Cerpen : Kisah tercipta

"Baik abah. Abah jangan la risau. Rafiz akan cuba buat yg terbaik,"
Kata-kata itu membuatkan Tuan Razlan merasa segala beban yang sekian lama tertanggung semakin lama semakin hilang.


"Ya Allah…kereta sapa pulak yang parking macam ni? Dah la aku nak cepat,"sebal hati Rafiz bila melihat sebuah kereta yang menghalang keretanya dari keluar. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 2.30ptg. Hatinya berasa sangat panas kepada tuan punya kereta tersebut kerana disebabkan kereta tersebut dia terpaksa membatalkan janji temunya dengan wakil dari syarikat Ilham Holding. Sudah 2jam dia menunggu namun tiada sesiapa pun yang datang untuk mengubah kereta itu.
"Ish..diikutkan hati aku,mau je aku pancitkan tayar kereta ni,"rungut Rafiz sendiri.
"Tasha..kau rasakan rekaan yang mana paling sesuai untuk bilik anak Puan Afifa tu?"
Sebaik mendengar ada suara yang datang dari arah kereta yang membawa malang kepada dirinya,sepantas kilat Rafiz menoleh ke arah suara tersebut.
"Mak ai..cun giler. Kalah Rita rudaini,"bisik hati kecil Rafiz sehingga dia lupa pada niatnya yang sebenar.
"Eh..mak cik. Penah belajar cara nak parking kereta tak waktu ambil lesen dulu??"jerit Rafiz sebaik dari tersedar dari lamunannya.
Syikin yang asyik ketawa dengan rakan sejawatnya,Tasha tersentak dengan jeritan yang mengetuk gegendang telinganya.
"Aduh..hebatnya bahasa dia,"bisik Syikin. Dia terus merenung ke arah sekujur tubuh yang turut merenung tajam ke arahnya. Rafiz terus melangkah ke arah wanita yang tampak segak dengan baju kurung berbunga biru itu. Nampak sopan dengan gayaan tudung yang cukup sempurna.
"Mak cik..kalau tak tau nak parking kereta macam mana,lain kali masuk driving class lagi sekali ok? Jangan nak menyusahkan orang lain pulak!!"tersembur segala geram yang terbuku dihati selama 2 jam tadi.
"Waalaikumsalam saudara. Cantik bahasa saudara guna. Tahniah la,"Syikin segera melangkah masuk ke dalam kereta sambil melemparkan senyum sinis ke arah lelaki yang nampak macho tetapi hancur itu.
"Woi mak cik!! Tak guna betoi minah ni. Dia tak tau ke aku punya tunggu dia kat sini dah 2 jam. Selamat cun kalau tak dah lama aku cincang buat sup," ngomel Rafiz geram sebaik kereta itu memecut laju meninggalkannya tanpa kata maaf.
Rafiz segera masuk ke dalam kereta dan memandu ke arah pejabatnya.


"Eh,Rafiz kau tengok jam kau dah pukul berapa? Aku ingat kau tak jumpa pintu nak masuk bangunan ni,"
"Ben..aku nasihatkan kau baik kau jauh dari aku sebelum tumbukan maut aku ni naik kat muka kau yang tak berapa nak hansem tu,"balas Rafiz yang belum lagi reda kemarahannya.
"Relax ar bro,"
"Apa relax?? Nak relax pergi shopping complex la,"
"Ala..kau ni Fiz. Angin satu badan ni kenapa?"kata Ben yang masih tidak puas hati dengan tingkah laku Rafiz.
Rafiz terus melangkah ke dalam biliknya sambil menghempas dirinya di atas sofa. Terasa segala masalah dalam dirinya terlepas keluar.
"Fiz..kenapa last minute kau batalkan meeting tu? Selamat tau En.Azwan tu ok. Kalau tak abis la kita. Kalau abah kau tau la yang kau dah start buat perangai lama kau,nahas la kau" bebel Ben sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Rafiz.
"Kau ni Ben,membebel kalah Mak Nah kat umah aku tu tau. Kau diam boleh tak? Seminit pon jadilah. Aku tengah panas ni,"
"Aik,aircond dah tahap maksima pon panas lagi? Kau demam ke?"
"Hey!! Kau boleh berambus tak dari pejabat aku ni?"kata Rafiz lantas berdiri sehingga membuatkan Ben lari lintang pukang meninggalkan pejabatnya.
"Kau ni Rafiz,datang bulan ke??"kata-kata Ben itu membuatkan dia sendiri ketawa. Rafiz yang sedang memegang majalah Arena Bola Sepak terus membaling majalah tersebut ke Ben yang berdiri di pintu.
"Wow!! Relax ar bro," balas Ben sambil ketawa besar.
"Ish..tak guna betoi budak Benji ni. Bukan nak sedapkan hati aku,bagi terbakar lagi ada la,"rungut Rafiz sambil mengutip majalah kegemarannya itu. Hidupnya dengan bola sepak sukar di pisahkan. Malah sewaktu di bangku sekolah lagi dia sering mawakili sekolahnya dalam sukan bola sepak. Dia masih ingat abah dan ibu sering memarahinya kerana sering bangun lewat untuk ke sekolah kerana terlalu letih menjalani latihan bola sepak. Sehingga sekarang dia masih bangun lewat ke pejabat kerana terlalu letih bermain futsal pada malam hari. Mujur dia tinggal sendiri kalau tidak sudah pasti dia dibebel oleh ibunya.


"Pagi Rafiz,"senyuman di lemparkan oleh Suraya ke arah bos besarnya.
"Pagi. Ada apa-apa untuk aku hari ni?"
"Ada Rafiz. Erm..lepas lunch nanti kau kena jumpa Puan Suhaizie,"balas Suraya sambil menyelak-nyelak buku notanya. Sebenarnya Suraya sudah lama berkawan dengan Rafiz sehingga persahabatan antara mereka terjalin sehingga ke pejabat.
"Hah?? Puan Suhaizie? Sapa? Aku tak penah dengar pun lagi nama tu dalam firma kita ni," berkerut muka Rafiz berfikir.
"Kau ni Rafiz sarapan makan apa?"pertanyaan itu membuatkan Rafiz yang sedang menyelongkar laci mejanya terus memanggungkan kepalanya.
"Bukannya apa,aku rasa kau ni makan semut 2kilo kot. Puan Suhaizie yang kes dera anak dia tu.
Anak dia yang kena dera dengan cikgu dia tu. Ingat?"
"Dera? Cikgu sekolah?"soal Rafiz lagi sekali
"Ye la. Dah pekak ke?" tersenyum Suraya sambil mengatur langkah keluar dari pejabat Rafiz.
"Kejap!! Aku rasa macam nak datang ilham ni. Macam nak ingat dah,"kata Rafiz sambil memegang kepalanya.
"Lantak kau la. Kejap lagi aku hantar fail kes dia. Kau tenung la puas-puas,"lantas Suraya memulas tombol pintu.
"Mak dia makan sambal!! Eh..bukan Rafiz makan semut!!!"latah Suraya. Rafiz dan Ben ketawa sehingga memecahkan kesunyian firma guaman milik abah Rafiz.
"Kau ni Ben,boleh tak kalau nak berdiri depan pintu ni kau bagi hint dulu. Tekejut aku," Ketawa Ben masih lagi belum reda membuatkan Suraya memukul Ben dengan buku notanya.
"Kau makan semut ke pagi tadi?"tanya Ben setelah masuk ke dalam pejabat Rafiz.
"Kau ni jahat betul. Selamat Su tu melatah je,kalau dia jenis pukul orang tak ke kau jadi mayat kat firma ni. Susah aku nak jawab nanti kat Anne," Gelak Rafiz yang belum lagi reda.
"Kau jangan nak sebut nama Anne dekat office ni. Aku panas telinga dengar ni," balas Ben sambil membelek-belek tali lehernya yang cukup rapi.
"Ok fine. Erm..aku nak minta tolong kau sikit ni,"kata Rafiz kembali serius.
"Tolong apa? Kalau aku boleh tolong aku tolong,"
"Ok. Macam ni,aku ingat nak kau urus kes Ilham Holding,"kata Rafiz sambil menghulurkan fail ke arah Ben.
"What? Me? Aku yang kena uruskan kes ni? Kau biar betoi ni?"tanya Ben sungguh-sungguh
"Betul la. Aku ada banyak kes baru. Ni satu kes yang boleh buat duit. Kalau aku menang kes ni,fuh kaya kita Ben,"
"Ish kau ni kan Fiz,asyik fikir duit je. Ingat juga kita punya tag line firma kita."
"Kau ni Ben macam abah aku la. Aku tau la apa aku buat. Kau diam dah la. Yang penting aku nak kau yang urus kes syarikat Ilham Holding tu. Faham? Sekarang aku nak jumpa client aku. So, kau minta la fail kes tu dekat Su. Aku blah dulu,"kata Rafiz sambil menyandang begnya di bahu.


"Baik la Puan Suhaizie. Saya yakin dengan bukti yang ada ni kita boleh menang kes ni,"Rafiz memberi sepenuh keyakinan kepada clientnya.
"En.Rafiz,saya harap sangat kita boleh menang. Kesian Umi sampai takut nak ke sekolah,"
Rafiz memandang ke arah Umi,pelajar sekolah yang di dera cikgu sekolahnya sendiri. "Baik Puan Suhaizie. Kita pasti menang,"lantas dia memberi senyuman ke arah Umi.
Setelah selesai segala perbincangan Rafiz melangkah keluar dari restoran tersebut. Sebaik melangkah keluar matanya terus terbuntang ke arah keretanya.
"Tak guna betul. Mak cik ni memang betul-betul nak kena dengan aku. Kalau tak tau nak parking jalan kaki la,"marah Rafiz sambil menendang tayar kereta Satria Neo yang selalu menghalang keretanya.
"Helo....helo!!"
"Apa??Helo,helo.. Helo cakap tetefon la,"
"Yang kau tendang kereta aku ni kenapa?" tanya Syikin yang berang dengan tindakan Rafiz yang menendang kereta kesayangannya.
"Kau tu yang tak reti nak parking elok-elok. Tu depan tu banyak lagi car park,park la dekat sana,"marah Rafiz sambil menunding jari ke arah muka Syikin.
"Dekat sini tak da tulis nama kau ok. Jangan la nak belagak,"
"Hey..nak pergi mana tu? Kejap la. Aku nak kau minta maaf dulu,"
"What?? Aku?"
"Yes,you. Kenapa? Dah tak pandai nak minta maaf ke?
"Sedapnya mulut kau. Kau ni apa hal pegang-pegang tangan aku ni? Lepas la!!" jerit Syikin.
"Kau jangan nak bodoh-bodohkan aku. Cepat minta maaf!!"tengking Rafiz.
"Tolong!!!"
"Tolong!!!"
"Tolong saya!! Ada orang nak culik saya!!
"Tolong!!"
Jeritan Syikin membuatkan seorang pemuda lari menerpa ke arah Rafiz lalu mengacukan buku lima ke arah muka Rafiz. Rafiz terkejut lalu melepaskan tangan Syikin.
"Rafiz??"tanya Ben.
"Ben,you tengok dia ni. Dia nak culik I,"adu Syikin sambil menunjukkan tangannya yang merah akibat cengkaman kuat Rafiz.
"Rafiz,sori. Aku tak perasan kau tadi. Selamat aku tak debik kau tadi,"
"Awak kenal dia ke Ben?"tanya Syikin yang terkejut dengan tindakan Ben yang memohon maaf kepada Rafiz.
"Apasal ni Rafiz?"tanya Ben kehairanan.
"Kau tanya la dia,"kata Rafiz lalu terus memandu laju. Dia mahu terus pulang bertemu abah dan ibunya. Sebal dalam hatinya dengan tindakan pemilik kereta itu belum habis.


"Assalamualaikum!!"
"Rafiz,dah lama tak balik? Ibu kamu tu asyik sangat sebut nama Rafiz,"kata Mak Nah yang menyambutnya di muka pintu.
"Ya ke Mak Nah? Patut la Rafiz asyik tersedak je. Mak Nah sebut tak?"usik Rafiz.
"Malas Mak Nah layan kamu ni Rafiz. Lagi di layan lagi mengarut kamu. Ibu Rafiz ada kat kebun,"beritahu Mak Nah.
"Ala..Mak Nah ni. Baru nak manja-manja,"kata Rafiz sambil mengenyit mata ke arah Mak Nah. Ketawa mereka memecah kesunyian Villa Sentang. Rafiz segera keluar untuk bertemu ibunya di kebun belakang villa. Ibu memang suka berkebun.
"Ibu..air untuk ibu,"kata Rafiz.
"Rafiz...bila sampai?"
"Dah dekat dua abad la jugak,"ketawa Rafiz.
"Kamu ni Rafiz,kalau tak merapu sehari tak sah,"
"Ala ibu ni.. Sama macam Mak Nah. Nak manja sikit pun tak boleh,"
"Dah jangan nak mengada-ngada. Umur kamu tu dah boleh bina masjid dah,"
"Bina masjid?? Mana boleh Rafiz bina masjid ibu. Rafiz peguam la. Ibu ni macam tak faham pulak,"
"Rafiz,ibu cakap betul-betul dengan kamu ni. Ibu nak kamu serius sikit. Lusa kawan ibu ajak ibu pergi rumah dia. Anak dia dulu kerja dekat Singapore dah balik Malaysia. So,dia buat la kenduri sedikit. Ibu nak Rafiz ikut ibu dengan abah,"perintah ibu sambil melangkah pergi. Rafiz mengejar dari belakang.
"Ibu,Rafiz sibuk la ibu,"
"Kamu tu tak sibuk pun kata sibuk. Ibu tak kira. Rafiz kena ikut cakap ibu jugak kali ni,"keras suara ibu kali ini.
"Mak Nah,tolong la,"pinta Rafiz kepada Mak Nah.
"Sori,Mak Nah tak mau tolong,"balas Mak Nah sambil ketawa. Sebal hatinya dengan sikap ibunya yang memerintah dirinya.


"Wow!!"
"Ewah-ewah,dah langgar orang tapi buat tak tau pulak,"
"Owh,kau rupanya. Kau tu yang mabuk. Siang-siang pun mabuk. Gila kot,"balas Rafiz. Sebenarnya dia sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu. Terasa seronok pulak.
"Woi..mulut jaga baik sikit ek. Kau nampak pinggan ni? Aku hentak atas kepala baru tau,"balas Syikin tidak mahu beralah.
"Jangan bagi aku gelak la. Kau tu tinggi sama dengan bahu aku je. Aku rasa aku kot yang nak hentak kepala kau dulu,"
"Hey!!"
"What??"Rafiz merapatkan mukanya ke muka Syikin. Terasa hembusan nafas Rafiz begitu dekat dengan mukanya. Mata saling memanah antara satu sama lain.
"Rafiz..ini ibu kenalkan Masyaiful Ashriq. Ashriq ni la anak mak cik,Rafiz Iskandar. Eh,Syikin kenal dengan Rafiz?"pertanyaan ibu membuat aku keliru. Ibu kenal ke budak perempuan ni. Terasa ingin menjerit memberitahu semua yang ada di sini yang si apa ntah nama dia suka block kereta aku.
"Eh,jom makan,"ajak ibu. Kami bertiga mengekori ibu ke khemah makanan.
"Adik,nak yang tu. Tolong ambilkan,"Ashriq meminta Syikin menghulurkan seketul ayam kepadanya. Rupa-rupanya Syikin adalah adik Ashriq. Tetapi kenapa Ashriq nampak begitu sopan tetapi Syikin begitu brutal mengikut perkiraan Rafiz. Rafiz tersenyum sendiri.


"Rafiz...saya minta maaf. Saya tak tau pulak awak ni anak mak cik Ruzila,"suara itu menyentakkan lamunan Rafiz yang sedang berdiri sendiri dia balkoni.
"Owh..kalau saya bukan anak mak cik Ruzila awak takkan minta maaf la??"sindir Rafiz. Dia suka melihat muka gadis itu menahan marah. Merah padam jadinya.
"Awak ni saya dah minta maaf,maafkan je la. Susah sangat ke? Hari tu nak sangat suruh saya minta maaf,"
"Eh...suka hati saya la nak maafkan ke tidak. Hak saya,"kata Rafiz sambil merapatkan dirinya ke arah Syikin. Menggelabah Syikin jadinya. Dah la tiada orang di situ.
"Dia ni kenapa tengok aku macam nak telan je? Ish..rimas la. Jangan la dekat,aku tak tau nak lari dekat mana dah ni,"bisik hati Syikin penuh kerisauan dengan tindak-tanduk Rafiz. Hati lelaki bukan boleh diramal. Dia hanya berdoa.
"Awak jangan dekat. Nanti saya jerit,"arah Syikin. Namun dilihat Rafiz semakin berani mendekatkan diri.
"Nak jerit?? Jerit la. Siapa yang datang dekat siapa?"
"Saya...saya nak minta maaf je,"tergagap-gagap Syikin menjawab. Rafiz semakin suka mengusik. Dia tahu gadis kecik molek itu takut.
"Minta maaf?? Saya maafkan ke tak?"Rafiz semakin suka mengusik. Dia melihat muka Syikin semakin kalut.
"Mana la saya tau. Tolong la. Nanti orang lain tengok apa diorang kata,"sudah bergenang air matanya.
"Peduli ape saya orang nak kata,"
Muka serius Rafiz itu membuatkan Syikin semakin gerun. Semakin mencurah-curah air matanya keluar. Rafiz pula menjadi kalut apabila melihat Syikin menangis. Syikin menangis semahunya. Dia rasa bagaikan menangis itu dapat melarikan segala perasaan takutnya ketika itu. Bertambah kuat esakan itu bila dia terasa ada tangan menyentuh bahunya.
"Shhh...dah la. Jangan la nangis. Tak comel la. Saya bukan nak buat apa-apa pun. Bergurau je la. Awak ingat saya ni jahat ke? Kalau saya jahat,hari tu lagi saya dah culik awak,"pujuk Rafiz. Dia terasa bersalah dengan tindakannya. Tidak sanggup membiarkan air mata gadis manis itu mengalir di depannya.
"Dah la. Nanti orang tengok ape orang kata. Saya maafkan. Kita kawan ok?" pujuk Rafiz lagi. Baginya mungkin kata maaf itu boleh membuatkan Syikin berhenti menangis.
"Peduli ape saya orang tengok,"balas Syikin sambil mengesat air matanya sambil ketawa.
Ketawanya membuatkan Rafiz yang tidak tentu arah tadi tetiba sahaja menjadi lega. Terasa seronoh berbual dengan gadis ini sehingga terasa malas untuk pulang ke rumah. Namun perkenalan yang disertakan tangisan ini begitu seronok dan sukar dilupakan.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.