Cerpen : Cinta dalam hati

“Berambos! Aku benci kau! Keputusan aku muktamad! Kita takkan ada apa-apa lagi! Kau mengkhianati aku!” jerit Haikal pada Aisyah. Aisyah terkedu dan kaku membisu. Dia berulang kali mengucap kata maaf jauh di sudut hatinya, bukan dia sengaja. Dia cuma mahu sahabatnya itu lebih berhati-hati dalam menyintai, dia tak mahu sahabatnya itu bersedih lagi. Namun, dia tersilap. Maklumat itu merosakkan hubungan Haikal dan teman rapatnya, Aril. Mungkin itu padahnya buat Aisyah dan kini Haikal bersumpah membencinya.

Hari-hari di laluinya dengan payah. Setiap langkahannya terasa berat. Aisyah masih tidak dapat menerima hakikat cintanya itu telah pergi. Memang dia cinta,namun adakah Haikal merasai apa yang dirasainya? Adakah benar cinta yang terucap di bibir Haikal selama ini ikhlas atau hanya mainan kata-kata. Hanya Tuhan saja yang tahu bisiknya dalam hati. Aisyah sedih mengenangkan apa yang telah berlalu, sedih kerana Haikal menggunakan Tuhan sewenang-wenangnya sebagai alas an menjarakkan hubungan mereka perlahan-lahan agar Aisyah tidak menyedarinya. Namun Haikal silap, Aisyah menyedarinya, Aisyah tahu bukannya Haikal takut pada Allah, tapi dia lebih takut kepada bekas kekasihnya.

Apa yang bermain di benaknya kini terjawab sudah. Haikal kembali bersama bekas kekasihnya yang dulu di maki dan di kutuk. Kini Rina dan Haikal kembali menjilat ludah masing-masing. Pedihnya Aisyah melihat kelibat mereka berdua di hadapan matanya. "Astagfirullahaladzim, Ya Allah Kau lindungilah hati hamba Mu ini, Kau lindungilah mereka dari maksiat dan kejahatan syaitan agar mereka tidak mati di pentas kemaksiatan." Aisyah tertunduk dan menjauhkan penglihatannya dari adegan yang pasti melukakan, hanya komunikasi pada Pencipta mampu menenangkan hatinya. Aisyah menguatkan hati dengan penuh penyerahan pada yang Maha Mengetahui, mengangkat kepalanya dan mengukir senyuman seperti tiada apa yang melukakan berlaku di hadapannya. Segalanya berjalan lancar, dia tidak mahu teman-temannya mengesan luka yang terukir jauh di sudut hatinya.

Aisyah melalui harinya dengan tabah dan kuat. Harapannya masih tinggi, bukan harapan untuk bersama atau kembali menagih kasih Haikal. Ianya Cuma satu harapan yang berkaitan dengan Haikal yang menyebabkan Aisyah masih bernyawa hari ini. Satu harapan yang kuat. Tidak pernah seharipun dalam hari-hari yang berlalu dia melupakan Haikal. Pasti ada bayangan Haikal berlalu di benaknya. Ianya menyakitkan. Betapa dia berdoa meminta Allah menjauhkan hatinya dari Haikal namun terasa makin dekat. Betapa dia berdoa agar dia dapat melupakan Haikal namun ingatan itu semakin utuh. Tuhan, singkirkan dia dari hidupku jika dia benar bukan milikku. Namun, sedikit pun rasa itu tidak berganjak dari jiwanya. Pedih.

"Aziey, macamana ni dah 6 bulan berlalu dia masih bertakhta di hatiku. Bukan juga aku selalu nampak dia, kadang-kadang nampak dia dengan adegan yang menyakitkan pula tu hati tapi rasa ni, rasa ni masih dalam ni. Aku cuba untuk membenci tapi, tak dapat." Luah Aisyah pada Aziey. Tekanan perasaan di alaminya tidak mampu diselindungi lagi. "Sabarlah Sha, nanti pasti kau dapat lupakan dia juga, he"s not worth to be loved by you. Ramai lagi yang syok kat kau, layan je lah." Aziey cuba menenangkan Aisyah. "Tapi aku tak dapat. Aku dah cuba, aku takut, perasaan aku ni masih kuat untuk Haikal, aku taknak orang lain rasa apa yang aku rasa, selagi aku tak dapat lupakan Haikal dan jauhkan dia dari hati aku, I"m not going be with someone new." Aisyah tidak ingin orang lain merasa sakit seperti apa yang dia rasai, lantas hidup sendiri adalah jawapan terbaik.

"Ya Allah lindungi cintaku pada Mu, kasihku pada Rasulullah dan sayangku pada ibu bapa dan kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, jika dia bukan milikku aku mohon padaMu ya Allah singkirkan dia dari hatiku. Kau tenangkanlah jiwa ku ya Allah, Kau kukuhkan lah aku dan pegangan ku pada agama Mu ya Allah. Aku mohon pada Mu ya Allah, jangan kau pesongkan aku lagi dalam hidup di dunia Mu yang penuh cabaran ini. Telah aku rasai semuanya ya Allah, dan kehidupan bersama Mu adalah yang terbaik pernah aku rasakan. Kau perbaikilah akhlak ku ya Allah, tenangkan jiwa ku, kuatkan pegangan ku, teguhkan tiang iman dan Kau tingkatkan kesabaranku ya Allah. Aku mohon padaMu agar Kau tenangkan Haikal dan Kau lindungi dia dari maksiat ya Allah." Setiap hari yang berlalu, Aisya memohon dan meminta sebagai hamba yang sangat memerlukan Tuhannya.

"Aisyah! Aku dengar Haikal kemalangan semalam! Dia koma sampai hari ni!" Beritahu Aziey pada Aisyah sebaik sahaja dia sampai di bilik.

"Kau biar betul Ziey? Dia kat Hospital mana? Kau tau tak dia masuk wad mana?." Aisyah dipenuhi kerisauan.

"Ermm…kejap aku Tanya Zaid," Balas Aziey sambil tangannya menekan-nekan punat telefon lalu menghantar mesej yang ditaipnya pada Zaid.

"Kau rasa dia teruk tak ziey? Sampai koma tu. Hmm." Luah Aisyah pada Aziey.

"Mungkin. Eh kejap, Zaid dah balas. Zaid cakap dia kat Hospital Besar, kat wad lelaki tingkat 4. Kau nak pergi sekarang ke Sya? Dah pukul 8 malam ni, mana diorang buka untuk pelawat lagi." Kata Aziey pada Aisyah.

"Aku pergi malam ni juga. Takpelah dapat tak dapat tu lain cerita. Allah akan tolong. Kau jangan risau, kalau aku tak sempat datang kelas esok kau tolong cakap kat lecturer aku kat Hospital ye. Thanks ziey, aku pergi dulu." Aisyah tetap dengan sifat keras hatinya, dia ingin berjumpa dengan cintanya.

"Aisyah! Goodluck! Hati-hati! Jaga diri!" Nasihat Aziey pada Aisyah penuh kerisauan. Aisyah hanya membalas dengan senyuman.


"Aku datang bukan nak cari pasal. Aku datang bukan pasal aku nak kau balik. Aku datang bukan pasal aku terhegeh-hegeh kat kau balik. Tapi aku datang pasal hati aku bawa aku, pasal aku nak kau hidup dan pasal cinta aku ikhlas untuk kau kerana Allah. Ya Allah bantulah aku ya Allah." Bisik Aisyah jauh di dasar hati sepanjang perjalanannya ke Hospital. Jiwanya berdebar kencang, tangannya sejuk menggigil, kakinya menggeletar.

"Maaf cik, waktu melawat dah habis. Sila datang lagi esok." Lembut jururawat yang bertugas tersebut memberitahu Aisyah.

Namun aisyah tidak berputus asa, dia cuba untuk memujuk lagi. "Tolonglah saya, kawan saya di dalam tu sedang koma, saya perlu bertemu dia."

"Maafkan saya cik, Polisi kami tidak membenarkan pelawat masuk selepas jam 8 malam" Jururawat tersebut cuba menerangkan pada Aisyah sebaiknya.

"Eh, Aisyah! Kenapa kamu ada kat sini? Kamu dah sihat?" tiba-tiba seorang lelaki menyapanya. Doktor Aqif, Doktor yang merawat ketumbuhan di perutnya dahulu.

"Doktor, Alhamdulillallah saya dah beransur pulih. Doktor, saya perlu melawat kawan saya. Dia sedang koma sekarang, saya teringin sangat untuk menjenguk dia." Luah Aisyah pada Doktor Aqif.

"Erm, baiklah. Saya tolong kamu, tapi kali ni saja tau." Doktor Aqif melemparkan senyuman nakal pada Aisyah.

"Terima kasih Doktor, jasa baik Doktor tak mampu saya nak balas sekarang." Aisyah amat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh Doktor Aqif. Lalu, perlahan dia mengikut langkahan Doktor menuju ke wad kelas pertama di mana Haikal di tempatkan.

"Ini dia bilik Haikal, take your time." Kata Doktor pada Aisyah.

"Terima kasih Doktor." Kini Aisyah terpacak di hadapan pintu bilik Haikal. Tangannya menggenggam tombol pintu, ditarik nafasnya dalam dalam. Lalu dihembuskan dan dengan segala kudrat yang ada dia memulas tombol untuk membuka pintu. Kepala yang tertunduk diangkatnya perlahan.

"Aik, kenapa orang lain pula ni." Bisiknya dalam hati. Rupanya bilik itu dikongsi dua orang pesakit, lalu dia meneruskan langkahan ke belakang lagi untuk ke katil Haikal.

Airmatanya tidak dapat di bendung lagi di saat melihat keadaan Haikal. Kaki dan tangan kirinya patah, mata sebelah kirinya ditutup dengan kapas putih yang memperlihatkan sedikit bekas darah berwarna merah cair. "Mungkinkah Haikal akan buta?" detik hatinya. Aisyah menyentuh lembut kulit pipi Haikal yang terdapat banyak bekas parut. Mungkin hasil kemalangan tersebut. Sayu hatinya melihat keadaan Haikal kini. Perlahan dia duduk di kerusi dan menggenggam tangan kanan Haikal. Lemah longlai tangan lelaki gagah itu. Alat bantu pernafasaan juga mengeluarkan bunyi yang kurang enak di dengar. Debaran jantung Haikal juga agak lemah.

"Abang." Lembut suara Aisyah bergema. Setitik airmatanya jatuh ke atas tangan Haikal yang digenggamnya erat. Hasil rindu yang tak terluah, dan betapa kasihnya pada Haikal terlepas hari ini. Perlahan di kucupnya tangan Haikal lalu di angkatnya tangan itu dan diletakkan di pipinya. Haba tangan Haikal mengubat segala luka yang pernah ada. "Ya Allah, maafkan aku atas kelemahanku, aku terlalu merindui hamba Mu ini." Bisik Aisyah dalam hatinya, menyesali perbuatannya dan memeohon maaf pada Pencipta.

Perlahan suaranya berbisik, meluah segala rasa pada Hamba Allah yang dicintainya. "Aisyah sayang abang. Maafkan Sha buat abang rasa terkhianati. Maafkan Sha andai pernah melukai. Maafkan Sha atas setiap sikap buruk Sha pada abang. Maafkan Sha membiarkan abang terlepas dan pergi. Maafkan Sha tak menjaga abang sepenuh hati. Maafkan Sha bang. Abang, ingat tak lagu kita dulu?" Aisyah mengajak Haikal untuk berbicara walau dia tahu dia seakan orang gila yang bercakap sendiri.

Sambil teresak-esak Aisyah mendendangkan lagu yang pernah menjadi lagu tema mereka berdua dulu. Sudah tentu Haikal tergelak jika mendengar suara Aisyah yang tersedu sedan saat itu tapi tetap juga hendak menyanyi. "Walau berputar utara selatan, Ku tak putus harapan, sedia setia" lemah, tak mampu Aisyah meneruskan. Dalam tangisan yang cuba untuk tertawa mendengar nyanyian sendiri. "Abang, Sha masih setia. Sha masih setia pada janji kita pada Allah. Abang satu-satunya manusia yang Aisyah sayangi sampai bila-bila. Dan hari ni Sha di sini, di sebelah abang kerana hati Sha membawa Sha kemari. Demi Allah bang, tak pernah sehari pun hari-hari yang Sha lalui Sha melupakan abang. Sha bukan kembali untuk menagih kasih atau merayu menjadi isteri abang. Cuma hati yang ikhlas membawa sha kemari, kasih Sha memang untuk abang tak kiralah abang dengan siapa. Abang keluar berdua dengan perempuan lain, it hurts but what else I can do selain mendoakan kebahagiaan abang? Memohon abang dilindungi dari maksiat dan semoga abang menjadi hamba Allah yang baik. Abang ingat tak dulu abang pernah cakap kat sha? Abang cakap kat sha, walau apa pun yang terjadi Sha jangan lupa yang abang sayangkan Sha. Jangan pernah lupa. Hari ini Sha masih tak lupa, Sha tahu abang sayangkan Sha walau abang cakap abang bencikan Sha. Sha yakin semuanya belum berakhir. Abang bangunlah, kesian kat Azim, siapa nak main kereta control dengan Azim lagi kalau abang tak bangun? Siapa nak pasang khemah untuk Azim lagi kalau abang tidur kat sini? Siapa nak puji masakan mak kalau abang tak dapat makan? Siapa nak pandu kereta untuk mak kalau abang tak bangun? Siapa nak bincang pasal politik dengan bapak? Hp yang bapak taknak bapak nak bagi kat siapa? Bangunlah bang, semua orang perlukan abang. Siapa nak tolong cik Zah tengok printer dia kalau abang tiada? Abang bangunlah demi keluarga abang." Rasa yang sekian lama di simpan, habis di luah. Tiada apa lagi yang tersisa yang menjadi rahsia jiwa. Erat tangan Haikal digenggam dan dikucup penuh cinta.

"Aisyah." Tiba-tiba suara lelaki menyapanya dalam sepi. Aisyah menoleh dan melihat seorang lelaki lewat 40an di belakangnya.

"Eh, Pak cik. Maafkan saya menganggu." Lemah Aisyah menyapa ayah Haikal yang masih dalam sendunya.

"Dah lama kamu di sini?" Tanya ayah Haikal pada Aisyah.

"Taklah pakcik, saya dah nak balik. Dah lewat ni, maafkan saya mengganggu. Sampaikan salam saya pada makcik. Saya balik dulu. Assalammualaikum." Aisyah berlalu pergi bersama airmata yang masih tersisa di dalam matanya. Dia tidak menoleh kebelakang lagi saat itu. Perasaannya telah dihamparkan. Apa yang di harapkannya semoga Haikal dapat kembali ke dunia nyata.

************************************************

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.