Cerpen : Jodoh

Farah Liyana membelek-belek kad undangan berwarna hijau muda itu.UNDANGAN WALIMATUL URUS...Zakuan dan Halida. Kad indah itu dibelek-beleknya lagi,seolah-olah tidak puas membaca setiap patah kata yang terpateri di situ. Farah Liyana memandang lelaki yang berdiri di hadapannya dengan satu pandangan yang tidak dimengerti lelaki itu. Senyuman yang dilemparkannya seperti menusuk terus ke lubuk hati.

"Senyum? That's all that you can do? What's the meaning of it, Farah Liyana?" Zakuan meninggikan sedikit suaranya. "What else that I can do, Zek?" Anyway, congratulation for getting such a lovely wife-to-be. Penuh ciri-ciri isteri impian Zek,kan? Terima kasih sebab jemput Liya ke majlis Zek. InsyaAllah Liya akan hadir dan kalau Liya tak hadir sekalipun, ingat dalam hati Zek yang Liya sentiasa mendoakan kebahagiaan Zek. " Air panas dirasakan bertakung di tubir matanya kini namun sedaya upaya ditahannya agar tidak tumpah di hadapan lelaki itu.

"MasyaAllah, perempuan jenis apakah yang berdiri di hadapanku ini? Teman lelaki yang bersama dengannya bertahun-tahun ingin memutuskan hubungan dengan sekelip mata dan dia...dia tersenyum dan mengucapkan tahniah? Malah mendoakan pula kebahagiaan aku? Betulkah tindakanku ini ya Allah?" Zakuan menekur kepala ke lantai.

Seketika, dia memandang Farah Liyana, " Liya,maafkan Zek. I'm so sorry. Bukan Zek tak sayangkan Liya tapi Zek dah tak boleh tipu hati Zek lagi yang Zek dah lama jatuh cinta pada Ida. Zek tak mahu kalau kita bersama, Liya hanya memiliki jasad Zek saja. I'm sorry, honey." Farah Liyana tersenyum sinis, " I'm not your honey anymore Zek. Please,just forget me,everything ‘bout me. Baliklah Zek, tak baik berlama-lama di sini,baliklah." Zakuan melangkah gontai. Farah Liyana dipandangnya buat kali terakhir. Selamat tinggal Liya.

II

Pagi itu, jambangan mawar merah jambu segar sedia menanti kedatangannya. "MAWAR MERAH JAMBU UNTUK GADIS IDAMAN KALBU." "Hai, dah takde ayat lain agaknye dia ni.Bosan aku asyik membaca ayat yang sama je. Ke dia silap orang? Aku bukannya minat sangat bunga banyak-banyak macam ni," Farah Liyana membebel sendirian. Hendak meletakkan bunga itu di dalam pasu,dia malas. Sudahnya dibiarkan sahaja jambangan itu di atas mejanya.

"Rina...tolong aku boleh tak?" Rina yang baru sampai disapanya dengan permintaan. Rina tanpa banyak soal masuk ke bilik Farah Liyana. Sebaik melangkah masuk, matanya menangkap visual jambangan mawar yang sungguh cantik dengan warna merah jambunya yang mengasyikkan."Nak aku ‘settlekan' bunga ni ke? Sayang la kalau nak dibuang..." Rina bagaikan sudah tahu permintaan yang bakal keluar dari mulut kawan baiknya itu. "Ehm, ‘settle'kan lah,kau nak ambik ke,nak letak dalam pasu ke,terpulang...dah naik jemu pulak aku dapat benda ni hari-hari," Farah Liyana kedengaran mengeluh.

"Kau ni,kesian mamat ni,penat dia keluarkan duit dia,hantar bunga kat kau hari-hari,alih-alih kau jemu pulak.Liya,carilah AZ ni...aku nak kenal jugak secret admire kau ni. Untung-untung boleh jugak aku makan nasi minyak..." Rina sudah ketawa sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Farah Liyana membuat muka cemberut. Bibirnya dimuncungkan,tanda tidak senang menerima gurauan itu. "Daa," Rina keluar dari bilik itu sambil membawa jambangan mawar pemberian AZ...

Restoran Melayu Salmah ditujunya tengah hari itu. Dia berseorangan kali ini kerana Rina telah berjanji untuk makan tengah hari bersama suaminya. Tatkala menapak masuk ke restoran itu, fikirannya mengimbau kenangan-kenangan lalu ketika dia masih bersama Zakuan. Waktu-waktu begini pasti mereka berdua meluangkan masa bersama menikmati makan tengah hari,tidak kiralah di restoran eksklusif, warung mamak ataupun restoran makanan segera. Kadangkala ditemani Rina, tetapi teman itu lebih kerap bersama suaminya.Dan selalunya Zakuan akan mengambilnya di pejabat sebelum mereka sama-sama membuat keputusan tentang tempat untuk mereka menjamu perut yang lapar.

Tapi itu masa lalu,Liya. Usah bebankan minda kau dengan kenangan-kenangan yang menyakitkan itu. Dia sudah berbahagia dengan insan lain. Sedang dia memilih lauk-pauk yang begitu banyak di hadapannya, matanya menangkap kelibat satu pasangan yang sedang menjamu selera di satu sudut restoran itu. Oleh sebab dia tidak memakai cermin matanya waktu itu, dia tidak dapat memastikan sama ada dia mengenali pasangan itu tapi...nanti sekejap. Dia kenal dengan kemeja dan tali leher yang dipakai lelaki itu. Dia dapat mengecam kemeja dan tali leher itu kerana dia yang menghadiahi lelaki itu pada hari lahir lelaki itu dua tahun lepas.

Sah! Itu Zakuan dan Halida. Duhai hati,sabarlah.. Dia mengambil tempat yang agak tersorok daripada pandangan orang ramai,daripada pandangan Zakuan dan Halida. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berbuat demikian,entah kerana dia masih tidak punya kekuatan untuk berhadapan dengan pasangan itu, entah kerana dia malu atau cemburu. Waktu dia masih enak menikmati nasi putih dengan ikan bakar air asam dan ulam-ulaman, pasangan yang tidak mahu ditembunginya itu berlalu meninggalkan restoran itu. Lega!

III

"Cik Liya, ada panggilan," kedengaran suara Noraini, setiausahanya di hujung talian. "Siapa Aini?". "Saya tak pasti cik Liya,dia hanya mahu disambungkan terus kepada cik Liya.Lelaki," Noraini menjelaskan. Farah Liyana terpempan. Ayah? Tak mungkin. Zakuan? Hush..lagilah.

"Assalamu'alaikum. Saya Farah Liyana. Boleh saya tahu siapa di sana?". Suasana senyap seketika, bagai masa terhenti buat beberapa saat. Tiada suara atau sebarang bunyi dapat didengari dari pemanggil. Farah Liyana hairan. "Hello.."dia bersuara kembali. "Hem.." suara lelaki kedengaran. "Ye?" Farah Liyana cuba mengajak lelaki itu bersuara lagi. "Saya Azahari,"lelaki itu memperkenalkan diri.

Azahari?Siapa ye? Seingatnya dia tidak pernah mengenali sesiapa pun yang menjadi pemilik nama itu. "Saya ada hal mustahak yang ingin saya bincangkan dengan cik Liyana. Boleh kita berjumpa?". Dia kaget. Hal mustahak apa pula ni? Sudahlah orangnya pun tidak aku kenal,"Hem.""Di pejabat cik Liyana,"pantas lelaki itu mengusulkan. Mungkin bimbang Farah Liyana akan menolak permintaannya.

"Tentang apa?"bimbang juga Farah Liyana hendak memberi persetujuan tentang perkara yang tidak diketahuinya."Saya nak jalinkan usahasama antara syarikat saya, Crystal Deco dengan syarikat cik Liyana,"lelaki itu menerangkan.Crystal Deco? Hemm,syarikat yang agak terkenal tu?Ini peluang baik."Baik,petang ni jam 3?" Farah Liyana memutuskan. "Baik, saya datang."

Perasaannya berdebar-debar. Jantungnya dirasakan berdegup laju menantikan kemunculan Azahari yang sudah berjanji akan muncul di pejabatnya petang ini. Tidak lepas matanya daripada pintu, sekejap-sekejap dia mengerling ke arah pintu kayu yang memisahkan biliknya dengan ruangan setiausahanya. "Tok,tok, tok,"kedengaran pintunya diketuk dari luar. Dia mengerling jam tangannya. Pukul tiga tepat! Azahari?

"Masuk,"dia bersuara. Seorang lelaki muncul di hadapannya, berkemeja kelabu metalik lengan panjang dengan tali leher merah hati,seluar kelabu pekat; penampilan yang memikat matanya. Iya,dia meminati warna kelabu! Pelik? Tidaklah..biasa saja.

"Saya Azahari,"lelaki itu menjawab persoalan yang bermain di minda Farah Liyana tika itu. Farah Liyana lantas mempersilakan lelaki itu duduk. "Saya datang untuk membincangkan usahasama antara syarikat saya dengan syarikat cik Liyana....

IV

Farah Liyana memicit dahinya. Pening dan rasa loya membuatkan dirinya serasa tidak mampu untuk meneruskan kerja-kerjanya yang menimbun di atas meja. Dari semalam lagi dirasakan kepalanya berpusing-pusing, namun pagi ini digagahkan juga kakinya melangkah ke pejabat, tambahan urusan gaji para pekerjanya perlu diselesaikan hari ini juga. Dia tidak suka membuatkan mereka tertunggu-tunggu, mereka juga punya keluarga untuk diuruskan.

"Liya," Rina menjengul di muka pintu. Farah Liyana berpaling. Tersenyum pahit..ehm, mulutnya juga pahit hari ini. Nak demam agaknya! "Aku nak turun ni,kau nak pesan apa-apa tak?" Rina mempelawa. Dia mengerling jam di komputer ribanya. Oh, sudah waktu rehat rupanya! "Ehmm..tolong belikan aku betik dan mangga muda je lah, aku takde seleralah," Farah Liyana mengadu. "Ok bebeh..hehe"Rina mengangkat ibu jarinya.

Rina kembali ke pejabat dengan sebungkus palstik penuh dengan betik potong dan mangga muda beserta kuah rojaknya sekali. Farah Liyana membeliakkan matanya, "Banyak betul kau beli ni Rin, kau nak bagi aku makan ke mencekik ni?" Rina tersengih-sengih. Telefon di atas meja Farah Liyana berdering. Dia dan Rina saling berpandangan. Rina pantas mengangkat gagang, seketika kemudian dia menghulurkannya kepada Farah Liyana.

"Siapa?" Farah Liyana bertanya. Rina hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Selepas berbual beberapa ketika, dia meletakkan gagang itu kembali ke tempatnya. Rina mengangkat kening. Kali ini Farah Liyana pula yang tersengih-sengih. "Liya,siapa?" Rina mengangkat keningnya. "Azahari," dan sengihannya makin melebar.

"Assalamua'alaikum," Azahari terjengul di pejabat Farah Liyana petang itu. Di tangannya, beberapa buah fail dan sebungkus plastik. Belum sempat Farah Liyana menjawab salam tersebut, Azahari terlebih dahulu mengambil tempatnya di hadapan Farah Liyana. Bungkusan plastik yang dibawanya diletakkan di hadapan wanita itu. Farah Liyana mengangkat keningnya. Azahari tersenyum,"Pisang goreng." "Terima kasih,"Farah Liyana bangun ke pantry dan kembali bersama pinggan dan seteko teh.

"Amboi,berkelah pulak diorang ni," Rina yang kebetulan lalu di bilik Farah Liyana yang tidak bertutup pintunya menegur. "Mari,Rina,makan sekali,"Azahari mempelawa. "Ye Rin,sedap pisang goreng ni.Marilah," Farah Liyana yang penuh mulutnya dengan pisang goreng turut bersuara. "Hush,tadi bukan main pening la, takde selera la,dapat pisang goreng laju je ye. Takpe lah,aku kenyang lagi.Anyway, thanks," Rina berlalu dengan senyum sinis. Farah Liyana tersipu-sipu.

"Liya pening ke?"Azahari mengalihkan pandangan, menentang mata Farah Liyana. Farah Liyana tersengih, "Demam sikit je." "Saya bawa ke klinik?" "Hah? Takpelah, sikit je. Lagipun, tak biasalah pergi klinik," Farah Liyana menolak lembut ajakan itu. "Takpelah, nanti melarat pulak," Azahari tidak putus asa. "Takpe, nanti kalau dah betul-betul tak larat, saya ajak Rin pergi.Kita sambung perbincangan kita hari tu," Farah Liyana mengubah topik, tidak mahu terus-terusan dipaksa ke klinik sedangkan hatinya sudah berbunga-bunga melihat sikap ambil berat lelaki itu padanya.

V

Mawar merah jambu yang setia mengunjungi mejanya saban pagi kini bertukar wajah.Mawar merah yang diterimanya pagi ini sungguh memikat hati. Patung beruang kecil di celah jambangan itu dikerlingnya,ada kartu di tangan patung comel itu.WAJAHMU SENTIASA TERBAYANG DI HATI. INGIN KUSUNTINGMU MENJADI MILIKKU, LANTAS KUABADIKAN DALAM JIWAKU. Aduh, romantis sangat! Siapakah gerangan AZ yang tidak jemu-jemu mengusik jiwa perempuanku ini dengan mawar dan kata-kata puitis?

Farah Liyana mengerling setiausahanya yang sibuk menaip. Hatinya berbelah bahagi, sama ada hendak bertanya perihal pengirim bunga misteri ini atau menunggu saat rahsia terbongkar sendiri. Dalam dia berkira-kira, telefon bimbitnya berbunyi. Nama Azahari tertera di skrin. Hatinya tiba-tiba berdetik, Azahari, AZ, Azahari, AZ...seperti ada keserasian di situ, bagai dua nama yang saling berkait antara satu sama lain. Panggilan itu terputus.

Farah Liyana pantas menuju ke arah setiausahanya, "Noraini, bunga yang saya terima tiap-tiap hari tu dari kedai bunga yang mana satu?" Noraini yang sedang meneliti kertas-kertas yang bertimbun di atas mejanya tersentak. Masakan tidak, tidak didengarnya walau sebarang bunyi yang menandakan ketuanya itu datang, alih-alih sudah di depan mata. "Jameelah Florist, cik Farah," Noraini lantas menghulurkan kad perniagaan kedai bunga tersebut. Farah Liyana meneliti kad tersebut kemudian dia mengangkat gagang telefon di meja setiausahanya, menghubungi kedai bunga tersebut.

VI

"Saya dah lama jatuh hati pada Liya, tapi masih belum punya kekuatan untuk berterus-terang. Nampaknya rahsia saya dah terbongkar,"Azahari mengangkat bahunya. Matanya merenung lembut tampang Farah Liyana yang sedang berhadapan dengannya. "Sejak bila?" Farah Liyana hairan, setahunya dia tidak pernah mengenali lelaki ini sehinggalah lelaki ini menghubunginya untuk menjalinkan usahasama antara syarikat mereka berdua.

"Sejak Zek memperkenalkan Liya pada saya. Mungkin masa itu Liya tak perasan,kita berjumpa di Restoran Aroma,Liya dengan Zek dan Rina,saya dengan kawan-kawan sepejabat saya. Saya kawan Zek sejak sekolah menengah lagi. Entahlah macam mana saya boleh jatuh hati pada girlfriend kawan saya sendiri, tapi bila saya dengar Zek nak berkahwin dengan orang lain, hati saya rasa berbunga-bunga. Saya selidik siapa awak dan sekarang, I'm one step closer to get you," Azahari tersengih-sengih. Farah Liyana kaget. Berani juga lelaki ini! "So,what's your plan right now?" Farah Liyana bertanya. Keningnya diangkat,buat-buat nakal. "Kahwin,"Azahari menjawab. Farah Liyana ternganga.

Farah Liyana tersenyum menatap gambarnya yang dirakamkan di hari pertunangannya. Manis jugak aku ni! Dia tersenyum sendiri. Huh,perasan! Kalau Azahari tahu,mahu digelakkannya aku. Sebulan lagi majlis perkahwinannya akan diadakan. Seluruh ahli keluarganya sibuk membantu membuat persiapan untuk majlis itu. Masakan tidak, dia anak pertama yang akan berkahwin dalam keluarganya.

Farah Liyana tidak menyangka begini mudah jalan buatnya menamatkan zaman bujangnya. Ayah dan emaknya terus bersetuju menerima lamaran daripada keluarga Azahari walaupun itu merupakan kali pertama kedua-dua keluarga bersua muka dan berkenalan. Urusan pertunangan dan persiapan perkahwinannya juga berjalan lancar. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Segala yang telah ditentukan Allah, tiada siapa dapat menghalangnya daripada berlaku. Terima kasih ya Allah, kerana menitipkan aku kebahagiaan ini! Bagai terngiang-ngiang di telinganya lagu yang selalu ditujukan oleh ayahnya kepada ibunya....

I was down, my dreams were wearing thin
When you're lost, where do you begin?
My heart always seemed to drift from day to day
Looking for the love that never came my way

Then you smiled and I reached out to you
I could tell you were lonely too
One look then it all began for you and me
The moment that we touched I knew that there would be

Two less lonely people in the world
And it's gonna be fine
Out of all the people in the world
I just can't believe you're mine
In my life where everything was wrong
Something finally went right
Now there's two less lonely people
In the world tonight

Just to think what I might have missed
Looking back how did I exist
I dreamed, still I never thought I'd come this far
But miracles come true, I know cause here we are

Two less lonely people in the world
And it's gonna be fine
Out of all the people in the world
I just can't believe you're mine
In my life where everything was wrong
Something finally went right
Now there's two less lonely people
In the world tonight

Tonight I fell in love with you
And all the things I never knew
Seemed to come to me somehow
Baby, love is here and now there's

Two less lonely people in the world
And it's gonna be fine
Out of all the people in the world
I just can't believe you're mine
In my life where everything was wrong
Something finally went right
Now there's two less lonely people
In the world tonight

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.