Cerpen : Berikan aku peluang

"Aliya tahu ma, Aliya tak sehebat along, tapi Aliya dah cuba sedaya mungkin untuk puaskan hati semua pihak. Aliya ada impian sendiri. Sekarang dah masanya Aliya tumpukan pada keinginan Aliya" dengan nada yang sedih dan kecewa Aliya mencurahkan isi hati kepada mamanya, Zaharah.
Aliya adalah anak kedua kepada pasangan Amran dan Zaharah, seorang usahawan berjaya yang memiliki perniagaan terbesar di ibu kota. Anak sulung mereka iaitu Aliza menurut jejak langkah Amran dalam bidang perniagaan. Impian Amran untuk membawa Aliya ke bidang yang sama tidak berjaya kerana Aliya meminati bidang yang berbeza iaitu lukisan.

"Saya tak akan mengaku dia anak saya Zah kalau dia teruskan dengan niat dia yang bodoh tu. Apa ada pada bidang yang dia pilih tu? Dari kecil sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan saya" dengan marah Amran melontarkan kata-kata kepada Zaharah tanda tidak setuju dengan keputusan Aliya.

Zaharah menjadi serba salah untuk memihak kepada suami atau anak bongsunya. Keputusan Aliya untuk melanjutkan pelajaran ke kota Paris dalam bidang lukisan dibantah oleh Amran. Katanya bidang tersebut tak akan mendatangkan hasil. Aliya tekad dengan keputusannya, hal ini lah yang menyebabkan pertengkaran antara mereka anak beranak. Aliza pula sedikit pun tidak memihak kepada Aliya. Aliza hanya mengiakan apa yang diperkatakan oleh papanya. "Kau tak fikir masa depan kau ke Liya? Papa dah bagi kemudahan kau yang bodoh cari susah tu kenapa? Boleh hidup senang kau cari susah. Aku tak faham la dengan kau ni" aliza merendah-rendahkan keputusan Aliya. Sedikit pun tidak pernah menyokong.

"Tak salahkan kalau dia pilih bidang lukisan, bukannya benda tu haram. Lagipun dia dah cuba tapi itu bukan bidang yang dia minat. Bagilah dia peluang dulu, jangan cepat menyalahkan anak-anak. Sekarang ni ramai pelukis boleh berjaya" rayu Zaharah kepada suaminya. "Berjaya awak cakap. Duduk tepi-tepi jalan tu Zah awak kata berjaya? Kais pagi makan pagi pun belum tentu lepas Zah oiii. Pergi Paris tu 4 tahun nak bazirkan waktu dan duit semata-mata. Kalau dia nk bercuti ke sana, sekarang juga saya tanggung segalanya. Dia tak tengok ke apa yang dah Aliza capai?" dengan bangganya Amran berkata-kata tentang Aliza. Aliza adalah anak yang diharapkan dapat memajukan A&Z Holding.

"Papa dan along aku takkan faham sampai bila-bila pun minat aku dalam bidang ni Mus. Hanya bidang perniagaan yang dapat bagi dia bangga. Aku dah cuba Mus, kau pun tahu kan, 2 tahun aku abdikan diri dalam A&Z Holding. Tak ada apa hasil yang dapat aku sumbangkan. Aku nk buat apa yang aku minat Mus. Bukannya aku nak buat benda haram" Aliya meluahkan perasaan kecewanya kepada Musfira, teman baiknya sejak dari bangku sekolah lagi. "Tapi, kau tak kesian kat mama kau ke Liya? Aku kesian tengok auntie Zah" balas Mus.
"Ma, esok flight Liya pukul 3 petang. Liya bertolak dari rumah Mus. Kalau mama tak keberatan boleh la datang ke airport. Tapi kalau papa tak izinkan tak apalah. Doa dan restu mama dah cukup untuk Liya di sana" Aliya sekadar memaklumkan kepada mamanya.

"Sekejap pun jadilah bang, kita tak tahu apa akan jadi dalam masa 4 tahun" rayu Zaharah kepada Amran. "Sayang anak pun Puan Zaharah, biar kena tempatnya. Anak macam Aliya tu tak patut bagi muka sangat. Biar dia tahu betapa susahnya hidup kalau sesuatu yang dia buat tu tak dapat restu dari orang tua" tidak sedikit pun perasaan untuk berjumpa anak bongsunya itu buat kali terakhir sebelum Aliya bertolak.
"Tak apa la ma, Aliya faham situasi mama. Lagipun Aliya dah jangka papa takkan datang dan takkan benarkan mama datang. Mama doakan keselamatan dan kejayaan Liya kt sana ya. Pasal belanja semua mama tak perlu risau sebab semua ditanggung oleh MARA. 4 tahun kejap je ma, pejam celik, pejam celik insya’allah kita dapat berkumpul semula. Aliya takkan malukan family kita ma. Nasihat mama dan papa sentiasa bersama Liya" itulah panggilan terakhir Aliya bersama Zaharah sebelum dia bertolak ke Kota Paris.
4 tahun selepas itu….

"ANAK MALAYSIA HARUMKAN NAMA NEGARA, Lukisan pemandangan KLCC merangkul kejuaraan pertandingan pemandangan dunia di Kota Paris." petikan akhbar hari ini. "Anak yang awak kata bodoh tu lah yang bagi nama awak bersinar dan perniagaan awak bertambah maju sekarang. 4 tahun, sekali pun awak tak pernah tanya khabar dia sedangkan dia sentiasa tanya khabar awak dan Aliza. Awak baca tak surat khabar hari ni? Wartawan tanya siapa pendorong dia boleh berjaya? En. Amran Abdillah!!! Siapa tu bang? Dia tak pernah lupakan kita semua walaupun dah 4 tahun jauh beribu batu" kecewa dengan kesilapan yang di lakukan oleh suami dan anak sulungnya.

"Liya rindu sangat ngan mama. Mama sihat?" hanya itu yang mampu di katakana oleh Aliya setelah menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah 4 tahun di negara orang. Rindunya terubat setelah berada dalam pelukan ibu tercinta. Airmata mengiringi mereka. Musfira setia bersama Aliya.
"Maafkan papa Aliya. Sesungguhnya papa khilaf dalam hal ini. Papa memang seorang bapa yang tidak prihatin" Amran mengakui kesilapannya sendiri. Aliya hanya mampu menitiskan airmata. "Aliya tak pernah salahkan papa. Semua yang berlaku adalah pembakar semangat Liya untuk teruskan minat Liya. Kejayaan Liya hari ni pun jasa baik papa juga. Papa tetap idola Liya. Liya kan anak papa" Aliya terus memeluk papa yang bertahun dirinduinya. "Maafkan Liya pa, bidang lukisan ni pun tetap ada kaitan ngan perniagaan. Betul kata papa, Liya takkan boleh lari dari papa. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan pa?..." dengan senyum terukir di bibir mereka berdua.

"Maafkan along Liya. Along janji, lepas ni along lah orang pertama yang menyokong Liya. Maafkan along Liya" Aliza menangis teresak-esak sambil memeluk adiknya itu. "Liya tak pernah salahkan along. lepas ni, kita sama-sama majukan A&Z Holding ok. Banyak lukisan yang Liya nak gantung kat office" dengan nada yang gembira Aliya membalas. Mereka sekeluarga mengakhiri hari tersebut dengan linangan airmata gembira.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.