Cerpen : Kita Sayang Ko

"Kenak duduk sitok?" Soalnya dalam bahasa Sarawak. Bunyinya agak pelik malah tidak lancar. Mungkin dia bukan pelajar dari Sarawak.

Dia duduk di sebelahku. Aku segera meraup wajah. Air mata yang tadinya bertali arus pantas aku kesat. Kenangan yang menyedihkan itu serta-merta berlalu. Aku memandangnya dengan sebuah pertanyaan. Dia tanya ape?

"Napa duduk sini?" Soalnya. Kali ini dalam bahasa Melayu standard.

"Maaf... Saya tak faham bahasa Sarawak. Saya kena marah sebab tak ikut arahan fasilitator. Sebenarnya saya tak faham satu apa-apapun yang fasilitator cakap sebab saya tak tau bahasa Sarawak!" Terangku tanpa berselindung.

"Stupid facilitator! Dah tau kita ni freshie dari semenanjung, patutnya diorang tak boleh la marahkan kita!" Marahnya tiba-tiba. Terkejut aku mendengar suaranya yang keras. Mujur tiada kakak dan abang fasilitator yang mendengar. Masing-masing sibuk menguruskan freshie dalam acara 'Dengarkanlah Bisikanku..'. Ala.. Permainan yang pass-pass mesej tue..

"Salah saya jugak! Dah nak seminggu kat sini tapi masih tak dapat sesuaikan diri.." Ujarku perlahan. Cuma meredakan kemarahannya sekaligus mengakui kelemahan diri.

"Awak pulak kenapa?" Ada kerutan di dahinya.

"Oh.. Saya malas nak join game tu. Merepek aje! Rilek kat sini lagi bagus.."

Aku sekadar mengangguk.

"Saya Shah!"

"Ina.."

Jari-jemari kami bertaut erat. Simbol bermulanya sebuah perhubungan. Siapa sangka perhubungan ini akan membawa impak besar dalam hidupku.. Kami diam. Sekadar memerhatikan gelagat pelajar-pelajar di tengah padang.

"Nampak gadis bertudung tu?"

Mata ku arahkan pada gadis yang dimaksudkannya. Cantik dan ayu orangnya. Persis model kacukan.

"Saya suka dia! Zu.. Zuliana namanya.." Dia menyambung bicara. Wajah Shah dan gadis bernama Zuliana itu, aku pandang silih berganti. Ada rasa hairan terbit di hati. Biar betul? Shah cuma tersenyum melihat gelagatku. Perasaan ingin mengenali Shah dengan lebih rapat menerpa.

@~@~@~@~

Lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat membingitkan lubang telinga. Pasti Shah! Ringtone itu sengaja aku assign untuk panggilan daripadanya. Kerana hanya dia yang mampu.. Mata pantas ku celikkan. Jam di meja aku pandang. 2.30 pagi. Masih tak tido?

Panggilannya bertukar menjadi missed call. Beberapa saat kemudian, dia kembali menghubungiku. Aku pantas menekan butang hijau. Takut roommateku terjaga dari lenanya.

"Helo.." Ujarku perlahan.

"Ina, Shah ni.. Sori kita ganggu awak malam-malam ni!" Dia turut berbisik di hujung talian sana. Mungkin terikut-ikut dengan nada suaraku yang rendah ketika menjawab panggilannya tadi. Istimewanya hubungan kami, Shah menggunakan kata ganti nama 'kita-awak' apabila berbual denganku. Manakala aku pula membahasakan diri sebagai 'kita-ko' dengannya semenjak hubungan kami bertambah rapat.

"Tak ape.."

Menjawab panggilan Shah di awal pagi bukan lagi satu keanehan bagiku. Ianya telah menjadi rutin. Rutin seandainya kami sibuk dengan kelas, assignment, tutorial dan aktiviti-aktiviti lain pada waktu siang sehingga menghalang kami dari bertemu.

"Ina, kita dah jatuh cinta!" Ada nada teruja ketika ayat itu dituturkan. Tiada rasa kehairanan terbit dalam diriku. Bukankah selama ini Shah memang dah jatuh cinta dengan Zu? Saban hari bercerita tentang kecantikan, kebaikan dan keistimewaan Zu. Tapi baru-baru ini nama Zu seakan-akan hilang dari ingatannya. Mengapa ya? Kepala aku sandarkan ke kepala katil. Biji mata pula aku besar-besarkan. Cuba menahan kantuk yang datang.

"Itu kita tau la. Ko kan memang dah lama jatuh cintan-cintun dengan si Zu @ perempuan Melayu terakhir tu!"

"Bukan! Bukan!" Tingkahnya lantang.

"Habis? Dengan pompuan malang mana pulak?"

"Awak! Kita jatuh cinta dengan awak, Ina!" Jeritnya.

"Hah?" Am I dreaming?

"Selama ni kita buta kerana tak dapat menilai 'kecantikan' awak. Tapi sekarang, kita dah tak buta lagi. Kita cintakan awak, Ina!" Shah meneruskan biacaranya dengan penuh yakin.

Bulat mataku mendengarnya. Shah.. Jangan la bergurau dalam soal hati dan perasaan ni.. Pagi-pagi buta pulak tu!

"Ko ni mamai ke mereng? Hari ni bukan April Fool la!" Kataku garang.

"Kita tak tipu! Kita cintakan awak. Bukan Zu! Bagi kita masa dan peluang. Kita akan buktikan yang kita cintakan awak.."

Hatiku kembang dek kerana kegembiraan. Bibirku tak putus-putus mengukir senyuman. Terasa seperti kehidupan seorang 'Ina' bermula pada hari ini. Akhirnya Shah.. Cinta ko milik kita.. Kalo selama ni kita cuma mampu mencemburui perhatian yang ko berikan pada Zu, tapi kini ko milik kita.. Kita sayang ko, Shah! Lebih dari apa yang ko tau!

@~@~@~@~

"Kita nak jumpa awak.. Rindu la!" Rengek Shah di hujung talian.

Aku tergelak kecil. Shah memang manja. Persis anak kecil yang inginkan perhatian. Aku pula garang mengalahkan ibu tiri dalam Bawang Merah Bawang Putih. Memang kontra habis! Sejak kami melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di IPTA berbeza, beginilah rutin kami. Sentiasa mencari masa dan peluang untuk bertemu untuk melepaskan kerinduan di hati masing-masing. Percintaan Jarak Jauh a.k.a PJJ ni memang menguji kesabaran, kesetiaan dan ketahanan diri betul!

"Kita 'naik' tempat awak ek.." Usulnya. Aku pantas mengelengkan kepala. Seolah-olah dia berada di hadapan untuk melihat reaksiku.

"Jangan!" Tingkahku.

"Kenapa?" Tanyanya seperti terkejut.

"Biar kita turun Shah Alam.."

"Tapi kenapa?" Soalnya tak puas hati.

"Sini boring! Tak banyak tempat boleh jalan. Biar kita je turun sana.. Boleh jalan-jalan kat KL.."

"Tapi kita tak nak awak letih. Jauh perjalanan sini dengan sana. Nanti badan awak sakit-sakit pulak naik bas tu.."

Aku tergelak lagi. Shah memang macam tu.. Selalu memanjakanku. Langsung tak nak menyusahkan hidupku. Apa yang dia tau adalah menyayangiku dan memanjakanku. Dan aku paling suka bila dia berbuat demikian.

"Tak ape. Janji dapat tengok awak. Awak tau, bila tengok awak, hilang semua sakit-sakit kat badan saya ni.."

"Hehehe.. Awak ni kiut la! Pandai pujuk kita. So, bila nak turun?"

Pertanyaannya membuatkan aku pantas mencapai kalendar dan jadual belajarku. Melihat dan membacakan tarikh-tarikh penting sepanjang semester tersebut. Mencari tarikh paling sesuai untuk bertemu Shah. Tarikh yang tidak bertindih dengan tarikh penghantaran assignment, tutorial, presentation, midsem test, group discussion dan sebagainya. Sesekali Shah menyampuk untuk memberitahu tarikh-tarikh penting miliknya pula. Shah, I'm coming to you..!

@~@~@~@~

"Kakak, boleh tanya tak?" Soal Im pada suatu malam. Ketika itu kami baru sahaja selesai makan malam. Roommateku yang muda setahun ni lebih senang memanggilku dengan panggilan 'kakak'. Aku pandang Im dengan rasa pelik. Selalunya Im tak sesopan macam ni... Aci redah aje kalo nak tanya atau cakap apa-apapun.

"Tanya aje la.."

"Kenapa kakak selalu turun Shah Alam? Jumpa sape? Pakwe ek?" Soalnya dalam nada bergurau. Mungkin takut aku terasa hati. Mungkin takut serkap jarangnya tak mengena. Ye la.. Selama ni dia jarang busybody dengan hal peribadiku.

"Ni kes nak korek rahsia la ni ek?" Balasku dalam tawa.

"Hehehe.. Lebih kurang la! Orang tengok kakak asal cuti panjang sket aje, mesti turun Shah Alam. Mahal tu tambang dari sini ke Shah Alam. Letih badan lagi naik bas. Kakak jumpa sapa kat sana?"

Aku tersenyum. Membayangkan Shah di sana. Rindu padanya mula hadir. Sabar.. Lusa aku akan menemuinya seperti yang telah kami rancangkan. Senyumanku meleret lagi.

"Jiwa kakak. Kakak tinggalkan jiwa kakak kat sana.. Sebab tu kakak selalu turun sana.."

"Isk, kakak ni! Abis kat Kedah ni cuma ada jasad kakak je la ek? Dah jiwa kat sana.."

Terkekeh-kekeh Im ketawa. Mungkin lucu pada pendengarannya. Bantal Sponge Bob dicampakkan ke mukaku. Lantak ko la Im nak percaya ke tak.. Bila ko dah belajar bercinta, ko tau la macam mana..!

@~@~@~@~

"Shah..!"

"Hmm.." Jawab Shah tanpa membuka mulut. Matanya tertumpu pada majalah Gempak di meja. Khusyuk sungguh! Tangannya pula sibuk menyuap seaweed ke mulut. Penuh satu mulutnya dengan seaweed. Sooo.. cute!

"Kalo kita tak ada dengan ko, boleh tak ko hidup baik-baik tanpa kita?"

Shah pantas memandangku. Ada riak pertanyaan di wajahnya.

"Napa cakap macam tu?"

"Kalo kita tak ada dengan ko, boleh tak ko janji untuk belajar rajin-rajin, belajar simpan duit, jangan wat benda-benda tak senonoh dan jangan merokok balik.. Boleh tak janji dengan kita, Shah?"

Majalah Gempak ditutup. Duduknya diperbetulkan. Tumpuan diberikan padaku sepenuhnya. Mukanya berubah jadi serius.

"Napa awak cakap macam ni? Awak dah jumpa laki baik dari kita ke? Awak dah bosan dengan kita?"

Aku mengelengkan kepala. Bosan? Mana mungkin aku bosan dengan Shah. Aku dilayan bagai puteri raja bila bersama dengannya. Seperti yang diidamkan oleh semua gadis. Dan aku beruntung memilikinya yang sering menjadi perhatian ke mana sahaja kami pergi.

"Bukan macam tu.. Kita sayang ko! Kita cuma cakap aje.."

"Ina, kita berubah sebab awak.. Awak pun tau kita sayang awak sangat-sangat! Tanpa awak, hidup kita kosong sekosong-kosongnya! Tak ada makna apa-apa dah! Rasanya mati lagi baik kalo tak ada awak.." Ujarnya bersungguh-sungguh.

"Jangan cakap macam tu! Kalo kita tak ada, ko mesti cuba hidup baik-baik. Cari kebahagiaan sendiri.. Janji dengan kita, Shah! Please..!" Pujukku.

Jari-jemarinya aku genggam. Shah membalas genggamku.

"Ina, kita mana boleh hidup tanpa awak.. Ina perempuan pertama dan terakhir yang kita cintai. Remember?"

"Ya. Kita tau tu tapi..Please Shah.. Janji dengan kita!"

"Okey.. Kita janji!" Ujarnya lambat-lambat.

Aku senyum. Menyembunyikan rasa hati yang resah tatkala mengenangkan kejadian di kampung. Apa yang harus aku lakukan untuk meneruskan percintaan ini?

@~@~@~@~

Papp! Gambar aku bersama Shah dicampakkan ke atas meja. Gambar kami sedang duduk tersenyum di atas batu besar ketika berkelah di air terjun di Rachan. Kenangan indah bersama Shah dan rakan-rakanku yang bertujuh itu segera muncul. Kejadian Shah hampir lemas di air terjun itu. Birthday party Sofi di tepi air terjun. Parti barbeque kami di situ. Konvoi tiga buah kereta Kancil. Indah sungguh kenangan itu! Kad-kad pemberian Shah dilempar ke mukaku. Segala pemberian Shah dilambakkan di hadapanku.

"Apa semua ni, Ina?"

Mendengar suara mak yang ibarat halilintar itu, kakiku serta-merta menjadi lembik. Entah bila kalanya aku sudah melutut di hadapan mak dan abah. Rahsiaku sudah bocor! Mak sudah menemukan buktinya.. Barang-barangku habis diselongkarnya!

"Mak hantar ko belajar jauh-jauh bukan untuk bercinta dengan budak tak senonoh ni! Mak suruh belajar!"

Jerkahan mak membuatkan aku tersentak. Mukanya bengis. Dia mundar-mandir di situ. Abah cuma duduk memerhati di sofa. Adik-beradikku yang lain langsung tak berani masuk campur. Cuma menikus di dalam bilik.

"Ina cintakan dia, mak, abah!"

"Kepala hotak ko cinta! Ko dah tak tahu halal haram lagi ke? Tinggi-tinggi belajar pun masih tak tahu nak pilih orang nak dibuat laki?" Giliran abah pula memarahiku. Air mataku mula merembes.

"Mak.. Abah.. Semua benda dalam hidup Ina, mak dan abah yang tetapkan. Hatta jurusan apa yang Ina nak amik kat U pun mak abah yang tentukan. Boleh tak dalam soal cinta ni Ina yang wat pilihan sendiri?" Rayuku.

"Ina! Ko dah giler ke? Ko jangan nak bagi malu mak abah! Ko nak sedara-mara, orang kampung mengata kita, ya? Tak pernah-pernah dibuat dek keluarga kita. Ko jangan nak cipta rekod pulak!" Tengking mak. Kepalaku ditujal-tujalnya. Tak cukup dengan itu, ditonyohnya pula kepalaku ke sofa.

"Abah memang dah tak berkenan dengan dia masa mula-mula ko kenalkan kami dulu.. Perwatakannya, background keluarganya memang abah tak berkenan. Masa dia tidur sini, abah terdengar perbualan kamu berdua. Abah fikir abah salah dengar. Sebab abah tau Ina budak pandai dan tak kan wat benda yang tak masuk akal. Tapi bila bukti dah terbentang depan mata.. Abah memang betul-betul tak sangka yang Ina boleh jadi bodoh sampai tahap macam ni!"

"Ina.. Ina minta maaf.." Deraian air mata bagai tiada penghujungnya lagi.

"Patut la dia wat baik aje dengan kami, dengan ko! Siap tolong amik jubah konvo ko lagi. Ingatkan betul-betul budak baik. Rupanya ada udang sebalik batu! Dasar budak tak guna! Mak ayah bercerai-berai, anak-anak jadi hantu..!"

"Jangan tuduh dia macam tu, mak abah! Shah ikhlas sayangkan Ina!"

"Ikhlas kepala otak ko! Sekali lagi ko sebut nama tu, penampar naik ke muka ko!" Ugut mak. Esakku semakin kuat. Shah, bantulah aku.. Bantulah aku mempertahankan cinta kita..

"Mak, Ina sayang Shah.."

Pang!! Berpusing badanku menahan tamparan mak. Hampir-hampir sahaja dahiku mengenai bucu kerusi. Pedih dan panas pipi kiriku. Jijik benar mak mendengar nama Shah sehingga dia sanggup menamparku. Walhal tak pernah pun dia mengasariku sebelum ini.

"Putuskan hubungan ko dengan budak tu.. Kalo tak, berhenti belajar! Duduk rumah dan tunggu orang meminang.. Dia bukan jodoh ko! Dia tak layak pun jadi pakwe ko, apatah lagi suami ko! Jangan nak mimpi la..!"

"Abah tak kisah macam mana cara sekali pun ko nak buat. Yang penting, tinggalkan budak tu! Kalo tak, abah tak mengaku ko anak abah lagi.."

"Ingat, Ina! Mak yang bela ko sejak tapak kaki ko tu sebesar dua jari. Mak tau apa yang terbaik untuk ko. Ina tak ada hak nak bantah. Makan pakai Ina pun mak yang tanggung lagi! Dengar cakap mak ni! Kalo Ina masih dengan dia, mak tak kan izinkan Ina jejak rumah ni lagi. Dan mak tak kan halalkan air susu mak yang mengalir dalam badan Ina. Ingat Ina! Lupakan dia!"

Terjelepok aku di situ. Menangisi nasib cintaku. Tiada pilihan diberikan padaku. Aku sayangkan keluargaku, mak abah.. Aku juga sayangkan Shah. Dan pelajaranku. Ya Allah, beginikah pengakhiran sebuah cinta..?

@~@~@~@~

"Pisah?"

Aku menganggukkan kepala. Sejak rahsiaku pecah, mak sentiasa mengawasi pergerakkanku. Buku bank berada di tangannya. Bila-bila masa sahaja dia boleh mengesan pergerakan duit pemberiannya. Setiap masa dia akan menghubungi untuk mengetahui apa yang aku lakukan. Malah orang-orang yan terdekat denganku juga dijadikan 'spy' untuk mengawasiku. Pergerakanku semakin terbatas.

"Kenapa?"

"Kita dah tak sehaluan! Shah pentingkan diri. Shah selalu curang belakang Ina..!" Itu alasan yang ku fikirkan wajar untuk berpisah dengannya.

"Mana ada! Ina, napa tiba-tiba minta putus ni? Ina dah dapat lelaki baik ke? Sapa? Joe ke?" Nama lelaki tidak berperasaan itu disebutnya. Lelaki yang pernah mengecewakanku satu masa dulu.

Tangannya yang cuba meraih tanganku, segera ku tepis. Jangan sentuh aku.. Aku takut sentuhanmu akan buat aku lemah untuk meneruskan 'lakonan'ku ini..

"Ya! Kita dah couple dengan Jo! Jo lelaki baik. Dia boleh membahagiakan Ina. Masa depan Jo pun cerah. Tak macam ko!" Dalam kepala, aku mula merencana tindakanku selepas ini. Rancangan agar lakonanku ini bertambah mantap. Joe akan aku hubungi. Aku akan berpakat dengannya. Joe harus mengakui aku sebagai teman wanitanya sekiranya Shah menghubunginya.

"Kenapa Ina? Kita boleh mati kalo awak tinggalkan kita! Ina nak kita mati ke? Awak nak kita wat ape supaya awak tak tinggalkan kita? Terjun bangunan? Terjun lombong? Kita sanggup! Asalkan awak tak tinggalkan kita! Ina.."

Aku pandang wajah Shah yang sudah dibasahi air mata. Aku pejam mata seketika. Mengumpul kekuatan. Menahan air mata dari mengalir. Maafkan kita, Shah.. Kita terpaksa!

"Lupakan kita! Buang semua barang yang mengingatkan ko pada kita. Buang mesej-mesej kita. Buang nombor kita dari handset ko! Lupakan kita! Jangan cari kita lagi.."

"Ina! Apa salah kita?!"

Panggilannya aku biarkan. Langkah pantas ku aturkan. Aku pekup tapak tangan pada mulut. Menyembunyikan tangisan yang mula mengeluarkan iramanya. Ko tidak bersalah Shah.. Keadaan yang memaksa kita jadi macam ni. Maafkan kita, kita terpaksa.. Kita sayang awak.. Tapi.. Maafkan kita..

@~@~@~@~

Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Mesej dan panggilan dari Shah sudah semakin jarang ku terima. Mungkin dia sudah jemu denganku memandangkan aku bersikap dingin setiap kali dia menghubungiku. Mungkin dia sudah pun melupakanku dan menemui cinta baru. Aku? Ramai lelaki yang menyapa cintaku. Namun mana mungkin aku menyambutnya. Selagi cinta Shah ada dalam hatiku..

Tamat belajar, aku terperuk di rumah. Langsung tak ada hati nak bekerja. Semangatku untuk hidup pudar. Jiwaku sudah mati. Cuma abah yang rajin mengintai-ngintai peluang pekerjaan untukku. Aku sekadar menyerahkan seluruh hidupku kepada mak dan abah untuk ditentukan hala tujunya. Keluarga diktator ini benar-benar menyesakkan ruang ronggaku. Tak dapatkah mereka melihat betapa terseksanya aku di sini? Kesunyian membuatkanku rindu pada Shah. Kerinduan pada Shah aku kumpul dan himpun semakin menyesakkan dada. Aku nekad.. Aku ingin bertemu dengan Shah.

'Kita nak jumpa awak..'

Sebentar kemudian mesejku dibalas.

'Wat pe? Awak kan dengan Joe skrg. Kita dah bahagia dengan girl kita!'

Girl? Air mataku mengalir lagi untuk sekian kalinya. Shah sudah berjaya membebaskan dirinya dari kesedihan atas perpisahan itu. Tapi aku? Sangkaku, aku yang kuat untuk meneruskan hidupku yang satu ini. Tapi nampaknya aku silap. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.. Aku masih menangis perpisahan kami. Sedangkan Shah pula sudah ada pengganti diriku. Dan ternyata gadis itu lebih baik daripadaku. Kalo tak, masakan Shah begitu keberatan untuk sekadar bertemu denganku.. Semudah itukah ko melupakan kita, Shah?

'Plz, kita nak jumpa awak sangat2. Maybe utk kali terakhir!'

'Okey, tapi dengan syarat!'

'Apapun syaratnya kita terima..'

@~@~@~@~

Cuaca sudah bertukar rupa. Gerimis mula menyirami bumi. Aku masih di situ. Tetap tak berganjak walaupun sedikit. Menunggu kedatangan Shah. Shah tiba setengah jam kemudian dengan memayungi seseorang. Dia melangkah dengan penuh yakin. Di sisinya, seorang gadis yang berpuluh-puluh kali ganda cantik dan seksinya dari aku. Wajah gadis itu masam walaupun tangan Shah erat menggenggam jarinya yang runcing.

'Kita akan jumpa awak dengan girl kita!'

Itu syarat yang dikenakan ke atasku dalam pertemuan yang mungkin untuk terakhir kalinya ini.

Shah mengarahkan gadis itu berteduh di bangunan berhampiran. Payung diserahkan pada gadis itu. Dan Shah mendapatkan aku dalam renyai hujan yang semakin lebat itu.

"Ada apa hal?" Soalnya kasar dan tanpa perasaan.

"Kita rindukan awak.." Jawabku perlahan. Nyaris-nyaris tenggelam dek bunyi hujan.

Shah ketawa sinis. Matanya dilarikan dari memandang wajahku. Apa sahaja selain wajahku menjadi perhatiannya. Apa sahaja asalkan bukan wajahku. Benci benar ko pada kita Shah..
"Awak yang tinggalkan kita, sekarang awak rindukan kita pulak. Awak ni dah kenapa? Tak siuman?"

"Balik pada kita, Shah!" Rayuku. Air mataku sudah bercampur-aduk dengan titisan hujan.

"Semudah itu? Tak mungkin! Setelah apa yang awak buat. Kita hampir mati sebab menderita ditinggalkan oleh awak!"

Aku mengangguk. Tahu akan penderitaannya melalui mesej-mesej dan panggilannya yang jarang-jarang aku sambut. Aku butakan mata, pekakkan telingaku, keraskan hati berhadapan dengan penderitaannya pada ketika itu. Hakikatnya hatiku hancur memikirkannya.

"Kita sayang girl kita. Dia baik. Kita tak mungkin tinggalkan dia untuk awak yang dah tinggalkan kita bertahun-tahun dahulu! Lupakan kita. Hiduplah dalam kehidupan awak selama ni.."

"Kita sayangkan ko, Shah! Tak kan semudah ni ko lupakan kita?"

"SAYANG? Awak tinggalkan kita. Macam tu ke cara awak sayang pada kita?"

Terjengil matanya memandangku. Orang yang lalu-lalang sedikit pun tidak kami hiraukan. Biarkan saja mereka melihat ke mana takdir membawa cinta ini pergi.. Bagaimana hancurnya sebuah cinta..

"Kita terpaksa tinggalkan awak.. Kita terpaksa... Kita menyesal sekarang! Kita dah sedar yang kita tak mampu hidup tanpa ko.."

"Awak, lupakan kita... Awak dengan kita masing-masing dah ada kehidupan sendiri lepas kita berpisah. Anggap benda ni macam sejarah aje la. Lupakan okey? Jaga diri. Hidup baik-baik!"

Kata-katanya umpama belati yang menikam jantungku. Rasa cinta ini membunuhku..

Shah angkat kaki. Berlalu dariku lantas menggamit teman wanitanya. Namun langkah gadis itu bukan ke arah Shah. Sebaliknya ke arahku.

"Ko ni apa hal? Menyesal tinggalkan Shah dulu ke? Ko ni tak tau malu ke, hah? Dah ludah pastu nak jilat balik! Ape ko ni dah tak laku sangat ke sampai nak rampas boy aku pulak? Jangan ganggu Shah lagi. Faham?!"

Gadis berwajah masam itu berlalu. Mendapatkan Shah dan mengepit lengan Shah. Sempat dia memberikan jelingan tajam sebelum berlalu meninggalkan tempat itu. Aku cuma kaku di situ. Menangisi cinta yang telah berlalu pergi. Dan hujan semakin lebat membasahi bumi..


Shah yang aku sayangi,
Aku menyaksikan pudarnya sinar cinta di matamu,
Hilangnya desah nafas cintamu padaku,
Dan tandusnya kalimah cinta di bibirmu..
Ketahuilah aku kini bahawa
Cinta yang pernah aku khianati kini mengkhianatiku,
Meninggalkan rasa derita yang bisa membunuhku..

Shah yang aku sayangi,
Tak bisakah kau memahami mengapa aku meninggalkanmu?
Tak bisakah kau melihat sinar mataku yang sirna?
Tak bisakah kau mengerti mengapa aku menyeksa diriku sendiri?
Menidakkan rasa cinta yang membara dalam hati ini..
Gagalkah aku memperlihatkan isi hatiku padamu?

Shah yang aku sayangi,
Ku mohon jangan kau membenci diri ini..
Ku mohon jangan kau 'rosak'kan dirimu atas kekecewaan ini..
Kerana melihatmu 'hancur' seperti melihat kehancuran diri ini..
Tabahlah sayangku,
Tabahkanlah hatimu..
Kerana aku perlu meminjam ketabahanmu untuk meneruskan perjalanan hidupku ini..
Kerana aku cinta kamu..

Gadis yang dicintainya,
Cintailah dia seadanya dan selamanya..
Kerana cintanya utuh, seutuh Taj Mahal,
Selagi hatinya tidak kau khianati..
Jangan kau peduli diriku ini,
Kerana aku cuma masa silam yang menyakitkan dirinya..

Shah yang aku sayangi,
Air mataku ini akan sentiasa mengiringi kebahagiaanmu, sayangku..
Kerana aku mencintaimu..

~eury~

*** Kisah ini diadaptasi dari kisah benar... 'Shah' kini bahagia bersama teman barunya. 'Ina' pula masih menjalani 'hukuman' atas perbuatannya mengkhianati sebuah cinta. Love is love.. And nobody can deny its existence, unfortunately.. This story is specially dedicated to you, Shark.. I love you! Without you, I won't be here..

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.