Cerpen Cinta itu bukan milik kita

"Cik Wana, Abg Ramli sudah menunggu di lobi. Bila-bila masa boleh bertolak ke airport" ungkap pembantu peribadiku Aida. "Thanks Kak Aida dan beritahu Abg Ramli sekejap lagi saya turun" balas ku sambil menanggalkan cermin mata yang sedikit berhabuk. "saya keluar dulu Cik Wana" dengan hormat Aida meminta izin. Itu lah sikapnya yang disenangiku dan pekerja di jabatan ini. Tatkala cermin mata dipakai semula, langkahnya terhenti seketika di muka pintu, "hmmm Cik Wana, saya rasa Cik Wana macam berat hati nak pergi convention ni. Saya rasa saya tahu sebabnya dan saya minta maaf bukan maksud saya ingin masuk campur urusan Cik Wana. Selain sebagai PA cik Wana saya juga rakan cik Wana. Maka sebagai rakan saya berada di belakang cik Wana dan sentiasa menyokong ok? ujar Aida berhemah. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Ikhlas bunyinya dan terlalu mengambil berat. "Kak Aida, thanks for being my friend. ok la nanti saya bawakan ikan masin terubuk serawak untuk kak aida", balasku sambil berseloroh. "hmm tak cukup setakat ikan masin Cik Wana, markah penilaian saya mesti full yea" ujarnya sambil tergelak kecil. Hmm melawan pulak bisik hati kecilku sambil tersenyum simpul. " yea la kak aida, jangan beritahu Siti pula saya bagi markah full nanti kecil hati pula", mengenakannya semula sebelum dia melangkah keluar dari pintu bilikku disambut ketawa nakalnya.

Kak Aida dan Siti dua orang rakan karibku selain kakitanganku yang cukup setia. Siti adalah akuantan jabatanku sekarang yang dahulunya pembantu akaun di jabatan lain. yang menariknya dia menjadi akauntan setelah ku pujuk sambung degree dan akan cuba fight dia transfer ke jabatan yang aku ketuai sekarang. Ku alihkan kedudukan kerusi mengadap tingkap pejabat, ku tarik nafas dalam-dalam. Jam tangan biru sporty di tangan kananku belek. Masih ada masa lagi sebelum bertolak ke airport. Pandanganku tertumpu kembali ke luar tingkap. Ingin sekali ku lemparkan perasaan gelisah ini jauh-jauh. Teringat kata-kata kak Aida tadi. Hmmm... satu keluhan yang berat ku lepaskan. Seketika aku terdiam. Beristighfar mengingati Tuhan sebelum ku betulkan tudung biru yang menutupi kepala. Aku bingkas bangun dari tempat duduk dan mencapai beg tangan di atas meja. Segera memeriksa segala barang-barang penting dibawa dalam beg tangan. Apalagi kalau tak bedak muka MAC yang hampir tipis, telefon bimbit serta dokumen penting. langkah ku pantas menuju ke pintu bilik untuk turun segera ke lobi. Di lobi kelihatan abg Ramli bersedia membuka pintu kereta untuk menghantarku ke airport. Dengan kalimah Allah aku memasuki perut kerata berdoa agar perjalananku selamat dan dirahmati tuhan.
********************


"Abang, Wana tunggu abg kat kopitiam tempat biasa yea", ujarku pendek ditelefon sebelum mematikan talian. Di sini tempat aku sering minum dan bertemu lelaki kesayanganya. dari mula bertemu dia memang sudah jatuh cinta pada Azril. Wajahnya yang putih persis pemuda Cina, tinggi dan berkarisma. siapa sangka aku berteman mesra dengan lelaki yang amat jauh perwatakan dan penampilan dariku. Aku wanita yang sederhana, berkulit sedikit gelap dan bercitarasa sederhana.

Hari ini aku mengambil cuti semata-mata mahu meluangkan sedikt masa bersama Azril. Azril bertugas di Serawak dan kedatangannya ke KL sebagai penyelaras pemeran kebudayaan dan perlancongan diambil kesempatan untuk bertemu. Mataku memandang jam tangan yang ku beli dengan gaji pertama ku tahun lepas. Hmmm dah sejam aku menanti. Jalan sesak dugaku untuk menyedapkan hatiku yang rawan. kucapai telefon bimbit kudail no. Azril yang disambut oleh peti suara. Hampa! Tak mungkin masih diruang pameran. Sudah melewati jam 6 petang. Awan sudah bertukar mendung. Ku titipkan pesanan ringkas buat Azril. masa berlalu begitu sahaja tanpa jawapan SMS. tiba-tiba talifon bimbit ku berbunyi segera ku lihat no terpamer di skrin. Ala... ni no pejabat, hatiku berat mengangkat talian. akhirnya selepas aku mengakhiri perbualan dengan kak Aida pembantu peribadi Pengarah aku bingkas bangun. Membayar harga minuman dan berlalu ke kenderaanku. Sebaik kenderaanku keluar dari parkir satu pesanan memasuki taifon bimbitku. Gembiranya hatiku Daripada Azril: Wana, abg masih disini PWTC. Abg kena tunggu disini dan kawan-kawan abg ajak minum lepas ni. Kita jumpa lain kali yea. hati kecilku terusik, tanpa ungkapan maaf dari Azril lantas ku membalas pesanan: Its ok. have fun. Kutekan pedal minyak dalam-dalam dengan penuh perasaan ke destinasi yang tak pasti.

*******************

"Wana, aku sebagai kawan kalau boleh tak mahu melihat rakan aku menderita. ni bukan cinta Wana, fikirlah demi masa depan engkau sebaiknya. Tapi, apa-apa pun keputusan tetap ditangan kau. tugas aku sebagai kawan adalah untuk melihat kebahagiaan engkau", lembut tutur bicara Siti tatkala kami minum menanti waktu tayangan lewat malam. Ku angkat pandanganku terus kewajahnya. Ada garis simpati dan kerisauan terserlah dimatanya. Tulus tanpa niat untuk menyakiti hatiku. "Wana, walaupun dari apa yang kau cerita dia baik, dan sempurna dimatamu tapi kau kena ingat, dia tetap suami orang. Tiada persefahaman dan tiada cinta antara dia suami isteri tak boleh engkau gunakan untuk mencurahkan kasih sayang kepadanya. Bukan aku menentang poligami wana, tapi aku lihat engkau terseksa. Kau berhak untuk dapat yang lebih baik Wana" sambung Siti berhati-hati takut aku terguris barangkali. "Entahlah Siti, aku sayang sangat dengan Azril. Bukan tiada lagi lelaki yang cuba mendekatiku, tapi hati aku tak terusik lansung dan terbuka untuk orang lain selain Azril. Memang aku tau aku menderita tapi aku tau dia juga mencintai aku" balasku perlahan. Siti hanya menggelengkan kepalanya. ini semua setelah aku ceritakan Azril tak muncul-muncul dipertemuan lalu. Bukan kali pertama Azril melakukannya, berkali-kali.

Statusnya sebagai suami dan ayah kepada seorang anak perempuan membuatkan perhubungan kami agak terbatas. Berjumpa secara senyap-senyap dan ditempat kemungkinan yang orang dikenali tiada, itu semua telah biasa kulalui. Pernah suatu ketika kami beriringan di pusat membeli belah mencari keperluan tiba-tiba Azril hilang. Hanya SMS dihantar: Abang tunggu Wana di tingkat bawah. Abg ternampak kawan abg. Bye! Sedikit pun aku tak berkecil hati. 2 tahun aku lalui semua ini dengan keperitan kutelan bulat-bulat.

"Wana! tegur satu suara. Tersentak lamunanku. Siti menguis kakiku dan memuncungkan mulutnya kebelakangku. Ku toleh kearah belakang. "eh Rizal, u pun ada kat sini?" balasku spontan. Tersenyum-senyum mamat spek tebal ni kat aku. "aah.. aku tunggu midnite baru lepas main bowling ngan kawan-kawan I", ujarnya. "Hmm.. ok. Kebetulan la, I dengan Siti pun tunggu midnite movie" balasku tanpa merasakan sesuatu yang bakal berlaku sebalik perjumpaan ini.

**************************

"Wana, I rasa dah tiba masanya kita tentukan arah tuju hubungan kita", Rizal memulakan perbualan petang itu. Setelah 3 bulan selepas pertemuan malam itu, Aku memandang Rizal dengan rasa yang tak menentu. "I tak tahu nak kata macam mana, U tahu la I ni macam mana kan". "Hmmm aku tau mamat bendul sangat getus hatiku. "I nak U jadi isteri I dan ibu kepada anak-anak kita" mati disitu kata-katanya. Ha? Isteri? Anak-anak? Macam ramai je? nakal hatiku berkata-kata. "Its ok Wana kalau U seeing other guy. I nak dengar dari mulut U sendiri" Rizal menyambung kata-kata setelah melihat aku kehilangan kata-kata.

"U better talk and discuss with my parents Rizal", akhirnya terungkap juga kata-kata tersebut dari mulutku. Macam tak percaya aku meluahkan kata-kata tanpa berfikir panjang. Kata-kata ini juga membuatkan aku tak lena tidur malam tu. Wana, macammana kau boleh buat keputusan macam tu, hatiku terus berkata-kata. Wana, bagusla kau buat keputusan macam ni. "Terima lah Rizal sepenuhnya lupakan Azril. Tahniah beb" bermain-main kata-kata Siti pula. Malam itu juga kupanjatkan doa kepada Tuhan semoga keputusan itu adalah yang terbaik.

***********************

Kubelek cincin dicari manis kananku. Cantik dan ringkas rekaannya tanda diriku menjadi tunangan Rizal.Cincin ini aku yang pilih sendiri dan juga aku yang bayar in advance. Semuanya gara-gara perselisihan pendapat dengan Rizal bila disaat-saat akhir dia tak memilih cincin lagi kerana sikapnya yang terlalu ingin kesederhanaan. "Dia ingat aku ni anak ayam ke Siti nak merisik tanpa cincin ",kata ku pada Siti tempoh hari. Tertawa besar Siti dan Kak Aida mendengar cerita ku yang bengang dengan kebendulan Rizal. Tak faham aku sibendul yang innocent ni. Itulah kelemahan Rizal. Walaupun mempunyai keperibadian yang baik untuk dijadikan suami yang soleh tapi sikap lurus bendul itu lah yang sering membuat aku sakit hati dan berkecil hati. Dah la lurus bendul, tak nak bertanya, omelku dalam hati.

Majlis yang sederhana tetapi meriah ini sebenarnya tidak dirasaiku sepenuh jiwa. Kerana Azril!. Beberapa hari sebelum majlis aku telah menghubungi Azril memberi perkhabaran bahawa aku memilih Rizal sebagai pasangan hidupku. Pertama kalinya perbualan kami diselangi esak tangisku. Suara Azril cukup sayu merayu agar aku menimbang kembali keputusan ini. Perbualan lewat malam itu Azril mengakui sebelum ini kasih nya pada diriku amat diragui. hatinya tidak sepenuhnya mencintai ku kerana takut dia melukai ku. Benar kata orang kita takkan menghargai apa yang didepan mata sehingga apa yang didepan mata sudah tiada. Bagiku keputusanku tekad demi masa depan walau aku tahu cinta ku hanya pada Azril. "Abg, Wana sangat sayangkan Abg. Abg lepaskanlah Wana. Bagi Wana Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Wana tak mahu terus mencintai abg lebih jauh kerana ianya melukakankan hati Wana juga isteri abg kelak. Wana akui Wana tak kuat untuk berkongsi kasih, walau Wana tahu abg tidak bahagia bersama isteri abg. Didiklah dia supaya jadi isteri yang baik untuk abg. Wana minta maaf" itulah kata-kat terakhirku pada Azril. "Wana kalau itu yang Wana mahukan, abg lepaskan Wana. Abg minta maaf terlewat untuk mencintai Wana. Abg tau Wana terluka semasa hubungan kita ini berjalan. Ingat satu perkara Wana, abg mencintai Wana dan abg akan terima Wana sekiranya satu hari nanti Wana bukan milik sesiapa. Berderai airmataku mendengar luahan hati lelaki yang penuh keeogaanya satu masa dulu untuk mengakui cinta nya padaku..

**************************

Cik Wana, kita dah sampai, kata-kata tersebut mematikan kisah 6 tahun lepas. Tersenyum ku pada Abg Ramli yang siap membuka pintu kereta. malu pula aku jadinya. "Terima kasih Abg Ramli", ujarku. "Jumaat ni pukul 3.30 saya tunggu Cik wana disini yea. Selamat jalan Cik Wana. Kat sana nanti jangan lupa jalan-jalan cuci mata ",ujarnya tersenyum mengusikku. hanya senyuman sebagai balasan kata-kata Abg Ramli. Aku tau dia cuma bergurau dan mengusikku. Sorang yang kuanggap macam abg kandungku.

**************************

Cik Nor Hazwana Nordin, ini tag dan bahan yang digunakan sepanjang convention ini. Malam ini ada dinner di Banquet II yea jam 8.00", ramah urusetia menjalankan tugas. Kubelek-belek tag nama dan... aduh! aku terlanggar sesuatu. Nasib baik tak jatuh tersungkur. Aku berpaling melihat apa yang kulanggar, hmmm beg siapa lah letak tengah-tengah lobi. "Maaf cik, beg saya", tegur satu suara. Ni la part yang aku malas dalam cerpen ni. Suara yang lama aku tak dengar. "Tak pe saya ok. lain kali jangan la letak merata barang" balasku. Pemilik beg mendiamkan diri. Rasa bersalah la tu. "Wana, lain Wana sekarang, ujar suara itu lagi. Kutatap wajah itu yang amat dindui, masih sama seperti dulu. Cuma rambutnya sedikit bercampur helaian putih. "Daddy! seorang kanak-kanak perempuan menghampirinya. Ku renung wajah anak itu, hmmm comel mesti ibunya juga cantik. "Wana, meet my daughter, Aryanna. Dia just drop by sebelum ikut her Moms balik. "Hai aunty pantas anak kecil menghulur tangan lantas mencium tanganku tanda terlatih menghormati org yang lebih tua. "Azril i pergi dulu, see u around" pantasku hentikan adengan ini. Apa yang tak ku ingini terjadi juga. Bertemu Azril bukanlah kehendakku walau hatiku merinduinya.

Malam itu aku bertemu Azril di Cafe hotel setelah dinner berakhir. Aku pun tak tahu mengapa aku bersetuju dengan ajakannya. Lemah sungguh aku dengan lelaki bernama Azril lebih-lebih pada senyumannya. Sesekali matanya membelek jam berjenama Cat. Mungkin gusar aku diam seribu bahasa. "so, Rizal tak ikut sama? Azril memulakan kata. Setahu aku Azril pasti nampak aku datang sendirian. "Abg minta maaf Wana kalau Wana tak selesa jumpa abg malam ni... hmmm lemahnya aku bila dia membahasakan dengan panggilan tersebut. Terkulat-kulat aku mencari kata-kata. "wana tak kahwin dengan Rizal abg. pendek kata ku tapi cukup membuat Azril terdiam seketika. Terlerai kisah 6 tahun lalu apabila aku meminta agar perkahwinan ini dibatalkan 4 bulan sebelum majlis. Kecoh keluarga dua pihak. Lebih buntu bila aku mendiamkan diri mengunci mulut atas alasanku. lama ku pujuk org tuaku untuk memahami hatiku. bagiku biarlah terputus sebelum aku terlanjur jauh dalam perkahwinan ini bersama orang yang aku sayangi dan hormati tetapi aku tidak cintai.

Azril menggenggam erat tanganku memberiku kekuatan. "abg minta maaf kalau kerana abg Wana menderita. Wana, kita mulakan semula? matanya memandangku mengharapkan jawapan. kutinggalkan Azril termangu menanti jawapanku.

Kertas terakhir dibentang Prof Dr.Azril Hanafi. Tercapai juga hasratnya untuk bergelar Prof. 3 hari convention berakhir juga. Akhirnya aku hampir boleh bernafas. Tak perlu aku melarikan diri lagi dari Azril menuntut jawapan dariku. Rasanya tak sabar untuk berlalu di bumi Kuching ini. Kekusutan ini sempat kucurah pada Siti walau kutahu jawapan yang diberikan Siti hanya ingin melihat aku tersenyum kembali. Keputusan ditangan ku.

"Wana, abg tunggu jawapan Wana", sapa Azril sewaktu aku menunggu teksi. Ku genggam sepucuk surat erat-erat dan menghulurkan pada Azril dengan lemah. Serentak itu teksi berhenti dihadapanku. "Abg, Wana amat menyayangi abg. Wana pergi dahulu. Semuanya jawapan Wana ada dalan surat ini. Wana pergi dulu", ucapku sambil menghadiahkan senyuman yang sudah lama tidak ku lemparkan. Azril menyambut suratku dengan penuh harapan. "Abg sayang wana sentiasa", ungkapnya melepaskan ku pergi.

***********************

"Abg, Cinta ini bukan milik kita. Wana tak sanggup membina kebahagian atas keruntuhan dan kesedihan wanita lain. Salam sayang dari Wana. Wana tau abg cinta Wana sepenuh hati sebagai bukti abg masih menggunakan jam itu. Semoga kita berbahagia dengan jalan yang kita pilih"- salam sayang WANA.

Azril hanya mampu menarik nafas dalam-dalam. Wana, kau masih seperti dulu pergi tanpa mendengar penjelasan
dariku, cepat sangat mengikut hati, hati Azril berbisik. Berfikir cuba mendail no. telefon Wana tapi terbantut. Mungkin Wana Dah tutup talian. Tiba-tiba..."Daddy! Jom kita balik. Yana rindu daddy. Yana nak tidur rumah daddy malam ni. Rumah Mummy tak best. Mummy tak pandai masak spagetti macam daddy" omel Aryanna. Azril tersenyum membalas" Ok jom". Azril melangkah ke kereta Ain bekas isterinya. Wana.. abg akan cari Wana.

**************************

"Abg Ramli, nanti singgah Celcom ok. Kad Sim saya problem, saya nak tukar no." ujar Wana. "Baik Cik Wana", balas Abg Ramli terus menjalankan tugas menghantar pegawainya ke tempat yang dipinta. Abg, terima kasih atas kasih sayang abg yang seketika ini. bisik hati Wana dengan penuh redha dengan ketentuam ini.

TAMAT

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.