Cerpen : Hanya Kau

Cuti sekolah sudah bermula,menjadi satu kelegaan bagi Alisha yang selama ini menanti-nanti hari untuk dia berehat dan menenangkan fikiran.Baginya sepanjang hari persekolahan,kesemua perhatian dia tumpahkan kepada pelajaran dan aktiviti sekolah. Memandangkan dia pengerusi sebuah organisasi,banyak kerja yang memerlukan pemerhatiannya. "Sha, kau nak join kita orang tak this weekend?" pelawa teman baiknya, Nini."what for Nini dear?" "aku nak ajak kau pegi tengok movie laa kat times square, kwn kita yang lain pun dah setuju nk pergi.jom laa..please sha.." Ninii tau yang teman akrabnya itu tidak akan menolak pelawaannya."Ye la,ye la..tapi kau kena belanja aku,set?" "ok,set!".

"Alisha!kau termenung teringatkan mamat mane ni ha?" "Sakitlah Nini!kau ni lau satu hari tak menyakat aku tak boleh kew?" Gerutu Alisha yang geram dengan perangai kawan baiknya yang suka menyakat sesiapa sahaja.Tapi dia lah penghibur di saat duka. "Alaaa, kau ni,aku gurau je laa..tu pun nak marah ek?xpe lah..sorry" "Eleh,merajuk laa 2,xde lah, aku tak marah pun,eyh kata nak belanja aku?"pujuk Alisha yang menyedari perubahan yang dipamerkan oleh Nini.

"Nini,cuba kau tengok kat depan tu, bukan ke tu kawan pakwe kau?tu ha,yang rambut panjang siap blonde agi kat depan tu.Haha..ape ke jadah ntah mamat ni." "amboi sedapnya mulut,tengok-tengok nanti kau tu yang tergila-gilakan dia,baru kau tahu. Eh jom la pegi tegur dia jap,aku nak tanya mana balak kesayangan aku ni.Cepat lah Alisha..tapikan kau jangan nk goda dia pulak.hehe " . "Aduh!" Nini melihat Alisha mengenyit mata kepadanya selepas mencubit lengan kanannya. Siaplah kau Alisha!

Alisha melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Dia harus pulang segera,nantikan tak memasal sakit telinga dengar leteran mama. Mama seorang ibu yang baik,tapi kalau lah aku melanggar peraturan yang telah ditetapkan,maunya ditelan aku hidup-hidup! Eeee,,mintak dijauhkan. "Nini, aku pulang dulu ea,nanti pape hal kau call aku,dunia sekarang kan dah canggih..kau tu jangan nak kedekut sangat kredit telefon tu,lau habis suruh je Fadz topupkan." Alisha berlalu selepas bersalam dengan kawan-kawannya.Dia menyedari ada seorang yang tidak selesa dengan kehadirannya.Tapi didiamkannya supaya Nini tidak fikir yang bukan-bukan.


Teringat Alisha akan janjinya dengan Ashiq Ashraff ,teman yang baru dikenalinya dalam myspace. Dia sepatutnya ‘online’ bersama hari ini,tapi dia betul-betul terlupa. "Alamak!tentu dia fikir aku yang bukan-bukan.Harap—haraplah dia tengah layan benda tu lagi." Alisha lega apabila melihat icon online terpapar jelas di pagenya.

"Hi.awak wat pew?sorry ek saya terlupa laa.Awak tak marah kan?"

"Sape lah saya ni nak marah awak,lagi pun awak tak sengaja kan?Ingatkan da tak mau kawan dengan saya lagi. =( "

"Mana ada,saya bukan macam tu lah,awak dah makan?"

"Belum lagi ni,dari tadi saya tunggu awak hantar komen kat saya,nasib baik awak tak lupa saya terus kan?"

Alisha rasa bersalah,dia tak patut buat Ashiq tertunggu-tunggu.Tapi dalam hatinya masih timbul keraguan.Ai,biar betul mamat ni.dia tu dah lah kacak, manis,ramai peminat pulak tu,tak kan lah sanggup tunngu aku yang serba kurang ni. Kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain,mereka jauh lebih kaya,cantik dan pandai bergaya. Fikirnya lelaki ini hanya ingin mempermainkannya. Alisha sudah bosan dengan lelaki yang tidak tahu menghargai perempuan,bagi lelaki seperti ini perempuan ni senang je nak dapat,petik jari je. Lantas dia teringat bagaimana dia ditipu oleh seorang lelaki yang bermulut manis.Setiap masa setiap saat hidupnya dihiasi kata-kata yang membungakan hatinya.Tetapi itu semua dusta,hanya mainan kecil sang lelaki.

Disebabkan ingin menebus kesalahannya yang memungkiri janji,walaupun tak sengaja, dia melayan Asyiq dengan baik.Sebelum ini dia tidak pernah melayan mana-mana lelaki dengan baik selepas dikecewakan oleh lelaki yang tak bertanggungjawab.Hatinya sudah tertutup untuk menerima tetamu. Walaupun dia baik dengan Asyiq,dia masih menganggap Asyiq sebagai seorang teman,tak lebih daripada itu.

***********************************************************************

Hari ini sekolah bermula macam biasa,sudah menjadi rutin Alisha datang awal ke sekolah.Walaupun Alisha seorang pelajar cemerlang di sekolah,dia mempunyai rekod disiplin yang teruk.Dia suka memberontak dan membuat apa yang digemarinya sebagai meluah perasaan.Papanya mempunyai sikap yang tak bertanggungjawab. Setelah mama menatang papa dengan kasih yang tak berbelah bagi,tanpa rasa bersalah dia telah berkahwin satu lagi tanpa pengetahuan semua.Bagi Alisha,dia tak akan lupa bagaimana mamanya menangis kerana kecurangan papa.Keluarganya kini tidak sempurna.Si abang memberontak dengan sikap papa yang suka mengongkong dengan sering memukul dirinya tanpa sebab.Alisha tidak mempersalahkan abangnya kerana ini semua silap papanya! Ya,papa yang bersalah!

Kali ini,papa bawa isteri barunya berjumpa dengan nenek tanpa pengetahuan mama.Aku dan abang yang mengetahui terpaksa mendiamkannya.Kalau tak,tak mustahil papa akan melayangkan kata-kata kesat kepada kami.Aku dah serik kena,kalau boleh aku dah tak nak dengar kata-kata maki hamun keluar dari mulut lelaki yang bergelar papa!Malah,papa tidak membiayai kami,mama yang menyara kami sepenuhnya,tetapi papa masih meminta wang daripada mama dan abang.Abang yang mendapat pinjaman PTPN bagi meneruskan pelajaran,tetapi dia sanggup mengambil wang abang tanpa pengetahuan mama.Habis macamana abang nk belajar?nak sampai ke menara gading?nak capai cita-cita dia sebagai seorang chef yang terkenal? Aku benci lelaki yang tak bertanggungjawab macam papa!




F A M I L Y
"Father And Mother I Love You"

Semua ini dicatat oleh Alisya setiap kali dia merasa sunyi,sudah penuh kotaknya dengan helaian kertas yang mengandungi ayat itu.Aku berharap dengan melakukan semua ini,aku masih lagi boleh menganggap papa tu sebagai ayahku.Aku sangat takut aku akan membencinya.Mungkin satu hari nanti..

*******************************************************************

Macam biasa,setiap tindak tanduk Alisha akan diperhatikan guru disiplin.Bagi Alisha,gurunya tak pernah nak mengerti dirinya.Semua orang dalam dunia ni tak paham dirinya,Cuma Nini saja yang cuba memahaminya dan mama yang sentiasa menemaninya..Cikgu Salmah dan kaunselor-kaunselor sekolah selalu menyalahkan dirinya tanpa menyiasat dahulu perkara sebenar.Tayangan I Not Stupid Too di skrin di hadapannya kini,menggambarkan perasaannya.Alisha pernah meletakkan cd cerita tersebut kat bilik kaunselor tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kawannya sendiri. Mereka hanya menyalahkan kita sedangkan tidak ada orang memberi satu fikiran kepada bagaimana epal reput?.

"Krrinnggg…."bunyi loceng menandakan waktu rehat. Macam biasa Alisha mesti rehat bersama teman-temannya.Suasana di kantin ruih-rendah dengan suara mereka. Maklumlah mereka hanya bertemu masa rehat sahaja.

Hari ini guru-guru ada mesyuarat,pelajar diminta membersihkan dan menceriakan kelas. Anis bersama dua orang lagi pergi mendapatkan kertas bagi menghiasi kelas. Alisha membersihkan papan kenyataan.Kemudian,Alisha duduk berehat.Belakangnya sakit,tapi dia tidak memberitahu sesiapa kerana baginya mereka tidak akan mengerti kerana mereka tidak merasa.Betapa sakitnya.

"Sha,kau nape tak tolong kitaorang hah?kau tu malas betul lah!" kata Anis yang tidak menyenangi Alisha yang tidak buat kerja.

Suka hati kau lah nak kata apa,aku cakap pun,bukan nak caya,nanti kata aku bagi alasan la ape la,lagipun bukannya aku tak buat kerja langsung,tadi aku dah buat,tapi kau takde,kau tak nampak.Ni la masalah manusia ni,baik kita tak pernah nak disebut,tp kecacatan kita walaupun sedikit terus dibesarkan,dihebohkan!Alisha bermain dengan kata-katanya sendiri.Tanpa didengari oleh orang lain.

"Wei,dia sakitlah!biar je la,lagipun dah nak siap ni"jerit Aishah,rakan sekelas Alisha dan juga Anis.

"Ala,sakit sangat kew?tak kan lah nak tolong tampalkan ni tak boleh kot??" kata Anis dengan nada sinis dan memperlekehkan Alisha..

"Dia nak menulis pun sakit,kau nak dia buat kerja yang lebih berat?kau ni ada perasaan tak?kawan kau kan tengah sakit tu!Lagipun dia dah buat kerja tadi,tambah-tambah sume kerja-kerja yang memerlukan sentuhan komputer,sume dia tolong buat,kira adil la,orang lain mana ada nak buat suma tu?Dah la,satu sen pun tak mintak dengan kita!"Marah Aishah yang geram dengan kata-kata Anis yang sememangnya terkenal dengan mulut yang celupar.

Tanpa disedari,Alisha telah mengalirkan air mata,baginya kawannya sendiri mempertikaikan kerjanya dan tidak menunjukkan simpati walaupun sedikit! Alisha memutuskan untuk tidak bertegur sapa dengan Anis,kerana Anis tidak tahu menghargai jasa dan budi orang terhadapnya!

************************************************************************

"Adik tidak boleh diubati dah,saraf belakang adik terlalu kuat regangannya.Mungkin disebabkan retakan yang dialami masa adik jatuh 3 tahun lepas.Maaf. Apa yang saya boleh buat hanya lah bagi ubat untuk menahan sakit sahaja." Kata Doktor Ahmad.

"Terima kasih doktor." Kata Alisha lemah.Alisha tidak memberitahu sesiapa pun apa yang dikatakan oleh doktor,dia mahu kawan-kawannya melayannya seperti biasa,no special serve!Lagipun,dia lebih senang begitu,yang penting dia sekarang nak hargai detik-detik bersama insan tersayang!Kawan-kawannya!

Sepanjang perkenalan Alisha dengan Asyiq,Asyiq menunjukkan keperihatinannya terhadap Alisha. Alisha senang hati dengan hubungan mereka berdua. Tanpa disedari mereka berdua mula saling merindu.Hubungan mereka berdua semakin rapat dan boleh dikatakan diam-diam Alisha telah mula jatuh cinta kembali.Mungkin disebabkan dia terlalu dahagakan kasih sayang seorang lelaki.Maklumlah, kasih sayang seorang ayah telah lama hilang.




"Asyiq,awak ada letak pic saya kat page awak ke?then awak letak nama saya kat tempat teratas dalam top friend list awak?" tanya Alisha setelah mendapati ramai teman-teman myspacenya bertanyakan hubungannya dengan Asyiq. Malah ada orang yang tidak dikenali membencinya gara-gara menyangka dia adalah kekasih hati Asyiq. Alisha tidak menyenangi situasi ini,dia tahu yang Asyiq mempunyai ramai peminat,tetapi bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.Sah!Asyiq ni lelaki yang pandai berkata-kata!

"Alisha,saya mintak maaf tak bagitahu awak awal-awal lagi,tapi boleh kan saya letak pic awak kat page saya kan?" tanya Asyiq penuh makna.

"Erm,terpulanglah.Tapi jangan disebabkan perkara ini kawan-kawan perempuan awak datang maki saya sudahlah." Asyiq masih tidak memahami kata-kata Alisha.Dia gembira kerana Alisha memberi kebenaran untuk meletakan gambarnya.

"Hello,awak ni awek Asyiq jugak kew?"

Terkejut Alisha apabila dia mendapat teks mesej yang tidak dikenali pengirimnya. Dia memberitahu bahawa dia hanyalah kawan kepada Asyiq bukannya kekasih Asyiq. Selepas itu baru lah orang yang menghantar teks mesej itu mula berlemah lembut dengannya dengan memberi beberapa nasihat supaya tidak terpedaya dengan kata-kata manis si Asyiq.

Alisha tidak mengendahkan mesej tersebut,baginya perempuan itu iri hati melihat keakraban mereka berdua.Selain itu,Asyiq telah memberi pesanan sedari awal lagi supaya tidak terpengaruh dengan kata orang lain. Dia meminta Alisha berjanji supaya tidak akan meninggalkannya.

***********************************************************************

"I add my breath to your breath that our days may be long on the Earth. That the days of our people may be long, that we shall be as one person, that we may finish our road together."

Alisha sangat senang dengan luahan hati Asyiq.Asyiq pandai memujuk hati Alisha. Alisha yakin bahawa Asyiq ikhlas dengan nya. Asyiq selalu merendah diri dengannya. Bagi Asyiq,Alisha ni pujaan ramai dan sukar untuk didekati.

"Thanks for the sunshine u have brought into my life,Asyiq Ashraff."

Sesungguhnya Alisha mengakui bahawa Asyiq memang mempunyai kelebihan yang dapat membuatkan mana-mana perempuan yang mengenalinya terpikat dengannya. Asyiq seorang yang pandai berkata-kata dan sangat mengambil berat.Malah dia suka bercerita pasal mamanya.Maklumlah Asyiq anak bongsu.Dia selalu dimanjakan. Disebabkan itu juga Alisha menyukai Asyiq kerana Asyiq suka meminta perhatian darinya.Membuatkan dirinya terasa dihargai.

"You,jom datang TS jap,i nak jumpa u lah…please Alisha. I nk sangat jumpa you". Kebetulan masa tu Alisha tengah shopping dengan Nini kat TS. "Nini,dia nk jumpa aku lah,cmner ni?patut tak aku jumpa dia ea??"

"Eyh,tadi kau kata yang dia tu playboy?bukan ke kau jugak yang baca semua komen-komen dia dalam myspace tu?dah2,xpayah jumpa dia.Ingat tak kita punya ‘PMD!’ ? "Playboy must die" luah Alisha lemah. "Ha tau pun kau!"


"Sha,you datang ke tak ni?" "Jum.kita jumpa kat bwh.tp sekejap je.i ade hal lepas ni."kata Alisha."Hi sha sygg , da lama dah u tunggu I ?" tnya asyiq. Argrhhh!!dia ni mmg pndai berkata-kata. "hurm bru je ni ,its oke la u ." kataku lagi. "Sya,u looks stunning ! u’re so beautiful.i ske mata u ,senyum skit untuk I boleh sygg ?"kata dia. Tanpa mennunggu sesaat pun aku balas ape yg dikatakan " aww such a sweet talker,are u ?" "Temankan I please syaaa .pleaseeeee"rayu mamat tu lagi . "Oh god! I got to go now! Sorry yaa,if god wills it , we’ll meet again !"Dengan pantas aku berlari meninggalka sidia tnpa sebarang kata. Aku harap aku akan berjumpa dia lagi .

"Sori Asyiq,i tak boleh jumpa you lama-lama. You playboy." "Pap!" Jelas kedengaran Asyiq meletak ganggang telefon awam dengan rakusnya. Alisha tahu yang Asyiq seorang yang cepat terasa.Dia menghantar pesanan ringkas memohon maaf.

"Nape ek semua orang cakap i ni playboy?Even u pun sama je cam dieorang. I ingatkan u faham diri i ni. U’re not my Alisha!

" Awak,saya mintak maaf ek.Saya tak suka cara awak layan perempuan lain,melampau tau.Awak macam nk permainkan saya jew.Tolonglah,saya tak nak sakit lagi.I’m ur Alisha forever and ever.I’m sorry.Awak nak marah saya pun marah lah,memang salah saya.Tapi bagi saya awak tetap Asyiq yang saya kenal dari dulu!"

"Sayang,jangan marah.Maybe i layan orang len camtu.U terasa, i mintak maaf kat u sangat-sangat if i buat u terasa.i sayang u! I need u soo much ,to be my Christmas present,not like other present,but more than that i want u to be my heart.Help me to breath and live .Without u,i’m nothing."

Alisha bagaikan terkena pintasan elektrik apabila membaca mesej yang dihantar oleh Asyiq.Hatinya berdebar-debar,perkara yang ditakutinya kembali menyelinap.Tapi dia benar-benar gembira. Dia tidak tahu macamana nak membalas mesej tu. Lagipun Asyiq bukannya melamarnya dirinya,dia menanti-nanti satu ayat daripada asyiq,yang akan memastikan dia menjadi milik Asyiq Ashraff yang benar.Tapi semuanya hampa.Alisha tidak memahami Asyiq,mana taknya selepas je Alisha buat tak tahu apa yang dia cakap,hilang sudah kata manisnya sebaliknya dia ingin berehat.

Alisha ditinggalkan dengan seribu soalan yang tidak berjawab. "Mungkin Asyiq letih kot!"kata Alisha bagi menghalau fikiran-fikiran yang bukan-bukan daripada singgah di mindanya.



**********************************************************************






" Asyiq cintakan Fyka.Just u dear"

Hati Alisha bagaikan dicarik-carik menjadi seribu apabila melihat satu baris ayat yang tertera jelas di paparan skrin komputernya.Tidak dia menyangka kunjungannya untuk menegur Asyiq dalam myspace membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Alangkah terkejutnya dirinya saat itu. Gambar dirinya yang sebelum ini telah digantikan dengan gambar seorang wanita yang sangat bergaya.Kerdil terasa dirinya. Nama ‘Alisha’ di tempat teratas juga telah digantikan dengan ‘Fyka’. Baru saja tiga hari Asyiq mendiamkan diri selepas kejadian malam itu,sekarang dia sudah mempunyai kekasih hati. Tapi apakah makna kata-katanya sebelum ini? Alisya menyedari bahawa dia telah dipermainkan oleh seorang insan bernama lelaki.Tanpa diduga,air matanya yang mahal itu akhirnya gugur jua.

"Hai,congratulations!hope both of u happy together and may God bless u".

Alisha memutuskan untuk mengucapkan tahniah kepada Asyiq.Tanpa diketahui Asyiq, sebernanya Alisha sangat kecewa dengan segala perlakuaannya. Asyiq masih melayan Alisha macam tiada apa yang berlaku.Sesungguhnya Asyiq tidak ubah macam lelaki-lelaki lain.Semuanya sama!Tak punya perasaan!

Asyiq,awak tak ada perasaan ke,dah dah la mainkan perasaan saya,tolonglah,please leave me alone!!. Jerit Alisha dalam hatinya walaupun dia tau yang Asyiq tidak akan pernah dengar jeritannya itu. Kejamnya kau Asyiq, kau yang meminta cinta dariku,dan kau juga yang memulakan semua ini,tapi aku yang merasanya,aku yang merana dan aku yang sakit.Sakit yang akan meninggalkan parut yang dalam.Sebaliknya kau sedang bergembira disisi orang yang tersayang.

"Dunia ini sedang mempermainkan aku,kenapa tak ada sesuatu yang kekal dalam hidupku,semuanya hanya singgah sekejap menumpang dalam kisah hidupku dan kemudiannya meninggalkan tempat persinggahannya setelah menyepahkan segalanya. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan lagi."jerit hati kecil Alisha yang menyesali segala perbuatan manusia yang muncil dalam hidupnya.

"Ya Allah,perkuatkan lah hambaMu ini,berikanlah aku kekuatan,berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.Ya Allah,Kau bantulah aku,jauhi lah dia dari hidupku.Berikanlah aku sedikit kebahagian,berikanlah aku kesempatan untuk merasa." Doa Alisha dalam tangis.

"Miss u sayang!"

Alisha sekali lagi menitiskan air mata apabila membaca mesej yang dihantar oleh Asyiq. Ya tuhan,sesungguhnya aku tidak faham apakah jenis permainan yang sedang dia rancangkan! Dia sudah ada yang punya,tapi apakah tujuannya mengucapkan kata-kata sayang,kata-kata rindu kepada aku?Mungkin aku sekadar mainan dia. Boneca yang penuh dengan cela.Dan aku bahagia dengan cela.

************************************************************************

Alisha kini menguatkan diri dengan mendengar lagu-lagu yang boleh menaikkan semangatnya seperti cela nyanyian boneca,penyanyi dari Indonesia.Lagu ni seperti menyeru Alisha untuk menjadi seorang yang tabah,dan bangun setelah lama menunduk.

"Nini,kau boleh tolong aku tak?" tanya Alisha. "Boleh-boleh,apa dia? "
"Kau tolong tutup myspace aku,then tolong cari new number untuk aku,boleh?"

"Tiada masalah Sha!Dijamin beres!"

Dua bulan telah berlalu tanpa sebarang kaitan dengan Asyiq mahupun teman-teman myspace.Alisha sangat bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang memahami dan sentiasa menyokongnya.Dia cuba untuk melupakan Asyiq,tetapi baginya ada yang hilang sejak dia memutuskan hubungan dengan Asyiq. Dia hanya mengalirkan air mata untuk lelaki itu hanya untuk pertama kali dan terakhir kali.Seterusnya dia menghadapi dengan melangkah ke hadapan.‘We must look forward!’.Pintu hatinya kini betul-betul tertutup untuk mana-mana lelaki.Walaupun begitu,Alisha masih mengharapkan satu penjelasan daripada Asyiq.

"Sha,sampai bila kau nak macam ni?kau tak sayang aku kew? Aku tak suka tengok kau cam ni,macam orang tak betul jew.."

" Erm,ntahlah Nini,aku pun tak tahu la nape kuat sangat penangan si Asyiq ni. Nape ek Ninii?aku ni sering jew dipermainkan orang,aku ni tak layak ke untuk disayangi?Aku tak ada sesiapa pun kat dunia ni…" Alisha mula menitiskan air mata mengenangkan kisah cintanya sementara itu dia terdengar alunan lagu penyanyi muda pujaan ramai Alif Aziz-Sayang-sayang.

Jauh didasar hatiku
Ingin ku teriak
Aku cinta kamu,
Sayang-sayang sayang,
Kamu dah berpunya,
Tertutup sudah bagiku kesempatan.

"Kau silap,kau ada aku taw tak!Sha,jangan lah nangis,bukan kau tu yang tak layak,tetapi mereka tu yang tak tahu menghargai kau,tak tahu menilai mana yang permata mana yang kaca. Kau tu kawan aku yang paling hebat tau,dah-dah,sesiapa yang sia-siakan kau tu,dia yang rugi! Eh,bukan ke air mata kau tu emas kan bagi kau?eee,tak malu nangis!depan aku pulak tu!"

Alisha tersenyum mendengar kata-kata akhir Nini yang cuba memujuknya.Bagi Alisha mungkin semua ini dugaan baginya. Dia akan menghadapi semua ini dengan tabah.Nekadnya!Asyiq Ashraff,kehadiranmu menyakitkan hati dan kadangkala pengubat hati yang sunyi.Cinta bagimu ibarat mainan di bibir.Kau bukan ingin menyintai tetapi sekadar untuk memiliki.Jika suatu hari kau benar-benar sudah jatuh cinta,kau selamilah maksud itu sedalam-dalamnya.Aku harap kau temui jawapannya. Sebelum terlambat,hargailah orang-orang disisimu.Bukan satu hati yang akan terasa,malah tiga hati yang akan terkena tempiasnya.

"Kita selalu mendapat apa yang kita tidak mahu dan seringkali kehilangan apa yang kita ingini" -TAMAT-

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.