Cerpen : Air Mata Persandingan

Masih adakah peluang untuk aku menentukan masa depan aku? Jika dahulu aku sudah mengecewakan ibu dan ayah. Mereka menginginkan aku melanjutkan pelajaran di IPTA dalam jurusan pendidikan tetapi aku lebih memilih untuk menyambung pengajianku di IPTS dalam jurusan kejuruteraan.
Tapi sekarang? Patutkah aku melukakan hati mereka lagi? Aku tidak mahu jika dilabel sebagai anak derhaka. Tapi aku langsung tidak mencintai Kamal. Jangan katakan cinta, sedikit rasa sayang pun tiada untuk lelaki itu. Tetapi menurut ayah dia seorang lelaki yang baik. Kamal merupakan anak kepada rakan sekerja ayah. Tapi apa bezanya dengan Zairul? Dia juga seorang lelaki yang baik. Malah selama ini Zairul tidak pernah langsung menyakiti aku.
Kehadiran rombongan meminang keluarga Kamal pada hujung minggu lepas membuat jantung aku seperti berhenti berdenyut. Aku langsung tidak menyangka bahawa semua ini akan terjadi. Bagaimana ibu dan ayah boleh bersetuju tanpa berbincang terlebih dahulu dengan aku? Bagaimana untuk aku menjalani hidupku bersama lelaki yang aku tidak kenali?
Aaarrghhh!! Buntunya aku. Kalau aku hendak memutuskan pertunangan antara aku dan Kamal bermakna aku telah memalukan ibu dan ayah. Tetapi aku boleh hidup bahagia bersama Zairul. Jika aku terpaksa bersetuju dengan pilihan mereka bermakna aku terpaksa melukakan Zairul. Aku belum bersedia untuk semua ini. Aku tak mampu untuk kehilangan Zairul.
Deringan telefon menyedarkan aku dari lamunan. Zairul! Apa harus aku buat ni? Aku tak sanggup untuk lihat Zairul bersedih jika setelah dia mendengar berita ini. "Maafkan Sara Zairul. Sara belum bersedia untuk berterus terang". Perhubungan yang sudah terjalin sejak lima tahun lalu terlalu utuh utuk diputuskan. Sukarnya hidup di dalam dilema. Mana yang harus aku pilih?

" Sara..nape tak angkat call Zairul? Zairul de wat slah ke? Kalau ada bagi tahu lah. Jgnlah diamkan diri mcm ni.. Zairul risaukan Sara.." Pesanan ringkas yang dihantar oleh Zairul membuatkan aku semakin sebak. Kenapalah lelaki ini terlalu baik pada aku. Aku tak sanggup nak lukakan hati Zarul. Tapi sampai bila aku harus simpan semua ni dari Zairul? Dia berhak tahu perkara yang sebenarnya. Tapi bagaimana aku nak terangkan pada Zairul?

"Lupakan Sara.."
"Tapi kenapa?Zairul de wat slh dgn Sara ke?"
"Tak. Anggap je kita tak ada jodoh"
"Zairul tau. Mst ada yg tak kena antra kta. Tp Zairul nak tahu perkara yg sebenarnya. "Zairul nak jumpa Sara. Sekali pun jdilah. Utk kali terakhir. Zairul rindukan Sara"

Kasibukan menyiapkan majlis perkahwinan membuatkan aku lupa akan kesedihan yang bersarang sejak dua bulan lalu. Kesedihan yang tersimpan sedikit sebanyak terubat melihat kegembiraan ibu dan ayah. Hanya ini yang aku mampu korbankan untuk ibu dan ayah. Aku harap restu mereka dapat menyerikan rumahtangga yang bakal aku bina.
Hanya tinggal dua hari sahaja lagi majlis perkahwinan aku dan Kamal akan berlangsung. Segala kelengkapan majlis telah tersedia. Cuma menunggu harinya sahaja. . Ada sedikit debar dalam hati aku bila kau lihat perubaha yang berlaku pada bilik aku ni. Tak lama laagi aku akan jadi isteri orang. Hendak atau tak aku harus lupakan Zairul. Aku pasti ada bahagia untuk aku kelak.
Hari yang dinanti tiba juga. Begitu ramai tetamu yang menghadiri majlis aku dan Kamal. Betapa terharunya aku bila dapat melihat senyuman kebahagiaan ibu dan ayah. Begitu juga dengan raut wajah suamiku, Kamal. Aku harap dia juga bahagia dan gembira seperti ibu dan ayah. Mulai saat ini aku bertekad akan menjadi sorang isteri yang patuh dan taat pada suami. Aku akan belajar mencintai Kamal. Walaupun sukar tapi itulah hakikatnya.

"Hai. Kenapa isteri abang ni? Letih ye?"
"Letih sikit je. Abang, jomlah kita turun bawah dulu. Sara seganlah. Nanti apa pula saudara mara cakap."
"Ye lah sayang. Sayang turun dulu. Abang nak mandi kejap ye."
"Ok. Nanti abang turun ye."
Belum pun sempat aku sampai di tingkat bawah Kamal sudah memanggil. Tetapi nadanya seperti cemas. Aku mula risau. Macam-macam perkara berlegar dalam otak. Tak mungkin Zairul mencari aku lagi.

"Abang panggil Sara?"
"Ye. Tadi ada call in untuk Sara. dia cakap penting. Kejap lagi dia call…" Belum pun sempat Kamal menghabiskan ayatnya telefon bimbit aku menjerit minta diangkat.

"Apa?! Bila?! Kat mana?! Teruk ke?! Ok. Kak Sara kesana sekarang…"
__________________________

Usai membaca Yasin aku menyiramkan air mawar ke pusara Zairul. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aku tiba-tiba teringat akan SMS terakhir dari Zairul. "Zairul tau. Mst ada yg tak kena antra kta. Tp Zairul nak tahu perkara yg sebenarnya. Zairul nak jumpa Sara. Sekali pun jdilah. Utk kali terakhir. Zairul rindukan Sara." berderai lagi air mata aku.

"Sayang. Jom kita balik. Redhakan pemergian dia. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Kalau dia masih ada mesti dia tak nak Sara sedih kan? Dah tu ye sayang. Kita balik dulu." Kamal sabar memujuk. Aku tahu hati Kamal sedikit terluka setelah tahu siapa Zairul di hati aku. Tetapi Kamal tetap serupa. Masih layan aku dengan baik. Semoga pilihan ibu dan ayah tepat untuk aku.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.