Cerpen : Sorry seem to be the hardest word

Deringan jam loceng mengejutkan aku, lantas bingkas aku bangun kerana terkejut. Aku melihat jam dengan mata yang masih tertutup kerana tidur lewat malam tadi gara-gara asyik bermain games Freeding Frenzy2.

"Ah, baru pukul 6.50 pagi masih awal lagi"desis hatiku. Lantas aku menyambung semula tidurku yang terganggu sebentar tadi.

"Woi Zul, ko taknak bangun lagi ke? Suara Hafiz yang tinggi mengejutkan aku, segera aku membuka mata dan melihat ke arahnya yang sudah siap berpakaian kemas untuk ke tempat kerja. Hafiz adalah teman serumahku. Kami telah duduk serumah selama 2 tahun sejak aku mula mengajar di sini. Dia bekerja sebagai pegawai bank di Bentong yang jaraknya lebih kurang 15 minit dari rumah. Dia berulang-alik dengan motorsikalnya ke tempat kerja. Dan seorang lagi teman serumahku ialah Arman yang bertugas sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah berhampiran rumah kami.

"Woi dah pukul berapa ni? Tanyaku pada Hafiz dalam nada marah dan mengantuk.

"Sibukla mamat ni aku baru nak mimpikan Liana ugly ni" namun kata-kata itu hanya bergema dalam hatiku bimbang juga aku jika kata-kataku didengari oleh Hafiz, maklumla mat romeo yang sensitive.

"Dah kul 7.15 la, ko takde kelas pagi ke?jawab Hafiz kepadaku.

"Hah,7.15 ? Kenapa ko tak kejut aku dari tadi?" Aku terburu-buru bangun dan melempar selimut yang sedari tadi membalut tubuhku. Segera aku capai tuala dan masuk ke bilik mandi.

"Tak kejut apenye? Telinga aku dah naik pekak dengar bunyi jam loceng ko tu. Boleh lagi ko cakap aku tak kejut?" Dengus Hafiz. Dan aku tidak lagi mendengar apa yang dirungutkannya kerana dalam kepalaku lebih tertumpu untuk segera bersiap supaya tidak terlewat ke kelas. Keluar sahaja dari bilik air aku sudah tidak nampak kelibat Hafiz mungkin dia sudah pergi ke tempat kerja. Segera aku bersiap dan mencapai kunci kereta dan buku yang telah ku tanda semalam.

Sampai sahaja di sekolah aku terus ke bilik guru dan sempat lagi aku mencuri masa menghadap cermin untuk merapikan rambut yang tidak sempat ku sikat tadi.

"Ai, Cikgu Zul lambat lagi arini? Tegur Cikgu Rosa sekadar berbasa-basi denganku.

Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum.

"Biasalah Cikgu, orang bujang takde orang nak tolong kejut" aku menjawab sambil tersengih.

"Itulah ade orang nak jual mahal" Cikgu Rosa kembali mengusikku

"Sapalah yang nak kat saya ni Cikgu" aku membalas gurauannya dan terus meminta diri untuk masuk ke dalam kelas ku. Di pertengahan jalan aku bertembung dengan Cikgu Tafa, guru disiplin di sekolahku. Dengan muka yang garang ni sesuaila dia menjadi guru disiplin. Ku lihat dia berjalan sambil memegang rotan yang memang tidak pernah lepas dari tangan.

"Lambat Cikgu Zul, kalau murid saya dah rotan dah ni" belum sempat aku menegurnya dia sudah menegurku dengan bahasa lawak yang memang boleh membuatkan telinga sesiapa sahaja merah.

"Terlambat sikit arini, jalan jem? Ujarku sambil berlalu dan meneruskan perjalananku ke kelas.

"Jalan jem" aku berkata sendiri.

" Sejak bila pulak Bilut ni jem pagi-pagi, usahkan pagi masa balik kerja pun tak pernah jem." Aku sekadar menggaru kepala yang tidak gatal dengan alasan bodoh yang aku berikan pada Cikgu Tafa tadi. Aku masuk ke kelasku dan memulakan sesi pembelajaran matematik pagi ini dengan topic logaritma. Aku menerangkan kepada pelajarku tentang asas logaritma dan konsepnya bagi memudahkan mereka menjawab soalan dengan mudah. Bagi menambah pemahaman mereka aku turut menunjukkan cara menyelesaikan masalah matematik tersebut. Di akhir pengajaran aku memberikan mereka sedikit kerja rumah untuk menguji kefahaman mereka. Dalam sibuk mengajar sempat juga aku mencuri pandang ke luar kelas melihat Cikgu Amy yang baru melangkah masuk ke kelasnya, mungkin dari bilik air. Aku melihat lenggok langkahnya.

"Comel betul Cikgu Amy ni?" Aku berkata di dalam hati dan tersenyum sendiri. Bunyi loceng menandakan tamat waktu pengajaran meyedarkan aku dari lamunan.

"Sempat juga aku berangan dalam sibuk-sibuk mengajar ni" aku menutup buku teks ku dan setelah menerima ucapan terima kasih dari pelajar-pelajarku aku mengorak langkah ke bilik guru. Bilik guru kosong kerana masing-masing telah masuk ke kelas masing-masing dan mungkin juga ada yang sedang menjamu selera di kantin sekolah. Perutku terasa lapar dan aku melihat jam di tangan sudah pukul 9.00 pagi . "Ah,masih awal lagi nak pergi makan" kata hatiku. Sedang aku leka mengemas mejaku yang penuh berselerak dengan buku-buku , aku terdengar bunyi derapan kaki yang melangkah masuk. Aku mengangkat muka dan dapat ku lihat seraut wajah ayu menguntum senyuman kepadaku. Aku membalas senyumannya.

"Alahai macam manalah aku tak cair" aku terus memerhatikan langkah Cikgu Amy ke mejanya sehinggalah dia duduk di kerusinya.

"Tengok apa tu Cikgu Zul sampai tak berkelip biji mata" satu suara mengejutkan aku dari belakang dan ku lihat Puan Zaharah pembantu tadbir sekolahku sedang tersenyum ke arahku.

"Alamak macam mana boleh kantoi ni" aku jadi malu

"Takde aperla Puan Zaharah tengah tengok luar tu macam nak hujan je"

"Ye ke? Nampak ke hujan dari dinding tu?" usik Puan Zaharah. Aku sekali lagi termalu, masakan tidak pandangan mataku masih lagi terarah ke meja CIkgu Amy yang sememangya dinding di belakangnya. Dalam kalut cuba menutup malu aku bangun dan berjalan ke pintu untuk keluar. Entah kenapa aku terlanggar buku yang di susun di atas lantai di tepi mejaku dan susunan buku itu jatuh bertaburan di atas lantai. Sekali lagi aku mendapat malu. Segera aku capai buku-buku tersebut dan ku susun kembali dalam susunan yang tidak teratur. Aku cuma mahu keluar dari bilik ini.

Keesokan harinya aku kembali ke sekolah dan ternyata aku masih tidak mampu untuk memandang muka Cikgu Amy kerana perasaan malu yang masih menebal. Melihat reaksi Puan Zaharah yang tersenyu-senyum memadangku cukup untuk membuatkan muka ku panas.

Cuti penggal persekolahan yang bermula selama seminggu membuatkan aku ingin pulang ke kampung dan menghabiskan cuti ku di kampung. Di kampung aku menghabiskan masa membantu ayahku di kebunnya. Sejak pencen ayahku menghabiskan masanya di kebunnya. Menanam sedikit sayur-sayuran dan beberapa batang pokok buah-buahan. Ayahku tidak bersendirian menguruskan kebunnya kerana abnagku Munir selalu membantu. Abangku sudah berkahwin dan mempunyai seorang ank perempuan. Beliau tinggal tidak jauh dari rumah keluargaku jadi mudahlah untuk beliau berulang-alik melawat ibu bapaku. Anak perempuannya juga di asuh oleh ibuku semasa beliau dan isterinya keluar bekerja.

"Zul mak nak cakap sikit dengan kamu ni? Percakapan emak pada suatu hari mengejutkan aku.

"Mak nak meminang anak Pak Jad, ala budak Siti tu. Baik budaknya berkenan sungguh mak dengan dia. Sesuai la dengan kamu. Dia kerja kerani kat pejabat pos" aku tidak mampu berkata apa-apa kerana mak kelihatan bersungguh-sungguh dengan hajatnya. Adik perempuanku Dayah yang sedari tadi asyik menonton televisyen tiba-tiba melihat aku sambil tersengih-sengih. Dia sedang belajar di UITM Shah Alam dalam bidang perakauan. Sering juga dia pulang ke rumah sewaktu hujung minggu. Aku jadi geram melihat pandangannya.

"Budak ni aku sekeh juga karang" namun kata-kata itu aku pendamkan sahaja di dalam hati takut jika menimbulkan kemarahan ibu ku kerana ibuku memang pantang jika dia sedang bercakap tapi orang berbual tentang benda lain. Aku mendengar setiap patah kata ibu ku. Ibuku asyik bercerita tentang kebaikan dan budi bahasa Siti yang cukup elok di matanya. Aku terpaksa menurut untuk menjaga hatinya lagipun aku sendiri tidak mempunyai teman istimewa. Segala urusan pertunangan diuruskan sepenuhnya oleh emakku dari memilih cincin hinggalah soal hantaran. Aku Cuma memberikan duit untuk mak membeli barang keperluan. Aku lihat muka mak berseri-seri mungkin gembira hajatnya tercapai ingin melihat aku di tunangkan dengan Siti dan mungkin juga gembira kerana anak terunanya ini tidak termasuk dalam senarai bujang terlajak mengikut jejak langkah Paksu ku. Paksu adalah adik bongsu ibu ku yang kini hidup bujang walaupun telah mencapai umur 40 tahun. Mungkin kerana dia terlalu memilih atau hatinya telah tertutup untuk wanita kerana pernah di kecewakan, aku sendiri tidak tahu. Setelah selesai majlis pertunangan aku menghabiskan masa selama dua hari di kampung sebelum aku pulang ke Bilut. Sesi persekolahan bakal bermula dan aku akan menjadi semakin sibuk kerana pelajar-pelajarku akan menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah. Aku pulang semula ke Bilut untuk memulakan tugasku kembali dan setelah seminggu bercuti agak liat untuk aku kembali bekerja. Rutin harian hidupku berjalan seperti biasa kerana sememangnya tida apa yang isrimewa dalam kehidupan sehari-hariku sehinggalah aku menerima panggilan telefon dari Cikgu Amy pada satu malam. Aku jadi kaget.

"Tidak pernah sekalipun Cikgu Amy menghubungi aku. Ni mesti ada hal mustahak ni" aku mengangkat telefon dan dapat ku dengar suaranya yang cemas di hujung talian

"Hello Cikgu, kenapa Cikgu telefon saya ni? Aku memulakan bicara setelah salamku bersambut

"Saya kemalangan ni. Saya langgar kereta orang. Tak tau nak buat macam mana" Cikgu Amy membals pertanyaanku dalam suara yang tersekat-sekat.

"Oo takpe, bagitau Cikgu dekat mana saya datang ni’ aku memberitahunya dan segera mencapai kunci kereta untuk keluar ke tempat yang dinyatakannya. Sampai sahaja di tempat kemalangan aku melihat wajah Cikgu Amy yang risau dan merah seakan cuba menahan tangis. Belas aku melihat wajahnya. Segera aku mendapatkannya cuba untuk menenangkan keadaan dan aku lihat tuan punya kereta yang dilanggar oleh Cikgu Amy begitu garang dan mukanya seakan-akan mahu mencekik leher Cikgu Amy bila-bila masa sahaja. Aku lihat keretanya hanya mengalami kerosakan kecil sahaja tapi marah macam kereta dia remuk teruk. Aku memperkenalkan diri dan berjabat tangan dengannya. Semasa aku berjabat tangan dengannya pun mukanya masih lagi tegang. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Irwan , Pegawai Kastam yang bertugas di Pejabat Kastam Pulau Pinang. Beliau sekarang sedang bercuti.

"Patutla begitu garang, kastam rupanya." Aku berbisik dalam hati

Kami berbincang dan setelah agak lama berbincang barulah kami mencapai kata putus. Itu pun setelah puas aku memujuknya. Pada mulanya dia meminta ganti rugi sebanyak RM300.00. Terpaksalah aku memujuknya, masakan kerosakan kecil begini kos membaikinya sampai RM300.00. aku sendiri pernah mengecat semula kereta ku yang dilanggar orang dan kosnya tidak sampai pun RM200.00. akhirnya dia mengalah pada pujukanku yang meminta kami sama-sama ke bengkel membaiki kereta dan mengecat semula keretanya dan kosnya di tanggung oleh Cikgu Amy. Aku melihat Cikgu Amy menarik nafas lega dan aku lemparkan senyuman kepadanya sebagai tanda aku bersama dengannya.

Sejak dari hari itu kami menjadi rapat dan sering keluar bersama. Kami sering keluar makan dan ada juga sekali-sekala aku menemaninya membeli-belah.Aku tidak memberitahu statusku sebagai tunangan orang kerana sememangya sedari dulu lagi aku berminat untuk menjadi kawannya. Kami sering berbalas panggilan dan berbalas pesanan ringkas. Sesungguhnya aku merasa bahagia kerana seolah-olah aku sedang asyik di lamun cinta.

"Ai Zul, kau ni tengah angau ke sekarang ni? ’ Asyik senyum sorang-sorang je? usikan Arman seorang lagi teman serumahku aku sambut dengan senyuman.

"Kau ni sibukla, tak boleh tengok orang senang ke?" aku berpura-pura marah.

Arman hanya memandangku dan mula menyanyi. Suaranya yang kadang-kadang sumbang menyakitkan telinga aku. Aku segera membaling kusyen sofa yang aku pegang kepadanya. Namun tindakan aku langsung tidak menganggu nyaniyiannya yang semakin sumbang.

"Jika teringat tentang di kau jauh di mata dekat di hati, masih terfikir untuk kembali walau beda akan ku jalani, tak ada niat untuk berpisah denganmu" Arman menyanyi-nyanyi dengan lirik yang lintang-pukang.

"Pergi mampus la kau" aku menjerit kepadanya dan dia hanya membuat muka selamba dan berlalu masuk ke bilik tidurnya. Malas aku melayan kerenahnya, biarlah dia dan aku kembali menyambung angan yang terganggu dek kehadiran Arman tadi.

Panggilan telefon dari ibuku pada suatu hari membuatkan aku risau. Baru aku sedar yang selama ini aku telah mengabaikan tunangku .

"Ya emak" aku memulakan bicara dengan ibu ku.

"Ada ko telefon Siti, tunang kau tu?" pertanyaan emak membuatkan aku terpaku

"Ada mak" bohongku walaupun sebenarnya nombor telefon tunangku sendiri pun tidak aku tahu. Ada emak bagi kepada aku aselepas majlis pertunangan tempoh hari tapi aku Cuma ambil dan ku letakkan di dalam dompetku. Harap-harap nombor itu masih ada kerana takkan aku hendak minta dari emak. Alamat berleter panjangla ibu ku nanti. Selepas berbual di telefon segera aku mendapatkan dompetku dan mula mengeluarkan segala isi di dalamnya bagi mencari cebisan kertas yang tertulis nombor tunangku Siti.

"Nasib baik kau ada lagi kat sini" aku mengambil cebisan kertas yang mengandungi nombor telefon Siti tunanganku dan segera menyimpan nombor telefonnya di dalam telefon bimbitku. Lantas aku dail nombornya.

"Lebih baik aku telefon dulu sebelum mak aku Tanya sendiri kat Siti’ aku mengambil langkah untuk menyelamatkan diri. Salamku bersambut dan aku terus berbual-bual dengan Siti sekadar bertanyakan tentang khabarnya.

"Kenapa abang telefon siti"

"Kenapa Siti Sibuk ke?"

"Takla hairan sebab dah 5 bulan kita tunang abang baru telefon Siti?"

"Sibuk sikit" aku memberi alasan dan selebihnya dia hanya mendengar aku bercerita tentang pelajar-pelajarku. Sejak dari itu perhubungan ku dengan Siti semakin baik dan akumenyenangi sikapnya yang pendiam tapi dalam masa yang tidak di jangka dia boleh mengenakan aku.

Hujung minggu ini aku akan pulang ke kampung demi memenuhi permintaan ibuku yang menyuruh aku membawa Siti keluar. Aku pulang ke kampung dan sebaik sahaja sampai di rumah ku lihat Siti sudah ada di rumahku. Mesti ibuku yang memberitahu tentang aku yang akn pulang ke kampung. Aku melayaninya dengan baik. Pada petangnya aku membawa dia berjalan-jalan di tepi pantai berdekatan rumahku. Kebetulan Dayah adikku ada di rumah jadi dialah yang menemani kami. Mana mungkin untuk kami keluar berdua sahaja kerana apa pula kata orang kampung nanti. Sedang asyik sewaktu melintas jalan untuk pulang ke rumah entah di mana silapnya aku hamper dilanggar oleh sebuah motorsikal yang di pandu laju, sempat aku mengelak jika tidak mesti dah arwh aku ni. Namun begitu, aku masih bernasib malang kerana aku tersadung batu jalan dan menyebabkan kaki ku terseliuh. Aku melihat wajah Siti yang begitu risau. Dia memapah aku masuk ke dalam kereta dan mendudukkan aku di tempat duduk belakang. Dan perkara inilah yang paling aku tidak suka adiku Dayah memandu kereta. Ku lihat dia tersengih-sengih semasa mengambil kunci kereta dari tanganku. Sempat aku hadiahkan jelingan yang membunuh kepadanya sebagai amaran pandu elok-elok kereta aku. Aku memang tidak percaya pada skill memandu adik aku kerana dia pernah melanggar kereta orang lain semasa ingin keluar dari parking habis calar kereta aku. Dan sebagai ganti kerosakan yang di buat kepada kereta kesayanganku, aku menyuruhnya mengecat rumah sempena hari raya tahun lepas manakala aku dan bapaku bersenang-lenang membakar lemang. Abangku cuba menolong tapi aku melarang keras. Aku biarkan dia mengecat sorang-sorang. Kasihan juga aku melihat dia waktu itu, lucu pun ada kerana rambutnya penuh lekat dengan cat dan tidak boleh ditanggalkan. Akhirnya ibuku mengambil tindakan drastik dengan memotong rambutnya paras telinga seperti stail lelaki dan dia meraung kerana aku memanggilnya Dayat bukan Dayah. Walaupun dia sudah setahun memiliki lesen memandu tetapi skill memandunya memang teruk.

Sebaik sahaja sampai di rumah Siti membantuku masuk ke rumah dan mengurut kakiku. Apalah malang nasibku niat untuk keluar dengan tunang, sudahnya aku yang di jaga oleh tunang. Aku mendapat MC selama 2 hari kerana kecederaan kakiku.dan sepanjang dua hari itu Siti yang rajin menjengukku. Ibu pula seakan member ruang kepada kami untuk terus saling-mengenali. Kebaikan dan kesungguhan Siti menjaga aku sepanjang kaki ku terseliuh cukup membuatkan hatiku terharu. Dan sedikit-sebanyak dia telah berjaya mencuri hatiku. Aku mula merasa bersalah terhadap tunangku dan Cikgu Amy. Mereka merupakan dua orang wanita yang begitu baik kepadaku. Tapi tak mungkin aku akan memberitahu dia tentang statusku kerana aku tidak sanggup. Entah kenapa aku masih mementingkan diri dalam saat-saat begini. Kawan sekolah yang juga merupakan jiranku Fitri ada juga menjenguk aku. Sudah lama kami tidak berjumpa kerana kesibukan tuga masing-masing dan kebetulan kali ini dia pulang ke kampung semasa aku sakit. Mungkin inilah hikmahnya kakiku terseliuh. Banyak juga yang kami bualkan dari kisah masa sekolah hinggalah ke tempat kerja. Fitri memang seorang yang suka berceloteh. Apa saja yang keluar dari mulutnya mengundang tawa di hatiku. Sebaik sahaja kakiku sembuh aku pulang semula untuk meneruskan tugas mengajarku di Bilut.

Aku mengambil keputusan untuk menyepi dan menjauhkan diri dari Cikgu Amy demi menjaga perhubungan ku dengan tunangku dan juga hati Cikgu Amy sendiri. . Aku tidak lagi mengajaknya keluar. Aku juga tidak menghubunginya dan aku juga mula tidak menyambut panggilannya. Aku takut untuk terus melukakan hati dia. Dan aku harap dengan mengambil tindakan mendiamkan diri akan membuatkan dia tahu yang aku tidak mahu lagi kami terus berhubung. Namun begitu pemikiran aku salah kerana dia lebih terluka dengan sikap menyepikan diri aku.

Akhirnya dia mengajak ku keluar dan kami berjumpa di restoran makanan segera KFC.

"Kenapa Zul diam? Zul mengelak dari Amy ke? Amy ada buat salah ye? Pertanyaan yang tidak putus dari mulutnya membuatkan aku jadi kelu. Entah bagaimana dapat aku terangkan kepadanya supaya dia dapat memahami tindakan ku

"Maafkan Zul. Zul yang salah" akhirnya kata-kata itu terluah dari bibirku. Dengan penuh kepayahan aku memulakan bicara. Dan dalam nada yang tertahan-tahan aku cuba untuk memberitahunya tentang kedudukan yang sebenar. Aku lihat dia terkejut. Dengan keberanian yang tinggal sedikit akhirnya aku terangkan perkara yang sebenarnya kepadanya tentang kebisuanku dan tentang status ku sebagai tunangan orang. Aku melihat dia terdiam dan hanya memandangku. Aku menjadi semakin serba-salah. Sesungguhnya aku tidak mengharapkan pengakhiran begini dalam hubunganku dengan Cikgu Amy tapi apakan daya takdir penentu segalanya. Sepanjang perbualan kami dia hanya mendiamkan diri dan aku tidak mampu untuk memujuknya. Kata-kata maaf tidak terucap di bibirku. Hatiku terasa pedih melihat genangan air mata di tubir matanya.

Sejak dari itu Cikgu Amy menjauhkan diri dari ku dan aku tahu kenapa. Aku yang menjadi penyebab kepada kebisuan dan kesedihannya. Dia jadi muram walau tidak pernah dia memarahi aku tetapi kebisuannya lebih menyakitkan hatiku. Aku terima segala ketentuanNya.

Majlis perkahwinanku tinggal 2 bulan sahaja lagi dan ibu bapa ku di kampung sudah sibuk membuat persediaan. Aku bertanggungjawab untuk mengedar kad jemputan kepada kawan-kawanku. Sewaktu aku memberi kad jemputan kepadanya dia mengambilnya sambil tersenyum kepadaku. Segera kad itu di buka dia mengucapkan tahniah kepada ku.

"Maafla mungkin Amy tak dapat pegi kenduri Zul sebab masa ni Amy sibuk nak pindah rumah"

"Pindah? Ke mana? Aku bertanya dengan nada hairan

"Amy pindah sekolah ke kampung Amy. Nak duduk dengan keluarga pulak. Dah lama sangat merantau." Dia berkata dalam nada riang sambil tersenyum. Dan aku merasakan seperi satu beban berat yang menghempap kepalaku. Perasaan bersalah makin menghimpit dadaku.

"Mestilah ianya berpunca dari kumasakan dia sanggup melihat aku berbahagia dengan orang lain." Aku melangkah longlai ke mejaku. Keluhan berat ku lepaskan dan aku hanya memandang wajahnya dari jauh.

"Maafkan Zul" dan kata-kata itu terus bergema di dalam hatiku.

Di majlis persandinganku ramai juga teman-teman sekolahku yang datang bersama-sama ingin memeriahkan majlisku. Dalam kekalutan melayan tetamu, aku sempat menangkap kelibat Cikgu Amy. Dia datang bersama seseorang ke majlisku.

"Zul" sapaan itu menyedarkan aku dari lamunan. Suara itu cukup ku kenal, Cikgu Amy.

"Zul, Amy nak balik dah ni. Kenalkan tunang Amy , Ridwan. Abang ni cikgu satu sekolah dengan Amy, Cikgu Zul" aku berjabat tangan dengan Ridwan dan aku sempat lemparkan senyuman.

"Terima kasihla sebab sudi datang ke majlis Zul. Macam mana dengan pindah rumah?" aku bertanya.

"Dah selesai dah. Abang Wan tolong Amy pindah. Nanti datangla ke majlis Amy."

"Majlis?" aku bertanya untuk kepastian walaupun aku sudah faham makna majlis yang dimaksudkan Amy.

"Ye, Amy nak kahwin hujung tahun ni. Ingat nak pindah duduk dengan keluarga tapi pindah duduk dengan suami pulak." Katanya dengan suara yang ceria dan tertawa kecil.

"Tahniahlah" aku pandang matanya yang redup sebelum dia meminta diri untuk pulang. Aku melihat langkahnya hingga dia hilang dari pandangan

"Maafkan Zul" kataku di dalam hati. Dan aku menoleh dan merenung isteriku di sebelah.

"Kenapa abang? Isteriku bertanya mungkin hairan dengan renunganku. Aku membalas pertanyaannya dengan senyuman, lantas tangannya ku genggam erat.

"Maafkan abang" bisikku di telinganya. Dan dia memandangku dengan wajah hairan. Aku hanya tersenyum dan menarik tangannya ke arah tetamu yang ingin pulang. Semoga bahagia menjadi milikku.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.