Cerpen : Kita tetap kawan sampai bila-bila tau

Hari pertama aku masuk kerja. Seperti biasa aku dipelawa oleh salah seorang staf Kenari.com ke meja aku. Gembira bercampur nervous. Maklumlah, ini kompeni pertama aku selepas aku menamatkan pelajaran di UiTM.

Aku hairan juga sebab kompeni ni macam takde staf je. Aku datang kerja seperti yang dijanjikan. Tapi batang hidung staf langsung tak nampak. Kecuali akak yang pelawa aku ke meja aku sebentar tadi. Aku datang awal, ke? Bila tengok jam.. hmm pukul 10.00 tepat. Memang waktu kerja yang diberitahu oleh bos aku.

Aku try tanya kakak tadi tu. Dia hanya tersenyum dan menjawab

"Kejap lagi sampai la diorang. Biasalah.. waktu kerja tak tentu. Budak-budak ni sesuka hati je datang pukul berapa diorang suka.." jawabnya dengan penuh selamba. Aku memang terkejut jugak la. Ada juga fesyen kerja macam ni ek?

Then, dalam hampir 15 minit.. seorang demi seorang menunjukkan diri. Sempat juga la aku mengerling dan memerhati muka-muka staf yang suka datang lewat. Hehehe..

1 jam kemudian.. akak yang pelawa aku tadi memperkenalkan aku dengan staf-staf yang lain. Ada yang senyum kambing, ada yang mengangguk dan ada juga yang buat ala-ala bodo gitu. Budak yang buat bodo tu sempat juga pandang arah aku sebelum dia sambung kerja dia. Yang lain pun sama. Rasa kerdil je..

Dah nak sampai waktu tengahari, satu kerja pun tak sampai dekat aku. Dari tadi dok baca coding yang memeningkan dan ada masanya melangok tak tentu hala. Rasa bosan dah mula terjah. Nak tegur budak-budak ni, masing-masing busy dengan kerja. Sorang pun tak tegur aku lepas sesi perkenalan tadi.

Tiba-tiba je akak yang pelawa aku tadi menjerit nama seseorang..

"Zikri..! Meh tolong akak kejap.. server error la.." jerit dia. Mata aku melilau juga la mencari siapa budak yang bernama Zikri tu. Entah macam mana budak lelaki yang buat muka bodo dengan aku tu terus bangun dan mendekati akak tu. Oh.. nama dia Zikri rupanya.

"Apa yang error, kak?" tanya dia.

"Entah? Tadi akak nak buat backup tapi server ni lembab giler. Macam mana nak up server ni?" bebel akak tu lagi. Hmm.. lupa pula nak bagitau nama akak tu Kak Norina. Hehehe.. Budak bernama Zikri tu membelek dan menaip sesuatu ke dalam prompt linux. Hm.. dah nama pun programmer. Bab-bab macam tu tentu dia dapat buat.

"Ada orang buka program java ni, kak! Tu yang server problem.." jawab dia.

"So nak buat macam mana?" tanya Kak Norina.

"Tak tau la.. Biasa la.. Java kan?"

Aku terpana sekejap. Java? Kebetulan aku buka coding java dekat linux.. Aku ke yang menyebabkan server error? Hmm.. biar benar budak ni? Ke dia saja nak perli aku?

"Hish! Siapa la yang buka java ni? Bodoh betul!" bising Kak Norina menuduh tak tentu pasal. Aku buat bodo je. Tak nak mengaku. Apa kes buka coding java boleh effect server? Ke server kompeni ni yang problem? Huhuhu.. nasib badan. Budak lelaki tu pula, tak tahu nak buat apa mula la balik ke tempat dia. Sempat juga la dia melintasi depan aku. Tapi langsung tak dipandangnya aku. Seolah-olah aku ni tak wujud pula kat tempat ni. Hish! Benci betul aku!

***********************
6 Februari 2008

Hari kedua aku kerja. Wah! Malas pulak nak pergi kerja. Dah la semalam aku dok buat bodo je. Dari awal kerja sampai ke sudah asyik baca coding. Dah la sepatah haram pun aku tak tahu. Nak minta tunjuk ajar dengan si Zikri tu segan pulak!

Aku berjalan ke arah mejaku. Hm.. macam biasa la. Batang hidung staf yang belum nampak pada pukul 10.00 pagi. Aku mula buka computer. Hmm.. nak buat apa ek? Takkan nak baca coding, kot? Gila pula dua hari baca coding yang mengelirukan tu. Huhuhu..

"Pija buat apa?" tegur Kak Norina.

"Err.. takde buat apa, kak.." bohong aku. Yelah.. takkan aku nak cakap aku tengah baca coding? Semalam pun aku bagi alasan yang sama. Takkan hari ni pun nak bagi alasan yang sama. Rajin betul aku asyik baca coding je. Hehehe..

Akak tu cuma mengangguk dan berlalu pergi. Mata aku dah berpinar-pinar baca coding di depan mata. Macam biasa, sepatah haram pun aku tak faham. Huhuhu.. Lima minit kemudian, budak-budak staf ni masuk ke dalam ofis. Riuh jadinya bila budak-budak ni masuk ke dalam. Budak laki yang lalu di hadapan aku hanya tersenyum je. Kalau korang nak tahu, kompeni ni penuh budak lelaki. Perempuan cuma 3 orang je termasuk aku. Kira bab-bab mencuci mata tu elok sangat la bagi aku yang ala-ala masih single lagi ni. Kikiki..

Zikri tu berjalan melalui aku. Dia bergerak ke tempatnya. Dia la yang paling bising. Menyampah pula aku tengok. Semalam dia mengutuk aku. Walaupun aku tak tau dia tuju kat siapa tapi kebetulan aku bukak coding java so aku layak la nak terasa. Ah! Benci la nak fikir pasal tu. Baik aku teruskan membaca coding. Kerja juga. Dari dok melangok je.

"Pija buat apa?" terkejut beruk aku bila mamat tu tegur aku tiba-tiba. Mata aku tertancap ke arahnya yang tersengih. Hai, baik pula tegur aku pagi-pagi ni. Semalam sikit punya sombong. Siap boleh perli aku lagi.

"Err.. baca coding.." jawab aku. Jujur pula kali. Dia hanya mengangguk.

"Kalau ada yang Pija tak faham, rajin-rajin la tanya ye?" usul dia memberi cadangan.

"Err.. ada-ada.." Peluang yang datang jangan ditolak. Hehehe.. Laju je aku nak minta pertolongan dari dia.

"Wah..! Baru bagitau dah ada soalan? Hehehe.." gurau dia. Aku hanya sengih kerang. Tak kisah la yang penting dia tolong aku faham coding yang entah apa-apa, ni..


*****************

15 Februari 2008

Aku rasa seronok pula kerja kat tempat ni. Hampir dua minggu juga la aku kerja. Lebih-lebih bila aku dengan Zikri semakin rapat lepas trip dekat Langkawi tu. Dia banyak tolong aku. And yang paling penting, dia tak pernah nak marah ke apa ke bila aku tanya banyak soalan. Memang dia seorang kawan yang cukup penyabar. I like!

Setiap kali kalau aku bosan, aku lepak-lepak kat tempat dia. Borak-borak dan ketawa sama-sama. Cerita pasal hobi aku yang suka menyanyi. Tak sangka dia pun mempunyai minat yang sama dengan aku. Siap bagi lagu rekod suara dia lagi.

"Dengar lagu ni baik-baik tau.." pinta dia.

"Nanti kalau orang nyanyi satu lagu, orang bagi pada Zik ye?" janji aku.

"Yup! Tak sabarnya nak dengar Pija nyanyikan lagu untuk Zik!" Zikri gembira. "Nyanyi sedap-sedap tau!" pinta dia lagi. Aku hanya mengangguk.

Sehari demi sehari kami semakin rapat. Dah macam pasangan couple juga la. Sampai ada juga mata yang tak puas hati dengan aku. Siapa lagi? Malas la nak sebut yang penting aku bahagia.


******************
17 Februrari 2008

Hari ni entah macam mana aku rasa nak pitam semasa ingin ke tandas. Tapi alhamdulillah.. aku hanya berehatkan diri di mejaku sebelum gerak ke tandas. Peningku dibiarkan hilang dahulu. Kenapa ek? Aku sihat je rasa sebelum ni.. Kenapa hari ni rasa lain je?

*************

20 Februari 2008

Aku terima berita yang aku dapat kerja baru. Gaji dia agak lumayan dan yang paling penting dekat je dengan rumah aku. I don’t have any choices. Peluang di depan mata tak boleh dibiarkan.

Aku try mesej Zikri tanya pendapat dia. Zikri menyuruh aku pilih yang mana aku rasa patut. Dia tak nak paksa aku stay kompeni ni sebab masa depan aku yang tentukan. Aku diam. Kalau aku terima, aku akan tinggalkan Zikri.. Huhuhu.. Baru nak mengenali hati budi masing..

*****************

25 Februari 2008

Aku tekad untuk berhenti kerja dan ambil peluang yang ada. I have no choice because maybe kompeni kali ini boleh memberi pengalaman yang memberangsangkan untuk aku. Zikri sedih juga bila aku nak blah tapi aku tak boleh terus tinggal di tempat kerja ni sebab ada orang yang tak suka aku baik dengan Zikri.

Walaupun Zikri tak tahu masalah aku kat sini tapi aku tak nak beritahu dia sebab dia memang baik dengan perempuan tu juga. Huhuhu..

****************

30 Februari 2008

Hari terakhir di kompeni ni. Sedih juga la nak tinggalkan tempat ni. Lagi bertambah sedih bila staf semua takde kat ofis hari ni. Semua pergi site, meeting dan lain-lain. So hanya tinggal aku dan perempuan yang benci dengan aku tu.

Surat resign dah ada dalam genggaman. Hari ni pun aku ambil cuti setengah hari. Pukul 2.00 petang. Sedih je rasa. Kaki nak melangkah keluar dari ofis dah ni. Aku bangun dan bergerak mendekati Kak Norina.

"Kak, saya nak pergi dulu.." ujar aku. Kak Norina hanya mengangguk je. Matanya sibuk memandang computer di hadapan. Ceh! Dia boleh buat bodo, je? "Err.. ni surat resign. Akak bagi dekat bos, ye?" pinta aku lagi.

"Ok!" jawab dia.

Aku segera keluar dari ofis. Sumpah! Rasa terhina je bila pemergian aku takde siapa nak hargai. Nak nangis juga lah..

Aku menapak ke parking kereta tiba-tiba mesej berbunyi..

‘Wak.. dah blah ea?’

Aku hanya senyum sahaja. Zikri yang hantar mesej tu.

‘Dah.. on the way nak balik..’ balas aku

‘Alaa.. huhu.. Tak sempat nak ajak makan sama..’ balas dia lagi

‘Takpe, lain kali leh jumpa, kan? Jangan rindu-rindu ngan kita tau!’

‘Mana bleh tak rindu! Wajib tu.. Take care tau! Tau! Tau!’

Aku senyum.. Selamat tinggal..

‘Walau macammana sekalipun.. Kita tetap kawan sampai bila-bila, tau! Janji?’

‘Janji’ aku senyum gembira bila Zikri berjanji denganku. Aku tetap akan anggap dia kawan baik aku sampai bila-bila. Sampai ke syurga..

Malam ni Zikri call aku. Kami berborak agak lama juga la. Dia nyanyikan lagu untuk aku, take care aku dan memberitahu sesuatu pada aku..

"Orang ada ambil gambar Pija senyap-senyap buat wallpaper computer orang."

"Malam tu masa Pija sakit kat Langkawi, orang yang hantar makanan ke bilik Pija tau!"

Aku betul-betul terharu. Take carenya dia. Aku semakin sayang pada dia.

***********************

6 March 2008

Hari semakin hari hubungan aku dengan Zikri semakin hambar. Janji yang ditunaikan semakin hilang dari pegangan. Aku seringkali menunggu balasan dari Zikri namun mesejnya semakin kurang sehari demi sehari.

Aku semakin tawar hati. Zikri bukan Zikri yang ku kenal dulu. Dia dah semakin lupakan aku. Setiap mesejnya aku baca kembali..

‘Don wori, dear. I always be here by your side..’

Itulah mesej yang aku simpan sebagai janjinya pada aku. Tapi.. kau semakin hilang dari sisi aku, sayang..

***********************

15 March 2008

Mesej yang kuhantar langsung tidak berbalas. Aku semakin merinduinya. Bila aku ajak keluar, banyak sangat alasannya. Oh, Tuhan! Mainan apa yang kau berikan pada aku? Adakah dia betul-betul untuk ku atau sekadar melepaskan kesunyiannya sahaja?

*********************
30 March 2008

Hubungan aku dengan Zikri semakin tenggelam. Langsung tidak bertegur sapa. Sejak mesej ku tidak berbalas, aku tekad untuk putuskan hubungan dengannya. Walaupun hati ini merasa sakit namun tak perlu untukku terus menunggu pada yang tak sudi. Biarlah Tuhan sahaja yang membalas segala yang dia lakukan pada aku. Janji hanya tinggal janji..

*********************
5 April 2008

Tiba-tiba aku terasa pening dan pengsan di bilik air semasa aku ingin mengambil air sembahyang. Aku dibawa ke hospital untuk diperiksa. Doktor mengambil sample darahku untuk diujikaji. Aku tak fikir apa-apa just merasakan mungkin sebab penat bekerja dan banyak sangat masalah yang aku pendam.

Aku try mesej Zikri tanya khabar. Aku mengatakan yang aku rindu padanya tapi.. satu mesej pun tidak dibalas. Aku semakin rasa terhina dan sedih. Adakah Zikri sudah melupakan aku terus?

********************
7 April 2008

Satu kejutan buat aku.. Aku pergi ke hospital untuk mengetahui result. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku bila aku disahkan mengidap penyakit blood cancer tahap kritikal. Patut la aku asyik sakit dan rasa nak pitam je.

Aku ingin memberitahu Zikri pasal penyakit aku ni. Bila-bila masa aku akan pergi. Aku nak jumpa dia.. Aku try nasib semula..

‘Hai, Zik.. Apa khabar? Pija rindu dengan Zik..’

Satu hari aku menanti namun langsung tidak ada balasan. Aku semakin kecewa.

******************
15 Mei 2008

Aku berjumpa dengan Kak Norina semasa aku on the way nak pergi hospital. Aku bertanyakan khabarnya dan paling ingin aku ketahui khabar Zikri. Kak Norina melayan aku mesra. Tidak seperti sewaktu aku nak berhenti dulu.

"Pija nak kemana?" tanya dia.

"Err.. pergi rumah sedara.." bohong aku. Tak mahu memberitahunya tujuan aku yang sebenarnya.

Kak Norina banyak bercerita segala apa yang terjadi selepas aku berhenti kerja. Patutlah Zikri sudah tidak mahu membalas mesejku. Rupa-rupanya dia dah jumpa yang baru. Pekerja baru tentu lebih lawa dari aku. Aku rasa sedih bila mendengar berita tersebut. Tapi Kak Norina melepaskan rasa tidak puas hatinya mengenai hubungan mereka.

"Aisya tu dah ada balak tapi dia tipu Zikri.." kata Kak Norina.

"Mana akak tahu?" tanya aku.

"Akak jumpa dia berpimpin tangan dengan sorang laki masa akak pergi beli belah dengan keluarga."

"Akak bagitau Zik?"

"Bagitau. Tapi dia tak percaya. So akak buat bodoh je la. Kau dengan Zikri macam mana?"

Soalan yang membuatkan aku tersentak. Entah la. Dah lost contact kot? Jawabku dalam hati.

*********************
30 Mei 2008

Aku menghitung hari. Sakitku semakin parah. Aku sudah hilang semangat untuk teruskan hidup. Walaupun kawan-kawan dan keluarga banyak memberikan dorongan namun tanpa sokongan dari Zikri, aku hilang punca.

Aku membaca mesej dia malam ni..

‘Don wori, dear. I always be here by your side..’

Setiap malam aku mendengar lagu nyanyian dari Zikri. Sebagai pemberi semangat untuk aku terus hidup.

Aku menangis masa itu juga. Dalam hati dah sumpah seranah Zikri.

Janji kau semua palsu!! Aku benci kau!!

**********************

16 Jun 2008

Entah macam mana tiba-tiba aku mempunyai kekuatan untuk menyanyikan sebuah lagu untuk Zikri. Janjiku padanya suatu ketika dulu.. Aku meminta satu pita rakaman dan kaset dari ibuku. Bila ditanya, aku hanya memberitahu sekadar mengisi masa lapang di saat akhir. Ibu memarahiku bila aku bergurau mengenai kematian. Aku hanya gelak. Sumpah! Kalau ikut hati, aku nak terus hidup tapi.. ajal maut di tangan Tuhan. Aku hanya membilang hari je. Mana tahu esok lusa ajal aku sampai..

Aku menyanyikan sesuatu untuknya. Untuk dia menghargai dan mengingati kembali memori kami bersama. Sempat juga aku menulis surat untuknya malam ni..

**********************

20 Jun 2008

Badan aku semakin lemah. Bibirku semakin pucat. Aku sudah tidak terdayaa… Aku nak jumpa Zikri.. tapi.. hati aku rasa tak ingin.. Kenapa!? Zikri.. aku rindukan kau…

**********************

Zikri menatap setiap bait ayat yang ditulis oleh Pija di dalam diari itu. Dia sedih. Dia marah dengan dirinya. Dia tidak menghargai sebuah persahabatan. Kerana perempuan tu aku lupakan gadis yang menyayangiku..!

Tuhan tu maha adil. Dia pernah melukai hati seorang gadis yang menyayanginya sehingga ke akhir nafas. Dan sekarang, dia menerima pembalasannya bila hatinya sendiri dilukai..

Pija meninggal dunia pada 23 Jun 2008 pukul 4.30 pagi.

Lagu ini adalah wasiat darinya buat insan yang pernah bertakhta dalam hatinya.

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Zikri hanya mendengar rakaman suara Pija di dalam biliknya dan menatap diari di tangan. Walaupun agak mendatar dan diselangi dengan tangis dia tetap menghayatinya. Sumpah! Dia menyalahkan dirinya. Dia tak pernah mengetahui erti sebuah persahabatan. Dia tak pernah menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Teringat dia kata-kata yang selalu Pija luahkan.

"Kita tetap kawan sampai bila-bila tau!"

"Maafkan aku, Pija. Kenapa di saat kau telah tiada, baru aku tahu kau seorang yang tersangat istimewa dalam hidup aku.." rintih Zikri.

"Aku rindukan kau…"

******************

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.