Cerpen : Jika Itu Takdirnya

"Bie,jom teman I gi tengok pameran lukisan tu ek.I nak hadiahkan kat mama untuk birthday dia next week.Bolehkan temankan I kejap.Nanti I belanja you ,ok." Wajah Nea Irani di pandang mohon simpati.Nea Irani memandang geram.Tahu dia bakal kalah dengan pujukan jejaka itu.

Sudah setahun usia persahabatan kami.Aku sendiri tak menduga perkenalan melalui chat room dengannya membolehkan hubungan kami bertahan sehingga kini. Entah kenapa aku selesa berdamping dengan lelaki itu.

Alief Esqandar, jejaka yang bagiku memiliki segala-galanya.Kacak,tinggi,bergaya,berkedudukan dan punya karisma tersendiri. Pendek kata , inilah dia jejaka idaman Malaya. Berderet – deret perempuan yang menuntut kasihnya. Tetapi jejaka itu lebih senang membutakan mata , menulikan telinga dan membiarkan hatinya kosong tanpa seseorang yang bergelar kekasih. Kadang- kadang aku sendiri hairan dengan sikap Alief . Ada sahaja yang tidak kena di matanya terhadap gadis-gadis yang memburu cintanya itu.Tak cantik!seksi!muka plastic! Sedangkan di mata aku gadis-gadis itu tidak kurang hebatnya.Cantik. Up to date.Pokoknya sepadan kalau berdiri di sampingnya.

Lainlah aku, dari segi ketinggian sahaja aku sudah tidak sepadan dengannya.Tinggi aku hanya 153cm sedangkan dia 190cm.Setiap kali ingin berbicara dengannya aku terpaksa mendongak.Sakit leher aku.Dan seringkali aku menjadi mangsa bulinya.Sesuka hati meluku kepalaku.Penampilan pun aku masih kalah berbanding gadis-gadis itu.Wajahku hanya terpalit lip gloss dan bedak.Dengan bertudung,baju kurung dan kadang-kala blaus serta slack menjadi pilihan, aku masih jauh untuk mengejar arus perubahan fesyen.Kerja pun hanya sebagai Kerani Akaun di sebuah syarikat swasta.Manalah sepadan dengan dia yang bekerja sebagai Projek Manager di sebuah hotel terkemuka.Dalam mimpi pun tak mungkin ku gapai.

"Dah puas dah You tenung muka I?Ada apa kat muka I ni?"Serentak dengan itu kepala aku terasa sedikit perit.Aduh!Kene luku lagi.Mentang-mentang dia tinggi.Senang-senang nak buli aku.

"Apa ni?Sakit tau tak.Dah berapa kali I cakap jangan luku kepala."Aku menggetap gigi menahan geram.Selebihnya aku cuba menutup rasa malu akibat lama merenung wajahnya.Alief Esqandar hanya ketawa.

"Yang You tenung I macam tu kenapa?You dah jatuh hati dekat I ke?."Semakin merah wajah Nea Irani.Sudahnya sebuah cubitan hinggap di lengan Alief Esqandar.Begitulah tingkah gadis itu bila terasa malu.Pantas sahaja jemarinya mencari sasaran.Alief Esqandar sudah hafal sikap gadis itu.

"Perasan!Takde maknanya I nak jatuh hati dekat you.Jomlah" Nea Irani pantas melangkah ke kereta BMW milik Alief Esqandar.Tidak mahu lelaki itu terus mengusiknya.Sedangkan hatinya entah kenapa terasa lain macam.Berdebar-debar tidak menetu.Apahal pulak ni?Wajah Alief Esqandar di sisi di renung dalam diam.


******************


"Hai Lief, what a sweet coincidence." Serentak Alief Esqandar dan Nea Irani menoleh sebaik mendengar sapaan itu.Kelihatan seorang gadis cantik, tinggi lampai dan mempesona sedang tersenyum ke arah Alief Esqandar.Alief Esqandar juga turut tersenyum mesra dan kelihatan sungguh gembira dengan pertemuan tidak terduga itu.

Dalam hati Nea Irani tertanya-tanya siapakah gerangan gadis itu. Cukup cantik bagaikan seorang model.Selama dia berkawan dengan Alief , tidak pernah sekalipun dia bertemu dengan gadis itu. Siapakah dia? Nea Irani hanya memerhati mereka yang bagaikan berada dalam dunia mereka sendiri. Alief tidak memperkenalkan mereka pun.Dia hanya terpacak bagaikan tiang di sisi mereka.Seolah-olah dia tidak wujud di situ.Tiba-tiba hatinya terasa terpinggir.Entah kenapa hatinya bagai di tusuk duri yang tajam.Pedih!Air mata seakan ingin mengalir.Jemarinya di genggam erat melawan perasaan sebak yang tiba-tiba bertandang.

"Jom, kita gi makan.Mimi, come join us."Aku melemparkan senyuman pada gadis itu walaupun agak hambar.Aik!dia jeling je kat aku?senyum pun tak?berlagak betul perempuan ni.

Aku hanya memerhati Mimi memaut lengan Alief Esqandar.Lagak bagaikan mereka pasangan kekasih.Alief Esqandar pula hanya tersenyum dan berjalan beriringan dengan gadis tinggi lampai itu.Hatiku semakin perit.Ah!Hati,tabahlah.Kenapa begini?Cemburukah aku?Tak mungkin!Aku kan kawan baik dia.Hanya kawan!

"Nea!Apa tercegat lagi di situ.Jomlah.Tadi kata lapar."

Nea?Alief panggil aku Nea?Selama ini dia tidak pernah panggil aku dengan nama ku.Dia selalu memanggilku dengan panggilan Bie.Katanya sebab aku kecil dan comel jadi dia mahu panggil baby.Dan sejak setahun lalu panggilan itulah yang di gunakannya.Tapi hari ini kerana gadis itu dia memanggil aku Nea?Ya Allah kenapa hati ini terlalu sakit.Kuatkanlah semangat ku Ya Allah.

Buat pertama kalinya sepanjang aku keluar bersama Alief Esqandar, aku tidak berselera untuk makan.Selalunya aku cukup berselera menjamah setiap makanan, malah makanan Alief yang tidak habis juga aku yang akan menghabiskannya.Tapi hari ini,selera aku seakan mati.Setiap butir nasi yang ku telan bagaikan berpasir.Semuanya gara-gara perempuan itu.Macamana aku nak berselera kalau di depan aku mereka berdua kelihatan cukup mesra dan gembira.Aku seolah-olah tak wujud langsung di antara mereka.Alief pun langsung dah tak ingat aku.Asyik layan si Mimi tu sahaja.Tapi mereka berdua memang kelihatan sepadan.Perfect couple.Siapalah aku kalau nak di bandingkan dengan Mimi.

"Excuse me, I nak ke ladies kejap." Alief hanya mengangguk dan kembali menyambung perbualan dengan Mimi.Entah apa yang dibicarakan bagai sudah tidak ada hari esok.Nea Irani sedikit mencebik.Langkah kakinya di atur pantas.Bimbang air mata yang cuba di tahan akan mengalir. Perit!Pedih!Segalanya berbaur menjadi satu.

Kenapa aku harus menangis?kenapa hatiku seperit ini?Sebab Alief tak layan aku?Atau sebab perempuan tu?Kau dah jatuh hati Nea!Kau dah jatuh hati pada Alief!Tak mungkin.Tak mungkin aku jatuh hati pada dia.Dia hanya kawan.Lagipun mana layak aku berdamping dengan dia.Siapa aku untuk menjadi suri hatinya.Dia tak akan pilih aku.Bukan aku tak tahu selama ini semua perempuan yang cantik-cantik dia kutuk macam-macam.Aku ni siapa?Dahlah tak cantik.Tapi ramai yang kata aku comel.hahaha.Perasan pulak aku ni.Berpijak biarlah di bumi nyata.Siapalah aku ini untuk menganyam impian setinggi itu.

"Lamanya you dekat ladies.Are you ok?" pertanyaan Alief Esqandar aku jawab dengan anggukan .Sebuah senyuman aku ukirkan.Aku tidak mahu mereka berfikir macam-macam mengenaiku.Mimi memandangku dengan pandangan sinis.Apahal pulak minah ni?

"Lief boleh tak you hantar I balik?I tumpang my sis tadi.Kereta I masuk workshop.Boleh kan?Kitakan sehala."Getik pulak aku tengok perempuan ni.Mengada-ngada pulak buat suara manja macam tu.Geli telinga aku.

"Tapi I kena hantar Nea balik. Dia datang dengan I tadi."

"Ala..honey,I dah janji dengan my mom to be there at 6pm.Nanti kalau lewat sampai my mom bising pulak."Ei,makin meluat pulak aku tengok perempuan ni.Meliok lentok macam tu ingat menggoda la tu.

"Tapi Nea macamana?"Alief Esqandar memandang wajahku dengan perasaan serba salah.

"Dia boleh naik teksi.Lagipun kitakan sehala.Kalau hantar dia dulu pukul berapa pulak kita nak sampai."Cukuplah.Aku sudah tidak tahan berada di hadapan mereka.Hatiku semakin tercalar.

"It’s ok then.I boleh balik naik LRT.Lagipun LRT depan ni je."Aku mengalah.Dalam hatiku Tuhan sahaja yang tahu betapa aku terluka.Aku tidak mahu terus menyaksikan kemesraan mereka dan membuatkan aku terus terpinggir.Pipit manakan boleh terbang bersama enggang.

"Sorry dear.I’ll call you later.So sorry."Kata-kata Alief aku jawab dengan senyuman. Apa lagi perlu ku katakan?

"Take care,Alief.Drive carefully."Pesanan yang tak pernah jemu aku titipkan padanya setiap kali kami berpisah.Bersama pilu yang bertandang ,langkah ku atur ke stesen STAR LRT berhampiran PWTC.Syukur pameran lukisan itu diadakan di PWTC.Tidaklah susah aku nak balik.


*********************

Semenjak hari itu,semakin jarang aku keluar dengan Alief Esqandar.Panggilan telefon juga semakin kurang.Setiap kali aku ajak keluar setiap kali itulah juga dia menolak.Alasannya sudah berjanji dengan Mimi Syuhada. Katanya Mimi adalah teman lamanya ketika belajar di United Kingdom dahulu. Kalau aku tidak bertanya khabar padanya, dia tidak akan bertanya khabarku.Dia semakin jauh dariku.

"Sudahlah tu.Dulu bila aku tanya, kau tak pernah mengaku yang kau dah jatuh cinta pada dia.Sekarang kau menung sana menung sini.Makan tak lalu.Tidur tak lena.Nasib baik mandi basah.Kalau tak basah tu tak mandi la namanya kan."Sempat lagi Syafizah teman sebilikku membuat lawak.

Dialah yang menjadi tempat aku berkongsi suka duka.Sudah 3 tahun aku dan dia tinggal serumah.Dialah yang banyak menyimpan kisah suka duka ku selama ini.Perkenalan sejak dari Uitm Arau membawa kepada persahabatan kami sehingga ke hari ini.

"Aku tak tahu Syaf.Selama ni aku tak sedar aku sayangkan dia lebih dari kawan.Selama ni aku tak pernah rasa macam ni.Lagipun dia sentiasa ada dengan aku.Jauh mana pun dia pergi dia tak pernah lupakan aku.Tapi sekarang , jangankan telefon mesej pun tak ada." Untuk kesekian kali air mata mengalir lagi.Entah untuk kali keberapa dia sendiri tidak pasti.Air matanya cukup murah sekarang.

"Kau sendiri tahu dia ambil berat pasal kau.Seingat aku masa kau terlantar di hospital sebab kena denggi dulu dialah yang temankan.Dialah yang risaukan kau lebih dari orang lain.Dan aku masih ingat masa dia kena outstation ke Jakarta 2 minggu.Selama tu korang tak contact.Balik je ke Malaysia, siapa yang dia call dulu sebaik je jejakkan kaki ke tanah?Berapa lama korang bergayut?Macam esok dah tak ada.Takkan la itu dinamakan kawan."Syafizah menggeleng kepala perlahan.Simpatinya tumpah pada gadis itu yang semakin susut tubuh badannya.Sudahlah kecik badannya nanti tinggal besar jari kelingking pulak.

"Tapi dia tak pernah cakap apa-apa pun Syaf.Dia selalu kata aku ni kawan baik dia.Dia sanggup buat apa je untuk aku.Sebab aku kawan dia yang paling baik dengan dia."

"Tak ada istilah kawan baik antara lelaki dengan perempuan Nea."Syafizah berkata geram.

"Lagipun siapa aku nak di gandingkan dengan dia, Syaf.Aku ni ibarat Pipit sedang dia ibarat Enggang.Aku ni tak cantik.Pendek pulak tu.Dia tu semuanya sempurna.Kau tengokla berapa ramai perempuan yang kejar dia.Dia boleh pilih mana satu dia suka.Dia takkan pandang aku Syaf."Nea Irani berkata perlahan.Itulah yang sering difikirkannya.

"Habis tu yang dia usung kau ke hulu ke hilir tu kenapa?Kenapa dia tak ajak orang lain?Kau belum luahkan kau dah mengalah.Mana kau tahu Alief tak ada hati dengan kau?Bukan kau tak cantik.Comel apa."Memang gadis itu comel.Kulit licin dan halus.Mata coklat dengan alis mata lentik.Bibir yang sentiasa tersenyum membuatkan gadis itu kelihatan manis.Cuma tubuhnya kecil.Kecil molek kata orang.

"Sebab aku kawan baik dia.Dia selesa dengan aku."Syafizah angkat kening dengan jawapan Nea Irani.

"Kawan baik?Selesa?Then sekarang apa?Dah tak selesa?Dah tak baik?"Sungguh Nea Irani tak punya jawapan.

**********************

"Lief, I need your help."Aku menghubunginya setelah hampir dua bulan tak bertemu.Hanya sesekali aku bertanya khabarnya lewat telefon.Itupun hanya sebentar cuma.

"Ada apa Bie?Lain macam je suara you."Sayu hatiku mendengar panggilan itu.Sudah jarang kedengaran di telingaku dia memanggilku begitu.

"Mak telefon tadi.Kawan lama ayah datang merisik I untuk anak dia.Mak pujuk suruh I terima.I tak nak Lief.I tak kenal dia." Panggilan telefon dari mak di kampung petang tadi benar-benar membuatkan aku buntu.

"Terimalah Bie.Bagi peluang pada dia.Mana tahu dia baik.Dia boleh jaga you dengan baik.Cubalah bagi peluang."Kata-kata Alief Esqandar membuatkan hatiku lebur dan hancur.Benarkah dia tak punya walau sedikit perasaan padaku.Aku terasa seperti ingin menjerit sekuat hati.Pantas air mata aku mengalir buat kesekian kalinya.

"Bie,janganlah menangis.Cuba you kenal dulu hati budi dia.You belum kenal dia lagi kan?Lagipun umur you dah 28tahun kan sekarang.You nak tunggu sampai bila?"Aku tunggu kau Alief!Jeritan itu hanya bergema di dalam hatinya.Aku hanya bertepuk sebelah tangan selama ini.

"You pun belum kawin.You dah 29 tahun Lief."Aku berkata dalam esak tangis.Aku sudah tidak berdaya menahan tangisan ini.

"I lain Bie.I belum bersedia nak kawin.You pun tahu I selalu travel sana sini.I taknak nanti my wife bising selalu tinggalkan dia.Lagipun I ada banyak tanggungjawab.You don’t have to worry ok dear.I sentiasa akan support you,remember?"Aku terduduk mendengar kata-kata Alief Esqandar.

"Thanks Alief.Thanks a lot."Aku menangis sepuas-puasnya sebaik talian telefon aku matikan.Segala perit dan pedih di hati aku cuba usir sejauh mungkin.Jika ini takdirnya aku redha Ya Allah.Aku pasrah pada ketentuan-Mu.

Enam bulan kemudian…

"Congratulations.Selamat pengantin baru."Aku menyambut hadiah yang dihulurkan oleh Alief Esqandar.Badannya sedikit susut.Tapi kenapa?

"Thanks, Lief.Meet my husband, Adam Bashir."Aku memperkenalkan Alief Esqandar kepada suamiku.Setelah akad nikah semalam,kini aku bergelar isteri orang.

"Datang sorang je?Mana Mimi?"Aku menyoal Alief setelah tidak kelihatan kelibat Mimi di majlis persandinganku ini.

"No.I datang seorang je.Mimi ke Australia."Alief Esqandar tersenyum.Kenapa tiada sinar di matanya?

"Sayang,mak dengan ayah abang dah nak balik.Jom jumpa diorang dulu."Aku menganggukkan kepala dan memohon diri dari Alief Esqandar.

"So, You happy tengok Nea dah jadi milik orang?"Alief Esqandar segera berpaling menatap wajah pemilik suara yang menegurnya.Syafizah!

"Syaf, please."Alief Esqandar memandang tajam wajah gadis itu.Teringat akan kehadiran gadis itu di pejabatnya enam bulan lalu.Syafizah menanya tentang perasaannya terhadap Nea Irani dan juga memberitahu perasaan Nea Irani terhadapnya.Dia terpaksa berterus terang kepada gadis itu kenapa dia menyuruh Nea Irani menerima lamaran Adam Bashir.

"Tapi Alief,atleast you berterus terang dengan dia."Syafizah bersimpati dengan keadaan lelaki itu.Sudah di duganya lelaki itu juga mempunyai perasaan terhadap Nea Irani.

"I takut I tak mampu jaga dia Syaf.I tak nak susahkan dia untuk seumur hidup I.I terlalu sayangkan dia.Tapi I tak mampu beri dia kebahagiaan.Biarlah dia kahwin dengan orang yang mampu menjaga dan memberi dia kebahagiaan."Ya!dia terpaksa mengorbankan perasaannya demi melihat orang yang dicintainya bahagia.Penyakit kanser darah yang dihidapinya membuatkan dia terpaksa memendam segala perasaannya.Jika itu takdirnya,biarlah Nea Irani tak akan tahu tentang penyakitnya.Biarlah Nea Irani berbahagia hingga ke akhir hayatnya.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.