Cerpen : Cinta vs CINTA

Tersebut sebuah kisah cinta
"Ish, apsal la ade kem ujung minggu ni.Bosannye,"keluh aku sambil memasukkan baju-baju yang ingin aku bawa ke kem.Kem yang bertujuan merapatkan jurang di antara junior dan senior itu merampas kebahagiaan cuti hujung minggu ku.Sebagai seorang pelajar persediaan ke Rusia yang sentiasa sibuk, hujung minggulah waktu yang dinanti-nantikan.Walaupun sekadar baring di atas katil usang namun itu jauh lebih baik daripada melibatkan diri dengan aktiviti semasa kem.
Sang mentari memancarkan sinarnya,membakar kulitku menyebabkan aku berasa sangat pedih, al-maklumlah aku mempunyai kulit yang sangat sensitif.Tengah aku termenung jauh sambil memerhatikan muka-muka pelajar junior yang baru,Ariff mengagihkan buletin mingguan tempat kami belajar.Tajuk yang dibincangkan adalah ukhwah junior dengan senior,ah boring.Kem kali ini diadakan di kem Kijang, Kelantan,perjalanan dianggarkan memakan masa 8 jam,perjalanan yang jauh dan membosankan tapi apakan daya,aku terpaksa laluinya.
Aku Aril,seorang pelajar persediaan Medic ke Rusia.Aku seorang yang senang jatuh cinta,jumpa je perempuan,dalam masa 1 minit aku akan jatuh cinta.Aku tak rasa aku seorang sahaja yang begitu tetapi semua lelaki begitu,senang jatuh cinta,semuanya pencinta wanita.Walaupun begitu,sampai sekarang aku masih belum berpunya kerana aku adalah seorang yang sangat pemalu.Aku hanya berborak dengan perempuan di dalam kelas sahaja,kalau aku berjumpa dengan teman wanita sekelasku di mana-mana selain dalam kelas,aku akan tundukkan kepala dan teruskan perjalananku,bukan aku tidak mahu mengangkat kepala dan senyum tetapi aku tidak mampu,perasaan malu dalam diriku menutup kesemua kemahuan nafsuku.Mungkin itu perkara baik tetapi bagiku itu adalah satu kelemahan buatku kerana sampai sekarang aku masih belum bercouple.
Dipendekkan cerita,semasa berada di kem aku ternampak seorang gadis,mungkin jelmaan bidadari di dunia.Hatiku nekad untuk mengenali siapakah gadis itu dan yang pasti gadis itu adalah juniorku.Inilah kali pertama aku melihatnya dan hatiku sudah terpaut padanya.Benar,aku memang senang jatuh cinta tetapi kali ini lain,bukan mataku yang melihatnya tetapi hatiku yang melihatnya.Gadis yang bertudung bidang 60,kulit yang putih dan hidung yang sedikit mancung itu telah mencuri hatiku.Dia kelihatan seperti seorang yang pendiam.Aku tidak dapat menipu diriku,dia adalah gadis yang paling sempurna yang pernah aku lihat di dalam hidupku.
"Aril,ko adjust budak kumpulan ko,aku tolong ko adjust budak yang ko minat tu,"pelawaan seorang kawan yang bernama Jijan tetapi aku menolak,bukan tidak mahu tetapi tidak berani.
Suatu masa aku menghadiri satu majlis agama di sebuah masjid di Bangsar, semasa aku menoleh ke belakang aku ternampak gadis yang sama. "Wah, bagusnya budak tu.Alimah rupenye,"aku bermonolog. "Aril, ko tengok sape?" Tegur Amin sambil bergurau, aku hanya mampu tersenyum.
"Budak tu dapat 1 A bahasa arab tinggi,"tambah Amin.Kata-kata Amin sebentar tadi menambahkan lagi keyakinanku bahawa gadis itu adalah gadis yang paling sempurna yang pernah aku jumpa.Ya,dialah permata yang dicari selama ini,baru ku temui.Namun ku tak pasti rencana Ilahi,adakah dia mampu ku miliki?
Aku menjadi semakin gila,gila bayang.Aku tidak tahu apa yang aku rasa,semua yang aku buat seakan-akan ada yang tidak kena.Entahlah,mungkin inilah yang dikatakan cinta.Hadiah daripada Sang Pencinta. Tapi wajarkah aku gila bayang seperti ini?Wajarkah aku mencintai,mengagungkan hadiah daripada pemberinya? Adakah ini benar-benar hadiah daripada Nya? Pening,aku pening memikirkannya.
Hari demi hari cinta di dalam hatiku semakin bertambah,aku semakin gila.Tiada cara lain melainkan aku beritahu gadis itu tentang perasaan aku tapi bagaimana?Aku tidak berani berdepan dengannya dan aku juga tidak berani bermesej dengannya.Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan.Bila melihatnya aku menjadi tidak tentu arah,nak tak nak aku terpaksa mendirikan solat 2 rakaat.Mohon petunjuk daripada yang Satu.Aku tidak mampu menipu diriku,aku cemburu melihatnya berbual dengan lelaki lain,dalam sujudku aku menangis mohon kekuatan. Bencana apa yang menimpa diriku ini,Ya Allah bagiku kekuatan untuk menempuh dugaan ini.

Rahsia terbongkar?

Suatu hari sedang aku asyik bermain online game tiba-tiba aku dibuzz.
"Free tak?Aku nak tanye soklan,"tanye Ning.
"Free je,soklan ape?"Aku bertanya dengan perasaan yang cukup mencemaskan,apa tidaknya,Ning adalah kawan rapat kepada gadis itu.Aku terfikir mungkin Ning ingin berbincang denganku tentang gadis itu,mungkin ingin memarahiku.Ning tahu segala-galanya,semua cerita tentang gadis itu aku kongsi dengan Ning.Aku semakin cuak memikirkannya.
" Ko pernah dengar pasal hadis sekian-sekian,"balas Ning.
Oh,soalan agama rupanya.Lega rasanya.Aku menjawab soalan-soalan Ning satu demi satu.Sudah menjadi kebiasaan buat aku,apabila aku ingin berhenti mesej dengan Ning,aku akan minta Ning untuk sampaikan salamku kepada gadis itu dan kebiasaannya Ning akan memarahiku dan memberi sedikit tazkirah kepada ku tetapi tidak pada kali ini.Ning tidak menulis apa-apa.Aku berasa sedikit curiga,adakah gadis itu berada di sebelah Ning atau tidak.
"Ril,ko rujuk pada buku apa ek?Bley pinjam?"Minta Ning.
"Eh,xley ar..aku tengah bace."
" Sebenarnye Aina nak pinjam,"terang Ning lagi.
Aku terdiam sejuta kata.Ya,gadis itu namanya Aina.Jika dia yang ingin pinjam,aku rela memberikan buku itu padanya biarpun aku belum selesai membaca buku itu.Tapi aku menjadi kebingungan,adakah betul-betul Aina yang ingin pinjam atau Ning sengaja mengunakan namanya untuk mendapatkan buku itu.
"Wei,cakap baik-baik ar.Takyah ar gune name Aina,"aku cuba memastikan adakah Aina atau Ning yang ingin pinjam.
"Ok2,sorri banyak2..bye..salam."Jawab Ning.
Fikiranku terganggu, adakah Aina yang ingin pinjam atau Ning yang ingin pinjam.Banyak inferens timbul di dalam benak fikiranku tetapi aku terus menyambung bermain online game dengan penuh kusyuk.5 minit kemudian,aku dibuzz lagi. Aina yang buzz.Aku tersentak,terkesima buat 1 minit.Masa seakan-akan tidak bergerak,jantungku seolah-olah berhenti mengepam,darahku seperti tidak mengalir,tanganku terketar-ketar,kebas.
"Er,sorri ganggu tapi boleh tak pinjamkan saya buku yang Ning minta tadi?"Minta Aina.
Aku kompius,haruskah aku bagi buku itu kepadanya sedangkan tadi Ning minta aku tidak kasi padahal Ning adalah kawan rapatku.Jika aku memberi buku itu kepadanya aku telah berlaku tidak adil pada Ning tetapi jika aku tidak memberikan kepadanya aku sudah terlepas satu peluang untuk berbual dengannya. Apa yang patut aku lakukan?Hatiku tidak membenarkannya tetapi nafsuku…
"Baiklah,nanti saya bagi lepas meeting esok ek,"jawab aku.
Semalaman aku berfikir,adakah soalan yang ditanya oleh Ning itu memang benar ingin ditanya olehnya atau sebenarnya Aina yang ingin tanya soalan itu tetapi dia malu,oleh itu dia minta pertolongan daripada Ning.Kalau soalan itu adalah soalan Aina,kemungkinan besar dia mengetahui bahawa aku mengirim salam kepadanya atau dalam erti kata lain,dia tahu bahawa aku suka padanya. Ah kantoi,malunya.Apa patut aku buat.Macamana aku nak berdepan dengannya dalam musyuarat kelab?
"Aku dah buat keputusan,aku kena tanya Ning apa yang berlaku sebenarnya dan aku tidak harus memberi buku itu kepada Aina,yosh"aku bermonolog.
Keesokan harinya,semasa di dalam kelas aku berjumpa dengan Ning dan bertanya hal sebenar.Ning menceritakan hal sebenar dari A sampai Z.Kesemuanya.Betul tekaanku,soalan itu adalah soalan Aina dan Ning telah meng‘forward’kan kesemua perbualan aku dengannya kepada Aina.Alamak,kantoi.Aina dah tahu aku suka padanya.Malu,aku malu tapi nasi dah jadi bubur,tiada apa-apa lagi dapat aku ubah. Semuanya disebabkan kebodohan diri sendiri.Kebodohan yang menyebabkan kebinasaan.
Just a diamond can cut a diamond
Firman Allah di dalam surah Annur ayat 26 terbayang-bayang di kepalaku, "perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat.(sebaliknya)perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik."Aku terfikir,Aina tu adalah seorang yang sempurna,wajahnya sempurna dan akhlaknya juga sempurna sedangkan aku,apa-apapun tiada.Jadi aku telah nekad untuk berubah,berubah menjadi baik.
Aku mulakan dengan bertanya kepada Naqibahnya,juga kawan satu batch denganku, macamana perangai Aina tetapi secara kiasan, al-maklumlah aku ni kan seorang yang pemalu. Naqibahnya menceritakan,Aina adalah seorang hafizah dan dia juga adalah seorang alimah.Justeru itu,aku berusaha untuk menghafaz al-quran.Tiap-tiap pagi selepas subuh aku beriktikaf di atas masjid dan menghafaz al-quran.Walaupun punggungku panas berada di atas masjid dan mataku sangat mengantuk selepas subuh tapi ku tahan juga kerana niatku. Aku yakin dengan janji Allah,jika aku jadi yang terbaik aku akan dapat yang terbaik.Untuk berubah bukanlah senang bagi orang yang macam aku. Betul,aku mempunyai pengetahuan agama yang luas tetapi aku bukanlah seorang yang beramal dengan ilmuku.Aku suka akan ilmu agama,aku pergi ke majlis itu, majlis ini tetapi bila aku balik ke asrama,aku bertukar menjadi syaitan.Malam-malam, aku keluar bersama dengan kawan-kawanku,pergi ke kelab-kelab malam untuk mencuci mata.Jadi,bila aku berubah,kawan-kawan kelab malamku membenciku. Banyak tohmahan yang aku terima tapi aku redha,aku yakin dengan niatku.
Pernah sekali aku disoal tentang cintaku.
"Ko berubah ni,boleh ke ikut islam?ye la,ko berubah kerana perempuan tu bukan kerana Allah..tak jadi syirik ke?"tanya Yota.
"Insya Allah boleh.Aku pernah terbaca,kita boleh beramal untuk mengejar janji Allah,"balasku.
"Janji Allah?budak tu janji Allah?"tanyanya lagi dengan penuh kehairanan.
"A’a,janji Allah di dalam surah An-Nur ayat 26."Terang aku.
"Owh,faham.Ril...kalaulah kan..Kalau ni,bukan betul-betul punye.Kalau ko tak dapat,camne?"Soal Yota lagi.
"kalau la aku tak dapat..yang kompom aku akan nangis..aku down kot..dialah yang aku cari selama ni.bukan senang untuk aku jumpe orang macam die,"jawab aku sambil merenung lantai yang baru kami bersihkan.
"owh..tapi kan,kalaulah dengan tak dapat budak tu, ko akan ingat pada Allah,aku lebih suke ko tak dapat die.." terang Yota sambil membetul-betulkan sejadah.
"eh,jangan cakap camtu...kalau aku dapat die,Insya Allah aku akan lagi ingat Allah..."jawab aku sambil menggeleng kepala.Terpapar di dalam fikiranku,kalaulah sungguh dia ditakdirkan dengan orang lain dan aku sendiri menyaksikan persandingannya,apa yang akan aku buat?Hatiku sebak,selaput kaca di mataku retak tetapi ku tahan jua.
Suatu pagi yang indah,tengah aku lepak di atas masjid aku ternampak Aina melangkah kaki keluar daripada masjid.Aku menundukkan pandanganku. "Ya Allah..sempurnanya dia..walaupun Engkau tidak wajibkan perempuan untuk solat berjemaah di masjid namun dia lakukan juga...aku bukan setanding dengannya..aku bukanlah yang terbaik untukknya sekarang..tolong lah aku dalam berubah,berubah menjadi baik supaya dia mampu ku miliki,aku yakin dengan janji Mu"hati kecilku berdoa.

Munculnya seorang pesaing…

Untuk luahkan perasaanku,aku interpretasikannya dengan status YM.Macam-macam aku tulis, kesemua lirik lagu jiwang aku salin dan tulis balik pada status YM ku. Serius,aku tidak dapat bertindak dengan wajar,otakku tidak dapat berfikir dengan matang.Inilah kuasa cinta.Kuasa yang mampu mengubah segala-galanya.Kuasa yang mampu mengorbankan nyawa manusia.Setiap 1 jam aku mengubah status YM ku dan aku perasan,tatkala aku mengubah status YM ku,ada orang yang membalas status YM ku.
::kamu adalah milikku::-Status YM ku.
::Dia bukan milikmu,dia milik..::-Status YM orang itu.
"Eh,orang ini balas status aku ke?"Aku terfikir.Jadi untuk memastikannya,aku memanipulasikan status YM ku dan hasilnya seperti yang aku sangka,orang itu juga mengubah status YM nya,membalas status YM ku.
" Macam balas status je,"tegurku.
" Mana ada.Tiada makna apa-apapun,"dia membalas.
" Kalau ada?"dia menambah selepas senyap buat seketika.
"Kalau ada…milik siapa?"
"Bukan nak cakap apa la,tapi Mohsen dah mintaq kebenaran untuk berbincang dengan parents dia dan dia benarkan.Mohsen memang belum berbincang lagi dengan parents Aina tapi Mohsen memangda pasang niat untuk masuk merisik.Mungkin sebelum fly kot,"terangnya.
Wajah Mohsen terbayang di benak fikiranku.Aku bukanlah seorang pesaing yang setanding dengan Mohsen.Mohsen adalah seorang pelajar yang cukup terkenal dengan kecerdikannya di tempat aku belajar.Dia juga mempunyai wajah yang hensem dan mempunyai akhlak yang baik mana tidaknya, dia adalah imam muda di masjid tempat kami belajar.Aku bukanlah pesaing yang sesuai dengannya.
Aku berasa seperti dunia ini sedang memijak-mijak kepalaku.Hatiku hancur membacanya.Ya,selapuk kaca yang melindungi mataku pecah,butiran mutiara mula mengalir membasahi pipiku yang sedikit tembam ini.Akulah manusia yang paling malang sekali di dalam dunia ni.Aku bangun berjalan ke arah tandas dan berwudhu,ku kunci pintu bilikku dan ku dirikan solat 2 rakaat.Aku buntu,hanya solat 2 rakaat sahaja mampu ku fikirkan.Di dalam sujudku,hatiku meraung kepedihan,kesakitan.
"Ya Allah..apakah jenis bencana yang Kau timpakan ke atas aku ini.Aku insan lemah,aku tak dapat tahan dugaan ini.Ya Allah,jika dia yang terbaik untuk aku maka jodohkanlah aku dengannya jika tidak,Engkau tahu yang terbaik untukku.Ya Allah,dialah perempuan yang paling perfect aku pernah jumpa tapi mungkin dia bukan yang terbaik untukku.Tapi Ya Allah,aku betul-betul mencintainya.Tolonglah ya Allah, aku mencintainya.Aku suka padanya ya Allah.Tolonglah..tolonglah..Ya Allah,aku tidak pernah menggilai perempuan seperti ini,bantu lah aku…Ya Allah,cinta ini Engkau yang hadiahkan kepadaku tetapi kenapa Engkau takdirkan sebegini untukku?Kenapa Ya Allah?Ampunilah aku,siapalah aku untuk mempersoalkan takdir yang Engkau tetapkan tetapi..Aku tak tahu Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan yang lurus,jalan yang Engkau redhai.."hati kecil ini meraung kesakitan..Pedih..tersangat pedih..

Semua orang tahu…

Keesokan harinya aku melangkah kaki ke Universiti dengan tidak terurus,akalku seolah-olah tidak mampu berfikir dengan waras lagi.Jasadku ada tetapi fikiranku entah hilang ke mana.Dengan rambut yang tidak kemas,baju yang tidak digosok dan berselipar jepun,aku duduk di mejaku.Ku tongkat kepalaku dengan tangan dan aku mula berfikir tentang perkara semalam.Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sapaan seorang yang sememangnya aku kenal dan dia adalah ‘musuh’ku,Mohsen.Adakah Mohsen tahu yang aku tahu pasal dia ingin bertunang dengan Aina?Kalau dia tahu,sapaannya sebentar tadi adalah satu ejekan kepadaku tetapi kalau dia tidak tahu,dia adalah seorang yang berhati murni.
"Kenapa ni Ril,tak sihat ke?Kenapa mata ko bengkak,tengok My Girl?"tanya Mohsen sambil bergurau.
"Tak,takde apa-ape.huh…"aku mengeluh sambil memalingkan mukaku ke dinding dengan tujuan supaya tidak perlu melihat muka Mohsen lagi.
Tut-tut,Nokia N81 ku berbunyi tanda ada mesej masuk.
:: Selamat pagi!!!Wah,ingatkan awak tidak ada nafsu,rupanya bernafsu jugak ya.Aina sihat?::
Terkejut,mesej daripada Florance,juniorku,satu batch dengan Aina.Walaupun kami tidak pernah berbual secara dekat tetapi kami rapat di alam maya,kami selalu bermesej.Florance adalah seorang yang beragama Kristian dan sangat patuh kepada ajaran yang dipegangnya.Dia juga seorang yang open-minded¬ dan berminat untuk mengkaji semua agama yang ada di atas muka bumi ini.Katanya dengan mengkaji agama-agama yang ada di atas muka bumi ini,keyakinannya terhadap agamanya semakin kukuh.Kami selalu berbincang tentang agama dan disebabkan hal itulah kami menjadi sangat rapat.Persoalannya,macamana Florance tahu yang aku yang aku suka pada Aina.
:: Selamat pagi..Aina?kenapa dengan Aina?::-Aku berpura-pura tidak tahu,cuba berhipotesis.
:: Takyah nak tipu la,semua orang dah tahu dah yang awak suke kat Aina::-Jelas Florance.
:: Semua orang?::-tanyaku.
:: A’a,sume orang.Rasanya semua budak perempuan batch saya dah tahu.Awak yang umum ke?::
:: Sume orang?Aina?::-tanyaku tanpa menjawab soalan Florance.Aku menjadi semakin cemas.
:: Kemungkinan..::-balasnya.
:: Awak tahu tak die nak bertunang dengan Mohsen?::tanya aku,cuba mendapatkan kepastian.
:: Oh,perkara tu ke..Memanglah Mohsen ada minta untuk bercakap dengan mak Aina dan Aina setuju tetapi 3 hari aja.Lepas tu Aina tarik balik cakap dia belum bersedia.So,3 hari aja Mohsen gembira.Tapi..Saya tak tahu la kisah betulnya sebab saya pun dengar cerita ini daripada Kak Atiey::- terang Florance,3 pages.
Fuh,lega.Maksudnya aku masih ada peluang untuk mendapatkan Aina.Aku cukup gembira dengan mesej Florance.Tetapi,macamana semua orang boleh tahu yang aku minat kat Aina?Puas aku fikirkan cuma satu jawapan sahaja yang aku dapat iaitu Atiey,dialah ‘orang itu’ dan dialah orang tengah di antara Mohsen dan Aina.Mungkin dia sengaja untuk menghebahkan cerita yang aku suka pada Aina dengan tujuan untuk Aina membenciku dan Mohsen akan menang dalam peperangan ini.Ini sahaja jawapan yang dapat aku fikirkan.Kini tiada lagi rahsia,bukan sahaja Aina bahkan semua orang sudah tahu isi hatiku.Mungkin tampak senang bagiku untuk luahkan isi hatiku kerana Aina sudah tahu segala-galanya tetapi realiti bukanlah seperti yang disangka,Aina cuba menjauhi dirinya daripadaku.Ya,Atiey telah berjaya membuat satu jurang di antara aku dan Aina.Jika dulu,walaupun aku tidak berbual dengan Aina tetapi tiap-tiap minggu aku dapat lihat wajah Aina kerana kami menyertai kelab yang sama tetapi selepas hari itu Aina keluar daripada kelab tersebut dan menyertai kalab yang lain.Kini aku hanya mampu melihat senyuman Aina dari jauh,dari tempat yang dia tidak mampu melihatku.Aku tidak dapat menipu diriku yang hal ini menyiksa jiwa ragaku namun apa yang mampu aku buat?
Nasihat daripada kawan-kawan..
Aku adalah seorang lelaki yang cukup sensitif,aku tidak mampu untuk pendamkan kesedihanku seorang diri,aku menceritakannya kepada kawan-kawanku.Satu per satu.Cerita tentang kekalahan. Cerita tentang kekecewaan.Cerita tentang kesedihan.
"Ala Ril,ilek ar..bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor dow.Wat bodow je ko nangis pasal ni.Lagipun ramai yang minat kat ko dow,ilek ar bro." Nasihat seorang kawan.
"Memang,bunga bukan sekuntum tapi bunga ‘tu’ yang sekuntum.Mana ada bunga yang macam tu,tu je yang ada,"jawab aku.
"Ala,bukan kompom pun Mohsen dapat.Flight tengah terbang pun orang boleh rampas,ni kan pula awek orang,"pujuk kawanku yang lain.
"Ko la yang bodoh Ril!"celah Bad,kawan rapatku.Semua orang terdiam.
"Kalau ko ske,ko patotnya luahkan isi hati ko kat die.Biar dia taw sengal!"tambah Bad.
"Tapi die dah taw da,so takde gune aku luahkan lagi."Aku cuba mempertahankan diri.
"Die da taw ko ske die?"tanya Bad.
"Aku rase.."
"Rase?!Bodow!Pergi jelaskan betul-betul kat die yang ko ske kat die kalau tak ko akan nyesal.Perempuan ni lain dow,kadang-kadang ada perempuan nak ko rendahkan ego ko.Nak ko ngaku sendiri kat die yang ko suke kat die walaupun die da taw ko ske kat die.Ala,ko bagitaw la kat die yang ko suke die.YM ke mesej ke.Aku penah dengar cite yang die pun suke kat ko dow,Far yang cakap.Lagipun,takkan ko tak prasan yang setiap kali ko makan kat kedai Mak Su lepas isyak dengan aku,die ade?Kalo sekali takpela,bley cakap kebetulan tapi ni acap kali dow."Nasihat Bad lagi.
"Perasan.Tapi aku takut aku je yang syok sendiri.Pagi-pagi pun selalunye aku terserempak ngan die, macam dah set masa dah.Pastu,ade skali time aku tengok die,die senyum kat aku.Tak taw la die senyum kat orang lain ke ape ke,tapi bagi aku die senyum kat aku sebab dah tiade orang belakang aku.Warne baju kami pun selalunya sama,"tambah aku.
"Dah tu?apa yang ko tunggu lagi.Ari tu masa pertandingan tarik tali,aku tengok die perhatikan ko.Tak tipu,sepanjang pertandingan dia asyik tengokkan kau je.Pastu bila ko buat lawak bodow,die gelak.Ala,YM je die cakap ko suke die sengal."Marah Bad.
"Tapi lepas aku YM dengan Atiey hari tu,die seakan-akan menjauhkan diri dari aku,dia keluar Kelab Tarian dan kalau jumpa aku dia buat muka masam.."terang aku lagi.
"Perasaan ko je tu sengal,die kuar kelab bukan sebab ko la.Mungkin sebab lain,sebab parent tak bagi ke,die rase kelab tu tak seswai untuk die ke..ala,luahkan je la!Kalo terlepas kat Mohsen baru ko nyesal! Cube ko bayangkan,lepas Mohsen dapat,baru ko taw yang die pom suke kat ko tapi selama ni die tunggu ko ngaku kat die tapi ko tak ngaku so die pilih Mohsen.Saat tu baru ko tau betapa tingginya langit. Nangis berdarah pom tak gune time tu.."nasihat Bad.
Aku hanya mendiamkan diri.Patutkah aku luahkan isi hati aku pada Aina.Kalau aku cakap kat Aina yang aku suke padanya, lepas tu apa yang patut aku buat,ajak dia couple?Tak,takkan.Aku nak bina mahligai yang suci tetapi aku mulakan dengan kekotoran?Aku nak masak ayam golek yang sedap tetapi aku jadikan bangkai sebagai bahan masakan?Takkan,aku takkan mencemarkan tapak mahligaiku.
Tengah aku membaca post dekat http://www.Azzariyat.wordpress.com, aku dibuzz.Kali ini Ning. Macam biasa aku menggelabah,apa yang ingin dibincangkan oleh Ning,tentang Aina?
"Ril..ko betul-betul suke kat Aina?"tanya Ning.
"Errr..suke ..tapi.."jawab aku sambil berdebar,jantungku seakan-akan ingin meletup.Tekaanku kali ini tepat.
"Da tu,knape tak bagitau die yang ko ske kat die?"soal Ning lagi.
"Aku suke tapi…die baik kan?"aku cuba lari daripada topik asal.
"Ko ni betul-betul suke die tak?Ke ko main-main?"marah Ning.
"tak,tak..aku betul-betul.."
"Da tu,baik ko luahkan perasaan ko kat die.Ko ade 1 bulan je lagi!"terang Ning dan walaupun hanya sekadar YM,aku tahu yang Ning sedang marah padaku.Mungkin dia ingat aku ingin memainkan perasaan kawan baiknya itu.
"1 bulan..kenapa 1 bulan?"Aku tertanya-tanya.
"Aril!Kalau ko tak cakap yang ko suke die kemungkinan besar Mohsen akan dapat dia!"jawab Ning.
1 bulan.Mampukan aku?lagi 1 minggu final exam.Aku ada exam dan dia pun ada exam.Patutkah aku ganggu dia demi kepentingan aku?Tidak melampaukah aku?Maksudnya,aku hanya ada 1 minggu untuk ceritakan segala-gala padanya.Tidak,aku tidak mampu.Aku perlukan masa yang panjang untuk buat persediaan,ini bukan seperti jawab soalan kuiz,boleh buat spontan tetapi ini perihal masa depan ku,perihal bakal keluargaku,perihal anak-anak aku.Pening aku fikirkannya dan aku telah buat keputusan,bukan untuk meluahkan isi hatiku tetapi untuk memastikan adakah berita tentang pertunangan itu adalah benar ataupun sekadar khabar angin.
Masa untuk bertindak..
Pukul 12 tengah malam.Aku tengah asyik bermain dengan nombor di hadapan laptop aku dan aku tengok pada YM punya list.Dia online,inilah peluang aku.Aku mesti tanya,mesti.Tetapi waktu itu aku fikir mungkin dia tengah study lagi,jadi aku bercadang untuk YM dia pada pukul 1 pagi.5 minit lagi nak masuk pukul 1,tiba-tiba dia offline.Alamak,terlepas.Betul kata Shah Rukh Khan, "kal ho na ho-esok belum pasti."Adakah aku tidak ditakdirkan untuknya,bila aku sudah bersedia,dia pula tiada.Tidak,ini bukan salah takdir,ini adalah salah aku.Aku yang bodoh.Ketika ada peluang aku tidak ingin menyambarnya dan bila peluang itu hilang aku salahkan takdir.Tidak,ini bukan salah takdir,ini salah aku,aku yang bodoh.Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan tiba-tiba Aina online.Tanpa berfikir panjang aku menyapanya.Malang sekali,tiada jawapan yang aku terima.Adakah dia benar-benar membenciku? fikirku .2 minit selepas itu dia offline.
Suatu hari,pulang daripada masjid selepas solat Asar berjemaah.Aku menggerakkan mouse laptop aku untuk membatalkan mode screen saver dan aku dapati ada satu YM miscall daripada Aina.Cuak,itulah perkataan yang dapat menggambarkan perasaanku ketika itu.Aku terus YM aina.
"Kenape miscall?"
"Bukan..saya tersalah tekan..sorry.."
"Errr…tak kesay pom..bley tanye sumthing tak?"
"Boley je..ape die?"
"Ade oram kat tepi?"
"Tak2,saye sorang je ni..ape die?"
"Aritu..dapat tak mesej saya?Malam..lebih kurang pukul 2.."
"Mesej pukul 2?tak dapat la..aritu internet tak ok,kejap on9 n kejap tak.."
"Oh..ok..er..saya dengar cite awak nak bertunang,betul ke?"
"Eh,tak lah.mane ade.dari mane dengar ni?"
"Gerak ati..huhuhu..gurau la..ade la dari sorang senior.selamat.."
"Selamat?"
"Eh,takde ape2..k la,babai..salam.."
"salam.."
"Jap2..doakan hari-hari saya diterangi dengan cahaya matahari,k =P?"
"Ok..dan doakan malam saya diterangi cahaya bulan.. =D"
Fuh,selamat.Aku tidak perlu 1 minggu atau 1 bulan.Aku dah selamat.Dia tidak akan bertunang dengan Mohsen.Bolehlah aku teruskan hidup aku di sini dengan ceria dan selesa.Dan,ayat last tu ayat yang sangat-sangat menggembirakan aku.Mungkin dia tidak bermaksud apa-apa tetapi bagiku itu adalah ayat yang aku nantikan.Jiwang?Ya,memang aku seorang yang jiwang!Aku fikir selepas exam ni,aku akan luahkan segala-galanya.Cuma,yang jadi persoalannya,selepas aku luah,apa yang patut aku cakap?Ajak bercouple?Bertunang?Atau kahwin terus?
Bercouple bukanlah pilihanku kerana bagiku walaupun couple itu tidak dijatuhkan hukum haram tetapi couple mendekatkan diriku dengan maksiat dan aku tidak ingin mahligai yang aku ingin bina tercalar. Aku lakukan semua ini demi cintaku yang suci,bukan kerana nafsu.Aku tidak pernah merenungnya lama-lama,paling lamapun hanya 10saat.Selepas itu aku tundukkan pandangan,beristighfar.Aku betul-betul ingin menjaga kesucian mahligai yang ingin dibina. Berkahwin adalah keputusan yang melampau bagi remaja seperti aku.Jadi,adakah bertunang adalah pilihan yang sesuai?Suatu malam selepas magrib,aku menelefon ibuku dan meminta izinnya untuk bertunang.Belum sempat aku menerangkan sifat-sifat Aina dan sebab-sebab aku ingin bertunang kepadanya,aku dah diwarning oleh ibuku. "Belajar adalah no.1.Lepas grad bukan saje nak bertunang,nak kawin terus pon boley,"terang ibuku.Aku terpaksa akur,tiada apa-apa pilihan untuk aku buat.Jika aku luah perasaanku kepadanya,hanya sekadar luahan untuk dia tahu yang aku suka padanya.

BERTUNANG???

Sepanjang exam bukanlah soalan matematik,fizik,kimia atau bahasa rusia yang bermain di fikiranku tetapi Aina.Sepanjang masa aku memikirkannya,aku sudah angau.Setiap masa aku memikirkannya, setiap nafas yang ku hembuskan, setiap denyutan nadiku.Aku tahu bahawa lelaki tidak perlukan kebenaran ibubapa untuk bertunang tetapi aku menghormati adat orang Melayu.Aku seorang Melayu yang sopan,yang beradab jadi bukanlah perangaiku menentang adat.Dengan ilmu yang ada di dadaku, boleh je aku memanipulasikan Aina,boleh aja aku bertunang dengannya tetapi adakah aku ingin memulakan hubungan dengan satu penipuan,satu muslihat?
Khitbah di dalam Islam bukanlah satu perkara yang menyusahkan.Tidak perlu untuk merebahkan seekor lembu barulah pertunangan itu sah.Cukup dengan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.Pernah aku ditanya,kalau macam tu ramailah remaja sekarang yang sudah bertunang?Ya,memang ramai kerana mereka sudah bersetuju untuk sehidup semati.Apabila kita berjanji untuk berkahwin pada tahun sekian sekian bermakna kita sudahpun bertunang,tidak perlu sebentuk cincin,wang hantaran atau lembu. Wah,ringkasnya.Memang ringkas tetapi kita harus fikirkan perasaan kedua-dua belah keluarga. Bayangkan kalau anak kita bertunang tanpa kebenaran kita, apa perasaan kita?Marahkan?Begitulah juga perasaan ibu bapa kita.
Selepas lama berfikir,aku mendapat jawapannya.Jawapan bagi persoalan yang penuh dengan muslihat musuhku yang nyata.Aku tidak akan bertunang.Aku tidak akan membina mahligaiku dengan tapak penipuan kerana mahligai sebegitu mudah untuk roboh dek kerana tapak yang tidak kukuh.

Adakah ini kesudahannya?

1 bulan berlalu,kini aku bercuti di Thailand bersama-sama dengan 17 orang lagi kawan-kawanku.Kami berkereta ke Bangkok melalui Kelantan,tanah air Aina.Masanya sudah tiba,aku harus meluahkan perasaanku padanya walaupun pada akhirnya tiada apa-apa dapat aku buat,bercouple tidak, bertunangpun tidak.Tetapi inilah pilihanku,luahkan isi hatiku yang sudah berbatu ini. Aku fikir, ada baiknya jika aku berbincang dengan Florance dahulu sebelum aku bertindak.Florance mungkin tahu isi hati Aina,mungkin.
"Er..tahu tak pasal matahari dan bulan?"aku tanya Florance melalui SMS.Secara kiasan.Kalaulah benar dia tahu isi hati Aina,sudah pasti dia mengetahui perihal matahari dan bulan ini.
"Oh,matahari dan bulan ke?Tahu.Segala-gala..bintang pun ada.."jawab Florance.
"Bintang?"tanya aku.Aku ingatkan Florance bergurau.
"Mohsen..saya tahu siapa pilihan Aina…"terang Florance.Kemahuanku untuk tahu semakin memuncak.
"Kalau tak keberatan..bley bagitaw tak.."minta aku dengan harapan akulah pilihan Aina.
"Err..macamana nak bagitaw ek..susah la..lagipun saya kena tanya Aina dulu,bley tak saya bagitau awak..tapi,saya bagi klu..memang bulan perlukan matahari untuk bersinar tetapi bintang selalu ada di sebelahnya,menemaninya..untuk selama-lamanya.."
"Cukup2..dah faham..tq..babai.."Itulah jawapannya.Bulan bersama bintang,selama-lamanya.Matahari hanya memancarkan sinarnya dari satu tempat yang sangat jauh.Membakar dirinya sendiri untuk kebahagian bulan. Biarlah dirinya terbakar asalkan bulan sentiasa cerah menerangi kegelapan malam.Itulah aku.Klu daripada Florance tadi sudah cukup untuk menghancurkan hatiku yang sedia retak ini.Harapanku musnah.Senyuman yang aku dambakan selama ini hanyalah satu fantasi yang tidak akan menjadi realiti buat selama-lamanya.Aku menangis seperti seorang bayi yang kehilangan ibunya, seakan-akan orang gila.
"Ya Allah aku tahu aku tidak sesempurna Mohsen tetapi kenapa aku tidak layak memilikinya?Aku juga adalah hamba Mu ya Allah.Aku berusaha menjadi yang terbaik sebab aku yakin dengan janji Mu. Bukanlah aku ingin mempersoalan qada’ dan qadar Mu tetapi aku tidak dapat terima hakikat ini.Aku tiada kekuatan sekuat hamba-hambamu yang lain.Inikan hadiah dari Mu ya Allah,tetapi kenapa Engkau biarkan hadiah itu dirampas oleh lain?Aku tahu aku tidak sealim Mohsen,aku tahu aku tidak sepandai Mohsen dan aku tahu aku tidak sehebatnya tetapi tidak bolehkah Engkau menjodohkan aku dengan Aina?Teruk sangatkan aku ya Allah?Buruk sangatkah aku ya Allah? Ya Allah bantulah aku,tunjukkanlah aku jalan yang patut aku ikut…"aku bermonolog sambil menangis.
Keesokan harinya,aku telah pergi ke sebuah pusat membeli belah untuk berkaraoke,menggembirakan hati yang hancur ini.Semasa aku berjalan menuju karaoke box,aku terlihat 1 pasangan tengah membeli tudung di dalam sebuah kedai.Mereka kelihatan sungguh bahagia.Aku kenal tudung yang dipakai gadis itu,tudung Akil dan bidang 60 dan baju yang dipakai lelaki itu.Ya,aku kenal kedua-duanya.Lelaki itu adalah Mohsen dan gadis itu adalah Aina!Mereka sedang bergembira berdua-duan seperti bintang yang menemani bulan di malam hari.Ah tidak,aku datang ke sini adalah untuk menggembirakan hatiku yang hancur ini bukan menambahkan lagi kesedihanku. Aku lari mencari tandas.Membasuh mukaku yang dibasahi dengan air mata.Aku menampar-nampar mukaku sambil memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.Seperti yang dijangka,tidak berkesan.Aku rebah sambil menangis.Hancur lebur hatiku.Aku seperti bangkai hidup. Semua orang melihatku.Aku sudah tidak mampu untuk berdiri lagi,mujurlah pada masa yang sama Bad ada di tempat kejadian.Dialah yang memapahku ke bangku dan menenangkanku. Aku tidak berkata apa-apa tetapi Bad dapat meneka,dia tidak berkata apa-apa sebab dia tahu dalam keadaan seperti ini kata-kata semangat hanyalah satu lakonan kehidupan.Jadi dia membiarkan aku menangis.Mengeluarkan titis-titis air mata kedukaan yang terpendam setelah sekian lama.
Belum sempat aku sembuh daripada luka disebabkan bisa sembilu itu,datang satu lagi ujian kepada ku.Kali ini,ujian yang betul-betul mengujiku,yang menamparku hingga aku jatuh tersungkur.Mungkin semua ini berlaku kerana doaku,doa insan yang celupar di hadapan Pencipta nya.Sepatutnya pada hari ini adalah hari yang gembira kerana hari ini aku grad dan aku disahkan berjaya untuk menyambung pelajaranku di Rusia tetapi tepat pukul 5.15 petang,hati yang sedia hancur lebur ini menjadi semakin parah.Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa aku adalah manusia yang paling malang di dalam dunia ini.Tengah aku lepak bermain gitar di jendela bilikku,melayan lagu ‘tak bias memilihmu’, aku ternampak pasangan semalam berjalan menuju ke sebuah kereta Mercedes hitam.Dari Merc itu, keluar seorang lelaki tua dan seorang wanita tua,tidak syak lagi,itulah ibu dan ayah Mohsen.Mohsen memperkenalkan Aina pada ibu dan ayahnya.Mereka semua memasuki kereta dan bergerak keluar kolej. Ingin aku terjun dari bilik ku ,membunuh diri tetapi aku masih waras,masih mampu berfikir yang mana baik dan buruk.
Aku tidak sedar dalam masa yang sama,ramai mata yang melihatku.Ramai mata yang menjadi saksi air mataku tumpah ke tanah dari tingkat 9 dan inilah air mata cintaku yang terakhir. Merc hitam itu telah membawa Aina pergi,pergi jauh daripada ku. Pergi membawa cintaku kepada kemusnahan. Membina sebuah tembok yang akan menghalangku daripada melihat Aina buat selama-lamanya.Aku menggeleng kepala tanda mengaku kalah,bendera putih harus aku kibarkan kerana hanya itu yang mampu aku lakukan.
Aku benar-benar sudah putus asa,aku nekad untuk tarik diri daripada ‘permainan’ ini.Kekecewaan demi kekecewaan yang aku terima membuatkan aku tidak mampu lagi untuk menangis,mungkin ‘permainan’ ini telah mengajarku menjadi dewasa.Persoalannya sekarang,adakah semua perubahan yang aku lakukan terhadap jiwa kerdil ini harus ku hentikan di sini sedangkan semua itu aku lakukan kerana Allah? Jika benar aku berubah kerana Allah,aku pasti akan terus berubah menjadi lagi baik jika tidak nescaya semua perubahan yang aku lakukan itu adalah hipokrit.Untuk tidak digolongkan dalam kalangan munafiq,aku telah nekad untuk terus berubah,untuk terus menghafal al-quran dan untuk terus menjadi budak surau.

Janji tidak ditepati..

Aku adalah manusia biasa.Janji sekadar janji,hari demi hari aku kian berubah.Dulu kalau tertinggal solat berjemaah pun hanyalah solat subuh tapi kini,kelima-lima waktu.Dulu,jika aku tertinggal 1 waktu solat berjemaah aku akan muram sehari suntuk tapi kini tidak lagi.Walaupun tertinggal atau perkataan yang lebih tepat,meninggalkan kelima-lima waktu solat berjemaah,aku masih mampu tersenyum gembira sambil menonton wayang dengan kawan-kawan.Rasa bersalah dalam diriku sudah hilang.
Perangaiku menjadi lagi parah apabila aku tiba di Rusia.Sudah tiada lagi solat berjemaah,tiada lagi menghafaz al-quran,tiada lagi usrah.Di Rusia aku tinggal serumah dengan Bad dan Arif.Melihat perangaiku yang semakin teruk,Bad dan Arif menggeleng kepala.Puas mereka menegurku tapi teguran itu seakan-akan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.Tazkirah demi tazkirah,nasihat demi nasihat,tiada satu pun yang mampu menyentuh hatiku.Sehinggalah suatu hari,Ning menegurku melalui YM.
"Ko nak jadi ape ha Ril?Takkan sebab ko putus cinte ko lupe tuhan?Mane solat berjemaah ko?Mane ayat quran yang ko hafaz?Munafiq!"marah Ning.
Kata-kata Ning sama saje dengan kata-kata Bad dan Arif kecuali perkataan yang terakhir itu.Perkataan itu yang menyentak aku sehingga tersandar di kerusiku,hatiku tergerak untuk bermonolog.
"Betul ke apa yang aku buat ni?Dulu aku janji aku berubah kerana Allah tapi skang mane yang aku janji tu.Sume sie-sia.Munafiqnya aku.Ya Allah,ampunla hamba mu ini.Aku da tersesat ya Allah.Aku lupa janji aku dengan Mu,ampunila aku ya Allah.Bimbingla aku ke jalan yang lurus…"
Tiba-tiba Bad masuk bilik aku.Sebelum Bad berkata apa-apa,aku memeluknya dan menangis.
"Bad,aku da sesat Bad.Aku mintak map sebab tak dengar nasihat ko.Aku mintak map aku x solat berjemaah.Sori Bad,sorii.."
"wat ape ko mintak maap ngan aku?Nuh,mintak ngan nuh."Terang Bad sambil menunjuk-nunjuk ke arah langit.
Teguran Ning dan Bad berjaya menyentuh hatiku.Aku insaf.Aku sudah nampak jalan yang lurus dan aku yakin bahawa aku sudah melencung ke lain.Ya Allah,aku bersyukur kerana mempunyai kawan yang berstatus sahabat.

Nekad yang tersekat

Kini aku dah berubah,kembali kepada aku yang asal.Benar,aku lakukan semua itu sebenarnya untuk melupakan Aina tapi ternyata itu adalah perbuatan yang sia-sia.Aku tidak dapat melupakannya. Bila aku memegang naskah al-quran,aku akan teringat kepadanya.Mana tidaknya,aku mula memegang naskah al-quran ketika aku menyukainya.Sebelum itu sudah 1 tahun aku tidak memegang naskah al-quran .Namun,bila bayangan Aina bermain di fikiranku,aku terus istighfar.Bimbang-bimbang aku syirik pada Allah.
Aku mesti buat keputusan samada untuk melupakannya ataupun terus mencintainya.Memang orang cakap buat istikharah ketika kita sudah ada keputusan,tidak akan mustajab.Aku tidak peduli kata orang. Biarlah aku dengan Pencipta ku.Dia lebih taw isi hati aku daripada aku sendiri.Aku tidur awal dan bangun qiam.Aku dirikan solat sunat istikharah,memang aku tidak minta Allah memberiku pilihan tetapi aku minta daripada Allah supaya berkati pilihanku.1 tahun aku lalui keperitan ini dan kalau aku putus asa sekarang,sia-sialah air mata yang aku keluarkan selama ini.Semoga pilihanku untuk terus mencintai Aina diberkati Allah.
"Bad,biar ape-ape pun terjadi aku akan luahkan isi hati aku kat Aina.Die terime ke die tolak ke,die da btunang ke,aku tak peduli.Yang penting ape yang aku pendam selame ni,aku luah.Da lame aku tahan perit ni dan aku tak mampu tahannya lagi,"terang aku kepada Bad dengan bersungguh-sungguh.
"Bagusla macam tu,aku taknak kawan aku ni ‘menjadi’ lagi.Luahkan sume,ko mampu!Ko asyik kate sedey,perit,pedih padahal ko tak pernah pom dapatkannya,aku rase xde istilah ‘lost sumthing that u never have’,"ujar Bad sambil menepuk-nepuk bahuku.

Inilah masanya…

Setiap malam aku bersekang mata menunggu Aina onlineBerminggu-minggu lamanya tapi dia tidak online.Satu hari,lebih kurang pukul 2 pagi waktu Rusia,Aina online.
"Salam…sehat?"tanya aku.
"Salam..sehat..Awak?Syok nye dot Rusia,tak sabar rasenye nak pegi sane.."jawab Aina.
"A’a,mase sampai sini salji turun.Sume excited gle,ktorang tadah salji tu kat tangan dan makan.Huhuhu." Cerite aku.
"Wah,nak jugak..dengkinye!Kte tak taw la bley g ke tak,physic x paham ar…"terang Aina.
"Ala ,ilek ar.Saye yang result gtu2 pom bley fly,awak yang best student ni..lagi la..tak paham takpe,awal lagi.Tanyela oram yang paham..kalo xde oram yang paham,tanye la lecturer.Kuiz aritu ok?"nasihat aku.
"Eh,mane taw ade kuiz ni?Saye dapat top…huhuhu..nak adiah!"
"wah,congrat!Adiah?Nak ape?"tanye aku.Sebenarnya aku agak terkejut,Aina mesej denganku seakan-akan aku ialah kawan rapatnya.Perasaan je kot.
"eh,gurau2…blaja camne skang?susah tak?"tanye Aina.
"macam biase,susah..tapi da adat blaja kan,kalo senang baik takyah blaja kan?"aku kompius macamana nak masuk topik sebenar.
"Ee…sebenarnye ade bende nak cakap ni.."ujar aku.
"???"
"tak kisay la apa yang akan jadi lepas ni tapi saye nak cakap gak.."ujar aku lagi.
"ye..ape die?"
Aku menekan huruf-huruf di keyboard satu persatu,aku yakin hormone adrenalin aku dirembes lebih banyak daripada biasa. Jariku terketar-ketar tapi ku gagahi juga. ‘saye suke kat awak’.Itulah tulisan yang terpapar dalam box tulisan aku,aku belum menekan ‘enter’.Aku masih ragu-ragu untuk menekannya kerana aku takut akan jawapan yang bakal ku terima.Aku takut cintaku ditolak.Namun,belum sempat jariku menekan butang ‘enter’,bekalan elektrik rumah kami terputus.
"Ahhhhhhhhhhhhhh,tensyen nye?!Kenapa skang?!Punye la banyak mase tapi kenapa black out skang?!" jerit aku,jiwaku tertekan.
"Er,sorri Ril.Silap aku,aku tertumpah air atas plug heater yang on tadi..betul2 sorri.."kata Arif.
Ingin saje aku lempang Arif tapi kalau aku lempang die,elektrik umah aku takkan ok gak.So,aku berlari menuju ke kotak switch utama rumahku.Selamat kerana switch utama tidak rosak,switchnya reset. Aku membetulkannya dan elektrik rumah kami kembali seperti sedia kala.Aku membuka komputerku dan sign in YM.Bila aku masuk,aku dapati bahawa Aina sudah offline.Mungkin benar aku tiada jodoh dengannya dan aku harus pendam perasaanku ini sampai bila-bila.
Aku tulis kisah cintaku dalam blog kat internet.Dari A ke Z,kesemuanya tanpa tertinggal walaupun 1 watak.Aku tidak mengharap belas kasihan daripada orang tapi aku ingin berkongsi dengan semua orang bagaimana dengan cinta kite akan dapat CINTA.Banyak komen aku terima,ramai yang kata aku pengecut,chicken sebab aku tak luahkan isi hatiku kat Aina.Tapi aku tak kisah,biarlah aku dengan Pencipta ku.

6 tahun kemudian..

"Wah sudah lewat,mampusla aku kali.Da pukul 8.30,mane la sempat nak sampai airport."Jerit aku sambil bergegas memakai uniform.Memang aku tak mandi ari tu.Hari ni merupakan hari pendaftaran pekerja-pekerja baru di Airport tempat aku bekerja dan aku ditugaskan untuk menjadi ‘guide’ mereka. Kalau aku lambat matilah aku dikerjakan dengan manager.
"Weh,mane ko pergi?Lagi 2 minit budak-budak tu datang sini .."tanye Bad.
"aku tertido ar,loceng bunyi pom x sdar.."jawab aku.
"tu la ko,tido mampus lagi.Weh2,ko nak taw sumthing tak?"tanye Bad lagi.
"ape die?"soal aku.
"huhuhu,mesti ko epi kalo ko taw sape newbie tu..tunggu dan lihat."terang Bad.
Siapa agaknya,puas aku fikirkan tapi tiada jawapannya.Newbie2 tu melangkah kaki ke bengkel kapal terbang,seorang demi seorang tapi tiada seorang pun yang aku kenal.Aku berpaling ke arah Bad sambil mengangkat-angkat kepalaku,symbol bertanyakan siapa.Bad tersenyum dan aku terus dalam kebingungan,siapakah yang dimaksudkan oleh Bad sebenarnya.Semua newbie senyap tidak berani berkata apa-apapun,mungkin mereka takut kami buli mereka.Tapi kesunyian pagi itu dipecahkan dengan bunyi tapak kaki orang berlari masuk ke dalam bengkel.
"Aina?Aina ke tu?"hatiku bertanya.Aku tidak dapat melihat wajah newbie yang lari itu dengan jelas disebabkan dia berlari sambil menundukkan kepalanya ke bawah.Aku melihat kea rah Bad dan Bad menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Betul,itu adalah Aina.Tapi,macamana dia boleh jadi jurutera kapal terbang sedangkan dia belajar kejuruteraan elektrik dan elektronik.Ah,biar la ape-ape pun,janji aku berkerja dengannya sekarang.
Semasa waktu rehat,aku mendekatinya.
"Boleh saye duduk di sini?"
"duduk la..memang takde orang pun"
"sehat ke skarang?Lame tak jump eek,6tahun rasenye."
"A’a..awak tak brubah pun kan?huhuhu"
"Eh,brubah la.Smakin gemok..huhuuh.."
"Gemok pun takpe…ramai orang nak.."
"mane ade..Awak da btunang ke?"
"btunang?Dengan sape?Mane la ade orang nak akt saye.."
"Mohsen?"
"Eh,mane ade ..kami kawan je la.."
"da tu,bukan ke awak ikut mak dan ayah die g mane tah..Merc hitam…"
"Oh,huhhuhu..memangla abang Mohsen perkenalkan saye kat parents die.Bile jumpe ngan mak die,mak die cam saye.Rupe-rupenye,saye dan abang Mohsen ialah 2pu-pu.Lawak la.."
"2pu-pu?tak paham.."
"oh sori,tkeluar loghat klantan.Sepupu kepada sepupu."
"Oh.."
"lagipun saye da bagitau mak die yang saye ade ske orang lain."
"eh,awak da ade ..bf?"
"Takde.."
"da tu..orang yang awak ske?"
"ade la..orang tu.."
Aku terdiam sebentar.Siapakah laki bertuah yang dimaksudkan Aina sebenarnya.Aku?
"eh Aina,bukan ke awak amik EE(electric & electrical) ke?Macamana awak dapat kerje kat sini?"
"memang pada awalnye saya nak amik EE.Tapi satu hari sebelum tetapkan pilihan,saye surf kat internet. Ditakdirkan saye jumpe blog sorang budak mechi yang sedang blajar kat Rusia.Disebabkan 1 artikel dalam blog die tu la yang buat saye nekad untuk amik ME(mechanical engineering)."
"artikel pasal ape?"
"cinta VS CINTA"

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.