Cerpen : Cinta pandang ketiga

Cerpen : Cinta pandang ketiga
Nama Pena : umi kalsom

"Wei...tengok tu," muncung mulut gadis itu mengarah pada jejaka yang sedang melintasi kumpulan mereka.

" Mak aih.. hensem tahap tak terkata," sambut gadis disebelahnya.

" Budak mana wei?," soal lagi seorang gadis bertocang dua.

" Pokok Sena, kalau tak silap aku la...," sambung lagi ahli dalam kumpulan tu.

" Woooo~ kalau dapat nombor handphone lagi gempak....,"

Juliana masih lagi memerhatikan kumpulan gadis itu. Sedikit pun matanya tidak beralih dari meja mereka. Telinganya juga menangkap dengan jelas setiap butir bicara yang keluar daripada mulut setiap seorang di meja bulat itu.

Tiba-tiba.....

" I'm in love...," ucapan yang dilontarkan dari meja bulat itu.

Juliana terlopong. Gila!!!!

Dalam sekelip mata, meja bulat itu menjadi havoc dengan riuh rendah suara-suara sumbang mereka.

"Kenapa ni?," suara Aina mengganggu konsentrasi Juliana. Pantas dia mengangkat kepala.

" Tu... meja yang penuh dengan orang gila tu," pantas sekali jarinya menuding ke meja bulat yang sememangnya dari tadi menarik perhatian setiap manusia yang berada di dewan makan itu.

Aina menjungkitkan kening.

" Ada la sorang mamat....hhhhmmmmm...boleh la tahan rupa dia! Dia lalu dan lintas meja minah-minah yang boleh tahan la jugak gediknya tu. Sekali ada girl kat situ cakap...i'm in love....huh!Gila tahap gaban...," Juliana menjuihkan bibir.

Aina tersenyum. Macam tak kenal dengan Juliana ni.

" Cinta pandang pertama....karut!," sambung Juliana lagi. Aina ketawa.

" Pandai je kau ni... mana kau tahu kalau-kalau diorang memang dah kenal lama. Suka buat tuduhan melulu," Juliana mencebik. Suka sangat la cik Aina ni keluarkan hujah-hujah yang agak-agak melemahkan semangat aku.

" Miss Aina Abdul Malik.... Kita sampai kat kem ni belum sampai sehari pun. Dan kalau tak salah aku, yang aku terdengar la," rendah je suaranya. Juliana menjeling sekilas wajah rakannya. Alamak! Aina dah kecilkan biji mata... dia tengah analyse words aku ke?

" Kau dengar conversation orang ek.....," suara Aina kuat.

" SSHHHHHH," Juliana pantas meletakkan telunjuk di bibir.

" Aku bukan curi dengar! Dah diorang cakap macam tertelan speaker. Aku tak bolehlah nak elak dari tak dengar," muka tak bersalah, Juliana membela diri. Aina pandang dari atas sampai bawah. Dia geleng kepala.

" Dah curi dengar! tak nak mengaku pulak!," sindir Aina.

" Suka hati la," Aina tergelak. Dah takde modal nak sokong diri sendiri la tu.

" Eh... mana laki yang diorang usha tu?," pantas Aina mengubah topik. Juliana membulatkan biji mata.

" Aina.... dont be one of them la...," Juliana mencebik. "Yang hensem je yang nak diusha".

"Eleh...Ju! Macam kau tak usha....,"

"Aku pun usha jugak.. Tapi sekadar pandang jela, takde sampai suddenly...i'm in love. Crazy fellows...,"

"Oit.... sesuka hati je cakap orang crazy! Kau tu tak crazy... keluarkan ayat menghukum... there's no such things love at first sight..," cekap Aina membidas.

" Memang takde la benda macam tu!," nak menang jugak.

" Kau je yang rasa takde benda macam tu.... orang lain percaya je. Itu hak masing -masing.. kau tak boleh nak judge orang macam tu...," muka Juliana dah masam. Aina tersenyum dalam hati. Dah habis modal la tu.

" Berapa botol cuka kau telan Ju....masam beno muka!," usik Aina.

Masam lagi!

" Ala Ju....dengan aku pun nak masam-masam ke...," usik lagi. Juliana menjeling.

Eleh... kerek! Aina lepas gelak.

" Yela.. semua orang pun ada pandangan masing-masing... If you think it doesn't exist, so it doesn't! Jangan la serius sangat.. aku datang sini nak tengok kau gelak ketawa bukannya nak mengadap muka kau yang masam mencuka. Dah naik nyampah aku!," bulat biji mata Juliana. Nampak gaya tadi macam nak pujuk aku, last-last dia kenakan aku balik.

" Aina... jahat la kau!," Aina tersengih.

" Well... aku memang baik pun," huh! Perasan. Akhirnya Juliana tertawa juga.

Ketawa-ketawa jugak, tapi siapa pun takkan boleh ubah pandangan aku dengan cinta pandang pertama. Never and ever!

Betul ke Ju...

Betul la...

We'll see...

*******

" Mama.... ada ke ma, cinta pandang pertama?," soal Juliana sambil melipat kain bersama mamanya di ruang tamu.

Pn. Juriah tersenyum nipis.

" Kenapa? Kakak dah jatuh cinta pandang pertama ke?," Pn. Juriah tersenyum. Juliana terlopong. Mak aih... sporting gila mama aku. Tak kisah ke kalau aku bermain cintan cintun time sekolah. Nak buat karangan BM pun tak lepas. Aku nak bercinta... hancur terus!!!!

" Apa la mama ni.. Kakak kan sekolah lagi, takkan nak sibuk bercinta kot," ayat piawai. Juliana semangat menunggu jawapan mama.

" Bagi mama... rasanya...," rasanya... apa mama..c'mon mama! Pleasa say it louder... Aduh, semangat sangat la pulak aku ni.

" Rasanya.... mama tak berapa nak....," yes! Mama... you are my best buddy la... Love you. Mama sokong aku.

" Tak berapa nak sokong kalau ada orang tak setuju dengan cinta pandang pertama ni...," Aiyak~

Punah! Hancur! Berkecai! Juliana pandang Pn. Juriah tak berkelip.

" Kenapa mama tak sokong kakak....," sedih je suara Juliana.

" La... kakak tak percaya ke? Mama ingat budak-budak remaja sekarang obses sangat dengan cinta pandang pertama, jadi mama pun nak bagi semangat la kat kakak," Juliana tepuk dahi. Haru sungguh la mama aku ni. Ada ke answer macam tu.... Kenapa mama aku lain dari yang lain? Mama kau, macam kau jugak Ju.... Gen yang sama. Gen pelik bin pelik! Bertuah....

*******

Panorama di kem Bukit Mertajam. Boleh la tahan.

Juliana pandang Aina. Aina pandang Juliana.

" Kenapa kita berdua ni macam anak orang asing je?," soal Juliana.

" Kau.... adalah rupa asingnya.... aku yang pure muka orang asli pun rasa terasing jugak! Apa kes ni...," luah Aina pula.

" Mana cikgu kita Na? Aku dah mula rasa macam kanak-kanak terbuang even kita bukan kanak-kanak sebenarnya,"

" Kau rasa macam kanak-kanak terbuang Ju... ok lagi tu. Aku rasa macam..... ikan sardin yang expired!," Juliana muka serius. Dijeling ke arah Aina.

" Apa benda la yang kau merepek ni Na... apa kaitan kau dengan sardin expired ni!," nak buat lawak sarkas pulak kawan aku ni.

" Yela... sardin expired! Orang buang jugak... ntah-ntah...," wajah Juliana ditelek habis.

" Kau makan sardin expired ek Ju?," sergah Aina.

"Aina!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!," Juliana dah keluarkan suara emasnya. Aina pekup telinga! Tak tahan den.

" Aina....," suara Juliana kembali lembut.

" Kita datang sini untuk camping. Kau dan aku, wakil untuk sekolah datang camping ni.... Kita berdua, kat tengah-tengah hutan belantara ni...dan takde sapa pun yang nak group dengan kita...," Juliana pandang Aina macam nak telan. Aina telan liur. Juliana tarik nafas.

" And benda-benda tu semua... takde kena mengena sikit pun dengan...," suara mantain lembut lagi.

" Sardin expired!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!," tu dia..... Aina tak berkelip biji mata. Wow!

" Ju.... kelas vokal mana yang kau masuk? aku pun nak join!," Juliana dah berapi muka.

Aina telan liur.

" Okey.. i can see the ash.. nevermind, just forget about the vocal class. Aku cari sendiri..,"

" Juliana... Aina...," pantas keduanya mengangkat muka.

Fuhhhhhh... Aina tarik nafas lega. Nasib cikgu Mar dah datang. Kalau tak habis aku kena hentam dengan Ju ni...

" Ambil schedule ni. Sesi pertama akan bermula dalam pukul 3.00. Kamu akan dibahagikan dalam kumpulan masing-masing," cikgu Mar menerangkan tentatif program.

Juliana dengan Aina khusyuk mendengar.

" Enjoy your camping... apa-apa masalah cari cikgu ye," pantas mereka mengangguk.

******

Biji mata Juliana terbuka luas. Mulut yang melopong pun tak dapat nak dikatup. YA ALLAH. Macam mana ni?

Tak mungkin aku?

How could be???

Wuuuuaaaaaa~ tak nak... mama tolong Ju!!!!!!!!!!!!!!!

" Juliana Arif, sila ke depan!," lagi sekali namanya diumumkan. Dengan berat hati, kaki, tangan dan segala-galanya... Juliana atur jugak langkah ke depan dewan yang serba....guna tu.

Mata dihala kehadapan. Kenapa yang semua pandang aku macam nak telan je pun? Aku bukan criminal la.. ni mungkin typing error je!!!

" Kenalkan diri...," pak cik yang di sebelah mula bersuara. Erk~ kenalkan diri? Bukan dah tahu nama ke?

" Nak kena kenal lagi ke?," terpacul jugak soalan tu dari mulut Juliana.

Pak cik tu angguk je sambil senyum.

Haaa..... dia senyum. Seronok sikit aku nak pandang. Juliana tarik nafas panjang. Matanya kembali menghala kehadapan. Sempat jugak dia menangkap kelibat Aina yang terkekek ketawa dalam kumpulannya. Mesti kerja dia! Aku tau sangat.... siap kau Na!!!

" Assalamualaikum... saya Juliana binti Arif.. dari sekolah menengah sains....," err... alamak sangkut la pulak...

Kedengaran bunyi booo~ dari pelajar-pelajar lain. Aku cukup pantang kalau bab-bab booo~ ni...

Takpe...

" Saya dilantik sebagai penghuluwati sepanjang kem ni dan saya harap semua akan dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang kita berada di sini," dengan satu nafas dia menghabiskan ucapannya. Heh! Ucapan ke? Ntah la wei..... asal dah lepas sudah!

" Dah habis.. boleh masuk dalam kumpulan ke encik?," sopan dia bertanya.

" Belum lagi... ," pak cik tu senyum lagi.

Pak cik senyum punya pasal... aku tak kisah...

" Khairul Abrar Sani...," nama seorang lelaki disebut.

Partner aku ke? Sapa ek? Pantas matanya melingas ke arah pelajar-pelajar yang berkumpul di situ. Seorang lelaki bangun... Wah~ mamat ni...

Dipandang pula ke arah pelajar perempuan. Hhhmmmm.... semua muka macam dah cair je. Nampak dengki pun ada! Nampaknya ramailah yang bakal jeles dengan aku.... Habis la kau Ju!

Sesi melantik ahli jawatankuasa sepanjang perkhemahan berlangsung selama sejam! Lama betul..perut dah lapar. Mata Juliana tak henti-henti pandang ke arah dewan makan yang kat sebelah tu.

" Dah lapar ke?," Juliana tersentak. Aiman, ketua imam tersenyum memandangnya. Juliana muka blur!

" Dari tadi asyik pandang dewan makan je....," Juliana berfikir sejenak. Lantas dia tersenyum.

" Memang lapar....dah macam-macam bau dah yang datang dari sana.. tergugat perut...,"

" Saya pun....," dan terus Aiman ketawa.

*******

" Aku tak suka la dengan dia tu?," luah Juliana sambil menghentakkan buku ke atas meja.

" Sapa?," Aina pelik. Takde angin...tiba-tiba je ribut!

" Penghulu tu la.... bajet dia bagus sangat!," Juliana geram!

" Kenapa?,"

" Semua cadangan aku.. dia tak nak dengar! Fikir dia bagus sangat la tu... aku geram tau tak... Nasib ada pak Imam Aiman tu...sejuk hati aku duduk bersidang dengan diorang. Kalau semata-mata nak ngadap penghulu tu...huh! Menyampah aku.....," Muka Juliana merah menahan marah. Namun, Aina tersengih.

" Kenapa yang tersenyum pulak ni?,"

" Kau suka Aiman....," Aina gelak. Juliana terdiam.

" Mana ada? Ngarut ah...," Aina masih bergelak ketawa. Lame Juliana!

******

6 tahun berlalu.....

" Kenalkan... Cik Juliana, pegawai tadbir," Juliana melemparkan senyuman. Sekejap saja, senyuman itu terus je mati.

" Encik Aiman.. staff baru kita...," Aiman senyum.

" Kecilnya dunia. Nice to meet you again Juliana....,"

" Naik bosan aku tengok muka kau... dari kem.. sampai u.. sampai kerja pulak sekarang. Aduhai~," Juliana ketawa.

" Enjoy your work...,"

" Jumpa lagi...,"

******

Aina melopong besar.

" I knew it Ju.. Kau dengan dia mesti ada apa-apa ni? Kan.....," Aina cuba menduga. Juliana menggeleng.

" Kau ingat.. asal member baik je, mesti kena kahwin ke? Apa la kamu ni Na...," perli Juliana.

" eleh... aku pun nak tengok jugak, sejauh mana kamu berpegang pada kata-katamu itu....,"

" Ni kenapa ayat skema?," Juliana ketawa.

" Kau cakap kamu-kamu... aku pun kamu-kamu la...," Aina menjeling. Perli-perli aku pulak!

" Eh.... Ju.. tuuuu........," muncung mulut Aina.

" Wah... makin kacak dan bergaya!," tambahnya lagi.

" Apalagi Ju? dah cukup pakej.....," Aina mencuba lagi. Namun hampa... Juliana sekadar menayang muka toya. Hampeh punya kawan la kau ni Ju...

" Ehem!!!!," Aina berdehem apabila Aiman melintasi meja mereka.

" What a pleasent suprise.... Aina kan?," Aina gila teruja.

" Wah...bagus la pak Imam... kau ingat nama aku. Ingatkan...kau cam Ju je....," mata Aina melirik pada Juliana. Juliana tayang muka kayu. Malas nak layan.

" Aku ingat semua la..... dah makan ke?," soal Aiman apabila melihat dua pinggan yang dah licin. Memang kuat makan betul la minah-minah ni....

" Dah! Lapar sangat....," Aina tersengih.

" Perut kau pun sama macam perut Ju ek? Fikir makan je....,"

" Sibuklah kau ni... pergi makanlah," Juliana bersuara tiba-tiba.

" Ok la cik Aina... kita jumpa lain hari ye. Orang dah halau.... Chow".

" Kau suruh dia pergi.. bukan sebab dia kan...," Juliana diam! Memang pun... tapi sebab orang yang muncul tiba-tiba kat sebelah dia tu.

*******

" Kau tak reti buat kerja ke? Apa ni... memang tak layak tapi dilantik pulak! Baik tukar je post dengan orang lain...," keras sekali dia diherdik. Amboi... berlagak tahap tak ingat!

Ingat kau hensem... kau boleh la nak tunjuk samseng dengan aku! Jangan harap la.... Aku bukan macam perempuan lain yang tergila-gila dengan ke'hensem'an kau ni. Lagi aku menyampah!!

" Yang kau nak marah-marah aku ni kenapa?," keras jugak suara Juliana.

" Kau tengok ni...," kertas kajang bertulis dilemparkan tepat di muka Juliana. Juliana tahan marah. Melampau!

Ingat dia gaji aku ke? Nak lempar-lempar kertas kat muka aku pulak.... Aku tolong tulis pun dah sikit punya baik... bukan bidang tugas aku pun.

" Kau nak marah-marah ni kenapa?," suara Juliana kendur. Dipandang wajah Aiman yang bercahaya kat sebelah. Aiman bagilah semangat kat aku nak mengadap muka kawan kau ni...

" Aku tolong buat ni pun.. dah kira bagus. Sepatutnya yang buat ni semua Suzy, budak convent tu! Mana dia? kenapa tak marah dia? Suka-suka hati kau je nak angin kat aku... ingat aku tak reti nak angin....," sindir Juliana. Khairul pula terdiam!

" Kerja Suzy?," soalnya dengan lembut pula. Juliana mencebik.

" Ye!," jawabnya keras. Muka dah hot. Nak pandang muka penghulu pun tak lalu dah...

" Suzy...," laungnya. Juliana pandang je.

" Awak kena settlekan benda ni.....," bla bla bla bla.. Khairul menerangkan pada Suzy. Ewah-ewah mamat sentul ni! Cakap dengan minah tu bukan main lembut lagi... dengan aku.... berkasar bukan main! Juliana mendengus kasar dan terus berlalu dari situ.

Aiman tersenyum nipis. Matanya mengekori langkah Juliana. Dia menggeleng sendiri. Juliana... baran sangat! Khairul ni memang sengaja nak main-main dengan api...

******

Juliana termenung di ruang makan. Pn. Juriah perasan yang Juliana nampak moody semacam hari ni...

" Kenapa ni kakak? Ada masalah ke?," Juliana pandang mama. Mata dah bergenang air mata.

" Kenapa ni?," Pn. Juriah cemas.

" Mama... Ju benci dia! Ju tak suka dia... kenapa Ju jumpa dia balik mama....," terus dia memeluk mama. Pn. Juriah bingung. Sapa? Benci?

" Ju sangat bencikan dia....," ucapnya lagi. Air mata mengalir macam sungai dah!

" Sapa Ju?," soal mama lembut.

" Dia mama... yang... suka... sindir Ju.... kem. Penghulu. Khairul. mamat sentul....," satu-satu perkataan keluar dari bibir Juliana. Pn. Juriah blur lagi.

" Errr.... sapa ye?," terus je Juliana angkat muka. Mama ni~

" Lupakan jela mama.....,"

*******

" Kau kerja dengan dia?,"

Aiman mengangguk.

" Lama dah?,"

" Baru je...,"

" Aku nak jumpa dia?,"

" Tak payah...," Khairul tersentak.

" Kenapa?,"

" Dia tak suka kau la.... baik jangan!," tenang Aiman menjawab.

" Aku nak jumpa jugak!," Khairul berdegil. Aiman mendengus kecil.

" Suka hati kau!,"

" Kau ni kenapa? Macam tak suka je aku nak jumpa dia?,"

" Kan aku dah cakap... suka hati kau!," terus Aiman bangun berlalu dari situ.

********

" Nah!," Khairul terkejut, namun tak melatah. Dipandang wajah gadis yang ayu dihadapannya.

" I dah siapkan semua kerja bahagian I...," Juliana yang kat sebelah rasa macam nak tercekik tulang. Ber 'I' pulak dah!

Khairul diam sambil meneliti laporan yang perlu dihantar sebaik saja tamat kem tersebut. Dia mengeluh kecil.

" Salah ejaan... tulis pakai tangan pun boleh salah eja lagi ke?," lembut tapi tegas suara itu. Juliana terus berpaling ke wajah penghulu. First time aku rasa kau fair dengan aku... terasa happy sikit. Thanks penghulu~

" Sepatutnya awak jadikan kerja Juliana sebagai contoh. Awak tak refer dengan dia ke?," lagi terasa kembang. Juliana senyum dalam hati.

Suzy mencebik. Juliana perasaan akan wajah keruh itu. Eleh..minah kerek ni? Back hand kang.... Dah tak reti, tak pandai pula nak minta orang ajarkan.... berlagak!

" You tak boleh tunjukkan?," lagi Juliana rasa nak pengsan! Aduhai~

Khairul pandang Juliana. Juliana jungkit kening.

" Handle this!," terus dia bangun menuju ke arah ketua-ketua platun. Juliana tersenyum lebar. Padan muka kau minah gedik!

Aku terasa bahagia hari ni.... Dijeling sekilas ke arah penghulu. Mata mereka bertaut. Sama-sama tersenyum. ' Thanks,' ucap Juliana dalam hati.

********

" How are you?,"

" Hidup lagi!," dapat dikesan nada dingin di situ.

" Macam mana life?,"

" Biasa-biasa ja," nyampah lagi agaknya.

" Tak suka ke tengok muka saya....," 'saya'! weird!

" Sejak bila tuan penghulu pandai ber'saya' 'awak' pulak?," dingin lagi.

" Sejak awak dah tak nak pandang saya! Cakap pun macam terpaksa je...," tahu pun!

" Ada benda penting ke nak cakap?," soalnya tergesa-gesa.

" Yes.....," cepatlah cakap!

" I'm in love with you Juliana.... jatuh cinta pandang pertama! Saya nak masuk meminang awak..," what???!!!! Terasa gelap gelita terus hidup!

[----------------------------------------------------]

" Ju........," senyap.

" Ju.......," senyap.

Air mineral direnjis ke muka. Ada gerakan sikit.

" Ju......,"

" Hhhmmmm," lemah je suara.

" Juliana........ still alive?,"

" Of course la....," marah!

" Hoi..... tak padan dengan pengsan. Nak marah-marah orang pulak," Juliana ketap bibir. Marah!

" Kenapa yang sampai pengsan ni?," Suria teman sepejabat menyoal.

Juliana hanya terkebil-kebil macam cicak tertelan skru. Aiman, Suria, Jackie, Azhar... semua ada kat depan mata. Addition lagi seorang, mamat sentul! Weh~ aku pengsan sebab dia la!

********

Hahahahaha.... Aina gelak besar. Juliana muka masam!

" Wait... dia jatuh cinta dengan kau? First sight love? Owh my.....," masih ketawa. Juliana dah panas.

" Kelakarnya....," sindirnya keras.

" Hehe... sorry," Aina tahan ketawa sambil memekup mulutnya. Tapi.... rasa macam nak gelak lagi. Matanya tersorot ke wajah Juliana.... mak aih~ garangnya mak cik.

" kau pengsan kenapa? Aku rasa bukan sebab isu masuk meminang kan? betul tak Ju... aku kenal kau.... betul kan???," bertubi-tubi Aina menyoal.

Juliana diam. Nafi tidak. Iakan pun tidak.

" Aku allergic la!," Aina konfius.

" Allergic apanya?,"

" Cinta pandang pertama.....," rendah je volume suara Juliana. Aina dah tersenyum-senyum. Aku tau sangat!

" Kau pengsan sebab tu kan.....ngaku cepat????," perlahan Juliana mengangguk.

Sekali lagi... Aina pecah gelak. Serentak itu, ringan je tangan Juliana melayang ke bahu Aina. Berkerut dahi kawan tahan sakit.

" Woi.... sakit la!!!," Juliana jelir lidah.

" Padan muka!!!," Aina menggosok bahunya yang pedih kesan tamparan pedas Ju... Garang sangat la kau ni Ju~

Juliana diperhati.. agak lama.

Juliana perasan akan renungan itu. Dia pelik.

" Kenapa tengok aku macam tu?," ada apa-apa tambahan ke kat muka aku ni. Jangan kata yang aku ni makin comel...

" Kau suka dia?," serius la pulak Aina ni. Tapi, Juliana angguk jugak. Dengan Aina, tak payah rahsia-rahsia. Cerita je semua!

" Sejak?,"

" Bila kau apply kerja jadi detektif pulak ni?," Juliana buat-buat ketawa. Aina serius lagi. Err.... ok...ok...

" Sebenarnya... first time aku tengok dia... no feeling! Dia just jadi partner aku....," Juliana membuka hikayat.

" Second time... aku benci sangat-sangat dengan dia. Sebab dia pilih kasih. Tak adil jadi ketua....,"

" And the third part.. he was so sweet with me....," Juliana tersenyum sendiri.

Wah... minah Ju... dah angau apa? Aina tertawa kecil...

" You are in love... after the third part?,"

" Entah... tapi rasa happy... macam tu je. Aku tak rasa la apa-apa macam love. Entah! aku pun bukannya ada pengalaman pun....,"

" Kau ni pelik la Ju.... Kau pun jatuh cinta jugak... cinta pandang ketiga~ ," Aina dah buat conclusion.

" Ek?," Aina dah pening. Dia soal aku pulak. Sendiri dah jatuh cinta pun tak tahu ke madam!

" Sekarang ni sapa yang jatuh cinta ni? Kau ke aku?," Juliana tersipu-sipu.

" Takpe ke?," Aina lagi pening.

" Apa yang takpe?,"

" Aku kahwin dengan dia?," macam bendul Juliana menyoal.

" Aiyak~ cik Juliana... orang tu suka kau... kau pun suka dia. So... kahwin jela.... apa masalah pulak? Jangan bagi aku pening Ju.....," Aina pegang kepala dengan kedua-dua belah tangan. Gaya gila pening habis!

" tapi... Aiman pun sweet jugak," ucap Juliana tiba-tiba.

Bulat biji mata Aina. Juliana senyum robot. Owh~ baru nak bulat biji mata... Aiman propose dia pun tak cakap dengan aku.

" Aku dah tahu dah... kau dengan Aiman...," Aina rasa bersalah. Muka kesian!

" Dah... dah.. tak payah tayang muka seposen kau tu... Aiman dah cerita semua! Aku tak kisah la.... Aku happy untuk kau...," Aina senyum sumbing.

" Aku pun happy untuk kau....," masing-masing tersenyum. Happy!

*******

Aiman duduk berhadapan dengan Aina. Juliana pula berhadapan dengan tunangnya Khairul. First time keluar date. Keluar berempat.

" Best kan macam ni...," suara Aiman memecah sepi.

" Ha'a... macam reunion camping...," sambung Aina pulak.

" Teringat... first sight love...," Khairul pula bersuara.

Dipandang Juliana... Ya ALLAH....

" Kau ni....," marah Aina.

" Sorry... aku terlupa la wei...," Khairul hanya tersengih.

" Ju... ok ke...," Juliana rasa pening-pening lagi.

" Aku alah sungguh dengan benda tu... jangan sebut lagi!!," pinta Juliana.

Aiman, Aina dan Khairul ketawa serentak.

" Pelik la bakal bini kau ni tuan penghulu.....," Aiman ketawa.

" Dah nasib badan.....," mereka ketawa. Juliana senyap. Ah... malas aku. Gelak la korang, alah aku.. aku yang tahu.

" Wahai cik penghuluwati... after kahwin sebut pun..awak akan alah jugak ke?,"

" Kalau dah alah sekali... sampai bila pun takkan hilang jugak!," Juliana menjeling. Seronok betul diorang ketawakan aku. Dipandang Aina kat sebelah. Gelak jugak.... jahat!

" Nasib badan la tuan penghulu.. nanti kalau nak ambil kesempatan, sebut la banyak-banyak kali...," Aina ketawa sambil melontarkan idea bernas.

" Aku tak pernah terfikir pun....geliga betul la otak kau...," Aina tersenyum bangga.

" Suka ek... gelakkan orang! Cik Aina... sejak bila kau jadi penasihat tunang aku?," Juliana serius.

" Sejak aku tahu kelemahan kau...," ucap Aina selamba.

" and benda tu.. plus point untuk saya...," sambung Khairul. Juliana diam. Akhirnya dia tersenyum.

" Eleh... berlagak la. Awak ingat awak sorang je ada penasihat... saya pun ada tau,"

Dipandang wajah Aiman yang manis itu.

" Kau mesti tolong aku kan... Aiman....,"

" Of course la!," sekarang gilirin Juliana dan Aiman pula untuk ketawa riang.

" Dia alah apa?," soal Juliana segera. Khairul pandang Aiman. Aiman... jangan dibuka pekung di dada. Jangan Man~

" Sotong," lemah semangat Khairul.

" Kenapa kau cakap....aduh~,"

" After marriage... hari-hari saya masak sotong," muktamad! Juliana tersenyum lebar. Padan muka tuan penghulu.

~ THE END ~

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.