Cerpen : Dia Cintaku

Haishh masalah… ni la yang paling aku tak suka bila duduk rumah hujung minggu. Macam-macam yang Mama bebelkan. Jenuh aku nak dengar. Yang itulah, yang ini, orang itu, orang sini. Kadang-kadang teringin juga ada remote control, boleh pause or forward apa yang Mama aku cakap hehe..

Dan perkara yang paling aku tak suka dengar hal ini…

"Semalam Mama jumpa anak Datin Sofea. Cantik, sopan, berpelajaran lagi. Marlisa namanya, baru balik dari Aberdeen. Mama berkenan sangat, nanti Am jumpa dia ya,"

Atau yang ini…

"Hurm, bila lah Mama nak merasa timang cucu. Ada anak sorang je, tapi liat sungguh nak kahwin. Agaknya sampai mati pun belum tentu Mama bermenantu,"

Ha, mana tak menanah telinga nak dengar. Bukan aku tak ingin ada teman, ada orang yang sayang aku, jaga aku, ada zuriat sendiri. Tapi… haishh, kaum hawa sekarang ni bukan senang nak bertemu dengan yang ada ciri-ciri isteri solehah. Jadi mana nak cari? Kata orang kahwin hanya sekali, so? Tak akan sebab nak kahwin je, aku cekau mana-mana perempuan yang ada.

Aku bukan memilih tapi tu la biarlah sedap mata memandang, senang di hati melihat tingkah laku. Kalau buat sakit hati, baik tak payah berumah tangga. Aku sanggup membujang. Aku kalau boleh nak isteri yang memahami. Rela jadi isteri aku bukan sebab harta tapi sebab aku je, yang menerima aku apa adanya. Mana nak cari?

-------------------------------------------------------

Pagi tu masa aku tengah tekun meneliti laporan kewangan syarikat, tekak aku rasa lain macam. Asyik dahaga je. Nak minta Kak Aini buatkan air, kesian. Ibu mengandung, tak elok susahkan dia. Lagipun setakat air Nescafe tu, ambil je 3-in-1, masuk air panas sikit dah siap. Tanpa berlengah aku mengatur langkah ke pantry. Sampai di muka pantry aku dah terbau aroma yang sungguh mengasyikkan. Erm nak kata bau Nescafe bukan sebab terbau macam Milo juga. Hurm, apa ya?

"Kamu buat air apa?"

Gadis itu berpaling tanpa sempat aku beralih. Dia terdorong menghadapku. Mug yang dipegangnya tanpa disengajakan tertumpah, aduh… air dah tumpah dan tali leher aku yang jadi mangsanya. Mataku dah bulat. Baru pagi ni la aku nak merasmikan tali leher baru ni.

"Opss sorry… sorry Uncle. Saya tak sengaja.."

Aku dah menggelengkan kepala. Habislah… eh, wait a minute. What she called me? Uncle? Aku tua sangat ke? Segera aku berpaling pada wajah gadis di hadapanku. Meneliti raut mukanya.

"I’m so sorry. Saya tak tahu Uncle ada kat belakang tadi.." suara gadis itu kedengaran agak cemas.

Aku dah tak tahu nak cakap apa. Bukan pasal tali leher yang dah bau macam Nescafe campur Milo ni, tapi… Uncle???

"Qis… napa?" soal Kak Aini. Entah dari mana muncul, tadi aku lintas nak ke pantry dia tiada di meja.

"Tak… Qis terkejut tadi. Tu yang tertumpah Neslo. Erm, kena pada Uncle ni.." gadis yang digelar Qis itu menjawab.

Aku lihat Kak Aini terpana. Direnung wajah Qis dan aku silih berganti.

"Uncle? Maksud Qis… Encik Arman ya?" soal Kak Aini. Dia kulihat dah mengulum senyum, mesti rasa kelakar aku digelar Uncle! Aduh, tua ke aku ni?

"Ha… ye2, kena pada Uncle Arman ni. Eh jap, pe Kak Aini bilang tadi? Encik Arman? That means…" Otakku cuba mencerna maksudnya tapi gagal. Yang kulihat Kak Aini dah menganggukkan kepalanya.

"Opss sorry again Uncle.. eh bukan Encik Arman,"

Kak Aini tersengih lagi. Hatiku dah berubah rentak. Mana taknya, aku yang macho ni digelar Uncle. Haishh… budak ni memang tak sayang mulut.

"Maaf ya Encik Arman. Dia baru masuk kerja hari ni. Nama dia Qistina yang ganti kerani kita tu, si June…" Kak Aini membuka cerita.

"Ooo.. ok.." Tali leher telah aku rungkaikan. Yalah tak akan nak pakai yang dah berbau. Otak dalam pada itu cuba mencari di mana aku campak tali leher pemberian Nisha, model dan juga teman lamaku.. erm, ole-ole dari London.

"Biar saya cucikan tali leher Un..unc.. erm Encik Arman," Tengok tu! Si Qistina ni asyik tersasul je. Uncle la tu yang dia nak sebut tadi.

"Ha.. betul tu Encik Arman. Beri saja pada Qis, dia akan bersihkan," Kak Aini pula menyampuk.

Tali leher kemudiannya dah beralih ke tangan gadis ni. Ringan pula aku beri pada dia. Macam dah kenal lama. Aku berkira-kira nak balik ke bilikku. Tapi…

"Erm… rasanya tadi Encik macam nak minum kan? Tak apa saya tolong buatkan…"
Kata-kata itu yang membuatkan langkahku terhenti. Aku berpaling.

"Erm.. tolong hantar ke bilik saya," Tanpa menunggu jawapannya aku dah bergerak keluar dari pantry. Dan sayup-sayup aku dengar tawa yang meletus dari pantry. Hurm, dah agak dah…

-------------------------------------------------------

Itulah saat perkenalan aku dengan Qistina. Baru aku tahu kenapa dia panggil aku Uncle. Usianya yang baru menjengah 18 tahun. Muda kan? Beza dengan aku hampir 10 tahun. Dia nak cari dui poket. Katanya bosan nak tunggu keputusan SPM. Dari buang masa baik bekerja. Boleh dapat duit.

Citarasa kami banyak yang sama. Dan yang paling aku sukai adalah hobi kami yang menggemari novel. Ha, jangan tak percaya. Aku sendiri pelik bagaimana boleh jatuh cinta dengan novel. Yang aku tahu sejak aku terbaca novel "Cinta Pertama" karya Norhayati Berahim. Aku dah terus sukakan novel. Novel tu pun sebenarnya aku jumpa di bilik kerjaku. Mama yang tersalah letak. Dan akhirnya novel itu setia menjadi penghuni tetap bilik kerjaku.

Tak sangka juga aku dan dia sekepala. Memang aku suka berkawan dengannya. Aku ulang… "KAWAN". Tapi, aku tak tahu kenapa akhir-akhir ini ada satu rasa lain yang membuai perasaanku. Pelik.

"Uncle… dah habis kerja?" soal Qistina ketika memasuki bilikku. Aku menjeling jam di tangan. Hampir pukul enam. Hurm, cepatnya masa berlalu.

"Eh, Qis dah pukul 6 ni.. tak balik lagi?" Aku pula yang bertanya. Qistina dah pun duduk di hadapanku.

"Orang tanya dia, Uncle Am soal kita balik. Hish, kena luku kang," bebel Qistina. Ini juga kegemaranku. Kata-katanya adalah penyeri hari-hariku. Sungguh, apakah aku sudah angau?

"La, kalau Qis tengok Uncle ada kat sini maknanya tak balik lagi la tu," Aku sendiri dah membiasakan namaku sebagai Uncle.

"Eei.. kalau Uncle tengok Qis ada kat sini maknanya tak balik lagi la juga," Dia mengajuk percakapannku. Tersengih sambil mengangkat dua jari tanda peace. Aku akui dia memang comel.

"Erm, Uncle Am dah baca? Hlovate?" soalnya lagi.

"Hlovate? Which one?"

"Ala yang ada tulis… All boys are stupid, some men too…" Dia tersengih. Keningnya juga aku rasa sengaja dijungkitkan. Ha.. dah mula la tu. Mesti kes nak berperang.

"Oh.. 5 tahun 5 bulan, am I right?"

"Ha.. very the one! So?"

"So? Apa?"

"Ala Uncle Am ni lampi la…"

Digelarnya aku lampi? Haishh dia ni memang la.. memang tak sayang mulut. Dari awal perkenalan hingga sekarang dah pelbagai jenis perkataan keluar dari mulut comelnya. Lampi, sengal, tbb … haishh anak muda sekarang ni aku rasa dah terlebih advance tentang bahasa.

"So.. tak ada komen ke?"

"Komen? Untuk yang mana? The novel or your words?" Aku tau sangat dah, dia mesti nak berdebat pasal ayat tu. Ala yang itu…

"Erm, dah tentu yang Qis cakap tadi. Betul kan, all boys are stupid?"

"Ewah-ewah, sedap je ngata. Ni depan ni boys tau.."

"Ek? Bukan man ya?’ giat dia lagi. Akhirnya tawaku meletus. Tu la perasan lagi yang aku ni muda.

"Kenapa Qis? Selalu jumpa ke boys ni?

Qistina tersenyum simpul. Manis sekali. "Entahlah Uncle, tapi kan masa kat sekolah dulu memang ramai kawan lelaki yang bajet bagus. Tapi semuanya haram tak guna. Sebab tu Qis rasa ayat tu memang sesuai sangat-sangat.."

Aku hanya tersenyum. Betul lah tu. Budak lelaki ni kan lambat matang dari perempuan. Sebab itu ada kalanya perangai yang bukan-bukan je. Zaman sekarang ni pun bila dah membesar, entah berapa kerat yang betul-betul jadi orang. Yang lainnya, bersepah di jalanan.

"Tak semua macam tu Qis, manusia kan lain-lain,"

"Hurm.. ya la tu. Tapi yang banyaknya macam tu la.." omelnya lagi.

"Ha dah la Qis, jom kita balik. Uncle hantar…"

"Hehe.. memang la.. siapa lagi yang nak hantar kan…" Qistina bangun. Beg galas disandang. Aku juga turut bangun. Dah macam pemandu pula, hari-hari aku hantar Qistina pulang. Memang meletihkan tapi aku tetap suka, kenapa ya?

-------------------------------------------------------

Hari ini merupakan hari terakhir Qistina bekerja di sini. Sungguh ada rasa sedih di hatiku. Aku akan hilang teman berlawan kata, teman yang memperkenalkan Neslo padaku. Siapalah aku nak menghalangnya. Perjalanan hidup dia masih jauh. Dah tentunya dia punya cita-cita. Tapi kenapa aku rasa berat untuk melepaskannya?

"Dah habis kemas barang?" Aku bertanya sebaik tiba di mejanya. Kelihatan berbagai-bagai jenis hadiah dalam kotak kecil di atas meja. Mesti tanda ingatan dari teman-teman sepejabat. Qistina memang disenangi semua apatah lagi dia merupakan yang paling muda di sini.

"Dah.." Dia tersengih.

"Kalau begitu kita gerak sekarang…" Aku membantunya mengangkat kotak-kotak yang ada. Kami beriringan menuju ke parkir kereta. Dalam hati aku berdoa agar dia tak ke mana, haishh jahatnya… ada ke patut?

"Napa dengan Uncle? Senyap je dari tadi?" soalnya tika kereta bergerak meninggalkan kawasan pejabat.

"Eh, ya ke? Mana ada, macam biasa la Qis…"

"Ek? Tapi Qis tengok lain macam je…"

Aku kehilangan kata. Apa yang perlu aku jawab kalau aku sendiri tiada jawapannya. Aku tak nak dia pergi. Tapi kenapa? Dan aku hanya membatu. Qistina juga begitu. Buat pertama kalinya suasana sepi membelenggu saat-saat kami bersama. Tiada bahas-membahas, tiada gurau senda, usik-mengusik. Kenapa hari terakhir kami berdua sunyi? Bila tiada nanti, tiada wajah comel menemani hariku… apa akan adakah rinduku padanya?

-------------------------------------------------------

Dear Qis,

My apologize for this quick note!

I’ve no idea why it’s being so hard
But the truth is I need you… really
And for the first time I realize that…
I’m falling… falling so hard in love
And girl, it is YOU…

And from the bottom of my heart
I would like to ask
Would you accept me? Being as your lifetime partner…
In other words, would you marry me?


-------------------------------------------------------


Aku lihat Qistina dah tarik muncung. Merengek, membebel tak sudah-sudah. Dan aku hanya boleh tersengih. Benar ini memang kerja gila. Tak pernah dibuat dek orang lain pasangan pengantin lari di hari persandingan. Aku tak tahu macam mana Mama kat rumah. Jangan dia kena heart attack sudah. Mama, maafkan Am!

"Uncle Am, jauh lagi ke?" Qistina dah berhenti melangkah. Tangannya ditarik. Dia membetul-betulkan rambutnya. Nasib baik dia tak pakai veil, tiara segala bagai. Kalau tak, dah tentu berciciran segala aksesori tu.

"Kejap la sayang… dah nak sampai dah ni," Aku menarik kembali tangannya. Qistina menurut.

Dan akhirnya kami sampai jua di puncak bukit ini. Erm, tak jauh mana pun dari rumahku. Sebab tu aku tarik dia berjalan kaki je tadi. Walau macam susah dia nak melangkah dengan pakaian pengantin, dia ikutkan je. Aku sendiri dah rasa peluh-peluh membasahi belakang baju melayu ni. Jauh tak jauh ada makan juga la 30 minit kami berjalan, dah ada gaya macam marathon pula. Aku tersenyum memandangnya. Buah hati pengarang jantung, Nur Qistina binti Ahmad Firdaus. Dia telah sah menjadi hak milikku, isteri yang kucari selama ini.

"Hishh… sini… tengok tu," Aku menarik Qistina menghadapku. Matanya dikalihkan pada benda yang kuunjukkan. Itu dia, sunset… cantiknya.

"Wah… sunset!" Aku lihat dia begitu teruja. Aku jua. Kali pertama melihat mentari terbenam bersama insan tersayang. Sungguh idea-idea di dalam novel ada kalanya agak bagus untuk ditiru. Tapi jangan buat macam aku, lari di hari persandingan.

"Thanks Uncle… thanks…" Katanya sambil mengucup lembut jemariku.

Aku masih lagi tersenyum. Perlahan tubuhnya kutarik dalam pelukan. Kemas. Sambil mata kami tak lari dari melihat keindahan ciptaan Tuhan. Sungguh aku tak menyangka gadis semuda ini yang menjadi suri hidupku. Dia yang akhirnya menjadi bayangku, pelengkap segalanya. Dia… Qis, dia… cintaku.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.