Cerpen : Hati Sang Pencinta

Cerpen : Hati Sang Pencinta
Nama Pena : abg aloha

"Salam apa kabar? Sihat ke? Semalam awak buat apa?" Bertubai-tubi persoalan yang ditekskan kepada JD sewaktu membaca sistem pesanan ringkas pada skrin telefon bimbitnya.

JD tidak terus membalas teks tersebut, sebaliknya hanya berfikir dan termenung jauh menunggu masa yang sesuai untuk membalas pesanan ringkas tersebut. Fikiran masih lagi teringat dengan perlakuannya beberapa hari yang lalu.

"Siapa yang mesej tadi?" Tanya Rina yang duduk disebelahanya sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain. JD tidak terus membalas sebaliknya hanya duduk terdiam membisu.

"Kau ni pun, kalau tak balas tu faham-faham aja la. Kan dia dengan Zila tengah berperang besar" Sampuk Omar.

"Kau ni JD, kenapalah selalu gaduh macam ni. Aku pening dengan perangai kau orang ni" Ujar Rina dengan nada nasihat tetapi pada masa yang sama menyindir.

"Boleh tak kau jangan menyampuk dengan masalah dia orang. Nanti baiklah tu. Macam tak tahu aja" Omar menolong menjawab pertanyaan Rina.

JD hanya diam dan terus mendiamkan diri tanpa membalas pertanyaan daripada Rina. Buku ditangannya dibelek satu persatu, tiada rasa mahu mencari maklumat di dalam belekan itu. Fikirannya masih lagi melayang dengan perkara yang berlaku beberapa hari yang lalu.

Setelah beberapa minit mendiamkan diri, Omar masih lagi rancak berdebat dengan Rina, JD terus bangun dan beredar dari situ tanpa mengendahkan perdebatan yang tiada penghujungnya. Langkahnya yang penuh dengan kekesalan, pergi menjauhi rakan baiknya itu. Omar dan Rina memandang kelibat JD yang semakin menjauhi daripada pandangan mereka.

"Kenapa dengan JD tu?" Tanya Rina.
"Entah, kau kalau tak tahu pucuk pangkalnya jangan nak buat-buat andaian. Aku rasa kali ini mesti ada masalah besar yang JD tak nak kita tahu." Jelas.

"Apa ek masalahnya?" Rina mula memikrikan perkara yang sukar baginya.

"Aku harus mencari punca?" Benak Omar.

* * *

"Kenapa tak angkat call saya? Saya ada buat salah ke?" Pesanan ringkas itu tepat setelah JD menyelesaikan solat maghrib, Zila sekali lagi menghantar pesanan ringkas. Tetapi kali ini, JD membalas pertanyaan Zila itu.

"Awak, saya minta maaf. Buat masa ini, saya perlukan masa. Saya betul-betul tidak bersedia lagi. Saya minta maaf. insyaAllah, nanti kalau panjang umur saya akan ceritakan kepada awak. Apa yang awak perlu tahu, saya sayangkan awak" panjang mesej yang dibalas oleh JD. Tetapi mesej itu jugalah mesej yang terakhir diberikannya setelah itu.

JD pergi jauh tanpa diberikan khabar berita. Zila yang benar-benar mencintai JD menunggu dirinya kembali menjelma tanpa ketahui perkara yang berlaku. Begitu juga dengan Rina dan Omar, merekalah yang menjadi penjaga kepada Zila sesuai dengan amanat yang diberikan oleh JD, sepeninggalannya.

Juah ke utara JD merantau, dari keriuhan kota metropolitan, dia merantau ke desa yang terpencil iaitu salah satu desa di negeri Perlis. Di sana dia mencari kedamaian dalam hatinya. Mencari nur dan ketenangan jiwa yang sedang berkocak. Hatinya mula menangis dan merindui kedamaian yang semakin samar menghilang.

"Jika mencari kedamaian, jangan difikrikan perkara yang telah lalu". Nasihat daripada seorang kawan sering diingatinya. Dengan nasihat inilah membuatkan JD mengambil keputusan mencari kedamaian hati. Perasaan yang bercelaru membuatkan hatinya semakin berdesir. Mulutnya tidak lepas daripada bertasbih dan kalimat yang tidak lekang keluar memuji-muji nama Tuhan Pencipta. Begitu berdosa JD kepada ibu, bapa, Zila malah kepada Tuhan Yang Esa.

"Maafkan saya, Saya tidak sengaja melakukannya. Saya tidak sanggup menceritakan perkara yang sebenarnya kepada awak, kerana Saya takut kehilangan awak. Saya ingin mencari kedamaian dan mendapatkan kembali keberanian yang telah hilang. Saya tidak sengaja. Saya minta maaf Zila. Saya minta maaf." Sepeninggalan JD ke Perlis, dititipkan satu perenggan kata hati daripada JD yang menyatakan dirinya akan pergi buat sementara waktu.

Dengan sepucuk surat walaupun isinya tidak dapat memuaskan hati Zila, tetapi dia tetap hargai keputusan JD yang ingin pergi jauh mengembara walaupun tidak dapat dihubungi. Sikap Zila yang seorang bertolak ansur dan memahami. membuatkan hubungan mereka kekal sebagai pasangan kekasih walaupun usia yang terikat itu mengalami keretakan. Sikap JD yang berubah, membuatkan Zila tidak mengenali lelaki yang dikenalinya itu hampir 4 tahun yang lalu.

"Walau apa yang berlaku aku akan tetap menjadi pendamping kepada dirinya meski pun diri aku tidak mengetahui perkara yang sebenarnya" Kalimat itu sering kali ditasbihkan menjadi penenang hati yang kian pualam.

"Aku akan berikan dia masa, mungkin ada masalah yang ingin diselesaikan" Zila meneguhkan kata-katanya itu.

Setiap hari dirinya merindui kekasih hatinya yang tidak mengirimkan khabar berita. Zila telah beberapa kali Cuma menghubungi JD untuk melepaskan kerinduan, namun usahanya sia-sia kerana telefon bimbitnya dimatikan. Ayah dan ibu JD juga keliru dan buntuh dengan perubahan drastik anak bongsunya itu. Khabar juga tidak dikirimkan kepada mereka apatah lagi kepada Rina dan Omar.

"Abang, mari kita cari JD, Mah risaulah dia tak pulang-pulang. Dah seminggu dia tak pulang ke rumah, khabarnya pun kita tak dengar" Maimunah mengusulkan pendapat kepada suaminya.

"Kita nak cari dia di mana? Di kampung? KL nilah kampung kita. Nak cari di rumah kawan-kawan dia? Dah semua rumah kawan-kawan dia kita pergi, tapi masih tak ada juga." Jawab Nasir seorang pegawai askar yang aktif lagi memberikan khimatnya kepada negara. Ketegasannya mendidik membuatkan anak-anaknya lahir menjadi seorang yang berdisiplin.

"Ala, kita telefon polis aja. Mah risau sangat-sangat ni"
"Awak ni, kan dia kata dia nak bersendirian, tak guna kita telefon polis. Saya yakin anak kita tak apa-apa"
"Awak ni, langsung tak risaukan anak kita!"
"Saya ni ayahnya, mestilah saya bimbang dan risau. Mah, kali ini kita ikut aja rentak dia. Dia mungkin ada masalah dan kita perlu berikan dia semangat dan berikan dia ruang waktu untuk menyelesaikannya"

Maimunah terduduk di atas sofa dan berdiam diri. Kata-kata suaminya ada benar juga. Anak bongsunya itu telah mencecah hampir 23 tahun, sudah dewasa dan berfikiran waras, dan seorang yang pandai berdikari. Tidak hairanlah jika dicampakkan ke mana-mana, anaknya masih lagi dapat meneruskan kehidupan.

Kebimbangan Maimunah ditenangkan oleh Nasir. Saban hari hati wanita berusia pertengahan umur itu bercelaru dan bimbang memikirkan keselamatan anaknya itu. Nasir walaupun tampak tenang, tetapi JD itu tetap anaknya. Perlakuannya terhadap kesemua anak-anaknya dididik seperti seorang askar, tetapi jauh disudut hatinya, dia amat menyayangi anak-anaknya termasuk JD. Setelah selesai solat, Nasir ratib dan bertasbih menyebut kalimat-kalimat suci kepada Ilahi. Doa tidak pernah terlepas dan menjadi pelengkap kepada solatnya.

Air mata kejantanan Nasir mula terbit, bermunajat kepada Ilahi supaya anaknya itu selamat dan bersama dengan orang-orang yang soleh.

* * *

"Assalamualaikum..."

Tiba-tiba satu suara menerpa muka pintu rumah sewa Zila dan Rina. Mata tetamu yang datang tidak diundang itu menjeling-jeling dari tingkap mencari kelibat penghuni rumah. Terlihatnya ruang tamu kosong tanpa ada sosok tubuh di dalamnya.

"Assalamualaikum..." Sekali lagi tetamu itu memberi salam, akhirnya kali ini salamnya berbalas tetapi bukan dari dalam rumah, tetapi daripada belakangnya.

"Waalaikumusalam, ya awak cari siapa?" Jawab Zila kehairanan. Payung ditangannya dilipatkan. Walaupun cuaca tidak hujan atau gerimis, payung setia disamping Zila menapis sinaran mentari yang membakar umbun-umbun kepalanya.

"Awak Zila ke?" Tanya tetamu itu.
"Ya saya, awak siapa?" Balas Zila kehairanan.
"Siapa saya itu tak penting. Saya ada sesuatu perkara mahu ceritakan kepada awak" Ujar tetamu itu.
"Baiklah, kita bincang di dalam. Jemput masuk"
"Ehh...tak apalah. Kita berborak di luar. Lagi pun saya tak akan lama"
"Baiklah, awak terangkan apa hajat awak datang ke sini?"

Tetamu itu mula memandang ke seliling sebelum memulakan ceritanya. Melihat ke bumbung, bahangan mentari kian memanaskan keadaan. Tetamu itu khuatir masuk ke dalam rumah, dia takut dimarahi dan dicaci oleh Zila sebaik sahaja mendapat berita yang ingin dikhabarkan.

"Zila, sebelum saya memulakan cerita, saya ingin memohon maaf kepada awak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya kenal dengan teman lelaki awak, JD. Kami baru sahaja berkenalan beberapa minggu yang lalu. Saya dapat tahu alamat rumah awak, kerana saya bertanya dengan rakannya, Omar. Sepatutnya saya telah jumpa awak atau JD beberapa minggu yang lalu, tapi saya tak sangka perkara yang berlaku ini membuatkan JD pergi jauh." Terang tetamu itu dengan nada yang kesal.

"Perkara yang berlaku? Saya tak faham? Apa awak cuba katakan kepada saya sebenarnya?" Pinta Zila. Permintaan Zila itu membuatkan tetamu wanita itu menelan air liurnya beberapa kali sebelum meneruskan topik perbincangan yang sudah mencapai klimaks.

"Baiklah biar saya berterus terang kepada awak. Saya dengan JD baru berkenalan, dan saat pertama kali berkenalan saya telah terlanjur dengan dia" Tetamu perempuan itu terus menundukkan kepalanya. Dia sedia terima kemarahan dan cacianya yang bakal diterima oleh Zila.

Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku. Zila tidak memberangkan dan membengiskan kemarahannya. Dia hanya terdiam dan membisu. Dalam terdiam itu, air matanya mula menitis, raut wajahnya disulami dengan kegelapan dan kesedihan. Kekesalan berita yang baru diterimanya kian menebal. Zila terus melangkah, mengeluarkan kunci daripada poketnya untuk masuk ke dalam rumah.

"Zila, tunggu dulu Zila." Tetamu itu cuba menerangkan keadaan yang sebenanrnya. Tangisan sendu wanita itu mula terbit dan membising. Zila terus diam, diamnya itu penuh dengan pelbagai makna. Air matanya menderai dengan derasnya. Hatinya luluh dan rapuh.

"Saya minta maaf Zila, saya minta maaf zila. Saya sujud awak Zila, ini semua berlaku tak sengaja dan saya minta maaf Zila"

"Jangan!!! Jangan awak sujud kepada saya. Hanya yang layak disujud adalah Dia Yang Esa." Zila mula mengalah. Rengekan dan raungan tangisan wanita itu membuatkan hatinya kian berhela nafas panjang.

"Bangun. Jangan pegang kaki saya. Bangunlah" Zila membangunkan wanita itu yang masih lagi melutut dan memegang kaki kanan Zila.

"Saya minta maaf Zila. Saya tahu semua ini salah. Saya minta maaf. Saya betul-betul nak berubah dan saya nak awak tahu, yang JD amat menyayangi awak" Jelas wanita itu.

"JD? Awak tahu dia di mana?" Zila mengesat air matanya. Wanita itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Saya minta maaf Zila"
"Baiklah, saya maafkan awak. Tapi dengan beberapa sayarat. Awak bawa saya berjumpa dengan dia dan selepas perkara ini selesai, saya nak awak pergi sejauh-jauhnya daripada hidup kami."

"Baiklah saya berjanji Zila" Air matanya kian terbit sepuas-puasnya. Dipeluk Zila kerana memaafkannya yang telah membuat dosa yang amat besar. Zila cuba menenangkan wanita itu dan memberikan kata nasihat atas perbuatannya.

Zila sedar, setiap manusia ada buat salah. Dan ini adalah salah satu daripadanya. Walaupun amat perit bagi Zila menerima berita ini, meskipun berat hatinya memaafkan wanita itu, tetapi perkara itu sudah berlaku dan tidak boleh diputar kembali waktunya. Biarkan yang berlalu terus berlalu, jika wanita itu sudah insaf tidak salah jika Zila memaafkan mereka. Bagi Zila kemaafan itu tiada hak baginya. Itu adalah hak Yang Kuasa.

* * *

Perkara yang sebenarnya berlaku telah diketahui, kini tiba masanya untuk Zila mencari JD ke desa yang dimaksudkan oleh wanita itu. Sebelum ke desa tersebut, Zila membawa wanita itu kepada ibu dan ayahnya JD. Zila menceritakan perkara yang sebenarnya kepada orang tua JD, dan sebab kenapa JD pergi menjauh.

Walaupun malu dan rasa berdosa, tapi ini adalah salah satu cara bagi wanita itu daripada dihantui dengan rasa serba salah sepanjang hidupnya. Wanita itu akhirnya nekad untuk memberitahu perkara yang sebenarnya.

"Apa! Kurang ajar" Bentak Nasir sebaik mengetahui perkara yang sebenarnya.

"Sabar pak cik" Zila menghalang Nasir daripada menyepak wanita itu.

"Kalau pak cik bunuh dia sekali pun, masalah ini tak akan selesai. Yang penting sekarang kita tahu di mana JD dan dia selamat." Jelas Zila.

"Betul kata Zila tu, bang. Yang penitng anak kita." Sokong Maimunah.

"Baru Zila tahu sekarang kenapa JD pergi menjauh. Dia bukan seorang penakut, dia perlukan masa untuk menjelaskan semuanya. Tetapi tanpa diduga, perempuan ini datang berjumpa dengan Zila dan ceritakan perkara yang sebenarnya. JD bukan takut, dia malu. Malu untuk berjumpa dengan Zila setelah apa yang berlaku. Perangainya berubah drastik. Dia menyesal dengan apa yang berlaku. Zila faham itu, sebab tu dia menjauh dan cuba menghindarkan diri daripada Zila." Zila menjelaskan semuanya.

Maimunah datang mendekat dan terus memeluk kekasih kepada anaknya itu. Air mata Zila kian mengerimis pada baju Maimunah. Nasir hanya melihat dan bergerak ke arah Wanita itu.

"Pak cik minta maaf kerana berkasar dengan kamu. Pak cik harap kamu betul-betul berubah dan bertaubat."

"Saya bertaubat dan saya kesal dengan semuanya. Saya minta maaf pak cik" Balas Wanita itu.

"Terima kasih kerana menjadi peneman dan kekasih yang setia kepada anak mak cik. Mak cik betul-betul kagum dengan pendirian aku" Maimunah memuji Zila.

"Saya betul-betul serius dan amat mencintai anak mak cik, sebab tu saya akan terima baik buruknya. Jawab Zila.

* * *

Setelah selesai urusan dengan ibu bapa JD, Zila bergerak sendirian memandu kereta menuju alamat yang diberikan tanpa ditemani oleh wanita itu. Zila bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Perlis. Semangatnya untuk berjumpa dengan kekasih hatinya semakin berkobar-kobar. Api cinta yang semakin malap, kini akan menerangi cahaya yang menderang.

Zila memandu dengan seribu nafsa cinta, sejuta harapan, berlipat kali ganda kerinduan pada sang pencinta. Cinta sang puteri kepada sang putera akan hilang rindunya tika bertemu, mata bertentang mata. Cinta yang dibina hampir beberapa tahun, seteguh cinta laila dan majnun, walau apa yang berlaku, yang dapat memisahkan mereka hanya maut dan kuasa Ilahi. Tika dalam perjalanan ke perlis, Zila teringat kembali saat pertama kali dia dan JD berkenalan dan mula menjalani ikatan cinta.

Begitu teguh cinta seorang sang ratu pencinta. Walau derita yang perit ditanggung oleh hati, namun cintanya mengalahkan semuanya. Dia faham dengan perangai JD, setelah mengetahui cerita yang sebenarnya, JD menjauhinya kerana rasa malu dan serba salah yang menebal. Tetapi hati seorang pencinta, walaupun berdarah hati ini, lambat laun akan terubat juga. Sedang asyik berlamun kisah silam, tanpa disedari Zila termasuk ke lorong jalan yang bertentangan.


"Aaaaahhhhh...." Jeritan kuat Zila. Namun jeritan itu terus diam.

Satu bunyi dentuman kuat kedengaran. Kereta yang dipandu oleh Zila berlanggar dengan sebuah van sehingga menyebabkan keretanya terbabas ditepi jalan. Zila tidak sedarkan diri. Dia hanya diusung ke hospital, dalam keadaan koma.

Berita kemalangan itu akhirnya sampai ke pengetahuan JD, JD terus bergegas pulang ke pangkuan Zila dan meminta maaf atas segalanya yang dirahsiakan. Tetapi keadaan Zila tidak sedar, tidak dapat mendengar kata-kata semangat daripada JD. JD menangis tidak henti-henti melihat keadaan Zila yang mati koma kaku di atas katil. Ibu bapa Zila, dan ibu bapanya cuba menenangkan keadaan JD.

Zila terus koma sehingga beberapa hari lamanya. JD terus menunggu kerana dia merasa serba salah. Disebabkan dirinya, Zila kemalangan. Telah banyak dosa yang telah dilakukan kepada Zila, dia memohon kemaafab daripada Zila atas semua perkara yang berlaku.

"Awak bangunlah, bangunlah awak. Dah 2 minggu awak tidur. Awak bangunlah, saya rindukan awak. Saya nak minta maaf daripada awak" Kata-kata JD setiap hari tidak pernah mematahkan semangatnya untuk mendampingi Zila setiap masa.

"Saya cintakan awak. Saya tahu awak cintakan saya. Saya nak hidup bersama awak. Saya minta maaf kerana meninggalkan awak. Cuba awak lihat jauh disudut hati saya, disitulah ada awak. Hati saya ini khas untuk awak. Kerana awaklah sang pencinta saya"

Kata-kata yang lahir daripada hati sang pencinta, didengar oleh Zila. Dalam koma, Zila mencari cahaya untuknya keluar daripada satu tempat yang aneh baginya. Dia mendengar suara daripada sang pencintanya, JD. Yang memanggilnya, memanggil cintanya. Zila terus menuju ke arah suara dan cahaya itu, kaki yang kaku dia kerahkan seluruh keringat kering dan akhirnya Zila dapat keluar daripada kawasan aneh itu. Matanya teramat silau sekali, sukar untuknya buka mata tetapi dibuka juga matanya.

"Awak, awak dah sedar? Awak bangun awak. Ni saya, saya rindukan awak. Terima kasih Ya Allah. Mak, abah, pak cik, mak cik, Zila dah sedar" Jerit kecil JD sebaik sahaja melihat Zila mula menggerak dan membukakan matanya.

"Syukur alhmadulilah" ucap syukur oleh Nasir.

Zila terus membukakan matanya, beberapa minit kemudian, Zila telah sedar sepenuhnya. Tanpa membuang masa, JD akhirnya mengulangi kata-katanya sewaktu Zila dalam keadaan koma.

"Awak, saya minta maaf dengan semuanya yang berlaku. Saya berjanji, saya tak akan ulangi perbuatan itu lagi. Saya juga berjanji tidak akan meninggalkan awak seorang diri. Saya amat mencintai awak. Hati ini hanya untuk seorang sang pencinta sahaja, iaitu awak" Jelas JD dengan penuh perasaan yang romatis.

"I Love you to" Jawab ringkas Zila walaupaun dalam keadaan yang sedikit sukar.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.