Cerpen : Beruang kutub

Cerpen : Beruang kutub
Nama Pena : nurul_ada

aku hanya manusia biasa yang ingin dikasihi dan mengasihi..
chewahh jiwang karat la pulak aku ni...
dah2 nnt kerja tak abis pulak.. bgn2 dari mimipi...
........
bila aku buka mata aja...
" ko mimpi apa minah" Syu menerjah
"aku mimpi ko mak buyung" mata aku terarah ke perutnya yang semakin membesar.
"ya ka? satu rahmat la klu ko mimpi aku"
" betul, aku mimpi anak ko sebijik mcm aku. comei mcm aku" aku mengayakan gaya ala model XXL depan syu.
almaklumlah aku ni berbadan besar, tapi comei ttp ada ar..
........
semakin ari aku menjalani hidup ini, aku rasa kesunyian.
tak ada teman yang teristimewa menemani ku,ya la org bdn besar sapa nak pandang kan?
tapi aku gagahi juga, buat2 muka happy depan semua org.
wlupun aku tak berteman, aku ada mak, abah, family dan kawan2 yang mengasihi aku tanpa mengira sapa aku sebenarnya. hehehehehe
aku bukan tak nak kurus, nak tapi nafsu makan aku ni tak terkawal. hahahahha... ketawakan diri sendiri dulu..
........
disatu petang yang indah, aku membawa diri ku menghirup udara yang segar di taman yang ramai pengunjungnya datang untuk beristirehat bersama keluarga.
tapi kali ni aku bersendirian, aku berjalan sekeliling taman yang boleh tahan besarnya.
mana lah tahu kot2 lemak dalam badan aku ni boleh berkurangan.
syok jugak kan?.
tiba - tiba, jeng -jeng...
...........
"woi, mata letak mana?" marah budak laki yang saiznya tak bezanya dengan aku.
"mata ada kat mata la, ada kat mana lagi" aku menjawab tanpa tengok wajah pemuda itu.
pandai menjawab budak ni, kata affifi dalam hati.
" lain kali jalan tu tengok depan, jangan pandang lain. ingat jalan ni buat untuk ko sorang ka?" dah la badan besar mcm gajah. kata affifi perlahan.
tanpa diduga kata itu didengar oleh adda.
..........
sedapnya dia mengata aku, dia tak perasan ka badan dia tu pun sama jugak. sakitnya ati.
" woi beruang kutub, sebelum cakap tu tengok la dulu diri sendiri. ini la org cakap, cakap tak tengok diri dulu." mata aku tajam merenung. biar dia rasa sikit. ingat aku takut.
"ikut suka ati aku la, ko kisah apa? yang penting badan aku kecik sikit dari ko" balas affifi.
marah aku dah tahap teratas dah ni.
"ko dah buat aku marah, mmg malang nasib aku ari ni jumpa ko".aku terus berlalu malas aku nak layan mamat ni. buat aku lagi sakit ati aja. tak guna aku layan mamat tak betul ni.
..........
ari yang ditunggu telah tiba, akhirnya syu selamat melahirkan bayi perempuan yang comei.
"kan betul aku cakap kat ko, anak ko comei mcm aku"aku mencium bayi yang suci lagi murni itu.
" comei macam ko tapi lawanya mcam aku, anak aku mestilah muka mcam aku kan" syu tersengih.
tiba-tiba sayu menerpa dihati aku, kebanyakkan kawan2 aku telah berumah tangga. tinggal aku yang masih solo meharangungi ari-ari yang mencabar ini keseorangan. chewah cite sedih pulak.
...........
"boleh saya tolong saudara" tanya ku dengan penuh sopan, tanpa melihat siapakah yang berada didepan ku ini.
" saya ingin berjumpa dengan Amira suhada, dia ada?"
aku mengangkat muka aku yang comei ini, Ya ALLAH. beruang kutub.
"ya saya" aku cuba buat muka selamba..
"saya ingin mengambil pesanan yang telah di oder ari tu, order yang dibuat oleh en.hafizi" dia pun buat muka selamba..
" sebentar yer." Aku menilik buku pesanan.
"cepat sikit boleh tak, tu la lain kali kurangkan sikit makan tu, baru la buat kerja cepat." Affifi berkata tanpa memandang adda.
Sedapnya dia mengata aku, apa pulak kaitkan kurangkan makan ngan kerja pulak, budak ni dah melampau ni. "maafkan saya saudara, kalau tak silap saya pesanan en.hafizi tu bukan perlu diambil ari ni. Tapi esk, saya rasa saya tak buta lagi."
Lantas aku menunjukkan buku pesanan.
Macam mana aku boleh tersalah ini, affifi malu sendiri. Tanpa berlenggah affifi terus berlalu.
……….
"adda, bila kau nak kahwin ni" Tanya syu.
Aku hanya berdiam kan diri, soalan yang aku sendiri tak pasti.
"woi, kawan aku ni dah pekak ka?"
"aku tak pekak lagi la, dah seru aku nak kahwin tak sampai lagi." Aku dukung eriana anak comel yang selalu ceria.
"nanti aku kenalkan kawan aku kat kau nak" kata syu.
"tak pa la syu, nanti2 la aku fikirkan. Nanti kawan ko tu pengsan pulak tengok aku comei sangat" aku mecium eriana yang leka bermain anak patung.
" ya la tu" syu mencebik.
……….
Ari ni tanggal 10 Julai 2008, ari baru untuk aku. Hari untuk menguruskan badan. Hehehehehe. Petua yang baru aku dapat dari syu, mulakan aktiviti berenang. Mana la tahu air dalam kolam renang tu boleh mengambil lemak2 aku ka.
" bismillah, harap2 la aku selamat." Doa aku dalam hati. Dabushhh.. bunyi air menunjukkan badan yang besar telah menjunam.
Syok jugak berenang ni. Boleh buat hobi baru ni.. tanpa aku duga, aku rasa badan ku terlanggar dengan kayu balak. Iskh ada kayu balak ka dalam kolam ni.
"woit, mata letak mana?" satu suara macam pernah aku dengar.
"mata letak kat mata la, kat mana lagi." Aku membalas.
Bila mata bertentang mata, ada rasa yang tak dapat digambarkan dengan kata –kata. Cepat2 aku alihkan pandangan dan berlalu terus dari situ. Selamatkan keadaan.
…………….
"tolong!!!!!"
macam ku pernah dengar suara itu.. aku berpaling, beruang kutub. Kenapa pulak dengan mamat tu.
Aku menggunakan kemahiran yang telah dipelajari dulu. Rugi kalau belajar kita tak guna. Kan2.
Aku melihat dia hampir lemas, tanpa berfikir panjang aku menyelamatakannya. Berat juga beruang kutub ni. Kata ku dalam hati.
Aku menariknya ketepi, sesudah sampai ditepi aku ditolong oleh orang ramai untuk menarik beruang kutub tu naik keatas.
"tolong, panggil ambulance" kata ku..
aku menepuk mukanya, tiba – tiba idea nakal aku menjerma, dengan sekuat ati aku menampar muka nya. "bangun, bangun, dengar tak suara saya"
beruang kutub membuka mata dengan muka menahan sakit.
"woit, nak tolong pun, jangan la macam tu. Sakit bodoh." Kata affifi dengan keras. Tanpa mengucapkan terima kasih.
Air mata aku tanpa sedar mengalir, tak pernah orang meningking aku macam tu. Dengan tenaga yang tak berapa ada, ditambah berat aku yang boleh tahan ini, aku berlari. Tolol betul mamat ni, tak pandai nak berterima kasih langsung.
……………
pada masa itu juga, affifi rasa bersalah, dia tahu dia tak patut buat macam tu. Bodoh betul aku ni. Kutuk affifi dalam ati.
Selang seminggu lepas kejadian yang tragik itu, kali pertama orang menghantar bunga kepada ku.
Bunga ros merah, yang segar dan cantik. Aku membaca kad yang tertera.
"terima kasih kerana selamatkan saya hari itu. Dan maaf kerana tidak membuat awak menangis."
Dari BK
Terpana aku seketika, indahnya perasaan ini. Tak pernah orang antar aku bunga, tapi kenapa perlu beruang kutub ini yang bagi. Rosak saat2 bahagia aku. Kan bagus kalau orang aku kasihi yang berikan.
…………….
Semenjak ari itu, aku dan beruang kutub menjadi kawan. Perasaan pun mula membunga, tapi aku takut untuk berterus terang. Ya la aku ni sapa la bagi dia.
Pada suatu hari..
" woit, adda jom kuar dinner malam ni."
"aku ok ja, bab makan memang aku suka." Kata ku.
"kita jumpa kat restoren biasa, k."
"ok" aku meletakkan telefon.
……………
direstoren
" adda, aku dah suka kat seseorang." Kata affifi.
Remuk ati aku, " ko suka sapa? Malang la nasib dia dapat beruang kutub macam ko."
"tolong sikit, beruang kutub ni la, yang boleh buat pelampung masa berenang nanti." Kata affifi.
Aku hanya tersenggih. " pelampung ni pun aku yang selamatkan."
"tu tersalah teknik" affifi mencebik.
"ko nak tahu tak aku suka sapa,"
"mana la aku tahu, aku tak dalami lagi ilmu ahli nujum." Kata ku.
" ni org yang kat depan aku ni." Kata affifi serius
"SAPA" kata aku tak percaya.
"aku minat ko la, kau sudi tak?" affifi merenungku.
Aku terdiam dan terpana. Hanya isyarat mata aku berikan kepada affifi. Nak tapi malu.
Heehehehhehe..
Affifi mengambil tangan ku, dan menyarungkan cincin sebagai tanda. Aku terpana.
"aku dah lama suka kau, aku harap kau sudi, aku ikhlas dengan ko."
"nnt kita boleh jadi geng, dua2 besar. Tak la susah,dua2 boleh jadi pelampung." Affifi memandang ku.
Aku hanya tersenyum tanda setuju.
……….
Tanpa ku duga, akhirnya masa aku juga telah tiba..
Syoknya..
Terima kasih sayang ku AFFIFI a.k.a beruang kutub

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.