Cerpen : Terlanjur

Perkara : Sosial
Tema/Gagasan Penyatuan:
Pergaulan Sosial Remaja Membawa Padah kehidupan

************************************************************

"NADIA, boleh Ayu tinggal sementara di sini?" esak tangis Rahayu kedengaran.
"Tapi.. Bagaimana dengan kedua ibu bapa Ayu? Apakah mereka tidak mahu membuat jalan penyelesaian hidup Ayu?" Nadia memberikan pengharapan kepada Rahayu.
"Mereka sudah tidak memperdulikan hidup Ayu lagi Nadia, untuk apa Ayu hidup lebih lama, jika kehidupan ini sentiasa diburu dengan bayang-bayang hitam yang menyelubungi hidup ini." Rahayu seolah sudah berputus harap untuk meneruskan hidupnya.
"Beristighfar Ayu, ini semua ada jalan penyelesiannya, jangan bertindak terburu-buru, ini akan lebih berdosa, dosa yang satu belum terhapus, malah dosa seterusnya lagi yang igin diperbuat, jangan kufur Ayu. Sedarlah dengan apa yang kita miliki di dunia fana ini, dunia yang hanya dipinjamkan sementara kepada kita." Nadia seolah berkhutbah di depan Rahayu. Kini khutbahnya betul-betul didengar oleh Rahayu.
"Benar Nadia, dunia fana ini telah banyak mengajar erti kehidupan, hanya makhluknya saja yang tidak tahu mengukur dan menilai apa yang diciptakan Tuhan, Ayu telah memalukan keluarga Ayu, lebih-lebih lagi dengan papa, Ayu sudah mencoreng arang di muka keluarga Ayu sendiri, tiada gunanya Ayu hidup lagi Nadia."
"Taubat Ayu, semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Bagaiman kita cari Roy? dan selesaikan masalah ni bersama. Apa Roy sudah tahu yang Ayu mengandung anaknya ini?" Nadia memberi saranan agar Rahayu tidak membuat keputusan tidak terburu-buru.
"Tidak mungkin Nadia, Roy telah jauh meninggalkan Ayu. Roy telah kembali kepada keluarganya di Sydney. Ayu kesal Nadia, semua ini terjadi dari keluarga Nadia sendiri, papa dan mama telah mengabaikan tanggung jawab mereka pada Ayu, yang hanya mereka mampu berikan hanyalah kemewahan, tapi pendidikan moral, akhlak, agama, semua itu tidak ada pada Ayu."
"Daddy, Ayu bosan di rumah nilah, boleh tak daddy belikan Ayu sebuah kereta sport untuk Ayu, nanti Ayu boleh keluar jalan-jalan, mummy sama daddy jarang sekali ada di rumah, Ayu bosanlah. Please.."
Sejak Rahayu bertemankan sport wagon, Rahayu sudah jarang berada di rumah, malah hampir setiap malam baru Rahayu pulang. Begitu juga dengan kedua ibu bapanya, masing-masing sibuk dengan tugas dan bisnes.
Kini Rahayu sudah mula mengenal pergaulan bebas, malah sudah berani mencuba gaya atau perwatakan sosial yang sepatutnya tidak dilakukan oleh gadis timur seperti dia. Rahayu merupakan seorang anak remaja yang lingkungan enam belas tahun itu adalah hasil perkongsian Hisyam dan Aminah. Ayah Rahayu adalah salah seorang ahli perniagaan besar dan maju dalam bidang perbisnesannya. Ibunya pula mempunyai beberapa buah cawangan butik terkenal di Negara ini. Rahayu adalah satu-satunya anak tunggal di sebuah keluarga mewah. Hendak dikata, semua permintaan Rahayu pasti akan tertunai dari ibu bapanya.
"Pit.. Piiiit.." Bunyi hon sport wagon Rahayu kedengaran di gelanggang rumah Nadia.
Nadia yang baru pertama kali mendengar jeritan yang menyengat di halaman rumah terus meluru ke beranda. Dia mendapati Rahayu melambai-lambai tangan memaksanya turun.
"Nadia.. cepat turunlah, kita jalan-jalan, cepatlah.." teriak Rahayu dari dalam sport wagonnya.
Nadia bergegas keluar pintu rumah dan meluru masuk ke dalam sport wagon mewah Rahayu.
"Eh.. Rahayu, ini kereta siapa pulak?" Tanya Nadia hairan.
"Eh.. Nadia, jangan banyak cakaplah, ini hadiah dari ibu bapa Ayu. Kita jalan-jalan ya." Pujuk Rahayu.
Nadia diam saja dan akur. Sport wagon berwarna merah garang berlalu meninggalkan halaman rumah Nadia menuju destinasi-destinasi yang tidak menentu arah tujuannya. Ke mana saja Rahayu memandunya, ke situlah perginya sport wagon itu.
"Kita nak ke mana ni Rahayu?"
"Ke mana sajalah Nadia, lagi pula kita kan dah cukup remaja, kita bebas, malah ibu bapa Ayu tak pernah mengongkong ke mana saja Ayu pergi, mereka sibuk dengan bisnes mereka, dan Ayu.. bebas!" Rahayu sudah pandai menguasai bahasa yang sudah sepatutnya tidak terkeluar dari mulutnya.
"Astaghfirullah Rahayu, ibu bapa mana yang tidak terurus dengan anak tu ha.. sepatutnya Ayu bersyukur, Ayu masih punya ibu dan bapa, dan Nadia.. Nadia hanya ada abang dan kakak yang melindungi hidup Ayu, bersyukurlah Ayu."
Nasihat yang keluar dari mulut Nadia mungkin tidak didengar oleh Rahayu. Kebisingan dari CD player di dalam sport wagon memekak sedari tadi, Nadia terpaksa menyaringkan nada suara yang tinggi. Namun sia-sia sahaja Nadia berkhutbah di depan Rahayu.
"Rahayu! Kurangkan sikitlah, memekak saja dari tadi."
"Apa?"
Nadia terus mematikan CD player.
"Hantar aku pulang saja Rahayu, tiada gunanya kita ke sana ke mari tidak menentu ni," ujar Nadia sebal.
"Sabarlah dulu Nadia, kita pergi minum-minum di cafe dulu, bagaimana?" Rahayu cuba memujuk hati Nadia.
Nadia terpaksa akur dengan Rahayu.
Sport wagon berhenti di hadapan sebuah cafe di pinggir jalan.
"Cepatlah turun Nadia, di sini kita ramai kawan, kita boleh bertukar-tukar fikiran dengan mereka yang ada di sini."
Rahayu dan Nadia meluru masuk ke ruangan cafe yang suasananya penuh dengan musik-musik rock. Nadia kaku. Nadia terpandang ramai anak-anak remaja saling bermesraan. Ada yang berpegangan tangan, duduk berpasangan seperti belangkas yang tidak tahu adat. Malah pakaian mereka yang turut memainkan peranan menzahirkan sifat mereka terlalu bebas dalam pergaulan. Di sudut lain, sepasang remaja memadu kasih dan saling bermanja-manjaan. Nadia jijik melihat semua yang ada. Nadia ingin saja keluar dari ruangan, namun Rahayu menyergah Nadia.
"Eh.. Nadia, tunggulah. Ayu baru nak order minuman, duduklah dulu."
Rahayu mendapatkan dua gelas air yang berbuih tinggi.
"Minumlah Nadia, kita bersenang-senang dulu, kita buang stress. Kan kita baru saja selesai menjalani peperiksaan, sekurang-kurangnya fikiran kita akan terlepas dan bebas bagai merpati terbang di angkasa tinggi."
"Tapi.. Nadia tidak pandai minum minuman beralkohol macam ni."
"Ah.. sekali-sekala Nadia, come on.. cheers.." Rahayu terus melagakan gelasnya dengan Nadia.
Rahayu meneguknya seperti biasa saja. Nadia menghidu air digelas dan menghirupnya. Nadia terbatuk-batuk. Baunya hanyir, membuatkan tekak Nadia loya. Nadia terus meluru ke tandas dan tidak tahan dengan rasa perit di tenggorakannya.
"Nadia, kau tidak apa-apakan?" Rahayu merasa cemas juga dengan Nadia. Ayu tahu Nadia baru pertama kali mencuba meminumnya. Tapi Rahayu sudah biasa baginya.
"Kita pulang saja Rahayu, nanti kakak dan abang Nadia mencari pula, tengok dah dekat ke pukul 4.00 petang." Nadia cuba memujuk Rahayu.
"Sekejap lagilah Nadia, kan tujuan kita ke sini bersenang-senang." Rahayu dan Nadia berlalu dari tandas.
Tiba-tiba datang seorang pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli menghampiri mereka dan membuatkan Rahayu lemah semangat.
‘Wow! It’s fantastic.. It’s the first time I see the handsome man infront of me.’ Degup jantung Rahayu bergetar bila saja badan mereka bergeser dan menyebabkan air minuman di tangan seorang pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli tertumpah di baju Rahayu.
"Oops! Sorry girl.." Pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli terus meminta maaf.
"Oh.. never mind.." Rahayu terpinga-pinga. Untung saja pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli kacak, malah Rahayu memberikan senyuman manis tanpa marah-marah.
‘Oh.. my god, he’s very handsome. I don’t want to waste my time, ini kesempatan buat aku untuk mengenalnya lebih dekat.’ Kata hati Rahayu sudah agak setengah gila bayang dengan pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli. Kekacakan Roy benar-benar menggugat perasaannya. Roy jelas seperti seorang selebriti yang pernah ditontonnya di senetron televisyen. Hidung Roy mancung, kulitnya putih kemerahan, rambut ada stail, penampilan berpakaian ada sedikit gaya barat. Sebelah kiri kupingnya bertindik dengan subang silver.
Tiba-tiba pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli memberikannya sehelai sapu tangan untuk mengeringkan baju Rahayu yang basah tadi. Rahayu mengambilnya dengan senang hati.
"Em.. I’m Rahayu, just call me Ayu."
"I’m Roy, nice to meet you." Roy mengunjuk tangannya dan membuat perkenalan yang baru pertama kalinya itu.
Rahayu menyambut tangan yang dihulurkan oleh Roy. Kedua tangan bersentuhan. Mata saling berpandangan.
‘Em.. boleh tahan juga gadis ini, I like her very much.’ Roy juga mengagumi Rahayu dalam diam dan membuatkan dia terpesona melihat keayuan Rahayu sesuai dengan namanya Ayu. Ayu memang menarik, kulitnya yang halus bak telur dikupas, matanya yang bulat bak mutiara, keningnya halus bak dialis, bulu matanya lentik, kedua belah pipi yang gebu, bibir yang tipis bak warna delima dan wajah bujur sirih Rahayu membuatkan hati Roy tertarik. Betul-betul memikat dan menawan.
"Hmh!" Nadia menyergah Rahayu dan Roy.
"Oh!.. Roy, please lets you know, she’s Nadia, my close friend."
Roy dan Nadia bersalaman.
"Nadia.."
"Roy.."
"Nice to meet you Nadia."
"Nice to meet you too, kamu dah lama kenal?" Tanya Nadia pada Roy.
"Oh.. no, just for a few minutes ago." Terang Roy.
"Well, kalau macam tu, kita balik dulu ya." Nadia mengerling mata Rahayu. Namun Rahayu seolah belum puas untuk mengenali lebih lanjut lagi dengan Roy.
"Roy, kami dah nak balik ni, em.. this is my phone number, please contact me ya." Rahayu sempat mencatat nombor telefon bimbitnya dikertas kecil untuk perhatian pada Roy.
"Ok.. thanks Rahayu, I call you later, see you." Roy puas dengan kerenah Rahayu.
"Ok.. Roy, bye.." Rahayu berlalu meninggalkan cafe dengan sebuah kenangan yang tidak akan dilupakannya.
Saat-saat manis dengan apa yang baru dirasakan seusia remaja Rahayu memang sukar dilupakannya. Apalagi bila sang remaja sudah jauh ke arus perbatasan hidup. Batas-batas akan ditumbuhi lalang-lalang yang meliar. Tumbuhnya akan tinggi tanpa dibelenggu, walau terik mentari dan hujan panas yang menerjahnya, namun lalang-lalang akan tetap berdiri tegak di tengah belukar tanpa siapa yang peduli.
Begitulah kehidupan arus moden Rahayu. Sejak Roy bertakhta di hatinya, Rahayu sering keluar bersama-sama Roy, malah Nadia sudah jauh terpinggir bagai melukut di tepi gantang. Teman sejatinya yang dulu sudah diketepikan sejak adanya Roy. Roy telah dapat menggait hati Rahayu dengan mudah, dan Rahayu juga mudah cepat jatuh cinta dengan pemuda yang belum dikenali sepenuhnya.
Pergaulan beabs Rahayu dengan Roy sudah tidak terbatas lagi, malah Rahayu sekarang sudah ada trend baru, rambutnya yang dulu panjang paras bahu kini dipotong pendek ‘punk’ dan berwarna warni. Kedua belah kupingnya bersubang tiga baris, hidung pula seperti kerbau dicucuk hidung, dan t-shirt yang dikenakannya paras pusat memperlihatkan keindahan perutnya yang kempis dihias subang dekat pusatnya. Jeansnya koyak rabak juga trend anak muda terkini. Tiada siapa yang melarangnya. Nadia pula selaku teman karibnya sudah tidak dapat menguasai jiwa Rahayu.
Roy merasakan puas dengan perubahan Rahayu kini.
"Well.. you like nicely my sweet heart, I love you so much."
"Thanks Roy, I love you too. Ayu tidak mahu kehilangan Roy, of course apa yang Roy nak perubahan Ayu, Ayu akan ikut, asalkan Roy masih tetap di hati Ayu."
"Of course, tiada siapa yang menghalang cinta kita Ayu, kita bebas buat apa saja, asalkan Ayu sentiasa disamping Roy."
Masa-masa terindah Roy dan Rahayu berlalu bagai arus di pergigian pantai. Ombak berkejar-kejaran ke sana ke mari, menghempas gelombang badai tanpa hentinya. Inilah kehidupan alam semesta yang diciptakan Tuhan yang maha esa. Kejadian alam yang sempurna telah tercoreng dengan kerakusan makhluk yang buas seperti Roy. Roy telah memerangkap jiwa Rahayu, cinta Roy rupanya hanya sementara untuk kepuasan nafsu durjana sahaja.
"Nadia, Roy telah pergi meninggalkan Ayu, dia telah pergi selama-lamanya dalam hidup Ayu, Roy bukanlah orang yang Ayu harapkan selama ini, dia buaya bertopengkan manusia Nadia. Ayu benci! Benci! Benci!" Esak tangis Rahayu membuatkan hati Nadia sedih.
Teman rapatnya hanya dipermainkan hidup oleh pemuda durjana, pemuda yang tidak beretika, senang dan mudah saja merosak akhlak remaja seperti Rahayu, kini Rahayu terpaksa menanggung beban sendiri.
"Ayu takut Nadia.." Suara Rahayu tersentak.
"Takut.. apa yang Ayu takutkan?" Tanya Nadia.
"Ayu takut dengan kedua ibu bapa Ayu."
"Kan dulu Ayu pernah kata, kedua ibu bapa Ayu tidak pernah perduli dengan apa yang Ayu lakukan, sekarang mengapa pula Ayu takut?"
"Nadia, please.. fahamilah Ayu, Ayu sekarang bukan Ayu yang Nadia kenal seperti dulu, Ayu sudah terlanjur dengan Roy, apa jua yang kami perlakukan sudah lebih terbatas dalam pergaulan bebas. Ayu mengandung Nadia.." Tangis hiba Rahayu dan terus memeluk Nadia.
"Astaghfirullah Ayu, mengapa Ayu lakukan semua ini, ini zina namanya, dosa besar, hidupmu di akhirat akan direjam, lagi pula ini menconteng arang di muka sendiri." Nadia turut bersedih dengan apa yang menimpa hidup Rahayu.
"Tolonglah Ayu Nadia, bagaimana nak menyelesaikan masalah ini? Please.. Nadia, Roy sudah tidak dapat Ayu hubungi. Lagi pula kalau Roy tahu Ayu mengandung, tentu dia tidak mahu bertanggung jawab ke atas apa yang terjadi ini." Rahayu semakin pusing memikirkan hidupnya. Kearusan yang mengejarnya dalam kegetiran hidup telah membuatkan dirinya kini sedar. Tambahan lagi memikirkan bagaimana hendak bersemuka dengan kedua ibu bapanya.
"Daddy.. Mummy.. maafkan Ayu, Ayu mengaku bersalah."
"Tidak Ayu.. Daddy dan mummy bertungkus lumus mencari harta untuk kehidupan Ayu, malah Ayu membuat pekerjaan tidak senonoh di luar sana, Ayu nak minta apa saja, semua Daddy berikan, tapi inikah balasan Ayu pada kami.. pergi!.. pergi kau dari sini!" sebuah tamparan di muka Rahayu dan membuatkan Rahayu menangis.
"Sudahlah bang, bukan jalan ini penyelesaiannya, kita cari pemuda bernama Roy tu, kita nikahkan saja mereka." Aminah cuba menenangkan fikiran suaminya. Namun apa yang diluahkan Aminah kepada Hisyam tidak berbaloi.
"Tidak! Aku tidak mahu bermenantukan orang yang kita tidak tahu asal usulnya, tidak setarap dengan darjat kita, kita ada darjat! darjat! darjat! Di mana identiti kita?" Hisyam dengan angkuh menyebut-nyebut status dan darjat yang dia ada. Harta yang dikumpulnya untuk satu-satu anak tunggalnya tidak dapat menjamin hidup Ayu seutuhnya, malah Ayu kini hidup terombang ambing, ibarat perahu karam dan tiada kemudinya. Kemudi telah hanyut di bawa arus sungai yang mengalir deras. Perahu pula karam dan berlabuh di sungai dengan untung nasibnya.
"Tuk.. Tuk.."
"Assalammualaikum..?" Kedengaran suara dari luar rumah.
"Waalaikumussalam." Suara dari dalam rumah.
Ibu Rahayu terus membuka pintu dan mendapati Nadia tercegat di depan pintu dengan wajah hiba.
"Mak cik, saya Nadia teman rapat Rahayu, Rahayu kini berada di rumah sakit, keadaannya sekarang lemah, baik mak cik pergi segera sekarang."
Ibu dan bapa Rahayu mendapatkan Rahayu yang sudah tidak bernyawa lagi. Ruang wad kecemasan di rumah sakit dipenuhi dengan suasana hiba.
"Maafkan mummy sayang, mummy yang salah dalam semua hal ini, kalau mummy tidak sibuk dengan urusan mummy, hidup Ayu tidak akan terbiar dan menjadi begini, mummy bersalah Ayu, mummy bukanlah seorang ibu yang baik, mummy pentingkan diri sendiri, mummy mengabaikan anak mummy satu-satunya ini."
Nadia turut bersedih dengan apa yang disaksikannya lagak sebuah sinetron beraksi di sebuah lokasi penggambaran filem. Watak seorang ibu yang telah kehilangan anaknya buat selama-lamaya membuatkan hati mereka sedar ke atas apa yang mereka abaikan selama ini.
"Mak cik, Ayu sudah sudah menggugurkan kandungannya melalui bidan kampung tanpa pengetahuan Nadia, Ayu banyak banyak mengeluarkan pendarahan dan akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri."
Hisyam rasa serba salah bila memikirkan sikap keegoannya dalam menanai, membina dan mendidik anak remaja yang tidak dapat diurus seutuhnya. Malah Hisyam juga rasa bersalah dan mengakui betapa tanggungjawab seorang ayah dan selaku kepala keluarga telah membuatkan hidup Rahayu tidak menentu. Rahayu telah mencorak kehidupan remajanya dengan sendiri tanpa pengawasan kedua ibu bapa dengan sempurna. Kesempurnaan zahir telah dapat disempurnakannya dengan kemewahan hidup untuk Rahayu, namun kesempurnaan batin tidak ujud di hati Rahayu. Kekesalan Hisyam menerajui keluarganya kini telah membuatkan sebuah bahtera yang berlabuh di tengah pantai yang sering di landa badai. Hisyam juga kurang memberi perhatian pendidikan moral, akhlak, agama dan tatasusila sebagai anak timur yang mempunyai seni budaya terhormat. Kini segala-galanya telah hancur dan musnah.
"Maafkan daddy Ayu.. daddy khilaf.. Daddy hanya mengejar kekayaan dunia, Daddy hipokrit.. Daddy bukan seorang ayah yang bertanggungjawab dalam keluarga ini.." Hisyam menangis dan memeluk sekujur tubuh Rahayu yang sudah kaku.
********************************************

Sinopsis: Cerpen : terlanjur

Mengisahkan hidup Rahayu yang berasal dari sebuah keluarga mewah. Ibu bapanya sibuk dengan urusan bisnes masing-masing. Rahayu diberikan kasih sayang dengan harta kekayaan, akan tetapi pendidikan akhlak dan agama tidak pernah diberi perhatian dan menyebabkan Rahayu bebas berbuat apa saja yang dilakukannya.
Perjalanan hidup Rahayu yang mula mengenali Roy secara singkat di sebuah café membuatkan Rahayu mula jatuh hati dan akhirnya menyerahkan jiwa raganya kepada Roy. Rahayu mudah terdedah dengan ikutan trend Roy dengan penampilan yang tidak elok dari segi pakaian, perangai dan apa jua sikap yang tidak elok. Roy telah lari dari kehidupan Rahayu. Rahayu mengadu kepada Nadia (sahabat karib Rahayu) tentang nasibnya. Rahayu mengandung dan diketahui oleh kedua ibu bapanya, menyebabkan Rahayu dihalau keluar dari rumah. Rahayu berputus harap dan menggugurkan kandungannya melalui pertolongan seorang bidan kampung. Rahayu mengalami pendarahan yang banyak dan tidak dapat diselamatkan. Kedua ibu bapanya kesal dengan apa yang terjadi.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.