Cerpen Diariku

" Argghhhhh..... bencinya!!!! Teriak aku.
" Kenapalah aku bodoh sangat? Dahlah dalam kelas aku paling lembab, ni kan pulak nak siapkan final animasi aku ni. Ishhhh.. tensionnya...Rungut hatiku yang menyesal dengan kos yang aku pilih ini. Tapi penyesalan aku tiada gunanya kerana sekarang aku dah nak memasuki semester enam. Walauapapun aku terpaksa teruskan kos ini sehingga aku habis nanti. Entah kenapa pada awal sem aku beria-ia ingin mengambil kos ini, padahal banyak kawan yang nasihatkan aku kos ini susah untuk orang yang macam aku.. buta komputer. Huhhhhhh....
" Semangat Balqis... semangat!!!! Aku tahu kau mesti boleh." Bisik hati kecilku yang hanya sekadar mahu memberi harapan palsu untuk aku menyiapkan final aku ini, kerana inilah yang menentukan hidup aku di universiti yang aku impikan sejak aku menimba ilmu di sebuah sekolah berhampiran dengan rumahku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kota dan sekarang aku berada di IptA yang aku idamkan itu. Di sinilah banyak melahirkan graduan yang bergelar guru. Tapi layakkah aku sebagai seorang guru? Entahlah, aku tak ada jawapan untuk soalan yang aku sendiri wujudkan itu. Aku memperbetulkan urat-urat tanganku untuk aku memegang 'mouse' yang banyak menolong aku dalam membuat final aku ini. Selain 'mouse' aku juga terpaksa mengadap ' software' yang paling aku geruni iaitu ' 3D Max'. Ishhhhh... kenapalah aku boleh pilih kos ni????? Aku perlahan-lahan memegang 'mouse' untuk memulakan final aku. Tapi .... aku dah penat tengok 'icon' 3d max ni?? Aku tahu aku tak boleh.. arghhhh....
" Emm... baik aku minum dulu. Sekurang-kurangnya boleh hilangkan trauma aku pada 'software' tu." Aku berjalan keluar dari bilik untuk membuat air, nasiblah bilik aku memang letak di dapur, taklah susah-susah aku berjalan jauh. " Hehe...aku ni....memang malas..." aku tersenyum sendiri hinggakan..
" Aik, Balqis senyum jer." Tegur irwani.
" Takkan kau 'jelouse' kot dengan aku?"
" Aku? Nak dengki dengan kau? Tak ada maknanya."
" Wan..." Aku memanggil kawan baikku. Irwani memalingkan mukanya tanda mendengar panggilanku.
" Sebenarnya aku dah bosanlah dengan animasi aku tu. Kau tahulah aku kan? Manalah aku tahu nak buat."
" Oooo...itulah sebabnya aku dengar kau teriak kuat-kuat. Aku pun tak boleh nak tolong kau. Kitakan sama. Aku dengan final aku pun bermasalah. Tu lah kan kenapalah kita boleh terjebak dengan kos ni kan?"
" Aah.. pelik jugak. Aku dah banyak kali fikir.. tapi masih tak tahu jawapannya. Kau tahu?" aku membidas kawan baikku dengan pertanyaan yang masih menghantui aku sepanjang hidup aku disini.
" Huhuh... kau tanya aku? Kau ni sihat tak Qis?"
" Nape lak dengan kesihatan aku? Hehe...." Aku mengenakan balik kawanku itu.
" Qis......... kau ni...." Irwani sedikit mempamerkan geramnya.
" Wan.. sabar. Takkan dah nak marah aku? Aku kan sahabat dunia akhirat kau?" Aku menempel ke tubuh Irwani. Kami sama-sama ketawa.

******
Seperti biasa aku mengenakan jeans dan t-shirt putih untuk ke kampus. Malas aku nak bersiap hanya sekadar untuk ke lab. Sepanjang perjalanan aku ke kampus jantung aku ni macam nak terkeluar bila aku fikirkan lab yang akan aku terjahi. Tapi nasib baiklah aku boleh lecture yang baik. Kalau tak....huhuhu.. semua geng animasi suka akan lecture ni. Sampai je di lab, aku sedikit risau bila tengok tiada sorang pun lagi sampai. Aku ambil keputusan untuk ke tandas untuk tenangkan diri. Aku pun tak tahu, mengapa tempat tu jugak yang aku pilih untuk tenangkan diri. Bila aku dapati diri aku ni dah cukup tenang, apa lagi... aku keluar dari 'miss lady' tu. Tapi selang beberapa langkah... kaki aku terhenti..kaku.. menggigil, fuh... macam mayat hidup.
" Ha.. Balqis, macam mana?"
" Emm..." Aku tergagap-gagap untuk menjawap pertanyaan yang sering aku perolehi.
Lecture aku hanya tesenyum melihat gelagat aku.
" Nampaknya En.Don dah tahu apa maksud aku dengan 'emm' aku tu. Fuhhh....malunya aku." Aku berbisik sedikit gelabah. " Nasib baik budak sekuliah dengan aku dah sampai, leh lah aku ' cover line' malu aku sikit."
Macam biasa dalam lab, En.Don menerangkan langkah seterusnya. Apa yang kami perlu buat dalam montaj kami. Itulah final yang aku terpaksa buat. Montaj. Aku hanya terdiam mendengar setiap penerangan dari pensyarah kesayangan kami. Aku hanya mengangguk apabila ditanya faham atau tak. Tapi macam biasa jugak apabila aku sendiri yang mula buat, semua jadi gelap.. apa yang diajar hilang dah terbang agaknya.. macam tu lah yang selalu aku hadapi. Agaknya ni pun satu penyakit yang merbahaya kot. Hanya Dia saja yang tahu. Selama tiga jam bekurung dalam lab itu, akhirnya masa yang aku tunggu-tunggu muncul. Satu keajaiban yang aku nantikan selama aku berada dalam lab. Masa untuk bersurai... hehe.
" Nampaknya hari ni kuliah aku satu ni jer, jadi boleh lah aku balik terus." Fikir otak aku yang tak berapa pandai macam orang lain. Aku mula mengayuh basikal yang aku beli bersama kawan baikku, Irwani untuk menyenangkan aku setiap kali berulang alik ke kampus, untuk jalan kaki fuhhh..makin 'slim' lah aku. Sampai sahaja di umah sewa aku bertiga, aku terus merebahkan tubuhku yang sedia 'slim' tanpa sebarang pil kurus badan ni ke tilam yang tak berapa empuk. Rutin harian aku bila aku rebahkan badan ialah meletakkan tanganku ke dahi, dan mulalah kepala aku menjalar entah kemana-mana. Aku teringat kan seseorang yang lama aku tak jumpa. Aku mengambil 'handphone' aku dan terus menekan nombor yang telah lama aku rindui.
" Hello ma, adik ada tak?" Terus pertanyaan itu yang aku tujukan kepada ibuku. Bukannya tanya khabar dia sihat atau tak. Apa punya anak lah aku ni.
" Adik ada, duk main. Jawap ibuku ringkas.
" Nanti ma panggilkan." Sambung ibuku yang kini mencecah umur 35tahun.
" Hello dik, duk watpe?" tanya aku kepada adik bongsuku. Dialah yang aku rindu selama ini.
" duk main."
" Adik rindu kak long tak?"
" Rindu. Takpe lah kak long, adik nak g main ni."
" Eleh... kejapnya.. yelah-yelah, g lah main." Aku sedikit geram dengan adik aku. Aku bukan main lagi rindu kat dia. Tapi dia......takpelah nasib badan.


**********
Aku menyiapkan assigment minor aku yang aku tak siapkan lagi. Aku kalut-kalut ni biasalah 'dateline' dah hampir. Perangai aku memang tak berubah, dari awal sem hingga sekarang suka meng ' last minute' kan kerja. Sedang aku khusyuk menyiapkan kertas kerja aku, pintu aku diketuk.
" Bukalah, tak kunci pun."
Aku terkejut, tiba-tiba muncul Irwani dengan wajah yang bermasalah.
" Nape ni Wan? Ni mesti sebab...." Aku memang dah tahu punca muka muram pada wajah Irwani.
" Rindu dia ek?"
Kawan baikku itu tidak menjawap, hanya kepala yang memberi isyarat.
" Kalau macam tu, kau mesej je lah. Tak payah nak malu-malu. Buang sikit ego kau tu. Kalau dua-dua tunjuk ego, macam mana nak hidup beb."
" Macam aku ni pakar lak. Takpelah sekali-sekala. Tolong naikkan semangat kawan." Bisik aku.
" Terima kasih, kawan." Irwani keluar dari bilik aku yang berselerak itu. Aku teruskan perjuangan aku menyiapkan tugasan minor aku. Susah jugak nak siapkan tugasan ni, dah lah dalam kelas ni aku selalu tidur. Tapi aku akan cuba. Selama dua jam menghadap monitor ni, akhirnya aku berjaya menyiapkan hampir separuh. Tapi tahu-tahu je lah, kerja 'last minute'. Aku terhenti sedang aku terdengar bunyi mesej dari telefon aku.
' hai, ngah watpe?'
" Sape pulak ni? Nombornya tak ada dalam simpanan aku. Ishhhh... hantu mana pulak ni?"
Aku membiarkan sahaja mesej itu.
" Aku kan dah lama tak chat, hehe..." cakap aku sendiri. " Baik aku 'survey' kawan aku kat dunia chat ni." Puas aku mencari tapi tak ada kawan yang aku serasi.
" Nampaknya Putera Yahoo aku tak 'online' lah. Emmm, baik aku tidur je."
Aku bersiap untuk terbang mengkhayal dalam dunia fantasi aku. Tapi hasrat aku terbantut apabila terdengar deringan telefon aku. Dengan perasaan yang hampir marah aku menjawab.
" Hello!"
" Amboi...garangnya..ee....takutnya saya."
Aik sempat pulak mamat ni sindir aku. Nak kena ni.
" sape ni? Malam-malam kacau orang tidur?" tengking aku. Tapi biasalah mamat tu tak endah langsung dengan marah aku, malah siap ketawa terbahak-bahak lagi. Tensionnya aku.
" Saya kawan awak lah. Eh..bukan-bukan, saya baru nak jadi kawan awak."
" Oo...baru nak jadi kawan. Saya tak pilih kawan pun." Sejak malam tu, aku dengan mamat sendul tu jadi kawan. 'Best' jugak jadi kawan mamat ni. Tak sangka aku.

**********
Lama jugak aku berkawan dengan mamat bendul ni, sehinggakan dia pekenalkan aku kepada kawan dia. Kenal melalui telefon jelah. Nak jumpa tu tak boleh lagi, aku kan kat Perak, dia pulak kat Kelantan. Jadi terpaksa tunggu cuti sem lah. Aku mula rapat dengan kawan mamat bendul ni. Aku ceritakan persahabatan aku ni kepada kawan baik aku. Siapa lagikan Irwani lah.
" Wan aku nak cakap ni?"
" Pe?"
" Aku kenal sorang mamat ni, nama dia....Hafiz. kami dah....."
" Ha...aku tahu..kejap lagi kau mesti dah lupa kat final animasi kau kan?" sindir kawanku itu.
" nape pulak? Kau sindir aku ek Wan?"
" Ishhh..tak kuasa aku nak sindir kau. Aku cakap hal yang betul. Orang kalau dah kena penyakit angau, mesti boleh lupa masalah yang sarabut-serabut ni."
" Kalau masalah lain aku boleh lah lupa, tapi.....huh, aku takkan lupanya lah."
Irwani melihat jam yang sedia tergantung di dinding.
" Alamak! Aku ada kelas lah. Kau lah ni..."
" Aku pulak. Jadi aku tinggal sorang lah ni?"
Irwani hanya mengangguk. " Takkan takut kot. Kekasih kau kan ada." Kata kawanku sambil senyum sinis. Geram pun ada aku tengok kawan aku sorang ni. Bosan kerana tinggal sorang diri, aku on kan laptop aku yang sudah 2 tahun bekhidmat untuk aku. Pantas aku buka file montaj aku. Aku klik salah satu bahagian montaj aku. Bagaikan tersenyum icon 3d max menyambut kedatangan aku. Aku tanamkan semangat aku dalam-dalam supaya aku dapat hasilkan yang terbaik. Aku berusaha. Sampaikan seharian aku tak tidur. Tapi biasa lah, orang yang kos macam aku berhari-hari tak tidur sebab ingin siapkan dengan sebaik yang mampu. Tapi kawan-kawan aku memang semua gempak-gempak Cuma aku jer yang tercampak. Keesokkannya, aku ada kelas dengan Irwani. Kami sama-sama mengayuh basikal. Mungkin aku keluar rumah dengan kaki kiri kot, aku hampir dilanggar dua buah bas milik universiti aku. Salah aku yang cuai. Tapi nasib baik umur aku panjang. Kalau tak mesti kawan-kawan aku rindukan aku. Dalam kelas aku dapat mesej, yang menyatakan budak Viscom ada mesyuarat. Habis je kelas aku dan Irwani sama-sama ke fakulti kami. Bangunan yang indah terletak di selatan kami terjahi. Lecture kami memberitahu bahawa budak-budak yang ambil kos Audio Visual dikehendaki membuat dokumentari dan filem pendek. Setiap orang dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Malangnya, aku dan kawanku tidak bernasib baik. Yelahkan, siapalah yang sanggup ambil kami jadi kumpulan diaorang. Kami ni tak tahu apa-apa pun pasal penggunaan kamera HDV dan kami tiada bakat. Tapi mujurlah ada insan yang baik hati mengemukakan masalah ini. Jadi, keputusannya aku berpecah dengan Irwani. Aku terpaksa diambil oleh kumpulan yang semuanya pandai-pandai. Aku patut ucap terima kasih untuk kumpulan itu. Namun, untuk menyiapkan dokumentari ini, kami semua harus ke Cameran Highlands. Kumpulan aku, harus menyiap dokumentari pasal Finas yang terdapat di sana.
" Bal, awak siapkan skrip yer?" kata salah sorang kumpulan aku. Aku hanya mengangguk. Sekurang-kurangnya aku menyumbangkan sedikit tenaga. Kami terpaksa berhujan untuk menyiapkan tugasan ini. Tapi kami rasa seronok sekali. Namun, disebalik keseronokkan aku itu, terdetik dihati aku perasaan sedih kerana sepanjang aku di sini tiada satu pun mesej dari Hafiz.
" Nape dengan kau ni Bal?" tanya Irwani.
" Hafiz..."
" Nape dengan dia?"
" Satu pun tak hantar mesej. Dia benci aku ke? Tak pun dia tipu aku?"
" Ishhh..kau ni, suka sangat fikir yang bukan-bukan. Dia sibuk kot. Tak pun mungkin dia tak nak ganggu kau buat kerja." Terang Irwani. Aku hanya mnegiyakan sahaja. Malas aku nak layan perasaan aku lebih-lebih, nanti aku jugak yang merana. Akhirnya kami semua dapat menyelesaikan tugasan kami. Kami bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang, aku hampir termuntah tapi nasib baik aku bawa ubat penahan. Sampai sahaja di kampus kami bertolak pulang ke rumah masing-masing. Di rumah telefon yang aku rindukan bunyinya selama ini berbunyi.
Bal, Fiz minta maaf.
Kenapa?
Sebab Fiz tak hiraukan Bal.
Emm, takpelah Fiz.
Walaupun dalam hati aku ada sedikit penyesalan. Tapi demi kasih aku pada dia, aku diamkan jer. Lagipun usia perkenalan kami masih baru.

*******
Aku jalani hidup aku seperti biasa. Hari ni hari Jumaat. " Arggghhhh..malasnya..." Getus hati kecilku. " Kenapalah aku ada kelas hari ni? " Aku sedikit mengeluh. " Emmm... baik aku tanya Felani, manalah tahu dia pun macam aku." Aku segera mencapai telefon yang dari tadi mencuit-cuit aku. Macam dah tahu yang aku ingin menggunakan perkhidmatannya.
Hi, Fel kau nak g kelas Linguistik tak? Terus aku hantar kepada Felani. Selang beberapa minit, telefon aku tut...tut...tut....
Emm...aku malas la weii...
Ok, aku pun malas. Jadi, jom kita sambung tidur.
Kau ni jahat lah Balqis, aku ingat kan kau tu sebaik nama kau.
Aku hanya tersenyum membaca mesej yang terakhir dari kawan aku tu. Tapi bila difikir-fikirkan ada betul jugak. Kenapalah semenjak akhir-akhir ni, penyakit malas aku makin menjadi-jadi. Orang tua aku hantar aku sini untuk belajar. Nampaknya aku telah kecewakan harapan dan amanah kedua orang tua aku. Apa punya anak lah aku ni. Sudahlah tu aku ni yang sulong banyak yang perlu aku pertanggungjawabkan. Aku tak boleh malas-malas. Tapi, aku tetap tak pergi kelas linguistik tu. Itulah aku. Sudah puas aku tidur, bersiap untuk makan. Hari ni Irwani yang masak dan memang selalunya dia yang masak. Aku jarang-jarang sekali. Masa angin aku elok jer aku masak. Lepas makan kami buka kelab bual sedunia. Sampaikan tak sedar waktu zohor nak ke penghujungnya. Begitulah kami, ila dah bersama banyak pulak cerita yang keluar. Dari gosip artis sampailah cerita kami semua. Kadang-kadang kawan-kawan yang bertuah jugak tak terlepas dari bualan kami.
" Hai..Bal dah lah tu, kau tengok jam dah pukul berapa?"
" Aah..lupa pulak aku. Kau jangan marah ek."
Kami bersurai. Masing-masing mula berkurung dalam bilik untuk menunaikan yang wajib. Kebetulan aku ABC( Allah Bagi Cuti). Aku mula menghitung hari. Final exam dah hampir, final projek nak kene 'submit' tapi hasilnya hancur. Penyakit pening aku dah mula menyerang...aku cuba siapkan tugasan yang belum aku siapkan biar aku dapat tumpukan pada final montaj aku. Sambil aku menyiapkan tugasan aku sempat jugak mengacau Felani. Walaupun kami jauh, tapi kemesraan kami tetap terjalin dengan adanya ruangan chat ni. Kadang-kadang gangguan aku membuatkan Felani marah.
Dah lah Balqis! Kau ni tak ada keje ke? Ganggu aku jer.
Aku ngah wat keje la ni.
Bistu?
Saje suka ganggu kau, leh tengok kau marah. Ni mesti chat ngan pakwe?
Hehehe....cmne tahu?
Aku kan ahli nujum.
Elehhhh...perasaan la pulak.
" semua orang mesej dengan pakwe, tapi aku?"
" Mungkin Hafiz sibuk kot." Tegas aku. Tapi itu cuma untuk aku mengelak dari berfikir yang bukan-bukan.
" Kalau fikir-fikir, aku dengan Hafiz baru 2bulan. Dia boleh buat apa-apa je dia suka. Tambah lagi aku dengan dia tak pernah jumpa." Ligat otak aku membuat andaian dan tekaan. Keluhan aku itu akhirnya berakhir apabila mesej dari 'handphone'ku kedengaran.
"" Mesej dari adik aku rupanya, aku ingatkan dia..." Bisik hatiku.
Long, ma suruh tepon.
Itulah mesej yang adik aku hantar. Aku menjadi kehairanan, menakutkan pun ada. Aku takut apa-apa jadi jer. Aku mula runsing. Nak 'call' aku tak ada kredit.
" Macam mana ni? Kredit pun 'time' ni lah dia tak ada.! Geramnya....." hati aku marah.
" Aku guna telefon rumah je lah." Tanpa berlengah, aku mendail nombor ibuku.
" Hello, nape ma?"
" Macam ni, ma nak tanya?"
" Apa dia?"
" Bal dah ada sape-sape ke?"
Aku terpana,terkejut, kaku, beku semua adalah..apabila soalan itu yang ibuku tujukan. Macam ibuku dah tahu jer aku ada 'someone'.
" Nape ma tanya macam tu?"
" Kawan ma ada bagitahu tadi, dia nak jodohkan anak dia dengan seseorang. Pastu dia tanya tentang Balqis. Tu yang ma tanya tu."
" Ooo... Bal dah ada la ma."
Kali ni giliran ibuku pulak yang terkejut. Sebab aku tak cerita pun kepada ibu tentang hubungan aku dengan Hafiz. Bukan aku sengaja, tapi aku dengan Hafiz kan masih baru. Jadi aku tak yakin. Selepas ibuku tahu akan hal ini. Dia sterus menerus mengajukan aku persoalan. Aku macam dah kene soal dengan polis. Tapi aku jawab jer yang betul.
" Kalau macam tu, nanati bawa dia jumpa dengan ma dan abah yer?"
" Emm .. nanti Bal bincang dengan Hafiz yer ma?"
" Emm..kalau macam tu takpelah. Assalamualaikum...
" Waalaikummussalam." Aku masih lagi terkejut. Kelam kabut aku jadinya. Makin aku bengang bila aku telefon Hafiz tak terangkat.
" Kemana lah mamat sorang ni? Tak tahu ke kita ni tengah ada masalah." Keluh aku dalam geram.
Selama beberapa kali mencuba, akhirnya terangkat jugak.
" Awak, camne ni?"
" Kenapa ni?"
" Ma nak jumpa awak? Tadi ma telefon dia kata ada orang nak kenal dengan saya?"
Hafiz terdiam seketika. Mungkin dia juga terkejut macam aku. " apalah agaknya dia fikir?" tanya aku sendiri.
" Saya tak tahu nak kata apa awak. Kalau dah itu yang ma awak dijodohkan dengan orang lain, saya akur jer."
" Nape dengan awak ni? Awak sayang saya tak?"
" Saya kan dah cakap, saya sayang awak."
" Dah tu, nape rela saya dijodohkan dengan orang lain?"
" Awak , saya ni sape? Ma awak pun tak kenal saya lagi, Balqis."
" Sebab tu lah ma saya nak juma awak, Hafiz."
" Awak tiru saya ek?"
" Tiru apa pulak?" aku kehairanan dengan pertanyaan itu.
"Yelah, saya panggil nama awak, awak panggil saya balik."
" Yang tu ke? Hehehhe.....jadi awak boleh lah datang rumah saya yer?"
" Boleh tu boleh...tapi..."
" Saya tahulah...awak tunggulah saya balik dulu. Saya pun faham awak malu lagipun awak tak kenal rumah saya lagi."
" Haaa...tahu pun." Aku terdengar Hafiz ketawa kecil sebelum kami mengakhiri perbualan itu.

*******
Malam ni budak-budak Viscom ada malam untuk meraikan kedatangan junior kami. Biasalah ada persembahan nyanyian, fesyen dan jugak lakonan. " berbakat jugak diaorang ni." Bisik hati aku yang hampir ' mati'. Aku sebenarnya dah tak sanggup nak jalani hidup ni. Aku fikir aku dilahirkan hanya untuk menyusahkan orang. Tapi bila difikir mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian aku. Jadi aku kena kuat untuk jalani perjalanan hidup yang aku tak tahu bila aku akan sampai ke garis penamat yang aku tunggu selama ini. Persembahan ini habis hampir pukul 12 malam. Dalam hati aku dan Irwani hanyalah memikirkan macam mana kami ingin pulang hanya berdua. Terpaksa melalui jalan gelap berdua. Tapi nasib baik ada kawan yang sudi temankan kami balik. Terusik jugak hati aku ni dengan pengorbanan mereka. Mereka berdua mengiringi perjalanan kami sehinggalah ke pintu pagar rumah kami. Mungkin inilah yang dikatakan erti sebuah persahabatan. Sungguh indah nilai sebuah persahabatan. Terima kasih kawan-kawanku semua. Pejam celik-pejam celik, akhirnya final exam aku makin hampir. Masa untuk aku mengulang kaji hanya tinggal 2 hari lagi. Tapi aku masih lagi sibuk dengan animasi yang tak tahu akan siap bila. Tapi aku nekad untuk aku siapkan. Walaupun aku tahu, aku tak sehebat kawan-kawanku yang lain. Sambil aku menyiapkan animasi aku tu, sambil aku mencelah ketika Irwani sibuk ulangkaji. Tak sempat untuk aku membaca, aku hanya mendengar penerangan dari Irwani. Nasib baik aku ada Irwani. Akhirnya hari yang aku takuti kini berada di depanku.
" Wan, aku takutlah Wan."
" Alahhh..Bal, aku yakin kau boleh."
" Aku pun harap macam tu. Terima kasih ye Wan selama ni banyak tolong aku."
Irwani hanya tersenyum sebelum kami sama-sama menerjah perut dewan peperiksaan. Kami masing-masing duduk di tempat yang telah ditetapkan. Aku menjawab semua soalan dengan tenang. Insya-Allah dengan berkat aku selama ini, aku boleh. Setelah 4 'paper'aku duduki, akhirnya aku boleh menarik nafas lega. Tetapi, hanya untuk seketika. Aku perlu siapkan sedikit lagi montaj aku sebelum aku 'submit'. Aku perlu meneruskan usahaku. Akhirnya aku berjaya menyiapkan montaj aku. Aku sudah tahu apa yang bakal aku dapat dengan hasil kerja aku yang macam tu. Tapi hanya itu yang aku mampu lakukan. Terima kasih kepada semua yang telah memberi aku tunjuk ajar. Aku hargai. Nampaknya, aku sudah selesaikan semua. Cuti sem pun dah tak lama. Bolehla aku balik dan meyelesaikan semua yang biarkan selama ini. Aku terpaksa tinggalkan Irwani kerana dia masih lagi ada paper yang belum diduduki. Aku hanya mampu berdoa dari jauh. Sungguh indah kenangan ini untuk aku kenangi.

********
Aku menaiki bas pada pukul 8.00 malam. Seperti biasa aku akan ambil ubat tahan muntah terlebih dahulu. Aku dah serik bila muntah. 9 jam dalam perjalanan balik cukup meletihkan. Tapi, keletihan itu berbaloi untuk orang yang macam aku. Orang yang dah lama tak pulang ke kampung. Tapi aku pulang kali ni, bukan sekadar untuk menghilangkan rindu aku tapi juga untuk memperkenalkan Hafiz lelaki yang aku cintai. Aku sebenarnya amat takut. Bukan senang untuk abahku menyukai lelaki yang akan menjadi penjaga untuk anaknya. Tapi seorang lelaki yang abah aku suka iaitu kawan sekuliah aku. Aku pun tak tahu. Akhirnya aku sampai.
Abah, Bal dah sampai. Mesej yang aku hantar kepada abahku supaya datang mengambilku. Aku menunggu kedatangan abahku. Terasa agak lama menunggu sehingga aku diserang rasa takut terhadap sorang mamat ni. Tapi nasib baik. Abah aku sampai.
" Fuhh...sejuk sungguh angin pagi hari." Bisik aku.
Akhirnya aku jejakkan kakiku di atas teratak yang aku sudah lama tinggalkan. Orang yang pertama aku dapati ialah adik bongsuku. Aku kucup dahi adik aku puas-puas, sengaja aku inginkan dia terjaga.
" Bal, nanti adik kau tersedar pulak." Tegur ibuku. Aku hanya melemparkan sekuntum senyuman buat ibuku. Aku terus-menerus mencium adik aku. Aku tumpang tidur di sisi adik aku. Rindunyaaaaaa..... akhirnya aku terlena dalam pangkuan adik aku.

**********
Sudah 3 hari aku balik. Hubungan aku dengan Hafiz macam biasa. Masih lagi dalam alam maya. Di rumah aku menghabiskan masa dengan menonton. Sehingga bosan. Malamnya, aku terima mesej dari 'someone' aku.
Bal, Fiz nak datang rumah Bal, boleh?
Aku terkejut dengan mesej yang ' someone' aku hantar itu. Aku bertanyakan pendapat ibuku.
" Ma, dia nak datang?" Tanya aku kepada ibuku.
" Sape?"
" Hafiz."
" Kan dah lewat ni, lagipun kita bergelap dalam rumah ni."
Aku membalas mesej Hafiz.
Fiz bukan takleh datang, tapi rumah Bal gelap. Tak berlampu.
Tak kira, Fiz nak datang jugak. Lagipun kebetulan Fiz ada kat kawasan Kota Bharu. Tunggu Fiz.
Aku membiarkan mesej itu. Tanpa balasan. Aku sambung aktiviti aku yang tergendala tadi. Aktiviti yang aku maksudkan ialah kelab bual. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon. " Alamak 'someone' aku tepon!. Macam mana ni. Nak tak nak, aku kena angkat jugak."
' Fiz dah sampai.' Mendengar aje kata-kata yang terluah dari Hafiz, jantung aku bagaikan dah terkeluar. Ibuku kehairanan melihat gelagat aku yang kelam kabut.
" Kenapa ni Balqis?"
" Ma, dia dah sampai." Kini giliran ibuku pulak yang terkejut. Aku berlari anak-anak mendapatkan kain tudung. Aku tutupi kepalaku macam mak nenek. Aku gementar. Terus aku turun mendapatkan 'someone' aku yang datang bersama kawannya. Sekali lagi aku bagaikan kehilangan arah. Aku terkejut melihat raut wajah yang selama ini aku hanya mendengar suaranya sahaja. Aku rasakan dia cukup sempurna untuk insan seperti aku. Dalam hati aku terdetik. " layakkah aku bersamanya?". Aku tak terlupa untuk menjemput mereka naik ke taratak burukku.
" Maaflah, rumah Bal gelap." Malu-malu aku menutur.
" Takpe, rumah Fiz lagi gelap."
" Sindir la tu."
Aku meninggalkan mereka berdua bersama ibuku, sementara aku ke dapur. Sekembalinya aku bersama hidangan sebagai menghormati tetamu. Aku takut untuk menatap wajah Hafiz. Aku dapat rasakan dia dengan aku ibarat langit dan bumi. Tapi aku begitu gembira dengan kehadiran dia. Sebelum mereka pulang, aku sempat menahan Hafiz untuk memberi hadiah yang telah aku siapkan untuk dia. Aku buatkan Hafiz sekeping Cd untuk dia. Dalam cd tu aku ceritakan awal perkenalan kami melalui ilustrasi dan tipografi yang simple. Untuk melengkapi cd itu aku masukkan lagu 'aku mau' dari Once. Aku berharap dia terima. Aku terburu-buru bagi hadiah itu kerana dalam sudut hati aku, aku takut dia tidak dapat menerima aku.
" Terima kasih, Bal." Kata Hafiz sebelum pergi. Aku membalas dengan senyuman dan dengan senyuman itu jugaklah aku menghantar kepulangannya. Aku membalas dengan senyuman dan dengan senyuman itu jugaklah aku menghantar kepulangannya. Aku masuk ke dalam bilik untuk melelapkn mata. Tetapi apa yang berlaku, aku tak dapat lelapkan mata aku. Aku teringatkan dia. Untuk menghantar mesej aku takut. Aku hanya menunggu. " kenapa dia tak hantar mesej pun? Apa dia dah benci aku? Sebab aku tak seperti dia harapkan? Apa sebab keadaan keluargaku?". Tidak sanggup untuk menunggu lebih lama dan menyerabutkan kepala dengan pelbagai pertanyaan, aku mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepadanya.
Fiz, terima kasih kerana sudi datang. Bal harap Fiz sudi terima pemberian Bal itu dengan ikhlas.
Tiba-tiba giliran telefon aku berbunyi. Aku terus menekan icon telefon yang berwarna hijau itu. Aku mendengar suara yang sangat aku rindui.
Bal, Fiz sayangkan Bal. Aku terkejut dan hampir pengsan bila aku mendengar kata-kata yang terkeluar dari Hafiz.
Tapi, kenapa Fiz senyap? Tak hantar mesej?
Fiz, terkejut.
Kenapa?
Bal cantik. Aku terus pengsan.

***********
Aku bersyukur kerana akhirnya hubungan aku dengan Hafiz direstui oleh ibu dan abahku. Begitu juga dengan keluarga Hafiz. Syukur padaMu kerana pertemukan kami. Segala kegembiraan aku, aku luahkan pada diari aku..disitulah semuanya tersimpan.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.