Cerpen : Gelora Di Hati Lina II

Jangan menangis..NURANI
Jangan bersedih..NURANI
Pandanglah bintang
Pandanglah langit
Kita tak ubah debu jadinya
Jangan menyesal..NURANI
Jangan berdendam..NURANI
Apa dah tulis
Apa dah takdir
Kita tak mampu meronanya
Biarkan saja masa yang membongkar rahsia
Mengapakah kita bertemu dan berpisah
Sedang cinta kita
Bukan kita yang menyusun
Al-kisah sampai ke akhir cerita
Biarpun zahir berjauhan
Biarpun batin bersempadan
Kasih terhijau masih menyimpan
Cinta rapi di dalam
Biarpun zahir berjauhan
Biarpun batin bersempadan
Kasih terhijau masih menyimpan
Cinta rapi di dalam
Biarkan saja masa lalu
Membongkar rahsia kita
Mengapakah kita bertemu
Dan berpisah kasihku..Oh..
Biarpun zahir berjauhan
Biarpun batin bersempadan
Kasih terhijau masih menyimpan
Cinta rapi di dalam
Biarpun zahir berjauhan
Biarpun batin bersempadan
Kasih terhijau masih menyimpan
Cinta rapi di dalam
Cinta rapi di dalam
Dihati ini masih..
CINTA KAMU

Asyik sungguh zaiful arifin melayan lagu nyanyian kristal yang di putarkan di radio hot fm. Sesekali hatinya terusik dengan bait-bait lagu tersebut. Arif dalam perjalanan mengambil iman suzanna di sekolah. Hari ini dia mahu membawa iman suzanna membeli belah. Zaiful arifin sudah nekad yang dia mahu menjaga iman suzanna. Dia amat yakin yang iman suzanna adalah anaknya, walaupun lina zahira mahupun arman iskandar menafikannya. Dia akan memikirkan jalan untuk itu. Arif juga sudah bertemu dengan uncle ridzuan, seorang kenalan papanya dan juga seorang peguam. Dia ada meminta pendapat uncle ridzuan tentang masalahnya. Walaupun uncle menyatakan bahawa peluang arif untuk merebut iman suzanna adalah amat tipis, tetapi dia tidak akan berputus asa. Zaiful arifin sudah berjanji pada diri sendiri yang dia akan mendapatkan hak penjagaan iman suzanna walau dengan apa cara sekalipun.

"assalamualaikum, jauhnya uncle mengelamun. Ingatkan girlfriend ye" iman suzanna cuba menyakat arif. Kadang-kala dia merasakan yang uncle arif jauh lebih baik dari papanya. Lagipun dia amat selesa untuk bercakap dengan uncle arif. Uncle arif amat dekat dan memahami perasaannya.

"waalaikumusalam. Nakalnya anak uncle ni" arif mencubit hidung comel iman suzanna. Zaiful arifin amat terhibur dengan keletah anak gadis itu dalam hidupnya. Kehadirannya juga mengisi ruang-ruang kosong di hatinya. Walaupun kadang-kala dia amat sedih mengenangkan lina zahira yang kini menjadi milik arman iskandar secara mutlak. Sudah di pujuk, namun lina zahira masih berkeras tidak mahu kembali kepadanya. Arif juga nampak yang lina zahira amat bahagia menjadi isteri kepada arman iskandar. Kenyataan itulah kadang- kala membuatkan hatinya di sayat pilu.

"uncle? Are you here? Dah sampai ke mana?" usik iman suzanna. Arif hanya tersenyum
"uncle tak sihat ke?, kalau uncle tak sihat tak mengapalah. Lain kali saja kita shoping okay."
"taklah sayang. Uncle Cuma terfikirkan kalaulah boyfriend ana nampak kita berdua keluar macammana?"
"uncle, ana mana ada boyfriend lagi. Lagipun ana taknak lah buang masa bercinta time belajar ni. Kalau ana nak bercinta pun, ana nak cari lelaki macam uncle. Baik, suka bawa ana pergi shoping, belanja ana makan." Arif tersenyum lagi. Dia tahu yang iman suzanna hanya mahu berseloroh dengannya.
" ooo…. Meterialistiklah anak uncle ni." Iman suzanna juga tersenyum. Kereta zaiful arifin meluncur laju ke destinasi yang di tuju.
************************************
"ana ada kelas tambahan ke tadi?" Tanya lina zahira pada anak gadisnya. Iman suzanna hanya mengangguk. Dia tahu jika mamanya tahu yang dia keluar bersama uncle arif pasti mamanya akan marah. Jadi dia akan cuba menyembunyikan perkara tersebut sedaya mungkin. Iman suzanna tahu mamanya tidak gemar apabila uncle arif datang ke rumah untuk bertemu dengannya. Namun begitu dia masih tidak tahu mengapa mamanya tidak suka pada uncle arif. Walhal uncle arif seorang yang amat baik. Ketika keluar petang tadi uncle arif mahu membeli sehelai baju padanya. Tetapi dia menolak kerana tidak mahu mamanya tahu yang dia telah keluar bersama lelaki tersebut. Biarlah kalau dia terpaksa berbohong.

"wah, nampak sedaplah lauk yang mama masak hari ini." Iman suzanna cuba mengalih perhatian mamanya dari bertanyakan tentang kelas tambahan yang dihadirinya.
"kita tunggu papa ye sayang. Pagi tadi papa ada cakap yang dia akan balik awal untuk dinner dengan kita semua."
"alright ma. Ana naik atas dulu ye. Nak siapkan kerja sekolah. Nanti papa balik mama panggilkan ana ye."
"tolong kejutkan ila sekali ana. Asyik tidur saja dari tadi" iman suzanna berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke bilik meninggalkan mamanya.
*********************************
hari ini lina zahira bercadang mahu ke rumah mertuanya. Sudah sebulan dia tidak melawat kedua mertuanya. Ada juga umi telefon semalam menyatakan yang dia rindu dengan dua cucunya. Umi juga ada menjemput mereka anak beranak untuk makan tengah hari di rumahnya.

Pagi-pagi lagi lina zahara sudah bangun menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak ke sekolah. Dia juga membuat cheese cake untuk mertuanya itu. Umi amat gemar dengan cheese cake.

"morning sayang." arman iskandar mencium pipi lina zahira yang sibuk mengemas meja makan. Itulah kebiasaan yang di lakukan oleh arman iskandar setiap pagi.
"bang.. kejap lagi saya ingat mahu ke rumah umi. Abang hantarkan ye. Boleh kita jumpa umi dengan papa sekali." arman iskandar menganguk.
"tapi nanti sayang nak balik dengan apa?"
"teksikan banyak bang. Malaslah nak memandu."
"morning ma,pa." iman suhaila berlari-lari nak menuju ke meja makan. Iman suzanna hanya menurut dari belakang. Iman suhaila memang seorang anak yang aktif. Dia juga seorang yang manja.

" mama nak pergi rumah nenek?" tanya iman suhaila
" yes." jawab lina zahira pendek
"kalau anak papa nak ke rumah nenek, nanti papa telefon uncle azman ambil kamu berdua di sekolah okay" lina zahira hanya tersenyum melihat keletah iman suhaila. Banyak betul mulut anaknya yang seorang ini. Berbeza dengan iman suzanna yang pendiam. Bercakap hanya bila perlu. Tambahan pula apabila berada di hadapan arman iskandar. Hubungan dua beranak ini masih belum pulih sepenuhnya. Walaupun begitu arman ada juga bertanyakan keperluan sekolah iman suzanna pada isterinya. Lina zahira yakin yang suaminya masih sayang pada iman suzanna walaupun arman tidak menzahirkan perasaan sayangnya dihadapan iman suzanna. Cuma mungkin dua beranak ini belum dapat menyesuaikan diri.
*************************************
ke manalah umi dengan papa pergi. Semalam lina zahira sudah memaklumkan tentang kedatangannya ke sini. Mungkin ke pasar agaknya. Yang tinggal hanya makcik izah, pembantu rumah dan azman iskandar. Tetapi sedari tadi tidak pula dia nampak azman iskandar. Cuma keretanya sahaja yang di parkir di luar rumah. Belum bangun lagi agaknya. Lina berborak dengan makcik izah sementara menunggu umi dan papa pulang.

" hello kak lina." azman menyapa lina zahira. Dia amat gembira melihat lina zahira ada di situ. Lina zahira hanya membalas senyuman.
"akak sihat? Mana ana dengan ila? Abang arman tidak ikut sekali?" tanya azman setelah dia tidak melihat kelibat mereka.
"abang man terus ke pejabat, ana dengan ila pula ke sekolah. Azman tak ada kelas ke hari ni?" tanya lina zahira. Dia menganggap azman iskandar seperti adiknya. Hubungan mereka juga semakin rapat selepas kejadian yang menimpa lina zahira dua bulan yang lalu. Ketika itu dia terjumpa lina zahira terbaring di lantai dan dia juga yang membawa lina zahira ke klinik.
" hari jumaat memang man tak ada kelas."
"owhh... kalau macam itu bolehlah azman tolong akak jemput ila dengan ana dari sekolah."
"no problem, kalau sebab akak yang cantik ni, apa pun man sanggup lakukan."
"ada-ada sajalah azman ni. Ke situ pula dia." lina zahira sedikit malu bila azman memandangnya demikian.

Azman mengambil tempat di hadapan lina zahira. Sambil menyuap sandwich azman memerhati lina zahira dengan pandangan yang sukar di tafsirkan. Makin di pandang wajah kakak iparnya itu makin melekat di hatinya. Kadang-kala dia sukar mengerti perasaannya pada lina zahira. Di kolej bukan tidak ada perempuan yang mahu rapat dengannya, tetapi semuanya tidak seperti lina zahira. Walaupun dia tahu lina zahira tidak mungkin menjadi miliknya, tetapi azman tetap memuja wanita itu. Lina zahira perasan ada sepasang mata sedang memerhatinya. Sejak kejadian dia pengsan di rumah dahulu, layanan azman padanya amat berbeza. Kadang-kala lina zahira tidak selesa apabila berada berdua-duaan dengan azman iskandar. Namun begitu, lina zahira cepat-cepat membuang prasangka terhadap adik iparnya itu.

"assalamualaikum"
"waalaikumussalam"
"lina, dah lama sampai? Umi pergi beli beli barang-barang dapur dengan papa kamu. Mana ana dengan ila?" tanya umi kepada lina
" mereka ke sekolah umi. Tapi kejap lagi azman akan menjemput mereka ke sini"
"owh" datin zuraida membawa barang-barang yang di belinya sambil di bantu makcik izah.
"papa sihat?" tanya lina zahira lalu menyalami datuk sulaiman
"macam kamu lihatlah lina. Sudah tua-tua ni enjin pun tak berapa kuat sangat" kata-kata datuk sulaiman di sambut dengan gelak tawa lina zahira dan azman iskandar. Secara tidak sengaja mata lina bertembung dengan mata azman, cepat-cepat lina zahira melarikan pandangannya ke arah lain.

"amboi, bukan main lagi ketawa ye" umi yang baru datang dari dapur mencelah. Hari itu lina zahira dan anak-anak makan tengah hari di rumahnya. Arman tidak dapat menyertai mereka kerana banyak kerja yang perlu di selesaikan di pejabat. Petangnya pula arman iskandar datang untuk menjemput lina zahira anak beranak. Arman juga sempat berborak dengan azman. Seperti ada sesuatu yang serius di bincangkan mereka. Lina zahira dapat melihat perubahan air muka arman waktu itu. Ketika dalam perjalanan pulang juga arman iskandar hanya mendiamkan diri. Lina zahira pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya suaminya sekarang. Yang kedengaran cuma celoteh iman suhaila yang sememangnya suka bercakap.
**********************************
malam itu selepas menunaikan solat isyak lina zahira menyambung kembali bacaan novelnya. Memang sejak di sekolah menengah lagi dia amat minat membaca novel-novel cinta seperti itu. Setiap keluaran novel terbaru di pasaran pasti dia tidak akan ketinggalan untuk mendapatkannya. Arman iskandar hanya berbaring di katil dari tadi.

"sayang... tadi abang ada berborak dengan azman. Dia ada beritahu yang semalam dia ada ternampak ana dengan seorang lelaki. Dari apa yang di beritahu azman, abang yakin yang lelaki itu adalah arif." lina zahira sedikit tersentak dengan berita yang baru di dengarnya. Patutlah semalam semasa lina zahira bertanya akan hal sekolah iman suzanna tidak banyak bercakap. Rupanya iman suzanna telah berbohong dengannya.

"abang, apa yang patut kita lakukan? Lina tak nak nanti arif ambil ana dari kita. Jika hal itu terjadi pasti semua cerita akan terbongkar. Apa pula kata papa dan umi bang. Selama ini mereka menyangkakan iman suzanna adalah cucu mereka." lina zahira tidak tenteram mendengar berita tersebut. Sudah berkali dia berpesan pada iman suzanna supaya menjauhkan diri daripada zaiful arifin. Jiwanya kacau.

"sayang janganlah fikir sangat tentang hal ini. Takut nanti menjejaskan kandungan pula. Tapi abang harap sangat yang lina boleh bercakap hal ini dengan iman suzanna. Pasal arif biar abang yang selesaikan dengan dia."

"bang.. lina takutlah arif rampas ana dari kita." lina zahira melahirkan rasa hatinya.
"sayang jangan risau sangat pasal tu. Lagipun abang sudah tanya kawan abang tentang hal ini. Menurut katanya, arif memang tiada hak untuk menuntut ana dari kita. Lagipun mengikut undang-undang anak yang lahir luar nikah adalah tanggungjawab ibunya. Sekarang lina adalah ibu pada ana, jadi ana akan jadi milik kita sampai bila-bila." lina zahira menangis teresak-esak. Hatinya di runtun gundah gulana. Bagaimana hidupnya jika iman suzanna tiada di sisi. Dia amat takut jika memikirkan hal tersebut.

" ssshhhh.... sayang...." tangisan lina masih berlagu. Arman mengesat airmata isterinya. Hatinya di sayat pilu bila melihat lina zahira berterusan begitu.

"lina.. dengar sini" arman mengangkat wajah lina zahira untuk memandangnya
"insyalah, abang akan cuba mempertahankan apa yang sudah sememangnya menjadi milik kita. Lina faham tu" tangisan lina zahira mula reda. Kata-kata semangat yang di curah arman sedikit sebanyak mengurangkan tekanan yang di tanggung. Malam itu tidur lina zahira bertemankan tangisan yang masih berbaki. Dia juga amat risau jika arif memberitahu iman suzanna yang dia adalah anak luar nikahnya dengan arif.
************************************
dua minggu kemudian.

"abang, lina risaulah. Ana belum pulang lagi. Sekarang sudah lewat malam bang.jangan-jangan arif sudah melarikan ana bang " dari petang tadi lina zahira tidak menjamah walau sebutir nasi. Dia bimbang akan keadaan iman suzanna yang belum pulang ke rumah walaupun jam sudah menunjukkan sebelas malam. Sebelum ini iman suzanna tidak pernah begini. Selalunya jika dia mempunyai apa-apa hal yang memerlukannya pulang lewat pasti dia akan menelefon lina zahira dahulu. Sudah berkali lina zahira cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi seperti kehabisan bateri. Arman iskandar juga, ada ke sekolah untuk bertanyakan pihak sekolah tetapi menurut guru yang ada di situ, hari ini mereka tidak mempunyai apa-apa aktiviti. Arman juga ada ke rumah teman baik iman suzanna, yasmin. Menurut yasmin, dia ada melihat iman suzanna menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki.

"abang tak rasa yang arif bertindak demikian. Sabar ye sayang. Kalau sejam lagi ana tak pulang kita ke balai polis" arman cuba menenangkan lina zahira. Walaupun dia nampak tenang tetapi hatinya tetap risau dengan keadaan iman suzanna. Ada juga terlintas di fikiran yang zaiful arifin mungkin membawa iman suzanna lari. Lagipun seminggu yang lepas arman iskandar ada berjumpa dengan arif. Arman juga ada melahirkan ketidakpuasan hatinya pada zaiful arifin yang berjumpa dengan iman suzanna tanpa pengetahuannya. Baginya walaupun apa sekalipun iman suzanna adalah di bawah tanggungjawabnya. ketika itu zaiful arifin hanya berdiam diri Cuma sesekali dia menyatakan yang dia mahu bertanggungjawab ke atas iman suzanna. Dia juga mahu melakukan ujian DNA untuk mengetahui kebenaran yang iman suzanna adalah anaknya. Namun arman berkeras dengan mengatakan yang iman suzanna adalah anak lina zahira bersamanya. Perbincangan mereka tergantung selepas zaiful arifin berlalu pergi meninggalkan arman terpinga-pinga. Zaiful arifin kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan arman.
*****************************************
Tiga hari kemudian.
Keadaan masih sama. Iman suzanna masih tidak di temui. Arman juga sudah membuat polis report. Arman juga ada ke rumah dato Kaiser untuk bertemu dengan zaiful arifin. Tetapi menurut dato Kaiser zaiful arifin sudah terbang ke dubai untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sinar cempaka holding. Arman mula menaruh syak. Kemungkinan besar zaiful arifin telah membawa iman suzanna keluar dari Malaysia. Dato Kaiser ada bertanyakan sebab arman mencari anaknya itu. Namun arman tidak pula menyatakan hal yang sebenar. Lagipun arman tidak mahu seluruh keluarga kecoh dengan berita ini. Tambahan pula rahsianya bersama lina zahira. Semua itu hanya merumitkan keadaan.

Lina zahira semakin tidak terurus. Waktu makannya juga tidak di jaga. Fikirannya amat rungsing bila mengenangkan iman suzanna.

"ana……." Lina zahira merasa ada tangan sedang menggenggam tangannya. Erat.
"ma…. Maafkan ana ma. Ana janji selepas ni ana tidak akan pergi jauh dari mama." Lina zahira tersenyum lega apabila dia melihat iman suzanna berada dihadapannya. Syukurlah iman suzanna sudah kembali ke pangkuanya. Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang ibu selain dengan kehadiran anak-anaknya. Iman suzanna memeluk mamanya erat. Arman iskandar hanya memerhati dua beranak itu.
"mana adik ana?" Tanya lina zahira apabila dia tidak nampak iman suhaila di situ.
"kejap ye mama. Ana panggilkan ila. Dia ada di luar dengan atuk dan nenek." Lina zahira hanya mengangguk.

"abang." Panggil lina zahira. Walaupun suaranya amat lemah tetapi arman masih mendengar panggilan isterinya. Dia menghampiri lina zahira. Lalu mengucup dahi isteri yang dikasihinya. Wajah lina zahira amat pucat.

"macammana lina boleh ada di sini bang?" arman iskandar serba salah untuk memberitahu isterinya.
"sayang…." setitik air matanya jatuh. Bagaimana dia mahu memberitahu perkara duduk sebenar kepada lina zahira.
"tadi pagi sayang jatuh. Sayang ingat lagi tak?" lina zahira mengangguk tanda faham.
"tapi kenapa abang menangis?" lina zahira amat pelik dengan sikap arman. Dahulu, semasa dia pengsan di rumah dato Kaiser tidak pula arman menitiskan air mata. Tetapi kali ini lain benar sikap suaminya itu.
"baby kita dah tak ada sayang" dengan tidak semena-mena lina zahira turut menangis.
*************************************
Patutlah selama ini sikap papa amat dingin terhadap aku. Rupa-rupanya aku bukan anak kandung papa. Aku anak luar nikah mama dengan uncle arif. Aku anak haram!!! Kenapa aku? Kenapa?
Iman suzanna berdialog dengan dirinya sendiri. Kadang kala dia merasakan yang dirinya amat jijik. Siapa yang harus di persalahkan dalam hal ini? Papa? Mama? Uncle arif?

Uncle arif????
Apakah panggilan yang sesuai untuk uncle arif? Papa? Tak mungkin kerana namanya berbintikan arman iskandar. Iman suzanna binti arman iskandar, bukan iman suzanna binti zaiful arifin juga bukan iman suzanna binti Abdullah. Huh….. kering sudah air matanya mengenangkan semua ini.

Apa yang tidak dapat di terima ialah, dia mengetahui semua ini ketika sudah 13 tahun hidup sebagai anak arman iskandar dan lina zahira. Itupun melalui uncle arif ketika uncle arif membawanya lari ke pangkor. Ketika di sanalah zaiful arifin memberitahunya tentang perkara yang sebenar. Ketika itulah dia teringatkan mamanya. Mulanya uncle arif tidak mahu menghantarnya pulang. Tetapi selepas tiga hari dia tidak mahu bercakap, ketika itulah zaiful arifin mengambil keputusan untuk mengembalikan iman suzanna pada lina zahira. Baginya kebahagian iman suzanna adalah kebahagiannya juga.
*******************************************
tiga hari kemudian.
Tok… tok…
"boleh papa masuk?" arman iskandar bertanya pada iman suzanna. Jika sebelum ini amat susah dua beranak itu untuk bersemuka dalam membincangkan apa jua perkara. Namun arman iskandar sudah berjanji pada lina zahira yang dia akan mencuba untuk memperbaiki hubungannya dengan iman suzanna.

Iman suzanna duduk di hadapan meja tulisnya. Manakala arman iskandar mengambil tempat di sebelahnya.

"ana" arman memulakan perbualannya. Iman suzanna hanya memandang smbil memberikan perhatian dengan apa yang mahu di cakapkan papanya.

"ana, papa minta maaf jika selama ini papa mengabaikan tanggungjawab papa. Bukan niat papa mahu membeza-bezakan ana dengan ila. Tapi...." kata-kata arman terhenti di situ. Matanya mula bertakung dengan air.

Tiba-tiba...

iman suzanna memeluk papanya. Sudah sekian lama dia tidak merasakan kasih sayang papanya. Hari itu adalah hari yang paling bahagia buat dirinya.

"papa, maafkan ana papa. Sepatutnya ana yang patut minta sori dari papa. Terima kasih papa, kerana selama ini papa terima ana dalam kehidupan papa walaupun ana bukanlah dari darah daging papa."

"ana, jangan cakap begitu sayang. Ana anak papa sampai bila-bila"

ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dua beranak itu berdakapan. Hatinya amat lapang dengan pendamaian tersebut. Air matanya turun jatuh menyaksikan apa yang berlaku. Memang itulah yang di nantikannya. Syukur padamu ya-allah kerana engkau telah menyatukan kembali keluargaku. Amin

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.