CERPEN TERBAIK SINGAPURA - SIKAP

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

KASIH....

Kau adalah sumber inspirasiku
kehadiranmu dalam hidupku
membawa sinar bahagia
Kau sungguh istimewa bagiku


KASIH....
Mencintai dirimu
memberiku harapan
Setiap kali aku kecewa
kau datang mengubati kekecewaanku
lalu aku bangkit semula

KASIH....

Tidak pernah kulupa
kau selalu menggembirakanku
Setiap kali aku bersedih
bila mengenangkanmu
hatiku bertukar menjadi gembira

KASIH....

Setiap kali aku kesunyian
kau selalu disampingku
Setiap kali kau tersenyum
membuat jantungku berdenyut denyut

KASIH....

Kutujukan puisi kasih ini istimewa untukmu
sebagai tanda betapa bermaknanya kau bagi diriku

KASIH....

Aku amat mencintaimu


CERPEN SEDIH TERBAIK SINGAPURA - SUATU PENYESALAN.....

Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

BAHAGIAN KEDUA

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah...

Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...

Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...

Ya Allah?.

Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......





CERPEN TERBAIK SINGAPURA - CERPEN TANAH PUSAKA 11



"Milah, kau dah masukkan dalam kotak semua pakaian dan pinggan mangkuk itu?" tanya Mak Munah. "Sudah Mak,"jawab Milah dengat lembut. "Mana adik adik kau yang lain?' soal Mak Munah lagi. "Mereka semua ada dibelakang rumah pergi tengok Angah robohkan reban ayam."

Mak Munah bingkas bangun, terus ke belakang rumahnya. Dilihat anak anaknya Azman, Mira dan Azmi bergotong royong merobohkan reban ayamnya. "Man, kemari nak." '"Man, mak ingat kita jualkan sajalah ayam ayam ni semunya." usul Mak Munah. "Tapi kenapa mak?" soal Azman.

"Sudah bertahun Man pelihara ayam ayam ni, tiba tiba saja Mak suruh jualkan. Inikan hasil usaha Man sendiri. Man tak setuju." bantah Azman yang mula bergenang airmatanya. Mak Munah tahu anaknya itu amat sayang dengan ayam ayam tersebut tapi apa boleh buat dalam keadaan sekarang ini tiada jalan lain lagi yang dapat diambil selain menjual sahaja ayam ayam tersebut.

"Kita ni tempat tinggal pun belum tahu lagi Man, inikan pula ayam ayam tu, mana kita nak tarok. Lagi pun kalau kita jualkannya, duit hasil jualan tu bolehlah kita gunakan untuk tambahkan belanja dapor kita." pujuk Mak Munah. Betul juga kata kata Maknya itu, fikir Azman. Mak Munah masih menunggu jawapan Azman.

Suasana sunyi beberapa ketika. Kelihatan Mira dan Azmi sedang sibuk memberi semua ayam ayam itu makan. Setelah agak lama Azman termenung memikirkan cadangan Maknya itu, dia pun bersuara dengan tersekat sekat,"baiklah Mak, Man setuju tapi Mak mesti janji pada Man yang bila kita dah ada rumah sendiri nanti, Man nak pelihara semula ayam. "Baiklah Man, Mak setuju." jawab Mak Munah menarik nafas lega.

"Assalammualaikum, assalammualaikum, Munah." Kedengaran satu suara dari arah hadapan rumahnya. "Waalaikumsalam," jawab Mak Munah. "Oh Mak Itam rupanya.
Ada apa Mak Itam?"

"Begini Munah, aku dengar Pak Mail yang baru meninggal tu, kau kan tau dia tu, isterinya pun dah meninggal lama juga, tak ada anak anak pulak tu." Mak Itam memulakan ceritanya. "Jadi dia wakafkan tanahnya yang dibelakang rumah aku tu pada baitulmal, untuk siapa siapa yang tak ada tempat tinggal. Jadi aku datang ni nak suruh kau pergi mohon pada baitulmal, sebab setahu aku masih ada kawasan yang kosong lagi." tambah Mak Itam lagi.


"Tapi saya... "Tak ada tapi tapinya lagi Munah, lagi cepat kau pergi lagi cepat kau dapat." usul Mak Itam lagi. "Sementara nak buat rumah tu Mak Itam, mana kami anak beranak nak tinggal?" Mak Munah bertanya dengan nada perlahan bercampur sedih.

"La... rumah aku kan ada, sementara orang nak buat rumah baru kau tu, kau anak beranak tinggal aje kat rumah aku. Bukannya ada siapa. Anak anak aku semuanya dah ada rumah sendiri." jawab Mak Itam.

Dengan linangan airmata Mak Munah terus memeluk Mak Itam sambil berkata, "terimakasih Mak Itam, terimakasih. Saya tak tahu dengan apa saya nak balas budi baik Mak Itam ni.
Saya fikir dah tak ada orang yang nak pedulikan saya anak beranak. Amat mulia hati Mak Itam."

"Janganlah kau cakap macam tu, Munah. "Kita ni sesama Islam, sekampung pulak tu, kalau kita tak mahu tolong menolong sesama kita, siapa lagi?" Mak Itam bersuara sayu. "Sudahlah, cepat cepat kau kemaskan barang barang kau, nanti sekejap lagi budak Ajis sebelah rumah aku tu dengan kawan kawannya, datang dengan lori, tolong kau angkat barang barang.
Sekali lagi hati Mak Munah terusik dengan kebaikan Mak Itam.

Sejak hari itu tinggallah Mak Munah anak beranak dirumah Mak Itam sementara menunggu rumah barunya siap. Selepas setahun Mak Munah tinggal di rumah Mak Itam, rumahnya pun siap, itupun sekadar sebuah rumah kecil yang zink dan papan papan dindingnya diambil dari rumah lamanya. Dia sudah berpesan pada si tukang buat rumah tu supaya zink dan papan dinding rumah lamanya tu jangan dipecahkan sebab dia tak ada duit nak beli papan dan zink baru.

Walaupun sudah berpindah ke rumahnya sendiri, Mak Munah selalu juga datang menjengok Mak Itam yang sudah tua tu. Anak anaknya pun selalu bermain main di halaman rumah Mak Itam.


Suatu hari sedang Mak Munah memasak didapur, kedengaran suara anak bungsunya Azmi memanggilnya cemas. "Mak cepat mak! cepat mak! Atuk Itam sakit. Tadi masa Mi main main dengan Kak Mira, Mi terdengar satu benda jatuh dari dalam rumah Atuk." Azmi menceritakan pada maknya.

Tanpa membuang masa Mak Munah segera berlari ke arah rumah Mak Itam. Tapi alangkah terperanjatnya Mak Munah bila dia melihat anaknya Mira menangis sambil menggoyang goyangkan badan Mak Itam. "Atuk, bangunlah! Atuk bangunlah! bangunlah!" Mira memanggil manggil nama Mak Itam lagi.


Dilihatnya Mak Itam sudah tidak bergerak lagi. Mak Munah tahu Mak Itam sudah tiada lagi.

Mak Munah tiga beranak menangis dengan sekuat kuatnya. Mak Munah berasa sangat sedih disaat Mak Itam meninggal dunia tiada orang lain disisinya melainkan anaknya si Mira yang masih kecil itu. Dia terus mengambil kain batik lepas menutup sekujur tubuh Mak Itam.

Dengan limpahan air mata Mak Munah berdoa, "Ya Allah, kau sahaja tempat aku mengadu, yang mengetahui apa yang berlaku. Aku bermohon padamu Ya Allah kau lepaskanlah Mak Itam dari azab kubur, kau selamatkanlah dia dari azab api neraka. Kau masukkanlah dia bersama sama orang orang yang beriman. Sesungguhnya kaulah yang maha pengasih dan penyayang."

Tiba tiba awan mendung, hujan pun turun dengan lebatnya seolah olah turut sama menangisi pemergian Mak Itam.





CERPEN TERBAIK SINGAPURA - CERPEN SEDIH TANAH PUSAKA


Cuaca pada pada pagi itu amat baik sekali. Angin sepoi sepoi bahasa terasa nyaman, daun daun pokok getah melambai lambai sesekali. Mak Munah melabuhkan punggungnya diatas kerusi diberanda rumahnya. Sekarang ini Mak Munah berasa puas dengan kejayaan anak anaknya, masing masing telah bekerja, ada yang berjawatan tinggi dan sudahpun mempunyai keluarga sendiri.

Kalau 20 tahun yang lalu, hidup Mak Munah sekeluarga amatlah miskin dan susah. Sudahlah diceraikan suaminya, ada rumah dan tempat tinggal pula, tiba tiba saja dihalau keluar oleh abang ipar dan kakak kandungnya sendiri. " Kau dan anak anak kau boleh keluar dari tanah ini," bentak Abang Longnya dengar kasar. " Tapi Abang Long, mana saya nak tinggal? Anak anak saya semuanya masih bersekolah lagi, dan Abang Long pun tahu yang saya ini sebatang kara tiada saudara mara yang lain, hanya pada Abang Long dan Kak Longlah tempat saya mengadu," rayu Mak Munah dengan linangan air mata. "Aku tak peduli, tanah yang kau duduk tu aku nak bagi bagikan pada anak anakku sebelum aku mati. Lagipun selama kau duduk ditanah ini satu sen duit pun kau tak campak pada aku laki bini."

Tersentak Mak Munah mendengarkan kata kata yang keluar dari mulut abang iparnya itu. Setahu Mak Munah tanah itu adalah tanah pusaka arwah bapanya. "Kak Long tolonglah saya, saya rayu pada Kak Long, saya rela sujud pada Kak Long, saya rela cium kaki KakLong, tapi tolonglah jangan halau saya anak beranak keluar dari sini,'' semakin kuat tangisan Mak Munah.

"Aku tak boleh buat apa apa Munah, tanah arwah abah tu, aku dah jualkan pada Abang Long kau. Jadi sekarang ini semua kuasa ditangannya."jelas Kak Long tanpa rasa belas kasihan lagi. "Sampai hati Kak Long buat saya anak beranak macam ini. Tergamak Kak Long. Dulu Kak Long janji saya boleh duduk sini sampai mati." rayu Mak Munah sambil menangis. Tanpa putus asa Mak Munah terus merayu kepada Abang Longnya,"Tak boleh ke Abang Long tunggu sampai salah seorang anak saya bekerja dulu, barulah saya keluar." "Tak boleh! Lagi lama kau duduk sini lagi sakit mata dan hati aku pada kau anak beranak. Sudahlah Munah, janganlah nak buang masa aku lagi. Sekarang juga kau boleh keluar. Keluar.......! Keluar.......! Keluar.......!" halau abang long seraya ditendangnya kepala Mak Munah yang bersujud dikakinya. Serentak dengan itu juga terdengar suara anak abang long yang nombor 3 marahkan Mak Munah. "Ei..... tak reti bahasa langsung orang tua ni." "Mak Munah, Encik tu memang dah bencikan sangat Mak Munah anak beranak. Usahkan tengok muka tengok kelibat Mak Munah pun dia dah menyampah". "Jadi nak tunggu apa lagi berambuslah sekarang". bentaknya dengan sombong.

Melihat keadaan ibunya yang meraung, Milah anak Mak Munah yang sulung, yang baru pulang dari sekolah terus memeluk ibunya dan turut menangis hiba. "Hey Mak Long, Pak Long, kalau dah benci sangat pada kami janganlah sampai menghina mak Milah sampai begitu sekali." marah Milah pada Pak Long dan Mak Longnya. "Kurang ajar punya budak, dah lah miskin tak ada bahasa pulak tu," hampir saja abang long menampar muka Milah. "Apa selama ini Pak Long ingat yang Pak Long anak beranak dah berbudi bahasa dengan kamilah. Sudahlah Pak Long jangan nak bermuka muka. Kalau sekarang Pak Long kedekut dengan tanah Pak Long yang sekangkang kera tu, Milah doa pada Allah Taala esok bila Pak Long, Mak Long nak mati susah, nanti mati dihimpit tanah." pekik Milah lagi. Dia sudah tidak peduli lagi apa orang nak cakap, dia kurang ajar ke atau apa ke yang penting sekarang dia puas dapat meluahkan isi hatinya. "Sudah Milah! sudah..........sudah.......... ," Mak Munah menjerit.

"Mari mak kita balik, kemaskan barang barang kita, cepat cepat kita keluar dari tanah sial ini," celupar sekali kata kata yang keluar dari mulut Milah akibat terlalu marah dan geram dengan sikap Pak Long dan Mak Longnya.

Jiran jiran sekeliling yang menyaksikan peristiwa itu turut sama menangis dan simpati dengan nasib Mak Munah. Kesian Mak Munah mana dia nak tinggal sekarang ini?


CERPEN PILIHAN SINGAPURA - MAAFKAN AYAH....MIRA

Jam sudahpun menunjukkan pukul 11.00 malam ketika Mansur duduk merebahkan diri di ruang tamu rumahnya. Dalam fikiran Mansur tentu isteri dan anaknya Mira sudah tidur nyenyak.

Tapi kenapa pintu bilik Mira masih terbuka? Mansur terpegun sebentar berdiri di depan pintu bilik Mira. Rupa rupanya Mira tertidur di meja belajarnya. Ditangan kanannya masih memegang pensil seolah olah baru selesai menulis sesuatu di dalam diarinya dan disisinya pula ada segelas kopi yang sudah pun sejuk.

Mansur terus mengangkat Mira ketempat tidurnya. Selepas itu dia mengemas meja belajar Mira yang berselerakkan dengan buku buku. Sebelum Mansur menutup diari Mira, dia ingin melihat apa yang ditulis oleh Mira itu.

Mansur termenung sejenak bercampur sedih selepas membaca diari tersebut kerana apa yang tertulis didalamnya, semua ceritanya berkisar tentang diri Mansur. Dan yang paling menyentuh hatinya ialah tulisan Mira ditiga lembaran terakhir diari itu.

Di lembaran pertama Mira menulis : "Hari ini ayah tidak jadi menemaniku ke Pesta Buku, mungkin ayah terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Aku amat faham dengan kesibukanmu ayah."

Tiba tiba Mansur teringat beberapa minggu yang lalu Mira memang ada mengajaknya ke Pesta Buku tersebut. Dia sendiri telah berjanji dengan Mira yang dia akan mengambil cuti untuk menemani Mira memandangkan sekarang ialah musim cuti sekolah penggal yang pertama.

"Ayah, minggu depan ada apa apa program tak?" Mira bertanya sewaktu Mansur baru hendak melangkahkan kaki untuk ke pejabat pada pagi itu.

Mansur tidak menjawab pertanyaan Mira itu sebaliknya bertanya semula kepada anaknya itu,”Ada apa sayang?"

"Kalau Ayah tak ada apa apa, boleh tak Ayah temankan Mira ke Pesta Buku minggu depan?" tanya Mira lagi.

"Insyaallah Mira, kalau tak ada apa apa hal Ayah akan ambil cuti tahunan ayah untuk temankan Mira,ok. ” Mansur memberikan jawapan seolah olah sekadar untuk melegakan hati anaknya itu.

"Terima kasih, ayah," sambut Mira dengan wajah yang sangat gembira sambil mencium pipi Mansur.

Mansur hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu yang begitu manja dengannya.

Di lembaran kedua Mira menulis lagi : "Hari ini sekali lagi ayah tidak jadi menemaniku ke kedai komputer, kerana aku hendak membeli dakwat printer aku yang sudah habis. Banyak projek sekolah aku yang mesti dihabiskan dalam masa beberapa hari ini. Sebenarnya aku sudahpun mengajak Ibu, tapi kan bagus kalau Ayah dapat ikut sekali. Tapi..... lagi-lagi ayah sibuk".

Sekali lagi Mansur teringat yang anaknya itu memang pernah mengajaknya pergi ke kedai komputer itu bersama sama ibunya.

Mansur sudah faham benar dengan kerenah Mira kalau hendakkan sesuatu mesti dia akan bertanya seperti ini, "Ayah petang nanti sibuk tak atau Ayah ada apa apa program tak petang nanti?"

Kata kata lembut yang keluar dari mulut anaknya itu membuatkan Mansur tidak dapat memberikan jawapan ‘TIDAK’, walaupun kadang kadang dia memang benar benar sibuk.

Di lembaran terakhir Mira menulis : "Hari ini dan untuk kesekian kalinya Ayah telah mengecewakan aku lagi kerana masih tidak dapat menemaniku ke pasar malam di tempat ku .

Pagi tadi aku mengajak Ayah ke pasar malam di tempat kami kerana hari ini adalah hari terakhir pasar malam itu. Aku sudahpun berjanji dengan Pak Man, penjual anak patung di pasar malam tersebut, yang aku akan membeli anak patung yang ditawarkan petang tadi sewaktu Pak Man lalu depan rumahku. Aku katakan pada Pak Man yang malam ini aku akan pergi bersama Ayah dan Ibu ke pasar malam dan aku akan membeli anak patung itu.

Tapi kerana Ayah masih belum balik lagi tentu Pak Man sudah pun menjualnya pada orang lain.

Pak Man, maafkan Mira ye!. Besok pagi pagi Mira akan tunggu Pak Man depan rumah Mira dan minta maaf pada Pak Man kerana Mira tak dapat pergi ke pasar malam semalam. Kali ini Mira yang akan minta maaf dulu sebab Mira yang berjanji, selalunya Pak Man yang terlebih dulu minta maaf bila Pak Man tengok Mira sudah menunggu di depan rumah menanti suratkhabar yang Mira pesan itu.

Pak Man selalu cakap,”maafkan Pak Man, Mira, hari ini Pak Man terlambat,” padahal sebenarnya Pak Man tak lambat pun cuma aku yang terlalu cepat menunggu.

“Pak Man tak mau kecewakan Mira kerana Mira sudah berpesan pada Pak Man yang kalau boleh hantar suratkhabar cepat cepat sebelum Mira pergi ke sekolah. Cuba kalau betul betul Pak Man lambat tentu Mira akan kecewa. Pak Man tak mau kecewakan harapan orang kerana memang susah untuk menyembuhkan hati orang yang kecewa kecuali kita minta maaf dengan tulus ikhlas pada orang yang telah kita kecewakan itu.”

Tiba tiba aku teringatkan Ayah aku. Aku amat sedih sekali kerana selama ini belum pernah sekali pun Ayah minta maaf padaku, bila Ayah tidak dapat melayan kehendakku kerana mungkin Ayah menganggap yang anaknya ini masih kecil, tentu tak tau apa itu perasaan sedih, kecewa atau kecil hati.

Aaa…ah. Aku tak nak bersangka buruk pada Ayah walaupun sebenarnya aku sangat kecewa dengan sikap Ayah tapi aku tidak ingin menyimpan kekecewaan itu didalam hatiku. Bahkan hatiku selalu terbuka untuk memaafkan ayah.

Tiba tiba hati Mansur menjadi hiba dan sayu lalu dia menangis bila membaca tulisan Mira yang terakhir itu.

Mansur mendekati Mira, anaknya di tempat tidurnya. Dia merenung wajah Mira sambil mengusap usap rambutnya.

Dengan linangan air mata Mansur berbisik ke telinga Mira,”Mira anakku sayang, maafkan ayah nak, Mira memang mempunyai hati emas. Ayah memang tidak pernah minta maaf pada Mira atas janji-janji yang tidak pernah Ayah penuhi padamu, nak. Dan Ayah selalu menganggap yang Mira sudah melupakannya, sebab setiap pagi Ayah tengok wajah Mira begitu ceria dan selalu tersenyum.”

“Tapi Ayah silap, itu cuma lakonanmu semata dan yang pasti Mira masih tetap menyimpan dan masih mengingatinya dalam tulisan tulisanmu ini.”

“Entah sudah berapa banyak kekecewaan yang ada didalam hatimu nak, seandainya Mira masih lagi tidak dapat memaafkan Ayah.”

“Ayah akan menunggumu sampai esok pagi untuk meminta maaf padamu, Mira.......”


Posted at Sunday, March 20, 2005 by wardah70
Comments (2)

Sunday, March 13, 2005
CERPEN PILIHAN SINGAPURA - TANGISAN YANG MENGAKHIRI SEBUAH KEHIDUPAN 2


Suasana sunyi dan sepi menyelubungi perkarangan wad ICU Hospital Besar Singapura, dimana Tuan Zaidi ditempatkan. Pak Mat dan keempat empat isteri Tuan Zaidi kelihatan termangu, melayani perasaan masing masing.

“Siapa waris kepada Encik Zaidi bin Omar?” Tiba tiba seorang doktor melayu yang baru keluar dari wad ICU bertanya. “Saya”. Keempat empat isteri Tuan Zaidi menjawab secara serentak. “Saya perlukan hanya seorang waris sahaja untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan ini.” Kata doktor itu lagi.

Masing masing tercengang dan saling berpandangan antara satu sama lain, apabila doktor menerangkan yang Tuan Zaidi perlu dibedah dengan segera kerana dia mengalami barah paru paru yang amat serius sekali. Memandangkan Fatimah, isteri yang pertama jadi dialah yang lebih berhak untuk menandatangani surat kebenaran tersebut.

Penantian itu suatu penyiksaan buat keempat empat isteri Tuan Zaidi dan juga Pak Mat. Fatimah berdoa didalam hatinya,”Ya Allah, Kau selamatkanlah suamiku ini. Kau sembuhkanlah penyakitnya itu. Aku pohon padamu dengan sepenuh hatiku. Kau tolonglah aku Ya Allah.” Sehingga pukul 9.00 malam masih belum mendapat apa apa berita dari bilik pembedahan.

Tiba tiba,”Puan puan semua, saya mohon maaf bagi pihak hospital. Kami sudah berusaha semampu kami tapi nampaknya penyakit suami puan sudah terlalu serius. Jadi saya sarankan supaya puan puan semua bawalah dia pulang sahaja.”

Mendengar kata kata doktor itu, mereka semuanya menangis hiba…..

Selang beberapa bulan kemudianTuan Zaidi merasakan yang dia akan menemui ajalnya dalam jangkamasa yang terdekat. Dia pun mula memikirkan tentang segala kemewahan hidupnya selama ini dan mula berfikir, "Sekarang aku ada 4 isteri, tapi bila aku mati nanti aku akan tinggal keseorangan. Alangkah sunyinya aku nanti!"

Dia pun memanggil keempat empat isterinya satu persatu. Mula mula dipanggil isterinya yang keempat. "Abang sayangkan Anna melebihi daripada isteri isteri Abang yang yang lain. Abang beri Anna pakaian yang istimewa dan paling berharga, serta berbagai bagai kemewahan yang lain. Sekarang Abang dah terlantar sakit dan akan mati tak lama lagi, hanya satu yang Abang nak Tanya. Adakah Anna akan ikut sama untuk menemani Abang?"

"Tak mungkin. Abang dah mati dan Anna masih lagi hidup. Mana ada orang yang masih hidup ikut masuk dalam kubur sama sama dengan orang yang dah mati.” Lancang sekali isteri keempatnya itu menjawab, kemudian terus beredar meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawapan yang di terimanya itu sungguh menyayat hatinya, bagaikan pisau telah menghiris jantung hatinya.

Kemudian dipanggilnya pula isterinya yang ketiga, "Abang dah curahkan segala kasih sayang Abang pada Maria sepanjang hayat Abang. Dan sekarang Abang sedang sakit menunggu maut saja, sudi tak Maria ikut bersama Abang kedalam kubur untuk temankan Abang?"

"Abang ni dah gila agaknya!" jawab isteri ketiganya dengan tegas bercampur marah. "Hidup ini lebih baik di sini. Didalam dunia ni. Bukannya dalam kubur! Maria akan berkahwin lagi setelah Abang mati." Hancur lebur perasaan Tuan Zaidi bila mendengar jawapan tersebut.

Tuan Zaidi tidak berputus asa lantas terus memanggil isteri keduanya pula seraya berkata, "Abang selalu mengadu hal kepada Ifah dan minta bantuan Ifah bila Abang ada masalah, dan Ifah pula selalu menolong Abang bila Abang dalam kesusahan. Untuk kali terakhirnya Abang masih perlukan bantuanmu lagi, Ifah.” “Apa dia, cakaplah bang?” Ifah bertanya lembut. Dalam hatinya merasa amat belas sekali melihat penderitaan suaminya yang tersayang itu. “Bila Abang dah mati nanti, boleh tak Ifah ikut bersama Abang kedalam kubur. Boleh Ifah temankan Abang. Taklah kesunyian Abang nanti.”

Mendengar permintaan suaminya itu yang dianggapnya tak masuk akal, Latifah segera menjawab." “Maafkan Ifah bang, kalau selama ini Ifah tidak pernah kecewakan Abang tapi kali ini tidak mungkin Ifah dapat menolong Abang lagi kerana kita hidup sudah berbeza alam. Abang berada dialam kubur dan Ifah pula masih lagi hidup didunia ini. "Paling jauh pun, Ifah Cuma boleh temankan Abang setakat menghantar Abang ke kubur sahaja". Jawapan isteri keduanya itu, datang seperti halilintar yang membelah langit dan Tuan Zaidi merasa sungguh kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isternya itu.

Dalam kesedihan dan kekecewaannya terhadap jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isterinya itu, dengan tiba-tiba satu suara memanggilnya dan berkata, "Imah akan tinggal bersama Abang. Imah akan ikut kemana saja Abang akan pergi untuk menemani Abang selamanya." Fatimah, isterinya yang pertama itu menyatakan kesanggupannya dengan linangan airmata.

Tuan Zaidi mendongak keatas, dan dilihatnya isteri pertamanya berada di situ. Dia kelihatan amatlah kurus kering, seolah-olah telah lama kebuluran tak makan.

Dengan perasaan yang amat sedih dan kesal sekali, Tuan Zaidi pun berkata, "Kesian Abang tengok Imah. Abang sepatutnya mengambil berat terhadap Imah sewaktu Abang masih sihat dulu! Abang lebih pentingkan isteri isteri Abang yang lain yang langsung tidak berguna lagi ketika Abang sakit ni. Sekarang Abang rasa sudah terlambat Imah…. Sudah terlambat….Abang menyesal !menyesal……..,” luah Tuan Zaidi dengan kuat sekali. Penyesalannya sudah tidak berguna lagi saat itu.

Tiba tiba kata kata itu terhenti….. Tuan Zaidi sudah kembali kerahmatullah dengan perasaan kecewa. Fatimah melaung dengan sekuat hatinya,”Abang, Abang....... maafkan Imah bang, maafkan Imah...Imah tak sempat untuk menjaga Abang disaat saat akhir hidup Abang. Fatimah terus menangis dengan hibanya. Dia begitu kecewa sekali dengan sikap madu madunya yang lain itu. Tidak berperikemanusiaan langsung. Pak Mat yang sejak tadi berdiri disisi Tuan Zaidi turut sama menangis mengenangkan nasib masa depan Tuan Zaidi……


Sejak kematian suami mereka ketiga tiga isteri Tuan Zaidi merasa bebas dari sebarang ikatan. Setelah harta peninggalan Arwah Tuan Zaidi dibahagi bahagikan menurut hukum faraid, isterinya yang kedua, Maria pun berkahwin lain. Manakala Suzanna dan Latifah pula kembali kepangkuan keluarga masing masing.


Tinggallah Fatimah seorang diri di rumah banglo dua tingkat itu bertemankan Pak Mat, drivernya. Fatimah selalu sahaja bersedih sehingga makan, pakainya pun sudah tidak terurus lagi.


Akibat terlalu rindu dan sedih mengenangkan arwah suaminya, akhirnya Fatimah pun meninggal dunia......




CERPEN PILIHAN SINGAPURA - TANGISAN YANG MENGAKHIRI SEBUAH KEHIDUPAN



Tuan Zaidi, merupakan seorang ahli perniagaan melayu yang terkenal di Singapura. Sebut sahaja namanya semua kawan kawannya sudah tahu yang dia mempunyai empat orang isteri yang cantik cantik belaka.


Alasan yang diberikan apabila ditanya mengapa beliau beristeri sampai empat orang pasti jawapannya ialah dia mahukan zuriat namun malangnya sampai sekarang pun isteri isterinya masih tidak dapat menunaikan apa yang diidamkannya itu.


Tuan Zaidi seolah olah sudah berputus asa, memandangkan umurnya yang sudah pun menjangkau ke usia tujuh puluh tahun, tentunya dia memerlukan sekurang kurangnya seorang pewaris yang dapat mengendalikan perniagaannya itu.


Pagi itu seperti biasa Tuan Zaidi kepejabatnya menaiki kereta mewahnya, Rolls Royce yang dipandu oleh drivernya, Pak Mat meninggalkan perkarangan banglo mewahnya yang dua tingkat itu.


Tuan Zaidi tidak pasti kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu sunyi sekali walaupun hidupnya mewah, berumah besar, berkereta besar, dikelilingi oleh empat orang isteri yang cantik tetapi kehidupannya menjadi begitu suram sekali.


“Tuan, boleh saya tanya kenapa Tuan nampak berlainan sekali pagi ini?’’ Pak Mat memulakan bicaranya setelah dilihatnya keadaan Tuan Zaidi yang agak murung pada pagi yang nyaman itu.


“Mat, saya kaya, ada banyak harta, ada ramai isteri, ada beberapa buah kereta dan rumah tapi sejak dah tua ni, saya rasa jiwa saya semakin kosong dan tak pernah tenang. Kenapa ya Mat? Kadang kadang saya rasa lebih baik hidup macam awak, walaupun miskin tapi amat bahagia sekali saya tengok.”


“Sebenarnya Tuan, kebahagiaan bukanlah terletak pada kemiskinan atau kekayaan tetapi sebaliknya ia terletak dalam diri kita sendiri Tuan.” Jawab Pak Mat ringkas. Tuan Zaidi mendengarkan sahaja jawapan Pak Mat itu tanpa sebarang reaksi, sebaliknya fikirannya terus melayang mengenangkan telatah dan kerenah keempat empat isterinya itu.


Tuan Zaidi tersangat sayangkan isteri keempatnya, Suzanna. Tuan Zaidi selalu menghiaskannya dengan pakaian yang serba mahal lagi ekslusif, serta menjamu seleranya dengan berbagai jenis makanan yang serba lazat. Dia terlalu mengambil berat terhadap isteri keempatnya itu dengan memberinya segala apa yang terbaik sahaja dan tidak pernah menolak segala kehendaknya.


Dengan isterinya yang ketiga pula, dia selalu bermegah megah dengan kecantikkan Maria maklumlah dikalangan isteri isterinya, Marialah yang paling cantik dan anggun. Tuan Zaidi sentiasa dengan bangganya memperkenalkan Maria kepada kawan-kawannya setiap kali mereka pergi ke majlis majlis formal. Tetapi disebalik kebanggaannya itu, dia sebenarnya amat takut akan kehilangan isteri ketiganya ini, yang menjadi buah hatinya, akan lari pula mengikuti lelaki lain yang lebih muda memandangkan umurnya yang semakin lanjut itu.


Isteri Tuan Zaidi yang kedua Latifah, juga amat di sayanginya. Isterinya yang ini seorang yang amat bertimbangrasa, sentiasa bersabar, bahkan dia juga bertindak sebagai penasihat peribadi Tuan Zaidi. Tatkala Tuan Zaidi menghadapi sebarang masalah dia selalu merujuk kepada isteri keduanya ini, dan isterinya pula akan sentiasa membantu Tuan Zaidi dalam sesuatu keadaan yang amat menekan jiwanya.


Fatimah, isteri pertamanya pula merupakan seorang isteri yang amat setia kepadanya, dan telah banyak memberi bantuan kepada Tuan Zaidi dalam menyelenggarakan harta kekayaan serta perniagaannya. Disamping itu, isteri pertamanya jugalah yang sibuk mengendalikan segala urusan rumahtangga Tuan Zaidi. Namun demikian, Tuan Zaidi tidak menyayangi isteri pertamanya itu, walau pun isterinya amat mengasihi dan menyayanginya, bahkan dia tidak pernah ambil peduli langsung terhadap kebajikan isteri pertamanya itu.


Tiba tiba lamunannya terhenti apabila drivernya memberhentikan kereta dihadapan pejabatnya. Seperti biasa drivernya akan membukakan pintu untuknya. Bila Tuan Zaidi hendak keluar sahaja dari keretanya tiba tiba dia terasa dadanya sakit, pandangan matanya menjadi kabur, keadaan sekelilingnya berpusing ligat. Dan dengan tidak semena mena sahaja Tuan Zaidi terjatuh lalu pengsan.....


Melihatkan keadaan tuannya yang sudah pengsan itu, Pak Mat dengan segera memanggil seorang pengawal keselamatan yang ada disitu, untuk membantunya mengangkat Tuan Zaidi masuk kedalam kereta. Tanpa membuang masa Pak Mat terus membawa Tuan Zaidi ke Hospital Besar Singapura. Tiba sahaja di hospital, tanpa membuang masa Pak Mat terus sahaja menelefon keempat empat isteri Tuan Zaidi, untuk memberitahu mereka tentang kejadian tersebut.


Tidak berapa lama kemudian keempat empat isterinya pun tiba di hospital, Fatimah, isteri pertama Tuan Zaidi terus meluru ke arah Pak Mat. ”Macamana boleh jadi begini Pak Mat?” “Setahu saya, tuan kamu tu tak ada apa apa penyakit.”


“Alah... kakak mana tahu. “Abang Zaidi tu memang selalu mengadu sakit dada bila tiba gilirannya kerumah Ifah,” isteri kedua Tuan Zaidi tiba tiba menyampuk. “Aa..ah. Betul Kak Imah. Kadang kadang tu, Abang Zaidi sampai jatuh pingsan. Mula mula dulu tak teruk sangat. Tapi sejak kebelakangan ini semakin teruk Maria tengok,” kata Maria pula seolah olah memberi sokongan kepada Latifah.


Setelah mendengar pengakuan dari kedua dua madunya itu, Fatimah tiba tiba merasa sedih, mengenangkan nasib dirinya, apa akan terjadi sekiranya suaminya yang dicintai itu meninggal dunia memandangkan dirinya yang hanya sebatang kara itu.


Bersambung....




CERPEN PELAMIN ANGANKU TELAH MUSNAH....

Hujan turun dengan lebatnya justeru itu juga menandakan berakhirnya pesta majlis perkawinan antara Alia dan Jefry. Kebanyakkan tetamu semuanya sudah pulang.

Ramai saudara mara Jefry yang menyertai langkah mereka kekamar pengantin pada malam itu, sambil tersenyum dan berbisik sesama sendiri seolah olah mengusik kedua pengantin baru tersebut. Tetapi tidak demikian dengan expresi wajah Alia. Alia nampak tegang, gugup bahkan kelihatan sedikit ketakutan berbanding dengan Jefry yang kelihatan tenang sahaja.

Perkahwinan ini bukanlah kehendak hati Alia dan Jefry. Bahkan sebelum ini sebenarnya mereka tidak pernah bersua muka apalagi berkenalan antara satu sama lain. Ia adalah keinginan kedua orang tua mereka masing masing. Bagi mereka berdua, sebagai anak kepada seorang ahli korporat yang terkenal dikalangan masyarakat Singapura seperti keluarga mereka itu, mereka berdua tidak mampu menolak keinginan kedua orang tua masing masing demi maruah keluarga.

Tetapi bukan sebab perkahwinan itu sebenarnya yang menggelisahkan hati Alia, bukan juga karena keperibadian Jefry, yang dilihatnya sangat kacak, tenang, ramah, lembut, bahkan teramat lembut, tetapi sebaliknya Alia amat takut dan bimbang dengan keadaan dirinya sendiri. Ada rahsia yang tersembunyi disebalik raut wajahnya yang ayu itu. " Maklumlah, baru pertama kali..." Ibu Alia berusaha menenangkannya sepanjang siang tadi, namun tidak berhasil, Alia tetap juga berwajah sugul.


Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Suasana diluar yang tadinya kedengaran begitu riuh rendah sekali dengan suara saudara mara Jefry, tiba tiba bertukar menjadi senyap dan sunyi. Barangkali mereka semua sudah tidur, fikir Jefry. Di kamar, pengantin nampaknya kekok, kaku dan begitu sepi sekali. Tiada komunikasi antara keduanya.

Jefry kelihatan sangat tenang sekali, tetapi sebaliknya Alia terus menerus kelihatan gelisah, masih terbayang lagi dibenak fikirannya akan pengalaman buruknya yang telah merenggut kegadisannya! hal itulah yg terus membelenggu fikirannya, dia tidak berkesempatan menceritakan hal yang sebenarnya kepada Jefry, lagi pun Alia merasa takut.

Memang tragedi itu bukan kehendaknya, dia menghadiri satu pesta ulangtahun kawan baiknya, Sally. Kamal, kawan sekerjanya, lelaki yang di anggapnya paling baik ternyata adalah lelaki yang paling buas. Kamal telah memberinya ubat tidur ketika dia mengadu sakit kepala hingga secara tidak sedar Alia telah menyerahkan kegadisannya kepada lelaki keparat itu yang sehingga kini hilang entah kemana. Sejak peristiwa itu Alia jadi takut, bingung, sedih dan macam macam lagi perasaan yang menghantui dirinya.

Tiba tiba lamunan Alia terhenti. "Abang lihat sejak dari tadi Lia termenung, kelihatan gelisah saja. Macam ada sesuatu yang Lia fikirkan dan sembunyikan dari Abang," tenang Jefry bertanya memulakan bicara pada malam yang indah itu. Apa... Lia tak suka Abang?" soal Jefry lagi. "Bukan, bukan itu, sama sekali bukan." Alia masih cuba menyembunyikan lagi perasaannya. "Cuma Lia belum biasa dengan Abang," balas Alia lagi.

Mereka memang belum pernah kenal antara satu sama lain, kerana sudah bertahun tahun lamanya Jefry menetap di Amerika. Cerita tentang Jefry hanya sedikit sahaja yang Alia tahu, itu pun Ibunya yang memberitahunya. Kata Ibu Alia, Jefry baik orangnya, kaya raya dan berpangkat.
Hal itulah yang membuat Alia bertambah takut, was was dan cemas sekali.

"Alia! Lia tahu tak yang abang sudah biasa hidup di negeri yg sangat bebas pergaulannya antara lelaki dan perempuan, bersikap terbuka, tak perlulah Lia malu malu lagi dengan Abang. Abang tahu pernikahan kita ini adalah pilihan orang tua kita, itu sudah pasti, tapi budaya kita, menghendaki Abang untuk menghormatinya dan sanggup mengambil risiko dari sebarang keputusan yang Abang buat" Jelas Jefry dengan panjang lebar.

"Lia tahu, tapi tidak mudah bagi Lia untuk memahami Abang dalam waktu yang sesingkat ini. Bagilah Lia sedikit masa lagi" jawab Alia dengan lembut. "Apakah Abang kurang menarik untukmu?" "Bukan itu masalahnya, Lia sudahpun menerima Abang, sejak kita diijabkabul siang tadi, cuma...." "Cuma apa? masalah kegadisan?" Tersentak Alia mendengar pertanyaan yang terpacul keluar dari mulut suaminya itu.

Ini membuatnya bertambah tambah gelisah, malu, takut dan macam macam lagi perasaan yang datang ketika itu. Dadanya juga semakin berdebar. "Jangan bimbang, Abang sudah biasa hidup di Amerika, hal itu bukanlah menjadi hal utama dan terpenting bagi seoarng gadis.."

Nyaris saja Alia tersedak karena terkejut mendengar kata kata Jefry itu. Bagaimana Jefry boleh meneka dengan cepat dan tepat sekali. Hairan Alia memikirkannya. Alia terdiam seketika.

Jefry meneruskan kata katanya, "Tentu Lia terperanjat bukan! macamana Abang boleh tahu tentang kejadian itu. Kamal, lelaki yang telah memperkosamu itu adalah kawan baik Abang semasa kami sama sama belajar di Amerika dulu." secara tidak sengaja Jefry menceritakan tentang perkara itu, tetapi tiba tiba dia menyesal sekali. "Ah....... kenapa begitu lancang sekali mulut aku pada malam bersejarah ini." Jefry berkata dalam hati.

Hancur hati Alia disaat itu, rahsia yang bertahun tahun disembunyikannya telah terbongkar oleh suaminya sendiri. Alangkah sedihnya Alia. Tiba tiba air matanya mengalir deras membasahi pipinya yang gebu itu.

"Lia, setiap orang mempunyai rahsia masing masing, setiap orang ingin dipandang suci, bersih, baik tapi itu semua tidak mungkin dapat mengubah kenyataan hidupnya, demikian juga dengan Abang..." terputus disitu sahaja cerita Jefry.

Dengan penuh keraguan Alia menatap wajah Jefry. "Kenapa dengan Abang? sudah ada isteri? sudah ada anak? atau..... ada gadis lain yang Abang cintai?" tanya Alia bersungguh sungguh.

Jefry menghela nafas panjang, " Lebih parah dari itu..., Abang sama saja seperti Alia, badan dan tubuh Abang saja nampak lelaki, tapi sebenarnya jiwa Abang, jiwa Abang ....." "Kenapa dengan jiwa Abang, kenapa bang, kenapa...? soal Alia lagi bertalu talu. "Abang "GAY", Abang "GAY" Alia." Masyallah! tiba tiba sahaja dunia terasa gelap. Badan Alia bertukar menjadi begitu lesu sekali, Betulkah apa yang aku dengar ini, bisik Alia sendirian. Betul ke apa yang dikatakan oleh suamiku itu?

Alia tergamam.... Jefry yang tampan itu seorang Gay? Gay!Gay!.... berulangkali Alia menyebut kata-kata itu. Suasana hening seketika, masing masing berbicara dengan fikiran masing masing. Alia merasa amat kecewa sekali, lelaki yang diharapkan dapat membahagiakannya rupa rupanya seorang Gay.

Malam pertama yang seharusnya indah bagi sepasang pengantin yang 'normal' ternyata hanya bertukar menjadi kepedihan, kesedihan, kepiluan bagi Alia, bukan sahaja suaminya tahu tentang rahsianya, tapi lebih buruk lagi, dia menikahi seorang Gay?!
Patutlah Jefry nampak tenang sahaja, sejak siang tadi tanpa sebarang reaksi, tidak resah juga tidak bahagia, rupa rupanya ternyata dia seorang Gay.

Alia menyalahkan dirinya sendiri, itulah, bila niat untuk berkahwin tidak berasal dari hati nurani sendiri, calon suami atau isteri belum kita ketahui betul betul, hal hal buruk seperti ini memang mudah terjadi. Yang tinggal adalah satu penyesalan dan tangisan yang tiada hentinya.

"Abang, kalau Abang sudah tahu yang Abang ini seorang Gay, kenapa Abang bersedia untuk mengahwini Lia?" dalam tangisan Alia bertanya. Kenapa Abang tergamak melakukan ini semua. Kenapa???" tangisan Alia semakin kuat.

Dengan rasa bersalah Jefry menjawab,"Abang hanya menurut kehendak mak ayah Abang! Abang sangat sayang pada keduanya...."

"Sekarang bagaimana? tak kan kita hendak terus hidup berpura pura begini semata mata hendak menjaga hati orang tua kita?" "Entahlah, Abang pun tak tahu. Tapi Abang rasa elok kalau Lia ikut Abang balik ke Amerika, disana kita boleh fikirkan tentang masalah kita ini, lagipun bukankah menurut hukum islam, Lia sudah sah menjadi isteri Abang? Mungkin kita tidak menikah secara fizik, secara badani atau pun emosi, tapi ada hukum yang telah mengikat kita berdua. Abang tidak ingin melihat kedua dua orang tua kita kecewa disebabkan keputusan yang kita ambil... Kita harus bijak Lia."

Keadaan kembali sunyi. Kamar pengantin yang dihiasi indah sudah tidak bermakna lagi buat Alia. Alia sudah kecewa dan dia tidak pasti lagi apakah esok masih ada!!! Pelamin anganku telah musnah sama sekali........

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.