Cerpen : Cinta Konon...

"Makcik, ko dapat epallah" beritahu Puteh."Biar Betul....." jawab Merah. "Betullah ni. Kot ko tak nak, aku makan ye.... Aku lapar ni". Serentak dengan itu, maka selamatlah buah epal tu masuk ke mulut Puteh yang memang terkenal dengan gelaran Perut Stokingnya tu. Merah hanya memandang tak berkelip, terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. Plastik pembungkus yang bereben merah diambil, ada sekeping kad kecil terselit di situ. Ikhlas drp: Your Secret Admirer. "Heh heh heh... aku ada secrete admirer ke???" Merah tersengih, ada gak mamat rabun yang berkenan kat dia rupanya.

===========================================

Semester kedua baru bermula. Aku dah tak sekelas dengan Puteh lagi. Tapi tak pe, kami sebilik dan dia tetap kawan baik aku. Kelas pertama baru selesai, aku dan Lia berjalan santai untuk ke kelas kedua. Kami sempat singgah di kelas Puteh, bergosip di pagi hari. Tiba-tiba pandangan ku bertembung dengan mata seseorang... Kuch Kuch Ho Ta Hei... Waktu seakan terhenti dan dalam sekelip mata aku telah berada di sebuah taman yang sangat indah. Dikelilingi bunga-bunga berwarna-warni. Maka berkumandanglah lagu hindustan pujaan hatiku... tum pase aye... Aku menggayakan sari berwarna hijau pucuk pisang, bertukar ke warna merah hati, bertukar lagi ke warna ungu muda. Dari taman bunga berpindah pula ke pesisir pantai dan berpindah lagi ke kawasan pergunungan yang indah lagi permai. Dengan lenggok tari yang malu-malu kucing, aku menari sambil direnung oleh hero ku. Tengah syok-syok menari tu, tiba-tiba.... POM!!! "Mak!. Woi ko kenapa? Gugur jantung aku, tau tak?", jeritku pada Puteh."Kah kah kah. Woi, Makcik, ko tu yang tersengeh-sengeh mengalahkan kucing miang tu kenapa?, aku panggil ko buat derk je. Sahlah ko tengah berangan ken... Tulah kalau dah hantu hindustan tu, memanglah masalah", amboi... bukan main lagi minah ni membebel ye. Potong stim betul. "Dahlah, aku nak gi kelas. Jom Lia". Geram betul aku ngan Puteh ni."Ha... merajuklah tu. Jap lagi aku belanja kat kafe!", laung Puteh. Emmmm.. nak pujuklah tu. Sebelum beredar sempat aku bagi jelingan maut kat classmate Puteh yang dok renung aku sampai aku terberangan tadi. Hampeh punya mamat.

==================================================

Aku dapat bunga pulak. Mawar putih. Emm??? siapa lak yang mati ni?? "Puteh, aku dapat mawar putihlah. Apa maksudnya ni? Ada orang meninggal ke?. Puteh yang mendengar soalan bodoh ku melompat turun dari katil. "Woi makcik, ko ingat bunga putih tu untuk orang mati je ke?. Ini agaknya untuk salam perkenalan kot..." Kami memang sama-sama zero bab-bab bunga ni. "Makcik, cuba ko tengok, sape yang bagi?". Tak sempat aku jawab, si Puteh ni dah rampas dah kad kecil kat plastik bunga tu. "Alamak, Yasin lah..., hek eleh mamat ni, bagi bunga apa classs.... Bagilah cokelat ke, burger ke, tak tu koman-koman pun roti canai ke... boleh gak aku tumpang bedal". Rungut Puteh. Aku diam, tak terkata. Buang tebiat apa si Yasin ni bagi aku bunga?. Nama dahlah Yasin, bagi bunga putih lak tu, apelah dia ni.. buat seram je.

"Merah, aku rasa Yasin syok kat ko lah", kata Puteh dengan lagak Nujum Pak Belalangnya. "Ah ah, yelah tu. Dah abis agaknya budak bandar kat kampus ni, sampaikan dia desperate sangat terpaksa pilih aku, budak kampung ni, iye...." jawabku. "Makcik.... kalau dah suka, botol kicap pun dikata botol cuka.... tau tak???. Bukan main lembut lagi ayat yang keluar dari bibir Puteh ni. "Kalau botol kicap ngan botol cuka pun tak boleh nak beza... itu tandanya buta...." jawabku. Memang sah si Yasin ni buta.

===============================================

Minggu depan cuti pertengahan semester. Aku nak balik kampung tapi tak tau macam mana nak beli tiket. Sudahnya aku minta Amirul, classmate aku tolong belikan sebab petang tu dia nak pergi bandar. Selalunya ayah aku yang jemput tapi kali ni, aku nak cuba naik bas pulak. Nak cari pengalaman berdikarilah katakan....

Sampai hari yang dinantikan, macam-macam pesanan aku dapat daripada Puteh. "Merah, ko jaga diri baik-baik. Jangan sampai sesat. Apa-apa hal ko talipon aku, tau tak?". "Yelah, aku taulah jaga diri aku. Ko tak yah susah hatilah. Sampai rumah nanti aku talipon ko ye". Puteh menghantar aku sampai ke pintu bas. Walaupun dia ni brutal sikit dan kuat makan, tapi hati dia baik. aku sayang kat ko, Puteh...

Aku duduk ikut nombor dalam tiket tu. Heh heh heh, kat tingkap, aku suka. Boleh gak layan mata, tengok pemandangan kat luar tu nanti. Tengah aku dok leka, melayan perasaan tu, tiba-tiba aku nampak classmate Puteh yang bertentang mata dengan aku tempoh hari, naik. Aku pandang dia, dia pun pandang aku. Kuch Kuch Ho Ta Hei....Dia berhenti kat kerusi sebelah aku. Aku buat muka confuse. Dia sengeh dan cakap, "Eh eh, sit saya kat sini rupanya...". Alamak! macam mana ni? Mana aku nak lari ni? Puteh.... tolong aku!.
Dia duduk sebelah aku. Aku buat-buat selamba je masa tu. Suasana jadi sunyi sepi. Telinga aku hanya terdengar muzik yang cukup rancak hasil seni jantung aku ni. Dup dap dup dap dup dap. Ya Allah, lindungilah hambaMu ini, ya Allah... doaku dalam diam.

"Hai!", tegurnya. Mungkin dia tahu situasi kalut aku agaknya. "Hai!", aku jawab balik. "Sorang je ke?", hek eleh... dah nampak aku sorang, lagi mau tanya, aku fire gak mamat ni kang. "Taklah, berdua", jawabku spontan. "Hah? sape sorang lagi?" soalnya lagi. "Bayang-bayang", jawabku ringkas. Dia gelak perlahan, macam orang bengang je bunyinya. Nasib ko lah mamat.... Aku harap ko berputus asa untuk mengorat aku ni. Aku tarik nafas lega dan sambung aktiviti melayan perasaan aku sambil menikmati pandangan indah di luar sana. Bas dah bergerak sejak 30 minit tadi. Rasa lenguh pulak leher aku asyik pandang ke kanan aje. Aku betulkan duduk agar lebih selesa. Aku toleh ke kiri, alamak!! mamat ni tengah tenung aku.... Dia ni mabuk ke apa? Aku jadi makin tak keruan. Aku rasa muka ni dah membahang dah. Dia senyum je. Dia bisik kat aku, "Muka awak dah merah, cantik! sesuai dengan nama awak, Merah. Saya suka". Hampehhhh!!!! sumpahku dalam hati. "Nama saya Yasin", sambungnya lagi. "What?! Yasin.... alamak.. dia ni ke secrete admirer aku. Mana nak menyorok ni???".

"Merah, boleh saya cakap sikit? Aku hanya menganggukkan kepala. "Saya nak buat pengakuan yang saya sebenarnya dah jatuh cinta kat awak" lancar sekali ayat-ayat cinta yang keluar dari bibir Yasin. Aku rasa muka aku dah makin kebas. Tak tau nak bagi response yang macam mana. "Merah, awak adalah cinta pertama saya. Sebaik saya terpandang aje awak, jantung saya terus berdegup kencang. Bila malam pulak, saya tak lena tidur asyik terkenangkan awak". Aku mengangkat muka. Pandangan kamu bertaut... Kuch Kuch Ho Ta Hei... Ah.. sudah, penyakit berangan versi hindustan aku dah datang dah ni. Cepat-cepat aku cubit peha sendiri. Stop! jangan Merah... jangan cepat terpedaya. Ko baru kenal dia sehari je, takkan nak jiwang kot... kata hati kecilku. Ye tak ye jugak, takkan aku nak senang-senang je percaya kat mamat ni. Memanglah muka dia handsome tapi manalah tau dia sebenarnya bapak ayam ke... jeng jeng jeng... aku kena siasat ni. Aku senyum kat Yasin. Yasin balas dengan senyuman yang mampu mencairkan hati dan perasaan aku ni. Sabar Merah, sabar... kuatkan iman.

Dua jam berlalu, akhirnya kami sampai ke Puduraya. Aku perlu ambil bas lain untuk pulang ke rumah. Yasin mengekori ku. Tiba-tiba, "Surprise!!!!" jerit seorang gadis gedik. Gadis itu terus memeluk Yasin yang tengah menggelabah semacam je, aku tengok. "Yang, apa you buat kat sini?" tanya Yasin dalam kalut. "Tunggu you lah" jawab si gadis. Cis! bedebah punya mamat. Baru tadi dia kata cinta kat aku, rupa-rupanya dah ada awek dah. Cinta konon.... Nasib baik aku tak fall in love kat ko mamat.... Adios!.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.