Cerpen : AP VII:Kesian Dia!

Cerpen : AP VII:Kesian Dia!
Nama Pena : dr.rock

Cepatnya la masa berlalu.Sedar tak sedar,tinggal dua hari lagi nak kenduri kat belah suami aku.Aku cuaknye bukan main.Cuak memikirkan pertemuan dan perterimaan keluarga Einstein.Cuak memikirkan kehidupan aku yang mungkin akan berubah lepas kenduri tu.

Dania & Nani dari ari Isnin lagi dok menakut-nakutkan aku.Kata itu,kata ini la.Aku apa lagi,sebolehnya nak je menang pertandingan teka dan menang dekat Berita Harian tu..Boleh la aku melancong ke luar negara.Boleh gak aku melencongkan kaki dari pergi rumah mak mentua aku nih.

Al-maklumlan dah jadi isteri,faham-faham jelah tanggungjwab kena melayan suami.Takut tu berganda-ganda bila mama dok ingatkan aku bab-bab ni.Kalau mama tengok la muka aku masa dia dok ulang bab-bab sensitif tu,,confirm mama tak sangka punya.Tak sangka yang anak dia ni pemalu juga rupanya.

Hari ke-2 mama dok berkhutbah kan aku,aku dok depan cermin.Cek perubahan warna kulit aku.Fuh,merah juga.Blushing gitu!Panas plak tu.Mujur tak merah macam Einstein suamiku je.yelah kan,aku punya kulit ni tak la secerah dia.Masa tu,rasa macam nak menyorok je.

Nak buat-buat sakit,aku tak sanggup.Kalau sakit betul-betul sok,siapa yang susah aku juga!Masa nih,tetiba aku teringat kat Doraemon.Aku harap sangat Doraemon nih wujud.So boleh dia hentikan masa,masuk pintu ajaib.Pergi tengok dulu kehidupan aku masa depan nanti.Kalau bahagia,aku pergi rumah mentua aku hujung minggu ni.Kalau tidak,apa aku nak buat.Oh,tidak!!!!!!!!!
--------------------------------------
"Apa yang kau dok geleng-geleng ni Mrs Einstein oi".

"Oh,mak kau Doraemon.Eh tak,aku nak Doraemon.Mana Doraemon".

Tengok,termelatah lagi.Sekian lama aku dok praktis tak termelatah.Arini termelatah lagi.Act,aku bukannya melatah tahap severe punya.Kekadang je.Tu pun kalau aku punya fikiran ni tengah dok pening fikir masalah yang bertimbun-timbun dan berguni-guni ni.

‘Banyak la kau punya Doraemon.Apa kes ingat-ingat cerita kartun zaman kanak-kanak Ribena?Kau ada masalah ke weh?",tanya Nani bila tengok aku punya muka cemberut semacam.

‘Erm,takde masalah pun’,balas aku pendek.

Kalau aku bercerita pun,bukannya dorang boleh tolong apa-apa.Yelah kan,bab-bab suami isteri ni,mana la dorang ada experience lagi.Aku pun,kekonon macam banyak pengalaman je.Padahal,tak sampai pun bergelar isteri orang.Adeh,sape suh gatai nikah awal?

‘Kalau ko takde masalah,apa yang dok huh hah dari tadi?Tak habis-habis mengeluhnya.Kau risau pasal kenduri tu ke?".

‘Erm.Kau ni pun,sudah tahu bertanya pula".

"La,kau tak yah fikir.Nanti-nanti ilang la rasa cuaknya.Insyaaallah.Kau doa banyak-banyak je weh.But then,selamat menjadi isteri dalam erti kata sebenar-benarnya ya",bisik Dania tiba-tiba.

Dengan suara ala-ala cerita misteri tu,mahunye aku tak bertambah seram.Lagi seram,bila tiba-tiba muka Encik Umar muncul depan mata.Oh no!!!!!!!
---------------------------------
"Sayang,kenapa pucat je muka.Tak sihat ke?",tanya Einstein bila tengok muka aku semacam je.

"B takut dekat abang la.".

Jawap dalam hati jelah.Nak lebih-lebih kat mulut sat lagi,lain lak jadinya.Aduh,makin aku membilang hari,makin menjadi-jadi kecutnya perut nih.

"Takde la.Just penat je.Hari ni ramai lak yang bersalin kat ward.Seperti selalu la,tak terkejar.Abang dari mana ni?",tanya aku.Kena ubah topik nih.Yelah kan,tangan si Eintein dah melekap kat dahi aku.Cek kot-kot la isteri kesayangan dia ni dilanda penyakit ke ape ke?

"Baru jumpa doktor tadi.Biasa la,kata dok kat Department Public Health.So,ada la discussion sikit.Lega abang dengar sayang ok.Badan pun tak panas.Tapi sayang jaga diri tahu.Yelah,seribu kali sibuk pun,jangan lupa rehat.Nanti nak kenduri lagi,nak masuk hospital semula lagi.Sian kat sayang".

Fuh,nasihat suamiku ini.Terbaik.Tapi bila sebut bab kenduri tu,tetiba je muka aku panas semacam.Isyh,otakku ini.Melayang ke benda yang dok menggangu tidur aku.Dan 3 malam aku tak lena.Nightmare weh!

"Ok,B.",balasku singkat.

Einstein pandang pelik muka aku.Apa lak ni?

‘Kenapa mata Bilah lebam-lebam ni.Tak cukup tidur ke?La,kesiannya.Bilah nak exam department ke?’,siasat Einstein lagi.

‘A’ah,tapi minggu depan.Start awal sikit prepare.Takut tak sempat lak nanti.",dalihku.

Memang betul pun,aku ada exam right after balik dari kenduri rumah ibu.Then,ada cuti seminggu.Memandangkan aku tak akan punya masa nak belajar weekend nih,so aku dah start la jeling-jeling buku.Lagi-menjadi aku punya sifat rajin ni bila asik tak boleh tidur malam je.Baik aku mantaatkan kat benda berfaedah kan?

‘O,macam tu ye.So,after exam,Bilah nak buat apa..Tak silap abang,ada cuti seminggu kan?",soal Einstein lagi.Senyuman bermain kat bibir dia.Ada la tu planning dia!

‘Tak tahu lagi.Bilah ingat nak memerap je kat rumah.Menternak lemak macam selalu.Hehe",balasku selamba.
Yelah kan,projek menternak lemak ni dah tak produktif dah bila aku masuk clinical year ni.Apa nak dikata,sudah nasib badan.

Einstein tergelak mendengar jawapan aku.Apa yang kelakar pun aku tak tau.Biarkan la dia.

‘Erm,bagus la.Ternak lemak bagi gemuk sikit.Baru la best abang nak peluk nanti".

Gulp,tertelan air liur aku.Aduh,mak aih.Dia start dah!Aku dah rasa dah darah naik ke muka.Aku terus pandang bawah meja kafe.Tak sanggup aku pandang muka dia yang cam happy semacam je tu.

‘La,segan lak dia.Abang gurau je.Erm,abang ada satu permintaan.Boleh tak Bilah tunaikan ye?",soal Einstein bila tengok aku dah macam bukan di dunia nyata.

‘Apa dia?’.

‘Memandangkan Bilah cuti next week,abang ingat nak Bilah duduk sekali dengan Abang.Dekat rumah abang.Boleh tak sayang..".

‘Erm,orang-orang rumah abang macammana?Dorang tak kisah ke?",tanyaku.Padahal,aku yang kisah.Yelah kan,takkan la aku nak dok dikelilingi lelaki-lelaki di rumah lelaki gitu.

‘Erm,kebetulan lak dorang pun cuti before masuk department baru.Dun worry sayang,line clear’,balas Einstein sambil mata dia kenyit kat aku.Amboi,pandai dah dia sekarang!

Lembut je bunyi permintaan tu.Tapi ada makna mendalam tu.Perlahan aku mengangguk.Memang aku dah terfikir dah bab duduk serumah tu.Tulah salah satu sebab kenapa aku punya mimpi tak seindah seperti selalu.

Aku perhatikan dari ujung mata Einstein tersenyum lebar.Senyum la puas-puas dulu,sat lagi tunggu la warning dari aku!

aku jeling muka dia ,sambil kira jari sibuk mengira..1,2,3!

Alarm clock handphone dia berbunyi bergema-gema.Dengan vibrate lagi memeriahkan suasana.

Einstein senyum pandang aku.Screen hanphone dihalakan ke arah aku.Aku angkat bahu.Konon-konon tak nampak.

‘Surat nikah,oh surat nikah!",baca Einstein perlahan.Aku tergelak tengok muka dia yang macam kecewa semacam.

‘Bilah nih.Suka tau,buat abang punya rasa happy hilang.Apa-apa pun,terima kasih sayang.Insyaallah,abang tak akan lupa".

Serentak dengan kata-kata terakhir tu,tangan aku digenggam erat.
!!!!!!I luv u la Mr.Einstein!Happy lagi & lagi!
---------------------------------
Pagi Jumaat,Einstein datang ke rumah.Katanya nak hantar aku g hospital memandangkan kereta ayah ada pada dia.Aku ikut ke,mana-manalah asalkan tak menyusahkan dia.Dan hari ni gak,Einstein akan balik ke Kuantan dulu,tanpa aku for sure!.Settlekan urusan surat nikah dan kawan-kawan.

Aku apa lagi.Ambik la kesempatan ni,menyumbat bonet kereta dengan macam-macam makhluk yang aku bawak balik semula ke KL lepas nikah dulu.Teddy bear yang aku sorok masa kedatangan Einstein dulu.Malu la weh kalau dia tau.

Muka dia terkejut betul bila tengok aku usung makhluk tu.Aku buat-buat tak nampak je.Biarkan la dia nak kata apa-apa pun.

‘Aritu,masa abang datang kenapa bear ni takde ye?’,tanyanya sebaik saja kereta bergelak meninggalkan rumah,

"Bilah sorok dalam almari’,jawabku pendek.

‘La ye ke?Kenapa lak sorokkan dia.Bilah malu dengan abang ke?’.

Alalalla,mana lak dia tahu aku malu ni.Aduh la,macam ada sixth sense lak dia nih.Sudahnya,aku tersengih je.Dan terjawab pun dengan soalan dia.

‘Erm,abang tak kisah pun.Normal la perempuan.Aisyah pun macam Bilah gak la.Kalau kawan-kawan dia datang,semua bear dia sorokTakut orang mengata dia manja.Bagi abang sendiri,tak salah pun.Setakat nak peluk-peluk,apa salahnya.Tapi kalau Bilah,memang kena tinggalkan la tabiat ni!Dah jadi isteri abang,so kena peluk abang la!",kata Einstein selamba.

Mana la hilangnya perangai segan dia sebelum ni.Selamba je menuturkan ayat-ayat berunsur rumahtangga ni.Tapi memang tak salah pun,aku je yang over takut & cuaknya.

‘Abang,kata tadi Aisyah yang datang hantar kereta.Kenapa dia tak ikut sekali ambik Bilah ye?’,

Pelik juga bila Einstein datang sorang-sorang.Mana pula perginya adik kesayangan dia ni.

‘O,Aisyah.Biasalah dia,kalau singgah rumah Mak Long,mana dia ingat benda lain la.Nak pula kalau dah jumpa Nadia,lagi la tak mahu keluar rumah",jelas Einstein.

Aku sekadar menganggukkan kepala.Ibu pernah bagitau aku yang kakak dia ada dekat Cheras ni,tapi memang tak pernah ada kesempatan nak berkunjung pun.

‘Nadia tu sepupu abang.Masa kita bertunang dulu,dia ada datang.Nanti abang kenalkan masa kenduri ok’,sambung Einstein lagi.

Aku sekadar tersenyum manis.Menghantar maksud,aku mengikut saja apa katanya!

Jap,Nadia tu sepupu dia.Dia ke yang dok kata aku tak sesuai dengan Einstein dulu.Curious nya aku.Mudah-mudahan bukan la hendaknya.
-------------------------------------
Sms dari Einstein aku terima usai solat Zuhur.MMS lagi tu.Gambar surat nikah yang dah terabdi dalam handphone.

Ayat bawah gambar tu membuatkan aku tergelak.

‘Sayang,dah ada bukti pun.So,takde dah la orang sanggup kena angkut g balai polis kalau kena tuduh berkhalwat lagi.Hehe".

Terbaik ayat dia.Perli aku tuh.Tak lama lepas tu,ada lak MMS lain masuk.Gambar muka dia cemberut semacam.Ni apa kes pulak,tercekik asam jawa apa?

‘DISEASE:SUAMI DERITA..ETIOLOGY:Isteri jauh dari mata...THERAPHY:Sayang,cepat balik.Abang rindu nih!’.

Tu dia,ayat dia power habis.Siap analysist diri sendiri lagi.Aku terus reply sms dia.Bagi dia tambah derita sikit.Mari mereka cerita...Kalau aku masuk pertandingan nih,confirm menang punya.Hehe.

‘Abang,sayang tak dapat balik tau.Ada emergency.So,jumpa kat rumah ibu terus je tau".

Tekan button hijau & send!Kita tengok apa reaksi dia.
Tak sampai seminit,telefon aku berdering.Rasa macam tergeletek perut.Tahu puh cuak.Nasib la Umar,dapat isteri nakal cam aku ni!

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.