Cerpen : Kenangan Semalam

Genap 6 bulan intan berada di sekolah baru, suasana baru yang agak janggal baginya kerana sebelum ini die terdedah dengan sekolah perempuan sahaja. Bercampur dengan budak lelaki menjadikan dia seorang gadis yang liar, dan semakin berani untuk kurang ajar dengan ayah dan ibu tirinya yang selama ini menjaga dia dengan baik. Sebelum ini dia tinggal dengan ibunya tapi sejak ibu meninggal, ayah telah mengambil alih tugas menjaga intan apatah lagi ibu tiri tidak dapat melahirkan zuriat. Tapi kenangan lampau memaksa dirinya untuk tidak terus menerima ayahnya yang dirasakan telah banyak membuat dosa kepada ibunya kerana sanggup meninggalkan mereka demi perempuan lain.


Pang!!! Satu tamparan kuat singgah di pipi. Sebelum ini, dia blum pernah disakiti. Ibunya yang selama ini membesarkannya pun belum pernah meninggikan suara apatah lagi melayangkan tangan memukulnya. Dia nekad malam itu ingin melarikan diri.
"Joe, kau kat mane? Amik aku kat simpang dekat rumah aku sekarang!" permintaan yang berupa arahan kepda Joe. Joe yang baru dikenali 2 jam lepas disebuah warung makan. Hanya Joe yang difikirkan ketika itu untuk meminta bantuan. Dengan pakaian yang tidak berganti, dia keluar rumah sekali lagi. Setelah Joe tiba, dia menaiki kereta tanpa dipelawa. Di dalam kereta dia hanya mendiamkan diri tanpa menyapa lelaki di sebelahnya. Intan mengimbas kembali peristiwa yang baru berlaku...

----------------------------------------------------------------------------------------

Jam 4 pagi. Rumah kelihatan gelap. "Mesti dah tdo lena tapi takpe,aku ade simpan kunci pendua." Intan berbisik sendiri sambil tergelak kecil. Intan telah mebuat kunci pendua tanpa disedari oleh kedua orang tuanya. Pintu dibukak dengan berhati-hati. Baru kakinya hendak memijak anak tangga, lampu dibuka. "Intan! Pukul berapa skang baru kau balik? " intan terkejut mendegar sergahan ayahnya. Melihat muka ayahnya yang garang dia menjadi agak takut. Ntah mengapa sedangkan sebelum ini, apabila melakukan kesalahan dia tidak merasa takut sedemikan. Ayahnya juga tidak banyak soal. Tapi kali ini mungkin ayahnya sudah hilang sabar.
"Kamu pekak ker? Balik nk dekat subuh. Ingat ayah tak tau kamu kuar semalam? Dh la ponteng skolah.. Ingat ayah taktau aktiviti kamu?. Ini..surat ayh dapat td."Sambil melemparlan surat warning dari sekolah yang diterimanya siang tadi.
"Malu ayah tau. Semua orang kenal ayah." Intan mengakui yang ayahnya seorang yang berpengaruh kerana mempunyai syarikat sendiri. Ayahnya juga kerapkali menjadi sponsor setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

"huh, ayah tau ni pun sebab sekolah yang anta surat. Kalu tidak, sampai sekarang ayah tak tau. Nampak sangat ayah ni tak amik berat pasal anak sendiri."Balas intan.
"kurang ajar." satu tamparan singgah di pipi. Serentak dengan itu intan tersentak dari lamunan.
"Hey, kenapa ni? Dari tadi diam, tiba2 terkejut. Ape yang dah jadi? Macam nampak hantu je."Joe tergelak. Sengaja untuk menceriakan suasana yang kelihatan agak tegang.
Intan menggeleng kepala. Tanpa menjawab pertanyaan joe intan terus mengalih topik perbincangan.
"Kau ade kawan perempuan tak untuk aku tumpang bermalam? "Hey, umah aku kn ade?" Sambil tergelak2 joe mencadangkan tapi intan bukan orang sebegitu. Dia nampak jinak2 merpati. Walaupun intan kelihatan seperti gadis yang tidak bermoral, tapi joe tau intan belum pernah disentuh oleh mane-mane lelaki. Intan hanya mencari kawan untuk melepaskan tekanan dirumah. Entah masalah apa dia sendrik tidak tahu. Intan pada pandangannya seorang gadis yang amat berahsia.



-----------------------------------------------------------------------------------------


Abang, anak you dah lari rumah ni. You taknak ikut ker? Samad diam. Hatinya masih panas dengan kelakuan anaknya itu. Mira, isteri kedua yang dikahwini hampir 12 tahun. Disebabkan dia tidak mempunyai anak, dia menganggap intan seperti anaknya sendrik tapi intan masih tidak dapat terima kerana kisah lampau. Dia sedar, dalam keadaan ini intan boleh buat ape saja. Namun perasaan marah Samad terus menguasai diri. "pedulikan. Kalu xde duit nanti, pandailah dia balik ke rumah." biarpun pada hakikatnya hati diburu resah kerana hanya intan anak darah dagingnya seorang dan memikirkan intan seorang perempuan.

--------------------------------

Kelihatan joe berborak dengan seorang perempuan di pagar sebuah rumah. Intan hanya memerhatikan dari dalam kereta. Sesekali mereka berpaling pada Intan. Joe memberi isyarat suruh intan keluar. "ini Intan, ini kak Su." joe memperkenalkan mereka. "kak su dah izinkan intan tdo kat sini. Joe balik dulu. Esok nak keje plak. Nanti papehal kol joe. Kak su tolong jaga intan k." Joe menjelaskan dengan panjang lebar.
"Yer la, buah hati kamu, takkan akak tak tolong." Pantas kaksu membalas sambil memandang intan. Intan hanya tersenyum... Buah hati? Baru je kenal xsampai sehari dah digelar buah hati. Tapi takpela, dia bergurau je agaknya. Lagipun aku terhutang budi dengan joe kerna memperkenalkan kak su tempat untuk menumpang teduh... Intan berkata sendiri di dalam hati.

"masuk la intan, akak tinggal sorang je. Mari akak tunjuk bilik. Intan hanya pandang dan senyum. Layanan ini seperti kali pertama dirinya disambut dirumah besar ayahnya dulu..
"intan nak mandi dulu ker? Ini baju." Kaksu mengunjukkan baju dan kain batik. Alamak, macamane ni?Intan berkata dalam hati. Seumur hidup tak penah dia memakai kain batik.. "kak, seluar ade tak? "
"owh, ade.." Jawab kak su sambil tersengih. Mungkin dapat menangkap apa yang difikirkan oleh intan.

Setelah membersihkan diri dan memakai pakaian kak su, intan tdo di ats toto yang disediakn untuk dirinya. Kerana semalaman dia tidak tidor, tambahan dengan peristiwa ditampar oleh ayahnya semalam, mata intan mudah layu dan hanyut dengan kedamaian pagi yang sungguh tenang..

Malam itu intan didatangi ibunya. Kelihatan ibunya sedang memandang dengan senyum manis dibibir. Intan terkejut. Kenapa ibu disini.sudah lame intan tidak bertemu dengan ibunya. Tak terlintas langsung bahawa ibunya sudah tiada ketika itu. "jangan derhaka pda ayahmu".ibunya bersuara lembut namun sedikit tegas. Tapi..belum sempat intan menjawab, ibunya menghilang sedikit demi sedikit di dalam cahaya yang terang yang tiba-tiba muncul.

Intan terjaga dari tidur. Sinaran matahari terasa menggigit kulit dari celah langsir yang tidak tertutup rapat. Rumah kelihatan sunyi. Tiada siapa pun ketika ini. Di samping intan terdapat sehelai kertas,. "akak pergi kerja dulu. Nak makan akak dah siapkan. Panaskan je. Air dalam peti. Buatla macam rumah sendiri." Intan tersenyum.

Kini intan kembali ke alam nyata. Peristiwa semalam menerjah ke dalam fikiran. Inilah kali pertama die nekad meninggalkan rumah. Mungkin pengaruh kawan, atau dia sendri tidak pasti. Dia pun masih baru dengan kawasan itu. Tapi die bersyukur kerana masih ade tempat die boleh menumpang. Joe... Orang yang baru kukenal. Tak sangka budak yang kelihatan ganas, ade kawan yang dipanggil kak su yang aku kire seorang yang baik dan lemah lembut. Siapa joe sebenarneyr? Ape hubungannya dengan kak Su?


---------------------------------------

Pon!Pon! Kedengaran bunyi hon kereta. Intan melihat ke luar jendela. Hatinye bersorak girang takala melihat joe yang di dalam kereta. Die mendapatkan joe. Dengan muka baru bangun tido, berpakain ala kadar pemberian kak su semalam,die malangkah ke arah joe. Joe agak terpegun melihat kecantikan asli intan yang seblum ini hanya bertopengkan mekap yang tebal seperti remaja lain. Wajah intan nampak matang walaupun usia baru menginjak 17 tahun. Ditambah pula senyuman ceria gadis itu yang baru dikenalinya semalam

Woit, ko tenung aper tu? Macam tak penah lihat orang. Intan menepuk bahu joe. Dia sedar diri dia diperhatikan. Hanya joe orang pertama yang pernah lihat intan dalam keadaan macam tu. Terasa malu jugak bila difikirkan semula.

Teruk sgt ke rupa aku? Intan berbisik dalam hati.joe tersedar dan tersengih. Macam kerang busuk. Tapi lesung pipit kelihatan terserlah. Membuatkan pemuda itu kelihatan comel. Semasa mereka berkenalan, tidak pula die bertanya tentang umur tapi yang pasti dia sudah bekerja. "ni, kak su suruh bawak balik lunch. Die tak balik rumah tengahari ni. Ade keje sket. Aku nak makan ngan tunang aku jap lagi. Ko makan sorang je la ek. Boleh?"

Intan tahu yang joe sudah punyai tunang semasa mereka berkenalan semalam. Tanpa berselindung Joe mengaku tapi tak tahu la kesahihannya tapi mase meminta joe mengambil dia malam tu,dia langsung tak terfikir apa-apa melainkan cuma hendak membawa dirinya jauh dari keluarga. Ape yang pasti, dia senang apabila berdamping degan joe. Tidak seperti lelaki lain yang kelihatan suka mengambil kesempatan. Tapi, lelaki kini tidak boleh dipandang remeh. Ayahnya sendri menjadi bukti. Kini, intan susah mempercayai lelaki walaupun majoriti kawannya adalah dari kaum adam.

"Ala, ingat nak ajak bawa jalan-jalan. Bosan la duduk rumah je. Intan bersuara manja dan memuncungan mulutnyer tanda tak puas hati membuatkan wajahnya semakin comel. Gelisah Joe dibuatnya. "Ala, ari aku bz lah. Mase cuti boleh la kot. " k la, lenkali jumpa lagi. Marah plak tunang aku nanti kalu lambat. Bubuye." dengan pantas joe masuk semula kedalam kereta dan memecut ke jalan raya. Tak sanggup die lama-lama menatap intan ketika itu. Semacam ade suatu perasan aneh sedang masuk ke dalam jiwanya.

-------------------------------------

"Assalamualaikum.."Kedengaran bunyi orang memberi salam. Kak su dah balik rupenya. Kelihatan mukanya yang agak letih tapi masih memberikan senyuman manis. Baru kali ini intan melihat sepenuhnya muka kak Su. Berkulit hitam manis, ade lesung pipt. Kakak joe ker? Tapi rasenyer muka diorang lain. Cuma lseung pipit je mengingatkan dia dengan joe. "Macamane ari ni? Bosan tak duduk rumah?" Kak su bertanya.
" Bosan jugak." Intan menjawab sepatah. "Duduk rumah tengok tv je. Tak watper pun.nak kuar jumpa kawan plak jauh". Memang betul. Intan tak biasa tinggal di taman itu. Lagipun dia takut meniggalkan rumah tanpa cakap apa-apa kepada orang yang telah banyak membantunya.

"intan, kak su nak tanye boleh?" Intan tersenyum sebagai tanda sedia menerima soalan. "intan tak mahu pulang ke rumah ker?" Muka intan yang baru je nampak serinya bertukar mendung kembali. "bukan akak nak halau intan, tapi keluarga mesti diutamakan dulu. Akak tak tahu ape yang terjadi antara kamu dan keluarge intan, tapi rumah sendiri adalah yang terbaik di samping ibu dan ayah". Intan diam.

Di dalam hati, kaksu takut melukakan hati intan. Dia takut intan akan lari dari umah dia dan melakukan perkara yang lebih bodoh. Mujurlah semalam dia bertemu joe. Dia tau joe lelaki yang baik dan membawa intan ke sini. Kalau intan berjumpa lelaki jahat, mungkin intan akan mendapat susah.

"kak su sudah anggap intan seperti keluarga sejak intan menjejakkan kaki ke dalam rumah ini. Kak su tak mahu intan ditimpa masalah."Terang kak su.

Intan mengangkat muka dan mengatakan sesuatu yang tak terfikir oleh kak su."kak, kalu betul akak rase intan seperti keluarge sendiri, izinkan intan tinggal disini", ungkap intan.
Kak su terkejut tapi fikirannya masih waras dan rasa ikhlas hendak menolong intan dapat ditangani dengan segera. "boleh, dengan syarat mintak izin dari keluarga intan."
"tapi kak. Belum sempat intan menjawab, kata-katanya telas dipintas oleh kak su." Takde tapi-tapi. Akak tak mau kalau sesuatu terjadi pada intan akak disalahkan seratus peratus. At least keluarga intan tahu intan tinggal kat mane. Mereka jugak tentu tak risau sangat."
" tapi macamaner kalau ayah tak bagi. Kakak tak kenal ayah."Balas intan. Tapi sebenarnyer, die pun belum benar memahami ayahnya. Sudah berapa tahun die tak berayah. Cuma 6 bulan lepas..

"itu intan jangan risau. Nanti akak jumpa ayah intan dan terangkan kepadanya. Kite berdoa semoga dibukakan pintu hati ayah intan,ok?"
Doa?? Suatu perkataan yang dah lama hilang dalam kamus hidupnyer. Intan sedar, dia sudah jauh terpesong kerana terlalu turutkan hati marah kepada ayah. "intan dah solat?" Kak su bertanyer..
"err, belum..cuti." Jawapan mudah bagi intan. Sebenarnya sudah lama dia melupakan perintah rukun islam itu.
"kalu macm tu takpela, malam ni kita makan di luar. Pastu g umah keluarge intan, ye. Kita mintak izin.
"joe tak ikut sekali ker?"tetibe nama Joe terlintas di fikiran."joe tak dapat join lagipun dia tak sesuai berada dalam pertemuan tu nanti. Takut ayah intan fikir yang bukan-bukan. Cukup la akak sorang. Intan anggap la kite dah lame kenal. Mungkin nanti mudah untuk ayah intan beri keizinan." intan hanya mengangguk.

------------------------------------------------------------


Semua itu kini hanya tinggal kenangan.. Ternyata ayah mengizinkan dia tinggal dengan kak su walapun baru pertama kali bersua. Entah ayat ape kak su pakai intan tak peduli cuma apa yang difikirkan adalah mahu jauh dari keluarganya. Pada ketika itu usia intan masih mentah .Terlalu mengikut perasan. Kak su la yang banyak menolongnya wlaupun mereka baru kenal. Itupun atas pertolongan Joe jugak yang dikenali pada pada malam kejadian. Tapi takdir tuhan tidak dapat disangkal. Dalam diam, semua ini memberi kesan mendalam ke dalam hati intan yang selama ini sering menaruh dendam.

Sepanjang tinggal dengan kak su, dialah yang banyak membimbing ke jalan kebenaran dan joe yang sekali sekala datang menziarahi telah membuatkan hatinya mula tertarik dengan joe. Tapi dia sedar, joe akan menjadi milik orang lain sebab itulah dia nekad untuk membawa diri sekali lagi. Bukan kerana marah kepada lelaki cuma membenci diri yang mula rasa diri mahu dicintai oleh seseorang yang digelar lelaki.

Berbekalkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, intan nekad meningalkan mlaysia supaya ingatan kepada Joe diharap dapat dilupakan. Namun ternyata, bukan semua lelaki jahat, dan bukan semua lelaki mempunyai hati seperti joe. Setelah 5 tahun merantau, dia pulang kembali dengan harapan dapat mencari ubat untuk mengubati luka dihatinya di malaysia setelah ubat dirantau orang tetap tidak diperoleh. Dia sedar masih ade orang lain yang perlu dia sayang. Ayah dan ibu tirinya.


---------------------------------------


Kepulangannya telah disambut dengan gembira di lapangan terbang. Selama tempoh 5 tahun tidak pernah sekalipun dia pulang atas alasan ingin mencari pengalam kerja disana sekiranya tiba musim cuti semester. Dari jauh kelihatan ayah dan ibu melambai tangan. Dicium tangan ayah dan ibunya. Intan sudah dapat memaafkan ayahnya dan intan sendri mengaku kesilapan atas sikapnya selama ini. Sebelum meninggalkan Malaysia dahulu, dia telah memohon maaf dari ayah dan ibu tirinya kerana perbuatan dia dahulu. Intan kini sudah matang dan sudah boleh berfikir baik buruk tindakannya. Ternyata ayahnya seorang yang baik dan memaafkannya.

"intan.."Kedengaran suara yang biasa didengar. Intan harap sangat bukan dia yang datang. Pada jangkaan intan, mungkin ketika ini joe sudah pun berumahtangga dan mempunyai anak.
"intan." Kali ini dia menoleh. Joe sedang mendukung seorang anak kecil yang mungkin berusia hampir 2 tahun. Mempuyai lesung pipit sepertinya dan berkulit cerah. Mungkinkah itu anaknya?
Anak dalam pelukan itu merengek mintak dilepaskan"salam cik intan. Joe menyuruh anak itu menyalami tangan Intan. Air mata hampir menitis tapi ditahan. Dengan menahan getar, intan bertanya. "Mana isteri?"

"Isteri?"Joe kelihatan terkejut. "Mama!" Anak kecil itu tetiba menjerit memanggil mamanya. Hati intan bagai dipalu. "Ye sayang. "Mcm dikenal suara itu dan kelihatan kelibat seorang wanita yang amat Intan kenali..kak su. Kak su? Ya. Bersama seorang lelaki. Mungkinkah suaminya?

Joe memandang intan dengan senyuman. Entah senyuman apa. Intan tidak pasti. Sambil berlutut Joe menghulurkan tangan yang memegang sebentuk cincin."Maukah engkau menjadi isteriku?"
"Aduh cerita ape ni? Bukan dia dah bertunang ker?". Intan bersoal jawab dalam hati. Pening memikirkan situasi yang dihadapi sebentar tadi.

Bagaikan dapat membaca hati intan, joe berkata." Tadi anak kak su yang juga kakak Joe. Sebenarnya kak Su dipulau keluarga sebab tak ikut kehendak papa untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya. Joe juga ditunangkan mengikut keluarga tapi Joe menurut sahaja memandangkan Joe belum penah ade kekasih tidak seperti kakaknya. Tapi sejak berjumpa intan, hati Joe mula terpaut. Apatah lagi intan tinggal dengan kakaknya dan dia slelalu berjumpa dan bertanya khbar."

" Pemergian intan ke luar negara sangat dirasai dan perubahan ini dapat dilihat oleh tunang Joe yang ketika itu memang sudah berpnuya cuma tak berani bantah seperti Joe juga. Namun ternyata dia lebih nekad dan minta diputuskan tali pertunangan kami tapi intan telah pergi membawa diri sehingga tak mau dihubungi. Cuma kuarge terdekat saja yang tahu tapi tetap merahsiakn alamat sebenar intan tinggal, kalu tak dah lame joe cari. "Joe bercerita dengan panjang lebar. Ayah dan kak su hanya tersenyum dan mengangguk.

"Berdasarkan cerita kuarge intan, joe tahu intan jugak rase ape yang joe rsae. Cuma joe harap penantian joe tidak sia-sia dan intan masih belum dimiliki sesiapa. Jadi, dalam pertemuan pertama ini setelah lama tak berjumpa, Joe mahu Intan menerima Joe".

"Bekas tunang joe sudahpun berkahwin dengan pilihan hatinya. Begitu juga kak su itu. Kte bla lagi?" Joe menyatakan hasrat hati untuk melamar intan sekali lagi. Intan mengalirkan air mata. Ternyata kepulangannya tidak sia-sia. Benarlah janji tuhan setiap apa yang berlaku ade hikmahnya. Jangan lari dari masalah kerana itu belum tentu dapat membantu. Setelah 5 tahun, kini kenangan lalu yang kelam hanya tinggal kenangan. Masa depan mesti diteruskan dengan lebih sinar kegembiraan....tamat

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.