Cerpen Kisah Semalam

'Azmin.' tanpa kusedari nama itu terkeluar daripada bibirku, lantas aku tersedar daripada lamunanku. Mengenang kenangan-kenangan lalu bersama pemilik nama tersebut adakalanya membuatkan aku merasakan Azmin masih ada, walaupun pada hakikatnya pada hari ini genap dua tahun dia telah kembali kepada Penciptanya.

"Huh......" aku mengeluh sendirian. Ya, aku sedar adakalanya aku terlalu mengikut rasa hatiku. Padaku kenangan itulah yang mampu untuk menceriakanku dikala bersendirian.

"Tit...tit..tit..tit..." telefonku berbunyi menandakan ada pesanan baru masuk. Dengan pantas aku mencapai telefonku untuk melihat pesanan tersebut.

"Hai, boleh berkenalan?" sms itu kubaca. Aku kehairanan kerana nombor penghantar langsung tidak kukenali. "Salah nombor kot. Biarlah" bisik hatiku sambil menekan butang delete.

Tanpa kuduga, keesokkan harinya aku menerima pesanan dari nombor yang sama. "Kenapa tak reply? Saya cuma nak berkenalan!" Kali ini kurasakan bahasanya agar kasar.

"Ish..dah lah ganggu orang, tak pasal-pasal nak marah" rungutku. Lantas aku membalas sms yang tidak aku ketahui daripada siapa,"Awak siapa? Mana dapat nombor ni? Jangan nak main-main"

Tanpa perlu menunggu lama, aku mendapat balasan yang kutunggu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Arief. Dia mendapat nomborku daripada salah seorang rakanku. Dia memberitahu bahawa dia sekadar ingin berkenalan denganku. Lalu tanpa berfikir panjang, aku menyambut salam persahabatannya.

Sepanjang beberapa bulan persahabatan kami berlansung, kami hanya berbalas sms untuk bertanyakan khabar. Bagiku yang penting adalah keikhlasanya, medium apa yang digunakan tidak menjadi masalah padaku.

Semakin lama, semakin kerap kami berbalas sms. Daripada sekali sebulan, menjadi sekali seminggu dan adakalanya hampir setiap hari kami bersms. Kebiasaanya, kami hanya sekadar bersembang kosong, kutuk mengutuk dan saling kena mengenakan antara satu sama lain. Hanya sms yang menjadi penghubung kami. Tiada siapa menyangka bahawa persahabatan ini akan berlanjutan dan aku selesa dengan keadaan itu.

Sehingga satu ketika, "Nite darling, dream of me." pesananku setiap kali ingin mengakhiri sesi sms kami.

"Nite luv. Sweet dreams." balas Arief kembali. "Giler! Naya jea kalau girlfriend dia tau." bisikku sambil tersenyum apabila membaca balasan yang kuterima.

Tidak kunafikan, adakalanya rentak sms kami agak keterlaluan dan pasti sesiapa juga akan tersalah sangka jika membaca sms kami. Tapi bagi aku, semua itu hanyalah sekadar gurauan sahaja. Dia juga begitu selamba melayan perangaiku yang 'giler' ni. Sebenarnya, selama tempoh perkenalan kami, aku benar-benar tidak tahu akan status dirinya dan aku yakin dia juga tidak tahu akan statusku.

Sehingga pada satu ketika, Arief memberikan 'hint' supaya kami berjumpa. Tidak kunafikan, aku juga tersentak sebenarnya. Dengan baik aku menolak cadangannya dengan alasan aku lebih selesa dengan keadaan kami sekarang. Aku lega dengan penerimaannya dan dia juga tidak pernah memaksa. Aku sendiri tidak suka dipaksa atau dikawal oleh sesiapa. Mungkin sikapnya yang seolah-olah memahami perangaiku membuatkan aku terus selesa berkawan dengannya.

Sesekali dia menyakatku dengan mencadangkan supaya kami berjumpa. Adakalanya aku mengikut saja rentak smsnya. Aku menyatakan persetujuanku untuk berjumpa dengan tujuan untuk mengenakannya. Tapi akhirnya aku yang terkena semula apabila dia memperliku dengan menggunakan ayat 'standard' penolakkan aku sebelum ini.

Tidak kunafikan sepanjang tempoh perkenalanku dengan Arief, aku sudah jarang mengelamun tentang kenangan lepasku bersama arwah Azmin. Mungkin inilah rahsia disebalik takdir perkenalan aku dengan Arief. Kehadiran Arief adalah untuk melarikan aku daripada terus leka dibuai kenangan semalam. Namun aku tetap tidak lupa untuk menghadiahkan al-fatihah kepada arwah Azmin setiap kali selepas solatku sebagai tanda ingatan dan kasihku kepadanya. Mana mungkin dapat aku lupakan orang yang begitu istimewa padaku satu masa dahulu.

Setelah hampir setahun lamanya perkenalan aku dan Arief, aku tidak boleh lagi mengelak daripada ajakannya untuk berjumpa. Ini semua bermula dengan gara-garaku untuk mengusiknya. Akhirnya, aku sendiri yang terperangkap dengan usikanku.

"Saya kena kerja pada hujung minggu ni", rungut Arief dalam smsnya kepada ku.

"Lecehlah mcm nie....terpaksalah saya cancelkan plan saya. Ingatkan nak ajak awak keluar dating." dengan pantas aku membalas sms Arief. Niatku hanyalah untuk mengusiknya.

"Banyaklah awak. Time nielah baru nak ajak saya keluar. Selalu saya ajak, awak asyik jual mahal jea". Tergelak aku membaca balasan sms daripada Arief. Aku dapat mengagak balasan yang akan kuterima. Pasti dia akan mengingatkanku tentang beberapa pelawaannya untuk berjumpa sebelum ini.

Selang beberapa hari, aku mendapat sms daripada Arief. Dia mengajak aku keluar. Katanya dia telah menyusun semula jadual kerjanya semata mata untuk keluar denganku pada hari minggu. Kali ini aku pula yang terkejut. Tidak sangka aku betul-betul terkena kali ini. Walaupun tiada paksaan daripadanya, tapi aku tetap serba salah untuk menolak cadangannya itu memandangkan sudah berkali-kali kutolak cadangannya sebelum ini.

Akhirnya, aku bersetuju untuk keluar bersamanya. Pada masa yang sama aku juga sebenarnya ingin tahu dengan siapa aku selalu berbalas sms selama ini. Itulah faktor utama mengapa aku mengalah. Kami akhirnya menetapkan masa dan tempat perjumpaan kami.

Sehari sebelum 'date' kami, Arief telah mengantar sms untuk mengingatkan aku tentang janji temu kami. Aku akui, semenjak aku bersetuju dengan cadangannya, aku lebih banyak mendiamkan diri. Aku hanya akan membalas smsnya, sedangkan sebelum ini, adakalanya aku tanpa rasa segan atau bersalah akan memaksa dia untuk bersembang dan melayan sms denganku.

Aku sebenarnya serba salah dengan keputusanku. Aku tidak pasti bagaimana pertemuan kami akan berlangsung. Aku sendiri bukannya jenis peramah dan suka bersembang dengan orang yang baru kujumpa atau kenali. Padaku, daripada aku kaku semasa berjumpa dengannya nanti lebih baik aku bersms sahaja. Pernah aku memberitahu perkara itu kepada Arief tetapi dia hanya menyuruhku agar 'cool' dan buat macam biasa bila berjumpa nanti.

Akhirnya, tiba hari yang dijanjikan. Kami bertemu ditempat yang telah ditetapkan. Bagai yang telah kujangka, aku kaku dan 'speechless', tidak seperti semasa kami bersms. Pada penilaianku, Arief juga bukan seorang yang biasa dengan 'one-on-one date' sebegini. Walaubagaimanapun, masing-masing cuba untuk bersembang agar tidak kaku sepangjang pertemuan kami.

Dalam masing-masing 'kaku', rupa-rupanya telah 3-4 jam kami menghabiskan masa bersama. Aku tak pasti sama ada dia 'ok' ataupun 'terpaksa' dalam tempoh tersebut kerana adakalanya kami seolah-olah kehabisan topik untuk dibualkan. Tetapi bagiku pula, walaupun keadaan kami tidaklah 'serancak' kami bersms, but it was not bad at all.

Pada malam itu, "Tit..tit...tit..tit.." telefonku berbunyi. "Mesti Arief," bisik hatiku. Tepat tekaanku. Mana mungkin aku tersilap kerana aku telah hafal jadual waktu sms kami.

"So how are you? Mesti menyesal jumpa i kan?" tergelak aku membaca sms darinya.

"Ehh, saya takde cakap macam tu pun" balasku. Hairan juga kenapa soalan itu yang ditanya padaku. Mungkinkan dia sebenarnya yang menyesal berjumpaku. Entah, aku sendiri tidak pasti.

Sepanjang sesi sms kami pada malam itu, kami sekadar bersembang kosong. Kami langsung tidak menyentuh tentang pertemuaan kami sebelum ini. Yang pasti selepas pertemuan itu, tiada lagi panggilan 'sayang','darling' atau 'luv' dan juga tiada lagi gurauan yang keterlaluan. Boleh dikatakan kami lebih tertib dalam sms kami selepas pertemuan tersebut. Ada masanya aku 'rindu' dengan perangai 'selamba' kami yang dulu.

"Raz, i'll be away for the next 3 years." terkejut aku membaca sms yang baru kuterima.

"Hah! Why? Where to?" dengan segera aku membalas smsnya.

"Got a better job offer. Contract for 3 years in Dubai." Arief memaklumkan kepadaku.

"Wow, that's great. Congrats!!" Aku tetap mengucapkan tahniah kepadanya walaupun aku sedikit 'terganggu' dengan berita itu. Rupa-rupanya dia telah lama merancang untuk bekerja disana. Untuk mencari pengalaman katanya. Lebih memeranjatkanku, dia akan bertolak ke Dubai pada bulan depan. Sejak dia memaklumkanku tentang rancangannya, kami kurang bersms lagi. Mungkin dia sibuk untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dan aku juga tidak mahu menggangu masanya. Cuma sesekali kami bersms bertanyakan kabar masing-masing.

Sedikit sebanyak keadaan itu menyebabkan aku sedikit sedih. Aku telah mula merasakan kehilangannya. Yang lebih membuatkan aku lebih terasa ialah tarikh 'departure'nya ke Dubai adalah sama dengan tarikh perkenalan kami setahun yang lalu dan pada tarikh itu juga, genaplah 3 tahun aku kehilangan arwah Azmin.

"Adakah ini semua satu kebetulan?" bisik hatiku. Aku kehilangan arwah Azmin dan bakal kehilangan Arief pada tarikh yang sama. Entahlah, aku sendiri tidak tahu mengapa aku terpaksa berhadapan dengan semua ini. Sesekali terlintas dihatiku untuk memintanya agar membatalkan rancangannya. Tapi untuk apa? Apa alasan aku? Takut bosan kerana tiada siapa yang akan melayanku bersms? Logik ke? Akhirnya aku pasti apa sebenarnya yang membuatkan aku berperasaan sebegini 'but let it be my little secret'.

Sebulan telah berlalu dan tiba hari untuk Arief bertolak ke Dubai. Aku hanya menyibukkan diriku dengan kerja-kerja pejabat. Pada ketika itu aku tidak mahu tahu dan ambil tahu apa-apa tentang Arief. Aku takut kalau hal itu akan meningkatkan lagi darjah kesedihan aku.

Sedang aku sibuk menyemak 'paperwork' ku, "Tit..tit...tit...tit.." tiba-tiba kedengaran bunyi pesanan baru masuk. Segera kucapai telefonku untuk melihat pesanan yang masuk. "Saya nak bertolak hari ni. U take care." pesanan daripada Arief rupanya.

"Ok, will do. Selamat jalan. Good luck and all the best." terus aku menekan butang 'send' dan aku pasti inilah sesi sms kami yang terakhir.

"Biarkanlah dia pergi. Moga dia sentiasa berjaya dan bahagia dalam setiap apa yang dilakukannya." bisik hatiku dan itulah juga doaku untuk Arief.

Setelah beberapa bulan, aku langsung kehilangannya. Tiada langsung kabar berita yang dikirimkan kepadaku. Dalam masa tersebut, aku juga telah dapat membiasakan diri tanpa kehadiran smsnya ataupun mengharapkan sms daripadanya lagi.

Kehadiran 'seketika' Arief hanyalah untuk menambahkan warna-warna ceria dalam hidupku. Apa yang pasti kehidupan ini bagaikan satu jalan cerita yang panjang. Insya'allah, banyak lagi watak-watak dan warna-warna menarik yang akan kutemui sepanjang perjalananku nanti.

Buat mereka yang pernah kukenali,"I'm glad to have the chance to know you even it is only for a while."

-Sekian-

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.