Cerpen : Hikayat Cinta Arisya

Kereta BMW Amirul Hakimi tidak dapat dikawal. Dia memulas stereng sehabis mungkin untuk mengelak dari berlanggar dengan sebuah lori. Malangnya kereta yang dipandunya melanggar tebing jalan. Hadapan kereta tersebut hancur remuk. Kepala Amirul Hikmi terhantuk di stereng lalu dia pengsan.
"Encik, bangun lar," dia terasa ppinya ditampar. Amirul Hikmi tersedar. Kelopak matanya terasa berat untuk dibuka.
"Encik, are you okay?" soal suara itu lagi. Amirul Hikmi cuba menjawab tetapi gagal. Rahang mulutnya terasa sakit. Setelah itu, dia tidak lagi mendengar suara gadis itu. Barangkali gadis itu sudah pergi.
Selang beberapa minit, dia terdengar pintu keretanya dibuka. Amirul Hikmi terasa badannya ditarik keluar dari dalam kereta. Setelah itu, telinganya menangkap bunyi letupan. ’Kereta aku’ bisik hati kecilnya.
"Encik, bangun lar," suruh suara itu. Suara yang didengarnya mula-mula tadi. "Oh no. Call ambulan cepat," perintah suara itu. Kawannya segera menelefon ambulan. "Dah jom kita pergi," gesa kawannya. Amirul Hikmi memegang erat tangan gadis itu. Dia berharap gadis itu setia menanti disisinya sehingga ambulan tiba. Gadis itu seolah-olah enggan. Gadis itu menarik tangannya dan berlalu pergi. Amirul Hikmi pasrah. Secara tidak sengaja, dia tertarik gelang kayu milik gadis itu.
Selang beberapa lama kemudian, dia terdengar bunyi siren ambulan. Dia terasa badannya diangkat naik ke atas tandu.
*******
Pintu wad itu dibuka dengan kasar. Datin Rokiah terus menerpa ke arah Amirul Hikmi.
"Mi, cam mana boleh jadi macam ni?" soal Datin Rokiah. Dia lah yang paling panik apabila mendapat perkhabaran Amirul Hikmi dimasukkan ke dalam hospital.
"Tak de apa-apa lar mommy," jawab Amirul Hikmi, lemah. "Mommy, Mi nak minum. Mommy tolong belikan boleh?" pinta Amirul Hikmi. Pada mulanya, Datin Rokiah menyuruh Farouq yang membelinya tetapi Amirul Hikmi berkeras mahu ibunya yang pergi membeli minuman. Datin Rokiah segera beredar ke kafe untuk mendapatkan minuman yang dipinta Amirul Hikmi.
"What?" soal Amirul Hikmi kepada Farouq yang sedari tadi merenung dia.
"So, tell me. How did this mess end up like this?"
"Well, you know," Amirul Hikmi tidak menghabiskan ayatnya. Farouq tahu kenapa dia terlibat dalam kemalangan. Pasti lelaki itu mabuk malam tadi. Amirul Hikmi memang begitu. Hampir setiap malam pasti dia akan menghabiskan malamnya di kelab malam. Perempuan keliling pinggang. Agaknya begini anak orang kaya. Suka menghabiskan duit. Pelajaran pula entah kemana.
"Bila lah kau ni nak berubah?" soal Farouq, menggelang kepala. Matanya kini tertancap pada gelang yang dipegang Amirul Hikmi.
"Gelang perempuan mana pulak tu?" soalnya lagi.
"Yang selamatkan aku," Amirul Hikmi berterus terang. " Kalau bukan sebab dia. Aku dah takde lagi kat dunia ni. Kalau bukan dia yang tarik aku keluar , aku dah mati dalam letupan tu," terangnya lagi.
"Well, it seems like I have to thank her," ujar Farouq. "And…,"
"Farouq, aku nak minta kau carikan perempuan tu, boleh?" pinta Amirul Hikmi. Farouq mengangguk, bersetuju. "And aku rasa aku nak berubah lar," sambungnya lagi. Amirul Hikmi ingin berubah. Dia tidak mahu lagi hidupnya di penuhi perempuan dan arak. Dia ingin bertaubat. Dia pernah dihampiri ajal tatkala dia belum bersedia. Dia tidak mahu ajal menjemput dalam keadaan berdosa. Farouq bagaikan tidak percaya. Dia bersyukur rupanya kemalangan itu ada hikmahnya.
******
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Arisya masih lagi tercatuk di di depan komputer. Dia harus menyiapkan tugasan yang diberikan Profesor Amer malam ini juga. Dia kenal benar dengan Profesor Amer. Pensyarah itu tegas orangnya. Setiap tugasan yang diberikan mesti disiapkan tepat pada waktunya. Jari jemarinya masih lagi ligat menari-nari di atas papan kekunci komputer itu. Sesekali dia mematah-matahkan jarinya. Hinggalah sampai satu tahap, keletihan mengatasi segalanya.
"Woi, pompuan. Bangunlah," jerit Anissa sambil menujah-nujah kepala Arisya.
Arisya tersedar. Bukan sebab tujahan itu tapi disebabkan kenyaringan suara kakaknya yang memaksa dia bangun dari lelapnya. ’Sakit lar’ getus hati kecil Arisya.
"Woi, kau dengar tak apa yang aku kata ni?" soal Anissa.
Arisya mempamerkan muka ’blur’. Dia menggeleng.
"Kau dah siapkan assignment aku belum?"
"Sorry, kak. Isya tak sempat nak buat. Kerja Isya pun tak siap lagi," Arisya, berterus-terang. Malam tadi walaupun dia telah bersengkang mata menyiapkan tugasan itu, dia tetap tewas. Akhirnya dia tertidur diatas meja itu. Keletihan pulang dari kampung Qharziah belum habis lagi.
"Arghhh. Aku tak peduli," bantah Anissa.
Bang!
Semua barang yang berada diatas meja komputer Arisya ditolaknya. Barangan tersebut jatuh bersepah. Termasuklah fail-fail milik Arisya. "Ni tugasan kau kan?" tanya Anissa apabila terpandangkan fail tugasan Prof Amer milik Arisya. "Aku nak," ujar Anissa. Tugasan itu diambilnya dan terus berlalu pergi.
"Akak...," laung Arisya. Dia terduduk. Itulah tugasan yang akan dihantarnya nanti. Dia tidak tahu apa lagi alasan yang harus diberikan lagi pada Prof Amer. Sudah kerapkali Anissa perlakukan dia seperti itu. Setiap tugasan yang dia siapkan pasti akan diambil oleh Anissa. Kesudahannya semua kesalahan Anissa akan dijatuhkan keatasnya.
******
"Termasuk kali ini dah termasuk 3 kali awak tak hantar assignment saya pada masa yang saya nak," tegur Prof Amer.
"Maafkan saya Prof," pinta Arisya. Kini, hanya itu yang dia mampu lakukan.
"Maaf. Maaf. Itu je yang kamu tahu,"
Arisya hanya mampu menunduk. Dia tidak berani untuk menatap muka Prof Amer.
"Ini peluang terakhir. Tiada lagi peluang untuk kamu selepas ini. Saya nak tugasan tu berada atas meja saya tepat pukul 2 esok," Prof Amer memberi kata putus. Arisya akur. Kakinya melangkah keluar dari pejabat Prof Amer. Lemah.
******
Arisya mencari temannya Qharziah dan Farhana. Dia mendail nombor telefon mereka. Setelah beberapa deringan, panggilan dijawab.
"Korang kat mana?" Arisya menyoal. Kakinya terus melangkah ke hadapan.
"Kitorang kat kafe ni. Kau kat mana?" jawab Qharziah.
Arisya terus meletakkan telefon. Dia terus menuju ke kafe. Fikirannya jauh melayang. Dia sudah tidak sanggup lagi berjumpa dengan Prof Amer berhubung dengan kelewatannya menghantar tugasan yang diberi. Tiba-tiba perasaan menyesal menyelubunginya. ’Ni semua pasal mamat tu. Kalau aku tak gatal sangat nak tolong dia, mesti aku sempat balik and siapkan tugasan aku dan kak Anis’ gerutu hati kecil Arisya. Kakinya terus melangkah ke hadapan. Tanpa dia sedari, dirinya melanggar seseorang.
"Woi, buta ke?" marah pemuda itu. Dia mengibas-ngibas punggung seluarnya yang kotor akibat terjatuh.
"Sorry. Sorry," pohon Arisya. "Ya Allah, Amirul Hikmi." Arisya terkesima. Amirul Hikmi pujaan hatinya. Yang sentiasa diingatannya. Dia selalu berangan untuk berbual dengan Amirul Hikmi. Angan hanya tinggal angan. Amirul Hikmi terlalu ramai peminat. Tak mungkin Arisya dipandangnya.
"Are you okay?" Amirul Hikmi memecahkan kesunyian yang menyelubungi. Amirul Hikmi khuatir gadis dihadapannya berkecil hati. Almaklumlah, dia baru sahaja pulang dari pejabat Madam Lucy yang meminta dia mengulangi semester itu. Dia agak marah dengan keputusan itu lantas apabila terlanggar Arisya dia naik berang.
"Tak apa-apa," balas Arisya. Dia segera mengutip buku-buku yang jatuh bertaburan. Amirul Hikmi membantunya.
"Betul awak tak apa-apa?" Amirul Hikmi mencari kepastian.
"Betul,"
"Awak nak kemana?" soal Amirul Hikmi lagi. Arisya merasa pelik. Pada masa yang sama, hatinya teruja.
"Ke cafe," Arisya memberitahu. "Okay ar, saya pergi dulu. Kawan-kawan saya dah tunggu," sambung Arisya. Pasti Qharziah dan Farhana sudah lama menunggunya. Dia tersenyum. Ikhlas.
"Okay then. See you next time,"
‘See you next time. Alamak dia nak jumpa aku lagi ke?’ bisik hati kecilnya. ’Eh, tak kot..takkan lah dia nak jumpa aku lagi, siapa lar aku ni..tapi kitorang kan satu kolej’
******
"Wei, apsal Prof nak jumpa kau?" soal Qharziah. Jus oren yang dipesannya dihirup sampai habis. Dia sendiri tidak sedar bila habisnya. Mungkin dia terlalu asyik meminumnya sepanjang dia menunggu Arisya tadi.
"A’ah lar Isya. Kenapa Prof nak jumpa kau?" Farhana turut menyoal, ingin tahu.
"Pasal apa lagi? Ni mesti sebab kakak kau ’cilok’ assignment kau kan?" Qharziah mengagak.
Arisya mengangguk. "Prof bagi aku masa sampai esok tuk siapkan kan assignment dia," Arisya bersuara.
"Mmm. Okay ar tu. Nanti aku tolong kau," Farhana menghulurkan bantuan.
"Aku pun," Qharziah turut menghulurkan bantuan. "So, bila kita nak mula?"
"Malam ni!!!" ujar Arisya dan Farhana, serentak.
"Dah jom ar pergi. Kelas Madam dah nak start dah ni," ajak Qharziah. Mereka bertiga segera beredar dari situ.
*******
Dari kejauhan, kelihatan sekumpulan pelajar berkerumun. Kerumunan itu menarik perhatian Qharziah. Lantas dia bertanya pada salah seorang pelajar yang berada disitu.
"Apsal ni? Apa yang ‘kecah’ sangat nie?" tanya Qharziah.
"Tu," tunding seorang pelajar.
Pandangannya beralih ke papan kenyataan. Dia terpaku disitu. Tanpa disedari senyuman terukir dibibirnya. Setelah usai membaca kenyataan itu, dia beredar mendapatkan Farhana dan Arisya.
"Berita hangat," ujar Qharziah. Farhana dan Arisya mengangkat kening mereka. Tanda tidak faham. "Apa dia?" ujar mereka berdua, serentak.
"Beritanya adalah....Amirul Hikmi akan adakan satu majlis tari menari kat rumah dia sempena hari lahir dia....malam ni...semua student dijemut hadir...,"
"Great," ujar Farhana. "What’s the theme?" soal Farhana, berminat.
"Mask of Zorro," jawab Qharziah. "Don’t forget the mask!" Qharziah mengingatkan. Dia kelihatan sangat teruja.
"I gotta find a great costume," Farhana memasang angan-angan. Angan-angannya pecah berderai apabila pinggangnya disenggol.
"What?" Farhana bertanya.
"Tu," Qharziah memuncungkan bibirnya, cuba menunjukkan sesuatu.
"Lar, kenapa pulak ni?" tanya Farhana. Arisya diam seribu bahasa.
"Korang nak pergi ke majlis tu?" Arisya akhirnya bersuara.
"Mesti lar nak," Pantas Qharziah menjawab.
"Mmmm, Kalau macam tu tak pe lar. Aku balik dulu. Aku ada assignment nak kena submit esok," ujar Arisya, lemah. "Okay ar, Bye." Arisya berlalu pergi.
"Oh, no!" teriak Farhana. Dia menekup mulutnya.
"What?" Qharziah kebingungan.
"We promise Isya to help her tonight," Farhana teringatkan perbualan tadi. "Yang kita janji kat kantin tadi?!" Farhana mengingatkan apabila dia dapati Qharziah kebingungan.
"Oh, God. Macam mana aku boleh lupa ni?" Qharziah menepuk dahinya.
******
Arisya melemparkan beg kuliahnya ke atas katil lalu merebahkan dirinya. Dia mengeluh. Kalaulah Anissa tidak mengambil kertas kerjanya tadi, sudah pasti dia dapat pergi ke majlis malam ini. Kalau dan hanya kalau. Anissa memang begitu. Sejak dari kecil lagi suka membulinya. Dia tahu dan sedar kedudukan dirinya. Dia tahu dia itu hanyalah anak tiri ibu Anissa. Semenjak kematian papanya, ibu tiri dan kakak tirinya yang pada mulanya bersikap prihatin terus bertukar watak.
Mereka sewenang-wenangnya memperlakukan dia seperti hamba. Selama ini semua kerja dan tugasan disiapkan Arisya. Anissa tak pernah melakukan semuanya dengan usaha sendiri. Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya terkuak.
"Oh, Mak Mah rupanya. Ingatkan siapa tadi?" ujar Arisya. Dia bingkas bangun dari katil.
"Termenung jauh nampak Cik Isya,"
"Eh, tak de lar. Cuma teringatkan assignment yang kena Isya siapkan malam ni,"
"Malam ni? Cik Isya tak pergi ke?" soal Mak Mah. Tangannya ligat menyusun pakaian yang baru sahaja selesai dilipat.
"Pergi? Pergi mana?" soalan Mak Mah tidak dijawabnya malah diajukan pula soalan lain.
"Majlis keraian tu. Cik Nissa sibuk shopping membuat persiapan tuk malam ni," Mak Mah memberitahu.
"Tak kot," balas Arisya, lemah.
"Tak pe lar kalau macam tu. Mak Mah pergi dulu ya? Nak pergi masak makanan tengahari," ujar Mak Mah lalu beredar dari bilik itu.’
Huh! Arisya mengeluh lagi. Majlis hari lahir Amirul Hikmi. Dia teringin sangat pergi ke majlis itu. Seumur hidupnya, dia tak pernah pergi ke majlis-majlis keraian. Ada sahaja alasan yang diberikan Anissa dan ibunya. Kesudahannya, dia tidak pernah tahu bagaimanakah rasanya pergi ke majlis keraian.
******
"Ko sure ke gadis yang kau cari tu akan datang malam nie?" Farouq menyoal Amirul Hikmi. Tangannya ligat menyusun buku-buku yang bertaburan di atas meja studi. ’Mamat ni pun satu. Kalau dah siap kerja tu kemas lar sikit meja ni’ gerutu Farouq.
"Apa yang kau bebelkan tu?" soal Amirul Hikmi, melabuhkan pungungnya di atas katil.
"Tak de apa-apa," Farouq mengelak. Dia kenal sangat perangai Amirul Hikmi. Amirul Hikmi tidak mungkin akan mengemaskan meja belajar sendiri kerana selama ini yang membersihkan pun adalah orang gajinya. Maklumlah, anak Datuk katakan. Atau mungkin benar dia telah berubah? Seperti yang dikatakan dulu? Mmmm.
"Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku harap sangat dia datang malam ni. Kalau boleh aku nak jumpa dia. Aku nak cakap thanks kat dia. Kalau bukan sebab dia pasti aku dah tak ada kat dunia ni," Amirul Hikmi memulakan bicara. Matanya terpejam.
"Tapi kau sendiri tak tahu siapa dia kan?" Farouq mencari kepastian.
Amirul Hikmi membuka mata. Dia bingkas bangkit lalu duduk. "Memanglah. Tapi aku tak sure sangat. Mungkin ya and mungkin tak,"
"Apa yang buat kau sure sangat gadis yang selamatkan kau tu dia?"
"Entah. Tapi instinct aku kata macam tu," Amirul Hikmi mengakhiri perbualan. Dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air meninggalkan Farouq yang sedang sibuk mengemas meja studinya.
*****
Ting! Tong!
Bunyi loceng bergema ke setiap pelosok rumah. Mahu tak mahu Arisya menuju ke pintu. Mak Mah tidak ada. Dia ke rumah anaknya di Petaling. Cucunya sakit. Dia harus menjaga cucunya sementara anaknya pergi mencari rezeki. Dia terperanjat apabila disergah oleh dua orang rakannya tatkala dia membuka pintu.
"Suprise," teriak Farhana dan Qharziah.
"Kenapa? Pelik?" Qharziah pula yang mengajukan soalan. Tanpa dijemput, mereka terus masuk ke rumah Arisya dan menuju ke bilik Arisya.
"Mana semua orang?" soal mereka lagi. Pelik kerana mereka tidak nampak kelibat seorang manusia pun dari tadi.
"Ibu dan kak Anis pergi rumah Datin Rokiah. Kan malam ni ada majlis keraian," Arisya, mengingatkan. Dia menyerahkan mug berisi air milo kepada Qharziah dan Farhana.
"Eh eleh. Suka hati dia je pergi sana. Dah lah kerja orang dia ambil. Pastu senang-senang je pergi enjoy. Tak tau ke orang lain kena siapkan kerja dia," gomel Qharziah.
"Eh, kenapa korang datang sini? Korang tak pergi ke party tu?" soal Arisya, Gomelan Qharziah diendahkan.
"Kenapa tak suka ke kitorang datang sini?" soal Farhana. Soalan Arisya tadi dijawab dengan soalan. Arisya menggeleng.
"Kitorang kan dah janji nak tolong kau. So, sebab tu lar kitorang datang ni," Persoalan itu terjawab akhirnya. "Dah, mana kerjanya?" Farhana terus duduk di depan komputer. Dia meneliti hasil tugasan Prof Amer yang telah Arisya siapkan separuh. Monitor komputer itu ditatapnya. "Ni eh?" soalnya. "Mmmm, sikit lagi siap ar ni....kalau kita work together. Ziah, apa lagi keluarkan ar laptop kau. Dah let’s do it now," perintah Farhana, tanpa menghiraukan soalan yang diajukan Arisya. Tanpa berlengah, Qharziah mengeluarkan laptopnya dan tugas dibahagikan. Setelah itu, mereka menyiapkan bahagian masing-masing.
*****
Kediaman Datuk Kamal semakin dipenuhi dengan orang. Dari jauh, kelihatan pelbagai jenis kostum diperagakan. Sedari tadi, dia mencari-cari bayangan seorang gadis. Ya, gadis petang tadi. Gadis yang dirasakan berjaya mencuri hatinya. Gadis yang dia yakin adalah penyelamatnya.
"Dah jumpa dia?" soal Farouq. Tangannya ligat membetulkan `bow tie’ milik Amirul Hikmi. Amirul Hikmi tampak sungguh segak memakai tuxedo. Amirul Hikmi tersenyum, hambar.
"Belum lagi,"
"You gotta find her tonight. If not, you have to forget about her," Farouq memperingatkan tujuan majlis itu diadakan.
Orang ramai kini menumpukan perhatian kearah tangga. Kelihatan Amirul Hikmi dengan segaknya sedang menuruni tangga. Para hadirin memberi laluan. Amirul Hikmi berasa gugup. Tetapi dia bertekad malam ini dia harus mencari gadis itu. Dia menggengam gelang itu seerat-eratnya. Malam ini gelang itulah yang akan mencari tuannya.
*****
Setelah berjam-jam mereka bertungkus lumus, akhirnya tugasan itu selesai. Mereka bertiga terbaring kepenatan. Farhana tersandar di atas kerusi di hadapan komputer. Qharziah di atas katil dan Arisya terbaring di lantai. "Akhirnya, siap juga," Qharziah bersuara. "Isya, pukul berapa?" soal Qharziah.
"Oh, god," Farhana tersentak. Dia bingkas bangun. "Sempat lagi ni," ujarnya. Tangannya mencapai telefon bimbit miliknya. Dia mendail nombor seseorang.
"Sempat? Maksud kau?" tanya Qharziah. Qharziah dan Arisya berpandangan. Meminta penjelasan. "Majlis hari jadi Amirul. Kan habis pukul 12. Sempat lagi," ujar Farhana.
"Oh, no. Kau semangat lagi ke nak pergi? Aku tak sanggup dah. Aku penat. Nak tidur," Qharziah menarik selimut. Dia terlupa dia sekarang berada di rumah Arisya. Farhana melihat Arisya. "Kau Isya?" soalnya.
"Entah ar," Arisya tidak tahu. Kalau ikutkan hati ingin sangat dia pergi ke majlis itu. Tapi dia tidak ada pakaian yang sesuai. Maka, hasratnya terpaksa dibatalkan.
"Alah, jangan ar macam ni," rengek Farhana. Dia berharap sangat Arisya pergi.
*****
Hari semakin larut. Jam di dinding berbunyi 11 kali menandakan sudah pukul 11 malam. Amirul Hikmi masih belum berjumpa dengan gadis itu. Dia sudah menari dengan hampir semua wanita disitu. Tiada satu pun yang memberikan reaksi yang dia mahu. Kalau benar salah seorang dari wanita yang dijemputnya pemilik gelang ini, pasti, si pemilik gelang, itu mengecamnya. Tapi tiada seorang pun yang mengaku. Pada mereka gelang itu tidak bermakna kerana diperbuat dari kayu. Hal ini mungkin berbeza sekiranya gelang itu adalah emas. Amirul Hikmi berhenti menari. Dia menuju ke arah Farouq lalu berkata sesuatu.
Amirul Hikmi memohon maaf lalu meminta diri. Dia kepenatan, Dia runsing tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi langkah seseorang. Dia pantas pusing menghadap gadis itu. ’Gadis itu sungguh cantik. Gaunnya yang berwarna putih membuatkan dia kelihatan sangat suci dan bersih’ getus hati kecilnya. Amirul Hikmi melangkah ke arahnya. Dia menghulurkan tangannya. Gadis itu menyambut huluran tangan Amirul Hikmi. Mereka menari. Sedang asyik menari, Amirul Hikmi mengeluarkan gelang itu lalu ditunjukkan pada gadis itu.
Melihatkan raut muka gadis itu berubah, dia mulai cuak. ’Takkan ar dia ni pun bukan’ bisik hati kecilnya. Dia mengalah.
*******
"Mana awak dapat gelang saya?" gadis itu bersuara. Mereka kini tinggal berdua. Amirul Hikmi mengajak gadis itu bersiar-siar. Mereka singgah di gazebo milik keluarga Amirul Hikmi. Gazebo itu terletak berdekatan dengan rumahnya. Dia perlu bersendirian dengan gadis itu. Keadaan bising diruang tamu itu menarik Amirul Hikmi membuat keputusan tersebut.
Mendengarkan soalan itu, dia berpaling. " Ini gelang awak?" tanya Amirul Hikmi meminta kepastian. Gadis itu membalas dengan anggukan.
"Siapa nama awak?" tanyanya lagi.
"Farisya,"
"Mana awak dapat gelang saya?" gadis itu mengulang soalannya.
"Awak tak ingat?"
"Ingat apa?"
"Peristiwa malam kemalangan tu,"
"Owh, pasal kemalangan tu. Eh, tapi kenapa awak tanya? Macam mana awak tahu pasal kemalangan tu?" soal Farisya, pelik.
"Awak tak ingat siapa yang awak selamatkan?"
Farisya menggeleng. Seingatnya malam itu, dia memang menyelamatkan seseorang tapi dia tidak ingat siapa. Malam itu sangat gelap. Bulan seolah-olah bersembunyi disebalik awan. Malam itu dia bersama-sama dengan Qharziah dan Farhana. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung Qharziah.

******
"Wei, berhenti....berhenti...berhenti," arah Arisya. Qharziah tiada plihan. Kereta itu di berhentikan di tepi jalan. "Kenapa ni?" soal Farhana, dalam keadaan mamai. Dia kelihatannya letih dan hanya tidur di sepanjang perjalanan.
"Ada accident," ujar Arisya. Dia bergegas keluar dari kereta dan pantas mendapatkan kereta tersebut. Dia menampar-nampar pemuda itu. Pemuda itu cedera parah. Dahinya berdarah. "Encik, bangun lar," soalnya lagi. Tiada jawapan.
Arisya terasa tangannya ditarik. "Kau buat apa ni?" tanya Qharziah.
"Kita kena selamatkan dia. Nyawa dia dalam bahaya," terang Arisya. " Tapi dah lewat malam ni," Qharziah mengingatkan. Mereka baru sahaja pulang dari kampung Qharziah. Ada kenduri doa selamat. Kebetulan mereka lalu di jalan itu. "Dah ar jom balik. Kita tak kenal dia pun. Entah-entah dia ni penjenayah ke? Lari masa kejar mengejar dengan polis," Qharziah membuat andaian. Arisya terpaksa akur.
Mereka menuju ke kereta. Langkah mereka terhenti apabila hidung mereka menangkap bau minyak. Serentak mereka menoleh. Minyak bocor! Arisya bergegas lari ke kereta pemuda itu. Qharziah mengekori. Arisya membuka pintu kereta dan menariknya keluar.
"Encik, bangun lar," pinta Arisya. "Oh no. Call ambulan cepat," perintah Arisya. Qharziah segera menelefon ambulan. "Dah jom kita pergi," saran Qharziah. Pemuda itu memegang erat tangan Arisya. Arisya segera menarik tangannya dan berlalu pergi. Tanpa disedari, gelang peninggalan arwah neneknya tertinggal di dalam genggaman pemuda itu.
Selang beberapa lama, dia terdengar bunyi siren ambulan. Dia terasa badannya diangkat naik ke atas.
*******
"Hello, are you here?" tegur Amirul Hikmi. Farisya tersentak. Lamunannya terhenti.
Amirul Hikmi mendekati Farisya. Dia cuba menanggalkan topeng Farisya. Farisya sempat menghalang. Amirul Hikmi mengerutkan dahinya.
Farisya melarikan mukanya. Cuba mengelak dari topengnya ditanggal. "Saya ingin kenal dengan penyelamat saya," Amirul Hikmi berterus-terang apabila mendapati Farisya tidak selesa dengan tindakannya.
"Tak perlu tahu, Saya ikhlas tolong awak. Baiklah. Saya kena pergi dulu. Kalau diizinkan-Nya kita berjumpa lagi.," ujar Farisya sebelum pergi.
"Macam mana saya nak kenal awak kalau saya tak tengok muka awak?" soal Amirul Hikmi.
"Awak akan tahu juga nanti," balas Farisya, tersenyum. Ihklas.
’Aku macam pernah tengok senyuman tu’ bisik hati kecilnya. Senyuman itu mengingatkan dia pada seseorang. Dia juga turut tersenyum.
******
Senyuman terukir dibibirnya. Dia tidak pernah menyangka akan dapat ke majlis keraian. Dia berasa sangat gembira. Malah, yang paling menggembirakan dia adalah ketika dia dapat menari bersama-sama dengan Amirul Hikmi yang selama ini menjadi kegilaan ramai. Setelah berbual dengannya, dia dapat merasakan Amirul Hikmi tidak seperti anggapan pelajar yang lain yang mengatakan Amirul Hikmi seorang yang teruk dan hanya tahu menghabiskan duit ibubapanya. Mungkin benar kata mereka. Tapi dia dapat melihat bahawa Amirul Hikmi telah berubah. Dalam diam, dia perasaannya terhadap pemuda itu semakin mendalam.
*******
Kelas Madam Lucy dibatalkan kerana masalah yang tidak dapat dielak. Arisya, Farhana dan Qharziah bergegas ke pejabat untuk menghantar tugasan Prof Amer. Setelah itu, mereka terus menuju ke cafe. Usai memesan minuman, mereka mencari tempat duduk. Farhana mengajak mereka berdua duduk ditepi tingkap.
"So, how’s last night?" tanya Qharziah. Pandangannya menghala ke Arisya.
"What?" Arisya menyoal kembali. Tidak tahu apa yang cuba ditanya Qharziah.
"Farisya Arisya, apa yang berlaku semalam? Bukan kau pergi ke semalam majlis itu?" soal Qharziah lagi.
"Owh, pasal tu. Memang ar pergi. Mulanya aku nak teman si Farhana ni tapi boleh pulak dia buat hal. Sakit perut lar. Ni lar. Tu lar," ngomel Arisya.
******
"Wei, kau masuk dulu. Aku nak pergi toilet jap. Sakit perut," Farhana memberitahu. Katanya, perutnya memulas-mulas. Dia perlu ke tandas. "Kau masuk dulu ea. Nanti kita jumpa kat dalam," ujar Farhana dan bergegas mencari toilet.
Nak tak nak Arisya harus masuk ke dalam. Bersendirian. Dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin dan melangkah masuk. Dadanya berdegup kencang tatkala dia masuk ke perkarangan majlis itu. Semua mata tertumpu padanya. Jantungnya berdegup pantas.
Apa yang membuatkan dia sesak nafas adalah pemuda yang kini berada didepannya. Amirul Hikmi menghulurkan tangan untuk menari dengannya. Inilah peluang keemasan padanya. Dia menyambut huluran tangan itu dan mereka menari bersama-sama.
********
Qharziah tergelak besar mendengar cerita tersebut. Arisya hanya tersenyum. Muka Farhana mulai merah. Telefon Farhana berdering. Panggilan itu dijawab. Arisya dan Qharziah memandang Farhana. "Qharziah teman aku pergi ko-op," pinta Farhana. Qharziah enggan. Farhana menjengilkan matanya menyuruh Qharziah mengikutnya. Qharziah akur.
Selang beberapa minit, Amirul Hikmi tiba dimeja. Tanpa dijemput, Amirul Hikmi duduk. "Awak lupa gelang awak," ujarnya. Gelang itu, Amirul Hikmi letak diatas meja di hadapan Arisya.
Arisya panik. Gelang. Dia mahu mengambilnya tapi.....’Alamak, gelang aku. Aku lupa nak ambik lar semalam. Eh jap. Kalau aku ambil sekarang, mesti dia tahu yang semalam tu aku’ bisik hati kecil Arisya.
Melihatkan tiada reaksi dari Arisya, Amirul Hikmi terus-menerus memasang perangkap. Dia mengajukan pelbagai soalan perangkap.
"Semalam awak pergi mana?"
"Ehm, kat rumah. Siapkan assignmentProf Amer,"
"Betul awak tak kenal gelang ni?"
"Tak," Bohong Arisya.
"Oh, saya ingatkan ni gelang awak. Kalau macam tu, saya buang jelar," Amirul Hikmi memberitahu. Dia bingkas bangkit dan menuju ke tong sampah untuk membuang gelang itu.
"Jangan buang. Tu gelang saya," Akhinya, rahsia itu terbongkar. Dia terpaksa berterus terang kerana khuatir Amirul Hikmi akan membuang gelang peninggalan arwah neneknya.
"Hah, kan senang kalau awak bagitau dari awal-awal lagi," ujar Amirul Hikmi. Niatnya untuk membuang gelang itu dibatalkan. Dia kembali ke meja Arisya dan duduk.
"Jadi awaklah yang selamatkan saya malam tu kan? Semalam tu pun awak kan? Kenapa tak beritahu saya?" Tiga soalan disoal serentak.
"Banyaknya soalan awak," perli Arisya. Kalau diikutkan hatinya, dia tak nak beritahu kebenaran itu. Mana mungkin dia akan mengaku. Lelaki di hadapannya ini sangat popular di kalangan pelajar perempuan. Malah kakaknya juga turut meminati. Sebagai contoh, malam tadi ratusan ringgit diperhabiskan untuk menarik perhatian Amirul Hikmi. Habislah Arisya seandainya, kakaknya tahu.
"Sebab saya tak nak," balas Arisya.
"Tapi apa salah saya?"
"Awak tak salah apa-apa pun,"
"Tak mungkin awak marahkan seseorang itu kalau dia tak buat silapkan?"
"Sebab......" Arisya menelan liurnya.
"Sebab?" Amirul Hikmi menunggu jawapan.
"Dah ar. Malas nak layan awak," Arisya mencapai begnya lantas melangkah pergi dari situ.
"Sebab awak mulai sukakan saya," ujar Amirul Hikmi.
Langkah Arisya terhenti. Menoleh pun tidak.
"Tapi awak takut terluka. Betul tak? Awak takut terluka sebab terlalu ramai yang menyimpan perasaan pada saya," Dia melangkah ke arah Arisya lantas memegang bahu Arisya dan mendorong Arisya untuk memusing menghadpnya.
"Perasan lar awak ni," Arisya mengomel. Sangkanya Amirul Hikmi tidak mendengar ngomelannya.
Suasana kafe berubah. Orang ramai mulai berbisik-bisik.
"Salah tu. Bukan perasan tapi perasaan. Saya tahu tu semua. Saya sendiri dah lama sukakan awak. Cuma saya takde kekuatan untuk luahkan. Sejak kelmarin. Saya bersyukur sangat sebab awak selamatkan saya. Sebab awak saya berpeluang hidup dan berubah,"
"Saya tahu dulu saya player. Tapi sekarang tidak lagi. Pada mulanya saya memang nak berterima kasih pada penyelamat saya tapi akhirnya saya mulai jatuh cinta pada awak akibat ketaksuban saya mencari awak," luah Amirul Hikmi. Arisya terkesima.
"Mana awak tahu semua pasal accident tu," soal Arisya, kebingungan.
"Farhana,"
Rupanya dalang disebalik semua ni adalah Farhana. Dia sengaja memberi alasan sakit perut malam itu. Dia juga yang bersusah payah menyiapkan tugasan Prof Amer agar Arisya pergi ke majlis itu. Dia juga yang mencarikan gaun yang cantik untuknya. Semuanya semakin jelas kini. "Tapi kenapa dia..?"
"Cuba tengok tu!" Arisya menoleh ke arah Farhana. Farouq berdiri disebelahnya. Kini, jelaslah rupanya Farouq dan Farahana berpacaran.
******
"Awak belum jawab soalan saya?" soal Amirul Hikmi.
Arisya yang sedari tadi asyik melihat pelajar bermain bola tersentak. "Soalan apa?"
"Yang betul ke awak mulai sukakan saya?" Amirul Hikmi meminta kepastian.
Arisya mengerutkan dahinya. Berpura-pura tidak faham. ’Mamat ni tak reti-reti ke nak baca fikiran aku. Aku ni kan perempuan. Takkan lah aku yang kena luahkan dulu. Kata dulukan player, takkan tak tahu kot. Tapi betul ke dia dah berubah?’ Ada kekhuatiran bersarang di fikirannya.
Amirul Hikmi memandangnya tepat ke mata. Arisya terasa mukanya merah padam. Dia bingkas bangun dan ingin beredar.
"Saya akan pastikan awak jatuh cinta pada saya. Awak tunggu lar," laung Amirul Hikmi. Arisya merasa gembira tetapi baginya ini masih terlalu awal. Dia sendiri tidak dapat meramalkan masa depan. Tetapi dia akui hatinya kini terpaut pada insan yang bernama Amirul Hikmi.
~THE END~

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.