Cerpen : Oren

"Adik…sini kejap",
ish tembamnyer budak pompuan ni. anak sapa la ni???Budak pompuan tu berlari terkedek-kedek.Kawan-kawan nyer lain semua memerhati. Semuanyer ter’freeze’ sekejap main gelongsor bila aku memanggil.
"Ye kak?",
penuhnyer pipi dia.Aku memang tak boleh tengok budak yang tembam-tembam ni.Geram!!!!aku cubit pulak la kang pipit tu.
"Tolong akak jap",
"Tolong?", mesti confuse giler budak pompuan ni bile aku mintak tolong kat dia.
"Tolong tolak buaian ni", budak pompuan tembam tu tercengang. Biar betul kakak ni. Dah la dari tadi kakak ni conquer buaian.Tak bangun-bangun. Pastu nak suruh tolak pulak.
"Ala...tolong la dik. Akak teringin nak main buaian ni. Laju-laju sikit ek", budak pompuan yang terkebil-kebil dari tadi bercekak pinggang. Huh...macam aku tak tau. Nak upah la tu. Matanyer mengerling bangla jual aiskrim kat tepi taman permainan. Budak-budak skang ni.kecik-kecik dah main rasuah. tu belum besar lagi tu.
"Yela..akak belanje la aiskrim nanti", bangla ni pun satu. Mentang-mentang kat playground ni ramai budak-budak. Kat situla dia sibuk bunyikan loceng aiskrim dia. Budak pompuan tembam tu tersenyum.
"Ok", segera dia menolak buaian.
"Ish..beratnyer akak ni. Tak larat la", ala harap badan jer besar la budak ni. Aku yang slim ni pun dia tak larat nak tolak.
"Upin, Ipin, meh sini jap.Tolong tolak buaian ni. Nanti kakak ni belanje aiskrim.", ish suka-suka hati je budak pompuan ni. Aku kata aku nak belanje dia sorang jer...Sudahnyer 5 orang budak tolak buaian aku.Fuh seronok....laju siot.Walaupun aku tahu terbangla nanti duit aku sploh hinggit. Ni semua Zaril punyer pasal. Kalau tak sebab dia tak la aku membawa diri nan kecewa nan frust nan putus cinta nan roti nan kat playgorund ni. Ni yang rasa nak nangis ni.
"akak nangis ye?",
ish perasan la pulak budak pompuan tembam ni. Aku berhentikan buaian. Semua budak-budak tu pandang aku.
"akak sedihla. Akak dah putus tunang.", aku kembali monyok.
"hah???putus tunang?ape tu?nak tali tak?ke getah?kite ader.",
ish....budak tak cukup umur ni....
"Bukanle.Ko ni bodohla.Tunang pun tak tahu......",
budak pompuan tembam selambe je kata kawan dia bodoh. Budak botak tu menggaru-garu kepala.Ada kutu ye?
"Kak, tunang tu apa?", ceh...mati-mati aku ingat dia paham.Confident jer budak tembam tu marah kawan dia tadi.
"akak tak jadi kawen la. boyfriend akak dah tak nak kat akak",
"oooooo", ceh cakap boyfriend bahu paham. Nampak sangat dah kena jajah.
"Kenapa dia tak nak kawen ngan akak?", budak botak dah duduk bercangkung kat depan aku.
"Tu la.Dia ingat dia bagus sangat. Akak pun tak nak kawen ngan dia. Dah la tak handsome macam Brad Pitt.Akak boleh cari yang lain la",
aku tiba-tiba bersemangat.
"emm..akak tak payah la sedih-sedih. Jom ikut kitorang main perang-perang nak?",
budak botak mengeluarkan pistol air. Wow..best nie…….
"Ok, Jom"
segera aku bangun dan sudahnyer hampir maghrib baru aku stop main.Siap janji esok nak main lagi tu.

Malam ni aku tak boleh tidur. Teringat cerita petang tadi. Aku kira itulah pertama kali aku lihat wajah Zaril yang kemarahan. Selama ini, nak tinggi suara dengan aku pun tak pernah.Inikan pulak nak mengherdik. Sedih...memang sedih.Memang betulla Zaril dah tak sayang kat aku. Aku kira tahap kesabaran Zaril pada aku dah sampai kemuncak. Aku memang tak layak untuk dia. Semenjak 3 tahun aku berkenalan dengan Zaril, inilah pertama kali aku rasa down sangat.
"Hurin, kenapa dengan kau ni?",
Tasya terkebil-kebil memandang aku. Meen yang dari tadi hanya memerhati duduk di sebelah aku.
"Takde ape-ape la", huk...huk....ni yang sedih balik ni.
"Yela tu. Aku tau ko mesti ader problem ni.Kalau tak takkan la ko tolak mentah-mentah ayam rangka yang aku beli kat pasar malam tadi. Kalau tak tu ko cuma tinggal kan tulang jer kat aku",
huh....sempat minah ni mengutuk aku.
"Sebenarnyer....aku....aku.....", waaa........
"apenyer???Cepatla cakap!", Meen yang dari tadi diam menepuk belakang aku. Adoi...sakitla!
"Aku dah putus tunang dengan Zaril!",
Meen dan Tasya memandang sesama sendiri. Kemudian diorang terus bangun dan duduk di meja makan. Menyambung balik aktiviti diorang yang tengah melahap tadi. Ha??tak nak pujuk aku?
"Weh…korang tak kesian ke kat aku?aku dah putus tunang tahu tak?"
aku tak puas hati sambil bercekak pinggang. Bukan nyer nak pujuk aku. Aku tengah sedih ni.
"Kitorang dah tahu dah. Tadi Syahir yang bagitau aku. Dia kata Zaril dengan kau dah putus",
What???!!Syahir bagitahu Meen?Maknanya Zaril yang bagitahu member kamcing dia…Maknanya lagi memang betulla dia nak putus dengan aku…Sedihnya..
"Kau jugak yang minta putus kan?Bagus jugak tu. Takder la lagi kitorang dengar ko membebel setiap hari. Gaduh dengan Zaril la.Zaril macam tu la.Zaril macam ni la.Kan aman hidup ko sikit. Kitorang pun aman gak",
Suka hati je Tasya ni. aku yang mintak putus ek?Jap...jap...aku flashback balik...

Dah berhari-hari aku angin jer dengan Zaril. Mana taknyer, dia selalu busy dengan kerjanya. Asal hujung minggu jer outstation. Tak der masa langsung untuk aku. Tahula company tu bapak dia punyer. Kalau nak tunjuk bagus sangat pun tak payah la sampai ketepikan tunang sendiri. Yang aku tambah sakit hati lagi, Suzana PA dia tu asyik mengekor je kemana-mana dia pergi. Macam aku tak tahu gaya, lenggok, bahasa badan Suzana. Nampak sangat ada hati dengan Zaril. Kalau korang jadi aku, korang tahan ke menengoknyer????Sakit bijik mata aku ni. Aku rindukan Zaril yang dulu. Zaril yang selalu ader masa dengan aku. Yang boleh buat aku ketawa time aku tension giler dengan bos aku Mr. Kemek. Yang boleh buat aku bahagia bile dia tiba-tiba jer surprisekan aku. Tapi Zaril yang tu dah tak ada. Lenyap bersama dengan kemunculan Syaza, bekas kekasih Zaril. Terserempak Syaza di Pavillion membuat jantung aku berdegup laju. Rupa-rupanya company tempat Syaza bekerja merupakan vendor company Zaril. Dan yang buat aku tambah tak keruan, Syaza selalu berulang-alik bertemu Zaril dengan alasan urusan kerja. Semenjak kehadiran Syaza dalam hubungan kami, aku nampak Zaril semakin berubah. Dia selalu tak ceria bersama aku. Kalau dulu, dia selalu mengatakan aku saja yang boleh buat dia ceria dan lupakan masalahnyer. Tapi sekarang? Sehinggalah pagi tadi aku pergi bertemu Zaril. Sakit hati aku melihat Syaza menempel kat sebelah dia. Siap ketawa-ketawa lagi.
"Eh Hurin…Surprisenya. Zaril tak beritahu pulak you nak datang",
Syaza tersenyum ramah. Ape?Ingat cun ke?Dia tak nampak muka aku dah kelat macam peria ni?
"If u mind, boleh tak you tinggalkan I dengan Zaril sekejap.Ada hal private yang I nak bincang",
aku menjeling Zaril. Zaril hanya memandang aku tanpa berkata sepatah pun.
"But Hurin. We need to discuss as soon as possible. I’m sorry Hurin. Boleh tak you bincang after office hour?",
Discuss apenyer?Dari tadi aku tengok cuma nak merenyam je.Syaza memandang Zaril. Geramnyer aku.
"Hurin, kita jumpa lepas office hour nanti",
Zaril tenang bersuara. Dengan kata-kata Zaril itu, nampak sangat dia nak menghalau aku keluar. Alamak…apesal pulak aku rase mata aku ni berair??Ish...
"Saya tak nak. Saya nak jumpa awak sekarang juga",
aku semakin degil.
"Hurin, boleh tak jangan jadi budak-budak. Buang sekejap childish tu. Saya betul-betul ada urusan sekarang",
Zaril memandang tajam padaku. Syaza masih tersenyum-senyum.
"Well Hurin, takkan you jeles I dengan Zaril kot?",
minah ni sengaja jer nak tambah bara kat aku.
"Yes...memang i jeles. So boleh tak you keluar berambus sekarang?",
dah tak tapis-tapis dah.
"Hurin!", suara Zaril mula meninggi.
Syaza menghampiri aku sambil membisikkan sesuatu.
"I akan rampas semula dia dari you.U know what?He’s still love me",
kata-kata itu cukup jelas hanya di pendengaran aku dan Syaza. Muka aku saat ni memang dah merah padam. Ikutkan hati memang aku nak gulai aje minah ni. Namun akal jahat aku memang cepat datang. Rasakan kau.
"Aduh..!!!!",
kulihat Syaza dah jatuh tertiarap di atas lantai. Kau ingat kau cari gaduh dengan siapa ha??Ini Hurin Ain Syazwin tau. Sengaja aku menghulur kaki menyekat laluannya. Kasut tumit tinggi 4 inci setengah tu pasti tak tak dapat bertahan. Dan akhirnya, ada nangka busuk jatuh tersembam.
"Syaza!",
Zaril segera menghampiri. Ceh..sempat lagi nak pergi selamatkan. Tapi sayang. Aku tengok hidung dia dah berdarah. Ish...darah...
"Apa awak buat ni Hurin?", mata Zaril mencerlun marah. Uwek....padan muka.
"She deserve it."
selamba aku menuturkannya. Pantas Zaril memanggil Suzana membantu. Syaza dibawa ke pantry.
"And you little girl, come with me", Zafril memberi arahan.

Aku duduk menghadap Zaril. Memikirkan Zaril yang tengah berangin sekarang, aku jadi tak tentu arah. Nak buat apa ye?Tiba-tiba aku rase bilik Zaril ni kelam semacam jer.
"Now, I need your explanation. What’s this for?",
"Kan saya dah kata, memang padan muka dia. Takkan awak kesian kat dia kot?", Zaril mengeluh seketika.
"Apa yang penting sangat sampai tak sempat nak tunggu lepas office hour?",
aku mengangkat muka. Zaril langsung tak pandang muka aku. Rileks Hurin...Jangan sedih.
"Macam la lepas office nanti awak ada masa untuk saya." aku dah sebak.
"Saya tak tahu nak buat macam mana bagi awak faham...ish...saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi dengan awak ni.",
Zaril mendengus.
"Kenapa?Awak dah tak suka saya? Cakap je la. Tak payah nak selindung.",
Zaril menatap aku tajam.
"Apa yang awak maksudkan ni?",
"Saya dah tak tahan dah bersama dengan awak. Kalau awak dah kemaruk sangat dengan Syaza tu, pergi la kat dia. Buat apa bertunang dengan saya?",
dengan beraninya aku cakap even dalam hati aku hanya Allah je yang tahu.
"Lagipun, saya rasa saya dah tak ada perasaan kat awak. awak buat saya macam tunggul kayu tahu. Saya rasa lebih baik kita….",
aku memandang cincin di jari.
"Nah…saya nak putus!",
aku sebenarnyer nak letak atas meja tapi cincin tu bergolek jatuh ke lantai.. Oppss….ter….la….muka Zaril merah padam.
"Awak nak putus?Okey fine.",
Zaril mengutip cincin di lantai.
"Now kita dah tak ada apa-apa",
serentak itu Zaril membuka tingkap mencampakkan cincin ke bawah. Maka berakhirlah drama sebabak dengan cincin tunang aku melayang jatuh dari bangunan setinggi 31 tingkat ini dengan endingnya aku melangkah longlai keluar dari pejabat Zaril.

"Hoi…sempat berangan lagi tu",
hah???ha’a la memang aku mintak putus tapi Zaril pun iakan je..Tak bantah. Aku memandang Tasya dan Meen yang sedap makan ayam rangka.
"Syok berlakon drama siang tadi?", Tasya tersengih memandang aku.
"Huh..baru berdarah sikit nak kecoh.", aku mencebik.
"Tu la pasal. Syahir terkejut si Hurin ni berani buat macam tu. Aku kate kat dia tu kira oraitla…Kalu ikut kepala tanduk dia ni, lagi teruk si Syaza tu. Setakat yang tu biasa-biasa je", huh...sedapnyer mengata aku.
"Meh, nak sikit", aku mencampai ayam rangka di dalam pinggan.
"Weh..bukan ko tengah frust ke?Orang frust mana lalu makan",
"Huh…tu orang lain.",
baik aku layan ayam rangka ni.

Hari ni genap 2 minggu aku putus tunang dengan Zaril. Aku tak bagitahu pun mama dan papa lagi. Macam mana nak bagitahu ye? Ape kata aku bagitahu pada Along je dulu? eh...tak nak la...Entah-entah mama dan papa dah tahu. Zaril pun mesti dah bagitahu umi dengan abah dia. Buat bodoh je boleh tak? Deringan hp mengejutkan aku. Alamak..mama....
"Hello my princess", suara mama di hujung talian membuat aku rindu. Dah lama tak jenguk mama. Yela, mama baru je balik melawat angah dan kakngah di US. Hampir 2 minggu mama dan papa pergi.
"Mama, Hurin rindu mama", aku jadi syahdu sekejap.
"Hurin..kenapa ni sayang?", dan aku akhirnya menangis tak henti-henti di telefon.

"Mama, siapa nak datang ni? Banyaknya makanan",
aku melihat makanan yang terhidang di atas meja. Emmm.sedapnya.
"Bakal family Hurin la. Dah lama mama tak sembang dengan Umi Zaril.Lagipun umi ada pesan barang dengan mama di US",
mama lincah mengelap pinggan. Aku tercengang. Sebenarnya mama dan papa tak tahu aku dah putus tunang dengan Zaril. Semalam semasa mama tanya kenapa aku menangis aku hanya cakap aku rindukan dia. So mama tak tanya apa-apa lagi la. Sebabyer dulu pun aku pernah meraung bila mama dan papa tinggalkan aku pergi honeymoon kali keberapa entah. Sudahnya dari seminggu hanya 2 hari je mama dan papa pergi. Itupun masa banyak dihabiskan dalam flight. Perjalanan pergi dan balik. Papa kata nasib dia la dapat anak manja macam aku. Tak dapat nak bermanja dengan isteri kesayangan dia.
"Hah..tu pun mereka dah sampai",
Jantung aku berdegup laju. Melihat umi dan abah Zaril aku segera bersalam dengan mereka.
"Hurin, kenapa dah lama tak datang rumah?Rindu betul umi pada Hurin",
Umi mencium dahiku. Alahai...sedihnyer...Umi tak tahu ke anak umi tu dah tak hingin dengan anak dara depan umi ni? Melihat Zaril di belakang umi, aku tertunduk.
"Eh Hurin ni kenapa senyap je?Selalunyer kalau Zaril datang dah tak sempat-sempat dah. Papa nak borak dengan Zaril pun Hurin tak bagi chance.",
semua ketawa mendengar usikan papa. Muka aku merah menahan malu. Aku menjeling Zaril. Dia hanya tersenyum. Dia tak bagitahu umi dengan abah dia ke dia dah putus dengan aku?

Selesai menjamu selera papa dan abah Zaril terus menuju ke ruang tamu. Mama dan Umi dah hilang. Mesti mama tak sabar nak tunjuk barang yang dia beli di US. Aku???hanya terkebil-kebil di meja makan. Selalunya dulu kalau Zaril datang, pasti aku dah tarik tangannya melihat kucing-kucing comel kesayangan aku pot-pot dengan not-not. Sambil tu mulut aku pasti becok bercerita aktiviti aku. Zaril hanya menjadi pendengar setia.
"Hurin, boleh kita berbual sekejap?",
melihat Zaril di belakang, nafasku kembali tak normal. Nak bincang? Bincang apa lagi? Aku melangkah menuju ke tepi kolam renang. Zaril mengikut di belakang.
"Ish...lama kita tak jumpa. Dah hampir 2 minggu kan?Tak rindu kat saya ke?", ish...soalan apa ni?Mamat ni dah hilang ingatan ke?
"Buat apa nak rindu kat awak?",
itu jawapan yang terkeluar dari mulut aku even dalam hati aku ni beria-ia nak cakap aku memang rindu kat dia. Kalau tidak, tak la aku mengigau sambil berjalan masuk bilik Meen pastu peluk dia. Meen kata nasib baik dia tak ada sakit jantung. Kalu tak maunya dia dah arwah dek kerana terkejut tengok ader lembaga peluk dia. Tapi kira ganas la jugak Meen sebab dahi aku lebam kena siku dengan dia.Nasib baik dia tak terajang.
"Bagusla kalau macam tu.Tentang kita, saya dah beritahu umi dan abah saya. Mereka kata terpulang pada saya nak buat keputusan apa",
oh...dia dah bagitahu umi dan abah dia. Aku?Nampak sangat dia memang dah tak sayang aku.Kedatangan mereka ni pun agaknya nak memutuskan secara adat. Aku sedih sendiri. Aku berlari naik ke bilik aku. Rasanya aku tak dapat bertahan kalau aku pandang muka dia.

"Anak mama ni kenapa?", mama mengusap kepalaku. Lagila air mata aku ni macam air hujan.
"Zaril ma...Kami dah putus", mama hanya tersenyum.
"Sebab ni la anak mama ni murung je. Lepas tu asyik menangis je ye. Zaril beritahu mama, Hurin yang minta putuskan",
Ha???mama dah tahu?aku memandang muka mama. Mama hanya menangguk.
" Zaril dah beritahu mama. Mereka datang tadi nak selesaikan masalah la",
aku kembali menangis. Betulla tu. Nak putus kan pertunangan secara beradat.
"Hurin dah tak sayang Zaril ke?",
aku terdiam seketika.
"Hurin sayang dia mama. Tapi dia yang dah tak suka Hurin. Yela Hurin ni kan macam budak-budak. Mana padan dengan dia. Hurin ni agaknya selalu merimaskan dia. Selalu ganggu dia buat kerja.", mama kembali tersenyum.Ish...mama ni boleh senyum lagi.
"Anak mama ni kan comel. Pandai ambil hati. Apa kata Hurin tawan balik hati Zaril?",
"Macam mana?", aku kembali bersemangat.
"Hai, Hurin kan panjang akal", mama mengenyit mata.


Esoknya, aku dah terpacak di depan bangunan pejabat Zaril.Langkah pertama, nak ajak pergi breakfast sama.
"Hai",
aku menyapa Zaril yang segak memakai kot dan briefcase di tangan. Agak terkejut dengan kehadiran aku, Zaril memandang aku lama.
"Awak dah breakfast? Saya belum lagi. Jom",
aku tanya soalan, aku jawab pastu aku ajak dengan tak malunyer. Zaril hanya mengangguk dan memberi isyarat untuk masuk ke biliknya sebentar. Aku tersenyum. Yes!Jadi!
Sepanjang breakfast puas aku memikirkan apa yang perlu aku bualkan dengan dia. Nak tanya apa ye? Tahu-tahu dia dah habis makan.
"Ok Hurin. saya ada mesyuarat pukul 10. saya naik ofis dulu",
aku tak sempat nak cakap apa-apa nampaknya. Tak kira...
"Eh...nanti dulu. Hurin ada sesuatu nak cakap",
aku memberanikan diri memandang mukanya. Alamak...
"Er....er..Hurin...Hurin nak minta maaf. Hurin tahu Hurin salah. Hurin bersikap macam budak-budak.Tak matang langsung. Tak pernah nak faham awak. Asyik awak je nak faham Hurin. Lepas tu Hurin asyik merungut je kata awak tak ada masa dengan Hurin. Hurin janji lepas ni Hurin berubah. Hurin tak degil lagi. Lepas tu Hurin tak merungut dah. Kalau Hurin boring sangat pun, Hurin pergila mana-mana nanti sorang-sorang. Lepas tu Hurin takkan jeles-jeles lagi. Asalkan awak maafkan Hurin.."
"Sorry Hurin. I’m late now. Nanti kita sambung lagi",
Zaril terus beredar.Sah!Dia memang dah tak suka aku. Aku dah separuh merayu pun dia buat derk jer. Walaupun apa yang aku cakap tu tak semestinya betul...wa....wa....wa....Aku melangkah longlai. Tiba-tiba aku teringat tentang cincin tunang aku. Melihat ke atas, pejabat Zaril mengadap ke sini. Maknanya cincin tu mesti jatuh di sekitar kawasan ni. Aku melihat ke bawah. Cincin aku ada lagi ke?Puas aku mencari tapi masih tak jumpa. Pak guard bangunan tu pun aku kerah cari cincin. Tanpa sedar, aku macam nampak sebuah kereta laju menghampiri aku. Aduh...kuatnyer bunyi hon.Kenapa kaki aku tak gerak??

"Hurin...", suara sayup mama kedengaran di telingaku.
"Mama", terasa kepala aku sakit sangat. Aku kat mana ni?Huh...bau ubat.
"Syukur Hurin dah sedar",
melihat wajah-wajah di samping aku membuat aku ceria semula. Zaril pun ada. Nanti!Apa dah jadi dengan aku sebenarnya?
"Hurin ni buat orang risau tahu. Nasib baik tak apa-apa. Cuma pengsan jer. Kepala berdarah sikit terhantuk. Ape yang Hurin buat kat tengah jalan tu?",
Along bercekak pinggang. Oh ye..baru aku teringat. Aku cari cincin. Lepas tu aku tak sedar ada kereta datang laju.
"Hurin....er...er...."aku pandang muka Zaril.
"Jomlah kita keluar dulu. Hah Zaril selesaikan masalah kamu berdua secepat mungkin.Takut ada apa-apa lagi jadi lepas ni",
mama, papa, Umi dan abah Zaril, along semuanya keluar dari bilik. Hanya Zaril yang masih merenung aku. Aku gelisah sendiri.
"Hurin...Hurin...",
Zaril akhirnya bersuara. Hanya menyebut namaku.
"Kenapa nak bahayakan diri sampai macam ni sekali?Hurin ingat Hurin boleh jumpa ke cincin tu?"
eh...mana dia boleh tahu? dia boleh scan otak aku ke?
"Kenapa awak datang?Kita kan dah tak ada apa-apa",
aku sebak.Zaril menghampiri aku. Terasa nak bangun melarikan diri dari Zaril.
"eh, nak kemana ni?", Dia memegang lenganku.
"Tepila..nak keluar", aku menepis tangannya.
"Jangan nak degil-degil lagi Hurin. Bukan ke Hurin cakap tak nak degil-degil lagi?",
aku ade cakap ke?ha a la…ader.
"Hurin, Zaril tak tahu sejak bila kita jadi macam ni.Zaril minta maaf sayang",
kata-kata Zaril membuat airmata aku menitis dengan laju. Rasa nak mengadu pada dia. yang aku sedih sangat.Aku terasa dia tak hiraukan aku.lantas dia memelukku. Apa lagi...lagi kuat la aku meraung.
"Hurin hanya perlu tahu hanya Hurin dalam hati Zaril.Tak ada sesiapa lagi.",
aku terasa bersalah sangat. Aku selalu ikutkan perasaan. Sebenarnya, aku sendiri tak tahu aku marah Zaril sebab apa?Dia tak ada masa dengan aku? Jawapannya awal-awal lagi aku dah tahu dia sibuk dengan projek kat Shah Alam tu 2 minggu tu. Tapi dia still hantar coklat dan sms aku tiap-tiap malam. Aku cemburu? huh…tak ada maknanya.Lagi apa?Oh ye…ada sesuatu.
"Jangan sesekali tanggalkan cincin ni lagi sayang", Zaril menyarungkan cincin ke jariku. Hah???tak Hilang?Aku memandang Zaril. dia tersenyum.
"Mana ada Zaril buang la.", dia ketawa.
"Pasal Syaza, Hurin minta maaf ye",
aku kembali teringat tentang Syaza. Zaril ketawa lepas.
"Kenapa?",
"Lepas Hurin pergi, Syaza menyesal gila. Sebenarnya dia saja nak kacau Hurin. Dia tak sangka pulak yang sebenarnya Hurin tengah merajuk dengan Zaril masa tu. Kesian dia tau. Berdarah hidung dia Hurin buat. Nasib baik tak teruk. Kalau tak, tak tahu la apa Zaril nak jawab dengan Riduan",
Riduan?Syaza dengan Riduan?Zaril mengangguk. Huh...buang karen aku jeles.
"Awak…", aku merenung cincin tunangku.
"Saya sayang awak sangat-sangat", aku tersenyum nakal. Zaril mengangkat kening.
"By the way sayang, I do love u too but….pasal perkara yang kita bincang dulu tu…..",
Zaril tersenyum nakal.
"I’m still with my decision. I can’t sayang", aku mencebik. Alah…….


"Hah?Dah habis telenovela ko?",
Meen dan Tasya membaling bantal pada aku. Sakit la. Aku tersenyum-senyum.
"Tahula dah baik dengan buah hati tersayang",
"Huh...korang bukan nak pujuk aku time aku frust.",
"Buang lemak je pujuk ko tau tak?Baik aku jadi informer Zaril.Sekurang-kurangnya dapat makan free",
Tasya dan Meen tergelak.
"Oh...korang ni mata-mata gelap Zaril la?",
"Ha..a...Ye la orang tu. Ader ke frust pergi main tembak-tembak dengan budak-budak kat taman sana.hahahaahahahaha",
Tasya dan Meen sakan menggelakkan aku.
"weh..mana korang tahu ha?",
seingat aku, aku tak citer lak aku jumpe member baru geng tom tom bak tu hari tu.
"Zaril tak cerita kat ko ke??Dia ikut ko dari belakang hari tu?Kelakarnyer oi."ceh...dia ikut aku...Malunyer...tapi takperla...
"Korang gak yang bagitahu Zaril aku cari cincin ke?Eh..bila masa aku bagitahu korang kan?", aku menggaru-garu kepala.
"Bukanla...Ko tak ingat ko kerah pak guard indon tu cari cincin tu jugak. Tergagap-gagap pak indon tu nak terangkan kat Zaril bila Zaril tanya tahu", hehehe…baru aku teringat.
"Tapi kan Hurin, Ape yang buat ko merajuk sangat dengan Zaril tu?",
aku mengangkat-angkat kening.
"Hehehe...aku cakap kat Zaril nanti baju kawin kami kaler oren terang. Dia mati-mati tak nak",
Meen dan Tasya tercengang.
"Kalau aku jadi Zaril gerenti......"
"Gerenti apa?"aku kehairanan.
"Putus tunang!"serentak Meen dan Tasya bersuara.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.