Cerpen : Loghat Utara

Lee masuk ke kelasnya dengan sengihan sumbang. Dia tahu rakan-rakan sekelasnya hanya menunggu dia seorang kerana cuma satu kerusi yang kosong di dalam kelas itu. Lagipun hari ini adalah kelas terakhir bagi semester ini dan mereka bakal menduduki kuiz 5, so secara tidak langsung, semua terpaksa datang awal termasuk Lee.
Sebelum dia melabuhkan punggung di kerusinya dia menghala ke arah Ani yang duduk di bahagian hadapan sebelah kiri.

"Nah, ang punya." Lee berkata sambil menghulur kalkulator 570 kepada Ani. Ani menyambut huluran Lee sambil tersengih-sengih. Dia pun ikut tersengih walau tak tahu asal usul sengihan tersebut. 'Sebab aku datang lambat kot.' Hehehehe.

Kalkulator Ani lah yang menjadi punca kelewatan Lee ke kelas Fizik. Sudah separuh perjalanan Lee ke kelasnya yang terletak di Blok E, baru dia perasan yang kalkulator Ani tertinggal di atas meja studi. Dengan perasaan terpaksa dia berpatah balik ke biliknya yang terletak di tingkat satu Mahallah Fatimah Az-Zahra.



Lain pula ceritanya di dalam kelas,,,
Sebelum Lee masuk...

"Ok,,semua dah cukup?" Soal Lady D kepada pelajarnya.
"Beluuuum. Lee tak sampai lagi Lady". Balas salah seorang dari pelajarnya.
"Aik??? Mana Lee? Tak pernah-pernah lewat ni. Last class plak dia lewat."
Sambung Lady D lagi.
"Ntah la Lady,,,sakit kot," sambung satu suara yang lain.
Zass!!! Serentak dengan itu satu kepala di hadapan berpusing ke arah punca suara.
"Dia sakit apa?" Kepala itu mengeluarkan bunyi yang lebih kepada soalan.
"Eyh,, mana aku tau, tanya la dia sendiri." Sambut suara tadi. Mulutnya memuncung ke arah pintu kelas.
"Kenapa yerr,,, setiap kali saya cakap pasal Lee jer,, ada orang sibuk-sibuk nak ambil tau,,,,ada pape yang saya tak tau ke?" Lady D bertanya sambil tersenyum.

Satu kelas mula kecoh dengan suara-suara yang bagai lalat menghurung makanan dan ketawa-ketawa nakal anak remaja.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Serentak dengan itu juga Lee pun masuk ke kelas dengan sengih sumbang. Namun dia tak mengerti akan asal-usul suara-suara dan ketawa-ketawa itu.
"Maaf Lady, saya lambat." Lee bersuara.

Lee pantas bergerak ke tempat duduk setelah menghulurkan kalkulator 570 kepunyaan Ani.
"Weyh,,pasaipa hangpa gelak???" Lee bertanya ingin tahu kepada Zalia yang duduk di sebelahnya dalam loghat utara yang pekat.
Zalia tak sempat menjawab soalan Lee apabila Lady D sudahpun mengedarkan Soalan Kuiz Fizik 5.

Sunyi sepi kelas itu kerana masing-masing sibuk memikirkan solution bagi soalan topik Pantulan Cahaya dan Frekuensi Bunyi. Lee sudah berapa kali memusing letak duduk kertas soalan miliknya.
'Kenapa normal line ni tak macam 90 darjah ha?,,,nak kata aku ni rabun, dah banyak kali check, takdela plak doktor mata tu suruh pakai glasses,,contact lens pun tak jugak,,kesimpulannya aku tak rabunla.'

Dalam pada Lee berteka-teki sendiri tu,,
Kedengaran Lady D bersuara,, "Ok class,, time's up. Stop writing now."
'Hah! Alamak tak siap lagi satu soalan.' Lee dengan pantas menghentam kromo solution bagi soalan Light yang memeningkan kepala otaknya.

'Huh! Nasibla,,, Seb bek las kuiz,hehehe,,,xderla terkilan sangat.'
Disebabkan itu kelas terakhir, mereka terpaksa menunggu Lady D menanda kertas kuiz yang baru sahaja dijawab.

Lee sudah tidak senang duduk. Sangkanya dia boleh pulang awal kerana kelas hari ini untuk kuiz sahaja. Tak tahula pula nak dapat kertas terus.
'Aduss,,macam mana ni,,,dah janji dengan Suli, nak gerak gi pondok pakgard sama-sama. Malee dah tunggu Suli kot kat Jaya One.' Bisik hatinya.

TUT TUT.
Ada mesej masuk. Lee menekan punat Yes.
'Oii,,ko ktne?Ak tgu kt cafe,' dari Suli.

TUT TUT lagi.
'Lee, sow Suli grk, kitrg kt Cold Storage taw.' Dari Malee pula.

Sebenarnya kalau nak ikut perancangan separa siap Lee, dia akan pulang bermalam hari ini memandangkan hari ni hari Jumaat dan kelas pun dah habis.
Dia mengajak Suli berjalan bersamanya ke pondok pakguard kerana Suli memang nak keluar. Rummatenya Suli dan Malee keluar hari ini ke Jaya One untuk menyambut hari jadi kawan baik mereka Nisa.
'Adusss,,,nak balik ni.' Lee berusaha menenangkan dirinya yang dah macam cacing kepanasan.
Lady D sudah siap menanda kertas soalan kuiz Fizik 5 lalu mengedarkan semula kepada pelajar-pelajarnya.
Setelah mendapat semula kertas soalannya, Lee orang pertama yang bergegas mendapatkan Lady D untuk memberitahu markahnya. Yelah, tadi Lady D Cuma menanda kertas, belum mengambil markah lagi.

"Hehe,, 16." Kata Lee separuh berbisik di telinga Lady D. 'Malulah aku kalau orang lain dengar.' Lady D menulis markah Lee ke dalam buku Catatannya.
"Err,, Lady,,, saya balik dulu lah yer, nak balik rumah ni." Kata Lee.
Setelah menyalami Lady D, Lee dengan pantas melangkah keluar dari kelas Blok E itu.

"Lee!!!" Namun suara itu sudah tidak sampai ke telinga Lee yang sudah melakukan larian pecut 100 meter dari Blok E ke Mahallah Fatimah Az-zahra.
'Laa,,aku baru nak mintak nombor fon dia. Dahla lepas ni tak jumpa dah. Takkan nak mintak kat dalam dewan exam kot.' Faris atau nama di dalam surat beranaknya Mohd Faris Bin Azani bermonolog sendirian.
Inilah budaknya yang sibuk-sibuk menanya pasal tahap kesihatan Lee tadi.

"Woih,,Tikah! Hang ada tak nombor budak tu?" Faris bertanya kepada Tikah, classmate perempuannya dari dulu sampai sekarang.
"Nomboq sapa dia?" Tikah memulangkan soalan. Jawapan yang diharapkan tapi soalan diberi sebagai balasan.
"Aiseyh hang nie,,,,tula,,,tue,,," Sambung Faris sambil mulutnya terhala-hala ke arah pintu kelas.
"Tue,,,tue,,,tu sapa dia?!" Tikah separuh menengking. 'Aih mamat ni, aku tabuh satgi,,,' Suara hati Tikah berbisik.
"Nombor Lee la,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Di rumah,,,

TUT TUT,,,
Bunyi mesej masuk. Namun Lee tidak mengambil pusing kerana matanya sudah terpaku mengadap laptop yang memaparkan laman Blog Penulisan2u.com. Memang asal cuti jer, inilah kerja yang paling bermanfaat dilakukan oleh Lee selain tidur dan makan. Membaca novel Online. 'Hahahahaha'. Lee tergelak-gelak sendirian. Entah apa yang kelakar sangat cerita tu pun tak tahu.

12.39 a.m
TUT TUT,,,
Lee mencapai handfon yang terletak di atas meja tulisnya. 'Eyh,,apsal ada dua mesej ni?
Bunyi satu kali je....... Owwhhhh.' Lee faham sendiri. Satu mesej masuk pada pukul 5.36 petang yang tak diendahkannya.

Sender Tikah,,,,,,
Lee,ada org mntk no ang. Nm dy Faris. Dy kt ad hal nk sttle.

Sender Tikah,,,,,,,
Lee,boleh dak ni?

Lee dah berkerut kening menayang muka pelik.

Ha?Awat cik oi? Tny dy hal pa?
Lee menaip dan menekan punat SEND.

TUT TUT.
Dy kt dy nk ngorat ang. Betui ni ak x tpu, dy yg habaq lgu tu.



Dalam hati Lee,,,
'Sapa plak nak dajal aku ni,,,ak pernah sakitkan ati orang ke sepanjang aku menetap kat Kolej Za'ba ni,,,rasa macam tak pernah.'

Weih, hbq kt org tu,klu xdak hal pntg ak mls nk lyn.
SEND. Dari Lee.

TUT TUT,,,,,
Lee, dy kt sj nk knai ang, dy mmg ska knai kwn bru tmbh dr utara mcm kta ni.
Ak bg nah, pnat ak jd mid fielder nie.
Dari Tikah lagi.

'Alamak ai,,,,ni yang aku lemah ni. Masalahnya aku bukan orang utara.' Lee berbisik di dalam hatinya.

Lee teringat masa minggu pertama di kelas.

"Err,,awak, macam mane nak buat soalan ni?" Lee bertanya soalan Trigonometry yang diajar Mdm Hafisah kelmarin kepada Salsabil di sebelahnya. Nama je duduk sebelah-menyebelah tapi tak pernah bertegur sapa. Almaklumlah baru semester 1. Masing-masing dalam proses perkenalan.

"Owh, yang ni ah, hang guna formula hat cos square teta plus sin square teta sama ngan satu tu. Lepas tu, hang simplify kanla. Tu jar,,," terang Salsabil panjang lebar dalam loghat utara yang agak pekat.
"Owh,,,,Lagu ni ja ka. Hehehehe,,,,thanx noh". balas Lee pula.
"Aik,,hang orang mana? Utara gak ka?" Soal Salsabil.
"Hehe,,,Dak aih,,kami orang sini ja, ayah kami orang Kedah," Lee menjawab.
"Besa dah cakap utara ni. No hal." Lee menyambung sambil tangannya membuat simbol 'OK'.

Sejak daripada tu, mereka menjadi kawan yang sangat rapat dek kerana masing-masing bertutur dalam loghat yang sama. Sekali pandang memang orang lain akan menganggap Lee berasal dari utara kerana dia sentiasa bertutur dalam loghat utara yang pekat.
Namun hakikatnya,,,

TUT TUT,,,
Bunyi mesej itu mengganggu lamunan Lee.
Sender Tikah,,,,,,,
Weyh,,,x bley ka? Dy bsg kt ak ni, bg pi la, kwn ja, bkn ad niat lain pn.

Bg e-mail ak. NurLee_90@yahoo.com.
Setelah berfikir masak-masak, Lee membalas.


BUZZ!!! Persia send you a messege.

'Mak aih! Cepatnya, terus on9 ke?' Lee terkejut dengan kehadiran mesej dari Yahoo Messengernya yang memang sentiasa on dari tadi.

'Persia,,,' Lee sudah dapat mengagak siapakah Persia.

LEE
Assalam,,,

PERSIA
Wassalam,,,hehehe,,sori, angpa watpa tu?

LEE
Ang nak pa ni? Apa yg x settle? Habaq kaih aku nak pi tidoq ni.

PERSIA
Laaa,,,ang marah ka kat ak?????

LEE
Dak aih, ang nak pa sbnaknya ni?

PERSIA
Lagu ni,,,WANT TO MAKE FRIENDS...

LEE
Owh,,,,,,lagu tu ka? Aku xdakla,,,,


Sementara itu,,,

PERSIA
'Erk,,,apa yang dia tak dak nie?' Persia sudah berkerut dahi.
'Aku salah tulis ka? Btoila aku tulis... WANT TO MAKE FRIENDS,,,
Kalau dalam bahasa Melayu nak berkawan,,,,apa yang dia merepek ni,,,,Owwwwhhhhhh,,,,'

PERSIA
Ang xdak pa? Keberanian?
'Melawakla sikit, dia melawak ngan aku boleh. Hehehe' Persia angau.

'Keberanian apa plak mamat ni merepek ni?' Hati Lee mengukir seribu tanda tanya.
'Sah! Dia dah mamai ni.'

Tiba-tiba,,,


'Laaa,,,,signed out dah....'
Persia termenung sendirian.

PERSIA
Aku nak kwn ja ngan ang...kita kan senegeri. Takkan tak boleh kot.

Akhirnya dengan hati yang walang, Persia menaip dan terus menekan butang SEND.
Dia terus Signed Out selepas menghantar mesej terakhir.
'Bilalah dia nak baca mesej aku tuh.' Persia mengulas di dalam hatinya.

Kesesokannya, setelah bangun dari tidur Lee membuka laptop dan sign in ke YM nyer.
Memang itu yang menjadi kebiasaannya apabila hari minggu.

POP UP! You got a messege!
Dengan muka yang masih mamai tak mandi, Lee membaca mesej.

PERSIA
Aku nak kwn ja ngan ang....kita kan senegeri. Takkan tak boleh kot.

'Hayla mamat ni, dia tak tahu ke aku bukan asal Kedah. Dan sah-sah aku bukan budak utara. Tengokla IC ak. 14! Tu tandanya aku lahir kat sini, kandang lembu ni.
Ehh!!! Mengutuk tanah tumpah kelahiran plak. Kuala Lumpur yang sebenarnya.'

Lee berfikir sejenak.
Pantas dia menaip,,,
On YM malam ni.
'Nasib ko la kalau tak bukak.'
Lee berlalu ke bilik air untuk membersihkan badannya.

Malam itu,,,
PERSIA on9.

BUZZ!
Dari Persia.

LEE
Assalam... ang ni mmg x reti bg slm ka?

PERSIA
Wassalam... hehehe,,,lupa. Lagu mana? Dah ada?

LEE
Ada dah. Satu malam aku cari ang taw.

'Hah! Dia dah ada keberanian nak kawan ngan aku. Yess! Yess!' Faris sudah melompat-lompat kegirangan di dalam biliknya.
'Takkan dia tak tidok semalaman kot cari keberanian nak kawan ngan aku. Hehehe,,,,'Faris tersenyum-senyum sendirian.

Serentak dengan itu kedengaran lagu tema cerita komedi FRIENDS yamg dihantar oleh Lee melalui YM nyer.

'Huih! Siap antaq lagu lagi ni kat aku.' Makin lebar sengihan Faris.

PERSIA
Thanx Lee

LEE
Xpa aih, ak mmg ska tlong org
'Eceh! Perasan sendiri plak ak ni.' Hati Lee berbisik nakal.

LEE
Weyh, ak ad hal nak habaq ni....

PERSIA
Hal apa?
'Serius ja bunyi ni, dia nak offer diri jadi marka aku kot. Hehehehe' Faris dah perasan sendiri.

LEE
Sbnaqnya ak bkn bdak Kedah n bkn bdak utara gak.
So, lps ni ang xyahla YM ak dh. Ang kn nk kwn ngan dak utara ja.
BYE!


'Hah!? Tadi habaq kata nak kawan ngan ak, la ni takmau plak. Apa keberanian dia dah hilang ka?'
Faris terkejut dengan mesej yang dibacanya dari Lee.

PERSIA
Tadi ang kata dah ada,,,, la ni xda plak ka? Lagu mana?

Lee membaca mesej dari Persia. Sandiwara apakah ini?
'Apa yang dia merepek ni? Memangla ada. Yang aku bagi tadi tu apa. Haylaa mamat sorang ni, dahla semalaman aku cari lagu yang dia nak tu kat internet. Boleh dia tanya aku lagi, LAGU MANA?'

LEE
Weyh! Yg ak bg td tu apa? Bkn lagu? Gambaq ka? GGGGRRRRRRRRRRRRR,,,,,,,,,,,


Namun di Blok ABC bilik bernombor 127B,,,

Faris berfikir sejenak setelah membaca mesej yang baru dihantar oleh Lee.

Ya Allah!!!! Faris menepuk dahi. Barulah dia faham situasi sebenarnya.



FLASHBACK...

PERSIA
Lagu ni,,,,, WANT TO MAKE FRIENDS.

LEE
Owh,,,lagu tu, ak xdakla,,,,


Lee pelik.
'Apehal pulak mamat ni mintak lagu kat aku malam-malam buta ni. Ingat aku DJ Era ke?'

Selepas signed out Lee terus mencari lagu yang diinginkan oleh mamat Parsi itu. Habis semua laman web digeledahnya semata-mata untuk mencari lagu WANT TO MAKE FRIENDS itu.

Akhirnya yang dia jumpa cuma lagu tema cerita FRIENDS yang selalu ditayangkan di television.


Faris termenung sambil tersengih. 'Lee...Lee...Ang kena blajaq lagi cakap bahasa utara. Dan aku yang akan jadi Mentor ang.' Faris ketawa lucu setelah memahami sinetron yang berlaku antara dia dan Lee.


PERSIA
Cik adik Lee yang manis,,,ang dah salah paham cik oii,,,

Dahi Lee berkerut-kerut.
'Aku salah paham apa plak ni?'

LEE
Apa lagi ni Faris?! Penat aku lyn ang ni.

Faris menerangkan satu-persatu kesalahfahaman yang berlaku antara mereka tapi bukan lagi mengggunakan YM mereka sebaliknya menggunakan alat telekomunikasi yang membolehkan mereka saling mendengar suara masing-masing iaitu telefon bimbit.

"Lagu tu ka? Hahahahaha." Pecah ketawa Lee dan Faris walaupun seorang berada nun jauh di Taman Keramat dan seorang lagi di Kolej Za'ba.


Kini, mereka bukan lagi kawan seperti yang diminta Faris dahulu tetapi hubungan mereka sudah mencapai tahap yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Mereka sudahpun mendirikan rumahtangga setelah 4 tahun 'berkawan' di Kolej Za'ba.


Di rumah milik Mohd Faris Bin Azani dan Nhur Lee Binti Abd Samat,,,

"Itulah,,,lain kali khatamkan dulu bahasa utara. Ni, tak habih lagi dah nak tunjuk pandai." Faris atau Muhammad Faris Bin Azani yang kini sudah menjadi suaminya bersuara.
"Alah abang ni, cik dah khatam la,,," balas Lee tidak mahu mengalah. Selalunya kata
ganti diri 'cik' dibahasakan oleh orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua kalau mengikut loghat utara. Contohnya adik kepada kakak atau anak kepada emak.

Namun, Lee lebih selesa menggunakan 'cik' dengan suaminya. Baginya tidak perlulah kata-kata seperti 'Honey' atau 'Sayang' untuk menunjukkan kemesraannya kerana loghat utara sudah sebati dalam dirinya kini walaupun dia bukan dilahirkan di negeri-negeri yang terletak di utara.

~Tamat~

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.