Cerpen : Tak kenal, maka...

Suasana tenang di tepi kolam ikan yang terletak bersebelahan dengan banglo 3 tingkat itu berubah menjadi tegang. "Mama dan papa dah jumpa calon isteri untuk kamu" tenang Datin Zahrah memulakan bicara dengan satu-satu anak lelakinya, Daniel. Dia seolah-olah tahu akan reaksi anaknya itu nanti. "Tapi ma, Daniel dah ada pilihan sendiri. You do know that right? You know that I'm with Sara kan ma?" tegang nada suaranya. "Mama tau, tapi ini decision papa. Lagipun mama rasa papa selalu buat pilihan yang terbaik untuk Daniel. Apa salahnya kalau Daniel turut kehendak dia." Datin Zahrah cuba memujuk. Keputusan kini terletak di tangan papanya, itu yang pasti. Daniel tahu, keputusan papa adalah muktamad, lebih-lebih lagi hal yang penting macam ni.

"Mana papa dan mama jumpa calon untuk Daniel ni? She's a kampung girl lah papa. Do you really think that she can make me happy and understand the way I live my life?" Daniel mencampakkan gambar gadis yang ditunjukkan oleh ibunya. Geram hatinya, disangka pilihan papa itu dari kalangan sahabat-sahabatnya yang berada. Sudahlah dia terpaksa meninggalkan Sara, calon mama dan papanya tidak sedikit pun mengetuk pintu hatinya. "Daniel, don't judge a book by it's cover. You're a grown up. I think this girl is capable of building a meaningful life with you. Cukup didikannya, keluarganya baik, apa lagi yang Daniel nak? Ini bukan pilihan, Daniel mesti setuju. Papa dah tetapkan tarikh pernikahan kamu berdua. Dua bulan dari sekarang!" Dato' Zakaria tegas dengan keputusannya. Daniel mencapai kunci keretanya dan segera keluar dari rumah, dia perlukan ruang dan masa untuk menerima keadaan tersebut.

"Ok, Daniel terima calon papa dan mama ni, dengan syarat she cannot work and I want us to live in our own house." Daniel meletakkan syarat atas alasan dia perlukan ruang peribadi untuk mengenali bakal isterinya nanti. Seperti yang ditetapkan, Daniel bernikah dengan Nur Umairah dua bulan kemudian. Majlis diadakan secara besederhana seperti yang Daniel mahukan. Nur Umairah, seorang gadis yang dibesarkan di kampung, anak kepada sahabat karib Dato' Zakaria yang banyak membantunya suatu ketika dahulu. Orangnya bertubuh kecil dan mempunyai lesung pipit di pipi kiri, cantik pada pandangan Datin Zahra dan Dato' Zakaria, tetapi bukan di mata Daniel.

Pada hari pernikahannya, itulah kali kedua mereka bertemu. Pada pertemuan pertama dahulu, Daniel telah meluahkan segala-galanya, dia telah menyatakan bahawa perkahwinan ini bukanlah atas kehendaknya dan dia tidak pasti samada pintu hatinya akan terbuka untuk Umairah. Umairah memahami apa yang Daniel beritahu padanya, perkahwinan itu juga bukan pilihannya. Hatinya baru sahaja dikecewakan, lantas dia bersetuju dengan pilihan ibu dan ayahnya. "Malam ni dan malam esok, I tidur atas sofa. Lusa kita masuk rumah baru. I dah sediakan seperate rooms. I harap you dapat rahsiakan hal ni daripada papa dan mama." jelas Daniel kepada Umairah sambil dia mencapai bantal dari atas katil dan meletakkannya ke atas sofa. Umairah mengangguk tanda setuju. Dia masih kekok dengan daniel, tapi digagahkan juga diri untuk berada di dalam bilik itu bersamanya.

"So, this is our house. You bebas untuk buat apa saja dekat sini. I tak nak you keluar dan memalukan I. Duduk je dalam rumah ni. Banyak yang you boleh buat." sergah Daniel. Terkejut Umairah yang dari tadi asyik memerhatikan pemandangan di luar tingkap. Dia tidak pasti bagaimana hari- hari mendatang dalam rumah itu. Yang pasti, dia harus menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Hampir tiga bulan telah berlalu. Rutin hariannya ialah, menyediakan pakaian kerja Daniel, menyediakan sarapan dan makan malam yang kadang-kadang tidak dijamah pun oleh Daniel. Selama hampir lebih 3 bulan mereka berkahwin, tidak pernah sekalipun mereka tidur sekatil. Daniel pula hanya melayan dirinya dengan baik hanya di hadapan papa dan mama. Hampir 3 bulan juga lah Umairah tidak menjengah ibu dan ayah di kampung, sekadar bertanya khabar melalui panggilan telefon. Daniel tidak sedikit pun cuba mengenali Umairah dan keluarganya. Pernah Umairah cuba untuk memulakan perbualan dengan Daniel, tapi jawapan yang diterima semuanya bernada dingin. "Orang macam you ni, tak akan paham kerja yang I buat!" berbekas kata-kata Daniel itu, tapi dia cuba buat tak endah. Umairah sendiri kadangkala tidak pasti siapa dirinya di sisi daniel. Tapi dia tidak pernah mempersoalkan sikap Daniel, tidak juga dia menyesal dengan pilihan kedua ibu dan ayahnya. Cuma dia bosan kerana terperap di dalam rumah itu. boleh jadi gila!

"Hello Ira! So, how's your marriage life?" terdengar jeritan Carmen di talian. "Carmen! I miss you. Lamanya tak call. Seronok merantau ke Europe?" balas Umairah membiarkan soalan Carmen tak berjawapan. "Europe is great! Tu lah kau, aku ajak kau kerja kat sini, kau tak mau ikut. Rupa-rupanya dah ada plan nak kahwin ye! Comel tak suami kau tu? Ajak la kawan baik kau ni datang rumah, aku tengah cuti ni. Rindu betul aku nak berborak dengan kau Ira" ceria nada suara Carmen. Umairah begitu gembira dengan cadangan Carmen, tapi dia perlu meminta izin daripada Daniel terlebih dahulu. Segera dia menelefon Daniel di pejabat, dan Daniel telah mengizinkan Umairah untuk mengajak Carmen ke rumahnya.

"Wah, seronoknya! Rumah besar, having a good looking husband and you don't have to work! That's a great bargain Nur Umairah. Bertuah kau. Semua orang kalau boleh nak hidup macam kau sekarang ni." ujar Carmen sebaik sahaja dia memasuki rumah tersebut. "Macam-macam la kau ni. Tak tanya pun khabar aku ni sihat ke tidak." balas Umairah sambil mengerutkan dahinya. "Tengok keadaan kau pun aku boleh tau kau sihat-sihat je kan? Suami kau balik kerja pukul berapa? Boleh lah kau kenalkan dia dekat aku. Nak jugak aku tahu siapa yang bertuah dapat mengubati hati Umairah ni dari kekecewaan." berderai tawa Carmen. Umairah terbayangankan wajah Daniel. Kata-kata Carmen mengusik jiwanya. Mengubati kekecewaan atau menambah luka dihati ni? perangai Daniel kadang-kadang lebih menyakitkan dari kata-kata Syahmi sewaktu mereka berpisah dulu. "Dia sibuk la Carmen. Lain kali lah kau jumpa dia. Aku ni, nampak je happy tau! Luka ni belum tentu terubat dengan apa yang ada di sekeliling aku sekarang ni." balas Umairah selamba. Selama 2 jam Umairah mendengar celoteh Carmen tentang keindahan Eropah. Kedatangan Carmen menyebabkan Umairah terasa amat rindu pada alam pekerjaan yang ditinggalkan, terlalu banyak tentang dunia luar yang dia tinggalkan. Hidupnya kini hambar, namun dia tidak mahu mengeluh, dia tidak mahu dikatakan tidak bersyukur. Lagipun dia pasti, setiap dugaan itu ada hikmahnya.

_________________________________________________________________________

Pagi itu seperti biasa, pakaian Daniel telah disiapkan, sarapan telah dihidang di atas meja. 5 minit.. 10 minit... bayangan Daniel tidak kelihatan. Umairah mula risau. Dia memberanikan langkah ke bilik suaminya. Kertas kerja bersepah-sepah di atas meja. Daniel masih memakai pakaian kerjanya semalam, dia terbaring di hujung katil dan di tangannya terdapat beberapa helaian kertas. Umairah menghampiri Daniel. Dia mengalihkan kertas dari tangan Daniel perlahan-lahan. "Daniel, awak tak sihat ke? Baju dan breakfast saya dah siapkan." Tergagap-gagap dan perlahan nada suara yang keluar dari mulut Umairah. Daniel membuka matanya dan cuba untuk duduk untuk beberapa saat. Dahinya berkerut melihat waktu pada jam tangannya, dia berbaring semula. Umairah bingung. Dia menggegarkan sedikit tubuh Daniel. Daniel kaku, tanpa sebarang reaksi. Umairah meraba dahi Daniel, suhu badannya hangat dan hembusan nafas daniel laju. Segera dia mencapai bantal dan mengalas kepala Daniel. Kertas yang bersepah tadi dikemaskan. Umairah segera turun ke dapur mencari asam jawa.

Sekembalinya dia ke bilik Daniel, terlihat suaminya itu masih berbaring, menyebabkan timbul rasa kasihan di hati. Dia mengeluarkan t-shirt dari dalam almari. Hilang rasa segan silunya, Umairah menukarkan pakaian Daniel dan menyapu asam jawa yang telah dibancuh dengan air ke tubuh dan dahi Daniel. Dia duduk di sisi Daniel, risau kalau-kalau Daniel memerlukan apa-apa. Hendak di bawa ke klinik, tidak terlarat rasanya untuk Umairah memapah, lagi pula dalam keadaan badan Daniel yang teramat lemah. Dia membelek kertas-kertas yang bersepah tadi. Umairah mencapai sehelai kertas kosong dan pen, mindanya berputar ligat. Pantas tangannya menulis idea yang datang mencurah-curah. Hampir 2 jam berlalu, baru sahaja Umairah ingin merenung air muka Daniel yang tenang itu, akhirnya dia sedar dari tidurnya, dia meraba-raba dahinya. Melekit. "Apa ni? Aaarrghhhh.." dia memicit kepalanya, terasa berat sekali untuk dia bangun. Umairah memapah Daniel ke bilik air, dia membersihkan sisa asam jawa yang terlekat pada dahi Daniel. Terasa dirinya seperti anak kecil dengan layanan Umairah, Daniel segera menepis tangan Umairah dan mencapai tuala. "I dah besar lah. tak perlu layan I macam ni. I nak mandi. Kejap lagi I pegi klinik sendiri." ujarnya. Umairah terkilan dengan tingkah laku Daniel. Tiada kata-kata berterima kasih, sindiran juga yang keluar dari mulutnya. Umairah segera keluar dari bilik Daniel. Dia menyediakan pakaian untuk Daniel ke klinik dan segera membersihkan dirinya.


Selesai mandi, dia mencari kelibat suaminya, kalau-kalau masih ada. Tetapi Daniel telah pun keluar. Umairah ke dapur dan mula memasak. Sejam kemudian terdengar deruman enjin kereta Daniel memasuki ruang garaj. Pintu rumahnya dibuka, Daniel terus menuju ke biliknya. Sebentar kemudian Daniel muncul di ruang tamu. Dia menghulurkan sekeping kad bewarna unggu. "Ini wedding invitation Sara. I nak you pakai baju cantik-cantik sikit. Kita pergi reception dia malam esok" ujar Daniel lalu duduk di sebelah Umairah dan mencapai alat kawalan televisyen. Umairah membelek kad undangan tersebut, tertera tema "batik dan kebaya" pada penjuru kecil kad itu. Hatinya berbunga, ingatannya segera kepada Carmen.

"Dah lama kau tak bergaya macam ni Ira. Last time aku rasa sewaktu makan malam anjuran fakulti dulu kot. Tahun bila ya tu? Lebih kurang 3 tahun dulu kan? Cantik warna baju kebaya ni. Lepas ni kita pergi cari selendang pulak ye?" seronok Carmen apabila Umairah mengajaknya keluar mencari baju untuk dipakai ke majlis perkahwinan Sara malam esok. Kebaya bewarna hijau lembut bersulam bunga bewarna unggu menjadi pilihan, selendang bewarna unggu dijadikan padanan. Entah kenapa, Umairah benar-benar berharap pakaian yang dipilih itu tidak akan mengecewakan Daniel.

Malam itu Carmen membantu Umairah untuk bersiap. Solekan tipis pada wajah Umairah cukup membuatkannya tampak berseri-seri. Jelas kelihatan lesung pipit di pipi kirinya. Selendang di pakai di kepala dengan lilitan yang kemas. Umairah mencapai botol minyak wangi dan menyembur sedikit pewangi pada tubuhnya. Daniel masih belum tiba. Dia menunggu di ruang tamu. Carmen telah pun meminta diri untuk pulang. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 8 malam apabila Daniel tiba di rumah untuk menjemput Umairah.

Daniel berpuas hati dengan penampilan isterinya. Ketika hendak memasuki dewan, Daniel mencapai tangan Umairah, digenggam erat tangan isterinya yang halus itu. Umairah terkejut dengan tingkah laku Daniel, tapi dia membiarkannya. Ketika Sarah dan pasangannya datang ke arah Daniel, Umairah dapat merasakan genggaman Daniel yang semakin kuat. "Daniel! thanks for coming. This is my husband, Eric. Dont you want to introduce your pretty wife to me?" soal Sara sambil tersenyum. Daniel merangkul pinggang Umairah dan memperkenalkan isterinya. Umairah bertambah kekok, jantungnya hampir gugur! Dia beristighfar beribu kali, terasa lemah lututnya.

"I'm so sorry. I apologize for the way I behaved tonight." Kata-kata itu keluar dari mulut Daniel sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. "Hmm.." balas Umairah. Tiada kata-kata lain yang dapat diluahkan. Dia keliru, samada dia suka ataupun geram dengan sikap Daniel yang seolah-olah mempergunakannya malam itu. Umairah diam membatu. Sampai di rumah, dia segera masuk ke kamarnya. Di tinggalkan Daniel terpinga-pinga. Umairah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Dia perlu mengusaikan kekeliruannya sendirian. Betulkah tindakannya menerima pilihan ibu dan ayah? Dia sangka dia mampu untuk bersandiwara bersama Daniel untuk mengubati kekecewaannya, tapi kini seolah-olah wujud rasa kasih untuk lelaki itu.

Daniel bangun dari tidur pagi itu untuk ke pejabat seperti biasa. Tapi pagi ini terasa lain, tiada bayangan isterinya. Baju kemejanya telah di gosok, sedia tergantung, tetapi tiada aroma masakan Umairah yang dapat dihidu. Dia terlihatkan nota yang ditinggalkan oleh Umairah di atas meja. Kesal melanda dirinya. Walau apa pun dia harus ke pejabat untuk pembentangan hari ini. Segera dia mengemaskan fail-fail kerjanya. Sedang dia menyusun kertas kerja yang telah siap dia terlihat beberapa helaian yang tertulis plan perniagaan, dia pasti itu tulisan Umairah kerana tulisan di atas nota yang ditinggalkan adalah sama dengan tulisan rangka plan perniagaan tersebut. Daniel mengamati perisian plan perniagaan itu. Kemas dan bernas. Hatinya terdetik, siapa Nur Umairah? Tiba-tiba soalan itu mengetuk pintu hatinya. Rasa ingin mengenali wanita bertubuh genit itu membuak-buak. "Ah.. kau tersilap langkah Daniel.." satu keluhan yang berat dihembuskan.

Selesai urusan pejabat, Daniel mengambil keputusan untuk mencari Umairah. Dia menelefon papa dan bertanyakan alamat rumah ibu bapa Umairah. Dato' Zakaria pelik dengan tingkah laku Daniel, sudah lebih beberapa bulan mereka berumahtangga, kenapa hanya kini baru Daniel bertanyakan alamat rumah ibu bapa Umairah. Sewaktu bernikah dulu, Daniel mahu mereka dinikahkan di rumahnya atas alasan ruang yang lebih selesa. Dato' Zakaria memberikan alamat rumah Umairah dan meminta Daniel menjelaskan kepadanya apa yang sedang berlaku secepat mungkin. Daniel berjanji untuk menjelaskan apa yang berlaku, pada masa yang sama, dia dapat membayangkan leteran yang bakal diterima daripada papanya nanti. Dia tahu, tindakannya menjauhkan diri dari isterinya yang sah itu adalah satu tindakan yang bodoh.

Tiba di halaman rumah Umairah, Daniel segera memberi salam dan menghulurkan tangan kepada ibu mertuanya. "Aaa.. Ibu, Umairah ada? Daniel ada hal nak bincang dengan dia" ujar Daniel sambil tercari-cari bayangan wanita yang benar-benar mengetuk pintu hatinya itu. "Ada dekat dalam tu, masuk lah. Ibu nak habiskan menyapu daun-daun kering ni" balas Puan Murni.

"Assalamualaikum." Daniel memberi salam. Tiada siapa yang membalas salamnya. Daniel memerhatikan sekeliling. rumah yang sederhana besar, kemas susun atur di dalamya, gambar perkahwinannya dibingkai dan terletak elok di atas meja perhiasan. Dia melangkah dengan kekok kerana tidak pernah sekalipun dia menjejakkan kaki di rumah tersebut. Terlihat pintu bilik di sebelah kanannya, di benar-benar berharap untuk melihat wajah Umairah sebaik saja dia membuka daun pintu bilik itu. Belum sempat dia menjengah dia ditegur. "Abang Long nak cari siapa tu? Kak Ira tak tidur sama bilik dengan Nadia. Bilik dia dekat belakang, mari Nadia tunjukkan" mesra kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 12 tahun itu menyapanya. Dia pernah melihat wajah kanak-kanak itu dalam foto keluarga Umairah. Dia pasti itu adalah adik iparnya. Rasa sesal singgah di hatinya. Pasti Umairah tersinggung dengan sikapnya yang benar-benar dingin bak ais sejak mereka berkahwin.

Daniel menyelak daun pintu bilik Umairah. Terlihat wanita itu duduk berteleku di atas sejadah. Umairah tidur bersama telekung yang masih dipakai sambil memeluk bingkai gambar. Daniel menarik bingkai itu perlahan-lahan dari pelukan isterinya, terlihat gambar sewaktu pernikahan mereka. Satu lagi penyesalan hinggap di hati, kalau lah senyuman yang diberikan ketika itu adalah benar-benar ikhlas, pasti dia bahagia kini. Umairah terjaga dari lelapnya, segera dia meraup wajahnya, dia terkejut dengan kehadiran Daniel dihadapannya. Namun belum sempat dia bertanya, Daniel terlebih dahulu memulakan kata-katanya. "Umairah, abang minta maaf. I really am sorry. I regret the way i treated you all this time. Abang tak pernah ambil tau pasal Umairah dan hari ni abang betul-betul menyesal. Please come home. Baru satu pagi Umairah tiada dalam rumah tu, tapi abang betul-betul rasa kehilangan" tulus kata-kata Daniel. Berjurai air mata Umairah mendengar Daniel membahasakan dirinya "abang". Hatinya yang tadi ingin berkeras kini lembut semula. Dicapai tangan suaminya dan dikucup penuh kasih sayang. "Saya mintak maaf sebab tak minta izin abang untuk pulang ke rumah ibu. Saya keliru. I need to find out if my feeling for your is real, and if you can feel it too" ujar Umairah. Daniel mengesat air mata Umairah dan mendakapnya erat. Kalaulah Umairah rasa apa yang Daniel rasa.

Daniel kini lebih mengenali wanita yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu. Nur Umairah Abdul Rahim, seorang siswazah lulusan Master in Bussines Administration, seorang yang benar-benar penyayang dan mengambil berat. Daniel Fiqry Dato Zakaria kini tidak dingin seperti dulu. Tiada hari yang lebih bahagia daripada hari-hari yang dilaluinya kini. Pintu hati Daniel terbuka luas untuk Umairah. Umairah juga lebih mengenali dan memahami Daniel kini. Bak kata pepatah yang klise, tak kenal maka tak cinta. Mengenali Umairah bagaikan mimpi indah yang menjadi realiti buat Daniel.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.