Cerpen Teman Sejati

Pusara ini ku kunjungi lagi. Entah sudah kali yang ke berapa. Al Fatihah kukirimkan. Sebagai tanda kasih sayangku kepadamu. Aku rindu. Rindu dengan kenangan yang kita lakar bersama. Aku, kau dan Fareeq. Allah tahu itu...
Maaf sahabat,hari ini Fareeq tidak dapat bersamaku untuk mengunjungimu seperti biasa. Dia sudah berjaya. Sebagai seorang pemain bola profesional. Itulah impian kita bertiga kan?
Alhamdulillah,berkat kesabaran dapat juga aku mendapatkan segulung ijazah dalam course yang telah aku idami sejak dahulu lagi. Dan sekarang,aku ingin meneruskan ke peringkat master. Cuma satu sahaja yang tidak mungkin akan ku kecapi,namun jauh di sudut hati aku mengharap agar masih ada peluang kita bersama...
InsyaAllah,meniti hari-hari bahagia yang telah Allah janjikan di syurga kelak...
Teman...
Atau berkemungkinankah ku memanggilmu sang kekasih?Hatiku merintih hiba. Kehilanganmu suatu penderitaan. Namun ku akur dan redha dengan qadak dan qadar ini. Tetapi ketahuilah,dirimu tiada pengganti. Engkaulah sang sahabat yang setia bersamaku...
Perkenalan denganmu tanpa ku jangka. Persahabatanmu dengan Fareeq akhirnya membawa ku juga dalam arus perhubungan ini dan akhirnya kita bertiga menjadi belangkas. Sama-sama melakar mimpi,mencapai impian dan mendambakan kebahagiaan...
Sayang seribu kali sayang,saat terlakar kebahagiaan kau meninggalkan aku dan Fareeq. Itu bukan salahmu. Pemergianmu sudah direncanakan Ilahi. Kami hanya mampu pasrah...
"Leed,cepatlah. Penatlah aku tunggu. Kauni melebihkan mak enon jelah lambat sangat. Tau tak dah berkeroncong dah perut akuni. Dah boleh nyanyi ghazal untuk rabiah. Kalau masuk audition surely memang dapat,"bebel Ana. Khaleed yang sedang membawa sebuah tapau memandangnya dengan pandangan tajam. Namun pandangan itu dibalas pula dengan senyuman oleh sang gadis.
"Eh budakni. Mengada tahap cipan. Dahlah Leed dah tolong belikan untuk dia tak pandai sabar pula dah,"sambung Fareeq. Ana menjelir lidah.
"Kau diamlah bongo. Aku tak cakap dengan kau pun. Cepatlah leed,"
"Yalah,nah. Makanlah puas-puas. Naib baiklah kau comel kalau tak dah aku siat-siat mulut kau tu. Tak pandai nak diam,"jawab Khaleed. Ana tersenyum lantas tapau itu dibuka. Namun wajah cerianya berubah serta merta.
"Apa ni Leed? Aku tak pandai makanlah sayur ni. Nah kau jelah yang makan,". Lantas Ana menghulurkan tapau itu kembali kepada Khaleed. Khaleed tergamam. Fareeq memukul kepala Ana dengan kertas yang berada di tangannya.

"Tak pandai nak bersyukur. Apsal memilih sangatni? Aku tahulah kau tu ‘princess’ tapi tak kesian dengan Leed kah?"tanya Fareeq. Mulut Ana muncung sedepa. Khaleed tersenyum melihat wajah itu.
Indahnya saat itu kan Ana? Manjamu melebih-lebih. Namun aku sentiasa bersabar melayan karenahmu kerana ku tahu hatimu baik. Kau masih polos dan jiwamu kekurangan kasih sayang itu. Lantas,aku sedia memberi elemen itu padamu.
Akhirnya,hari itu hari yang bersejarah kau mampu menghabiskan tapau yang telah aku belikan untukmu. Aku tahu engkau terpaksa. Maaf,aku bukan sengaja mendera tapi ku hanya ingin melihat kemanjaanmu. Dalam tak rela,kau memintaku menyuapkanmu. Ana... Ana... Jiwamu persis kanak-kanak. Fareeq memang membantah namun bilaku lihat ada manik putih yang berlingkar di matamu segera sudu ku gapai dan ku suapkan kau. Aku menolak perasaan maluku jauh-jauh. Ingin membuatmu bahagia. Hanya itu yang aku mahu.

"Leed,napa Fareeq tak baik macam Leed? Tak pernah nak memujuk Ana macam yang Leed buat? Dia tak suka Ana ek?"tanyamu naif. Aku memandangmu penuh kasih sayang.
"Mana ada. Kau jangan fikir macam tu. Dia memang perangai kasar semacam. Tapi dia ikhlas nak kawan dengan kau tu. Jangan risaulah,"kataku cuba memujukmu. Wajah yang mencuka lantas girang.
"Nak tak,weekend nanti kita keluar? Bolehlah Leed. Temankan Ana ek?"pujukmu.
"Buat apa? Better Ana study lah kat hostel. Final exam pun dah dekat ni,"
"Yalah... Leed tak payah ar nak temankan Ana. Kalau dah tak sudi janganlah nak susun alasan,"katamu. Aku tergelak.
"You are cutelah Ana. Yalah-yalah. Aku temankan. Kita bawa Fareeq sekali ek?". Anggukan segera kau bagi dan wajahmu terpancar kegirangan. Kau bahagia,aku juga sama.

Beberapa minggu berlalu. Kau,aku dan Fareeq semakin galak mencipta kisah-kisah indah sehinggalah suatu hari kau menyuakan isi hatimu yang tidak pernah ku jangka. Apa yang patutku rasakan tika itu? Gembira,kecewa?
"Leed... Ana rasakan,i fall for Fareeqla,"
Bagai panahan petir tepat mengenai hatiku. Andai sahaja kau tahu betapa kau telah memiliki hatiku.
"Ana sure ka?". Hanya soalan itu yang mampu ku utarakan. Kau mengangguk.
"Ya lah... Ana selalu naik geram kalau tengok Fareeq layan budak budak perempuan kat kolej ni. Macam nak tarik-tarik je telinga dia,"guraumu . Ku balas dengan senyuman.
"Terus terang dengan Fareeqlah,"
"Ish...Leed gila apa? Taknak. Biar ajelah macam ni. Nanti tak pasal-pasal Ana kehilangan dia pula,"
Fareeq. Temanku yang satu ini suka mengumpul kawan perempuan. Banyak juga yang telah meluahkan isi hati mereka tapi secara langsung ianya ditolak. Fareeq masih belum bersedia untuk memberikan komitmen dalam perhubungan yang seperti itu. Aku pula? Aku sudah pernah memberitahu Ana,yang aku juga masih belum tergerak hati untuk ‘fall’ pada mana-mana perempuan dalam duniani. Dan tanpa tak sedar rupanya,dialah yang telah membuatku jatuh.
"Leed tak rasa nak couple ke? Macam pairs yang kita selalu jumpa kat kolej ni?"tanyamu. Aku tersenyum.
"Entahlah Ana. Aku macam tak pandai nak layan perempuan. Paling lama bertahan pun tak sampai sebulan. Dari aku kecewakan dorang baik macam ni ajelah,"jawabku memandangmu telus.Fareeq disisi mendengar Cuma.
" Kira Leed ni good boy lah ek? Haha..baguslah jangan jadi macam setan kat sebelah Leed tu. Ada ja pompuan cantik nak urat. Nak lawa je tau,"katamu sinis. Aku tahu ayat itu ditujukan untuk siapa. Fareeq disisi merengus marah.
"Alah,aku rapat dengan pompuan sebab akuni friendly. Aku kan suka mengeratkan silaturrahim. Aku just nak kenal je bukan tahap nak ngorat. Tengok sampai sekarang i am still single lah,"kata Fareeq. Kau menjelir lidah.
"Sumpah Fareeq... Aku tak tanya,"guraumu mengenakan Fareeq. Fareeq tersenyum dalam marah.
"Budak ni,nak aje aku tempeleng. Pukul karang nangis pula nanti,"
"Silent please. Ni lebri ye. Bukan gelanggang pertunjukan sarkas kau tu,"guraumu lagi. Fareeq lantas ketawa. Aku juga. Kau pintar mengenakan Fareeq. Kadang,aku selalu cemburu dengan kemesraan kamu berdua namun aku diamkan sahaja. Namun aku tahu kau selalu menyebelahiku bilaku berbeza pendapat dengan Fareeq.

Suatu malam yang tak pernah ku jangka kau menghantar kepadaku sebuah mesej. Sayu ku rasa mesej itu seolah-olah kau ingin meninggalkan ku jauh...
Saye mls awk suruh rajin,
Saye nkal awk mrh...
Sy senyum awk lagilah senyum...
Sy gurau awk gelak.Sweet sgt masa tu..
Tp klau sy dh takde,jgn pla awk ikut sy pergi...
Cuma DOA jer dlm hati & ingt dkt sy dh ckup utk nilai pshbtn kte & bt
Sy TENANG slamenye..
Awk jgn sedih sy tak suka airmata awk mnitis..
Sy sygkan kwn2 sy tmasuk awk..
Aku tidak pernah memahami maksud jelas mesej ini sehinggalah hari tu muncul...
Hari itu kau aku dan Fareeq bersama-sama membeli kelengkapan kuliah kita. Namun tika kita melewati suatu simpang sunyi,kita tiba-tiba dikejutkan dengan beberapa orang perompak. Sebilah pisau berada di tiap sebelah tangan mereka. Kami ingin melindungimu kerana kami tahu kau lebih bermakna dari apa yang kami miliki di dunia ini. Namun kau jua yang menjadi sasaran mereka. Engkau ditarik dan pisau diletakkan di lehermu. Kami tidak mampu berbuat apa-apa. Saat itu barulah ku sedari betapa Fareeq menyimpan perasaan terhadapmu.
"Lepaskanlah dia. Dia tak ada apa-apa untuk kau ambil. Aku ada. Kau nak apa? Cakap aje,"kata Fareeq. Ayat itu terlalu sayu menempel di corong telingaku. Ku lihat kau menangis sampai mengelengkan kepala tanda tidak mahu Fareeq dipengapakan.
Namun perompak itu hanya tersenyum. Sedang dia leka memperendahkan kata-kata Fareeq,aku lantas mengambil langkah. Taekwando yang ku pelajari dulu aku terus praktikkan dan Fareeq juga mengambil langkah yang sama. Aku menyuruh Fareeq untuk membawamu pergi dahulu kerana saat itu engkaulah yang harus diutamakan namun ku lihat kau asyik berkata ‘tak nak’. Namun,Fareeq membawamu pergi dalam keterpaksaan. Akhirnya perompak itu berlalu pergi.
"Ana tak nak. Ana tak nak tinggalkan Khaleed. Ana sayang dia kalau ada apa-apa terjadi kat dia nanti Fareeq boleh jaminke??"katamu tegas cuba menolak Fareeq untuk membawamu pergi. Aku yang baru beredar dari tempat pergaduhan tadi,terdiam. Tak sangka ada kasihmu pada aku. Lantas aku mempunyai sepotong idea cuba mengenakanmu. Dan gurauan itulah yang telah meragut kehidupan ku hingga hari ini.
"Aduh...aduh... Ana,Fareeq...tolong,"aduku. Engkau terus berpaling dan menuju ke arahku.
"Leed,kenapa ni jangan macam ni Leed,". Kau segera tunduk dan memerhatikanku.
"Ana... Sori tak dapat jadi kawan yang baik untuk kau,". Mataku kukecilkan. Kulihat engkau menangis.
"Ana sayangkan Leed. Ana tak boleh kehilangan Leed... Leed aje yang ana nak. Ana tak nak orang lain,"katamu sambil memegang lengan bajuku. Aku tersentak. Lantas aku membuka mata. Kulihat Fareeq tunduk kesal.
"Apa Ana cakap?"aku segera bangkit. Ana terkejut begitu juga Fareeq.
"Kau okay ke Leed? Sial,kenapa kau main-main?"kata Fareeq. Lantas aku ketawa kegirangan. Ku lihat wajahmu sudah merona merah dan kau lantas berdiri.
"Leed jahat... !"katamu. Aku tersenyum. Lantas kau cuba menjarakkan diri. Ketawa ku bergema. Namun ku tahu ada suatu perasaan yang terpancar di riak muka Fareeq. Mungkin dia cemburu.
Khaleed!
Belum sempatku menoleh kau terus meluru ke arahku dan akhirnya rebah di sampingku. Aku tergamam.. Perompak tadi kulihat berada di belakang gagah mengenggam sebilah pisau. Spontan,Fareeq membelasah perompak tadi habis-habisan.Akhirnya...
"Ana sayangkan semua..."
Itulah kata-kata terakhirmu...
Aku meraup wajah usai mengirimkan doa untukmu. Tiba-tiba bahuku terasa disentuh.Aku melihat bayangmu yang sedang tersenyum manis namun segera kau menghilang....

"Leed,ni laptop arwah Ana. Mak cik dah lama simpan. Makcik rasa makcik dah tak mampu nak pegang lagi. Ingatan makcik pada arwah terlalu kuat,"kata Puan saleha,ibu Ana. Khaleed tertuduk lantas menerima laptop milik arwah Ana.
"saya minta maaf makcik,"kata Khaleed. Puan Salehah terdiam lantas mengalir lagilah airmata seorang ibu...

Folder Diari ku buka. Ada sesuatu yang menggamitku untuk membukanya... Lantas...
Buat Khaleed Zailani teman yang superb...
Kali ni ‘ana’ nak buat ayat yg brutal sikit...
Leed, aku tak tahu sejak bila aku simpan perasaan ni... Kadang aku sendiri bodoh untuk katakan betapa mudahnya aku terikat dengan perasaan semacam ini. Namun demi Allah,aku tak pernah mengimpikannya kerana batasan kita sebagai teman rapat...
Maaf,dulu aku terpaksa bagitahu kau yang aku dah ‘fall’ for Fareeq. Semua tu bohong. Aku Cuma nak tengok siapa sebenarnya aku dimata kau. Maaf. Ku lihat tiada apa-apa reaksi darimu. Betapa kecewanya hidup ku rasa. Tapi,andai kiranya kau mempunyai perasaan itu aku tidak pernah mengimpikan sebuah perhubungan. Bagiku,kita ini milik Ilahi. Biarlah sahaja kita menyimpan rasa yang sedia ada dan janganlah membelakangkanNya. Harapan ku andai kita punya jodoh yang kuat,iringilah perasaan kita dengan sebuah lamaran bersaksikan kedua ibubapa kita kelak...
Mengapa wujudnya perasaan ini?usah kau tanya. Aku tidak punya jawapan untuknya. Dari apa yang ku kagumi dalam dirimu kau punya kekuatan. Kau punya impian. Kau tidak pernah mengecewakan perasaan ku. Bahkan engkaulah yang sanggup berkongsi rasa dengan ku. Mungkin aku dengan Fareeq hanya tahu berperang mulut dan kau pula menjadi sasaran aduanku...
Leed,gapailah cita-citamu. Aku tahu kau ingin menjadi seorang engineer yang berjaya. Gapailah. Bimbinglah Fareeq sekali untuk mencapai impiannya. Dia pernah berkata padaku..
"Aku taknak fikir perempuan. Sekarang mata aku lebih tertumpu; lulus exam,masuk u and main bola"
Itulah impian sahabat kita. Sahabat yang sentiasa setia menemani kita. Bimbinglah dia. Katakan padanya. Kecantikan seorang wanita itu bukanlah menjadi ukuran dalam penilaian hati. Aku sayangkan Fareeq Ridhuan dan Khaleed Zailani...
Mereka berdua teman yang superb...
Leed,aku punya instinct yang aku bakal tinggalkan kamu berdua... Exam semakin hampir,selepas ini kita akan membawa haluan masing-masing. Akan tiada lagi gelak tawa dan tangis sedan yang kita kongsi bersama. Aku pasti akan merindui kenangan itu. Leed ingat tak kita bertiga pernah ponteng kuliah sama-sama dulu? Kerja bodoh kan? Namun itu kali yang pertama dan terakhir kita lakukan. Sebabnya, Encik Khairi panggil kita pegi ofis dia... haha. Nasib baiklah hanya amaran.
Aku bersyukur walaupun aku berteman dengan kamu namun batasan pergaulan kita masih terbatas. Masih ada norma hidup yang kita patuhi. Kita saling mengingatkan antara satu sama lain. Solat suatu kewajipan,patuh pada orang tua dan antara lelaki dan perempuan masih ada ruang yang kita biarkan kosong. Tersentuh sahaja kulit tanganku,kamu pasti akan meminta maaf berulang kali dariku. Thanks guys..
Leed,tak keterlaluan andai aku ingin katakan kaulah lelaki yang terakhir yang akan menghuni hatiku. Ku tahu kau tak mungkin ‘fall’ padaku namun aku harap ada sekelumit kasihmu untukku...
Akhir kata,andai aku pernah menggores perasaanmu ampun dan maaf aku pinta. Tiada terniat semua itu di fikiranku. Insyaallah,kita jadilah muslim dan muslimah yang sejati agar dapat kita bersua di syurga kelak....
Ameen...
Temanmu...
Nurana Natasya Abdullah.

Airmataku menitis lagi... Aku segera bersandar di bahu kereta. Ingatanku menerawang pada saat ibumu menyerahkan laptop kesayanganmu padaku. Semoga rohmu dalam ketenangan. Segera aku menghidupkan enjin kereta dan memulakan pemanduan.
Seketika bila aku menoleh kesisi kau muncul lagi. Bertudung putih dan tersenyum sambil melambaikan tangan ke arahku. Ana... spontan ku bersuara,namun tiada siapa mendengar.
Tiba-tiba...

"Kita semua ini milik Allah. Masa sudah ditetapkan bila akan kta kembali menemuiNya. Sabarlah Fareeq,Leed telah pun pergi. Ana juga sama. Kita patut akur dengan kehendak Ilahi,".Ustaz Shukri,ustaz kesayangan Ana memulakan pembicaraannya selepas selesai upacara pengkebumian Khaleed. Fareeq meraup wajahnya. Tiada pernah menyangka 2 sahabatnya akan meninggalkannya buat selama-lamanya. Ustaz Shukri adalah ustaz yang sering memberi tazkirah pada mereka bertiga. Malah ustaz itulah yang telah mengislamkan Ana kerana pada waktu itu Ana masih seorang pemeluk agama Kristian di bawah jagaan ayahnya. Takdir Allah,Ana sempat mengecapi kehidupan seorang Islam sebelum meninggal dunia dan sempat bertemu dengan ibu kandungnya.
"Ustaz,merekalah teman terbaik di dunia dan akhirat,"kata Fareeq. Ustaz Shukri mengangguk. Dia tahu akan kenyataan itu.

Bukan mudah mencari teman seperti mereka. Walaupun mereka berdua sudah tiada namun teman sejati masih milik mereka....

Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci..
Bersyukur kini padamu ilahi teman yang dicari selama ini telahku temui..
Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih ilahi..
Kepadamu Allah ku panjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita..
Kepadamu teman ku pohon sokongan pengorbanan dan pengertian
Telahku ungkapkan sgala-galanya...


TAMAT....

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.