Cerpen : Kisah budak matrix

Cerpen : Kisah budak matrix
Nama Pena : hazel adriana

"Zati, bangunlah Zati. Tak nak pergi kelas ke? Dah lewat ni." Tia cuba mengejutkan Izzati yang dari tadi asyik berguling di atas katil.
" Tia takde kelas ke?" tanya Izzati sambil mengosok matanya yang masih kabur.
"Lupe ke? Hari ni kan hari Khamis.. Tia mane ade kelas pukul 8 hari ni. Kelas start pukul 9. Bukan ke kelas zati pukul 8?"
"Ah! Dah pukul berapa sekarang? Ala macam mane ni?" Izzati sudah mula kelam kabut.
"Macam mane ni, macam mane ni ape.. cepat la pergi mandi..takkan nak pergi kelas dengan tak mandi macam tu.. budak busuk cepat pergi mandi." Tia tersengih-sengih melihat keletah Izzati yang terlewat bangun.
"Agaknye ramai orang tak kat toilet? Kalau ramai tak nak mandi boleh tak?" Izzati mula mengeluarkan idea-idea yang mengarut dari buah fikirannya.
"Dah, jangan nak mengada-ngada taknak mandi. Nanti berbau satu prac tu. Cepatlah sayang gi mandi." Tia memang suka membebel. Tia membancuh nescafe dan mengeluarkan biskut Tiger dari almarinya.
"Yela, yela... orang gi mandi la ni. Hei budak tu, makan biskut Tiger je?" Izzati memperli Tia yang suka makan biskut Tiger.
" Budak zati ni, nak kene betul. Tengok la nanti..balik kelas Tia ketuk-ketuk budak ni."
Izzati terus menuju ke tandas untuk mandi.

------------------------------------------

Izzati berlari-lari anak ke bangunan tutorial. Dia memang sudah terlewat. Beberapa kali dia melihat jam tangannya. Jam ditangannya menunjukkan sudah hampir pukul lapan pagi.
‘Habislah aku hari ni. Mesti Encik Yusuf dah masuk kelas. Nanti mesti aku jadi target hari ni. Dah la tutorial kimia belum siap lagi.’
Dia dapat membayangkan wajah Encik Yusuf yang agak serius itu di ruang legar mindanya. Lamunannya terhenti apabila mendengar namanya dipanggil seseorang. Suara yang biasa didengari.
"Hah! Kau pun lambat ke kelas jugak ke? Ni mesti lambat bangun kan. Tengok tu sampai baju pun tak bergosok."
Fadzil. Salah seorang rakan satu praktikum Izzati. Dia mempunyai raut wajah yang bolehlah dikatakan kacak.Seorang yang agak tenang dan sangat kontra dengan sifat Izzati.
"Menyibuk je budak ni. Suka hati oranglah nak gosok baju ke tak." Balas Izzati sambil mempercepatkan langkahnya. Langsung dia tidak berpaling ke belakang.
"Wow, marahnye die. Hei relax la sikit. Encik Yusuf lewat sikit hari ni. Die ade masalah yang kene bereskan. Tunggu la aku. Kite jalan same-same ok."
Fadzil tersenyum.Dia pun tak pasti kenapa dia suka mengusik Izzati.Mungkin kerana Izzati seorang gadis yang sangat unik dan kompleks.Dia mengejar Izzati yang semakin jauh ke depan.
"Hmmm...semalam tidur pukul berape? Mata kau nampak sembab dan lebam la." Fadzil memulakan bicara. Dia jarang dapat berbual mesra dengan gadis kompleks ini. Baginya Izzati merupakan gadis yang tabah dan memang unik walaupun agak kelam kabut sedikit.
" Tidur lewat sikit semalam, nak siapkan assignment english tu. Tapi tak siap jugak." Rungut Izzati.Fadzil tertawa dan Izzati hairan dengan sikap lelaki itu. Biasanya Fadzil jarang berbual dengannya tetapi hari ini dia memang mesra alam. Memang dia akui Fadzil memang bersikap pelik dalam seminggu dua ni. Dia pun tak pasti kenapa.

------------------------------------------

Bilik tutorial 113 menjadi tempat untuk kelas tutorial Encik Yusuf pada pagi Khamis yang hening itu.Encik Yusuf merupakan pensyarah kimia yang sangat berdedikasi tidak dapat hadir pada hari itu atas sebab-sebab tertentu. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa kelas tutorial pada pagi itu dibatalkan.
‘Nasib baik kelas dibatalkan. Kalau tak mesti mati aku hari ni. Siapkan assigment english pun ok jugak. Tak baik membazir masa.membazir tu kan amalan syaitan.’Izzati berbicara sendirian. Tanpa dia sedari perlakuannya itu diperhatikan oleh Fadzil. Fadzil melangkahkan kaki menuju ke meja yang diduduki oleh Izzati namun langkahnya terhenti apabila Afiera memanggilnya.Afiera merupakan rakan satu praktikum Izzati juga. Dia menyimpan perasaan terhadap Fadzil sejak hari pertama dia menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan itu.
"Dzil nak gi mane? Fiera nak join boleh?" Afiera sengaja menggunakan nada manja apabila bertutur dengan Fadzil.Dia sebenarnya iri hati akan hubungan baik Fadzil dengan Izzati. Sejak akhir-akhir ini dia dapat merasakan Fadzil mempunyai perasaan terhadap Izzati.Dan dia takkan benarkan semua ini berlaku.
" Aku nak tengok Zati siapkan assignment english. Kesian pulak dia kene buat sorang-sorang. Bukan ke kau satu group dengan Zati?" Fadzil sengaja mengajukan pertanyaan itu kepada Afiera. Dia tahu Afiera memang tak boleh diharap.Asyik mengharapkan orang lain menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dan mangsa yang utama ialah Izzati.Fadzil dapat melihat muka Afiera yang terkulat-kulat menahan malu.
" Fiera dah siapkan part Fiera. Yang tak siap lagi tu part Zati.Jadi Dzil tak boleh nak salahkan Fiera tau."Afiera cuba mecari alasan.Dia hanya melihat Fadzil mendekati Izzati dan menawarkan khidmat untuk membantunya. Entah mengapa hatinya mula subur dengan perasaan benci dan iri hati akan Izzati.Sungguh dia memang tak begitu sukakan Izzati sejak dari awal mereka berkenalan. Sikap Izzati yang suka mengkritik menyebabkan dia berasa menyampah dan meluat.Akan tetapi dia pun tidak mengerti mengapa Fadzil sukakan Izzati.

------------------------------------------
"Zati dah siapkan assignment?" Afiera bertanya kepada Izzati dengan nada lembut.
‘Budak ni, betul ke hari ni? Jarang benar die cakap lembut-lembut dengan aku. Biasanya cakap asyik nak menengking dan terjerit-jerit macam orang gila. Agaknya sebab Fadzil ade kat sebelah aku kot.. hmm mungkin jugak.’ Hati Izzati berkata-kata sendiri menjawab kemusykilan yang bertamu di mindanya.
"Dah hampir siap." Tanpa diminta Fadzil bersuara bagi pihak Izzati. Izzati terkedu. Mata bundar Afiera bulat memandang Izzati dan Fadzil silih berganti.Afiera nekad untuk mengisytiharkan Izzati sebagai musuh ketatnya. Dan pastinya keputusannya itu adalah muktamad.Fadzil hanya memerhatikan keletah Afiera yan agak kepala angin itu.Sebenarnya dia memang cukup tak menyenangi perlakuan Afiera yang adakalanya agak menjengkelkan.
"Ooo...dah hampir siap ek. Takpelah saje je datang. Ingat nak tolong tadi tapi rasenya macam mengganggu je kan. Fiera pergi dulu ek. Lapar la pulak. Nak brunch kat kafe D. Err..Zati nak kirim ape-ape?" Dari riak wajahnya Izzati tahu Afiera hanya ajak-ajak ayam sahaja. Mana mungkin dia akan sebaik itu. Izzati hanya menggeleng kepala sahaja. Fadzil tersenyum melihat Izzati. Sesungguhnya dia memang telah jatuh cinta dengan gadis yang bernama Izzati itu.

------------------------------------------

"Zati dah makan?" Soal Tia apabila melihat kelibat Izzati di muka pintu bilik mereka. Bilik bernombor tiga belas yang terletak di blok C1 aras dua itu menjadi tempat tinggal mereka sejak mendaftar sebagai pelajar di kolej matrikulasi itu.
"Dah tadi. Makan kat kafe D sebelum balik bilik." Izzati menjawab secara acuh tak acuh sahaja. Tia hanya mengangguk dan membuka bekas polistirena yang mengandungi nasi yang baru dibeli dari kafe C. Aroma ikan masak pedas masakan Cik Bedah menusuk ke hidungnya.
"Makan dengan sape tadi kat kafe?" soal Tia lagi sambil menuang air mangga ke dalam mug bermotifkan ikan kepunyaannya.
"Makan dengan...dengan Fadzil." Izzati mula tergagap-gagap.Perasaan malu mula menerjah ke dalam hatinya.Tia terdiam seketika. Kemudian dia mula mendapat idea untuk mengusik Izzati.
"Zati sekarang dah maju ye. Eh bukan ke Fadzil tu budak yang dapat 3.9 sem lepas? Zati dengan die ade ape-ape ek. Ni berita tergempar ni. Mesti buat announcement kat blok C5 ni." Tia tergelak-gelak.
"Dah la Tia. Makan nasi tu dulu. Nanti kite cerite kat Tia." Izzati tahu kalau tak diceritakan kepada Tia mesti kecoh jadinya. Baik dia ceritakan sahaja kepada Tia agar Tia faham situasi yang sebenarnya.
"Dah habis makan. Cepatlah bagitau." Rengek Tia yang agak kebudak-budakkan itu.
"Cepatnye budak ni makan. Ni kunyah cukup 44 kali ke tak ni?" seloroh Izzati.
" Nak dengar gosip panas mestilah makan cepat." Tia tersengih-sengih.
Izzati menceritakan segalanya kepada Tia. Dan Tia hanya menggangguk dan sesekali ketawa mendengar cerita Izzati.
"Jadi, Zati suka kat dia la.. Ooo baru Tia tahu..." Teka Tia.
"Mane boleh,sebab dah ramai la orang suka kat die.Lagipun Fiera pun suka kat die jugak." Izzati cuba menjelaskan.
"Dah tu ape masalahnye? Kalau Mr F tu tak suka kat die, buatlah macam mana pun Mr F tetap tak suka kan. Tapi kalau Mr F suka kat Zati buatlah macam mana pun dia tetap suka kat Zati." Tia cuba menjadi kaunselor yang terbaik untuk Izzati.
"Jadi?"Izzati mula bingung saat itu. Dia tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Tia.
"Jadi....Cik Izzati berusahalah dapatkan Mr F tu.Lagipun dia kan hot. Lelaki terhangat di pasaran la katakan." Tia tergelak-gelak dan gelakan Tia itu dibalas dengan membaling bantal peluknya ke arah Tia.
------------------------------------------

Hujung minggu itu,Izzati berhasrat untuk pulang ke rumah.Entah mengapa dia terasa rindu akan keluarganya.Selepas kelas bahasa inggeris tamat Fadzil datang mendekatinya.
" Er..kau nak balik kan hari ni? " Fadzil bertanya lembut.
"A’ah nak balik rumah hari ni.Nape? Nak tumpangkan ke?" Gurau Izzati.
" Kalau nak tumpang marilah. Naik kereta ayah aku. Hari ni ayah aku datang ambik. Kau naik KTM kat Seremban kan? Aku tumpangkan kau sampai kat sane."Ikhlas bunyinya.
"Segan la.. "Izzati cuba berdalih. Dia tahu kala itu Afiera sedang memerhatikan keletah dia dengan Fadzil.
" Ala tak payah nak segan-segan. Bakal ayah mentua Zati jugak nanti." Selamba sahaja Fadzil menuturkan kata-kata itu.
"Apa? Ulang sekali lagi... tak berapa jelas la." Memang Izzati tak berapa dengar dengan apa yang diperkatakan oleh Fadzil tadi. Fikirannya jauh melayang entah ke mana.
"Dah la takde ape-ape pun. Ok nanti Zati tunggu kat susur gajah depan blok B3 tau. Ok jumpe nanti."Fadzil tersengih-sengih dan terus pulang menuju asramanya di blok B4.Sementara itu, Izzati terpinga-pinga dan terus berjalan pulang ke asrama blok C1.
------------------------------------------

"Duduk kat mane?" soal ayah Fadzil mesra. Jarang benar anaknya Fadzil menumpangkan kawannya apatah lagi seorang perempuan. Barangkali anak bongsu kesayangannya ini sudah jatuh hati dengan budak perempuan ini agaknya.Ayah Fadzil tersenyum.
"Duduk kat Tanjung Malim." Jawab Izzati pendek. Sedari tadi dia rasa tidak selesa dengan pandangan Fadzil yang membuatkan bulu romanya meremang.
" Oo budak Tanjung Malim rupanye. Kampung pakcik pun kat situ. Nanti raya boleh la datang rumah." Ramah sahaja ayah Fadzil mempelawa.Fadzil pula tersenyum-senyum melihat muka Izzati yang tak tentu arah. Mereka betiga berbual mesra sehingga sampai ke destinasi yang dituju.
"Nanti sampai rumah, kirim salam kat mak dan ayah ek." Fadzil sempat berpesan.Izzati mengangguk lantas tersenyum.Dalam hati dia sangat pelik dengan sikap ramah-tamah Fadzil tadi. Selepas mengucapkan terima kasih, dia terus beredar ke KTM untuk pulang ke Perak.
------------------------------------------

"Dah balik? Amboi banyaknye barang. Muat ke almari tu?" Tia mengusik Izzati.
"Hei, budak ni..nak kene ni.nak ketuk-ketuk budak ni sampai kemik."Izzati memang selalu menjadi bahan usikan Tia. Perangai Tia yang agak keanak-anakan itu selalu menghiburkan hatinya. Tia memang tak nampak seperti remaja yang sudah berusia lapan belas tahun langsung.
"Zati, ade hot story tak sepanjang tumpang kereta Mr F?" Tia tahu dari wajah Izzati kala itu, memang ada sesuatu yang telah berlaku tak pun sesuatu yang membelenggu fikirannya. Izzati sudah mula menunjukkan mula gelabah dan kelam kabut.
‘Hish..budak Tia ni memang tak boleh sorok cerita langsung. Dia ni psikik ke? Mesti dia boleh baca fikiran orang ni.’ Rungut Izzati sendirian.
"Eh, ape maksudnya kalau... Mr F tu asyik tengok kite je pastu die bersikap terlebih ramah lebih-lebih lagi kat depan ayah die..." Izzati sudah mula bercerita. Dan seperti biasa Tia akan tergelak-gelak sampai berguling-guling atas lantai.
" Wahai, Cik Izzati oi.. tu tandanya dia punye hati dah berkenan kat zati la oi.... he falling in love with Zati...Zati..." Tia sudah mula menyanyi lagu Falling in love with DJ yang dipopularkan oleh Che’nelle tapi telah dirosakkan liriknya.Izzati menggelengkan kepala dengan kerenah Tia itu.
------------------------------------------

Izzati mengenakan blaus lengan panjang berwarna hitam dan dipadankan dengan tudung putih dari kain bawal.Seluar slack berwarna hitam turut melengkapkan lagi gayanya pada malam itu.
"Mak oi... cantiknya mak cik ni malam ni. Mak cik nak dating dengan pak cik ek."Seperti biasa Tia mengusik Izzati. Izzati kehabisan idea untuk membalas usikan Tia pada malam itu.
" Dah la Tia.. Tak turun makan ke?" Jarang betul Tia tak turun makan malam. Biasanya dia akan menempah sama ada mee goreng basah atau nasi goreng ayam di kafe C.Tia selalu memuji masakan Cik Bedah yang menepati cita rasanya.
" Takde orang nak temankan. Dah la kite takde orang yang suke.. huhuhu" Tia mula buat cerita sedih.
" Habis tu, Ainie, Sara , Kia dan Zila tak temankan?" soal Izzati lagi.
" Ainie tu, berkepit dengan Nabila kat atas. Sara balik rumah, Kia dan Zila ade barbeku jugak. Pergilah semua biar Tia duduk sorang sorang kat bilik ni. Huhuhu..."Tia buat cerita sedih lagi. Kemudian dia tergelak sendiri.
" Dah la Zati, pergi la cepat ...dah lambat ni. Nanti budak prac Zati marah pulak. Tia nak turun tengok tv. Tengok la ape-ape cerita yang ade. Jalan baik-baik tau. Kalau ade orang mengorat jangan pandang tau. Pastu jangan tenung blok B lame-lame.mak Tia kate bahaya." Terkekeh-kekeh Tia ketawa. Izzati pula menggelengkan kepala melihat sikap rakan sebiliknya yang memang dah parah.
------------------------------------------

" Cantik malam ni...Ni mesti ade ape-ape ni." Tegur Hana rakan sepraktikum Izzati.Izzati hanya menidakkan sahaja andaian-andaian yang tidak berasas itu. Apa yang penting malam ini dia mesti bergembira dengan rakan-rakan satu praktikum dengannya. Lagipun semester dua sudah hampir ke penghujungnya. Tak lama lagi peperiksaan akhir akan menjelang. Mungkin sebab itu Tia agak tekanan sedikit dalam bilik itu.
"Izzati, ni hadiah dari Fiera. Fiera rasa dah banyak susahkan Zati sejak masuk sini.Fiera harap Zati terima tau. Ni Ikhlas dari Fiera." Izzati berasa was-was dengan pemberian Afiera itu. Dia berharap Afiera tidak mengenakannya memandangkan malam itu adalah malam satu april.
"Err terima kasih.." ujar Izzati sambil memandang lesu kotak hadiah itu.
"Zati, bukak la hadiah tu. Rasenya ramai yang nak tengok isi kat dalamnya kan." Afiera bersuara dan disertai dengan sorakan yang menandakan setuju dengan cadangan Afiera itu.Izzati berasa serba salah dengan permintaan itu dan perlahan-lahan membuka bungkusan hadiah itu. Dan dia terkedu, terkejut serta terjerit. Dia berundur beberapa langkah ke belakang dan badannya mengigil ketakutan.Fadzil yang asyik membakar ayam berasa hairan dan mendekati Izzati.
" Kenapa?" Melihat Izzati ketakutan membuatkan Fadzil risau.Izzati tidak bersuara namun bahasa badan Izzati mengarahkan Fadzil untuk menjenguk kotak yang terletak di atas meja. Rakan-rakan yang lain hanya senyap, ada yang berbisik-bisik dan ada juga yang ketawa dan tergelak-gelak.Fadzil menjengah melihat isi yang terkandung di dalam kotak dan terkejut.
"Ya Allah. Ni sape punye kerja ni.. busuk hati betul." Fadzil mula naik bengang. Mukanya yang berwarna kuning langsat itu sudah mulai memerah menahan marah.Lantas bola matanya terarah ke wajah Afiera yang berdiri kaku di suatu sudut.
" Ala.. Dzil tu pun nak marah.. Ulat je pun dalam kotak tu. Bukan harimau ke singa ke.. Cuma ulat je..lagipun hari ni kan satu april. So let’s have fun ok.." Afiera cuba menyembunyikan perasaan takutnya melihat muka Fadzil yang memang menahan marah. Sungguh dia tidak pernah melihat Fadzil marah.Biasanya Fadzil akan bersikap lebih tenang dan memang susah untuk menaikkan kemarahannya.
"So, what? Kalau hari ni satu april, kau takde hak nak main-mainkan orang lain. Semua orang ade benda yang mereka geli,yang mereka takut. Kau pun bukannya sempurna pun.... waktu buat eksperimen bedah tikus hari itu pun, kau langsung tak sentuh tikus tu.. bukan aku tak tahu kau memang geli dengan tikus tapi cuba kau fikirkan balik..ada tak Zati usik kau dengan tikus yang dibedah tu..hah!" Fadzil memang sudah tidak dapat mengawal kemarahannya. Afiera terkedu. Begitu juga Izzati.Afiera senyap dan terus beredar dari Kafe D. Izzati cuba mengejar Afiera tapi Fadzil menahannya.
" Kau tak patut marah sangat dengan Fiera. Dia cuma nak bergurau je." Ulas Izzati seolah-olah apa yang diperlakukan oleh Afiera sebentar tadi tidak memberi kesan langsung kepadanya.
"Dah la Zati, tak payah nak pedulikan budak yang busuk hati macam dia. Jom makan." Izzati rasa amat bersalah dengan Afiera. Dia tahu Afiera tak beniat hendak melakukan perkara itu. Dia pun tak menyangka perkara itu akan menjadi serius.
------------------------------------------

"Zati dah balik?" Tia yang asyik mengulangkaji kimia menegur Izzati. Izzati membisu seribu bahasa.Tia faham kalau keadaan Izzati macam itu bermakna ada sesuatu yang menggangu fikirannya.Tia membiarkan Izzati melayan fikirannya sendirian. Dia kembali mengulangkaji kimia organik.
"Tia.. Kite rasa apa yang Tia cakap hari tu pasal Fadzil betul la."Izzati bersuara perlahan.
"Maksud zati?" Tia kehilangan idea mengenai apa yang Izzati perkatakan.
"Tentang teori Mr. F tu la... rasanya dia memang suka kat kite la." Izzati bersuara perlahan. Tia terkedu mendengar patah-patah perkataan yang terkeluar dari bibir Izzati.
"Jadi...Zati suka tak kat dia?" Tia ingin mendapatkan kepastian sebelum membuat kesimpulan mengenai perasaan Izzati terhadap Fadzil.
"Entah la... Kite pun tak pasti tapi tadi waktu kat parti Fiera kenakan kita. Lepas tu Fadzil marah sampai Fiera balik terus asrama."
"Die buat apa kat Zati sampai Mr. F tu marah sangat?" Tia bertanya kepada Izzati. hatinya penuh dengan perasaan ingin tahu yang melampau.
"Err.. Dia cuma bagi kotak yang ada ulat je tapi bukan teruk sangat pun. Fadzil tu yang marah beria sangat." Jelas Izzati.Tia kebingungan. Bukan dia tak tahu yang si Izzati tu memang penakut dengan ulat. Kalau nampak ulat di susur gajah mesti terjerit-jerit.
"Zati kan takut ulat... kenape nak pura-pura tak takut pulak? Macam benda tu biasa je...dah la Zati...tak payah la nak berlakon lagi. Ada ke depan Tia pun nak berlakon. Kan dah terang lagi bersuluh yang Fadzil tu suka kat Zati. Dan Tia tahu Zati pun suka kat dia kan..Jadi Zati terus terang la kat die yang Zati pun suka kat die ok...." Tia cuba memberikan nasihat yang sebaik mungkin untuk Izzati.
"Dah la Tia, kite rasa nak tidur la.Ngantuk la pulak. Budak tu tak nak tidur lagi ke?" Izzati naik hairan melihat Tia yang masih belum beradu lagi. Biasanya Tia merupakan puteri tidur dalam bilik itu.
"Tutorial kimia belum siap lagi la. Kena buat sampai habis malam ni sebab esok Encik Syed nak bincang. Dah la pergi la tidur dulu. Sebelum tu, pergi la gosok gigi dulu..nanti gigi rongak Mr. F lari pulak." Tia mengusik Izzati dan dia melihat Izzati tersenyum.Izzati berlalu ke tandas membawa sekali berus gigi dan pencuci muka miliknya.

------------------------------------------

Hari ini merupakan hari terakhir Izzati berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Pening kepalanya menjawab soalan kimia tadi. Hari ini juga merupakan hari terakhir peperiksaan. Petang nanti,satu lagi kertas kimia akan dijawabnya. Langkah kaki Izzati terus dihayunkan menuju ke blok asrama C1. Sesampainya di sana, dilihatnya Tia dan Thila masih belum pulang.
‘Tia dan Thila pasti belum keluar lagi dari dewan serbaguna. Biasalah tu kalau exam kat dewan mesti kena tunggu pengawas kira kertas exam.’Izzati bermonolog sendiri.
Lantas tangannya mengeluarkan buku dari laci mejanya dan menyusunnya ke dalam kotak. Pakaiannya dari almari juga dikeluarkan dan disusun ke dalam bagasi besar miliknya. Usai melakukannya, kedengaran suara ceria Tia dari luar bilik. Siap bernyanyi-nyanyi kecil lagi. Gembira benar Tia hari ini.
" Assalamualaikum..ada orang tak?" Tia tersengih-sengih di muka pintu sambil menanggalkan kasut hitamnya. Baju kurung Riau yang tersarung di badannya menampakkan lagi kekurusan serta kekurangan berat badan Tia.
" Waalaikumussalam, masuk la. Duit raya tak de sebab dah pokai hujung sem ni." Sahut Izzati.Tia tersengih. Dilihatnya Izzati sedang mengemas. Mukanya kemerahan dek panas yang dicampur dengan alergi pada ubat. Izzati hanya memerhatikan muka Tia yang kemerahan itu. Timbul pula rasa kasihan kepada Tia. Terpaksa menjawab peperiksaan dalam sakit. Alergi ubat yang dialami Tia agak teruk. Kulitnya akan menjadi merah serta-merta jika terkena cahaya matahari dan jika berada di tempat yang panas.
" Amboi, banyaknya barang. Ha.. tu la dari dulu lagi Tia dah cakap, jangan angkut banyak barang dari rumah. Kan sekarang dah susah. Ni semua, kalau angkut pakai Hilux pun belum tentu muat tau." Tia tergelak-gelak. Izzati mencebik.
"Dah beli makanan?" Izzati mula menukar topik. Tak tahan dengan usikan Tia.
‘Tia ni kalau dilayan makin menjadi-jadi la gamaknya.’
" Dah janji dengan Fana, nak beli nasi ayam dekat Kafe B." Tia tersengih-sengih sambil membayangkan keenakkan nasi ayam Kafe B. Izzati menggelengkan kepalanya menyaksikan telatah Tia.
" Sedap ke?" perasaan ingin tahu menguasai diri Izzati. Jarang dapat menikmati makanan dari Kafe B. Maklumlah, Kafe B merupakan kafe yang dikhaskan untuk budak lelaki. Walaupun, pelajar perempuan dibenarkan untuk makan di kafe itu, tak ramai pelajar perempuan yang mahu atas alasan malu dan segan.
" Sedap la. Kitaorang pergi kat dapur beli nasi ayam. Bukannya duduk beratur kat kafe tu. Nak tak? Tia tolong belikan." Pelawa Tia. Izzati hanya mengangguk kecil lantas wang lima ringgit yang baru dikeluarkan dari beg duitnya bertukar tangan.

------------------------------------------

Izzati melangkah keluar dari perpustakaan. Jika diberi pilihan, memang dia tidak akan memilih perpustakaan sebagai tempat untuk menduduki peperiksaan akhir itu. Sejuk dan hampir beku. Penghawa dingin di perpustakaan memang sejuk dan mampu membuatkan pelajar-pelajar mengigil kesejukkan ketika menjawab peperiksaan. Kedengaran nama Izzati di panggil. Dia tidak segera menoleh. Sengaja untuk memastikan adakah benar namanya dipanggil. Dan lagi sekali namanya dilaungkan. Dia menoleh. Dilihatnya Fadzil berjalan ke arahnya. Tersenyum tampan ke arahnya.
" Pilihan pertama kau apa?" tanya Fadzil. Tergantung sahaja ayatnya.
" Maksud kau, universiti ke?" Izzati meneka. Fadzil mengangguk. Sedikit kalut mengejar Izzati tadi sehingga ayat yang disusun sebelum bertemu Izzati berterabur.
" UKM course biomedik. Kau?" tanya Izzati.
" UKM course medik. Aku tunggu kau kat sana." Fadzil tersenyum. Mengharapkan Izzati mengerti maksudnya. Izzati pula terpinga-pinga lantaran kekurangannya yang lambat menangkap kiasan yang diberikan oleh Fadzil.
" Kenapa nak tunggu aku? Tak faham la." Izzati melihat Fadzil yang sudah tak tentu arah. Izzati menunggu jawapan dari Fadzil.
" Aku.. aku suka kat kau la. Takkan la tu pun kau tak dapat tangkap." Fadzil membelakangi Izzati. Izzati kaku dan diam seribu bahasa.
" Kalau macam tu, aku pun tunggu kau kat sana." Izzati memberikan respon setelah diam seketika. Fadzil tersenyum.
" Pilihan kedua kau?" Fadzil bertanya.Izzati mula bercerita.Tatkala itu, Izzati dan Fadzil asyik bercerita mengenai masa depan yang mereka impikan. Mereka berkongsi impian di samping bertukar-tukar pandangan mengenai pilihan universiti dan kemungkinan-kemungkinan lain yang akan merencatkan perjalanan mereka dalam mencapai impian mereka.
------------------------------------------
T A M A T

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.