Cerpen : Cello, Violin and Guitar

Hari ini seperti biasa aku pergi ke kelas tuisyen muzik di damansara. Seperti biasa juga orang ramai pasti akan memandang aku dengan rasa ingin tahu, pasal aku bimbit suatu bentuk lengkung macam body perempuan. ceh selamba je.

apa lah, tempat simpan biola la.

"mana bas rapid ni?" aku pandang ke arah kanan.
di tempat yang sama juga, terdapat seorang lelaki yang aku baru perasan. Dia juga membawa tempat letak muzik semacam aku, tapi yang ini besar gedabak. Mungkin didalam tempat simpanannya itu berupa alat cello. Jenis lebih kurang seperti biola tetapi yang besar gedabak punya.

Aku pandang dia. Lelaki itu tak perasan aku. Kusyuk mendengar mp3 ditelinga, matanya pula tertancap manga yang diluarnya bertajuk Tsubasa Chronicle.

fuh, hantu manga ke?
pandanganku kini memandang langit biru yang tak berawan. Mungkin petang ni tak hujan. Sudah tiada awan langsung aku tengok. Fikirku sendirian.

Selama satu jam lebih aku tunggu, tapi tak nampak satu bas rapid pun. Aku pandang kanan, lelaki itu pun aku rasa mesti nak naik bas rapid, sebab dah 3 kali bas SJ lalu tapi dia tak teringin untuk naik jadi passenger.

Akhirnya aku decide nak naik teksi. Meninggalkan lelaki cello berkenaan.
Membayar tambang dan keluar dari teksi. Angkat kepala memandang bangunan di hadapan. Tingkat 3 bangunan adalah tempat tuisyenku.

"Sir!" Aku muncul dimuka pintu dan nampak guruku tercegat dihadapan kaunter berbual bersama Wu Chan Mun. Lelaki kaunter dan juga merangkap owner tuisyen yang aku ambil ini.

"Evening my lady."
aku muncungkan mulut. "my lady pula sir ini." suka menyakat lah.

"Hai Kenny!" aku pandang seorang remaja lelaki berambut panjang di kerusi hijau diruang menunggu.

Tiada jawapan.

"Kenny? Johanna is asking you.." Sir robert bersuara.
"hai." ucap Kenny tanpa memandang.

senyap.
Aku memandang silih ganti ke arah abang chan mun dengan sir robert. Mereka senyum. aku pun senyum.

"Morning!" aku pandang belakang. "Ravenna." aku senyum.

"dah petang lah!" aku jawab. "hehe.. still morning lah.."
adeh melawak pula si Ravenna ni. Gadis itu meletakkan biola hitamnya diatas kaunter dan memulakan percakapan bahasa cinanya dengan abang Chan Mun. sir robert pula kini sedang menuju ke kelas B. Kelas suara suparno berjalan sekarang.

Aku kebosanan. Berjalan menuju ke dalam kelas yang masih kosong.
Dalam kelas A.

aku duduk dan meletakkan buku not muzik diatas tempat meletak not-not muzik. bersandar dan mengeluh, sebelum memandang jam ditangan kanan. Sudah pukul 2.30 petang.

Kuakan pintu menyedarkanku, aku pandang siapa yang masuk.
"Lelaki cello?" perlahan tapi ditangkap empunya badan.
aku dipandangnya, laluku senyum beri interpretasi pertama yang baik pada orang baru.

"hai." membuka bicara.
senyap. dia hanya terus duduk dikerusi. tak pula bertanya padaku adakah kerusi itu sudah jadi milik orang lain atau tidak. Sungguh egois. aku mengeluh.




kelas bermula, setelah cukup 7 orang didalamnya.
"okay, sekarang kita ada student baru."
lelaki cello bangun. "saya Ashraf Naim. Penggemar dan pakar dalam bermain alat cello." diam untuk mendengar pandangan orang lain.

"okay then, please sit." sir robert pandang semua yang hadir.
"hari ini kita semua akan melagukan schubert serenade. Change to page 34."

Schubert serenade, lagu sedih tu. Ini mesti pasal ada mamat cello ni. Gabungan satu cello, 5 biola, satu flute dan satu konduktor.

aku ambil nafas. Konduktor, sir robert menarik tangan ke atas.
Gesekan biola berbunyi, aku mencari feel. Sedih, mengingat kematian rakan baikku. Shafinaz. Pelajar yang mahir bermain cello seperti Ashraf Naim.

Aku menjeling ke arah cello yang berbunyi. satu demi satu not dialun. bayangan shafinaz muncul diruang minda. Kalau shafinaz ada, mesti dia duduk ditempat Ashraf Naim sekarang.

aku mengeluh dalam hati.
"good!" usai tamat melagukan schubert serenade.
"kita masuk mozart pula."

"mozart, sir?" Ravenna bertanya.,
"yes?"
"but,. I still.." Ravenna tunduk.
"kalau tak reti, tak payah jadi pemain instrument."
aku pandang ke arah kenny yang leser berbicara. dahiku berkerut seribu line.

" can we play pachelbel, sir?" aku bertanya pula.
pachelbel canon in D bingkisan muzik yang amat diminati Ravenna.

sir robert lama berfikir.
"okey, ada yang argue?"
"nope." yang lain menyokong kecuali Kenny dan si Ashraf hanya mendiamkan diri.




"thanks, Ana."
"just a piece of cake la, Ven." sebelum menyambung, " tapikan si Kenny tu memang agak putus fius mindanya." mukaku panas.

"taklah betullah tu, dah 3 bulan aku berlatih. but still tengoklah, tak ada peningkatan dalam melagukan mozart." Ravenna mengeluh.

"eh eh, jangan biarkan otak masuk air si Kenny tu menguasai Ven." aku memegang bahunya. "he is a moron guy, only." sengihku dan Ravenna juga sengih.

"ya, right."




Sehari selepas itu, aku dan Ravenna merancang ingin ke Pasar Seni. Saja melepaskan tension persekolahan. Mulanya aku mengajak rakan sekelasku yang lain, si Ain dan Fifi. Tapi mereka ada latihan kawad puteri islam petang ni.

"Ven, jom pergi ke kawasan sana. Nampak macam ada persembahanlah."
"ya, right. jom"

Kami berdua keluar dari lorong kraf tangan ke kawasan lapang yang dipenuhi pemain muzik jalanan. Sedang kami kusyuk memandang beberapa kumpulan nyanyian di jalanan, aku terpandang seorang pemain gitar yang keseorangan duduk diatas tembok batu rendah dan sedang ingin memulakan dendangan gitarnya.

Aku menarik tangan Ravenna. "jom gi sebelah sana."
Ravenna menarik tangannya. "tak mahu. Ven nak tengok ni." dia menunjuk persembahan trio berseruling.

"okey, tapi Ana gi tengok sana." menunjuk ke arah jejaka yang sedang memetik gitar.
Ravenna mengangguk.

Sedang aku menapak, makin jelas lagu lama P ramlee menerpa ke telingaku. Sound nice, pujiku. Rugi talent hanya dipandang orang dipejalan kaki. aku sengih, tapi kebanyakan pemain yang mempunyai penonton pejalan kakilah yang bakal famous dimata dunia.

Lama aku berdirian disitu. Cuma aku dan dua tiga lelaki yang sedang berdirian mendengar alunan tempo muzik lama. Setelah habis gitar memetik. Penonton yang habis mendengar kemudiannya pergi begitu sahaja. aku mengeluh. kalau di eropah, bakat macam ni diberi wang.

Dia memandang aku dan tersenyum.
"boleh buat request?" aku memberanikan diri untuk bertanya.
"request?"
"yep, tau not lagu mozart?" saja nak test.
aku nampak dia sengih.
"sorrylah, saya tak layan instrument barat." dia menarik tali pegangan gitar keluar dari lehernya.

Aku mengeluh. Takkanlah dia anti lagu barat?
sayangnya..

Ravenna mendapatkan aku dan kami berdua meninggalkan Pasar Seni dengan beberapa barangan yang dibeli.


********

"Johanna!" laungan memanggil.
"yep ibu!" aku meletakkan besen yang telah dibasuh.

aku tiba diruang tamu. mataku membuntang. "eh?"

"ini, Haikal." ibu memperkenalkan lelaki disebelahnya.
"ini anak mak usu." menunjuk ke arahku.

Haikal, lelaki gitar di Pasar Seni semalam dan kini berada didalam rumahku.
heh, satu jodoh mungkin.




Hari yang seperti biasanya, aku pergi ke pusat tuisyen di damansara. Menunggu bas yang seperti selalunya juga. Aku memandang kekiri dan ke kanan.

Bosan.

Namun, tidak berapa lama kemudian. Kereta besar muncul dihadapanku. Tingkap belakang diturunkan. Aku nampak Ashraf Naim didalam tumpangan dibelakang.

"nak naik?"
"ha?"
"better than the bus."
fikir.
"okey."

Aku dan lelaki cello berdua dibelakang. Suasana senyap sampailah di hadapan bangunan tuisyen, barulah dia bersuara.

"kau nak join aku?"
aku pandang dia.
"join apa?"
"join a competition di istana budaya, bulan depan." dia memalingkan mukanya mengadap aku.

"ha?"
Kemudiannya, dia mengatakan akan memberi masa untuk aku berfikir sama ada mengambil tawaran tersebut atau tidak, dan aku perlu memberitahu keputusannya pada minggu depan. Aku mengeluh. Sir Robert sedang ber-lecture dihadapan kelas. Tumpuanku kini tidak seratus peratus pada sesi pengajaran, tapi sedang berfikiran apa jawapan yang perlu aku beri. Menyertai pertandingan tentunya bukan senang. Lagipun aku masih amatur dalam bidang ni.

Mustahil aku boleh buat yang terbaik nanti di istana budaya. Pulak tu, dihadapan puluhan ribu audience dan bertanding melawan dengan pemain instrument yang amat pro.
Putus fius ke apa mamat cello ni..

sepasang mataku kini memandang ke arah Ashraf Naim. aku mengeluh buat sekali lagi, dalam banyak-banyak orang dalam kelas ni. Aku yang dipilihnya. Aneh sungguh!



Aku pulang dari tuisyen dengan kepala yang berserabut. Ibu dah siapkan makan malam dan aku pula buat masa ini perlu memakai hijab dirumah pula, sementelah lelaki gitar itu akan menumpang dirumahku dalam tempoh dua tiga minggu ini.
Usai makan malam, aku duduk diluar beranda.

Setiap malam memang tugasku untuk melatih kembali apa yang diajar oleh Sir Robert dituisyen. Biola diletak diantara dagu, bahu dan mengena pada leher. Tarik nafas, tenang.

Alunan Toccata and Fugue berbunyian pada malam yang sunyi. Aku menggesekkan tanpa henti sampai satu ketika aku terhenti seketika. Cuba memainkan kembali not yang tertinggal dan menyambungkannya kembali.

Gagal. aku mengeluh.

"jangan gopoh, stay still." suara dibelakang menyedarkan aku.
aku beralih posisi.

Haikal berdirian bersama ditangannya terdapat mug putih. Aku pandang dia tanda tidak faham apa-apa yang diperkatakannya tadi.

"Berbeza dengan Pachelbel canon in D, Toccata and fugue lebih laju dan pantas."

Pada bibit-bibit malam seterusnya, aku dan Haikal lancar saja berbicara mengenai muzik. Dari instrument barat ke instrument timur. Sejarah hidup kami juga diceritakan antara satu sama lain. Haikal beritahuku yang dia pernah belajar violin di Singapura dulu, sebelum berpindah ke kedah. Dikedah dia lebih semakin meminati budaya gitar berbanding violin yang dia belajar dahulu.

Setelah beberapa jam kami diberanda berbual, ibu sudah memanggil aku masuk tidur.
Lalu aku meminta diri.

Sebelum aku melelapkan mata, aku mencapai telefon bimbit di atas meja belajar. Menaip sesuatu dan aku senyum sendirian setelah aku yakin mesej sudah dihantar kepada dia.

"good night, Johanna."



Keesokkannya, aku sudah berpakaian cantik dan kemas. Ibu bertanyakan kepadaku untuk apa aku memakai skirt labuh dan blaus putih.

"ada orang nak datang, ibu." senyumku.

Jam menunjukkan pukul 3.47 petang. Seperti yang dijanjikan, lelaki cello muncul diperkarangan rumahku. Ibu memandang aku dengan riak tak percaya, sebab belum pernah aku membawa mana-mana lelaki ke dalam rumah.

"Kami tak ada apa-apa lah ibu." aku memberitahu ibu setelah dia memandang ke arah Ashraf dengan pandangan berhati-hati.

Aku mengajak Asraf ke ruangan beranda.
"okey." aku mengambil violin diatas meja.
Lelaki cello itu pula mengambil beg besarnya lalu membukanya, dicapai keluar cello.

Kami bersetuju ingin membuat latihan sebelum pertandingan di istana budaya pada setiap petang sabtu dan ahad. Lagu yang dipilih pula akan di-decide seminggu sebelum pertandingan tersebut.

Sedang kami berlatih dan kemudiannya berhenti seketika untuk berehat. Seorang lelaki muncul. Aku pandang Haikal di muka pintu.

"ada company." dia memandangku sebelum menyambung. "nice cello."

*******


Petang itu, lelaki cello dan aku lancar berbual bersama Haikal. Kami berbicara mengenai pemain instrument terkemuka dan hebat didunia. Pada mulanya aku ingat Ashraf semacam nak makan kepala si Haikal, sebab pandangan tak suka dia terhadap Haikal cukup jelas ketika kali pertama mereka bersua.

Namun, aku salah. Beberapa minit kemudian. Haikal bijak mendinginkan suasana dengan lawak dia. Tak pernah aku lihat si Ashraf ceria semacam. It is the first time ever to see him smiling and laughing, fuh.


"Haikal, kau nak join us?"
Aku berhenti bergelak setelah suara serius Ashraf bertanya kepada Haikal.

"join apa?" Haikal meletak gitar di atas meja kaca.
"masuk pertandingan trio challenge di istana budaya 9 april ni."
"bulan depan?" Haikal angkat kening sebelah.

"ya, mahu tak?" jejari diletak didagu.

"let see.. ada money feedback ke?"
aku pandang Haikal tak berkelip. Dia ni fikir pasal duit sahaja ke?

"of course la, hadiah duit berupa 30, 000 ringgit malaysia." Ashraf senyum nampak giginya yang tersusun rapi.

"hooo.. sound catchy to me."

Seterusnya, Haikal bersetuju untuk menyertai kami berdua. Setelah lebih 5 jam berbincangan akhirnya satu kata putus diberi. Haikal mengatakan lagu yang dipilih perlu di-decide sekarang dan bukannya seminggu sebelum pertandingan. Hal ini hanya salah satu cara untuk membina komitmen dan keyakinan dalam diri dikala waktu pertandingan nanti. Lalu, Ashraf berlamaan berfikir dan akhirnya setuju.

"Lagu Bach amacam?" Haikal bersuara ditengah kesenyapan.
"itu bukan sound good at cello ke?" aku bertanya.

"yep, bagus untuk this guy." Haikal menunjuk ke arah Ashraf.
"not good enough." Ashraf bersuara.

"reason?" Haikal memandang.
" sebab kita bertiga, bukan aku seorang saja yang bertanding, kan?"
"ya, but kita boleh combine the songs. " Haikal senyum.

"means,.. akan ada tiga lagu?" aku bertanya.
Pelik ni. Macammana pulak tu. Pertandingan kasi ke combine tiga lagu?

"besides guys, kauorang lupa ke?" Haikal mengambil gitarnya lalu, diletak diatas pehanya. Bersedia untuk memetik gitar. Namun, pantas memandang kami.
"this competition is just only a trio challenge right?"

Riak wajah Ashraf dari serius kepada riak senyum, tapi aku masih tak faham apa-apa.
"Johanna, sayang." Haikal memetik gitar satu persatu.

"pertandingan ini cara bebas. tidak tertakluk pada rule. So.." Haikal pandang aku dan aku senyum. He is genius. Bukan semacam pandangan pertama aku padanya dulu ketika diPasar Seni tempoh hari, yang aku fikir dia ini anti pada instrument barat.
aku mengeluh rupanya tidak.

"not good at judgement the people huh" aku bersuara ditengah-tengah malam yang dingin.

Cerita petang tadi bakal menjadi satu peristiwa yang mengubah kehidupanku secara menyeluruh. Lebih-lebih lagi untuk pertandingan di istana budaya yang bakal tiba beberapa minggu akan datang.

*******


Pada hari Jumaat tepat pukul 3.40 petang.

"Ladies and gentleman, here we gladely invite the Trio from Bangi student.”
Dan kemudian tepukan gemuruh melangit aku dengar dari belakang tabir kain merah kehitaman yang memanjang labuh mencecah pentas.
Nafasku bagaikan terhenti. Jantung tidak lagi didengar melantun bunyinya. Sudah gila mahu aku ni.. join the competition yang juga ada trio dari sekolah muzikal antarabangsa.

Aku tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus.
"oi.” Suara memanggil dari arah belakang.

"ambik ni..” botol air suling dia lempar.
"nice catch” seorang lagi berbicara dihujung sudut.

"korang tak takut ke?” aku pandang pelik sambil mulut botol dibawa ke bibir.
"aku dah biasa.” Asyraf bersuara dengan tangannya masih lagi melicinkan alat cello nya.
"aku pun.” Si pemain gitar juga mengiakan.

"ha?” aku tutup mulut botol air.
"maknanya aku seorang jela amatur.” Ujarku tanpa bersemangat. Gila. memang gila masuk pertandingan ni.

"rileks ah. Cool. Bukannya boleh mati pun kat atas pentas nnti. Cuma ..” aku nampak si Haikal sengih busuk. "kalau kau ada sakit jantung itu lain citer aa..”

"suka hati dia aje..” aku lempar balik botol yang sudah menjadi separuh kosong ke arah Haikal.
"Oi! Sakit doh.” Aku jeling. Padan muka.


"Next! We..” okay, itu panggilan group kami.
"Listen. Ingat not balik.” Asyraf setengah membisik.
"and baca doa juga.” Haikal bersuara sebelum kami berdua mengaminkannya.

Dan kemudian.. suara siulan dan pekikan menyusul di luar pentas. Aku tenang kan fikiran. Kosong. Not-not berlari diminda. Giat aku ingat dan memadam sebarang connection dengan dunia realiti.

Tanpa aku sedar, kakiku berjalan satu demi satu menuju ke podium. Tanpa ada satu suara pun dari kami bertiga. Duduk di kerusi masing-masing. Alat Cello yang berada ditangan Asyraf kini diposisi dalam kangkangannya. Gitar disisi Haikal kini berada di ribanya. Manakala aku, yang memegang kejap violin dengan tangan yang berpeluh dingin kini meletak alat itu diantara dagu dan bahu.

Gesekan pertama Cello muncul diatas podium, aku cuba memandang penonton di kerusi masing-masing. Tiada siapapun yang bersuara semuanya tergamam membisu seribu bahasa. Aku tarik nafas. Giliran aku selepas tiga baris not.

Alunan Bach yang dimulakan Asyraf kemudian aku sambung. Gitar pula diselang seli dengan gesekkan merdu biolaku.

Selama 10 minit kami bermain tanpa henti. Tiba saat lagu kedua dimainkan.
Toccata and Fugue.

"weh.. aku rasa macam ada yang tak kena dengan lagu toccata and fugue aku tu..” Masam mencuka.

"rileks ah.” Ujar Haikal yang sedang mencari botol air.
"mana boleh rileks. Kita dah berlatih lama. Tapi hari ni.. rasa macam lain doh.” Aku garu kepala yang tak gatal. Sungguh aku merasa sedikit sesal. Tempo yang aku mainkan alunan Toccata and fugue tadi agak laju.

"biarlah. Let the judges decide it then..” Asyraf buat muka tak beriak dengan menyimpan cello.
Kami bertiga pergi ke dewan makan percuma bagi perserta. Disitu aku jumpa ramai lagi pemain baru dan amatur. Malah, aku ada nampak student pro dari sekolah muzikal pun ada. Cuma biasalah, ramai dalam kalangan mereka agak poyo bila berjumpa dengan budak baru macam aku ini. Langsung tak dilayan. Macam tunggul mau rebah.

"eh! Asyraf. Long time no see man..” seorang lelaki yang kelihatannya sama tinggi dengan Asyraf menyapanya dari jauh.

"siapa tu?” si Haikal tanya padaku.
"manalah aku tau.” Ditangan aku ada muffin bersalut coklat hazel yang kemudiannya aku makan dengan sekali ngap.

"hoi. Perempuan mana ada makan camtu.”
"suka hati aku lah.” Aku ambil lagi muffin sedap tu. Sungguh makan coklat kata pakar dapat hilangkan stress.. yep aku rasa betul. Stress aku masa atas podium tu hilang sikit.

Aku nampak si Asyraf gelak dihujung karpet merah sana. Haikal pula tadi ada disebelah aku, pun hilang entah kemana. Aku seorang. Tak best nya.

"Weh.” Aku pandang suara Haikal dari belakang.
"mana kau pergi?” tanyaku.
"kat belakang pentas tengok judges.” Dan aku lepas dengar buat muka tak percaya.
"for what?” pelik.

"for fun. Nak tengok?” aku fikir dan memandang Asyraf.
"okay.” Lagipun aku bosan.

Selama sejam lebih kami berdua dibelakang tabir kain merah. Mengintai para judges yang rata-rata bukan dari Malaysia. Dengan muka sebijik macam orang putih dalam filem hollywood. Jadi, aku fikir betullah tu kot.

Dan kemudian Haikal tarik aku masuk dalam dewan balik. Dia kata judges dah decide who is the winner. Aku kecut. Harap-harap kitorang menang, kalau kalah. Maybe it because of my fault then.

"Okay ladies and gentleman. In my hand right now. There is two group will be the first and the second winner.” Lelaki berambut separuh botak itu mula membuka sampul.

"I don’t believe this. Let the Trio from Bangi to cheer with us once more!” seluruh dewan gamat dengan tepukan susulan kepada 3 orang pelajar yang kini berjalan menaiki podium. Ditangan lelaki yang bersebelahan dengan kepala sepatuh botak itu sedang memegang check tunai besar yang bernilai RM10 000.

Aku, Haikal dan Asyraf hanya menepuk tangan masing-masing tetapi tiada suara yang keluar.

"And the first winner is..” Sampul kedua dibuka. Setelah tiga orang pelajar itu berdiri dihujung sudut dengan watak ceria dimuka masing-masing. Ugh! I am so jeolous of them.

"Trio from the school of musical in KL!”
nafasku terhenti. No…

"tak de rezeki.” Haikal pandang aku. Tapi muka aku dah start panas nak nangis. It is my fault.

"none of your fault.” Asyraf bersuara dari sebelah kiriku.
Tepukan masih lagi bersisa-sisa.

Kumpulan yang menjadi pemenang kedua pertandingan akan memulakan lagu alunan mereka sebelum kumpulan ditempat pertama menyusul selepas mereka.

"Nice one kan?” Haikal bersuara dicelah-celah penonton sunyi sepi mendengar alunan pemain diatas podium. "tadi kita nervous je.. but never try to listen to them properly kan?”

aku angguk pun tak geleng pun tak.

Johan Trio pula bermain sekarang ini. "aku sekolah kat situ.” Asyraf bersuara.
Aku diam. Tapi muka Haikal nampak terkejut.
"giler. Mahal sekolah tu siod.” Nasib suara dia perlahan.

Asyraf diam tanpa membalas. "tapi kenapa kau buat group lain? Tak join diorang ke?” aku bertanya setelah mendiamkan diri.

"nope.” Aku dan Haikal pandang tak berkelip.
"sebab.. aku dah jumpa talent yang lagi cool dari diorang yang hanya diasuh dengan duit dan dipaksa parent, dan bukan kerana minat dan bakat mereka.” Lancar saja Asyraf berbicara. Tak takut ke dengan penonton dikiri dan kanan.

"err.. are you sure asyraf?” tanya ku hati-hati.
"yep. The good talent is next to me.” Ujarnya tanpa riak.

Selama setahun aku berkawan dengan mereka berdua, the cello and the guitar. Cik Biola itu aku. Kami bertiga masing menghubungi satu sama lain. Walau si Haikal dah balik ke Kedah dan Asyraf minggu depan nak berlepas ke Paris. Belajar sekolah muzik disana.
"Bestnya!” aku pandang dia.
"Kau nak ikut?”
aku diam.

"tak boleh. Siapa nak jaga ibu.” Ujarku perlahan.
"ya right.”
"tapi nanti post lah jugak note-note yang kau salin tu..” sengih ku
"I will. Maybe..”
"hey.. It suppose ‘Of Course’ bukan ‘Maybe’.. !” geramnya.

-FIN-

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.