Cerpen Cerita Kita

"Sebab abang terlalu sayangkan bie lah yang abang buat macam ni. Abang tak nak seksa diri dan hati bie dengan perbuatan abang. Bie kena faham situasi abang sayang, janganlah macam ni." Terang Muhammad Danish Fikri.

Aku ialah Nur Farina Haziqah merupakan anak bongsu kepada pasangan En.Amri Zakuan dan Pn. Syakila Hanum dan aku juga merupakan pelajar tahun akhir di salah satu Universiti tempatan. Apa yang ada pada aku sebenarnya hanyalah cinta sejati, tapi kini aku hampir kehilangannya. Aku buntu untuk melakukan sebarang keputusan. Aku perlukan seseorang untuk memberi semangat zahir dan batin. Hurmmm…

Dia? Muhammad Danish fikri. Seorang jejaka yang good looking yang boleh dikatakan hampir kesemua teman-temanku hendak berkenalan dengannya. Aku bukan mahu memuji sebarangan hanya kerana dia adalah kekasih yang aku sayangi jiwa dan raga. Tapi ianya adalah kenyataan, dan aku adalah wanita yang kukira bertuah kerana berjaya menjadi kekasihnya selama hampir 4 tahun. Perkenalan kami ditemukan oleh rakan kelasku dan merangkap cousin kepadanya. Dari perkenalan itu kami menjadi teman dan akhirnya pada tarikh 25 februari 2005 dia melamarku untuk menjadi kekasihnya….indah sungguh perasaan pada waktu itu.rasa dibuai-buai..ewah…

"Kalau betul abang sayangkan bie, kenapa abang cakap benda ni? Abang kata abang tak nak seksa hati bie tapi bila abang cakap pasal putus, abang tahu tak yang abang dah hancurkan hati bie?" soalku emotional.

"Sayang tahukan selama ni pun dah banyak kali abang abaikan sayang. Abang tak nak lagi rasa bersalah dengan buat bie macam tuh." jelas Danish lagi

"kalau abang dah tahu yang abang dah banyak kali abaikan bie, tak boleh ke abang cuba ubah diri abang? Abang tahukan yang bie sayang sangat dekat abang? Kita dah lama bang, Janganlah buat bie macam ni, kenapa abang nak putus dengan bie? Abang dah ada perempuan lain ke?" tanyaku panjang lebar.

"hhuuuhh…bie, abang tahu yang kita dah lama. Hampir 4 tahun kita couple abang tak pernah lupa tu, tapi macam abang cakap tadi bukan abang tak sayang bie, sayang sangat-sangat tapi abang tak nak seksa bie lagi. Sumpah sayang, abang tak ada perempuan lain. Tapi sayang tahukan yang abang ni memang terlalu obses dengan kerja. Hanya sebab tu je sayang." Jelasnya lagi

"Jangan main sumpah bang, nanti makan diri. Takkan hanya disebabkan alasan kerja abang nak hubungan kita putus macam tu je? Tergamak abang buat bie macam ni kan... Memang kadang-kadang bie ada merungut yang abang abaikan bie, tapi bie sungguh tak sangka yang abang boleh buat keputusan yang sungguh drastik macam ni." Ujarku tak tertahan rasanya aku merasakan yang dada aku ni macam nak pecah menahan segala rasa yang ada. Kecewa, sedih, geram…entahlah. YA Allah bantulah aku, tabahkan hatiku dengan dugaanmu ini.

"bie, abang tahu yang bie kecewa dengan abang, tapi kalau kita teruskan lagi hubungan kita ni abang rasa abang akan kecewakan bie berkali-kali ganda lagi. Cuba faham situasi abang sayang. Abang pun susah nak buat keputusan ni, berat sangat-sangat tapi I’ve should make a correct decision only for this things. Abang juga taknak kehilangan kasih sayang bie, tapi abang juga tak nak berlaku kejam dengan bie dengan ikat bie bersama abang tanpa memikirkan kebahagiaan yang sepatutnya bie dapat. Abang tak boleh nak bahagiakan bie sepenuhnya, abang kalau dah dapat kerja abang lupa nak bahagikan masa abang untuk bie.
Abang tahu tu dan abang dah cuba untuk berubah, tapi still lagi tak boleh. Abang minta maaf sebab buat bie macam ni." Pujuk Danish

Apa yang harus aku lakukan? Dia terlalu baik untukku, sebelum ni kami bahagia bersama tanpa gangguan orang ketiga, kasih sayang dan kejujuran yang diberi kepadaku tiada tolok bandingnya tetapi mungkin inilah silapnya kasih sayang kami tidak dapat disatukan hinggan keakhirnya. Tuhan, ini dugaanmu yang paling mencabar selama aku hidup dibumimu ini. Aku harus kuat, kerna sayang aku tidak mahu mengongkongnya. Jauh sekali untuk menyekat kebebasan dan kebahagiaannya. Mungkin dengan aku melepaskannya dia akan bahagia dengan cara hidup yang dia cari.

"Abang, terpulanglah kat abang. Kalau ini keputusan yang terbaik abang buat bie akan ikut janji abang dapat kebahagiaan yang abang cari selama ini. Dan dengan cara ini bie tunjukkan kasih sayang bie yang tidak terhingga kepada abang. Bie sentiasa mendoakan kebahagiaan abang sampai bila-bila. Bie percaya akan jodoh, ajal dan pertemuan semuanya ditangan takdir. Andai jodoh kita ada, kita tak boleh lari dan mungkin sampai sini je jodoh kita, bie redha bang. Doakan kebahagiaan bie ye. Bie minta maaf apa yang bie dah buat kat abang selama ni dan halalkan makan minum bie."jawabku dengan suara yang serak kerana menahan tangisan yang kuat.

"syuuuu…..syg, tolong jangan nangis. Tak bermakna kita tak ada hubungan lagi lepas ni kita tak boleh kawan. Bie sentiasa dalam hati abang sampai bila-bila. Jangan sedih-sedih, bie jaga makan minum, kesihatan ye sayang. Kalau ada apa-apa yang bie nak kongsikan dengan abang. Jangan segan-segan contact abang tau." Balas Muhammad Danish Fikri

"Em… abang pun macam tuh juga. Abang untuk kali terakhir dalam hubungan kita ni, boleh tak bie nak salam abang?"tanyaku sambil menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman dengannya. Memang itulah aku, sewaktu sampai dan pulang mesti salam yang menemukan kami. Dan ini adalah salam yang terakhir untuk perhubungan yang akan terputus sebentar lagi.

"Maafkan abang sayang, sebab terpaksa hancurkan hati bie. Tolong jangan bencikan abang"kata Danish

"Tak…bie tak akan bencikan abang, sebab kasih sayang bie untuk abang melebihi segalanya. Assalamualaikum abang…." Ujarku sambil berlalu menangisi perhubungan yang sudah terputus. Sukar untuk aku percaya tapi inilah suratan, sedangkan suami isteri boleh bercerai inikan hubungan kami yang tanpa ada ikatan yang sah. Semuanya akan menjadi kenangan cintaku…

******

"Ziqa, ni akak kenalkan cousin yang paling rapat dengan akak, Fikri nama dia. Fikri, ni Ziqa classmate akak. Koarang kenallah dulu ye, akak nak pergi ladies kejap" ujar kak amira. Aku hanya terdiam melihat dia berlalu pergi.
Eh orang tua ni, ada pula dia tinggalkan aku dengan si fikri ni. Dah lah aku baru kenal dia, apa aku nak buat ni, muka ni pun jangan lah merah pula malu aku nanti…. Ish hancur betullah aku ni…. Yang aku dok bebel ni kenapa? Tak ada kerja lain kut aku ni. Mana pula kak Mira ni? Aduh…..

"em… satu kelas dengan kak Mira eh?"tanya Si Fikri. Mamat ni kenapa? Bukan ke kak Mira kata tadi yang aku ni classmate dia? Tak dengar ke apa? Ke telinga tuh tak korek? Macam-macam ….

"a’ah satu kelas" jawabku pendek.konon-konon malu lah tuh.hehe

"apalah punya sengal aku ni? Kan kak Mira dah bagi tau tadi yang si Ziqa ni classmate dia,confirm lah yang dia satu kelas…aduh, mesti budak ni kutuk aku kan.adoiii jatuh market aku." kata Fikri perlahan.
Hehe dia ingat aku tak dengar ke apa yang dia cakap? Heee..aku dengarlah cik bro oi…kantoi sudah..tak apa, aku buat-buat tak dengan, tak nak pun jatuhkan reputasi kau, don’t worry Bro!!!

"hai, takkan diam je kot korang ni? Akak dah bagi chance pun tak nak amik advantage. Apa daa….Fikri? kau kenapa? Selalunya romeo sangat, ni dah dapat awek cun kat depan mata pun tak nak ke?" bidas kak Mira.

"entah kau ni, tak nak ke? Kalau tak nak cakap awal-awal boleh aku susun ayat-ayat cinta aku nak ayat awek cun ni."balas seorang pemuda disebelah kak Mira.

"Hye… saya Aizat adik kak Mira." Dia memperkenalkan diri. Macam tahu-tahu je yang aku ni tengah ke-confuse-san.hurm...so clever!!!

"dah-dah jangan nak jadi romeo, geli akak nengok. Korang dah makan belum? Akak lapar ni, jom Aizat belanja akak." Kata Kak Mira

"Eh? Apa pula Ejat yang kena belanja? Mana aci…akak lah" balas Aizat seakan tak berpuas hati dengan Kak Amira

"tak ada Aci-aci, kalu nak jumpa aci kau pergi rumah Arumugam"balas Kak Mira slamber
Tergelak kami mendengar ke-sempoi-an jawapan kak Mira, sampai menampakkan riak bengang di wajah Aizat.

"Nak makan apa Fikri? Ziqa? Biar akak dengan ejat yang pergi beli korang tunggu kat meja ni." Tanya Kak Mira.

"apa-apa je la kak" jawab Fikri sambil memandangku.

Aduh…mamat ni kenapa? Daripada tadi dok pandang-pandang aku, mata aku juling ke? Hidung aku senget ke? Rasa macam ok je. Janganlah buat aku rasa tak selera En Brother oi… aku cabut kang.

"Ziqa?"

"Errr?? Ooo….Tak kesahlah kak, order yang sama dengan akak je lah" balasku gagap, ni semua mamat tu punya pasal kan dah tergagap-gagap aku. sikit jam lagi aku nyanyi lagi gagap si stacy tu.

"ok akak pergi dengan Aizat jap" beritahu kak Mira

"Duduk sini diam-diam tau, jangan noty2… awak, kalau Fik noty nanti bagi tahu saya ye, biar saya piat telinga dia…"ujar Aizat sambil memberi aku pesanan dari penaja.

"Oiii… aku belasah kang baru tahu, dah pergilah cepat beli makan tu."balas Fikri bengang diusik Aizat

"emm…awak jangan layan sangat apa yang ejat cakap tadi, dia tu bukan betul sangat." Fikri memberitahuku.

"tak apa, dia saja nak bergurau je tu. Saya tak ambil hati pun."balasku sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

" dah berapa tahun awak kenal dengan kak Mira?"tanya Fikri ingin melanjutkan perbualan.

"daripada sem 1 hari tu." jawabku seakan tak tahu apa yang mahu ditanya. Akhirnya, dua-dua kehilangan kata dan tidak lama selepas itu kak Mira dan Aizat tiba menghidupkan suasana.

"la… daripada tadi korang beku macam ni ke? Kenapa tak borak? Ziqa ni memang tak banyak cakap Fik, kau kena pandai cari topik kalau nak dia sama-sama kecoh dengan kau." kata kak Mira

Ala kak Mira ni, nak malukan aku ke apa? Janganlah bocorkan rahsia kerajaan yang dah bertahun-tahun aku bina. Hampeh betul. Segan tahap dewa dewi dah ni, mana nak sorok muka aku yang cun melecun ni? Hehe perasan sudah… ye ye je kak Mira ni ajak aku keluar rupa-rupanya ada ketam disebalik spagetti. Dia ni
cita-cita impian nak jadi pencari jodoh yang berjaya ke apa. Aku ingatkan keluar berdua dengan dia, rupa-rupanya dia bawak sekali adik dan cousin dia. Malunya aku…. tak tahu nak cakap apa, tu yang aku sampai kelu seribu bahasa ibundaku.wawawa… ayat apa ni Ziqa?

****

"pernah ku sempat kecewa Tak bisa lagiku terluka Tunjukkan satu jalan lain untukku Hapuskan dilema dari rasa ragu Hanya bila kau membalas Cintakan jadi milikmu…ku pastikan hatiku untukmu sejak pertama kau tatap mataku hanya senyumanmu mengisi relung hatiku….ku tlah jatuh cinta" kedengaran bunyi yang menandakan ada msg masuk.aduhhh… Siapa lah yang kacau aku malam-malm buta ni? Tak tau ke aku tengah beradu…Dah la volume sekuat yang mungkin aku set lupa pula nak perlahankan sebelum aku tidur tadi.

"Salam, hai Ziqa…dah tidur ke? Sori saya ganggu…"nombor siapa pula ni? Aduh ni yang den tak gomar, ntah sapo-sapo punyo nomborlah yang muncul. Sapo pula lah yang menjadi dalang yang bagi nombor den ni… den dapek nanti den sombolih palo eiii buek kari… tau pun kau tuh tengah ganggu aku. kalau nak msg pun tunggu la siang dulu, sekarang ni pukul 3?? Ish kacau betul lah.

" ish…sombongnya dia? Tak nak reply pon msg kita, tak sudi ke nak kawan ngan saya?"beri manusia tu lagi, Gila ke apa? Aku pun tak tau kau tu siapa, macam mana aku nak kawan dengan kau? Kataku sendirian….nak reply ke tak ni? Aduh…mama, ayah dan abang-abangku, aku dalam dilema yang dibuat-buat ni??

"siapa ni? Mana dapat nombor ni?"balasku

"saya manusia lah, takkan monyet kot. Kawan awak yang bagi nombor ni pada saya, cubalah teka siapa saya"balasnya lagi

Kawan aku? siapalah yang punya kerja ni? Tak pasal-pasal ada yang kena kerat-kerat. Boleh lah aku famous macam Mona Fendi tu. Memang kau tu monyet kut, ada nak kawan dengan orang suruh main teka-teka. Bengong ke apa?

"kawan saya? Siapa? Memang betul monyet kot manalah saya tahu." Balasku pula seakan memanjangkan lagi perbualan aku dengan manusia+monyet ni.

"sampai hati awak kata saya monyet, mesti ramai kawan awakkan sampai tak tahu yang mana satu." Katanya lagi

Beruk!!! kau ingat aku ni macam kau ke? Keluarga monyet? Aku bukan spesis kera sumbang yang tak reti nak berkawan dengan orang tau tak...

"suka hati awaklah, malas nak layan. Lagi satu, awak dok kat planet mana eh? Tak reti orang nak tidur ke?
Kacau tau tak, esok saya ada kuliah nanti-nanti jelah awak sambung cerita dongeng awak tu ye…assalamualaikum"balasku berlemak cili api masakan mamaku.

"Mak aiii garang juga awak ni ye? Pedas sungguh bahasa, tapi tak apa saya suka. O.k lah sori kacau awak pagi-pagi buta ni. Anyway saya ni Muhammad Danish Fikri cousin kak Mira yang awak jumpa hari tu, selamat berkenalan."balasnya

Ya Allah!! Dia ke? Malunya aku…. emm tapi lantaklah bukan aku nak jumpa dia lagi pun. Buat-buat tak ada apa yang berlaku lah, kan senang habis cerita.

Keesokannya, walaupun malu dengan kejadian pagi buta tadi, aku jumpa dengan kak Mira pun buat-buat muka rilex, control Ziqa jangan jatuhkan martabat kaum kerabat diraja Malaysia. Aku rasa kak Mira mesti tau cerita tu, ye lah si Fikri tu kan cousin kesayangan dia. Semua cerita mesti dia tahu punya. Wekkk lantaklah ada aku kisah ke?

"Hye Ziqa, awat dok menung kat sini? Teringatkan siapa ni?" tegur Amira

"Err??? Mana ada menung kak. Saja nak amibil angin petang sikit sihat sikit badan ni seharian kita dok terkejar-kejar pergi kelas."balasku

"Betul tu, akak setuju kelam kabut betul kita hari ni kan, dengan test bersepah-sepah. Naik meroyan akak ni tau tak? Kata kak Mira.

"hehe meroyan eh kak, sabar kak jangan sampai meroyan merana abang Adi nanti tengok awek terchenta dia meroyan."balasku dengan ketawa yang tek terhingga.

"hehe…pandailah kamu Ziqa, em…Fikri ada msg kamu? Hari tu dia minta akak nombor Ziqa akak bagi lah.bolehkan? Ziqa tak marah akak kan?"tanya kak Mira sambil mata terkelip-kelip pandang aku. Nak minta simpatilah tu.

Betullah orang tua ni, dia dah bagi nombor aku baru dia tanya aku boleh ke tak? Surelah aku tak suka tapi tak bolehlah nak marah-marah. Bukan salah dia pun.

"emm..ada semalam dia msg Ziqa, tapi Ziqa tak layan pun."balasku

"la..kenapa tak layan? Fikri tu baik tau Ziqa, handsome pula tu, akak bukan nak puji dia sebarangan sebab dia cousin akak tapi memang kenyataan pun. Akak kenalkan dengan Ziqa pun sebab akak sukakan Ziqa. Ziqa
bukan macam kawan-kawan akak yang lain. Ziqa pun singlekan? Ziqa try lah dulu berkawan dengan dia.lama-lama Ziqa sendiri akui apa yang akak cakap ni betul."kata Kak Mira panjang lebar seakan-akan
nasihatkan aku.

"akak bukan apa Ziqa, Fikri tuh pernah kecewa dengan cinta dia dan masa tu akak kesian sangat dengan weak sangat-sangat. Baru-baru ni yang dia recover, tu yang akak kenalkan dengan orang yang akak sendiri percaya. Akak cerita ni bukan sebab akak nak minta simpati dengan Ziqa, tapi akak nak Ziqa tau yang Fikri tuh kalau dia sayang dengan seseorang tu dia akan sayang sampai bila-bila.

"Ooo… kenapa dia putus dengan gf dia kak?" tanyaku

"Kenapa dia putus? Tak silap akak lah kan. Perempuan tu pregnantkan anak orang lain, lelaki tu pun bukan orang lain dengan Fikri, kawan baik dia sendiri sampai hati diorang buat fikri macam tu. Akak pon tak tahulah, rupanya ada juga orang yang tak ada hati perut macam tu." cerita Amira

Macam tu rupanya cerita dia. Kesian gak kat mamat tu, muka handsome tapi kecewa dengan cinta sendiri.
Apsallah nak kecewa dengan perempuan macam tu? entahlah aku pun tak faham dengan dunia sekarang.

"ok lah Ziqa, akak nak keluar kejap nak jumpa abang Adi."ujar kak Mira berlalu

"emm..ye lah kak, pergilah awak tu dating. Kesian kita kat sini selalu kena tinggal."balasku dengan buat muka sememeh…

"Orang dah bagi awak tuh yang jual mahal, nasib badan lah dik oii…"laung kak Mira kepadaku
Sedang aku bersantai sorang-sorang dekat taman ni, lagu agnes monica, ku tlah jatuh cinta kedengaran, emmm siapa pula yang msg ni??

"hye awak, sy nak kacau awk ni boleh x?" msg pertama yang aku dapat daripadanya hari ni. Nak balas ke? Rasanya tak salahkan kalau aku nak berkawan dengan dia.

"hye jugak kt awk, kacau lah tak buat apa pun kat sini…"balasku kepada msgnya tadi

"Awk tgh buat apa tu?" tanyanya

"tak ada buat apa pun, duduk rehat je kat taman hostel ni…"balasku lagi

"oooo…sorang? Akak mana?" Balanya

"Akak kuar dengan abang Adi, sorang je lah nampaknya hari ni."aku membalas pertanyaan Fikri.

****

Sedar tak sedar dah hampir 8 bulan aku berkawan dengan muhammad Danish Fikri. Selama itu jugalah aku dapat merasakan kebahagiaan yang aku inginkan selama ini. Fikri atau Danish adalah insan yang sama, denganku dia menyuruh memanggilnya dengan panggilan Danish kerana katanya ianya punyai perbezaan dengan orang lain. Hehe macam-macam, tak kisahlah dia mahu memanggilnya dengan panggilan apa, janji orangnya tetap sama.

Satu hari dia menanyaku satu soalan yang aku rasa amat payah untuk aku memberi jawapannya. "Ziqa, emm… sebenarnya Danish nak cakap something, Danish harap Ziqa dengar baik-baik tau."kata Danish perlahan kepadaku

"apa dia Danish? Cakap lah Ziqa dengar"balasku

"Ziqa, selama berkawan dengan Danish Ziqa selesa tak?"tanya Danish dan aku hanya mengangguk tanda aku menjawab soalannya tadi.

"Danish pun selesa, Kak Mira mesti ada cerita pasal cinta saya dulukan? Selepas saya putus dengan Maria, saya rasa macam putus harapan saya langsung dah tak percaya dengan perempuan. Lagi-lagi dengan perempuan cantik bagi saya mereka boleh memerangkapkan cinta lelaki dengan paras rupa cantik mereka tapi saya silap. Awak mesti ingat pertemuan kita yang pertama kan? Macam mana saya waktu tu, saya seolah-olah kehilangan kata untuk berdepan dengan perempuan lagi. Kak Mira dengan ejat lah yang banyak membantu saya untuk buat saya kembali seperti dahulu. Kak Mira banyak bercerita tentang awak, sehingga suatu hari saya terasa macam ingin mengenali awak dengan lebih rapat. Saya cuba untuk mengubah hidup saya seperti asal dan sedikit sebanyak sebenarnya awaklah yang telah mengubah saya. Saya dapat balik apa yang saya hilang dulu, kepercayaan kepada kaum hawa dan kini saya dapat semula kebahagiaan yang saya inginkan daripada seorang wanita Awak fahamkan maksud saya Ziqa?"
Apa maksud dia? Aku bukan tak faham tapi kurang jelas dengan apa yang diberitahu tadi.

"Dan bila awak muncul dalam hidup saya beberapa bulan ni, saya rasa happy sangat dan hidup saya seakan bersinar kembali sampai saya sendiri pelik dengan diri saya. Padahal selepas terjadinya kejadian tu, saya langsung tak nak kenal dan tak suka nak berkawan dengan perempuan, saya serik Entah lah Ziqa, saya sendiri pun tak faham dengan diri saya, entah-entah saya dah jatuh cinta dengan awak kut. terang Danish panjang lebar.

"Ziqa? Apa perasaan awak terhadap saya?" tanya Danish tanpa menunggu jawapan dariku untuk soalannya tadi.

"Errr… perasaan? Apa maksud awak? Tanyaku. Bukan aku tak faham perasaan apa yang di tanya Danish itu tapi aku tak punya jawapan.

"Nur Farina Haziqah bt Danial Amri, sudikah awak menjadi kekasih hati saya?" tanya Danish sambil menghulurkan sesuatu ditangannya. Mak aii…siap sebut nama penuh aku lagi, apa aku nak cakap ni? Sayang ke aku padanya? Aduh…bab-bab ni yang aku lemah, tak tau nak jawab apa. Memang aku selesa dengan kehadirannya sebelum ni, tapi aku tak tahu lah pula adakah perasaan sayang untuknya dariku. Nak ke tak nak ni? Tengok muka dia tak ada lah main-main daripada tadi dok serius je. Hati aku menyatakan yang dia memang serius melainkan yang serius. Apa aku cakap ni? Tak fahamlah Ziqa!!!!!

"Emmm….Danish, Ziqa tak tahu nak cakap apa. Tapi tolong bagi Ziqa masa untuk fikirkan benda ni. Nanti kalau Ziqa dah ada jawapan Ziqa bagi tau Danish." Balasku

"Danish tak kisah Ziqa, awak ambillah berapa lama masa yang awak nak. Saya tak akan paksa awak. Kalau awak tak boleh terima cinta saya pun awak terus terang sajalah jangan biarkan saya mengharap ye" balas Danish sambil menghadiahkan ku sebuah senyuman yang manis.

"emm… baiklah dan lagi satu, boleh tak dalam seminggu ni awak jangan contact saya langsung? Saya bukan apa, Cuma nak tau apa perasaan saya kepada awak. Bolehkan awak bantu saya."tambahku dengan majah yang mula memerah menahan malu. Maunya tak malu, orang dok propose aku. huhu….

****

Em… bosannya hari ni, dah dekat seminggu aku diamkan diri daripada Danish. Memang aku akui yang aku dapat merasakan kehilangannya. Cintakah aku padanya? Dan dekat seminngu jugalah aku menilik cincin yang diberikan danish kepadaku tempoh hari. Emmm… cantik, pandai pula dia pilih saiz aku. macam tau-tau je. Sebenarnya, aku dah mula merasai kehadiran cintanya dalam diri aku tapi bagaimana caranya untuk aku menyatakannya balik kepada danish? Puas aku memikirkan caranya, entahlah jujurkah cintanya untukku?

"Hello Assalamualaikum hai Danish, ni Ziqa" ucapku pabila Danish menjawab panggilanku

"Hello waalaikumsalam hai Ziqa, apa khabar? Ziqa sihat?" Balas Danish kepadaku

"Em… Ziqa sihat, Danish?" tanyaku pula

"Alhamdulillah Danish sihat, ada apa Ziqa call Danish?"tanya Danish konon-konon hairan dengan panggilan ku. Poyo jelah awak ni Danish hehe

"Err… tak ada apa, I just want to know are you free today?"tanyaku

"hari ni? Free je kenapa Ziqa?"jawab Danish

"huuhh, emm…kalau free boleh kita jumpa?"tanyaku lagi

"boleh je, nak jumpa kat mana? Ke awak nak saya ambil awak kat kampus?" balasnya

"ikut awak lah, kalau tak menyusahkan awak."balasku pula

"em..o.k lah kalau macam tu, saya ambil awak pukul 11 a.m dekat depan hostel awak. Awak tunggu kat sana
ye."beritahu Danish

"o.k, kalau macam tu kita jumpa kejap lagi, bye Assalamualaikum"balasku

"bye…"

Macam mana aku nak bagi tau dia ni? Aku yakin dengan keputusan yang aku buat sebab aku dah rasa symptom-sympton penyakit angau. Daripada ianya melarat lebih baik aku pergi cari penawarnya. Lekas baik aku pun bahagia menempuh hari-hari mendatang.!! Hehe Nur Farina Haziqah, Chaiyok!!!!!!

"hye, dah lama tunggu?"tanya Danish setibanya dia didepan hostelku

"hye, tak adalah Ziqa baru pun turun. Kiranya awak on time lah ni.em…kita nak pergi mana ni?"balasku

"Oo ye ke? Em…kita pergi The Curve lah boleh?"tanya Danish

"emm…boleh je"balasku dengan pertanyaannya tadi.

Entah kenapa aku tengok muka Danish ni berseri-seri hari ni. Tak lekang aku tengok senyuman daripada bibir dia. Apa yang suka sangat pun tak tau. Takkan sebab aku ajak dia keluar suka sampai macam ni sekali. Sekali tengok dah macam pesakit mental mamat ni. Huhu Sori Mr.Danish, aku kutuk kau. Nasiblah….
Happy aku hari ni. Sakan aku dengan dia merayap, sampai naik tercabut kaki aku nasib baik tak pakai screw, kalau tak mesti dah lose.huhu aku dapat rasakan debaran yang macam tak tau nak diungkapkan bila aku bersama dengannya hari ni. Macam mana aku nak bagitau?macam mana nak mulakan cakap? Kalau dia gelakkan aku macam mana? Aduh…alamak!!! Dah nak sampai hostel aku ni, 5,4,3,2,1 sreeetttt bunyi tayar konon-konon dibrek emergency…Hehe cepat cari ayat Ziqa, jangan kelam kelibut, Cool Ziqa cool, be professional.relax…tarik nafas huhhhh…

"ok dah sampai."Kedengaran suara Danish

"err???? Ooo dah sampai"ujarku.muka danish kelihatan lain mana tak nya aku boleh cakap dah
sampai,memanglah dah sampai apa daa si Ziqa ni.

"emm..Danish, kita duduk kat anjung tu dulu boleh? Ziqa ada benda nak cakap dengan Danish." Ujarku sambil menujukkan anjung yang berhadapan dengan hostelku

"emm jom."balasnya ringkas. Macam dah tau-tau je, bila tengok raut muka dia yang tenang seakan memberi semangat kepadaku untuk meneruskan kata-kata yang tersekat di trakea ku. Ah?? Betul ke?? Betullah kot trakea……

"Emm actually, Ziqa tak tau nak mulakan macam mana. Ziqa harap Danish fahamlah dengan apa yang Ziqa cakap. Manalah tau ayat ni lintang-pukang ke kan."balasku. tergelak kecil dia mendengar kata-kata yang keluar daripada bibirku

"Seminggu Ziqa fikir tentang yang Danish cakap pada Ziqa tempoh hari. Ziqa harap yang kata-kata Danish keluar dengan hati yang ikhlas. Kalau betul Danish cakap hari tu Ziqa terima lamaran Danish untuk Ziqa. Ziqa harap yang Danish tak wakenabeb kan Ziqa. Ziqa serius ni."balasku dengan wajah yang kutundukkan ke tanah. Malu nak tatap muka dia yang handsome tu.hehehe Ziqa gedik santai!!!!

Tersenyum dia mendengar kata-kataku. Aku tak tahulah apa makna senyuman dia. Suka ke? Tak pun dia dok gelakkan aku? lantak lah awak…..

"Thanks Ziqa sebab sudi terima Danish yang buruk ni. Ziqa jangan risau, Danish akan jaga cinta kita yang baru termateri ini dengan sebaik yang mungkin.ini bukan janji tapi pasti. Dan lagi satu Ziqa, sebenarnya Danish dah tahu yang Ziqa dah terima lamaran Danish sebelum Ziqa bagitau."ujarnya sambil tersenyum. Nak gelakkan aku lah tu? ish hampeh punya bf. BF? Hehe

"Mana Danish tau?"tanyaku pelik bin ajaib

"Tuu…"tunjuknya kearah jari manis kiriku

Ya Allah!!! Bila aku pakai cincin ni?? Ooo baru aku teringat, sebelum keluar tadi aku ada sarungkan ke
jari manisku, tapi lupa untuk tanggalkan. Mamat ni pun satu, kalau dah tahu tu bagilah tau aku. tak adalah aku cuak nak terus terang dengan dia. Padanlah hari ni happy semacam aku tengok. Rupa-rupanya dia dah tau. Psycho betul mamat ni. Psycho-psycho pun dah jadi bf aku pun. Em…terimalah seadanya cik Ziqa oi…

"Naughty lah awak ni, dah tau bukan nak cakap kat Ziqa, kelam kabut Ziqa cari ayat tadi tau, sampai hati buat Ziqa macam ni."ujarku buat-buat merajuk pada kekasih yang baru jadi.haha bersedialah anda dengan kerenah Nur Farina Haziqah Danial Amri.

"Hehe, saja nak tengok apa yang awak nak buat. Well done honey!!!"balasnya

"Banyaklah awak punya well done. Naik semput Ziqa tau tak?"tergelak dia mendengar celotehku

"Hehe o.klah, Saya balik dulu dah nak maghrib ni. Pergi naik mandi, busyukk!!!"kata Danish

"Wekkk, mana ada!! Awak yang busuk…."balasku

"Ye lah, saya busyuk.ok lah bye" balasnya

"Ok, bye carefull ye."pesanku

"Bye je?"tanya Danish

"Dah tu?"tanya ku pula. Apa kena dengan mamat ni? Bye cukup lah

"Tak nak salam saya ke? Saya nak balik ni…"balas Danish

"Kena ke?"tanyaku blurr

"Your 1st task dear."ujar Danish Fikri

"Ooo o.k" balasku sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Berdogup jantung den buek pertamo kalinyo bersontohan dengannyo…kan aku dah speaking nogori… masa aku salam tangan Danish tadi aku terasa macam tangannya mengusap kepala ku, huhu dah macam isteri menghantar suami pergi kerja lagaknya. Praktis Ziqa.hahaha

"Ok, saya pergi dulu. Ziqa naik lah"ujar Danish

"O.k nanti dah sampai bagi tau Ziqa ye, hati-hati memandu jangan laju sangat bawa tu."sempat aku buat pesanan penaja dari HOTLINK!!!!

****

"Hello, syg abg ni buat apa? Tak bangun lagi ke? Apa ni anak dara bangun matahari dah atas kepala" kata Danish

"Abg ni, tak baik tau tuduh bie macam ni, mana ada baru bangun tidur bie tengah kemas rumah. Berhabuk sangat, tak tahanlah tengok dah macam tongkang pecah. Kenapa bang?" balasku

"Rajinnya syg abg ni, ye ke ni? Syg kemas dengan siapa? Kak Mira mana?"tanya Danish

"Ye la bang, bie sorang je kat rumah sekarang ni, kak Mira dia keluar dengan abang Adi."beritahu aku

"Ooo… lama lagi ke syg nak dok kemas tu? abg rindulah dengan syg, ingatkan nak jumpa. Dah sebulan kita tak jumpakan?"katanya

"Oooo, bie ingat abang tak reti nak rindu kat bie. Abangkan lagi sayangkan kerja-kerja abang tu daripada bie."perliku pedas

"Amboi mulut tu, abang cili nanti nak? Perli-perli abang eh. Abang bukan nak sayangkan kerja tu daripada bie abang ni, tapi abang kena kerja keras untuk masa depan kita sayang. Nanti tak kan abang nak bagi anak
bini abang makan pasir? Abang sayang bie, abang tak nak nanti bie hidup susah dengan abang.bukan untuk orang lain, untuk sayang juga. Duit kahwin kita lagi, ingat sikit ke?"balasnya menangkis kata-kata pedas yang aku beri. Jauh merancang betul balak aku ni, sampai main kahwin-kahwin. Ingat aku nak kahwin dengan dia ke? Perasanlah tu, hehe don’t worry syg, bie main-main je. Mestilah bie nak kahwin dengan abang, bie kan syg kat abang.

"Bie main-main je lah syg oi, bie faham abang nak kumpul duit untuk masa depan kita, tapi janganlah sampai lupakan bie. Kesian bie tau, sorang-sorang dok rindukan abang kat sini" balas ku

"Bukan bie sorang je yang rasa rindu tau. Abang lagi terasa, lebih-lebih lagi kalau abang terasa penat dengan kerja abang, kalau bie ada alangkah bestnya dapat urut bahu abang. Rasanya macam abang tengah guna kerusi Osim tau.hehe"kata Danish mengusikku

"Amboi… abang ingat bie ni kerusi urut ke? Apalah abang ni!!"balasku

"Hehe abang main-main je lah sayang. Janganlah merajuk. Ala bucuk-bucuk, intan payung abang,"balas Danish

"Apa pula bucuk!! Bie wangilah, abang yang bucuk ni mesti tak mandi lagikan?"ujarku manja

"Hehe mana tau yang abang tak mandi lagi ni? Ni bie intai abang eh? Nakal ni"gelak danish kepadaku

"Kan betul bie cakap yang abang ni bucuk, bie kan terror."kataku megah.haha macam lah bie tak kenal awak tu Mr.abangku sayang. Kawan dah 8 bulan, bercinta nak masuk 2 tahun 3 bulan dah nak 3 tahun bie kenal awak.

"Ye la tuh, o.klah sayang abang nak pergi wangi ni. Sayang pun siap ye kejap lagi lepas abang dah wangi, abang ambil sayang. Kita keluar, abang rindu nak tatap muka kekasih abang yang bucuk ni.o.k sayang?" kata
Danish

"Ok sayang, nanti kalau abang dah nak sampai bagi tau bie ye?" ujarku tersenyum.ceh aku ni macamlah dia
nampak aku senyum…aku tengah bahagia ni!!!!

****

Teringat aku dengan munculnya nama bie tu. nama tu sebenarnya singkatan daripada Baby. Bak kata dia Baby tua. Hehe tak kisah lah janji aku sentiasa baby bila dengannya, semakin hari-semakin sayang aku dengannya, ye lah aku dengan dia pun kiranya dah lama juga. Setakat ini, cinta kami utuh tanpa ada gangguan daripada insan lain. Aku memohon kehadrat ilahi biarlah percintaan kami seperti ini sampai keakirnya. Janganlah ada sesiapa diantara kami. Aku takut untuk menghadapi semua itu. Amat takut. Aku inginkan kasih sayangnya milik aku seorang selain daripada keluarganya.

Mama dan ayahku sudah merstukan percintaan kami, begitu juga dengan ibu dan ayah Danish. Dengan bersandarkan restu merekalah yang aku begitu kuat untuk menahan percintaan ini. Cintaku untuk Danish adalah cinta yang ikhlas dari hatiku. Dia merupakan sebahagian daripada hidupku. Ya Allah… kau perliharalah hubungan kami hingga keakhir hayat. Kau satukan lah kami dalam ikatan yang diredhaimu… itu doaku setiap kali solat dan disertakan dengan doa-doa lain.

****

"hai Ziqa, jauh termenung."sapa kak Mira padaku

"eh akak, mana ada termenung, Cuma mengimbau kenangan-kenangan yang lepas je."balasku

"Imbau kenangan yang lepas? Sudah-sudahlah tu Ziqa, tak usah dikenang lagi semua tu. kalau ianya hanya
menyakitkan hati dan perasaan sendiri."nasihat Kak Mira

"Emm…entahlah kak, Ziqa tak tau nak buat apa. Ziqa rasa loss sangat. Rasa macam missing something. Ziqa dah biasa ada dia kak, tiba-tiba tak ada rasa macam lain pula."balasku perlahan.

"Akak faham Ziqa, tapi Ziqa kena terima, redha dengan apa yang terjadi ni. Akak pun malu sebenarnya nak jumpa dengan Ziqa, kalau tak sebab akak Ziqa mesti tak frust macam ni. Akak minta maaf Ziqa" ujar Amira

"Tak adalah kak. Sepatutnya Ziqa berterima kasih dengan akak sebab akak kenalkan Ziqa dengan dia. Ziqa bahagia sangat bila dengan dia kak. 4 tahun kami bersama, dia banyak bagi Ziqa rasa bahagia. Tapi…
mungkin ini yang dinamakan tak ada jodoh kot kak. Ziqa terima dugaan yang Allah bagi kat Ziqa dengan hati yang ikhlas. Ziqa tak nak salahkan sesiapa, dia pergi dari Ziqa pun bukan sebab perempuan lain tapi sebab dia nak focus pada kerja. Ziqa kenal sangat dengan dia kak, sampai waktu kami nak putus pun Ziqa dapat rasai lagi kasih sayangnya untuk Ziqa, Ziqa tau yang dia tak tipu Ziqa. Ziqa relakan pemergian dia asalkan dia dapat kecapi apa yang dia impikan. Kalau jodoh kami panjang, insyaallah adakan kak? Kataku panjang lebar.

"betul tu Ziqa, akak suka cara Ziqa. Sentiasa berfikiran positif, dan akak harapkan yang Ziqa sentiasa tabah dengan kehilangan Fikri. Jangan dikenangkan lagilah, benda dah berlalu.insyaallah Ziqa akan jumpa dengan lelaki yang lebih baik daripada Fikri."ucap kak mira kepadaku.
Hhuuuh…akak tak rasa apa yang Ziqa rasa. Sakit sangat bila Ziqa kehilangan Danish, cinta Ziqa hanya untuk Danish. Kehebatan cinta kami mengatasi segala-galanya. Ziqa cakap macam tu tadi bukan Ziqa sentiasa berfikiran jauh, tapi sebenarnya Ziqa nak sedapkan hati sendiri dan Ziqa juga nak tunjuk dekat orang yang Ziqa ni kuat walaupun Ziqa tahu yang Ziqa ni sebenarnya lemah sangat. Ziqa dah puas menangis kak, puas Ziqa meratap dan akhirnya Ziqa sendiri sedar. Ziqa tak nak jadi macam Kassim Selamat, buta kerana menangisi kehilangan cinta. Ziqa tak nak jadi macam tu. Ziqa perlu bangkit, Ziqa nak tunjukkan dekat diri
Ziqa sendiri yang Ziqa ni mampu untuk menjadi yang terbaik dan Ziqa nak cari kebahagiaan Ziqa tanpa Danish disisi Ziqa. Walaupun susah, tapi Ziqa mesti cuba, selama ni kalu Ziqa punyai masalah, Ziqa akan kongsikan dengan Danish tapi lepas ni Ziqa kena hadapinya sendiri.sebab tu lah Ziqa kena tabah. Ziqa tak nak hancurkan diri sendiri kalau Danish tau yang Ziqa ni lemah mesti Danish pun tak suka kan kak. Danish selalu cakap dekat Ziqa, "kalau bie sayangkan abang, tolong jangan seksa diri bie, abang tak suka" disebabkan kata-kata Danish tu lah yang menyuruh Ziqa supaya menjadi kuat.


***


"Tahniah Ziqa!!! Akak doakan lepas ni, Ziqa dapat jalani kehidupan yang baik."ujar kak Mira dalam majlis Konvokesyen ku

"Tahniah untuk akak juga, Ziqa pun doakan akak benda yang sama dan nanti kalau nak buat nasi minyak besar-besaran jangan lupa poskan kad jemputan kat rumah Ziqa ye."balasku mengusik

"Hehe…pandai je Ziqa ni, mesti punyalah. Akak tak akan lupakan Ziqa. Susah senang kita bersama dekat sini kan. Emm..o.klah Ziqa, akak nak pergi jumpa family abang Adi kejap"ujar kak Mira meminta undur diri

"Em ok, kirim salam kat mereka dan family akak sekali"balasku

"o.k"ujar Amira

"Hukhurm…" terdengar ada orang dibelakangku seakan menegurku dengan perbuatannya. Lantas aku menoleh memandangnya. Terkedu dan kaku pergerakan ku pabila melihat insan yang berdiri dibelakangku.

"Hai Ziqa, tahniah…"ujar Danish sambil menghulurkan aku sejambak bunga rose merah

"Hai, thanks"ujarku sambil menyambut bunga itu.

"Ziqa apa khabar? Sihat?"tanya Danish memulakan perbualan

"Sihat, Ziqa sehat. Awak?" balasku. Berdebar aku tatkala berhadapan dengannya. Sedih bila melihat dirinya
yang berdiri dihadapanku. Teringat percintaan kami dahulu. Tapi aku harus menerima kenyataan yang aku dengannya sudah tidak ada apa-apa hubngan lagi.

"Abang sihat, tadi abang nampak Ziqa tengah berborak dengan kak Mira tu yang abang datang jumpa Ziqa."jelas Danish

"Ooo…o.k"jawabku perlahan. Tersentak aku bila terdengar dia membahasakan abang kepadaku

"Ibu, ayah dengan adik-adik ada kat sana. Jom lah kesana. Tadi abang terserempak dengan mama dan
ayah."beritahunya

"Ziqa seganlah nak jumpa dengan diorang"balasku

"La…apa yang nak disegankan? Mereka still lagi ibu dan ayah Ziqa tau. Teruk abang kena marah dengan mereka bila lepaskan Ziqa dulu."cerita Danish.

Sedar tak sedar dah 1 tahun aku putus dengan Danish. Dalam tempoh setahun aku langsung tak berhubung
dengannya. Bukan apa, aku Cuma mahu berdikari tanpa dia disisi. Alhamdulillah aku dapat melakukannya.
Syukur kehadrat ilahi.


***


"Cik Ziqa, hari ni cik Ziqa ada appoinment dengan Maju holding pukul 11.30 pagi di Café Sweet Lilly, bangsar."beritahu setiausahaku

"o.k"nanti dalam pukul 10.30 pagi awak tolong remind kan saya ye. Saya takut terlupa."balaku

"Baik cik Ziqa"

Em…sekarang baru pukul 9.45 pagi, banyak pula kerja aku hari ni. Mana taknya dah 4 hari aku bercuti dan hari ni aku start balik kerja. Tuh yang berlambak kerja aku. tengok fail-fail ni dah membolehkan kepala aku berdenyut. Punyalah banyak, ni semua boss aku punya pasal. Aku dah cakap aku perlukan assistant untuk aku settle kan semua kerja ni, tapi tak di endahkannya. Bukan kerja aku pun dia campak kan kat aku, boleh bengkok tulang belakang aku nak settle kan semua ni. Bukan orang lain tak boleh buat, tapi saja nak balas dendam kat aku. lagi-lagi lepas aku tolak cinta dia mentah-mentah. Sakit hati dengan akulah tu, cara dia balas dendam kat aku. ish, tak professional langsung. Apa lah, hal kerja dengan personal pun nak campuk adukkan. Nasib baiklah aku sayangkan kerja aku ni kalau tak dah lama aku angkat kaki aku tinggi. Goodbye lah Boss. Sayonara…

"Cik Ziqa, sekarang dah pukul 10.30 pagi, cik Ziqa ada appoinment dengan Maju Holding"beritahu Nurul sentiausahaku

"Ooo... O.k nurul thanks remind kan saya."Balasku sambil mengemas barang-barangku masuk kedalam beg.


***


"terima kasih Encik Musa, saya harap kita dapat berkejasama dalam menjayakan projek ini. Saya minta diri dulu, Assalamualaikum"ujarku perlahan.

"sama-sama Cik Ziqa, saya pun harap begitu"balas En. Musa mengizinkan aku berlalu

Dalam aku berlalu meninggalkan Café itu, terasa barang-barang yang ku pegang jatuh akibat hentakkan daripada seseorang. Apa ni? Jalan tak pandang orang ke? Kan dah langgar aku. sakit tau tak. Habis barang-barang aku jatuh. Marah betul aku.

"Sori cik, akak tak sengaja. Akak tak perasan yang adik ada kat depan ni"ujar wanita itu memohon maaf

"Em…tak apa lah. Sikit je ni"balasku lantas melihat wajah wanita yang melanggar ku tadi

"Akak???"kataku setelah melihat wajah wanita itu.

"La…Ziqa ke? Sori dik, akak tak sengaja nak langgar."balas Kak Mira.

"Akak buat apa kat sini?"tanyaku

"Akak pergi beli barang kahwin, nanti jangan lupa datang majlis akak ye dik. Ziqa buat apa kat sini?"laju kak Mira menjawab soalan ku

"ooo Ziqa ada appoinment kat sini. akak dah nak kahwin? Alhamdulillah….Insyaallah Ziqa datang kak, kalau Ziqa tak ada apa-apa kerja. Akak datang dengan siapa? Abang Adi ke? Tanya ku

"Eh, tak adalah, abang Adi tak ada kat sini, dia pergi China ada kerja nak kena settlekan sebelum kami menikah. Akak datang dengan tu"tunjuk kak Mirs kepada seseorang yang sedang berjalan menuju kearah kami.
Danish? Dah lama aku tak melihat wajahnya dan juga sudah lama tak mendengar khabar daripadanya.

"Kak kenapa ni?"tanya Danish

"Tak ada apa, akak tergolek kat sini tadi dok langgar orang"balas Kak mira

"Laa..ye ke? O.k tak ni"tanya Danish sambil menoleh kearahku

"Ziqa? Macam mana Ziqa ada kat sini?"tanya Danish kepada ku seakan terkejut melihat aku ada disitu.

"Err…tadi Ziqa ada appointment dengan client kat sini, lepas tu elok je keluar daripada café ni
terlanggar dengan akak."balasku menjawab pertanyaan daripada danish.

"Ooo…macam tu ye, em…akak, dah bagi tau Ziqa tentang majlis perkahwinan akak tu?" soal Danish

"Sudah, Cuma kad je akak tak bagi lagi, kad dalam kereta, korang tunggu sini kejap akak pergi ambil kad.
Ziqa tunggu sekejap ye" Balas kak Mira.

"em.o.k" jawabku

"Ziqa sihat? Dah lama tak dengar cerita Ziqa. Mama dengan ayah macam mana? Sihat?" soal Danish

"Ziqa sihat, mama dan ayah pun sihat juga. Diorang baru balik umrah minggu lepas. Ada kat rumah tu"
beritahuku. Dulu, Danish memang rapat dengan kedua orang tua ku. Mereka dah menganggap Danish ni macam
anak dia sendiri. Lagipun danish ni memang pandai ambil hati orang tau ku. Tu yang mereka sayang sangat
dengan dia.

"Alhamdulillah, insyaallah nanti kalau abang ada masa abang pergi ziarah diorang.rindu juga abang kat
mereka, lagi-lagi dengan masakan mama. Sedap yummy…"ujar Danish sambil mengusap perutnya.tak Senonoh!!!

"Hehe… ye lah tu"balasku sambil tergelak melihat perbuatannya.

"O.k ni kad akak, nanti 29 jun ni datang ye Ziqa. Akak harapkan kedatangan Ziqa.jangan lupa tau." Kata kak Mira.

"Insyaallah kak, Ziqa pergi, o.klah kak, ziqa kena pergi dulu ada kerja Ziqa nak kena siapkan kat office tu. Assalamualaikum…"balasku

"Waalaikumsalam…"serentak keduanya menjawab salam dariku tadi.


****


"Selamat pengantin Baru kak, abang Adi. Semoga kekal hingga keakhir hayat. Lahirkan Ziqa anak buah yang comel tau."ucapku mengusik kak Mira yang sudah bergelar isteri kepada Ahmad Suhaidi.

"Terima kasih Ziqa, Ziqa pula bila lagi? Jangan tunggu lama-lama Ziqa."ujar kak Mira dan disertai
anggukan daripada abang Adi. Ceh korang ni tau lah pasangan sehati sejiwa janganlah aimed aku macam tuh
sekali.

"Ziqa? Calonnya pun tak ada macam mana nak kahwin kak. Tunggulah dulu, akak jangan risau nanti kalau Ziqa punya turn akak yang jadi pengapit Ziqa."balasku berjenaka

"Ye la tuh dik… ni dah makan ke belum?"tanya kak Mira

"Sudah kak. Sampai-sampai tadi terus terkam.haha jangan marah, emm Ziqa pun dah nak balik ni kak. Anyway selamt pengantin baru lagi sekali. Abang adi, jaga akak elok-elok ye."balasku

"Ye Ziqa"jawab abang Adi
Lantas aku berlalu menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Kak mira dah selamat menikah, aku? tak tahu
lah bila, selepas aku putus dengan Danish 3 tahun setengah lansung aku tak berminat nak menjalinkan cinta dengan siapa-siapa. Aku bukannya apa, aku tak nak rasa frust lagi macam cinta aku dengan Danish.
Tunggulah, aku pun baru 25 tahun. Muda lagi apa, mama pun tak bising lagi nak suruh aku kahwin. Tunggu mama bising nanti baru aku cari calon.hehe…

"hai Ziqa"sapa Ejat adik kak Mira

"hai eh, ejat…apa khabar?" tanyaku

"emm sihat je Ziqa, Ziqa apa khabar? Dah nak balik ke? Cepatnya?"soal Aizat kepadaku
Belum sempat aku menjawab pertanyaan Aizat tadi, terdengar Suara Danish menyampuk.

"dah dah jat, kau jangan nak jual minyak dengan Ziqa eh. Hai Ziqa, dah nak balik ke? Cepatnya tak jumpa abang dulu pun. Sampai hati…"ujar Danish

"sibuklah kau ni Fik, kacau je aku nak bermesra alam dengan Ziqa ni"ujar ejat bengang dengan Danish dan terus berlalu

"Biarlah, suka hati aku lah nak sibuk ke tak? Ziqa dah jumpa ibu?"tanya Danish lagi bila soalannya tadi ku biar tak berjawapan

"Dah tadi Ziqa jumpa dia kat dalam. O.k lah wak, Ziqa ada kerja nak buat, Ziqa balik dulu ye. Bye"balasku

"O.k nanti kalau dah samapi bagitau abang. WAJIB!!!" arah Danish. Mak aii dia ni apsal? Tiba-tiba je diktator semacam. nak jadi Adolf Hitler ke apa? Siap bagi-bagi arahan kat aku lagi. Aku ni bukannya awek dia lagi pun. Suka hati aku lah nak bagitau ke tak?

"k la bye."ujarku lagi

Sedih sungguh hatiku, walaupun dah bertahun aku clash dengan dia, tapi sayang aku untuk dia still
menggunung. Mungkin disebabkan itu juga yang membuatkan aku single sampai sekarang. Aku tak nak tipu diri sendiri,tipu orang lain untuk menjalinkan hubungan dengan mereka. Hati aku, cinta aku hanya untuk
Muhammad Danish Fikri. Aku tak tahu sampai bila aku harus berperasaan seperti itu. Sudah berkali aku mencuba untuk melupakan dan mencari cinta baru, tapi memang tak boleh.cintaku untuknya sungguh mendalam.lagi-lagi sekarang ni selalu sangat aku terserempak dengannya. Macam tertulis semuanya.


****


"Ziqa, abang tahu sebelum ni abang pernah kecewakan hati ziqa. Abang menyesal sangat. Abang terlalu memikirkan kerja sehingga abang lupakan hati abang, hati Ziqa yang abang lukai. Demi Allah Ziqa, abang tak pernah ada permpuan lain selepas Ziqa. Abang masih cintakan Ziqa, hanya Ziqa yang ada dalam hati abang. Abang dah fikir masak-masak yang abang nak Ziqa jadi suri hati abang. Ziqa, sudi tak Ziqa jadi isteri abang?"laju perkataan yang keluar daripada mulut Daish sehinnga aku tak percaya.

"abang jangan main-main, Ziqa tak sanggup lagi dikecewakan. 1st time Ziqa jatuh, Ziqa still lagi boleh bangun tapi for the 2nd time Ziqa tak rasa yang Ziqa boleh recover. Ziqa tak nak pisang berbuah dua kali. Memang Ziqa akui yang hati Ziqa pun hanya cintakan abang, tapi Ziqa takut untuk menghadapinya sekali lagi kalau abang tinggalkan Ziqa."balasku

"Ziqa percayalah pada abang kali ni sayang, abang dah berubah, abang tak lagi menjadi hamba pada kerja. Selama ini abang beranggapan kalau tak ada duit kita tak boleh bahagia tapi abang silap, mungkin betul tanpa duit pada waktu dunia macam ni kita memang sukar untuk mendapat kebahagiaan, tapi abang akan rasa lebih menderita sekiranya Ziqa tak ada untuk melengkapkan kehidupan abang dengan kasih sayang yang Ziqa berikan, terima lah abang sayang"balas Danish lagi

"Abang, Ziqa tak tahu nak cakap apa. Beri Ziqa masa untuk fikirkan semua ini. Ziqa masih dihantui kenangan lepas."ucapku perlahan

"baiklah, Ziqa ambillah sebanyak mana masa yang Ziqa nak. Abang akan tunggu Ziqa kembali pada pangkuan abang. Ingat kata-kata abang tu sayang.

Apa yang harus aku lakukan? Memang cintanya yang aku dambakan selama ini. Tapi kata-katanya tempoh hari mengingatkan aku pada kejadian dulu. Ya allah, apa yang patut aku lakukan.?

"ma, semalam Danish datang jumpa Ziqa. Dia melamar Ziqa ma."kataku kepada mama

"habis tu apa keputusan anak mama ni?"soal mamaku

"Ziqa buntu ma, Ziqa tak tahu apa yang patut Ziqa buat. Ziqa takut dia tinggalkan Ziqa macam dulu. Ziqa tak kuat ma nak tempuh perkara yang sama tu sekali lagi. Mama rasa apa yang patut Ziqa buat?" soalku

"Ziqa, jangan jadikan pengalaman yang lepas sebagai batu penghalang cinta Ziqa dengan Danish. Sebelum Danish jumpa Ziqa, dia ada datang jumpa mama dengan ayah minta restu untuk melamar kamu. Mama dan ayah dapat lihat keikhlasan dia daripada matanya sayang. Kalau Ziqa masih lagi sangsi dengan hati sendiri, Ziqa buatlah solat istikharah minta petunjuk daripada Allah." nasihat mama

"Terima kasih mama, sebab bagi nasihat macam ni. Ziqa sayangkan mama"balasku
Dah tiga malam berturut-turut aku mendirikan solat istikharah, dan semakin kuat pula keputusaku berpihak kepada Danish. Mungkin memang Allah telah menemukan jodohku dengan Danish.

"Hello, assalamualaikum"aku memberi salam setelah panggilanku berjawab

"Waalaikumsalam, ye Ziqa kenapa?"balas Danish lembut

"Tak ada apa, Ziqa Cuma nak cakap kalau betul abang nak jadikan Ziqa suri abang, abang hantarlah wakil"ujarku

"be..betul ke Ziqa? Ziqa serius?"soal danish

"ye bang…abang hantarlah wakil jumpa mama dan ayah"jawabku


****


Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku
Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…
Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Kedengaran lagu "perlu kamu" dendangan ajai dan kris dayanti berkumandang di corong radio. Khayal aku mendengar lagu yang menceritakan kisah percintaan aku dan Danish. Terdapat berpuluh makna yang tersirat daripada lagu ini yang boleh aku olahkan.

"Kenapa sayang abang ni dok menung sorang-sorang kat sini? Kenapa tak join dengan yang lain dekat luar?"ujar Danish sambil memeluk tubuhku daripada belakang. Aku kini sudah sah menjadi Puan kepada Muhammad Danish Fikri. Mulai daripada majlis akad nikah tadi aku tetapkan hati aku untuk menyayangi suamiku hingga hujung nyawaku. Moga Allah perkenankan doa-doaku.

"Mana ada bie menunglah bang, bie rasa penat pula, tu yang malas nak join diorang kat luar tu. kenapa abang tak teruskan dengan diorang?"tanya ku sambil membalas pelukan daripadanya. Sungguh aku dapat merasai kasih sayangnya menjalar meresapi kedalam tubuhku.

"Abang pun malas juga, abang nak join sayang abang. Sayang ingat tak yang abang cakap dulu?"soal suamiku

"Abang cakap apa? Bie tak ingat lah…yang mana satu ni?"balas ku

"Betul tak ingat?"soalnya lagi sambil menarik hidungku perlahan.

"Betullah, apa dia sayang?"tanyaku pula, sungguh memang aku lupa dengan apa yang dicakap kan dulu. Yang mana satu ni? Macam-macamlah laki aku ni

"Sayang dah janji dengan abangkan yang sayang nak bagi abang 8 orang baby…hehe"ujar Danish dalam ketawa

"Eh, mana ada bie janji dengan abang!! Abang yang buat perjanjian tu sendiri, bie tak setuju. Abang ingat bie ni kilang ke? Bie tak nak…."balasku sambil menjauhkan diri daripada Danish

"Ye ke? Ni kenapa dok jauh dengan abang? Takut ke?"sakat Danish

"Mana ada takut, dengan abang bie tak takut langsung…"balasku semakin menjauhi Danish

"Kalau tak takut kenapa duduk jauh dari abang? Nak lari ke? Bie takkan dapat lari daripada abang."ujar
Danish lagi sambil mendekatkan jarak antara aku dan dia. Bila melihat dia semakin hampir, aku muka
berundur setapak demi setapak dan lama kelamaan bilik kami menjadi padang kami bermain kejar-kejar…

"Abang, janganlah kejar lagi, bie penat lah"ujarku mengah

"Tak ada, abang tak kira siapa suruh bie lari daripada abang…"balas Danish dan akhirnya aku kalah setelah
Danish berjaya menangkapku.

Terdiam kami seketika untuk menghilangkan penat yang bertandang akibat berlari tadi….

"Thanks sayang sebab sudi terima abang lagi setelah apa yang abang dah lakukan terhadap bie. Abang mintak maaf."Danish memohon kemaafan daripadaku

"Tak sayang. Jangan cakap macam tuh. memang dah tertulis kita berpisah dahulu untuk mengecapi kebahagiaan ini…"kata-kataku terhenti bila bibirku dikucup Danish. Dan malam itu bersaksikan Allah s.w.t terjadilah perhubungan yang lebih mendalam….


****


"Hai Nurul, Pn Ziqa ada?"tanyaku kepada setiausaha isteriku yang tercinta. Saja buat kejutan nak lunch dengan dia.

"Sorry En.Danish, Pn Ziqa dah balik pukul 11 pagi tadi. Dia kata tak sihat. Dia tak ada bagi tau Encik ke?" beritahu Nurul

"Tak sihat? Tak tahulah saya, ok terima kasih Nurul"Danish berlalu setelah mengucapkan terima kasih kepada Nurul
Mana bini aku ni? Kenapalah aku call tak angkat? Buat risau aku je. Baik aku cari kat rumah.insyaallah dia ada kat rumah…

"Bie…hey, kenapa ni? Syg tak sihat ke? Kenapa tak call abang bagitau?" ujar Danish setelah terlihat Haziqa terbaring lesu di ruang tamu.

"Abang, sori bie risaukan abang…tadi bie dah call phone abang tapi masuk voice mail. Bie tak larat sangat kepala berat ni. Rasa nak tumbang kalau berdiri."balasku lemah

"Kenapa? Bie salah makan ke? Food poisoning? Ada muntah-muntah tak?"tanya Danish dengan nada yang teramat risau.

"Muntah tak ada, bie nak demam kot. Abang, bie nak tidur kejap ye. Sakit sangat ni…"balasku. Dengar je aku berkata demikian, Danish terus mencempung aku ke kereta lantas memecutkan keretanya ke klinik yang berdekatan.

"Tahniah, Puan hamil 5 minggu. Dalam tempoh sekarang ni Encik kena pastikan Pn Haziqah dapatkan makanan yang seimbang dan Puan juga tak boleh melakukan kerja-kerja yang berat takut akan menjejaskan kesihatan Puan dan bayi, kerana dalam tempoh ini, kandungan puan tidak cukup kuat untuk menerima segala pergerakan
yang agresif."ujar Doktor itu panjang lebar.

"Thanks doktor."balas Danish yang daripada tadi aku melihat senyumannya koyak sampai ketelinga.

"Puan perlu datang untuk check-up tiap-tiap bulan, jangan lupa tu."beritahu doktor lagi

"Insyaallah doktor"balasku

Setibanya dirumah, Danish mendukungku, ini disebabkan kepala ku semakin berpusing. Perlahan-lahan Danish meletakku kekatil dan tiba-tiba dia bersuara sambil tangannya mengusap perut yang belum lagi menampakkan apa-apa.

"Thanks syg,coz bagi abang the real baby. Hehe lepas ni sayang kena berebut nama dengan baby lah ye…jangan gaduh-gaduh tau nanti hehe. Abang akan cuba jadi ayah yang baik untuk anak kita nanti dan abang nak sayang jaga kandungan ni dan kesihatan bie baik-baik. Abang nak isteri dan anak yang bie kandungkan ni selamat. Ok sayang?"

"Baiklah abang, bie pun akan cuba jadi mama yang baik untuk anak ni. Bie sayangkan abang."ucapku…

"Abang pun sayangkan bie , emmm… lagi satu, bie still hutang abang tujuh ye"kata Danish sambil mencium pipiku lama.

"Tujuh? Apa yang tujuh bang?"soalku

"Ni baru satu baby, lagi tujuh baby sayang still hutang dengan abang.hehehe"jawabnya sambil menjauhkan diri daripadaku takut ketam berbisaku akan merayap ditubuhnya. Nakal sungguh suamiku ini. Saja mahu
mengenakan ku dengan meminta anak lebih daripada yang aku mahukan. Semoga dengan hadirnya anak ini akan membahagiakan lagi kehidupan kami. Akan ku jaga kandungan ini dengan sebaik yang mungkin dan melahirkan penyambung kepada generasinya. Kau kekalkan lah kebahagiaan ini sampai keakhirnya Ya Allah, doaku dalam hati.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.