Cerpen : Chenta love anggun

Cerpen : Chenta love anggun
Nama Pena : acchue

Cassandra menjenguk ke luar tingkap. Haih , ada lagi makhluk tuhan tu menunggu kat luar.
Makhluk tuhan yg Cassandra maksudkan itu adalah ex-boyfriend nya, Mikhael. Makhluk tuhan tu tidak henti2 menganggu kehidupan sehariannya.

"Oit, balik lah. Sy dah jemu tengok muka awak kat situ. Baik awak balik sebelum sy panggil security"
Cassandra menjerit dari tingkap.

"Cassandra, sy nak jumpa awak sekejap je. Tolonglah"
Mikhael bersuara meminta simpati.

Cassandra tunduk mencari selipar tidurnya. Cassandra mencampakkan selipar tidurnya hampir mengenai kereta Mikhael bagi menunjukkan tanda marahnya .

Cassandra sendiri tidak menyangka yg dia akan melakukan tindakan luar kawal sebegitu. Didalam rumah, Cassandra tertawa sendirian. Padan muka. Dia ingat aku tak dapat hidup kalau dia tak ada. Ini Cassandra lah. Sekali dah ludah takkan aku jilat balik punya.

Cassandra masih ingat lagi bagaimana angkuhnya Mikhael dulu sewaktu mahu meninggalkannya.

"Semuanya kerana Lisa. Kalau awak rasa Lisa dapat membahagiakan awak, so lepas ni jangan cari sy lagi ok"

"Cassandra, sy terpaksa, awak kena faham situasi sy ni"

"What?? Sy kena faham?? Eh, pilihannya di tangan awak , dan sekarang selepas awak buat pilihan, awak mintak sy faham situasi awak? Ok sy boleh faham sangat2 tapi dengan satu syarat, jangan ganggu sy lagi.Sy dah meluat tengok muka awak"

Mentang2lah Lisa tu cantik, senang2 aje dia buat pilihan. Aku pun tak tau lah apa yg Lisa tu pandang kat Mikhael tu. Cassandra mengomel sendirian.

"Cassandra, aku pernah baca satu artikel yg menulis bahawa ada sesetengah manusia yg tidak pernah puas dengan apa yg dia ada dan suka merebut sesuatu yg menjadi milik org lain. Hanya dengan perebutan sebegitu dan beroleh kemenangan di pihaknya mampu membuat dia berasa begitu puas hati"

"Haih, wujud ke manusia macam tu?"

"Aku rasa Lisa macam tu. Heheheheh"

Cassandra termenung. Mungkin ada betulnya kata2 Zura tu tadi. Lisa memang suka merebut sesuatu miliknya dari dulu lagi. Dari mereka di zaman persekolahan lagi. Dari segi jawatan, pertandingan dan macam2 lagi. Tak mustahil kan jika Lisa tergolong dalam spesis tu. Cassandra tersenyum sendiri.

"Sekarang Mikhael masih ganggu kau lagi ke ?"

"A’a. Aku rimas tau tak. Pagi petang siang malam ada je muka dia kat depan rumah aku"

"Kau kena berbuat sesuatu Cassandra. Kau tak boleh biarkan perkara mcm tu berlarutan"

"Maksud kau?"

"Aku rasa kau kena pindah lah. Demi keselamatan kau jugak. Lagipun, antara kau dengan Mikhael dah berakhir. Takkan lah kau masih nak hidup di bawah bayang2 dia lagi? Kau pun kena fikirkan kehidupan kau sendiri"

Cassandra menganggukkan kepala tanda setuju.

"Mikhael ni spesis ape pulak eak? Heheheh"

Pecah tawa antara Cassandra dan Zura di ruang pejabat itu.

********************************************************

"Kau nak pindah? Tp kenapa?"

"Haih, sukati aku la. Aku pindah ke, aku tak pindah ke, apa kena mengena dengan kau?"

"Janganlah marah aku Sandra. Aku tanya je. Mana tau aku boleh tolong kau pindah barang ke apa ke"

Cassandra termenung sejenak. Betul jugak tu.

"Kau free sabtu ni? Tolong aku pindah barang ok"

Khalees tersenyum senang.

Khalees merupakan teman seperkolahan Cassandra dahulu. Lama jugak mereka berkawan. Tapi tamat sahaja persekolahan, mereka hilang membawa haluan masing2.

Setelah bekerja di Kuala Lumpur ni la baru mereka bertemu semula setelah sekian lama.

Awal pagi sabtu tu, Khalees dah kelihatan di depan rumah Cassandra.

"Kau mandi ke tak ni Khalees?"

Cassandra memandang Khalees dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

"Ala lepas aku angkat barang2 kau ni, aku mandi lah. Aku nak mandi kat swimming pool kat rumah baru kau tu. Heehehhehehe"

Cassandra menggelengkan kepala. Lucu dengan telatah Khalees. Terhibur jugak hatinya yg lara ni.

"Assalamualaikum"

Haih, sape pulak datang rumah aku ni.

Mikhael??

"Nak pegi mana dengan barang2 ni?"

"Owh, kami nak pindah"

Aduh, lurus bendul betul si Khalees ni.

"Pindah?"

"Ye lah, pindah. Kenapa buat muka terkejut pulak?"

"Yelah , tapi kenapa tiba2 je?"

Khalees tercengang melihat Cassandra dan Mikhael bertegang urat.

"Mana ada tiba2?,, sy dgn awak pun dah lama habis ,, dan sekarang dah sampai masanya untuk sy bina kehidupan baru. Sy lupa kenalkan, ini Khalees, tunang sy. Kitorang nak berpindah ni pun sebab nak berkahwin. Bukan suka2 je nak pindah"

Mikhael merenung ke dalam anak mata Cassandra.

Khalees pula tergamam.

"Oklah kalau mcm tu. Sy mintak maaflah kalau menganggu. Semoga bahagialah hendaknya. Assalamualaikum"

Setelah Mikhael berlalu, Cassandra rebah di lantai. Rasa sakit hatinya berbalas. Tapi yg menghairankannya adalah ,, sekuat mana pun dia membalas dendam pasti hatinya turut merasakan kesakitan yg sama.

Khalees terus mengemas barang2.

Setelah selesai ,, Khalees masuk ke dalam rumah , kelihatan Cassandra tertidur di ruang tamu.
Khalees mengambil kesempatan itu untuk membersihkan diri. Setelah siap mandi dan bertukar pakaian ,, Khalees turun ke bawah membeli makanan. Perutnya sudah mula mendendangkan bunyi2an. Pasti Cassandra juga lapar. Takpelah, kasi dia tidur puas2 dulu.

Sewaktu Khalees tiba dengan makanan tengahari, Cassandra baru bangun tidur dan menuju ke bilik air.

Terkejut Cassandra apabila melihatkan Khalees menyiapkan makanan tengahari untuk mereka berdua.

"Kenapa tak kejut aku, kesian kau lapar"

Khalees cuma tersenyum lebar.

"Kau pun lapar kan? Dah la, makan je. Barang semua aku dah angkat masuk lori. Lepas makan kita boleh gerak dah"

Cassandra memerhati sekeliling rumah. Wah, semua dah settle. Malu pulak dia dengan Khalees. Aku syok tidur , Khalees pulak yg settle barang2 aku. Malunya.

******************************************************

"Khalees , aku lupa nak bagitau kau yg Mikhael tu sebenarnya ex-boyfriend aku"

"Kau tak bagitau pun aku dah boleh agak dah"

Khalees berpura2 sibuk .

Cassandra tergamam pula . Entah kenapa bila riak wajah Khalees berubah serta merta hatinya menjadi kelu tak terkata.

"Thanks Khalees , for your help"

Itu sahaja perkataan yg terkeluar dari bibir Cassandra.

"Baguslah kau dah pindah, tak lah dia kacau kau lagi kan. Macam mana rumah baru? Ok tak?"

"Ok, tenteram je aku duduk kat situ. Best sangat"

"Aku harap lepas ni kau tak pindah lagi, kalau pindah lagi pergh, boleh kurus aku tolong kau pindah barang selalu. Hahahhaaha"

Cassandra tersenyum malu. Cis , sempat dia mengena aku.

Handphone milik Khalees berdering, segera dia menjawab panggilan setelah beredar jauh sedikit dari Cassandra.

Kelihatan raut wajah Khalees begitu ceria sekali tatkala menjawab panggilan itu dan sangat mesra sekali caranya melayan.

Cassandra dapat mengagak pastinya perempuan yang menelefonnya.

Entah kenapa terdetik satu perasaan berbaur cemburu di hati Cassandra. Haih, takkanlah aku cemburu dengan Khalees?? Khalees?? Ish , tak mungkin.

Cassandra segera menepis segala perasaan yg datang menerjah secara tiba2 itu.

"Girlfriend?"

Soal Cassandra, walaupun pada mulanya dia tidak mahu mengajukan pertanyaan itu, tetapi hatinya memaksa.

"Eh, tak lah, aku mana la ada girlfriend. Layak ke muka macam aku ni nak ada girlfriend"
Khalees tersenyum manis.

Cassandra berpura2 tidak dengar. Sebenarnya hatinya malas mendengar alasan yg diberi oleh Khalees itu.

Oh bulan, enggan melayan diriku lagi
Dan lagu2 di radio seolah olah memerli aku
Pabila , kau bersama yg lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yg masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Sebalik senyumanmu itu
Kau juga, merindui aku


*************************************************

"Sandra, jom lepak"
Zura mengenyit mata nakal ke arahnya.

Azwan yg merupakan teman lelaki Zura turut memujuknya agar lepak bersama mereka pada petang itu.

"Ok gak. Tapi nak pergi mana?"

"Tengok wayang ke, ok?"
Cadang Zura sambil dipersetujui oleh Azwan.

"Aku call Khalees eak. Seronok sikit ramai2, baru meriah"

Zura dan Azwan berpandangan sesama sendiri dan mengukir senyuman tanda setuju.

Khalees juga setuju dan berpakat untuk berjumpa di midvalley terus.

"Sandra, aku rasa lah kan. Sejak dua menjak ni, kemana je kau pergi mesti ada Khalees, mana ada Khalees mesti ada kau. Korang ni ada apa2 ke?"
Soal Azwan sambil mengenyit mata ke arah Zura.

"Owh , ye ke? aku tertinggal sesuatu ke?"
Ujar Zura berminat.

"Haih, ape yg kau merepek ni? Korang kan kawan2 aku dari sekolah lagi. Dah memang aku closed dengan Khalees dari dulu lagi kan. Apa yang nak dihairankan?"

"Uish, dulu tu zaman kecik2. Sekarang dah besar Sandra. Takkan tak ada feel apa2 kot. Lagipun aku tengok si Khalees tu semakin segak sekarang. Dah jadik jurutera"
Usik Azwan lagi.

"Ala, kalau diorang ada apa2 pun apa salahnya. Masing2 pun single, sama cantik, sama padan"
Sampuk Zura.

"Haih, dahla. Jangan mengada-ada kan menda yg tak ada boleh tak. Sekarang ni, apa kata kau check citer ape yg best kat wayang harini. Gunakanlah blackberry kau tu sepenuhnya Azwan. Takkan lah kitorang still nak kena beratur lagi nak beli tiket wayang"

"Aduh, bisa bisa. Ok , ok. Aku settlekan"

Mereka tertawa bersama. Menghabiskan cuti hujung minggu bersama teman2 merupakan hari yg memang menggembirakan.

"Khalees, aku tengok kau ni busy je dari tadi. Hari ni kan hari minggu, tak boleh ke kau berenggang sikit dengan handphone kau tu. Spent masa cuti ni dengan kitorang tanpa gangguan"
Usik Zura.

"Hahahah, ye lah, ye lah"

"Aku tengok muncung si Sandra tu dah sedepa dah. Jealous lah tu"
Azwan pula turut menyakat.

"Haih, jangan nak memandai. Aku tak hairan lah. Pleaselah"


***************************************

"Kau diet ke Khalees?"

"A’a, baru lah boleh mengorat awek."

"Kau nak mengorat sape?Cassandra?"

"Tak boleh ke?"

"Tak adalah, tapi aku rasa Cassandra tu masih sayangkan ex-boyfriend dia. Lagipun aku dengar ex-boyfriend dia macam nak berbaik2 dengan dia semula. Kalau betul macam tu, tak elok pulak kau potong line beb"

Khalees cuma diam. Dihatinya diburu kerisauan yg amat sangat.

Didailnya nombor Cassandra. Talian sibuk. Di cubanya sekali lagi, juga masih sibuk.

Bergayut dengan siapa pulak minah ni. Dia dah berbaik dengan Mikhael ke? or dia dah ada pengganti baru? Ah , sudah. Habislah macam ni.

"Khalees, I ni"

"Emma, kenapa call malam2 ni?"

"I kat KL ni, tak nak jumpa I ke?"

"You kat KL buat apa?"

"I ada job sikit kat sini. So, shall we meet? Or have some dinner together?"

"Err ... I busy sikit lah, lain kali lah ok. Jangan kecik hati tau. Maybe next time ok. Ada masa nanti I call you. You ada kat KL sampai bila ni?"

"Dua tiga hari je. Oklah kalau macam tu, anything just let me know ok. Bye , take care"

Talian di matikan.

Khalees cuba mendail nombor Cassandra semula. Namun masih gagal. Kemana agaknya Cassandra ni pergi.

Dihatinya mula menular perasaan cemburu bercampur baur dengan kerisauan.

Dicapainya kunci kereta, dia menuju ke arah rumah Cassandra.

Setibanya dia disitu, dadanya berdebar2. Dilihatnya Mikhael sedang bertemu dengan Cassandra di luar rumah.

Macam mana Mikhael boleh tahu rumah Cassandra? Khalees tertanya2 sendirian.

Setelah Mikhael beredar, Khalees juga turut beredar. Hatinya remuk. Dari sekolah lagi dia amat menyukai Cassandra tapi tidak berpeluang untuk meluahkannya kerana bimbang Cassandra hanya menganggapnya sebagai seorang teman dan tidak lebih dari itu.

Dan sekarang, dia merasakan masa yg cukup sesuai untuk meluahkannya tetapi terdapat pula halangan2.

"Hello, Emma, I free ni, I pick up you ok. Siap2 lah"


*******************************

"Saya nak kahwin lah Mikhael, tolong lah jangan ganggu saya lagi. Awak dah pun berkahwin dengan Lisa. Bukan ke itu yg awak mahukan dari dulu? Awak sanggup tinggalkan saya demi Lisa. Dan sekarang, kenapa awak nak menghalang saya dari hidup bahagia?"

"Sandra, setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Saya akui kesilapan yg paling besar saya dah lakukan adalah meninggalkan awak dan memilih Lisa. Semuanya tidak seperti yg saya harapkan. Tolonglah beri saya peluang sekali lagi"

"Jangan nak buat gila lah Mikhael, saya dah nak berkahwin dah"

"Saya tau awak masih sayangkan saya. Tak mungkin awak mencintai Khalees. Saya kenal awak Sandra"

"Mikhael, sudahlah. Saya cukup bahagia dengan Khalees, tolong beri saya peluang hidup bahagia. Saya tak pernah menganggu atau menghalang awak dari hidup bahagia jadi saya mohon sangat agar awak tak mengganggu apa yg saya bina sekarang."

"Sandra..."

"Baliklah Mikhael"

"Betulke awak dah melupakan saya?"

Cassandra mengangguk laju.

"Selagi awak belum sah menjadi isteri orang, selagi itulah perasaan saya masih seperti dulu pada awak. Saya masih sayangkan awak Sandra. Tapi perasaan saya ni bukan bererti saya menghalang awak dari berkahwin dengan Khalees. Sekiranya, Khalees melukai hati awak, awak cari lah saya kembali"

"Jangan nak buat gila lah Mikhael"

"Saya gila pun sebab awak Sandra"

"Sudahlah, saya tak nak dengar dah. Awak baliklah"

Entah dari mana Cassandra mendapat kekuatan sebegitu.

Begitu tenang dan kuat sekali menepis rayuan Mikhael. Mungkinkah kerana di hatinya benar2 sudah ditakluki oleh insan lain?


*****************************

Dah hampir sebulan Khalees outstation. Cassandra sangat bosan melalui hari2 yg sunyi.

"Hello, Khalees, bila kau nak balik KL ni? Aku rindu lah kat kau"

"Mungkin lama kot aku outstation kali ni. Banyak kerja lah Sandra. Nanti aku call kau ok"

Talian di matikan.

Huh, sampai hati Khalees. Menyampah betul. Orang lain pun kerja juga.

Loceng rumah Cassandra berbunyi kasar menyatakan bahawa ada org di luar.

Berlari anak dia ke pintu. Siapa pulak lah yg datang rumah pagi2 ahad ni.

Cassandra tertinjau2 di muka pintu. Kenapa tak ada orang pula? Habis siapa yg tekan loceng pintu tadi? Hatinya berdebar2. Diberanikan diri untuk meninjau ke grill pintu.

Terkejut bukan kepalang apabila melihatkan wajah Khalees di muka pintu rumahnya. Saat itu hatinya terasa riang sekali. Terasa mahu je dipeluknya tubuh Khalees tapi malu pulak.

"Bila kau balik ni?Kau tipu aku eh?"

"Hahahah ... semalam lagi aku dah balik. Aku tau kau rindu kat aku sebab tu aku datang niha. Dah la , gi mandi siap2 , aku tunggu dalam kereta kita breakfast sama"

Dengan pantas dan huru hara sekali Cassandra bersiap2. Hatinya terasa berbunga-bunga sekali.

Favourite place Khalees adalah memory corner. Setiap kali makan or nak melepak mesti kat situ lah tempatnya.

"Lepas ni, kau temankan aku beli buah ok. Mama aku pesan suruh aku beli buah tadi"

Cassandra mengangguk tanda setuju.

Sewaktu membelek2 buah di jusco. Khalees memaut tangan Cassandra untuk menunjukkan sesuatu. Wajah Cassandra berubah malu tp dia pasti Khalees tidak perasan perubahan riak wajahnya itu. Dia cuba memberi reaksi normal seperti biasa sedangkan hatinya seperti penuh dengan rama-rama.

Khalees, kalaulah kau tahu perasaan aku ni. Hmmm ...

Malam tu , sungguh sukar sekali Cassandra melelapkan mata. Pelbagai perasaan yg menganggu fikirannya.

Begitu juga dengan Khalees. Di fikirannya ketika itu cuma ada nama Cassandra. Wajahnya, senyumannya, sifat keanak-anakan nya, reaksi kasar yg sering Cassandra tunjukkan ketika bersama2 teman2nya.

Khalees tahu, Cassandra sebenarnya sangat tulus,mulus dan menepati semua ciri2 wanita idamannya.

Khalees yakin kini bahawa Cassandra juga mempunyai perasaan yg sama sepertinya.

"Kenapa kau yakin sangat ni beb?"

"Aku pernah baca satu artikel. Kalau kita nak tahu wanita tu suka kat kita atau tidak, kita cuba paut tangannya. Jika dia melepaskannya bermakna wanita itu tidak bersedia ataupun tidak mahu komitmen dengan kita. Tapi kalau wanita itu relaks je, bermaksud dia bersedia untuk ada komitmen dengan kita. Tapi bukan semua wanita macam tu. Wanita istimewa yg terpilih macam Cassandra je tau"

***************************

"Sayangku, aku gi lepak kat sana jap. Sayangku duduk sini dulu ok"
Ujar Khalees.

Cassandra mengangguk tanda faham.

Walaupun mereka secara rasminya telah bercinta, tetapi mereka masih ber aku dan kau lagi.

Cassandra sangat bahagia kerana Khalees sangat memahami dan menjaganya dengan baik. Dia tidak menyesal kerana memilih Khalees sebagai cintanya.

"Kau makin sihat aku tengok? Dah tak diet dah ke?"

"Nak diet ape lagi, dah dapat idaman hati. Dulu diet sebab nak mengorat Cassandra, sekarang dah dapat ape lagi nak kisah kan?"

Khalees cuma tersenyum senang."

"Sandra, kau tak kisah kan kalau Khalees tak diet?"
Usik Azwan

"Aku tak kisah, aku lagi suka, tak dapat lah dia nak menggatal hahahhaha"
Cassandra pula menyakat.

"Kalau fikir2 balik, kitorang ni macam tak caya je korang ni boleh jadi couple. Bahagia pulak tu, jealous aku tengok"

"Kau kena belajar dengan aku ni ha"
Seloroh Khalees sambil menepuk dada dengan bangganya.

"Sayangku, kau tak kisah ke dengan perangai aku? Aku tak pandai nak romantik. Kau kenal kan aku macam mana"
Soal Cassandra sewaktu di dalam kereta.

"Sayangku, sebab aku kenal kau dari dulu sampai sekarang lah makanya aku tak kisah. Aku sayang kat kau seadanya diri kau. Tak payahla nak ubah apa2"

"Tapi, kita ni masih ber aku , kau . Kau tak rase ke kita perlu ada panggilan yg sesuai?"

"Aku tak kisah, kau suggest je lah"

"Mmm ... aku nak panggil kau chenta. Boleh tak?"

"Chenta? Wah kau biar benar?"

"Ah, tak kira, aku tetap nak panggil kau Chenta"

"Kalau macam tu, aku nak panggil ape eak. Biar aku pikir jap . Mmm... heheheh"

"Kenapa kau gelak pulak?"

"Kalau kau panggil aku chenta, so aku nak panggil kau anggun heheheeh"

"Ish, malu lah, tak nak lah"

"Haahhahah,, tak kira. You are my anggun"

"Heheheh, and you are my chenta"

Mereka gembira dengan panggilan nama mereka yg baru itu.

***************************

Keluarga Khalees telah menetap tarikh untuk hari bahagia mereka berdua.

Mereka pula sibuk kesana kemari mencari barang2 persiapan untuk hari bahagia yg bakal kunjung tiba.

"Anggun, I nak ke toilet kejap. Anggun tunggu dalam kereta ok"

Cassandra mengangguk laju.

Tiba2 telefon Khalees berbunyi.

Terpapar di skrin telefon nama Emma. Berkerut juga wajah Cassandra memikirkan siapa gerangannya Emma itu.

"Hello, sayang. Where were you? Lama tak call I"

Berdebar dada Cassandra saat mendengar rengekan manja itu.

"Err .. hello, nak bercakap dengan Khalees ke? Sorry, dia ke toilet. Want to leave a message?"

"Oh, sorry2... takpe2 nanti I call semula. Ok thanks"

Darah mula mendidih dan menyerbu perasaan Cassandra. Namun dia cuba bertenang. Mula memikirkan apakah benar keputusannya untuk berkahwin dengan Khalees. Cassandra mula merasa ragu2.

"Anggun, kita nak kemana eak sekarang? Dah cukup ke barang2 yg kita beli tu?"

"Em, I rasa pening kepala lah, chenta hantar I balik je lah"

"Eh, kenapa ni? Tadi happy je"

"Entahlah, tiba2 I takda mood"

"Come on lah anggun, kenapa ni? Jangan lah macam ni. Anggun buat I risau lah"

"I ok je. I nak balik"

"Ok, tunggu kejap"
Khalees turun semula dari kereta dan menuju ke dalam shop petrol station itu.

Selepas itu baru Khalees menghantar Cassandra pulang.
Sebelum Cassandra turun dari kereta, Khalees menyerahkan sepapan panadol kepada Cassandra.

"I tak tahu kenapa anggun tiba2 berubah. Kalau I ada buat silap, I mintak maaf ok"

Cassandra terus keluar tanpa berkata apa2.

Di rumah, Cassandra menangis sepuasnya.

Apakah perkara yg lepas bakal berulang kembali? Apakah peristiwa sedih yg berlaku antara dia dan Mikhael akan berulang lagi?

Dia tak sanggup kehilangan Khalees. Siapakah Emma sebenarnya?

*****************************************************

Khalees sudah tahu apa punca sebenar hingga Cassandra tiba2 bersikap dingin terhadapnya.

Dia begitu resah sekali. Tidak tahu bagaimana mahu dimulakan.

Dia juga tidak mahu kehilangan Cassandra, lebih lagi hari bahagia mereka bakal menjelma tidak lama lagi. Khalees bimbang sekiranya Cassandra tiba2 berubah fikiran.

Cassandra langsung tidak mahu berjumpa atau mendengar suaranya. Khalees bingung. Tiba2 dia menjadi tidak faham dengan telatah Cassandra.

Memang dia akui salah dirinya tidak menceritakan perihal Emma kepada Cassandra terlebih dahulu tapi dia tidak menyangka Cassandra akan bertindak sehingga begini rupa.

Khalees memasuki petak parking di hadapan Memory Corner, di mana dia dan Cassandra selalu menghabiskan masa. Tiba2 dia tidak jadi untuk keluar apabila matanya tertangkap sesuatu.

Cassandra??

Mikhael??

Perasaan marahnya tidak dapat dibendung lagi.

Wanita yg dia cintai bersama dengan lelaki lain. Lelaki itu pula merupakan bekas kekasih nya dahulu.

Khalees benar2 tergugat. Dia tidak sangka Cassandra membalas dendam sehingga begitu sekali.

Dia keluar dari kereta. Cassandra nampak kelibat Khalees dan cuba untuk menahan Khalees tapi Khalees beredar dengan marah sekali.

Khalees pulang ke rumah dengan kemarahan yg amat sangat.

"Khalees, dari mana ni?"
Soal mama.

Khalees langsung tidak menjawab malah terus naik ke bilik. Mama nya berasa hairan.

"Bergaduh dengan Cassandra lah tu"
Ulas kak long yg sudah masak sangat dengan perangai adik bongsunya itu.
"Hai, dah nak kahwin pun masih bergaduh? Macam mana nak kahwin ni?"
Soal mama hairan.

"Jangan sampai tak jadi kahwin sudahla"
Usik Kak long lagi.

Mama cepat menjeling ke arah anak sulungnya itu.

"Khalees, tak nak makan ke?"

"Tak nak lah mama, kenyang"

"Marilah keluar, borak2 dengan mama ni"

"Nantilah, Khalees takde mood lah mama"

Mama menyuruh Cassandra masuk je ke bilik anak bujangnya itu.

"Tak pe ke mama, Sandra masuk?"
Soal Cassandra risau.

Mama cuma mengangguk.

Cassandra lihat Khalees sedang termenung di meja tulisnya. Di hadapannya terdapat frame gambar yg mengabadikan gambar mereka sewaktu di alam persekolahan dulu.

Mmm... banyak2 gambar aku yg cun2, gambar yg sememeh tu jugak yg dia tatap bila marah.

"Sayang"

Khalees terkejut lalu menoleh, frame gambar segera ditutup dengan tangan.

"Dah lama ke simpan gambar tu?"

"Anggun?? Macam mana ...?"

"Marah kat I lagi?"

Khalees mendengus kasar.

"I mintak maaf kalau I buat chenta marah"
Keluh Cassandra perlahan.

"Actually anggun, I tak faham kenapa you tak nak jumpa I langsung. I call you tak pick up. Lastly I nampak you dengan Mikhael pulak. Apa semua ni?"

"Mikhael cari I sebab nak bagitau I yg mak dia baru meninggal, I pun ambil kesempatan tu nak bagi wedding card kita"

"You still nak kahwin dengan I anggun?"
Mata Khalees sedikit bercahaya.

"Yelah, then you ingat I nak tinggalkan you?mcm tu? Tak semudah itulah chenta. Yea, memang I jealous dengan Emma. Tapi, I sanggup ketepikan perasaan jealous tu dan beri peluang untuk you dengan I mulakan hidup baru"

"Anggun, I’m so sorry. Emma bukan siapa2 di hati I. Memang I rapat dengan dia, tapi itu dulu. I pernah cuba sukakan dia, tapi dia tahu I sangat sayangkan you dari dulu sampai sekarang"

"Betul ni? Boleh you lupakan Emma demi I?"

"Lupa tu tak boleh la, Emma kan kawan I. Tapi you kena lupakan Mikhael ok. I jealous tau"

Cassandra tersenyum mesra.


****************************

Dihari pernikahan mereka, mata Khalees tidak lepas dari menatap wajah mulus Cassandra yg tampak ayu bertudung litup.

Seperti mengimbau zaman mereka di persekolahan dahulu. Khalees begitu rindukan wajah itu.

"Anggun, you look so anggun with the tudung"

"Chenta, I akan terus pakai tudung setelah I sah menjadi isteri kepada Mohd. Khalees Mohd. Khafi"

"Are you sure anggun??"

"Yes . I’m so sure chenta. I love you so much"

"Thanks, anggun. I really appreciated that"

"Dan I janji, I akan jaga dan tidak akan sia2kan you sebagai isteri I yg sah"

sejak dari dulu kumenyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
dan telah membuatku menyintaimu
sudah berapa lama diriku ini x bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merinduku sebagaimana ku rindumu
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggumu
mengatakan kau cintaku
ku kan berjanji menyintaimu sayang
setelah kau pergi
jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dengan mu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau x mengerti maksudku dulu pada dirimu
kini ku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
sudah berapa lama
diriku ini x bertemumu
mungkin ku harap jua
kau merinduku sebagaimana ku merindumu
(chenta love anggun... so much)
(i love you too chenta, u're my chenta forever)

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.