Cerpen : Pilihan-Nya untukku

"Ei, Hujan!!!"jerit Maisara kuat.

Faisal yang berjalan beriringan dengan Maisara berhenti dan cepat-cepat menadah tangannya di udara. Maisara turut sama berhenti. Faisal membalik-balikkan tangannya, cuba untuk merasakan titis-titis hujan. Hm, pelik? Tak rasa macam hujan pun. Awan pun putih macam biasa aja, macam kapas. Macam mana si Sara ni boleh cakap hujan pulak. "Mana ada.. Kan langit cerah elok je ni??

Maisara di sebelah laju menggelengkan kepalanya."Bukan, aku bukan cakap pasal hujan.Aku cakap pasal Hujan!"

"Hah??? Ape kau merepek ni??? Tak faham aku.."

"Ni ha.. Radio ni.. Pasang lagu Hujan yang baru tu.." balas Maisara sambil mengunjukkan ke telinganya yang terpasang dengan earphone. Padahal bukannya Faisal boleh nampak pun earphonenya tu. Tersorok di sebalik tudung biru yang Maisara pakai untuk hari itu.

Hish menyampah betul la minah ni. Patut la aku macam cakap sorang-sorang je dari tadi. Tengah dengar radio rupanya. "Lain kali, kau cakap la kumpulan Hujan. Bukan hujan.. Buat konfius orang je.."

"Hehe." Sengih Maisara. Sebijik kerang busuk! "Panjang la nak sebut kumpulan Hujan. Baik aku sebut Hujan ja. Kau kan tau aku suka kumpulan ni. Jadi bila aku sebut Hujan tu, maksudnya kumpulan Hujan la. Tak payah la aku nak terangkan panjang lebar lagi."

"Yelah, yelah..bukan kau aje yang suka kumpulan tuuu.." Faisal menjuihkan bibir. Mereka telah kembali bergerak menuju ke kafeteria yang terletak lebih kurang 50 meter dari tempat mereka berdiri. "Semua budak Kedah yang aku kenal pun suka Hujan. Mentang-mentang la si Noh tu asal dari Kedah."

"Heh paklong. Aku bukan suka Noh sorang ja. Aku suka depa satu grup." Balas Maisara pantas dengan loghat Kedah yang pekat. Dia memang begitu, akan mula bercakap dalam ‘bahasa ibundanya’ itu bila merasakan orang mula mempertikaikan perasaan cintanya terhadap negeri tumpah darahnya itu. "Lagu depa sedap, lain dari yang lain. Kalo lagu lain asyik pasal cinta, tapi depa versatile. Jadi tak salahkan aku nak suka lagu-lagu depa. Lagipun depa tu.."

"Oklah, yelah. Aku agree dan setuju sekali dengan pendapat saudari yang bernas tu." Pintas Faisal bila mulut Maisara kembali ternganga untuk melanjutkan pendapatnya. Minah ni patut ambik course perundangan, jadi peguam. Boleh la dia bidas cakap-cakap orang dengan hujahnya yang mantap tu. Entah macam mana la dia boleh tersesat ambik civil kat sini. "Tapi ada banyak lagi kumpulan lain yang bagus sekarang ni. Meet Uncle Husin ke Bunkface ke, pun bagus apa???"

"Oh. Aku ingat kau tak tau grup-grup baru ni. Yelah, kau asyik masyuk dengan grup 90-an kau tu ja. Apa nama grup kegemaran kau tu?? Er.. Mega? Visa?"

"Dua-dualah."

"Ha. Aku ingat kau tau pasal grup kau tu ja. Rupanya kau tau jugak ek pasal grup sekarang ni??"

"Hello..Aku bukan katak bawah gelas. Kita sebagai mahasiswa kena ambil tau hal ehwal sekeliling. Lain la kau, Obama naik jadi Presiden AS pun kau tak tau. Orang lain kat merata dunia sibuk cakap benda ni, dia dok cakap pasal Hujan ja."

Mereka telah mula menapak masuk ke dalam kafeteria sambil meninjau-ninjau makanan-makanan yang terhidang. Semua makanan pun nampak so0dap aja. Perut masing-masing menyanyikan lagu keroncong.

Hah, ambik kau. Konon nak kenakan orang. Sekali dia yang kena hentam dengan mamat skema yang ulat buku + ulat paper + ulat magazine ni. Ha, fikir la apa nak jawab balik. "Erm. Sebelum aku jawab, aku nak buat pembetulan. Aku suka jugak MUH dengan Bunkface tu. Aku sibuk-sibuk pasal dorang gak. Bukan Hujan sorang ja. Tapi tadi tu dah radio pasang lagu Hujan, aku jeritla Hujan. Takkan nak jerit Bunkface kot. Alah.. Aku tau la Osama akan ganti Bush. Aku cuma tak tau tarikh dia naik takhta ja. Kira ok lah tu ilmu semasa aku tu.."

"Obama lah! Suka hati kau je nak cakap Osama.."

Maisara ketawa. Diikuti oleh Faisal. Tawa mereka bercantum, kuat. Tetapi belum cukup kuat untuk menandingi kebingitan suasana di kafeteria tersebut.

"Ehem. Berkepit aje korang ni. Mengalahkan pasangan bercinta!" Badrul mencelah di sebalik kesesakan suasana di kafe.

Aik? Dari mana mamat ni muncul? "Kitorang memang tak bercinta. Yang kau nak sibuk apahal? Kau pun bukan bercinta dengan aku pun." Marah Maisara. Geram dia bila Badrul muncul. Menyampah dengan gelagat Badrul yang mengada-ngada. Macam nak bergesel-gesel badan dengannya.

"Memang patut pun aku kacau korang. Jalan berdua sampai tak nampak orang lain."

"Aku dengan Ijal jalan ja. Tak delah nak menghimpit macam kau. Mulut kau ni kan.."

"Dah la Sara. Em , Bad.. Kau dah makan ke? Jomla join kitorang. Kitorang baru nak pilih makanan ni."

"Eh, boleh. Aku belum makan lagi. Baru je sampai ni." Balas Badrul. Dia cukup suka diberi peluang duduk bersama Maisara. Faisal memang memahami niatnya. Badrul memilih untuk duduk berhadapan Maisara. Bolehla dia menatap wajah Maisara yang manis. Akan tetapi, Maisara asyik menarik muka mencuka sepanjang mereka makan tengahari itu. Dah la asyik menengking saja. Apa yang Badrul cakap, ada sahaja yang dibangkangnya.

-----------------

Selepas berpisah dengan Maisara di satu simpang, Faisal dan Badrul berjalan seiringan menuju ke kolej mereka. Namun masing-masing lebih banyak membisu.

"Kau jangan terasa dengan Sara tu, Bad. Mungkin cuaca panas ni buat mood dia pun jadi berubah, jadi panas je dengan kau."

Badrul sedikit termakan dengan kata-kata Faisal. Dia berjanji untuk menempatkan dirinya di hati Maisara. Dia dapat tahu dari Faisal, Maisara belum mempunyai teman lelaki. Hanya keluarga dan rakan-rakan yang menjadi peneman hidupnya selama ini.

"Ijal, aku dengan Kamal masuk grup kau untuk assignmen TITAS boleh tak?? Kau dengan Mai je kan sekarang ni?" Mai merupakan nama panggilan Maisara oleh rakan-rakan sekelasnya. Hanya Faisal dan seorang, dua rakan perempuannya yang memanggil Maisara dengan gelaran Sara. "Aku pun berdua je dengan Kamal. So boleh la kita bergabung??"

"Ar.. Aku ade tanya dengan Ustaz Halim. Dia tak kasik la satu grup ada boy-girl. Dia suruh asingkan, tak boleh mix."

"Ala.. Aku baru je nak dekat dengan Mai tu. Assignmen lain tak ade pulak yang buat dalam bentuk team."

"Heh, rileks la Bad. Ada banyak peluang lagi kan? Kita baru first year. Tak semestinya kau kena dekat dengan Sara tu bile ada team assignmen ja. Masa-masa lain pun kau boleh dekat dengan dia."

"Masa lain dia bukan nak dekat dengan aku pun. Dia asyik berkepit dengan kau je."

"Jadi kau kena la draw attention dia untuk dekat dengan kau pulak. Berusaha la banyak sikit. Berusaha pasti berjaya!" Nasihat Faisal penuh bersemangat, laksana seorang pemimpin politik, siap dengan peluh menitik-nitik. Kan cuaca hari tu panas terik.

"Kau ni nak suruh aku berusaha banyak ke sikit ni sebenarnya?" Badrul cuba mencipta lawak.

‘Hantu betul! Orang nak tolong, dia main-main pulak. ‘

"Jadi kau belum ada grup member la untuk assignmen TITAS? Join aku dengan Kamal lah. Nanti kita cari lagi sorang. Kalau tak cukup lelaki, pondan pun boleh kan? Asalnya lelaki jugak tu.

Faisal geleng kepala. ‘Macam-macam Bad ni. Sesuai betul dengan Sara yang becok tu.’

--------------------

"Menyampah aku dengan Badrul tu. Suka ‘spoil’ kan mood aku!!" Maisara mencabut tudung dan berbaring lesu di atas katilnya.

"Kenapa pulak? Dia tu ok kan. Kelakar.." Balas Azean, roommate Maisara. Dia memang kawan yang baik. Cukup setia mendengar omelan Maisara. Kalau ada yang tak kena di matanya tentang perbuatan Maisara, akan ditegurnya sahabatnya itu. Memberi nasihat bak seorang ibu yang prihatin dengan kelakuan anak gadisnya. Memberi perangsang bak seorang kekasih yang mahu sama-sama berjaya di menara gading. Walaupun masing-masing tidak mengambil jurusan yang sama, namun mereka tetap mengulangkaji pelajaran bersama-sama, terutamanya menjelang musim peperiksaan.

"Baik ka? Aku nampak muka dia tu macam jahat ja. Macam buaya tembaga. Kelakar? Orang lain memang rasa macam tu. Tapi aku rasa lawak dia tu macam pura-pura. Macam tak real langsung lawak dia."

"Kau ni..dah ok la tu lawak camtu tu. Kalau terlebih lawak nanti kau cakap nak masuk Raja Lawak ganti Nabil pulak.." Azean sudah meletakkan akhbar yang dipegangnya sejak tadi, sejak sebelum Maisara masuk ke bilik. Dia cuba menumpukan perhatian terhadap perbualannya dengan satu-satunya roomatenya itu.

"Apasal kau sokong dia? Kau bukan kenal dia. Kau patut sokong aku. Kau kan roommate aku."

"Apa salahnya aku sokong dia. Memang aku tak kenal dia rapat. Tapi kan aku pernah terserempak dengan dia, sembang-sembang dengan dia. Kau pun ada sekali kan masa kita jumpa dia kat Jusco dulu tu."

Maisara menjuihkan bibir. "Alah.. Setakat jumpa sekali dua ja kau dah puji dia. Aku ni ha, naik meluat tengok muka dia kat dalam kelas tu tau."

"Hah, bagus la tu. Buat la muncung tu panjang-panjang. Memang la aku tak selalu jumpa dia. Aku bukan classmate dia. Aku kan budak Science Computer. Tak mungkin la aku boleh sama lecture dengan korang. Dah la tu, aku nak kena pergi kelas ni. Nak ikut masuk kelas aku? Kelas aku tak de Badrul. Tenang sikit jiwa kau, kan?" Selepas mengucapkan kata-kata itu, Azean bergerak lekas keluar dari bilik. Kalau ditunggu lama, sudah pasti dia akan menjadi mangsa Maisara. Lagipun dia perlu berwudhuk, bersolat Zohor sebelum bergegas menuju ke dewan kuliah. Kelasnya petang itu bermula pada pukul 2 petang. Dia perlu cepat.

-----------------------

"Sara!"

"Hmm.."

"Jawab la panggilan tu. Handphone kau tu asyik bunyi ja dari tadi.Bising.."

"Malas la nak angkat. Kacau."

"Jangan nak buat muka tenuk, boleh tak? Angkat je la. Orang telefon tu."

"Buat muka tenuk la. Tenuk tak reti nak angkat telefon."

"Sape yang telefon kau? Meh sini, aku angkat. Tenuk seko tu tak boleh angkat. Tapi pandai pulak tenuk faham bahasa aku. Aku pun ,terror lah pulak dapat faham bahasa tenuk."

"Bad tu la. Mana tah dia dapat nombor aku. Dia mesej tadi. Aku dah balas, tapi makin mengada-ngada jadinya. Terus malas aku nak balas. Ni nak telefon aku pulak. Huh, jangan harap aku nak angkat!"

"Kot iye pun, silentkan la. Tak pun matikan terus. Bising tau. Ringtone dah la tak best."

"Baik cik puan. Aku silentkan. Then, nanti aku setkan ringtone best untuk handphone aku, yang sama macam kau.."

Kedua-duanya tersengih.

--------------------------

Petang itu, seperti biasa, Maisara dan Faisal berjalan beriringan balik dari kuliah. Biarpun mereka beriringan, jarak antara mereka tetap terjaga. Tidak terlalu rapat. Sebagai remaja Islam, Maisara sentiasa mengingatkan dirinya tentang perkara itu. Akan tetapi, dia tidak dapat mengelakkan dirinya dari berkawan rapat dengan Faisal. Bukan dia tidak ada kawan perempuan, ada, tetapi Faisal lebih memahami jiwanya yang sedikit ganas itu. Faisal mampu menahan telinga mendengarkan ayat-ayat tajamnya dan membidasnya semula jika ada masa terluang. Masa terluang?? Ops.. Jika ada peluang..

"Ijal, baik kau mengaku. Kau kan yang bagi nombor aku pada Bad?"

"Kelas petang gini bagus jugak kan. Takla rasa penat sangat berjalan kaki nak balik bilik. Lain la kalau kita boleh bawa kereta. Selesa sikit, ada aircond.. Ha, motor pun ok jugak, boleh rasa aircond fresh. Kan, Sara?"

"Jal, jangan tukar tajuk boleh tak??" Suara Maisara mula meninggi.

"Memang, memang aku yang kasik nombor kau kat dia. Kenapa? Kau nak pukul aku? Pukul la.." Faisal merendahkan sedikit badannnya supaya mudah bagi Maisara untuk memukul lengannya yang kejap itu.

Sedikit terpujuk Maisara dengan kata-kata Faisal. Suaranya kembali direndahkan. "Main-main la kau ni. Kalau aku pukul kau pun tak da maknanya. Nanti bukan kau yang sakit, aku yang kebas sebab ketuk lengan besi kau tu."

"Aku jugak yang susah,kan?" Maisara hanya menjawab dengan senyuman. "Asalnya aku tak nak kasi. Tapi dia beria-ia minta. Dia nak kawan dengan kau, Sara."

"Alah, buat apa kau bagi. Aku tak suka dengan dia tu."

"Aku bukan nak suruh kau suka kat dia. Nak suruh kawan je pun."

"Selama ni pun dia memang kawan aku apa?? Kawan sekelas."

"Dia nak jadi kawan rapat kau. Dia kata, dia pun nak panggil kau Sara, macam aku panggil kau, macam Azean panggil kau."

"Eh,eh. Mengada-ngadanya. Panggil jelah apa pun dia nak panggil. Tak payah nak rapat-rapat dengan aku. Ei, taknaklah. Taknak, taknak, taknak. Jangan bagi dia panggil aku camtu. Macam geli ja..?

"Kesian dia tau. Bagi la peluang kat dia nak rapat dengan kau. Kau pun bukan ada special boyfriend pun. Secret admirer pun takde, kan,kan??"

‘Aku adelah secret admirer!!’ jerit Maisara di dalam hatinya. Tapi tidak terluah di balik dua ulas bibirnya. Biar hubungan mereka rapat, dia tidak pernah meluahkan rasa hatinya terhadap sahabat baiknya itu. Azean pun tidak pernah tahu akan perasaan yang wujud dalam dirinya. Selama ini dia banyak bercerita tentang roommate kesayangannya jika bersama Faisal. Dan kalau dengan Azean, dia akan bercerita tentang telatah rakan-rakan sekelasnya. Maisara memang pandai memendam perasaan. Dia memang perahsia!

"Kau cuba la untuk rapat dengan Bad. Mana tau, nanti aku dapat jemputan makan nasi minyak dari kau. Dapat jugak pahala sebab tolong orang mendirikan masjid."

"Apa aku pulak. Entah-entah kau yang kahwin dulu. Aku makan nasi minyak kau la. Kat tempat aku orang tak makan nasi minyak. Orang makan nasi kenduri.."

"Aku kan lelaki. Mesti kahwin lagi lambat dari perempuan. Nak kena cari kerja dulu, bagi mantap sikit sistem kewangan, baru la boleh on."

"Kalau perempuan dah kahwin awal, habis tu, nanti lelaki nak kahwin dengan siapa pulak??"
"Dengan nyah," Faisal membalas selamba.

"Ha, kahwin la dengan si lembut tu. Bukan boleh dapat anak pun. Lembut aja yang terlebey suda.."

‘Aik, macam pernah dengar saja ayat tu?? Ayat trademark siapa eh?? Agh, aku tak ingat sangat la artis-artis baru ni..’

----------------

Tiga tahun telah berlalu. Selepas puas mencuba sehabis daya dan menggunakan pelbagai cara, akhirnya Maisara bersetuju untuk keluar berdua dengan Badrul. Riang hatinya menerima perkhabaran gembira yang disampaikan Faisal petang tadi. Dia asyik tersenyum memanjang mengenangkan pertemuan yang bakal berlangsung bersama Maisara.

--------------------

"Kenapa Sara nak keluar dengan Bad time siang macam ni? Macam tak special saja. Dekat kafe pulak tu."

Ai mamat ni. Banyak songeh pulak dia. "Mak saya kat kampung pesan, jangan keluar malam-malam dengan lelaki. Bahaya." Memang pesanan emaknya itu sentiasa dipegang kemas di dalam kotak fikirannya. Sedangkan dengan Faisal pun dia tidak pernah keluar berdua pada waktu malam biarpun mereka berdua kawan rapat.

"Kenapa? Sara takut kena tangkap basah ke??"

"Bukan takut. Cuma saya tak ingin kena tangkap basah dengan kau. Dengan orang lain ok.."

‘Aduh. Pedihnya hati aku kena panah dengan ayat power minah ni. Ingatkan dia dah mula taruh hati kat aku. Tapi lain macam je ni?’ "Sara tak suka Bad?"

Dia cuba mencari ayat terbaik untuk diluahkan. "Ada saya cakap saya suka kau? Saya setuju nak keluar ja kan. Atau Ijal dah tokok tambah benda lain?" Keruh muka Maisara. Suaranya mula ditinggikan. Tak faham bahasa nampaknya mamat ni.

"Er.. Tak.. Dia tak ade cakap pun. Tapi kan, kalau Sara tak suka saya, kenapa Sara sudi untuk keluar makan dengan saya?"

Hatinya makin panas. Aku keluar sebab rimas Ijal dengan Azean asyik paksa aku lah. "Keluar makan ja kan, bukan susah pun nak setuju keluar. Nganga mulut, suap, kunyah telan."

"Sara.." Panggil Badrul dalam nada menggoda. Sambil itu, tangannya mula dipanjangkan, dan tangan Maisara di atas meja dicapai lantas dipegang, kejap.

"Lepaslah!!" Merah padam muka Maisara mengenangkan tindakan berani Badrul. Mulutnya berhenti mengunyah. Dia ni dah melampau betul. Tak pernah ada lelaki berani pegang tangan aku macam ni.

"Taknak."

"Semua orang!! Dia ni cuba raba saya!!" Maisara jerit kuat. Berpuluh-puluh pasang mata memandang ke arah mereka berdua. Serentak itu, Maisara memijak kuat kaki Badrul di bawah meja, sebelum, splash... Gelas yang penuh berisi jus oren dituangkan ke atas kepala Badrul. Maisara pantas berlari dari situ bila Badrul menggosok-gosok kakinya yang terasa pijar dipijak. Biar padan muka dia! Biar rambutnya yang disapukan dengan 2cm minyak rambut Brylcream itu basah kuyup! Itu pun sekejap saja tu, tak lama. Minyak tak boleh bercampur dengan air kan,kan??

Azean yang ditugaskan untuk memerhatikan pasangan itu dari jauh terkesima dengan kejadian tersebut namun segera berlari mendapatkan rakan sebiliknya.

------------------

Di bilik, Maisara menangis hiba. Penatlah roomatenya yang setia itu memujuknya agar tangisannya kembali reda. Tapi macam biasa la, bila ada orang pujuk, lagi kuat kita akan melalak.

"Ok. Aku mintak maaf sebab paksa kau keluar dengan dia. Aku tak sangka dia akan berani pegang kau. Nanti aku suruh Faisal pun minta maaf dari kau."

"Buat apa nak minta maaf. Benda dah jadi. Aku malu betul."

"Mintak maaf la. Sebab kami yang paksa. Kalau ikut kau, memang kau taknak keluar dengan dia kan. Lain kali aku tak akan suruh kau keluar dengan dia lagi. Dia tu tak boleh dipercayai langsung."

"Memang pun. Sebab tu aku taknak keluar dengan dia. Aku dah dapat agak dia bukan lelaki yang baik. Dia tak sama dengan Faisal. Selama aku kawan dengan Faisal, ada dia pegang tangan aku?? Tak pernah tau. Faisal tu baik. Sebab tu aku kawan dengan dia. Dia dah la bijak, gentleman.."

Aik, lain macam saja roomate aku ni??

----------------------

"Uwek, uwek!!" Maisara mengerutkan muka menahan rasa loyanya. Tekaknya terasa perit sekali. Seluruh isi kelas memandang ke arahnya dengan muka penuh saspens, tanda prihatin. Maisara tersengih-sengih macam kerang busuk sambil mengangkat-angkat keningnya ala-ala Ziana Zain.

"Oi, jangan percaya. Dia berlakon saja tu!" Badrul yang telah melancarkan perang dingin dengan Maisara sejak kejadian memalukan di kafe beberapa hari lalu bersuara kuat. Masing-masing menggeleng-gelengkan kepala dan kembali menghalakan pandangan ke hadapan, ke arah Dr Tazari.

Faisal di sebelah Maisara menahan rasa loyanya. Dia pulak yang tiba-tiba terasa ingin termuntah selepas lakonan Maisara sebentar tadi. ‘Ei, minah ni. Jangan la berlakon nak termuntah. Aku pulak yang nak terkeluar ni.’

"Oi, kau ni kenapa? Aku pura-pura jela tadi. Mengantuk sangat."

‘Ape-ape jela. Aku dah immune dengan perangai pelik kau sejak dua, tiga hari ni. Macam-macam perkara pelik kau dah buat. Tapi apesal la kau buat camtu hari ni? Real pulak tu. Aku pulak yang geli ni.’ Bebel Faisal, tapi hanya di dalam hati. Mulutnya masih ditekan kuat supaya isi perutnya tidak terkeluar. ‘Cepatla kelas berakhir.’ Gumamnya lagi di dalam hati.

"Heh, dah la tu!" Jerit Maisara kuat. Ops!! Sekali lagi semua rakan berpusing memandang ke arah Maisara.

----------------

Kelas Dr Tazari ditamatkan lebih awal daripada biasa. Sebabnya? Faisal yang terkujat dengan jeritan Maisara telah mengeluarkan segala jenis sisa makanan yang belum sempat dicernakan oleh enzim yang ada di dalam perutnya. Masing-masing tersenyum tanda gembira dengan pengumuman yang dikhabarkan Dr Tazari. Namun tidak bagi Badrul yang telah terkena sedikit tempias dari sisa Faisal. Marah betul dia nampaknya.

"Aku tolong kau basuhkan t-shirt kau ni, ya?" Lembut nada suara Maisara cuba memujuk. Faisal telah menjarakkan dirinya dari Maisara sejak beberapa hari ini. Mereka tidak lagi bergurau senda, bercakap-cakap seperti biasa. Atas alasan apa, tidak pula Maisara tahu. Oleh sebab itulah Maisara menggunakan bermacam-macam cara termasuklah cara extreme di dalam kelas untuk membuatkan Faisal kembali bercakap-cakap dengannya, merapatkan kembali hubungan mereka.

"Tak apa, aku balik basuh sendiri shirt aku ni. Kalau aku buka sekarang kasi pada kau, takkan aku nak balik dengan tak berbaju." Faisal menjawab acuh-tak acuh.

"Alasan kau ja tu. Kau boleh balik tukar di bilik, dan serahkan pada aku. Tapi kau macam sengaja nak elakkan diri dari aku."

"Kau tanya la diri kau sendiri apa kau dah buat?"

"Apa aku dah buat? Aku tak fahamlah.."

"Fikirla sendiri. Aku balik dulu. Tukar baju."

‘Dia tu kenapa? Sensitif, macam perempuan..Tak faham!!! Roomate.. Huhu.. Nak stori cerita sedih kat kau ni..’

-------------------

Petang itu, ketika Maisara sibuk membuat latihan tutorialnya, handphonenya berbunyi. Tut..

1 mesej diterima: "Sara, basuhkan shirt aku, boleh?"
Pantas jemarinya membalas: "Bawa la datang blok aku."
Faisal: "Dah. Aku ada kat bawah ni. Kau turun la."
Maisara: "Ok. Tunggu, aku bersiap."

Tudung biru kegemarannya segera dicapai. Sweater dengan logo maroon bulat, lambang universiti kesayangannya disarung. "Azean, aku turun bawah kejap. Jumpa Faisal."

"Yelah. Semoga berbaik kembali." Senyum Azean memekar.

Faisal menyandarkan badannya pada kereta Atos kelabu miliknya yang diletakkan di kawasan parking blok. Atos itu memang betul milik Faisal. Tapi bukan dari hasil penat lelahnya bekerja. Bapanya yang hadiahkan atas kejayaan cemerlangnya sepanjang menuntut di universiti. Maisara melangkah laju menuju ke arah Faisal yang tersenyum puas melihat kedatangan Maisara. Lega Maisara melihatkan senyuman itu. Dia dah tak moody lagi agaknya.

"Apa kau dengan Badrul buat masa korang keluar hari tu?" Laju saja soalan itu keluar dari mulut Faisal.

"Makan.." Ringkas dan padat jawapannya.

"Yela, korang ada buat something tak? I mean, em.. Benda yang tak sepatutnya dibuat oleh orang Islam macam kita ni??

"Heh, apa kau merepek ni?? Siapa yang dah rasuk kau untuk tuduh aku sampai macam tu sekali??"

"Jadi kau memang tak ada buat la?"

"Buat apa? Dia yang gatal nak pegang tangan aku.. Jangan harap aku nak keluar dengan dia lagi." Dia nampak Faisal mengulumkan senyuman mendengarkan jawapan yang diberikannya. "Kau ni kenapa nak senyum-senyum pulak ni?? Tadi tuduh aku yang bukan-bukan."

"Er.." Tergagap-gagap Faisal cuba menuturkan ayatnya.

"Apa? Apa lagi kau nak tuduh aku?"

"Tak Sara, bukan. Aku sebenarnya.. Aku.. Er.. Aku suka kau.." Fuh, lega dia dapat meluahkan rasa hati yang dipendamnya selama ini.

Terkejut Maisara dengan pengakuan berani mati Faisal itu. Merah padam rona mukanya. "Be.. Betul?"

"’A’ah.. Dah lama. Tak berani cakap. Sebab.. Sebab aku tak yakin.. Tak yakin nak cakap pada kau. Sebab aku tak rasa yang kau ada taruh hati pada aku. Aku cuba beri laluan pada Badrul. Sebab aku rasa dia sesuai bila bersama kau. Dia kelakar, kau peramah. Aku pulak mamat skema. Suka belek buku je.."

"Jadi sekarang ni macam mana kau boleh yakin aku ada hati kat kau? Bukan ke kau yang dulu dengan yang sekarang sama aja? Masih skema.."

"Sara, jangan tipu diri. Jangan tipu aku lagi. Dan jangan nak berlakon. Aku tau kau memang pandai berlakon. Sebab tu la aku tak boleh nak tangkap feeling kau kat aku selama ni.. Azean pun baru saja tahu.. Cukuplah selama ini kita simpan perasaan masing-masing." Anak mata Faisal cuba mencari anak mata Maisara. Maisara pantas menjatuhkan pandangannya ke tanah. ‘Nampak ketarakah perasaan di wajahku.. Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu..’ Sempat lagi Maisara menggubah lagu nyanyian kumpulan Hujan kepada situasi yang berlaku ke atasnya sekarang ini.

Manisnya wajah Maisara bila dia malu-malu begini. Selalunya dia bukan main ganas lagi. "Sara, be my girl?? Hm?"

Darah panas segera menyerbu naik ke bahagian wajahnya. Merah muka Maisara menahan malu. Memang itu yang dinantikannya selama ini. Tapi tak mungkin dia yang memulakannya. Dia kan gadis yang pemalu.. Tambahan pula, mereka kan kawan.. Kejap,kejap.. Tadi Ijal cakap Azean baru saja tahu? Tapi, macam mana dia tahu?

"Sara?"

Angguk. Laju. Kemudian wajahnya kembali disorokkan. Yes, berjaya! Berusaha Pasti Berjaya. Slogan yang selalu dimomokkan dan digunakannya di bidang pelajaran kini dipraktikkan pula di alam percintaan. Cinta kini berbunga di hati kedua-duanya.

--------------------------

Badrul, aku begitu kecewa bila Sara sudi keluar dengan kau. Tambahan bila kau ceritakan Sara perempuan tak senonoh. Aku betul-betul kecewa dengan cerita itu walaupun tidak begitu percaya kata-katamu, sebab kuyakin Sara gadis baik. Kumohon petunjuk dari-Nya. Petang itu kuterima perkhabaran gembira dari Azean yang turut berada di tempat kejadian. Katanya, bukan Maisara yang mulakan, tapi engkau memang manusia bertopengkan syaitan. Walau apapun, terima kasih kuucapkan kerana engkau telah membuatkan aku berani untuk meluahkan perasaanku pada Sara. Tak mungkin aku biarkan dia didekati lelaki lain lagi selepas engkau.

Untuk Azean, terima kasih sebab ceritakan perkara sebenar yang berlaku antara Sara dan Bad. Tekaan awak tentang perasaan saya memang tepat. Saya memang suka dan sayang sangat dengan roommate awak. Garang juga awak ya?? Jangan la awak buat macam tu pulak untuk secret admirer awak nanti. Terima kasih juga sebab berterus-terang tentang perasaan Sara terhadap saya.

'Ya Allah. Terima kasih kerana memberiku kebahagiaan ini. Aku berjanji akan menjaga hubungan yang baru bermula ini untuk selama-lamanya. Akan aku jaga hatinya, akan aku jaga maruah dirinya, akan aku jaga seluruh hidupnya. Dialah anugerah-Mu yang terbaik untuk diriku.'

"Thanks Sara kerana sudi jadi isteri abang.. Love you.."

"Love you too.."

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.