Cerpen Cintaku Syiera

"Selamat pagi semua.Wah!sedapnye bau nasi goreng mak mah ni".Teriak syiera dari tepi kolam renang."Mari makan dulu syiera".Datin murni menyapa anak gadisnya yg dari tadi sedang asyik bersenam."entah adik abang ni,dari tadi ayik bersenam tapi tak juga kurus nye".helmi mengusik adik perempuan nya.

"Ala abang ni sekurang-kurangnya adik ada jg bersenam.Baik untuk kesihatan kita tau abang".Syiera mencuit bahu abangnya yg sedang menjamu nasi goreng.

"Baik doktor.Hai adik abang ni sejak nak jadi doktor ni pandai betul cakap pasal kesihatan ya.Kalau macam tu,mama mulai hari ni kita kena la bersenam.Kalau tidak nanti doktor kita ni bising pula"mereka semua ketawa sambil mengusik syiera yg sedang membasahkan tekaknya dengan segelas jus oren."Oh ya bila syiera mula bekerja?" Ujar datuk shah.

"Syiera start minggu depan la papa.So dlm minggu ni syiera nk berehat sepuas-puasnya sebelum mula bertugas" syiera menjawab sambil mengunyah nasi dihadapan nya."Ok la macam tu.Boleh la syiera temankan mama dirumah."

"Boleh sangat mama.Nanti kita boleh pergi shoping sama-sama ya mama.Lagipun syiera nk cari baju yg sesuai utk pergi kerja nanti".

"Oh ya nanti mama bawa syiera pergi ke butik Datin rosnah.Disana ada banyak baju yg boleh syiera pilih".

"Hai habislah kita papa.Nampaknya mama dah ada teman utk pergi bershopping pula ni.Nampaknya malam la baru kita boleh jumpa mereka".Kedengaran hilaian tawa di banglo kepunyaan datuk shah kini bergema kembali setelah sekian lama tidak seceria hari ini.

*********************************************

Setelah semua beragkat kepejabat masing-masing kini tinggal datin murni,syiera dan mak mah sahaja dirumah.Tidak banyak yg berubah semenjak syiera berangkat ke UK dulu."mak mah saya dan syiera nk ke butik datin rosnah.Kalau datuk call nanti tolong pesan saya makan diluar saja.Kalau datuk nak apa-apa suruh dia call handphone saya saja".Datin murni meninggalkan pesan pada mak mah.

"Wah!!cantiknya permandangan disini ya mama.Dah banyak perubahan di KL ni ya mama".mata syiera bagai nak terkeluar apabila melihat bangunan pencakar langit yg makin pesat membangun bagai cendawan yg tumbuh selepas hujan."That's why mama suruh syiera balik cepat.Buat apa nk duduk di negara org sedangkan negara sendiri pun sudah pesat membangun".Datin murni mengusap rambut anak gadisnya.

"Ok pak mat kamu cari parking dulu.Saya dan syiera nak pergi butik datin rosnah.Nanti saya sudah habis saya call kamu".ujar datin murni dengan lemah lembut.

"Baik datin.Kalau macam tu saya nak ke warung depan tu dulu,nanti kalau datin dah selesai datin call saja saya".Pak mat menjawab dan terus berlalu dari situ.

Ting.....tong........kedengaran loceng butik ditekan."Hai datin ros.How are you?"

"Hai dear!I ok.Let me guese who sweet girl yg ada di sebelah you?Ini mesti anak perempuan you yg baru balik dari UK tu ya?"datin rosnah menghulurkan tangan.

"Yes!I'm syiera.How are you untie?"syiera menyambut tangan datin rosnah.

"Manis sungguh anak perempuan you ni datin.Macam mamanya juga.Jemput duduk dulu i sediakan teh utk you all".Datin rosnah menyuruh pembantunya menyediakan teh utk datin murni dan syiera.

"Saja i datang butik you ni.Anak i ni ha, dia nk cari baju yg sesuai utk dia pakai masa bertugas nanti".datin murni memberitahu tujuannya pada datin rosnah.

"Ok you nak fesyen yg mcm mana?Warna apa?nanti i akan carikan yg bersesuaian dgn syiera."ujar datin rosnah.

"untie tolong saya carikan fesyen yg sesuai dengan umur saya.warna pula saya tak mahu yg terang sgt.untie just pilih yg sesuai dgn saya ok".syiera memberitahu dgn teliti.

Setelah mencuba semua baju yg dipilh oleh datin rosnah akhirnya syiera memilh tiga helai baju yg sesuai dgn citarasanya.Selepas selesai mencari baju syiera dan mamanya berlalu dari butik tersebut.

"Pak mat saya dan syiera nk ke cofee house di depan mall tu,dlm satu jam nanti pak mat tolong jemput saya ya" datin murni memberitahu pemandunya di dalam telefon.

"Baik datin,dalam satu jam nanti tunggu saya di depan mall tu.Saya akan datang".jawab pak mat.


************************************************


"Syiera mama ada satu perkara nak bagitau dgn syiera ni.Tapi mama harap syiera tak membantah dgn cadangan mama ni.Semua ini utk kebahagian syiera juga."datin murni menghirup mocha cofee di hadapan nya.

Dalam keadaan terpinga-pinga syiera bertanya pada datin murni "Hai! sound like serious mama?Apa perkara yg penting sangat ni?"

"Sebelum syiera pulang ke malaysia hari tu datin marlia dan datuk azman ada dtg kerumah.Mereka datang utk merisik syiera utk anak lelaki mereka, anak mereka syiera kenalkan.Jadi mereka nk menjodohkan syiera dgn ank mereka si farid.Diapun bekerja sebagai doktor juga.Jadi sebelum mereka dtg utk memastikan syiera bersetuju atau tidak mama nak bagitau dgn syiera dulu".Datin murni memberitahu dgn jelas pada ank perempuan nya itu.

"Tapi mama......syiera belum bersedia utk berumah tangga.Syiera nak kejar dulu impian syiera.Rasanya masih terlalu awal utk difikirkan pasal berumah tangga ni la mama.Nantilah syiera fikirkan dulu.Tapi syiera tak janji utk berkahwin dgn farid ya mama".jawab syiera dgn nada yg rendah.

"mama faham sayang,tapi kamu harus fikir umur kamu sekarang.Lagipun kita semua dah tahu asal usul keluarga farid tu.Mama dan papa pun dh lama kenal dgn orang tuanya.Jadi kami tak perlu risau akan latar belakang keluarga mereka tu"

"nantilah mama.Tolong kasi syiera masa.Buat masa sekarang ni memang syiera tak fikirkan lagi pasal kawin-kawin ni.Ok la mama, jom kita balik.Syiera rasa panas pula nak duduk lama-lama dekat sini." mereka berlalu dari situ sambil muka syiera berubah dgn sekelip mata.Datin murni faham akan perasaan anak gadisnya itu.

Didalam kereta syiera hanya mendiamkan diri asmbil matanya menmandang jauh keluar jendela kereta BMW yg dipandu laju oleh pak mat.Terasa pantas masa berlalu.Kini mereka sudah pun tiba di hadapan rumah.Barang -barang yg dibeli tadi dibawa masuk oleh mak mah kedalam rumah.

"mak mah letakkan saja barang tu diatas ya" datin murni mengarahkan mak mah membawa semua barang ke bilik syiera.Dengan langkah yg bersahaja syiera melangkah ke bilik.Datin murni hanya memndang dari bawah.Kelibat syiera sudah tidak kelihatan.Mungkin masih berasa sedih dengan keputusan yg dibuat oleh kedua orang tuanya itu.


************************************************


"datuk....datin.......makanan saya dah sediakan diatas meja.Jemput makan".

"Mak mah tolong panggil syiera dan helmi sekali ya".ujar datuk shah.Mak mah berlalu dari situ untuk memanggil syiera dan helmi.

"Tukkkk.......kkkk..tukkk......syiera....syieraaaa......mari turun makan.Mama dan papa syiera tgh tunggu tu".mak mah memamggil dari luar bilik.

"Tak pe lah mak mah.Syiera tak ada selera la nak makan.Suruh mama dan papa makan dulu.Nanti kaalu syiera rasa lapar,syiera turun la kat dapur."teriak syiera dari dalam biliknya.

"Mama...mana adik?Dia tak nak makan ke?"

"Adik merajuk kot.Mama dah bagi tau perkara tu,mungkin dia tak boleh nak terima lagi.Takpe lah kita bagi masa dekat dia.Nanti mama pujuk dia."datin murni menyuapkan nasi kemulut sambil mata nya memandang pada datuk shah.

"Mungkin adik dah teman lelaki kot mama.Pasal tu la dia tak setuju." helmi bertanya pada mamanya.

"Yang itu mama tak pasti.Sebab mama tak sempat nak tanya tadi.Tapi mama tak setujulah kalau dia sudah ada teman lelaki.Kita tak tahu asal usul keluarga dia.Lagipun dgn datuk azman kita dh kenal lama.Sejak syiera kecil lagi."

"Papa setuju dgn mama tu.Haa.....helmi dgn farhana macam mana?Sampai bila nk berkawan aje?Datuk Aziz dh bertanya pada papa tadi.Kalau boleh papa nak buat sekali dengan syiera.Macam mana?"

"Helmi tak kisah papa, asalkan baik di mata papa dan mama helmi ikut aje."helmi menjawab sambil menjamah hidangan di hadapan nya.

Sedang asyik mereka tiga beranak sedang berbincang,tiba-tiba syiera turun dgn berpakaian kemas sedang menuruni anak tangga.

"Syiera kamu hendak kemana ni.Cantik sungguh.Ada Dating ke?"datuk shah bertanya pada anak gadisnya.

"Mama...papa...syiera nak keluar sekejap.Nak jumpa dengan kawan syiera.Nanti sebelum pukul 12 syiera balik la.Oh ya pitu suruh aje mak mah kunci.Syiera ada bawa kunci spare." syiera terus berlalu dari situ.Kedengaran deruman kereta sport jenis bmw berlalu dgn laju.

Kelihatan seorang lelaki berbaju kemeja dan berseluar slack hitam sedang menanti syiera di tepi sudut cofee house yg terletak di taman tun dr ismail.

"Hai you dah lama sampai ke?Sorry la lambat sikit." syiera menghulurkan tangannya pada lelaki tersebut.

"Untukmu lima jam pun i tak kisah.Tak lama la.I pun baru saja sampai".Farid menyambut tangan syiera dengan penuh kemesraan.

"Semakin cantik syiera sekarang.Dulu masa dekat Uk nampak comot aje.Tak sangka orang yg saya tengok comot kini sudah cantik dan menawan".farid mengusik syiera sehingga merah pipi syiera dibuatnya.

"Farid i ada sesuatu nak bagitau dekat you ni.I dah pening sekarang, tak tau nak buat mcm mana."

"Pasal apa?Cuba you cerita dengan tenang.Jgn la peningkan kepala you."ujar farid sambil menggengam jari syiera.

"Family i nak jodohkan i dengan pilihan mereka.I tak setujulah.Macam mana dengan hubungan kita?I tak nak berpisah dengan you farid.You umpama jantung i.Kalau you tak ada mcm mana i nak hidup tanpa you."syiera menitiskan airmata.

"Syiera bawa bertenang.You jgn la emotional mcm ni.You terima aja la permintaan family you tu.Tak kan you nak jadi anak derhaka pada kedua orang tua nya."farid memujuk syiera.

"I tak sanggup nak berpisah dgn you farid.Memang i tak sanggup nak hampakan orang tua i, tapi i cintakan you farid".

"macam ni, you ikut saja apa yg mama dan papa you nak,than kalau you rasa memang tak sesuai dgn you you cakaplah dengan parent you baik-baik.Ok sayang".farid menghirup jus oren yg dibawa pelayan cofee house.

Selepas selesai berjumpa dengan farid, syiera memandu keretanya pulang kerumah.Malam berlabuh dengan tenang.Hanya sesekali kedengaran burung hantu berkicau diluar rumah.


***************************************

Masa berlalu dgn pantas.Kini syiera sudah sebulan bekerja di hospital swasta di petaling jaya.Hubungannya dgn farid juga masih belum diketahui oleh kedua ibubapanya lagi.

"Selamat pagi doktor syiera.Ini ada bunga untuk doktor."jururawat disitu menghulurkan jambangan bunga pada syiera.

"Terima kasih farah."jambangan bunga sudah berada di tangan syiera.Dia membaca kad yg terletak pada bunga tersebut.

Untuk kekasih hati yg dicintai.Kasihmu masih mekar dihatiku.Itulah kata-kata yg tertulis pada kad itu.Tetapi diatas kad itu tidak pula tertulis nama pengirim.Ini menambah tanda tanya pada syiera.

"Sapa pula yg menhantar bunga ni ya,ala mungkin farid saja nak kasi kejutan la ni."bisik hati kecil syiera.

"Doktor syiera,ada pesakit sedang memerlukan doktor sekarang.Sila datang ke bilik mutiara sekarang".kedengaran nama syiera dipanggil dari corong speaker.

"Doktor adik ni dari tadi tak mahu makan ubat.kecuali doktor yg menyuapkan padanya.sudah beberapakali kami menyuruhnya.degil betul la budak ni".jururawat memberitahu syiera.Dengan lemah lembut syiera mengambil ubat untuk diberi pada pesakitnya itu.

"Farah lain kali kalau nak kasi ubat kita tak boleh paksa, kita kena guna cara yg lembut."

"Adik kalau nak cepat sembuh kena dengar cakap kakak-kakak ni ya.kalau mereka suruh makan ubat ikut waktu kena la adik ikut.Ok akak janji kalau adik dengar ckp kakak-kakak ni,akak akan bawa adik bersiar ditaman.Ok tak?"syiera menyuap ubat kedalam mulut pesakitnya dgn lemah lembut sambil diperhatikan oleh jururawat di situ.

"Doktor ni ada bakat jadi ibu mithali la.Semua budak-budak disini suka dengan doktor,Jadi bila lagi nak kahwin.Boleh la jadi seorang ibu yg penyayang".farah menyakat syiera.

"Pandailah awak ni.Awak nak bodek saya cakap la.Saya tak sedia lagi la.Mungkin tunggu awak dulu kot".mereka berdua berlalu dari bilik itu sambil menuju ke kafeteria.

"Doktor boleh saya tanya sikit dengan doktor?"

"Ada apa farah.Tanya la".

"Doktor sudah ada kekasih?"farah bertanya pada syiera sambil menyuap kuih ke mulutnya.

"Awak tengok muka saya ni macam dah ada kekasih ke?Sebenarnya saya ada kawan rapat,namanya farid.Kami dulu sama-sama belajar di UK.Tapi entah la nak cakap saya serious dengan dia takut dia pula sebaliknya.Senang cakap saya dengan dia belum declare lagi la".jelas syiera.

"Kenapa doktor tak tanya saja pada dia?"

"Hai tak kan saya pula yg terhegeh-hegeh nak tanya pula.Kalau dia betul-betul serious dgn saya dialah yg kena berterus-terang" ujar syiera dgn tegas.

"Ala doktor, zaman sekarang ni tak kira perempuan atau lelaki,kalau dah suka terus terang aje.Ha nanti kalau dah kena kebas baru la menyesal".farah tertawa kecil.

Jam ditangan sudah menunjukkan jam 8.00 mlm.Syiera bersiap-siap untuk pulang kerumah.Kunci kereta dicapai diatas mejanya.Kakinya melangkah malas ke kereta.Sampai saja dirumah syiera terus ke biliknya untuk membersihkan diri.

"aduh!!!letihnya badan aku ni.Haaaa.....aku yang nak sangat kerja dibidang ini.Terpaksalah aku terima segalanya."syiera mengeluh sendirian.

Setelah selesai mandi dia turun menuju kedapur."Lapar pula perut ni.Mau tak boleh lelap mata aku ni kalau perut kosong".

"Syiera nak makan?Nanti mak mah siapkan".mak mah menegur syiera yg dari tadi asyik membelek dalam peti ais.

"boleh juga mak mah.Tersa lapar pula perut saya ni.Oh ya!mana pergi semua orang dlama rumah ni mak mah?"tanya syiera.

"Mama dan papa pergi kerumah datuk azman.Abang kamu pula keluar makan dengan farhana".jelas mak mah.

"Mesti nak bincang pasal akulah ni.Habislah anmpaknya menjadi paln diaorang nak jodohkan aku dengan anak datuk azman ni".Hati kecil syiera berbisik sendiri.

"Syiera.....syiera.......hai mengelamun pula budak ni".mak mah memanggil syiera yg dari tadi sedang asyik mengelamun.

"Eh mak mah panggil syiera ke.Sorry la syiera berkhayal pula.Amboi sedap nya lauk.Jom temankan syiera makan sekali mak mah.

"Takpelah syiera makan la.Mak mah sudah makan tadi.Mak mah nak pergi solat isyak sekejap.Nanti pinggan letak saja dlm sinki.Selesai solat nanti mak mah kemaskan."mak mah berlalu kebiliknya.


*******************************************

"Kahhhhh.....kahhhhhhhh.....seronok betul berbual dengan datuk ni.Tak sangka saya pandai juga datuk buat lawak ya".jelas datuk azman.

"Oh ya macam mana perbincangan kita mengenai syiera dengan farid?Syiera sudah bersetuju ke dengan perancangan kita ni datuk?" tanya datuk azman.

"Pasal itulah kami kemari ni.Saya minta kita beri peluang mereka berkenalan dulu.Lepas itu baru la kita buat keputusan.Saya tak mahu kalau mereka ada masalah dikemudian hari,kita yg akan dipersalahkan.Macam mana?Datuk setuju atau tidak?"jelas datuk shah.

"Saya ikut saja yang mana baik.Tapi kalau boleh saya tak mahu la mengambil masa yg lama.Nanti takut disambar orang lain pula.".mereka kembali ketawa.

"Takpelah datuk dan datin kami beransur dulu.Hari pun dah lewat ni.Esok pagi datuk shah ada mesyuarat pula.Lain kali pula kita berbual."mereka bersalaman sebelum beredar.

"Selamat pagi syiera.Hai anak mama ni sejak jadi doktor jarang ada kat rumah.So mcm mana kerja?"datin murni menyapa anaknya yang baru turun dari biliknya.

"Ok la mama.Cuma sibuk sikit.Tu yang syiera balik lewat akhir-akhir ni.Oh ya semalam mama pergi mana?"syiera saja bertanya sedangkan dia tahu kemana mamanya pergi semalam.

"Oh mama pergi rumah datuk azman"jelas datin murni pada anak kesayangannya itu.

"Hai sejak bila pula adik abang ni jadi polis ni?semua nak ditanya?"sakat helmi.

"Ala abang ni.Syiera ni prihatin la."dia mencubit paha helmi.

"Sudah jangan bergaduh lagi.Mama kerumah datuk shah.Nak bincang pasal syiera dgn farid anak datuk azman"jelas datin murni pada syiera.

Tersentak syiera mendengar berita itu."ala mama ni.Kan syiera cakap syiera tak sedia lagi.Tunggu la sampai syiera betul-betul sedia."

"Syiera kami nak syiera kenal dulu dengan farid tu.Nanti kalau dah ok baru lah kami teruskan.Kami tak mahu paksa kamu sayang".jelas datuk shah.

"Adik......janganlah memilih sangat.Tengok mcm abang ni ha.Kawan dgn kak farhana.sampai sekarang still loving couple tau".

"Lagipun si farid tu sama bidang dgn adik.Kita pun dah kenal family dia.Kenapa adik sudah ada pilihan sendiri ke?"

Suasana menjadi sepi seketika.Semua sedang menjamu hidangan di atas meja.Jam di tangan syiera sudah menunjukkan jam 11 pagi.Dalam kesibukan melyan kerenah pesakit tiba-tiba syiera teringatkan farid.Sudah lama farid tidak menghubungi syiera.”kemana farid pergi ya?Sibuk sangat kah dia sekarang?”hati kecil syiera berbisik.

Tiba-tiba lamunansyiera tersentak.”doctor syiera ada panggilan ditalian 3 ya”jelas jururawat yg bertugas di kaunter.

“Terima kasih ya.Siapa pula yg menelefon di waktu begini ya.Tak mungkin mama,Ah! tak mengapalah aku jawab dulu”.syiera mengomel sendirian.

“Hallo…..doktor syiera bercakap.Siapa disana?”syiera menjawab dengan suara yg lemah lembut.

“Hai doctor syiera.Saya sakit ni.Saya sakit rindukan seseorang.Bolehkah doctor datang merawat saya”.kedengaran seperti suara jejaka yg sudah lama syiera tunggu panggilannya.

“Hei!you farid.Mana you pergi menghilangkan diri ni?Dah lama tak dengar berita.Merajuk ke?”kedengaran suara kegembiraan dari mulut syiera.

“Sorry la syiera.I sibuk sangat akhir-akhir ni.Sebab tu I tak call you.Lagipun I nak habiskan kerja I sebelim I cuti panjang ni.”ujar farid.

“Kenapa you nak pergi bercuti dimana?Hai pergi bercuti dengan kekasih hati ke?”syiera bertanya dengan suara yg seakan sedih.

“I mana ada kekasih.You tak nak jadi kekasih I,pasal tu la I nak ambik cuti ni,nak pergi cari bakal isteri”seloroh farid dengan nada mengusik.

“Oh ye malam ni kita pergi dinner nak tak?Jam 8 mlm I jemput you dekat rumah.

“Boleh juga.lagipun I ada perkara nak beritahu dgn you ni.Kalau mcm tu kita jumpa mlm nanti”syiera memberitahu sebelum mematikan talian.


***********************************


“Berikan saya water melon jus and lime chiken grill”pinta syiera pada pelayan restoran.

“Tolong kasi saya orange jus dan fried rice seafood”ujar farid.Sedang menunggu hidangan yg di order sampai mereka berdua berbual,sejak sekian lama tidak berjumpa.Ini kerana bidang yg mereka pilih amat terhad untuk meluangkan masa bersama.

“Oh ye apa perkara yg you nak bagitau kat I siang tadi?”soal farid

“Farid hari minggu ni keluarga datuk azman nak dtg merisik i.Macam mana ni.I tak ready lagi ni”jelas syiera.

“Macam mana lagi.You terima ajalah.Ala baru merisik, belum bertunang lagi”.farid mengenyitkan mata nya .

“Ala you ni,I serious dia main-main pula.Tak pelah I terima.You jangan menyesal”syiera menunjukkan jari tanda amaran.

Malam itu mereka hanya berbual kosong.Tiada apa yg menarik untuk dibincangkan.Farid seperti tidak serious dgn hubungan ini.Selesai makan farid terus menghantar syiear pulang kerumah.Kerana keesokan harinya pula mereka ingin bertugas.

Hari yg dinantikan kedua belah pihak kini sudah tiba.Kelihatan rumah datuk shah dan datin murni riuh rendah dengan hilai tawa saudara terdekat.Tepat pukul 8.00 mlm keluarga datuk azman tiba diperkarangan rumah.

“Hai selamat malam datuk.Mana mana sihat ke?Mana anak datuk si farid?”sapa datuk shah sambil menghulurkan tangan.

“Saya sihat alhamdulillah.Hai biasalah datuk anak muda sekarang,mana nak naik kereta dengan kita.Kalau boleh semua nak buat sendiri”.ujar datuk azman.

“Jemput masuk semua.Takkan nak berbual di depan pintu ni kot.”datin murni menyelah.

Kedengaran suara datin marlia rancak berbual dgn datin murni.Mak mah pula sibuk menhidangkan makan malam.

“Oh ya datin mana syiera?Dari tadi tak kelihatan dia disini?”Tanya datin marlia.

“Dia sekejap lagi turun la.Biasalah malu la tu.Macam kita dulu,bila ada orang datang nak tunggu orang tua panggil baru la nak keluar.Tak begitu datin”seloroh datin murni.

“Datin…datuk….makanan dah saya hidangkan.Jemput makan”.celah mak mah dari dapur.

“Kalau macam tu mari makan semua.Oh ya farid belum sampai lagi.Nak tunggu dia atau kita makan dulu” datin murni bertanya pada datin marlia.

“Takpelah kita makan dulu,nanti dia makan kemudian la.kalau nak tunggu takut dia lewat pula.Lagipun tadi dia telefon,dia ada hal dihospital”jelas datin marlia.

“Mak mah tolong panggilkan syiera”.

“Baik datin”.

“Syiera mama suruh turun makan,mereka semua sedang tunngu dibawah tu”.

“Sekejap lagi saya turun ye mak mah.Saya nak tukar baju sebentar”.jelas syiera dengan suara yg lemah.

Didalam hati nya hanya tuhan saja yang tahu.Kalau diikutkan hati memang malas nak tunjuk muka.Tapi disebabkan mahu menjaga hati kedua orangtuanya dia terpaksa.


“Oh ini ke syiera,manisnya muka.saling tak tumpah seperti mamanya”.sapa datuk azman.

Dengan malu syiera menghulurkan tangan bersalaman dengan bakal mertuanya.Dia terus ke meja makan untuk bersam-sama menjamu selera.Dia duduk bersebelahan dengan abangnya helmi.

“Syiera macam mana kerja dihospital sekarang?Ramai pesakit ke?”Tanya datuk azman.

“Oh sekarang ni memang sibuk sikit uncle.Nak kena buat report lagi,nak check patient lagi”.jelas syiera.

“Tapi sesibuk syiera dia masih boleh makan dgn kita mlm ni.Bukan mcm si farid anak uncle tu.Tengok dia tak boleh makan dengan kita mlm ni,katanya ada emergency call dari hospital”.datin marlia menjelaskan pada syiera.

“Tak mengapalah,dah tugas dia macam tu nak buat macam mana.Macam kami lebih utamakan pesakit dari masa kami sendiri”.celah syiera.

“Baguslah kalau syiera dah faham.Nanti kalau dia sibuk pun syiera dah tahu kenapa.Al-maklumlah syiera pun dari bidang yg samakan”

Malam itu berlalu dgn pantas.Segala keresahan dihati syiera sudah pun berlalu.Lelaki yg sepatutnya dia jumpa pada mlm itu tidak hadir.

“Wah leganya…..dia tak dapat datang.Malas betul aku nak jumpa dengan dia.Entah hensem ke?boroi ke?pendek ke?kacakkah dia seperti farid aku?”hati kecil syiera berbisik.

Seperti biasa keadaan di hospital pada pagi itu sangat sibuk dengan pesakit dan pelawat yg berkeliaran dikafeteria hospital.Tidak ketinggalan syiera dan farah yg sedang sarapan disudut tepi kafe.

“So macam mana dokto?hensem tak farid anak datuk azman tu?”Tanya farah.

“Saya tak jumpa dia pun.Kata datin marlia farid ada emergency call di hospital.Entah-entah sibuk berdating dengan makwe dia.Alasan aje semau tu”.celah syiera.

“hai dah ada orang cemburu nampaknya.Kata tak nak si farid tu.Buat apa nak risau pasal dia”.usik farah.

“Macam-macamlah awak ni farah.Pasal nak mengusik saya bagilah kat awak.Cepat makan saya nak ke wad melur ni.Nak buat report untuk doktor azlan”.jelas syiera.

Selesai makan mereka berdua berpecah menuju ke tempat masing-masing.Dalam perjalan ke wad melur tiba-tiba telefon syiera berdering.

“Ringggg………hai syiera, sibuk ke?So macam mana malam tadi.You dah jumpa ke dengan mr charming you tu?”usik farid di dalam telefon.

“Oh farid…..i nak wad melur ni.Baru lepas sarapan dengan farah tadi.Ok la semua berjlan dengan lancar.Pasal apa you nak sibuk pasal I pula.Biarlah I se;esaikan sendiri.Tak perlulah risau pasal i.Sorry la farid I sibuk ni, lain kali kita berbual ya”.syiera mematikan talian sebelum sempat farid berkata apa-apa.

“hai merajuk pula si syiera ni.Tak pelah syiera mungkin salah aku,sebabtak beritahu perkara sebenar.”bisik hati farid.



*********************************


“Syiera macam mana?kamu sudah fikirkan ke sayang.Kamu sudah bersedia hendak bersua dengan farid?”Tanya datin murni.

“mama…..papa….syiera dah buat keputusan untuk tidak menerima lamaran datuk azman tu mama.Syiera sudah fikir masak-masak.Syiera tak boleh paksa hati syiera untuk terima anak datuk azman.Syiera harap mama dan papa tak kecewa ya”.jelas syiera dgn nada sayu.

“Tak mengapalah syiera.Papa dan mama faham.Mungkin syiera sudah mempunyai pilihan syiera sendiri.Kami berdua tak mahu paksa syiera”.jawab datuk shah.

“kalau macam tu malam nanti kita jemput mereka makan malam disini untuk menjelaskan perkara ini.Syiera tak kemana-mana malam ni kan sayang.Mama mahu syiera ada bersama”.ujar datin murni.

“Baik mama.Kebetulan hari ini syiera ambil cuti.So malam bolehlah syiera jelaskan pada datin marlia.Syiera harap datin marlia tidak kecewa dengan keputusan syiera.”.kedengaran suara syiera seperti serba salah.

“Farid malam ni mummy mahu kamu ikut mummy dan daddy ke rumah datuk shah.Kali no excuse and no reason.Kamu harus jelaskan perkara yg sebenar.Datin murni call mummy tadi,katanya syiera menolak lamaran mummy.Macam mana ni?Kamu kata syiera mahu terima kamu.”tegas datin marlia.

“Ok la mummy.Semua ini salah farid.Sebenarnya farid nak buat surprise untuk syiera.Tak sangka pula syiera tak terima lamaran farid.Malam nanti kita jumpa ya.”telefon dimatikan oleh farid.Makin terasa debar apabila menanti malam nanti.Farid terfikir macam mana dia hendak berterus-terang dengan syiera.

“Macam mana kalau syiera betul-betul tak mahu terima aku?Ah!malunya aku nanti.Selama ini aku tak pernah nak terus-terang pasal hati dan perasaan aku padanya.”farid mengomel sendirian sepanjang perjalanannya pulang kerumah.

“Jemput masuk datin….datuk….Oh farid pun ada juga.Silakan.”datuk shah menjemput mereka masuk kerumah.

“Mak mah tolong panggil syiera turun.”arah datuk shah.

“syiera datuk suruh syiera turun sekarang.Mereka sudah sampai,farid pun ada bersama”.jelas mak mah.

Kaki syiera melangkah dengan penuh hati-hati menuruni anak tangga.Alangkah terkejut syiera apabila melihat sekujur tubuh yg sedang menantinya di sofa adalah lelaki yg selama ini menjadi kawan rapat serta teman berkongsi masalah.Badannya seperti mahu jatuh akibat terkejut.

“Faridddd…….awak buat apa disini?Tak mungkinnn…..awak anak datuk azman dan datin marlia?Apa makna semua ni fariddd???????”syiera termanggu seketika.

“Syiera saya minta maaf.Memang benar saya anak datuk azman dan datin marlia.Sebenarnya saya mahu buat kejutan untuk awak.Sebab itulah saya suruh awak terima saja lamaran mereka hari tu.Tak sangka pula awak tak mahu terima lamaran mereka”.jelas farid sambil memegang jari syiera.

“Awak jahat tau farid.Kalau saya tak jumpa awak hari ini memang saya akan menolak lamaran itu.Awak ni memang nakal la”.syiera tersipu malu

“Sudikah awak menjadi isteri saya syiera?”farid mengengam jari syiera dgn erat sambil berlutut dihadapan syiera.

Datuk shah dan datin murni yg berada disitu hanya terpaku melihat gelagat mereka berdua.Datin murni dan datuk shah tidak tahu apa yg dirancang oleh mereka berdua.

“Hai syiera tadi kamu cakap tak mahu terima lamaran mereka,apa dah jadi ni.Sekarnag ni kamu nak atau tidak?”datuk shah memandang dengan penuh keliru.

“Papa…mama…kalau dengan farid ni syiera terima .Kalau macam ni tak payah la tuning-tunang.Kita terus saja dengan majlis kahwin ya papa”.syiera tersenyum lebar sambil mengenyit mata kearah farid.

“Amboi gatalnya adik abang ni.tak menyempat nak bertunang.Macam ni kamu langkah bendol la ya.Abang sendiri pun belum sedia lagi”.usik helmi pada adik kesayangannya itu.


“Hai nampaknya masalah kita dah selesai datuk.Macam-macam budak sekarang ni.Sekejap nak sekejap tak nak.So bila agaknya kita nak satukan budak-budak ni?Rasanya kalau cepat lebih bagus.”jelas datuk azman.

Kalau macam tu kita buat majlis tunang dan nikah sekali.Tak adalah nak tunggu lama sangat”.ujar datuk shah.

“Agak-agak datin bilakah tarikh yg sesuai untuk satukan mereka ni?”.

“Saya tak kisah,Kalau belah datuk dan datin sudah sedia kami ikut saja.”jelas dain murni.

“Kalau macam tu kita buat bulan depan.Macam mana farid?Kamu ok tak?”Datuk azman bertanya pada anak lelakinya itu.

“Farid rasa bulan depan ok la daddy.Lagipun bulan depan farid tak sibuk sangat.Farid dan syiera ikut saja perancangan daddy dan mummy.”jelas farid.

Suasana yang tadinya sepi kini kedengaran riuh rendah dengan hilai tawa anak beranak mereka.

Akhirnya syiera kini bertemu dengan pilihan hatinya yg dia cintai sejak sekian lama.Bulan yg ditunggu kini telah tiba.sepasang kekasih kini telah bersatu dengan akad nikah.Syiera kini sedang berbahagia disamping farid.Manakala abangnya helmi berbahagia dengan pilihan hatinya farhana.Majlis berjalan dengna penuh meriah.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.