tolong Zah sewaktu di kampus dulu...", Zahra memandang suaminya yang sedang membaca surat khabar.


"Abang, dengar tak, zah tanya ni, kenapa..."


"Abang tak suka zah bercakap lama-lama dengan lelaki, entah dia nak apa kita tak tahu walaupun dia kawan baik Zahra dia mungkin ada niat lain...", Imran memotong pertanyaan isterinya.


"Tak mungkinlah, zah kenal dia bang, dia tu..."


"Zah, boleh tak zah dengar kata abang? Abang tak suka zah cakap dengan lelaki lain..", kata Imran agak kasar. Dia menghempas surat khabar di meja lalu pergi ke arah katil. Zahra mengikuti suaminya dia jadi serba salah dan mahu membela diri tetapi ibunya sudah berpesan dia harus mengikut kata suaminya.

"Abang, Zah minta maaf, lain kali zah tak buat lagi, maafkan Zah bang..", dia memujuk suaminya, dalam hati dia membuat andaian sendiri, pasti suaminya cemburu.


"Janji tak buat lagi k, sebenarnya abang tak mahu zah bercakap dengan lelaki lain, abang rasa zah tak peduli kan abang lagi..", kata Imran memandang Zah yang duduk didepannya.


"Abang cemburu ye...", katanya lalu dia ketawa kerana Imran mencuit pinggangnya, Imran jadi malu kerana Zahra tahu sikap cemburunya.


Beberapa bulan selepas itu, Imran membawa isterinya pergi bercuti, dia sebenarnya ada urusan perniagaan yang perlu dibincangkan dengan pelabur dari luar Negara. Mereka mengadakan perjumpaan di sebuah resort pastinya berhampiran pantai. Zahra begitu gembira kerana dibawa bersama, Zahra memang sukakan pantai.


"Abang, boleh tak temankan zah pergi pantai kejap? Tak sabar nak sentuh air laut...", kata Zahra yang sedang memandang pantai melalui tingkap bilik yang mereka pilih untuk menginap. Sengaja Imran memilih bilik yang berhadapan dengan pantai.


"Abang ada urusan sikitlah sayang, kalau tak sabar juga nak pergi sana, Zahra pergi sendiri ye, nanti abang cari zah dekat sana lagipun sekejap je ni, nak sambut pelabur abang yang dari luar Negara tu, besok baru meting..", panjang lebar kata-kata Imran sambil membetulkan tali lehernya.


"Mari zah betulkan, nampak senget sikit...", kata Zahra lalu tangannya dengan lembut membetulkan tali leher Imran berwarna biru gelap. Imran memerhatikan muka Zahra lalu memegang tangan Zahra yang lembut.


"Macam mana nak betulkan tali leher kalau abang pegang tangan Zah?", Tanya Zahra manja.


"Isteri abang hari ni cantiklah...", kata Imran lalu mencium tangan Zahra.


"Abang ni suka usik zah, dahlah nanti abang lambat, nah jam tangan zah pakaikan k..."


Selepas mencium dahi isterinya, Imran berlalu menuju ke lobi resort. Selepas sejam dan suaminya belum juga tiba, Zahra bersiap mahu ke pantai. Oleh kerana tidak mahu kulitnya gelap, dia memakai losyen sunblock untuk muka dan tangannya. Dia mencapai cermin gelap sebelum melangkah keluar pintu.


Semasa sedang bermain air, Zahra dikejutkan oleh seorang pemuda yang memakai topi sedang membawa kemra yang disangkutkan dilehernya. Lelaki itu mengambil gambar Zahra yang sedang bermain air membuatkan dia sedikit terkejut.


"Awak nampak comel...", kata lelaki itu menyebabkan Zahra takut dan mahu beredar dari situ. Tetapi pemuda itu menahannya dari depan.


"Cik tak perlu takut, saya bukan orang jahat, saya cuma nak ambil gambar..."


"Semua orang boleh mengaku bukan orang jahat lagipun awak ambil gambar saya tanpa izin saya..", kata Zahra lalu mahu memintas lelaki di depannya. Tetapi lelaki itu sekali lagi menahannya.


"Tunggu cik, saya minta maaf sebab itu, saya rasa cik sesuai jadi model saya, siapa nama cik?"


"Saya tak mahu, awak boleh cari orang lain lagipun saya dah kahwin, ketepi saya nak balik ke bilik..", lelaki itu memandang jari kanan perempuan itu dan ternampak cincin emas bertaktha berlian tersarung di jari manisnya.


"Oh...saya minta maaf, saya tak tahu, erm...boleh saya tahu nama puan?", lelaki itu tersenyum pada Zahra, nampak kacak juga fikirnya tetapi tidak setampan suaminya.


"Nurafika Zahra, awak boleh panggil Zahra..", katanya mula menyenangi lelaki tersebut tetapi dia masih takut kerana suamniya pasti marah jika dia bercakap dengan lelaki lain.


"Sedap nama tu, saya Iskandar, jurufoto untuk majalah pelancong, boleh tak kalau saya ambil gambar puan?"


"Saya dah lambat ni, awak cari lah orang lain...", kata Zahra lalu cuba memintas lagi tetapi lelaki itu masih mahu mengejarnya.


"Tak lama sekejap je, sekali klik, puan boleh pergi tapi saya nak puan senyum, puan nampak cantik..", kata lelaki itu yang sudah bersedia mahu mengambil gambar tetapi tiba-tiba lelaki itu rebah dipukul seseorang dari belakang. Rupa-rupanya Imran.


"Abang, sakit tangan Zah...", kata Zahra merayu minta dilepaskan. Dari pantai itu lagi Imran menarik tangan Zah dengan kuat, tidak menghiraukan kata-kata zah yang kesakitan dan tidak juga menghiraukan orang memandang ke arah mereka, dia membawa zah balik ke bilik lalu dilepaskan. Zahra mengosok-gosok pergelangan tangannya yang nampak lebam.


"Kenapa Zahra layan lelaki tu? Kan abang cakap, abang tak suka Zahra layan lelaki lain...", bentak Imran dengan tajam memandang Zahra.


"Zah tak layan bang, dia yang mengejar zah, dia kata nak ambi gambar zah, zah dah mengelak tapi lelaki itu tahan..."


"Patutlah Zah nak sangat pergi ke pantai, rupanya nak jumpa lelaki lain, zah memang tak tahu malu, dah bersuami nak jumpa lelaki lain..."


"Abang...zah tak macam tu bang, zah minta maaf sebab tak dengar cakap abang tapi bukan maksud zah nak sakitkan hati abang, zah cuma nak ke pantai nak pergi sentuh air, lepas tu tiba-tiba datang lelaki yang langsung zah tak kenal, zah terus nak balik tapi lelaki tu yang..."


"Yang apa? Jangan nak tipu abanglah zah, kalau tak kenal kenapa layan sangat lelaki tu, zah tu isteri abang, isteri kepada Imran anak Dato’ Mansur, abang tak nak nanti orang fikir abang beristerikan perempuan tak tahu malu...", Imran melepaskan kemarahannya dengan menumbuk cermin meja solek. Nasib baik hanya retak, tangan Imran berdarah terkena serpihan kaca. Zahra terkejut lalu memujuk suaminya.


"Abang, tolong maafkan Zahra, zahrah janji Zahra takan ke mana-mana tanpa abang...", rayu Zahra memeluk suaminya. Kemudian Zahra memegang tangan Imran dan membawa Imran ke katil. Dia mengelap tangan Imran yang berdarah dengan tisu lalu membalutnya selepas meletak minyak luka yang dibawa Zahra ke mana saja.


"Abang, marah Zahra lagi ka, abang...zahra betul-betul minta maaf..zahra..", air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga ke pipi, dia langsung tak berniat mahu menyakiti suaminya. Kerana belas kasihan dan sayang yang amat dalam, Imran mengesat air mata Zahra, dia mula rasa bersalah.


"Abang minta maaf sayang, abang bukan nak buat zah menangis tapi abang memang tak suka bila zah bercakap dengan lelaki lain."


Imran memeluk isterinya yang masih mengalirkan air mata. Zahra tahu suaminya sangat sayang padanya dan dia tak salahkan suaminya bersikap seperti itu, dalam hatinya membuat andaian mungkin semua suami akan bersikap seperti itu apabila nampak isterinya bercakap dengan lelaki lain. Dia terlena dalam dakapan Imran.


Selepas kejadian itu, Zahra mula menyedari suaminya seorang yang panas baran dan cemburu yang amat tinggi. Tetapi Zahra tidak begitu ambil kisah selagi suaminya masih sayangkan dia, Zahra pasti akan tetap di sampingnya.


Sebulan selepas balik dari bercuti, zahrah mula rasa pening-pening setiap pagi, makan pun tidak berapa selera, tekak terasa loya dan kalau hendak makan pun Zahra rasa seperti nak muntah. Tengahari itu seperti biasa mak jah menyediakan makanan untuk zahrah, tetapi kali ini zahrah tidak langsung dapat memakannya kerana baunya betul-betul membuatkan zahra nak muntah. Dia berlari ke arah sinki. Mak jah kehairanan, dia menghidu bau makanan yang dimasaknya tapi tiada bau pun yang meloyakan, malah mak jah seperti lapar melihat makanan yag dimasaknya sendiri. Mak jah mula berfikir dan membuat andaian bahawa zahra mungkin sedang mengandung. Dia mendekati zahra.


"Puan sakit? Mak jah rasa puan kena jumpa doktor cepat-cepat..", kata mak jah sambil mengusap belakanga zahra.


"Tak payahlah mak jah, saya perlu rehat je, minta maaf mak jah saya tak dapat nak makan hari ini, mak jah dan pak hassan makan la, saya naik atas dulu..", kata Zahra kemudian berlalu ke tingkat atas.


Mak jah hanya memandang zahra berlalu, kemudian berlari anak ke arah pak hassan yang duduk di luar. Dia memberitahu sesuatu kepadanya lalu kereta yang pak hassan bawa keluar dari rumah itu. Sejam kemudian Imran datang menjenguk Zahrah yang sedang tidur.


"Abang, bila abang sampai? Dah lewat ke bang?", tanya zahra lalu cuba untuk bangun tetapi Imran menahan.


"Mak jah cakap zah sakit, abang datang cepta-cepat takut zah pengsan...", kata Imran tersenyum seperti hendak bergurau. Zahra juga tersenyum menampakkan lesung pipitnya membuat Imran bertambah senyumnya.


"Abang bawa zah pergi klinik ye..."


"Eh..tak apa la bang, zah tak nak susahkan abang..."


"Kalau tak nak abang susah, kenalah dengar cakap abang...", mereka tersenyum lagi, Zahrah mencubit manja pinggang Imran. Dia kemudian cuba bangun dibantu Imran.


Sampai di klinik dia menyuruh Zahra duduk sebentar, Imran terus menuju ke kaunter.


"Cik, ada tak doktor perempuan?"


"Ini klinik Dr Murad, tak ada doktor perempuan...", kata nurse yang menjaga kaunter, dia sedikit berkasar kerana pertanyaan itu difikirnya tidak logik.


"Saya tahulah ini klinik Dr. Murad, tanya pun jawablah baik sikit...", kata Imran membalas dengan sedikit kemarahan. Kemudian dia terdengar suara dari belakang.


"Assalamualaikum..."


"Waalaikumsalam..", Imran menolah lalu dia terlopong sebentar.


"Im...saya tak sangka jumpa kau di sini...", kemudian mereka bersalaman.


"Raz, akhirnya kau jadi doktor juga, dulu saya dengar dari kawan-kawan kita kau sambung belajar doktor selepas ambil ijazah business, betul rupanya kau jadi doktor...", kata Imran gembira kerana berjumpa dengan kawan sekolejnya.


"Ya tapi masih ada setahun lagi belajar sebelum jadi doktor yang sebenarnya, saya minta praktikal kat sini, klinik pakcik saya...kau datang sini nak buat apa, kau sakit ke?"


"Eh bukanlah, saya bawa isteri saya jumpa doktor, kat sini tak ada doktor perempuan ke?"


"Kau ni, masih lagi perangai lama, tak kan dah beristerikan dia kau takut dikebas orang pula...", tanya Razlan, dia tahu Imran dulu banyak peminat tapi hanya seorang yang diminatinya, jika ada lelaki lain kacau perempuan yang dia suka pasti diberi amaran.


Imran menumbuk lembut bahu Razlan sambil tersenyum, kemudian dia membawa Razlan berjumpa dengan Zahra. Mereka berkenalan tetapi Zahrah tak berani mahu bersalaman dengannya. Razlan kemudian membawa Zahrah ke bilik rawatan di sebelah bilik Dr Murad. Oleh kerana pakciknya tiada maka Razlan mengambil alih tugas tersebut. Razlan sudah biasa dan tahu tugas-tugas sebagai doktor jadi dia tahu apa yang patut dibuatnya. Tapi baru lima minit mereka berdua di dalam, Imran masuk tanpa mengetuk pintu dan kebetulan dia ternampak Zahra berbaring di katil. Dia menarik Razlan yang berdepan dengan Zahra.


"Kenapa zahra kena baring, kau nak buat sesuatu ke pada dia? Zahra berdiri, abang tak nak nanti dia apa-apakan zahra..", kata Imran, zahra terkejut.


"Abang, dia cuma nak cek je...", kata Zahra memaut tangan suaminya lalu berdiri.


"Cek apa? Tak kan Zah suka pula Razlan sentuh zah, zah ni dah melampau lah, hanya abang saja yang boleh sentuh zah...", suara Imran sedikit meninggi menyebabkan Razlan membela.


"Im, saya hanya menjalankan tugas lagipun saya rasa isteri kau ni mengandung."


"Mengandung?", Imran rasa terkejut sebab hanya sekali dia menyentuh Zahra, dan Imran seperti tak percaya baru sekali sudah membuahkan hasil.


"Ya...kalau boleh izinkan saya memeriksa usia kandungannya, jangan risau saya akan meminta nurse yang memegangnya.


Kemudian dia memanggil nurse dan mereka berdua menutup langsir di mana Zahra berbaring. Tidak lama kemudian Razlan membuka langsir dan duduk di mejanya, sementara nurse membantu zahra bangun, Razlan menyuruh Imran duduk.


"Tahniah Im, Zahra mengandung sebulan..", dia memandang zahra yang seperti pucat lalu menulis sesuatu di kertas.


"Ni kau bawa ke kaunter, nurse akan bagi zahra ubat, saya nampak zahra keletihan, baiklah kau bawa dia balik berehat...", Imran bangun dan mengucapkan terima kasih, dia tersenyum tanda gembira tetapi dalam hati dia tertanya-tanya betulkah itu anak dia?


Sampai di rumah, zahra terus ke bilik. Imran yang memandu kereta masih berada dalam kereta memikirkan sesuatu. kemudian dia keluar dan terus menuju ke bilik.


"Zah, anak siapa yang zah bawa sekarang?", zahra terkejut dengan pertanyaan suaminya, dia rasa seperti dihina kerana anak yang dikandungya adalah anak Imran sendiri.


"Abang, ni anak abang, kenapa tanya macam tu, abang tak suka ada anak ke?"


"Bukan tapi..."


"Hanya abang yang pernah sentuh zah, zah tak pernah ingkar kata-kata abang, kenapa pula abang rasa ini bukan anak abang? Zah tak pernah jumpa mana-mana lelaki sebab Zah masih waras lagi, masih tahu dosa bila curang pada suami."


Panjang lebar Zahra menerangkan, lalu air mata zahra tumpah lagi kerana kata-kata Imran yang menguris hatinya. Imran mula menyesali kata-katanya lalu memeluk isterinya erat.


"Abang minta maaf zah, abang gembira sebab kita akan ada anak tak lama lagi..", Imran mengucup dahi isterinya. Dia menemani isterinya berbaring sambil tangannya perlahan-lahan menyentuh perut Zahra.


Tiga minggu kemudian iaitu pada sebelah petang, Zahra didatangi oleh seorang tetamu lelaki yang tidak dikenalinya. Dia membawa sebuah beg dan berumur dalam lingkunan 30-an. Dia bertanya pada mak jah siapa lelaki itu tetapi mak jah juga tidak mengenalinya lalu dia menemui juga lelaki itu, Zahra sebenarnya takut jika Imran nampak dia bersama dengan lelaki yang tak dikenalinya tetapi kerana menghormati tetamu dia menegur lelaki itu yang sedang berdiri di ruang tamu.


"Maaf sebab buat encik tertunggu...duduk lah, erm, encik ni siapa, cari suami saya ke?", tanya zahra lalu duduk berhadapan dengan lelaki tersebut. Belum sempat dia menjawab mak jah datang menghidang air, selepas menuangkan secawan nescafe, dia kembali ke dapur.


"Saya Darwan Ariffin, peguam keluarga Dato’ Mansur. Saya menggantikan ayah saya yang merupakan peguam asal keluarga ini tetapi sejak ayah saya sakit saya menggantikan tempatnya dan mengambil tugas-tugasnya. Saya datang ni atas arahan Dato’ Mansur."


"O...macam tu, erm..suami saya masih belum balik, dalam sejam lagi mungkin dia akan sampai, kenapa encik tak ke pejabatnya?"


"Saya baru balik dari pejabatnya tapi setiausahanya cakap, dia ada meeting di luar dan akan terus balik ke rumah, jadi saya datang ke rumah sebab saya fikir dia dah balik..."


"Erm...boleh tak saya tahu tujuan En. Darwan datang? Ada apa-apa masalah ke?"


"O..tak ada apa-apa, saya cuma nak dia sahkan saya sebagai peguam keluarganya yang baru, Dato’ Mansur sudahpun tandatangan surat perjanjian ni...", Lelaki itu menghulurkan fail perjanjian kepada Zahra tetapi zahra menolaknya.


"Tak apa, saya rasa lebih baik biar suami saya saja yang melihatnya, erm...awak nak minum lagi, biar saya tuangkan...", kata Zahra dan seketika itu juga dia mendengar kereta yang dipandu pak Hassan tiba di depan rumahnya.


Dia cepat-cepat menuangkan minuman untuk lelaki tersebut kerana takut ketibaan suaminya tetapi belum sempat dia meletakkan kembali kaca yang berisi Nescafe itu, Zahra disergah oleh suara Imran menyebabkan kaca itu terlepas dari tangannya. Kaca itu terjatuh di lantai, ini membuatkan mak jah juga datang melihat apa yang berlaku.


"Apa yang kau buat ni? Siapa lelaki ni? Kenapa dia ada dengan Zahra? Apa yang kamu buat waktu abang tiada?", suara Imran meninggi bertanya pada zahra. Zahra hanya tunduk takut memandang suaminya.


"Hei, apa kau buat dengan isteri aku? Dia bawa kau kemari ke?"


"Eh, tak, saya...saya Darwan...saya ni...", gementar juga lelaki itu menjawab dan kerana itu Imran memotong.


"O Darwan, jadi kau selalu datang ke mari kacau isteri aku?"


"Abang, dia tu...", Zahra cuba bersuara tetapi Imran memandang isterinya dengan tajam.


"Dia apa? Kawan baik? Kekasih gelap? Jadi sekarang ni zah dah pandai bawa lelaki datang rumah?"


"Tidak abang, dia tu peguam, dia datang nak jumpa abang..."


"Abang tak percaya, abang tahu zah mesti ada hubungan dengan lelaki ini kan..."


"Abang, tolonglah bang, zah tak curang dengan abang, dia betul peguam...", Zahra mula merayu pada Imran sambil tangisannya mula kedengaran.


"Ya Imran, jangan salah faham, saya datang nak...", belum sempat lelaki tersebut menghabiskan kata-katanya Imran memandang dan terus menumbuk lelaki tersebut menyebabkan dia rebah di lantai, mulutnya berdarah, pak hassan terkejut melihat tingkahlaku Imran lalu cuba menenangkan keadaan. Dia cuba menolong lelaki tersebut dan menyuruhnya balik dahulu. Mak jah memandang dari jauh dia tahu sikap panas baran Imran tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.


"Zah, cakap dengan abang, sejak bila zah dah pandai bawa lelaki datang rumah? Kenapa zah sanggup buat benda tak baik dalam rumah abang ni..", Imran benar-benar marah, dia seperti merasa dirinya dipermainkan tetapi dia tidak tahu dirinya dikuasai oleh cemburu yang tidak bertempat, cemburu buta.


"Apa maksud abang? Zah tak buat apa-apa bang..", kata zahra dalam tangisannya.


"Yang ini apa? Inilah hasilnya, patutlah abang ragu-ragu ini anak abang rupanya anak orang lain, entah lelaki siapa yang zah dah layan ni...", marah Imran sambil tangannya menunjuk perut Zahra.


Zahra menampar pipi Imran untuk menyedarkan dia. Zahra mula hilang sabar, sampai hati suaminya menuduhnya bukan-bukan sehinggakan anak dalam kandungannya itu difikirkan anak hasil maksiat. Zahra melangkah bernekad mahu pergi dari rumah milik Imran, kerana baginya tuduhan itu sangat-sangat tidak boleh dimaafkan. Dia tidak sangka suaminya terlalu ego, cemburu yang melampau-lampau. Dia mula mengemas pakaian-pakaiannya dan mula menuruni tangga, tiba-tiba dia dikejutkan oleh Imran.


"Zah nak ke mana ni? Zah, abang bukan bermaksud nak halau zah, maafkan abang zah sebab tak dengar dulu kata-kata zah...", Imran baru tahu akan perkara sebenar setelah papanya Dato’ Mansur menelefon ke rumahnya. Papanya mendapat tahu mereka bergaduh dari peguamnya sebentar tadi.


"Abang, Zah nak minta cerai dengan abang, zah dah tak tahan lagi, dari awal perkahwinan kita hinggalah hari ini abang selalu tuduh zah yang bukan-bukan, abang ingat zah ni apa perempuan murahan? Zahra tak pernah curang dengan abang malah setiap kata-kata abang, zah ikut, semua kemahuan abang zah ikut tapi ini yang zah dapat bang, kata-kata yang kesat, kata-kata yang menyakitkan hati...", Zahra menangis semahu-mahunya tetapi dia tetap nekad mahu pergi dari rumah ini.


"Zah, jangan tinggalkan abang zah, abang sayangkan zah, abang cintakan zah sepenuh hati abang, cuma abang tak dapat kawal diri, abang jadi marah bila nampak zah dengan lelaki lain, abang tak suka zah bersama dengan lelaki lain...", Imran terduduk sambil memeluk kaki Zahra, dia merayu agar Zahra memaafkan.


"Zahra tak tahan dengan perasaan cemburu abang, Zahra bersabar dari awal sebab Zah juga sayangkan abang tapi Zah rasa lebih baik kita berpisah, ceraikan Zah bang, Zahra berjanji takan cari lelaki lain sebagai bukti bahawa Zah setia dan sayangkan abang dan abang boleh lihat anak kita bila-bila masa sahaja jika abang masih mengakui ini anak abang tapi Zah tak mahu tinggal dengan abang."


"Zah, maafkan abang Zah, maafkan abang...", kata Imran, suaranya semakin tidak kedengaran kerana menangis, dia melepaskan kaki Zahra sambil tertunduk di lantai, tangannya menumbuk lantai tanda kesal.


"Abang, halalkan makan minum zah dunia hingga akhirat, selamat tinggal sayangku...", lalu Zahra pergi meninggalkan rumah putih tingkat dua, meninggalkan kenangan pahit manis bersama insan yang dicintainya, pergi dengan sayu dan hiba kerana hati yang sungguh terluka, terluka bukan sahaja kerana sikap Imran tetapi kerana perpisahan yang tak mungkin dia akan tarik balik. Hanya di pintanya agar Imran menemui anak yang dikandungnya suatu hari nanti.


Tamat.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.