Cerpen : Love @ 1st Sight

Korang semua tahu apa maknanya cinta??Kata banyak orang cinta itu indah bila dua hati bertemu lalu menyatu maka rasa indah yang terbit itu adalah CINTA.Apa benar tafsiran cinta aku?Mungkin korang punya tafsiran yang berbeza.Nak dengar kisah cinta aku?Walaupun tak terkisah seindah cinta orang lain tapi boleh menjadi panduan kot hehehe..

*******************************

"....ku jatuh cinta kepadamu,saat pertama bertemu..."
Lagu Dewa Kasidah Cinta,memang tepat kena kat batang idung aku sekarang ni sebab??? aku dah jatuh cinta pandang pertama..hahaha..maybe korang tak percaya dengan cinta pandang pertama.Jawapan negatif yang selalu aku terima bila aku mempersoalkan tentang cinta pandang pertama adalah..
"boleh ke trus jatuh cinta pandang pertama??"
"tu namanya cinta ker???..."
"ishh...tu bukan cinta lar..."
"ko dah gile ke.."
Hmmmm...macam-macam tafsiran manusia tentang perkara ni,tapi aku tak kisah sebab aku percaya pada kata hati aku sendiri.Aku dah alami so aku tau macammana rasanya.Tapi kadang-kadang gerak hati dan gerak laku tak seiring,membuatkan kadangkala kita melepaskan apa yang sangat kita inginkan.

*******************************

Join Family Day ni rupanya best jugak ekk..Actually aku taklah exited sangat nak ikut trip ni tapi dah diwajibkan oleh Big Bos aku yang mana semua staff dia wajib pergi so maka dengan itu adalah batang tubuh aku ni kat sini,tapi hati aku tak dapat nak dipastikan merayau kat mane ntah.Tengah aku duduk-duduk temankan si Fatin ambil kedatangan anak-anak Mega Alam(company aku kerja) ni,aku pun try la cari ketenangan and aura-aura hepy dan excited yang terlebih-lebih dari anak-anak Mega Alam ni untuk manggantikan aura negatif yang ada dalam kepala aku sekarang ni,mane la tahu kan ada pulak yang melekat kat aku sikit nanti,dapat gak aku rasa macammana rasa excited pergi trip hehehe sebab dari tadi aku dok perhatikan sorang-sorang penuh dengan emosi yang kadang-kadang tak dapat nak aku tafsirkan.Ntah hape-hape perangai.

Tiba-tiba aku dapat rasakan satu aura pelik datang kat aku,jeng jeng jeng...Ape benda pulak ni.Rasa macam dah semakin dekat ni.Rasa macam best sangat-sangat.Huhuhu..Dan aku yakin ada sesuatu yang menarik bakal terjadi kejap lagi ni.Cewah..kuikuikui..
"aku dah kata dah.."
Haaa kan aku dah kata ada sesuatu yang menarik bakal berlaku.Tengok tu..Tengok kat depan tu apa yang ada.
Ntah macammana mata aku automaticly tertancap kat satu tubuh berbaju merah,ber'jeans'biru dan ber'sneakers'putih adoyai hensemnya.
"Subhanallah..."(mak aku kata kalau nampak sesuatu yang best ucaplah Subhanallah..pandai anak mak huhuhu..)
korang kena percaya dengan apa yang aku nampak sekejap tadi.Seorang lelaki hensem ada kat depan mata aku dan yang pastinya dia lebih kacak dari anak-anak Mega Alam yang ada ni.Alamak macammana ni tiba-tiba pulak kepala aku 'stuck' mata aku kejang,aku tak boleh nak gerakkan pancaindera aku la.So dah alang-alang aku 'jam' kat sini maka adalah lebih baik aku terus menatap keindahan alam ciptaan Tuhan yang ada depan mata aku ni kan sampai la tiba-tiba dia 'reply' pandangan aku balik.
"Astaghafiullahalazim.." (mak aku kate kalau jadi sesuatu yang tak best ucaplah astgha..bijak anak mak huhuhu)

*******************************

Rasa-rasanya macam akan jadi best je trip aku kali ni.
"oit..pehal ko sengih sorang-sorang ni?"
"nape,sengih pun salah ek??"
"eleh macam aku tak tau,ade la something dalam pale otak kau tu kan?"
"kalau tau diam-diam sudah huhuhu.."
memang ada sesuatu dalam kepala aku.Sesuatu dalam kepala dan dalam hati aku yang saat ini sepakat berniat satu perkara yang sama.Bukan senang tau kepala dan hati aku nak bekerjasama macam sekarang ni.Selalunya asyik bergaduh je.
Usai je letak bagasi aku terus landing kat seat.Penat mengangkut bag berat pulak tu.Ingat lagi tak si dia hensem yang aku cerita tadi?Dia duduk kat depan seat aku huhuhu yiha!!!Sape yang tak hepy bila orang yang di'ushar' duduk kat depan mata.Aku dah start merangka plan and trick untuk berkenalan dengan si dia.Tak boleh lepaskan peluang yang ada depan mata.Tiba-tiba dia bangun pasang vcd,so ini adalah first move aku, baru je aku nak bukak mulut dengan niat nak tanya tajuk cerita ni kat si dia...
"cerita apa bang??.."tanya si Fatin.
"the uninvited.."jawab si dia.
Ceh potong line pulak budak Fatin ni.Kacau daun betul.Pertama kali dengar suara garau si dia buat aku lagi jatuh cinta.kuikuikui..Tapi ada satu hal yang korang semua kena tahu perihal si dia ni.Belum pernah lagi walau sekali aku tengok dia senyum dengan mana-mana manusia samaada dengan anak-anak Mega Alam maupun dengan gadis-gadis cun Mega Alam.Kalau nak diikutkan si dia ni memang hensem gila tapi air muka dia masam gila tak ada ciri-ciri keceriaan atau kemesraan langsung,senang cakap muka poyo.Itu jugak yang membuat aku berfikir banyak kali dan was-was nak tegur dia.Sudahnya sampai kami turun makan tak satu rancangan yang aku plan berjaya.Yela dah asyik teragak-agak je bila nak jalannya.Ape-apehal pun aku turun isi perut dulu.Lapa teruk dah ni.

*******************************

Naik je bas pas makan aku terus landing jat seat.Perut dah penuh gila,walaupun aku berperut besar(fatin selalu cakap macamtu) tapi aku masih lagi boleh merasakan apa itu ke'senak'an ke'perut'an akibat ke'terlebih'an makanan huhuhu..Relax sang perut En.Usus Besar dan En.Usus Kecil sedang berusaha sedaya upaya untuk mencerna dan menghadamkan apa yang aku makan tadi,sabar keadan akan kembali seperti biasa sebentar saja lagi kuikuikui..Rasanya kalau aku minum mineral akan dapat membantu pekerja-pekerja dalam perut aku menjalankan tugas dengan lebih efektif lagi, huhuhu cari mineral...Adoyai tak perasan mineral dah habis pulak..maka terpaksalah you all bekerja lebih keras aku tak dapat nak membantu huhuhu..Bila aku pandang je ke depan aku ternampak satu kotak warna coklat yang aku pasti isi dalamnya adalah mineral.Mula-mula aku nak bangun ambil sendiri tapi bila tengok si dia ada kat depan adalah macam best rasanya sekiranya aku mintak tolong si dia ambilkan betul tak??
"eerrmm..."
"bang boleh tolong ambilkan mineral 2 botol tak??"
"boleh..nah.."
"thanks.."
"sama-sama"
Dapat dah mineralnya.Tapi korang jangan salah sangka,dialog kat atas bukan antara aku dan si dia tapi antara Fatin dan si dia.Ceh ceh dan ceh lagi.Bengang betul aku dengan Fatin ni.Dia potong lagi line aku. Oit kawan boleh tak bagi chance kat aku dapatkan boipren pulak kan ko dah ada boipren.Geram geram geram!!!bengang gila.Tak menjadi lagi plan aku.sabar sabar cik Ariana Nur Najiha pasti ada waktu yang tepat untuk ko jalankan misi ko,tunggu aja waktu dan saatnya nanti.Hhmmm...Hah...aku tarik nafas panjang-panjang and then lepaskan.lega rasanya,nasib baik tak terkentut sekali kalau tak haru..kuikuikui..
Finally kami sampai kat destinasi.Fuh lega betul bila dah sampai.Usai di'briffing' oleh abang Yusreen kami semua berehat dalam bilik.

*******************************

Boleh dikatakan sepanjang aku berada kat sana belum pernah lagi aku berpeluang untuk mendekati si dia.Nak tahu nama pun payah.Aku cuma dapat melihat dia dari jauh sahaja.Si dia tak join ape-ape aktiviti kami, cuma si dia selalu ada jadi penonton setia aktiviti kanak-kanak ribena Mega Alam ni kuikuikui.. Nak dijadikan cerita semasa kami join acara tresure hunt kami telah ditugaskan untuk mencari nama 2orang pemandu bas yang membawa kami ke Redang ni.Jeng jeng jeng...korang terfikir tak apa yang aku fikirkan??
Cantekkk!!!Ni peluang baik punya.Dah lama aku menantikan peluang ni akhirnya aku temui juga.Yes and yes,Terima kasih Tuhan.
"Fatin aku nampak dah abang driver tu.."
"mane?mane?.."
"tu kat kolam sana tu.."
"cepat jiha cepat.."
"Assalammualaikum.."
Aku memulakan perbualan dengan salam,yela mestilahkan tunjukkan first impression yang baik mana lah tahu si dia berkenan pulak kan hehehe.
"waalaikumsalam,ada apa yang boleh saya tolong?"jawab abang si dia.
"macamnie.."
"macamni bang kami tengah main tresure hunt so kami dapat tugasan untuk dapatkan nama abang berdua.."
Kurang ajaq betui la ko ni Fatin,lagi-lagi potong jalan aku.Kalau macamni bila masa la aku nak dapat berkenalan dengan si dia.Korang sakit hati tak???Dengan suara manja itik dia selamba potong jalan aku.Geramnya!!!makan budok!!!
"owh..bley tak ada masalah.Nama abang Fairus Shamsir dan yang ini adik abang Hayqal Fazlan"
"nama glemer macam artis hehehe.."
"mane ade pandai je you all ni hehehe.."
"ok bang thanks sebab bagi kerjasama kat kami"
"sama-sama, no hal la good luck ye"
Apa yang aku perasan sepanjang kami berkomunikasi dengan abang dia,si dia ayik pandang aku.Kalau sekejap boleh di maafkan jugak tapi lama lah pulak,mula-mula memang aku buat-buat tak nampak tapi lastly aku beranikan diri untuk balas balik pandangan dia,dan ape yang aku dapat???dia senyum kat aku.. aku rasa dunia macam aku yang punya nasib baik aku tak pengsan kat situ kuikuikui..Itulah kali terakhir aku dapat peluang untuk berkenalan dengan si dia,tapi peluang yang sekali tu pun dah punah.Lepas daripada tu aku langsung tak ada peluang nak dekat kat dia dah.Maybe aku tak ada jodoh kot dengan dia.Hmmm...lalala...(pasrah)

*******************************

Enam bulan lepas trip tu aku still macam ni.Still ingat lagi kat si dia.Entah dia ingat lagi ke tak kat aku kan??Aku ada jugak usaha cari dia tapi tak mendatangkan hasil.Aku berserah je pada Tuhan kalau dah ditakdirkan berjumpa akan jumpa jugak aku nanti dengan dia.
Satu hari yang damai aku tengok ada kad kawen kat atas tv.Aku tanya mak siapa yang kawen?mak aku kata anak kawan dia.Aku belek-beleklah kad kawen tu,biasa je tak adalah cantik sangat warna purple huhuhu.. Aku tengok walimatulurus..
"owhh..tak kenal kuikuikui..."
Tapi pastu mata aku tertancap kat nama pengantin dan pelan-pelan aku baca..
"Hayqal Fazlan dan Siti Aisyah,pada 23 jun...."
Aikk..macam penah ku lihat nama ni.Aku letak balik kad tu.Tak berminat nak tahu pun.

********************************
Tak sangka akhirnya apa yang aku cari aku jumpa jugak.Akhinya aku dapat tersenyum macammana yang aku nak.Lega.Jumpa jugak aku dengan dia akhirnya.Lalala…Lepas rindu aku and susah payah aku mencari dia selama ni.Tak sangka pulak pertemuan yang kedua kalinya macamni.Thanks Tuhan sebab makbulkan doa aku walaupun jalannya menyimpang dari apa yang aku inginkan tapi tak mengapa yang penting aku dapat jumpa dia.
Tanggal itu aku kembali bersua dengan si dia dalam satu suasana yang sangat gembira.Mana taknya ini majlis perkahwinan si dia.Takkanlah si dia tak hepy pulak kan??Inilah pertama kalinya aku dapat tengok si dia tersenyum panjang and tersenyum kat semua orang yang datang.Manisnya senyuman dia.Macam gula-gula Cadbury huhuhu…Kat atas pelamin sana si dia tetap sama macam mana aku jumpa dia 6bulan lepas.Segak dan tampan nak pulak dia pakai baju melayu siap dengan sampin dan tanjak sekali.Rasa terharu sangat macam nak nangis pun ada tapi segan kat orang pulak, jatuhlah saham i hehehe…
Aku pun hepy jugak walaupun dia tak kawen dengan aku.dia kawen dengan gadis pilihan dia.Tak sangka pulak mak aku dengan mak dia kawan.Betullah apa orang cakap.Kalau dah bukan jodoh duduk sebelah rumah pun tak jugak dapat berjumpa.(ni contohla sebab rumah aku bukan sebelah rumah dia kuikuikui) Kembali aku refresh,patutlah sepanjang kami berjumpa aku tak dapat peluang langsung nak berkenalan dengan dia,sekarang baru aku faham rupanya tuhan dah tentukan jalan hidup kami,kalaulah time tu aku dapat berkenalan dengan dia dan timbul satu perasaan yang aneh dah pasti sekarang ni aku akan kecewa.Besarnya kuasa Tuhan.Masyaallah..(mak aku pesan jangan lupa puji Allah..)Tuhan itu lebih tahu apa yang lebih baik untuk aku maupun si dia.Sekarang Kasidah Cinta bukan lagi “theme song” aku.Maybe satu hari yang damai nanti aku akan jumpa dengan “theme song” yang baru dan hopefully akan lebih baik dari yang ini.
Macam tu lah ceritanya aku dan si dia.Pengakhiran kisah yang tak seindah kisah orang lain.Aku belum jumpa soul mate atau belahan jiwa aku lagi tapi tak mengapa maybe satu hari yang tepat nanti akan ada seseorang yang terbaik untuk aku.Insyaallah.

*******************the end****************************

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.