Cerpen : Dia bukan milikku

Untuk kesekian kali, butiran airmata jernih persis mutiara ini ku kesat. Bukan niatku menepis coreng coreng luka dihati, jauh sekali menafikan perasaan sedih menghiris kalbu, Cuma menghayati bait bait kemanisan tersembunyi di sebalik kamar kedukaan ini. Aaaarrrgghhhhh!!!!kenapa aku? Kukira ini adalah soalan yang paling mudah tetapi sukar sekali untuk dijawap. Mencari jawapannya bererti aku harus membuka setiap helaian lembaran hidupku...

Assalamualaikum semua. "Hari ini kita akan menerima seorang pegawai baru". Sejak pertama kali diperkenalkan kepada semua rakan sepejabat, ada suatu suara yg memandai mandai memanggilku sebagai Cik Nora. Dialah yang mencetuskan idea untukku dipanggil Cik Nora. Sibuk je mamat ni nak panggil orang Cik Nora. Old fashion la pulak panggil Cik Nora, getusku dalam hati. Baru saja semalam ku berkira kira nak kenalkan namaku Cik Nizz. "Man". Puan Pengarah memanggil namanya..mengarahkannya menunjukkan bilikku. Oooohhhh..Man. Superman ke? Pak Man? Hihihi. Asyik berteka teki tentang namanya..tiba-tiba, "Hey..Cik Nora" ,"Cik Nora", "Hello". Terperanjat aku. "Eh..saya..jom".jawapku. "Jom apanya? Tu la..baru masuk keja dah berangan" balasnya. Isyyy! mamat ni banyak cakap pulak, telahku dalam hati. "Jom nak pi mana?" katanya dalam loghat utara. "Pi dating?" sambungnya lagi sambil disambut helaian ketawa rakan rakan sepejabat yang lain. Maaf yer Cik Nora. Lawak ja..Aku hanya tersenyum..sambil berkata. "Tak klakar pun". Dia kulihat terpinga pinga. Yesss!! akhirnya aku berjaya mengenakan dia semula. Mentang mentang aku baru mula berkerja. Senang dia nak memperkotak katikkan aku.

Tak banyak yang aku lakukan di hari pertama aku bertugas. Almaklumlah aku ditugaskan di unit ini. Unit ini baru sahaja ditubuhkan. Bagaimana membentuk dan mencorakkan perjalanan unit ini adalah tanggungjawapku. Ya Allah permudahkan lah perjalanan kerjayaku..bisikku berdoa dan mengharap pada Ilahi.

Isyy..takkan aku nak menapak dalam bilik ni aje. Rimasnye. Aku keluar melangkah tertib dari bilikku. Langkahku kuatur cermat dan sopan berlapikkan sepatu Piere Cardin yang baru ku beli di Alamanda. Nasib baik ada sale...Tanpa disangka kaki ku tergelecok dan aku hampir tersungkur. Cepat cepat kubangun dan mujur tiada siapa di situ. Tiba tiba ada suara kecil yang mentertawakan aku. Tu la...badan besar..memang susah nak seimbang.. aku tertunduk malu dan sakit hati mendengar kata-katanya. Kurang asam..mannnnnnnnnnnnnnn. Jeritku dalam hati. Sambil mengerutkan muka akibat kesakitan yang kualami. Aku terus berlalu meninggalkannya. Ada je mamat ni kat sini..Aduh sakitnyer kaki..Kukira sakit kakiku lebih penting dari sakit hati diperli mamat penyibukkkkkkk tadi..gerammmnya.getus hatiku..sabar sabar....inilah dinamakan ujian.pujukku sendiri. Selang beberapa minit, pintuku diketuk dan dikuak..Hai Cik Nora..sakit ke? taklah..sedap sangat..rasa nyaman..rasa nak lagi macam tu..perliku. Emmm..ni minyak angin..hulurnyer..takpe takpe..awak simpan je minyak angin ni..terima kasih atas keprihatinan cik azman..telefon ku tiba tiba berbunyi..aku berjalan mendapatkannya..tapi..aduhhh sakitnya..sakitnye..Cik Azman yang tadinya berdiri terus mendapatkan aku...botol minyak itu cepat2 dibuka, disapukan ke kakiku. "Cik Nora izinkan ker saya urut?" tanyanya. "Tak pe.tak pe...darurat. Kakiku diurut lembut. Dia kupandang..emmm hensem jugak mamat mulut lazer ni. "Auuuucchhh!!!!sakitnye" jeritan kecilku mengejutkannya. "sorry.. sorry..lain kali pkai kasut tinggi lagi" perlinya. "Awak nih saya dah la sakit" kataku sambil memuncungkan bibir.

Sejak itu aku semakin rapat dengannya, tetapi kuanggap sebagai rakan sepejabat .Aku senang bertemankannya melewati hari hari berkerja.Walaupun jawatannya bawah dariku namun pemikirannya, cara berkomunikasi persis pegawai kanan..ya..aku banyak belajar drpdnya selok belok dan asam garam berkerja di jabatan. Sesekali kami satu pejabat keluar makan tengah hari bersama..setiap kali memandangnya hatiku berdegup kencang....tp aku cepat-cepat beristighfar..menidakkan perasaan ini..kerna kutahu..dia milik orang...

Satu hari, sedang aku asyik menonton tv, telefon bimbitku berdering. Tanpa melihat siapakah pemanggil, telefon kuangkat. "Hello! Ni balai polis ka?"Tanya pemanggil itu. "Sape ni?"macam ku kenal suara ini. "Ehhhh..hang ka? Awat? Rindu ka?" ..sambungku setelah menyedari dialah pemanggil itu. "Ya la. Sapa lagi?" Kalau saya tak telefon mesti satu hari telefon ni tak bunyi kan?" "Cik Nora buat apa?" " Buat bodoh". Jawapku. "Temankan I jap". That day pengarah mintak I spend for our reading corner, tp I tak sure la materials macam mane dia nak? Boleh?".Tanyanya meminta kepastian. "emm..Ok sure sure.".balasku.

Sms berbunyi lagi..Sorry for my mistake. Aku pejamkan mata dan untuk seberapa kali ku padam sms nya. Dia memohon maaf kerna memegang tanganku semasa kami keluar bersama. Dia meluahkan perasaan, menyatakan rasa cintanya padaku. Macam mana aku nak berdepan dengannya esok..

Sejak itu aku menjauhkan diri darinya. Maafkan aku teman. Sebelum perasaan sayang menjalar dalam hati, menular di segenap pelusuk kalbu, aku ingin sekali mematahkannya. kerna ku tahu segalanya hanya mimpi. Yang nyatanya dia adalah suami kepada seorang isteri yang setia dan ayah kepada seorang anak yang suci.

"Kenapa you menjauhkan diri dari i? Eh, Cik Nora.u tak perlu buat semua ni. Apa maknanya?" I tahu u juga ada perasaan sayang pada I kan?" Tolongla jangan hipokrit macam ni?" katanya sewaktu rehat menjelma. Rakan rakan lain sibuk menghabiskan waktu makan tengah hari di kantin. "Who are you? You are husband and without any doubt you are dad, my dear" Balasku. Yes I like u tapi tak lebih dari kawan biasa." Tipuku. "Liar!" you are liar! Katanya sambil menuding jari ke arahku. Aku menangis. Ingin saja ku peluk tubuhnya.berkongsi rasa yang kualami sebagai insan kedua. Tp siapalah aku."Please. Leave me alone". Pintaku simpati. Dia keluar. Bangggggg!!! Pintu ditutup kuat.

Hari hari berlalu kurasakan hambar. Aku menyibukkan diri dengan aktiviti dan program yang perlu kuuruskan. Tanpanya aku rasa gelisah, sunyi. Tapi aku bersyukur kerna dapat melaluinya tanpa menyakiti sesiapa. Dia juga begitu. Kulihat dia juga mengambil inisiatif yang sama. Menyibukkan diri. Aku bertekad untuk memadamkan perasaan ini sedikit demi sedikit. Satu hari dihujung minggu. Aku ke pejabat untuk menyiapkan kertas kerja. Sedang asyik menaip, pintuku diketuk. "Masuk".kataku. Berderau darahku dan berdegup kencang dadaku pabila dia berada di depan mata. "Hai."katanya. "Ye". Balasku. Aku pura-pura buat seperti biasa. "I don’t wanna force you. But I just want to ask you something".katanya. "I tak boleh hidup macam ni. Pura pura tak kenal you. Pura pura tak ngam dengan you. Pura pura tak sayang you. Pura pura tak rindu you, what else?" Leternya. Ku pejamkan mata, kutarik nafas dalam dalam." So you nak I buat apa?"Kataku bersahaja. "Tell me, do you love me?"tanyanya. "Yes I do". Jawapku. "do you miss me?"tanyanya lagi memohon jawapan. Matanya kurenung dalam-dalam sambil kujawap. "Yes I do". "Thank you. I just nakkan kepastian. Itu je yang I nak tahu dan ianya cukup cukup cukup membahagiakan I". katanya sambil tersenyum dan berlalu.Ku menangis menahan kepiluan. Kenapa aku menyintainya tetapi tidak memilikinya. Pada Allah ku memohon agar dilindungi diri ini dari dosa dan noda dan agar kutemuai kebahagiaan walaupun bukan dirinya pilihan Mu Ya Allah untuk diriku, insan yang lemah dan hina ini.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.