Cerpen : Kembalikan kekuatan itu

Keluhan berat dilepaskan sambil memandang keluar jendela. Mengingati peristiwa sedih yang membaluti sekeping hati. Jiwa meronta meminta dilepaskan segala beban yang selama ini bersarang di hati. Sesungguhnya, tidak mudah untuk mengecap sebuah bahagia dan mendapatkan cinta sejati. Sering kali duka hadir di kala bunga bahagia baru tercipta. Pantas tangan menyambar sebatang pen dan buku diari untuk mencoret segala cerita.

***************
"hai syg, tengah buat ape tu?" haikal bertanya.
"takde pape, tengah stadi je ni..awak pulak? Tengah buat ape tu?" puteri membalas.
"baru balik kerja ni. Penatla..nk rehat kejap. Syg, hujung minggu ni kita jumpa nak? Rindu la. Saya kene turun seremban, ada hal sikit. Kita jumpa kat seremban, nak tak?" haikal menyambung.
"boleh je..saya tak kesah.." puteri memberikan jawapan sambil menguntum sebuah senyuman.

Haikal dan Puteri sedang bahagia di alam percintaan. Walaupun berjauhan, namun kasih sayang yang dicipta antara mereka cukup untuk menjadikan mereka pasangan paling bahagia ketika ini. Puteri seorang pelajar, manakala Haikal bekerja sambil belajar di sebuah politeknik. Hubungan yang dimulakan tanpa pernah bersua muka tidak menghalang mereka untuk mencipta kebahagiaan seperti orang lain. Setelah bertemu, walaupun Haikal kekurangan dari sudut fizikal kerana berbadan agak gempal, namun Puteri tidak pernah menjadikan semua itu alasan untuk menolak Haikal dalam hidupnya. Keikhlasan hati dalam menjalinkan persahabatan ini telah mengetepikan sebarang halangan. Niat di hati hanya satu, untuk menjaga hubungan ini sebaiknya dan melalui segala susah dan senang bersama.

"puteri, ko serius ke dengan mamat tu? Kenal pun baru sekejap, berani ko ambil risiko nak kapel dengan dia.." panjang lebar Nadia berleter kepada Puteri.
" ala apa salahnya pun, kami ikhlas nak berkawan, tak kesah la kenal lama atau tak. Yang dah kenal lama pun belum tentu memahami sepenuhnya. Aku bagi peluang pada diri masing – masing untuk buat yang terbaik pada hubungan ni.." puteri berbicara serius.
"yelah, aku bukan apa. Cuma sebagai kawan, aku tak nak tengok kau kecewa kemudian hari. Apepun, jaga diri kau baik-baik. Jangan mudah sangat percaya kepada lelaki. Aku doakan kebahagiaan kau." Nadia mengingatkan Puteri.
"aku faham. Kau jangan risau, aku tau lah jaga diri aku sebaiknya. Apa pun, terima kasih Nadia sebab ambil berat tentang aku. Beruntung aku dapat kawan macam kau.." Puteri meluahkan isi hatinya.
"no hal lah kawan. Anything for you.." tutur Nadia sambil tersenyum.

Nadia, sahabat Puteri yang banyak membantu dan sering menasihati Puteri tentang banyak perkara. Segala rahsia Puteri banyak dikongsi bersama Nadia dan keakraban mereka memang tidak dapat disangkal lagi.

Hujung minggu telah tiba. Hari yang dinanti untuk bertemu kekasih hati akhirnya tiba jua. Puteri menunggu Haikal di Seremban dan tidak lama kemudian, kelibat Haikal kelihatan. Senyuman yang terukir di wajah masing – masing cukup untuk menggambarkan bahagia yang sedang dikecapi sekarang ini.

"sayang dah lama tunggu?" Haikal memulakan bicara.
"tak la. Baru 10 minit je..awak nak pergi mana dulu ni?" Puteri membalas.
"temankan saya pergi pejabat dulu boleh tak? Saya nak ambil borang untuk temu duga.." Pinta Haikal.
"boleh, nak naik apa?" tanya Puteri.
"emm…jalan kaki je boleh tak? Kalau naik teksi mahal la sayang.." tanya Haikal dengan teragak – agak.
"jalan kaki?? Eiii panaslah..nanti gelaplah kulit saya..awak ni selalu seksa saya tau..masa kat Melaka haritu kena jalan kaki jugak!" protes Puteri dan menarik muka masam.
"ala, bolehlah sayang.. nanti saya belanja awak aiskrim..nak tak? Aiskrim coklat..awak kan suka makan aiskrim coklat,sampai comot – comot muka awak.." Haikal memujuk.
"eii saje je tau. Taula saya memang tak pandai nak makan aiskrim elok-elok. Mesti comot. Tak payahlah cakap, malu je saya.." Balas Puteri dengan wajah kemerahan.
"ala, tak pe. Saya yang cakap, tu pun dengan buah hati sendiri, takde orang dengarlah..janganla tarik muka masam..muka awak tu dah cukup comel tau, kalau masam-masam nanti jadi tak comel.." Haikal menambah.
"yela, saya tau saya memang comel.." puteri memuji diri sambil tersenyum bangga.
"hehe sayang ni..ada-ada je..so, boleh tak kita jalan kaki ni?" Haikal mencuba lagi.
"yelah, eii saja je puji lebih-lebih..macam orang tak tau je niat dia tu.Dahla, jomlah jalan. Hari macam nak hujan je. kang tiba-tiba hujan susah pulak" Ngomel Puteri.

Mereka pun berjalan beriringan menuju ke pejabat yang dimaksudkan.Haikal telah berjanji untuk datang mengambil borang untuk temu duga daripada sahabatnya. Setelah penat berjalan, mereka akhirnya tiba. Puteri mengikut Haikal ke pejabat tersebut. Ketika menunggu dalam pejabat, Puteri terdengar kawan – kawan Haikal mengusiknya dengan seorang gadis di pejabat tersebut. puteri hanya mampu tersenyum mendengarkan usikan tersebut, kerana Haikal tidak memperkenalkan Puteri sebagai kekasihnya ketika bertemu kawannya. Rasa curiga mula timbul dihati. Namun, puteri tidak mahu mensia-siakan masa mereka bersama, justeru itu Puteri mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan usikan yang didengarnya itu.

Setelah urusan di pejabat selesai, mereka pun berjalan ke sebuah kafe untuk mengisi perut yang sudah berbunyi. Sambil makan, mereka berbual mesra dan Haikal telah mengambil telefon bimbit Puteri. Saja nak tengok, katanya. Puteri tidak kesah kerana tiada apa di dalam telefon bimbitnya yang boleh menimbulkan rasa curiga kepada Haikal. Setelah habis makan, Puteri mengambil telefon bimbit Haikal, bukan untuk mencurigai apa – apa. Saja untuk melihat-lihat. Tetapi Haikal menyambar dengan pantas. Puteri terkejut dan cuba untuk mengambil kembali telefon tersebut. dengan rasa tidak puas hati, puteri terus membuka satu demi satu apa yang terdapat di dalam telefon tersebut yang menyebabkan Haikal tidak mahu membenarkan Puteri melihatnya. Haikal hanya memandang pasrah.

Sedang puteri membelek isi kandungan telefon tersebut, tiba-tiba matanya tertancap pada satu ayat dalam mesej yang berbunyi, "bukan macam tu. Saya masih lagi sayang kan awak, cintakan awak..saya rindu kat awak. Janganlah macam ni.." berderau darah Puteri membaca mesej tersebut. dengan serta – merta, puteri menghempas telefon tersebut, mengambil barang-barangnya, dan berlari keluar daripada kafe tersebut. Haikal yang kebingungan lantas mengikut Puteri, cuba untuk mengejar Puteri yang berlari dan semakin jauh menghilang daripada pandangan Haikal. Mesej daripada nombor yang tidak dikenali tadi benar – benar mengecewakan hati Puteri. Dia nekad untuk tidak mehu meneruskan hubungan itu. Haikal lebih pantas dalam mengejar puteri dan akhirnya dapat memintas Puteri. Puteri dengan sedaya upaya minta dilepaskan, namun Haikal terus merayu untuk menjelaskan perkara sebenar. Akhirnya Puteri akur dan diam membisu sambil mendengar penjelasan Haikal.
"saya tahu awak marah sebab apa. Sebab mesej tu kan? Sebab tu saya tak nak bagi awak belek hp saya. Bukan nak tipu awak, tapi tak nak awak terus buat kesimpulan. Sebenarnya begini. Perempuan tu saya dah lama kenal. Dulu masa kerja part-time saya kenal dia. Kami kawan baik sampailah satu hari dia memberitahu yang dia sukakan saya. Tapi saya tak anggap dia lebih daripada seorang kawan. Lama – kelamaan saya sedar yang saya pun ada hati pada dia. Tapi beberapa bulan kemudian, dia tukar kerja tempat lain, dan berlaku satu perkara yang menyebabkan kami bergaduh dan terus tidak berhubung lagi. Tiba-tiba haritu dia mesej saya, meluahkan kembali apa yang pernah diluahkan dulu. Tapi saya dah ada awak, saya tak pernah berniat nak menduakan awak. Kami berbincang, tapi dia tak dapat terima penjelasan saya. Dia marah-marah dan buat keputusan untuk putuskan persahabatan kami. Sekarang kami pun dah tak ada apa-apa lagi. Percayalah kata-kata saya, Puteri. Sungguh, saya tak tipu.." Haikal menjelaskan kedudukan sebenar.

Puteri hanya mendengar kosong penjelasan itu, kerana baginya, tidak perlu untuk lafazkan sayang dan cinta kepada orang lain jika tiada apa-apa antara mereka. Air mata Puteri kini tidak dapat dibendung lagi, Puteri tunduk dan membiarkan air matanya turun membasahi bumi. Sesungguhnya, dia tidak dapat menerima keadaan dan penjelasan itu sepenuhnya. Baginya, Haikal tetap bersalah kerana menghancurkan hatinya. Puteri tidak mampu untuk berkata apa – apa, bingkas dia bangun dan segera meninggalkan tempat itu. Dia tidak mampu lagi menatap wajah yang disayanginya itu. Haikal menemani Puteri sepanjang perjalanan, namun tiada sebarang butir bicara yang keluar dari bibir mereka. Mungkin Haikal rasa penjelasan tadi sudah cukup untuk melegakan hati Puteri, namun bagi Puteri, penjelasan itu hanya mampu menambahkan lagi kepedihan dihatinya.

************
Hari – hari berlalu tanpa ada pelangi indah yang selalunya menghiasi langit kehidupan Puteri. Segala-galanya terasa kosong dan sepi. Semua panggilan dan mesej dari Haikal tidak diendahkan Puteri. Haikal sudah semakin kebingungan dan mencuba untuk memujuk hati gadis kesayangannya itu. Namun, hati Puteri masih lagi tertutup untuk Haikal dan hari – hari berlalu terasa menyakitkan bagi Haikal. Sesungguhnya, dia tidak pernah berniat untuk melukai hati Puteri apatah lagi menduakannya. Namun dia akur dengan kesilapannya itu dan berharap agar masih ada lagi ruang di hati Puteri untuk menerima dirinya.

Dua minggu berlalu. Hati Puteri mungkin lebih sejuk dan tenang berbanding sebelum itu. Sedang dia leka melayan perasaannya, dia dikejutkan dengan panggilan Haikal. Puteri menjawab panggilan tersebut dengan rasa malas.
"assalamualaikum, awak.." Haikal membuka bicara.
"waalaikumussalam.." jawab Puteri.
"awak apa khabar? Sihat tak?" soal Haikal.
"sihat, alhamdulillah.awak?"
"saya pun sihat. Awak tengah buat apa tu? Saya ganggu tak?" soal Haikal ragu-ragu.
"takde buat apa-apa. Tak ganggu pun. Ada apa call ni?" Puteri membalas.
"dah 2 minggu awak senyap je. Saya call awak tak angkat, mesej pun tak balas. Awak masih marahkan saya? Terus terang la. Jangan terus diam macam ni.." rayu Haikal.
"….." tiada bicara dari bibir Puteri.
"sayang, please. Don’t be like this. Saya tau itu semua salah saya. Saya betul-betul mohon maaf. Seikhlas hati saya. Saya tak berniat nak melukai awak, Puteri.." terang Haikal.
"entahlah..hati saya dah tawar dengan awak. Cinta yang saya bagi selama ini tak cukup meyakinkan awak tentang keikhlasan saya..saya terasa dianiaya.. awak tak berada di tempat saya, awak tak tahu perasaan saya. Saya dah cuba pujuk hati saya untuk maafkan awak, tapi saya rasa saya tak mampu. Kepercayaan yang saya bagi pada awak selama ni awak dah hancurkan sekelip mata. Bukan senang saya nak percayakan orang yang saya tak kenal, tapi awak langsung tak tahu hargai kepercayaan yang saya dah bagi.." luah Puteri seiring dengan rembesan air matanya.
"Sayang, please forgive me. Saya betul-betul merayu dengan Puteri, maafkan Haikal.. Haikal tak sanggup hidup tanpa Puteri…" jelas Haikal.
"tapi Puteri tak mampu, maafkan Puteri, Haikal. Mungkin Puteri tak sempurna untuk Haikal. Puteri minta maaf atas semua kekurangan Puteri. Halalkan makan minum Puteri selama kita kawan. Izinkan puteri pergi daripada hidup Haikal.. Mungkin setakat ni je yang mampu kita pertahankan…" luah Puteri panjang lebar. Tidak!! Bukan ini yang aku harapkan, bentak Puteri dalam hatinya. Namun, itulah takdir yang akhirnya memisahkan dua hati yang saling menyayangi..

Walaupun pahit, Haikal telan jua. Haikal tidak mampu memaksa hati Puteri untuk menerimanya. Apa yang mampu dilakukan hanyalah mendoakan kebahagiaan Puteri. Aku sayangkan kau, Puteri!!! Terlalu sayang!!! Jerit Haikal.

**********************

Dua bulan berlalu. Kehidupan masing – masing lebih tenang. Perpisahan yang ditakdirkan itu berlaku ketika musim peperiksaan. Dengan segala kepayahan, Puteri gagahkan jua hati kecilnya untuk memberi fokus pada pelajaran. Walaupun keputusannya sedikit terjejas, tapi Puteri bersyukur kerana Nadia sentiasa di sampingnya dalam melalui saat – saat kesedihan itu. Puteri sedang asyik leka membaca cerpen di internet, tiba – tiba dia dikejutkan dengan deringan mesej di telefon bimbitnya.

Setelah dua bulan berlalu, selama itu juga lah dia mencuba untuk melupakan Haikal, langsung tidak terduga bahawa Haikal akan menghubungi nya setelah lama berpisah. Puteri agak keberatan untuk membaca mesej tersebut, tetapi hati wanitanya mendorongnya untuk membaca mesej itu.

"salam, Puteri. Ingat Haikal lagi tak? Puteri apa khabar? Haikal harap Puteri sihat dan terima kasih coz sudi baca mesej Haikal ni..Haikal tak nak panjang cerita, biar Haikal berterus terang. Haikal nak kawan dengan Puteri balik. Haikal tak sanggup hidup tanpa Puteri. Walaupun sebagai kawan, tapi itu pun dah cukup andainya Puteri sudi berkawan dengan Haikal. Haikal sungguh-sungguh tak main-main. Dua bulan ni dah cukup buat Haikal sengsara tanpa Puteri. Mungkin satu hari nanti hati Puteri boleh terima Haikal balik, kita tak tahu kan. Haikal ikhlas nak kawan dengan Puteri…" panjang sekali ayat yang disusun Haikal.
Puteri tidak menafikan sedikit sebanyak dia juga turut merindui lelaki itu. Wajahnya, telatahnya yang suka mengusik Puteri benar-benar membahagiakan Puteri. Akhirnya Puteri membuat keputusan untuk menerima Haikal semula sebagai kawan, dan tidak menolak andainya ditakdirkan mereka untuk bersama kembali.

Hari – hari dilalui seperti biasa tanpa ada perkara-perkara lain yang mengganggu kehidupannya. Puteri kembali bahagia walaupun sedar bahawa Haikal hanyala sebagai kawan. Namun, Haikal sering memberikan harapan agar mereka dapat bersatu kembali sebagai kekasih satu masa nanti. Luka di hati Puteri semakin terubat dengan peredaran masa yang begitu pantas berlalu. Dia menyedari yang dia hanya mencintai lelaki itu, Haikal, itulah satu – satunya lelaki yang mampu memberi seribu satu kenangan pahit dan manis dalam kehidupannya. Walaupun sudah dinasihati Nadia, temannya, Puteri nekad untuk berkawan semula dengan Haikal.

Suatu petang, Puteri cuba menghubungi Haikal, namun panggilannya tidak dijawab. Puteri hairan kerana tidak pernah sekalipun panggilan Puteri tidak dijawab Haikal. Mungkin ada hal kot, getus Puteri. Puteri kemudian menghantar pesanan ringkas kepada Haikal, bertanyakan khabarnya dan berharap Haikal segera membalasnya.

Namun, penantian Puteri hanya sia-sia. Haikal tidak membalas mesej tersebut dan tidak pula cuba menghubungi Puteri. Puteri kebingungan namun cuba mengelak untuk terlalu serius memikirkannya. Suatu petang, Haikal menghubungi Puteri..

"hai Puteri, sihat? Maaf lama tak contact, busy sket la kebelakangan ni. Ada projek semua." Tutur Haikal.
"owh patutlah. Ingatkan kenapa Haikal tak contact. dah lupa Puteri ke.." jawab Puteri.
"mana ada lupa, sentiasa ingat. Puteri, Haikal ada something nak cakap..sebenarnya…" belum sempat Haikal menghabiskan bicara, Puteri segera memintas.
"Haikal sayang Puteri kan? Tu yang Haikal nak bagitahu kan? Puteri pun sayang Haikal…" balas Puteri, manja.
"Emm…mmm..aah betul tu.." jawab Haikal teragak – agak. Puteri menyedari Haikal seakan tidak gembira, namun ditepisnya perasaan itu.
"hehe..thanks Haikal.." sambung Puteri dengan gembira.
"Emmm.. sama-sama, Puteri.." jawab Haikal mengakhiri perbualan itu.

Walaupun Puteri sebenarnya dapat menangkap nada suara Haikal yang berbeza petang itu, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, namun Puteri tidak mahu memikirkan hal yang bukan-bukan. Puteri turut menafikan gerak hatinya yang merasai kelainan itu.

Sehinggalah satu hari Puteri tergerak untuk membuka laman web Friendster Haikal dan membaca komen-komen yang dihantar. Matanya tertancap pada satu komen yang membawanya pergi ke laman web penghantar komen tersebut. Hati Puteri berdegup kencang apabila terpandang gambar-gambar mesra perempuan tersebut dengan Haikal. Mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih. Tangan puteri bergerak pantas ke komen-komen di page tersebut dan satu kebenaran telah terbongkar..’Perempuan itu adalah kekasih Haikal sekarang’…

Hatinya menjerit dan meronta-ronta untuk tidak menerima kenyataan itu. Segala harapan yang diberikan Haikal selama ini hanya palsu! Benar – benar palsu!! Mengapa aku terpaksa melalui semua ini sekali lagi, ya Allah?? Puteri seakan tidak mempunyai kekuatan lagi untuk mengharungi semua itu. Pantas dicapai telefon bimbitnya dan menghubungi Haikal.

"kenapa awak tipu saya selama ini??? Kenapa awak bagi saya harapan palsu?? Harapan yang kita akan kmbali bersatu satu hari nanti?? Kenapa??" segala kemarahan terhambur jua.Haikal yang terkejut dengan keadaan itu, namun pantas menangkap maksud Puteri.
"awak, bukan macam tu. Saya dah cuba untuk terangkan perkara sebenar, tapi takde kesempatan. Saya tak berniat nak tipu awak, Puteri.." terang Haikal bersungguh-sungguh.
"awak tipu saya!!! Awak memang penipu!!! Dah setahun awak kapel dengan perempuan tu, selama tu juga awak dah tipu saya!!! Setahun,awak! Bukan sehari!! Hati saya bukan mainan, Haikal. Saya bukan patung, saya manusia yang ada hati dan perasaan. Sampai hati awak buat saya macam ni..I hate u!!!" jerit Puteri dan disertai tangisan menggila dan menyesali kebodohannya selama ini yang tidak menyedari dan mengakui hakikat yang Haikal memang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Sesungguhnya, hatinya terasa hancur berkecai setelah dipermainkan sebegitu rupa. Puteri terasa ditipu hidup-hidup. Dia sama sekali tidak menyangka Haikal sekejam dan setamak itu. Walaupun sudah mempunyai adlina dalam hidupnya, dia masih lagi memberikan harapan palsu kepada Puteri. Haikal masih cuba menghubungi Puteri untuk menjelaskan keadaan. Dia tidak tahu mengapa, walaupun sudah mempunyai pengganti, hatinya tidak pernah merelakan pemergian Puteri. Baginya, dia tetap mahu Puteri dalam hidupnya. Walaupun dia tahu itu tidak adil buat Puteri, tetapi itulah hakikat sebenarnya. Dia terlalu sayangkan Puteri, tetapi dia juga lah yang telah menghancurkan hati Puteri. Dua peristiwa yang telah berlaku ini telah menyebabkan hati Puteri tertutup sepenuhnya untuk insan bernama Haikal.

Puteri membawa diri dan hati yang berkecai jauh dari orang lain. Mencari ketenangan sendiri, mencari kekuatan yang sudah hilang. Puteri seakan sudah serik untuk menerima kehadiran insan bernama lelaki dalam hidupnya..Berikan kembali kekuatan ini kepadaku, ya Tuhanku..

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.