Cerpen : Cinta si jambu batu

Macam manalah,aku boleh bangun pukul 11 harini,dah la kain tak sidai lagi,baju tak gosok..Kenapa lah malang sangat nasib aku harini.Kenapa mama tak kejut,mama ni pun satu.Ngomel Feera dalam hati dan tanpa sedar telah memarahi mamanya dalam diam.Feera segera menapak ke dalam bilik air.
Selepas siap menyidai kain dan menggosok baju,dia segera masuk ke dapur untuk mencari makanan.Ketika ingin membuka peti ais,dia terbaca nota yang ditinggalkan mama buatnya..
Morning,Sorry la mama tak kejutkan adik..Tadi ada emergency kat butik,..Dah masak,Cuma adik panaskan je lah dekat microwafe.Duit dalam almari.Take care sayang..
LOVE MAMA
Mama,mama emergency la,meeting la.Kata nak breakfast ngan aku.Dengus Feera marah.Alamak bas dah nak datang la.Baik pakai baju cepat,makan kat kantin je la..

------------------------------------

Kantin
Alamak.tak kan lah makanan dah habis,kuat betul lah budak pagi melantak.Dengus Feera apabila melihat dari jauh meja jualan di kantin sudah kosong.
Cik,panggil Feera dan tanpa sedar seorang lelaki pun sedang memanggil penjual kantin itu.Penjual itu segera berpaling dan terus pergi ke pelajar lelaki itu.Ya adik,nak apa.Dengan manisnya pekerja itu melayan budak lelaki itu.Hmm..tau la dia tu lelaki tapi agak-agak lah.Aku yang penat terpekik tapi dia pula yang dilayan.Tak boleh jadi ni.Aku kena buat sesuatu.
Cik,saya yang panggil dulu,kenapa lelaki tu pula yang acik layan.Tanya Feera
Lah,acik nampak dia yang panggil dulu.Balas mak cik kantin itu selamba.Suka hati je la siapa yang datang dulu.Kamu nak apa?
Jambu potong satu.Balas Feera dan lelaki itu serentak.Feera segera memandang ke arah lelaki itu lantas menjeling.Lelaki itu dengan selambanya turut membalas jelingan itu.
Sorrylah dik,buah ni tinggal satu je..so siapa yang nak?Saya!Feera segera maju ke hadapan untuk mencapai buah itu dan akhirnya dia terlanggar lelaki itu dan mereka sama-sama jatuh.Adik okey ke. Tanya makcik itu prihatin.I am okey!Balas Feera dan lelaki itu serentak.Feera yang merasa lelaki itu mengajuk percakapannya itu,sudah marah.Hei,yang kau ni dari tadi ikut cakap aku kenapa ha?Tanya Feera.



Hei,sorry siapa yang ikut cakap kau.Perasan.Lelaki itu segera bangun dan terus mengambil jambu lalu beredar dari kantin itu.Feera yang terjatuh terkebil-kebil sendirian.Cis,dasar jantan bengong,otak dia dah mereng ke apa.Bukan nak tolong aku.Sempat lagi Feera menyumpah sendirian dalam hati.
Hai,Feera apahal ko moody je arini.Tanya Fila selaku rakan baiknya setibanya dia di kelas.Nothing. Balas Feera perlahan.Kau dah siap Literature.Dah kenapa.Tanya Feera kembali.Aku pinjam boleh,tak siap lagi lah.Minta Fila.Ambiklah,dalam beg aku.Balas Feera perlahan.Fila yang mendengar jawapan Feera terkejut,selalunya dia tak bagi orang tiru dia,selalunya bukan main rajin lagi mengajar orang kalau orang nak tiru dia.Rungut Fila perlahan.
Kenapa kau pandang aku macamtu.Tanya Feera yang tak selesa apabila melihat dia seperti ingin menelan.
Tak da apa-apa.Kau demam ke harini.Tanya Fila.
Apa kau merepek ni.Okey la aku pergi surau dulu.Dah nak pukul satu dah ni.Bye.Balas Feera
Kenapa dengan Feera tu?Tanya Ekin kepada Fila dan Erin.Entah.Balas mereka serentak.Aku rasa mesti ada yang tak kena ni.Kata Erin pula.Betul,aku pun rasa ada yang tak kena ni.Sokong Erin.Okey kita siasat.Cadang Fila.
Manalah cikgu ni,lambat nya masuk.Dahlah budak-budak ni memekak je.Hei,korang boleh diam tak memekak je.Jerit Feera.Dhiya,biar je lah,cuba kau tengok kau dah terpekik empat,lima kali.Ada ke diorang ni senyap.Betul juga cakap Amir tu.5 minit kemudian,Miss Salina muncul.Dengan kebayanya dan berjalan ala Catwalk.Miss Salina boleh menjadi pemenang Ratu Kebaya.Baik kelas,harini kita ada pelajar baru tapi kejap lagi dia masuk.Sekarang ni keluarkan buku literature anda.
Tok,tok,tok..Aduhai siapa pulak lah yang mengganggu konsestrasi aku ni.Ya Izzat Farhan silakan masuk.Kedengaran suara Miss Salina mengajak orang yang mengetuk pintu itu masuk.Baik kelas pandang sini semua.Inilah murid baru kita.Sila perkenalkan diri.
Nama saya Izzat Farhan B.Kamarudin.Pindah sini sebab ikut parent.Dulu duduk dekat Damansara. Dulu sekolah di Sekolah Sri Cempaka,Damansara.Lahir 6 jun 1996.Feera yang mendengar penerangan lelaki itu terkejut,mana boleh dia lahir 6 Jun,itu birthday aku.Orang yang baik je boleh lahir tarikh tu.Dia ni kan jantan bongok kat kantin tu.
Okey..Dhiya.Sebelah awak Fiqa kan,dia tak hadir kan.Feera masih lagi termenung..Oitt Dhiya,miss panggil kau la.Hah apa.Feera segera memandang belakang apabila Amir menegurnya.Tu.miss panggil kau tu.Feera segera bangun.Ya miss.Sebelah saya memang Fieqa,miss dan dia tak hadir harini.
Okey,you want me to call you Izzat or Farhan.Tanya Miss Salina.Izzat.Balas murid itu.Okay Izzat, kamu duduk sebelah Dhiya.But miss,ini tempat Fieqa dan dia tu kan lelaki.Celah Feera. Dhiya,pasal Fiqa tu biar saya settlekan okay.Now,you sit behind her,Dhiya.


Hai.Sapa lelaki itu selepas duduk..Waalaikumsalam.Sindir Feera sambil tersenyum.Huh,dengus Izzat.Anyway,nama aku Izzat.Nice to meet you.Oh,dah tau dah,aku tak pekak lagi tadi.Kau nak tau ke nama aku.Tanya Feera.Tak apalah,terima kasih je.Aku tak berminat nak tau pun,nenek Dhiya.
Okey,bangun semua.Terima kasih kelas.Ucap Miss Salina.Oh ya sebelum itu,Dhiya tolong tunjukkan Izzat ni Bilik Boss dan tolong lah ajar atau kongsi buku buat sementara ni.Ucap Miss Salina lalu pergi.Nak kongsi dengan mamat ni,sorry!!Feera mengomel sendirian.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Feera temankan mama pergi butik malam ni.Ajak mama ketika Feera sedang mengulangkaji pelajaran.Okey,pukul 8 ye.Tanya Feera. Ya,my darling.Balas mama.Tepat pukul 8 malam,Feera sudah tercongok depan kereta.Sedang dia menunggu mamanya,kereta kakaknya memasuki perkarangan garaj. Hai Feera,lama akak tak jumpa adik akak ni.Nak pergi mana ni?Tanya kakaknya.Ikut mama pergi butik, memanglah dah lama tak jumpa,kalau sibuk je memanjang.Dating la assignment lah.Rina yang mendengar omelan adiknya tersengih.Bye,akak masuk dulu.
Mama bila mama renovate butik ni,Tanya Feera.Dah lama dah,kan Feera dah lama tak pergi sini.Kejap ya,ada phone call pula.Balas mamanya lalu pergi mencari telefon bimbit.Ketika Feera sedang asyik membaca majalah,bacaannya terganggu apabila terdengar suara mama menjerit.Dia segera menoleh ke pintu,dia lihat mamanya sedang memeluk seorang wanita yang umurnya sebaya.Feera sini kejap,panggil mama.Su,inilah anak aku yang bongsu,Alfeera Nadhiya,panggil Feera.Feera segera menyalam tangan auntie itu.Panggil Dhiya je lah auntie.Mana anak kau Su.?Tanya Puan Anita pula.
Inilah anak aku,Izzat Farhan.Izzat segera menghampiri Puan Anita dan menyalaminya.Muka Feera berubah pucat kerana terparanjat dan dia perasan muka Izzat pun begitu,Kenapalah jumpa mamat bengong ni kat sini.Detik hati Feerara.Eh,dia ni mesti anak mak lah.Apalah.Cantiklah sekarang ni aku nak ubah nama dia anak mak.Feera tergelak sendirian.Feera are you okay?Tanya Puan Anita.I am fine mama.Mama Feera nak pergi bookstore depan tu kejap,boleh?Tanya Feera.Boleh tapi hati-hati ya.Ujar Puan Anita prihatin.Kejap,Izzat pergi temankan Feera,lagipun mama ada hal nak cakap dengan Auntie Nita.Celah Puan Suraya.
Alamak aku dah terkena dah.Desis hati Feera.Jomlah,ajak Izzat.Kau tau ke yang mak kita berkawan sebelum ni,Feera.Tanya Izzat ketika Feera sedang sibuk mencari novel.Don’t call me Feera, my family and my bestfriend only can call me with that name.Kata Feera.Whatever,aku tanya ni kau tau ke yang parents kita berkawan sebelum ni.
Tak aku tak tau,ujar Feera lalu ke kaunter pembayaran.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Feera kau tak nak usha ke mamat sebelalah kau tu,kan muka dia macam hero kesukaan kau,Zahiril Adzim,bezanya cuma tahi lalat je.Dia sebelah kanan.Ujar Fila.Feera yang mendengar seperti hendak termuntah.Fila please lah,kalau kau nak samakan hero aku pun,janganlah dengan mamat bengong tu.Ujar Feera .Kenapa kau kata dia bengong?Tanya Fila yang tidak tahu apa-apa.Entahlah,balas Feera lalu pergi meninggalkan rakan-rakannya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
May I borrow your math book.Tanya Izzat.Hah apa?Tanya Feera yang ketika itu sedang mengelamun. Aku nak pinjam math 1,boleh.Minta Izzat.No pinjam,pinjam.Kalau tak faham suruh lah orang ajar.Balas Feera.Okay fine,ni macammana intergers ni.Tanya Izzat.Yang ni senang je.Ajar Feera pula.
Okay kelas,siapa yang tahu ni,sila ke depan .Tunjukkan cara-caranya sekali ye.Feera segera bangun dan terus ke depan.Namun ketika dia hendak sampai ke depan.Izzat sudah memegang kapur dan menulis jawapan.Feera segera kembali ke tempatnya.Geram di hatinya,hanya tuhan sahaja yang tahu.
Perhatian kepada pelajar tingkatan 2 yang ingin mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah.Sila berkumpul di dewan selepas rehat.Selepas pemilihan saringan,kini hanya tinggal dua lagi peserta yang akan dipilih untuk mewakili sekolah.Mereka ialah Feera dan Izzat. Feera mulai takut kerana tahun lepas dia yang terpilih sehingga mewakili daerah ini ke peringkat kebangsaan namun dia kalah kepada peserta dari kontijen Kuala Lumpur.
Siapa yang tidak kenal Alfeera Nadhiya.Sesiapa yang berhujah dengan dia pasti kalah.Janganlah sesekali mencabar dia untuk berlawan kata.Kini Feera sudah merasa tergugat angkara kehadiran Izzat Farhan. Akhirnya,cikgu telah memutuskan untuk memilih Izzat untuk ke pertandingan itu.Dalam ujian pula,dulu Feera sering memonopolikan kedudukannya di dalam kelas ,tiap-tiap ujian atau peperiksaan mesti dia yang akan mendapat tempat pertama. Namun kini tidak lagi,Izzat yang akan mendapat tempat pertama dalam setiap ujian,peperiksaan dan pertandingan.Cikgu -cikgu juga tidak habis-habis memuji Izzat,Izzat itulah,inilah.Ya,memang Feera berasa cemburu.
Kini hubungannya dengan Izzat amat dingin.Lelaki itu menegurnya dia akan buat tidak tahu saja. Feera,are you okay?Tanya Izzat ketika Feera sedang termenung.Feera tidak menjawab malah tangannya menunding ke arah tangan Izzat yang berada di atas mejanya.Apa?Tanya Izzat pelik.Tangan kau tu boleh tak jangan sentuh meja aku .Okay mulai sekarang aku nak kau tau,tangan,barang dan apa benda yang ada kena mengena dengan kau jangan sentuh meja,kerusi dan semua barang yang ada kena mengena dengan aku.Walaupun kita duduk sebelah tapi kau jangan cuba nak sentuh barang aku walaupun kau tak sengaja .Faham and now your hand please,marah Feera.Izzat yang tergamam segera menarik tangannya dari meja Feera.


Tahun ini Feera dan rakan-rakannya akan mengambil PMR.Hubungan Izzat dan Feera juga masih begitu.Dingin dan hambar.Feera,aku nak jumpa kau kejap masa rehat ni.Ujar Izzat.Sorry la,aku nak pergi library lah.Balas Feera pula.Ketika Feera sedang mentelaah buku di perpustakaan.Kerusi sebelahnya ditarik.Dia segera memandang.Izzat?Feera menelan liurnya berkali-kali.Macammana aku nak larikan diri ni.Desis hati Feera.Otaknya ligat berfikir mencari alasan untuk melarikan diri.Aku kena cau dulu lah,nak pergi kantin.Kata Feera.Okay,pergilah.Balas Izzat pula.
Fuh selamat!syukur.Ucap Feera ketika sedang menyarung kasut.Apa yang selamat.Feera yang mendengar suara itu sgera bangun dan berlari ke kantin.Selepas membeli air,dia terus pulang ke kelas.Feera,aku ada pantun untuk kau,kalau kau berani kau jawab.Feera yang memang pantang dicabar itu segera bersetuju.Aku no hal.
Mak Yam masak lemak pucuk paku,
Sudi tak kau jadi Gf aku,
Izzat memulakan pantunnya.
Feera yang mendengar terus tidak keruan.Dia segera membalasnya.
Pergi pasar jumpa Cik Nani,
Apa kau merepek ni,
Izzat membalasnya pula.
Pergi belajar di sekolah,
Aku betul-betul serious lah,
Feera segera membalas.
Orang menyapu pakai penyapu lidi
Jadi GF kau sorry aku tak sudi.
Izzat masih tidak putus asa.
Pergi dapur buat susu anak,
Aphal kau tak nak,
Izzat,kejap lagi aku sambung.Nampak tak teacher dah nak masuk tu.Feera segera ke tempat duduknya.Apa yang kau merepek dengan Izzat tu.Tanya Erin.Entahlah,balas Feera selamba.
Selepas sahaja kaki Teacher Hanim melagkah keluar lima tapak,Izzat segera menghampiri meja Feera.Erin,tinggalkan kami berdua kejap.Ekin segera melangkah apabila mendengar arahan dari Izzat itu.

So,what your answer my girl.Tanya Izzat setelah duduk di tempat Erin.Feera yang mendengar Izzat memanggilnya my girl seperti hendak termuntah.I am give up.Balas Feera.Aku bukan Tanya kau pasal pantun tu lah.Aku Tanya,nak tak kau jadi girlfriend aku.Tanya Izzat.Sorry aku tak nak.Balas Feera.Please,i really love you.rayu Izzat dengan muka kesiannya.Tak nak,balas Feera pula.Aku ni bukannya tak handsome,tak pandai tapi kenapa kau reject aku,inilah first time,perempuan reject aku.Sempat lagi Izzat melobi dirinya.So what?Jerit Feera.Semua memandang ke arah mereka berdua.Sorry.Ucap Feera.Kau cakap lagi aku lempang mulut kau.Ugut Feera sambil mengangkat tangannya.Izzat segera bangun dan meninggalkan Feera.Feera segera pergi ke tandas.
Di dalam tandas,Feera menangis semahu-mahunya.Ya aku pun cintakan kau Izzat.Tapi buat apa aku cinta dengan orang yang macamtu.Fikiran dan hati Feera mula bercanggah.Aku bencikan kau,benci,benci.Ujar Feera pula.Selepas memastikan tiada sebarang kesan dia menangis,Feera keluar dari tandas dengan fikiran yang bercelaru.Hati kecil kata cinta tapi hati besar kata benci.
Dhiya,aku nak minta maaf dengan kau kalau aku ada buat silap dengan kau,sakitkan hati kau dan sebelum aku terlupa.Aku nak minta maaf dengan kau pasal masa first time kita jumpa tu.Kat kantin yang aku ambil makanan kau tu.Ujar Izzat.Dasar jantan tak guna,dah nak masuk 2 tahun baru nak minta maaf.Rungut hati Feera.Aku nak minta maaf juga kalau kau sakit hati dengan aku pasal aku selalu kalahkan kau.I am really sorry.Good luck for our PMR.Feera masih mendiamkan diri.Jangan tak maafkan orang,nanti ilmu tak masuk baru tau.Okay bye.Sempat lagi mamat ni sindir aku.
Hari mengambil keputusan PMR.
Mama,jerit Feera.Hai Auntie Su.Sapa Feera segera menyalami tamgan Puan Suraya.So how’s your result?Let guess.?Tanya Feera pula.Feera tak payah lah nak buat mama senak perut.Balas Puan Anita pula.Straight A,ma.Puan Anita yang mendengar segera memeluk Feera.Really sayang,tanya Puan Anita pula.Really mama.Ma,adik nak jumpa kawan-kawan adik kejap.Ujar Feera.
Fila,Erin,Ekin and Fika,my besties,result korang macammana.Aku dengan Erin dapat 7 je but Fila dengan EKIN 8 A.Ujar Fika.Really girls?Tanya Feera.Really.Jerit Fila,Erin,Ekin dan Fika serentak.Feera segera memeluk rakan-rakannya.Selepas itu,mereka bergambar pula.Ketika kawan-kawannya sedang bising berbincang tentang hadiah yang akan diminta.Mata Feera melilau mencari orang yang dirinduinya,Izzat.Mana dia?Tadi Auntie Su ada tapi tadi ada ke dia dengan Auntie Su.Ketika sedang memikir,bahunya ditepuk seseorang.Dia segera berpaling.Izzat.Mata yang kuyu tadi segera segar bugar.Hi Dhiya.Izzat memulakan bicara.Hai.Balas Feera ceria.Tahniah.Ucap Izzat.Ooo thank you,kau pula macammana,Tanya Feera.Aku,Alhamdulillah 8 A.Balas Izzat.Tahniah juga.Boleh aku tanya kau sesuatu.Tanya Izzat.Apa dia,balas Feera.

Bila kita boleh couple,Tanya Izzat..Bila ya,kelihatan Feera membalas sambil mencongak-congak sendiri.Sekarang pun boleh.Balas Feera.Really.Tanya Izzat tidak percaya.Really,balas Feera berani namun hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya dia ketika ini.Jom,ajak Izzat.Pergi mana Tanya Feera.

Pergi kantin,nak belanja kau jambu batu.Balas Izzat.Ketika mereka sampai,mereka lihat hanya tinggal satu plastik sahaja.Feera segera tersenyum memandang Izzat dan Izzat juga begitu.Dengan berbaju kurung,Feera segera berlari untuk mendapatkan buah itu.Akhirnya,Feera Berjaya juga mendapatkan jambu itu.Macam mana ni,ada satu je ni.Rungut Feera.Tak pa tunggu kejap.Balas Izzat tanpa memberitahu hendak ke mana.
Nah,ambil ni.Ujar Izzat sambil memberinya plastik.Feera yang pelik segera memandang Izzat untuk mengetahui apa tujuan sebenarnya memberi dia plastik.Izzat mengambil lidi jambu itu lantas mencocok buah jambu dalam plastik dan membahagi dua ke dalam plastik yang diambilnya tadi.Kau satu,aku satu,kau satu,aku Satu.Kata Izzat sambil tangannya lincah membahagi buah jambu itu.Izzat yang merasa dirimya ditenung segera memandang Feera.Kenapa?Tanya Izzat.Nope,aku Cuma ingat masa first time kita jumpa.Kita berebut buah ni lah.Kata Feera sambil menunjukkan ke arah buah yang sudah siap dibahagikan itu.
Kalau masa first time,masa kita berebut buah ni kalau kita bahagi-bahagikan senang.Ni tidak dah lah kau tak tolong aku,lepastu ambik buah ni.Dalam fikiran aku engkaulah lelaki mereng yang sesat di sekolah.Sambung Feera lagi.Okay lah,sekarang ni kau nak aku panggil kau Feera ke Dhiya?Tanya Izzat.Panggil Feera sebab kau dah jadi orang yang rapat dengan aku.Balas Feera.Aku nak gelarkan love stories kita ni,Cinta si jambu batu.Kata Izzat seraya mengangkat buah jambu yang ada di tangannya . Okaylah tu.Walaupun pelik kan,Cinta si jambu batu.Balas Feera lalu tergelak.
Kini Feera sudah tidak kisah dengan kedudukannya di kelas.Ini kerana pada dia yang penting walaupun tidak mendapat tempat pertama di dalam kelas.Dia telah berjaya memperoleh 8 A.Pertandingan perbahasan itu pula,tahun depan dia akan berusaha untuk menewaskan Izzat.Dia tidak kisah apa yang hendak dikatakan orang ramai.Couple memang couple tapi janganlah sebab itu dia tidak boleh menewaskan Izzat.Dan dia berharap Cinta si jambu batu akan berkekalan.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.