Cerpen : Siapa Di Hati

"kak Yasmin, Mak Uda suruh balik" panggil Nadirah dari tebing sungai. "alamak, kacau ah. Tengok burung tu dah lari" rungutku geram melihat burung yang ingin kulastik terbang gara-gara suara Nadhirah. Aku pandang Nadhirah, sepupuku yang asyik tersenyum. "mak kau srh balik tu. Nanti mengamuk plk mak kau. Tak pasal-pasal kau kena kurung" ujar Rizal. Kawan baikku. "jom la Kak kita balik" panggil Nadhirah lagi apabila aku masih terpaku di dalam air. "yelah...yelah." dengan langkah longlai aku menghampiri Nadhirah. "biar abg yang hantar Irah pulang ye" ujar Rizal dibelakangku. "kau tak reti nak balik ke? Nak hntr2 plk. Aku kan ada"balasku. "Biarlah kak. Apa salahnya" pujuk Nadhirah lembut. Aku jeling Rizal yang tersengih macam kerang busuk. Sukalah tu ada orang bela. "suka hati kau la"aku pantas berjalan mendahului Rizal dan Nadhirah. Malas nak tgk org buat filem free. Aku tahu Rizal suka pada Nadhirah. Nadhirah juga begitu. Mama Nadhirah, mak su ku meninggalkan Nadhirah kpd mak kerana ingin keluar Negara menyambung pelajarannya. Suaminya dah 5 tahun meninggal akibat kemalangan. Jadi Nadhirah akan tinggal dgn familyku sampai mama dia balik la. Ah, tak suka btol. Sejak Nadhirah tinggal dirumahku setahun yang lalu, Rizal sudah banyak berubah. Dia begitu jarang menemaniku sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama Nadhirah. Aku dan rizal sudah lama berkawan. Sejak kami kecil lagi hingga kini hampir 17 tahun. Mak pun macam tu. Asyik nak bandingkan aku dengan Nadhirah. Aku tahu la Nadhirah tu mmg seperti prmpn melayu terakhir. Betapa aku rasa tersisih.

Tu cerita 5 tahun lepas. Sethn aku nak Rizal terpisah. Kami menyambung bljr ke matrikulasi. Aku jauh di kedah manakala Rizal di Pahang. Tapi aku bersyukur kerana kami dapat bersama kembali di UKM. Dah hampir 4 tahun, Aku dan Rizal sambung belajar ke universiti yang sama. Dah rezeki kami di tempt yg sama. Walaupun dalam bidang yang berlainan. Dia dalam bidang engineering aku pulak lebih berminat menjadi arkitek. Hubungan kami kembali erat sewaktu di sini. Maklumlah Nadhirah masih bersekolah waktu kami masuk ke sini. Sekarang dia sdg tnggu panggiln universiti slps STPM. Hatiku kembali girang dapat bersama-sama Rizal. Semua orang tahu aku dan Rizal sahabat baik. Tapi satu perangai Rizal yang tidak aku gemari, playboy. Bila ada masalah dgn prmpn2 yang di dmpingi, aku lah yang jadi mangsa kena tlg settle kan. Kadang2 nak je aku maki hamun perempuan2 bodoh tu. Dah tahu Rizal tu playboy buat apa nak kejar jgk. Tak tahu la apa nk jadi dengan prmpn2 skrg. Nak ckp bodoh, diorg bdk u. Alamak, aku pun prmpn pe?? Tapi aku taklah mcm diorg. Tergedik2. Aku bleh dikategorikan sebagai prmpn lasak. Sebab adik beradik aku semua lelaki. Mak pun dah pening dengan aku yang prngi mengalahkan bdk lelaki. Nasib baik ayah aku ok. Hahaha. Aku lagi suka join bdk lelaki pnya aktiviti drp berpersatuaan dan bergsp2. Tak suka, akak.huhu. eh, ni dah masuk bab lain ni. Kita sambung balik cerita tadi. Pokoknya apa2 aktviti yg best2, cth cm daki gunung ke, perkhemahan ke, mnggu orientasi dan lain-lain yg di anjrkan oleh university, aku dan rizal tak pernah miss. Kalau dia jadi ketua pasukan aku jadi penolongnya, klu dia Ajk, aku pun ajk. Tak bleh nak cakap pe la. Mmg kitorg mcm kmbr. Apa yang Rizal suka samalah dgn apa yang aku suka. Sampaikan suatu hari tu, kami bergaduh besar krn berebutkan sehelai t-shirt yang dah lama kami idamkan. Akhirnya aku yang mengalah. Siap aku pujuk lagi si Rizal tu. Punyalah sensitive mengalahkan aku. Mmg klakar kalau diingatkan balik.
Hari ini pengambilan pelajar baru. Kira nak dapat junior baru la. Jadi aku, rizal and the geng trn pdng untk jd fasilitator. Mklm la, kami ni kira senior yg top kt sini. "kak Yasmin!" aku berpaling. Parah aku kali ni. Kakiku bgi dipaku melihat Nadhirah yg berjalan laju merapati ku. "kau buat apa kat sini?" soalku. "Irah dah jadi student kat sinilah. Mak Uda tak bagitahu akak ke?" aku terdiam. Mmg mak ada bagitahuku beberapa minggu lalu tapi waktu tu aku x ambl ksh apa yang mak cakap sbb aku tgh buzy. Oh, no!!. Dalam banyak-banyak U nape la bdk sopan ni plh U aku gak. " abg Rizal mana?" soal Nadhirah. Aku pandang Nadhirah. Amboi, datang2 je tanya pasl Rizal. Gatal btl bdk ni. Bknnya nak Tanya akak sepupu dia ni sihat ke tak. "datang ngn sape?" soalku mengalih tajuk. "ngan mama, mak uda and abg Yazir. Diorg kat sana tu" Nadhirah menuding jari kearah sudut kanan dewan. "ayah tak datang?"soalku. "pak uda tak dapat ikut. Ada hal katanya" balas Nadhirah. Kulihat abgku sedang melambai2 tgnnya kpdku. "Min, jom g...." kata2 rizal terhenti apabila nadhirah yang membelakanginya berpaling. "abg Riz, how are you?" soal Nadhirah menghadiahkan senyuman yang paling menawan. "fine. Irah dah daftar? Sori la abg lupa nak tunggu." Ujar Rizal. Tgn miangnya mula menyentuh tgn Nadhirah. " woi zal, syuib panggil tu" ujarku. "nanti kita sambung lagi. K. Abg de keje ckt. Bye" aku langsng tdk mempedulikan Nadhirah yang terkulat-kulat di situ memandang Rizal yang berlalu.

Lps hari tu, bermulalah kisah sedih aku sebagi seorg teman yang terpinggir. Rizal benar-benar setia kali ni. Bkn sperti dahulu. Sebulan 2 couple pastu putus. Dah hampr 5 bln dia couple ngn Nadhirah. Sampaikan masa kitorg untuk bersama pun dah tak ada. Setiap kali ada aktiviti mesti Nadhirah join. Aku tension. Kenapa la Rizal tak faham-faham prsaan yg terbuku di hatiku. Setiap kali ada masalah dengan nadhirah, akulah org yang akan dia cari. Tapi klu time happy, aku melintas pun dia tak sedar. "Min.."aku dengar namaku dipanggil. Tak perlu aku berpaling. Suara tu sudah sebati dengan telingaku. Lagipun hanya dia dan family aku je yang panggil aku MIN. Semua orang panggil aku KHAI. Sebab nama panjang aku NUR YASMIN KHAIRIAH. "apa hal. Kau gaduh ngn Irah lagi?"soalku. langsung tidak berganjak dari anak tangga yang menjadi tmpat dudukku. "wei, apasal ni?" Rizal duduk disebelahku. Aku diam. Tak ada mood. "aku cari kau tadi. Tapi diorg ckp kau tak de. Kau ada mslh ke?" soal Rizal. "ada apahal kau cari aku? Tak kluar ngn Irah malam ni?" soalannya ku bals dgn soalan. "saje. Dah lama tak sembang ngn kau. Takkan aku nak berkepit 24 jam ngn Irah. Bosan ah" selamba je dia ckp. "sjk bila dah mula bosan ni?"soalku lagi. "i miss u so much"aku terkedu mendengar kata2 Rizal. Tgnnya memaut bahuku. Aku memandangnya hairan. "knp? Salah ke aku ckp camtu" wajahnya berkerut melihat reaksiku. Aku tolak tgnnya yang melekap di bahu. Aku tdk suka dia berkata begitu krna hatiku tdkkan kuat lagi menahan egoku. Ingin saja aku luahkan rasa syg ini padanya. "aku ada hal" pantas aku bangun. Wajah terkejut Rizal tidak ku pandang. Langkah ku terhnti bila tgn Rizal mengcengkam tgnku. "kau ni knp? Asyk nak mengelak dari aku je" ku pandang wajah Rizal. "lpslah" aku cuba meleraikan pegangannya. Namun dia makin erat memegang tgnku. "sapa yg mengelak siapa? Kau yang dah tak ada masa kan. Sibuk dgn Irah. Irah nak tu, irah nak ni" tanpa sedar marah dan geram ku hamburkan. Rizal ketawa kecil. "kau cemburu?" soalnya. Cemburukah aku???. "as a friend, yes!. Aku cemburu. Kita dah tak macam dulu lagi."ujarku sambil menarik tgnku dari pegangan kejabnya. "aku minta maaf, k. Duduk la dulu. Aku ada hal nak cakap dgn kau" mahu tak mahu aku duduk jua. Enth knp hatiku cair mendgr suara lembutnya. "mama Irah srh kitorg bertunang" bagai petir menyambar tubuhku. Sakitnya tidak terkira. "kau mcm mne?" soalku bgitu prlhn. Hmpr tdk kluar kata2 itu. "aku dah cakap kat mak aku kat kmpng. Aq srh dia pergi pinang Irah. Mak aq srh tunggu hbs sydy and then bru dia akan g pinang Irah. Ktorg dah bncng. Insyaallah 3 bulan lagi ktorg tunang" ujar Rizal tersenyum senang. Mmg patut pun klu mak usu srh tunang. Duk heret anak dara orang ke hulu ke hilar tak kira siang malam. Bimbang nanti terbabas. Mukaku berubah mendung. Rizal lngsng tdk mengesan prbhn wajahku. "kau dah tak nak smbg bljr?" aku cuba mencari harapan. "aku nak kerja pas ni. Ckp la smpi ijazah dulu. Nanti klu aku rsa nk bt master, aku bt la. " Rizal Nampak begitu gembira. "tahniah."ucapku perlahan. "thanks, min"ku rasa tanganku di sentuh lembut. Airmataku mula bertakung. Nasib baik tmpt itu agak gelap. "aku kena pergi, ada discussion dgn munirah"aku bangun dan terus melangkh pergi.

Lps kami dapat segulung ijazah, Rizal awal2 lagi dah di sambar Petronas. Dia sekarang bertugas sebagai jurutera di Petronas. Tapi bru lagi bertugas. Tak sampai sebulan pun dan hari ni Nadhirah nampak cantik dengan kebaya moden warna hijau muda dan bertudung warna senada. Wajahnya ayu. Kerana hari ini hari pertunangan Rizal dan Nadhirah. "tahniah Irah"ucapku. "terima kasih Kak Yasmin." Dia balas senyumku. "kak!" pnggil Nadhirah. "bleh irah tanya sesuatu?"soal Nadhirah. Tgnku ditarik. Aku duduk dibirai katil bersamanya. "apa dia?"soalku. "akak dgn Abg Riz tak ada apa2 kan?" aku tersentap. "maksud Irah?" aku ingin dia jlskan. "Irah rasa akak fhm apa yg irah maksdkan." Aik, dia nak main teka-teki ke. "apa yang Irah lihat, macam tulah"aku berbunga kata. Aku sendiri tdk dapat menafsirkan hubungan kami. "akak keluar dulu. Nak gi tlg apa2 yg perlu."ucapku seraya meninggalkan Nadhirah sendirian di kamarnya. Majlis pertunangan diadakan secara sederhana saja. Hanya sanak-saudara yang dijemput. Aku menjengah keluar tingkap rumahku. Saudara-mara sibuk ke sana kemari. Knplah majlis ni bt kat rmh aku? Dah la guna bilik aku. Gomelku. Memang aku tak puas hati bila mak kata Nadhirah nak bt majlis kat kampong. Maklum lah kat Kl dia tiada sesiapa. Semua sanak-saudara di sini. Lagipun mdh bagi pihak pengantin lelaki. Sebelah rumah je. Jimat petrol. Tulah yg mak bagitahu aku. Ayah pun sokong. Katanya dah lama tak bt majlis. Aku melangkah turun ke halaman rmh. Ku atur kemas langkahku. Maklumlah hari ni aku pakai baju kurung bkn lagi sluar jeans yg agk lusuh dgn t-shirt. Aku btl2kan meja yang bersusun di halaman rumahku yang luas. Ku hampar alas meja bewarna putih. ‘moga berbahagia, rizal’ bisik hatiku sayu. "Min" ada suara berbisik lmbt ditelingaku. Hampir melompat aku. Nasib baik aku tak buka silat gayung. Kalau tak dah lama mamat ni terpelenting. "ko nangis ea?"ish, knp la dia dtg time2 ni. "mne da. Kau bt pe kat sni? Dah tak sabr??"soalku. "aku nak ckp smthing ni. Jom g sne" Rizal tarik tgnku melintasi pagar rumah. Sudut yang agak terlindung. Pokok bunga mak yang menjalar dah tutup jaringan pagar. Apa mamat ni nak. Aku resah menanti bicara Rizal. "knp nangis?" soalnya. "mana de. Mata msk habuk tadi"aku sapu mataku. Berpura-pura seolah2 mataku memang dimasuki habuk. "jgn tipu aku. Kita dah lama kawan"suara itu biasa membuat aku tak keruan. "kalau tak de apa2 aku nak msk. Kau pun g la blk. Nanti mak kau cari."aku berpaling utk pergi. Jantngku seolah2 mahu gugur apabila Rizal dengan beraninya memeluk bahuku dari belakang. Tdk prnh dia berkelakuan begitu. "apa kau bt ni"aku cuba melepaskan diri. "syuuhh" dia srh aku diam. "skjb je"aku tak bleh trs mcm ni. Aku tak bleh gugurkan airmata aku dpn dia. Tak bleh. "rizal, lpslah. Tak elok org pndg"aku bertegas. Namun dia ttp degil. Pntsku tendang kakinya. Dia megaduh kesakitan. "kau jgn nak menggatal dengan aku. Aku bkn mcm prmpn2 lain."tengkingku. "Min..." aku sdh tdk peduli dgn pnggilannya. Langkah ku atur laju. Aku menuju ke anak sungai di belakang rumah. Hatiku sakit dengan perbuatan Rizal. Dia seolah2 sdg bermain tarik tali. Dia ingat aku ni apa. Ku lpskan kmrhn disitu. Slps yakin majlis sdh slsi bru aku melangkah pulang.

Seminggu kemudian aku berangkat ke UK menyambung pelajaranku. Pemergianku hanya ku beritahu pada keluarga. Rizal tdk pernah tahu yang aku mendapat tawaran ke UK. Sengaja aku rahsiakan darinya. Setahun aku di UK, aku di khabarkan Nadhirah telah mendirikan rumah tangga. Beberapa hari aku menangis. Hatiku hancur lebur. Selepas aku habis bljr, aku tidak trs pulang. Aku bekerja setahun di UK. Menyembuhkan hati yang masih luka. Masih belum ada keyakinan untuk bertemu dengannya. Akhirnya aku pulang jua ke tanah air. Aku peluk erat tubuh mak dan ayah. Mak menangis di bahuku. Sdh 3 tahun aku tidak bertemunya. Rnduku begitu tebal pada mak. Mata ayah juga merah menahan tangis. Maafkan aku, mak, ayah. Aku sdh berubah. Berada jauh dari keluarga byk mengajarku tntg hidup. Aku kini sdh bertudung. Kalau dulu rambutku pendek spt lelaki, kini aku simpan pnjg hingga ke paras pinggang. Zaman remajaku sdh tamat. Jadi aku merasakan sdh tiba masanya untuk aku berubah. seminggu lagi hari raya. Tahun ni dapatlah aku sambut raya dengan mak dan ayah serta abg2ku. And tak lupa jugak kakak2 ipar dan anak2 buahku yang comel2. Semua abgku yang seramai 4 org tu dah kawin. Semua dah ada anak kecuali abg Yazir yg masih honeymoon. Baru 3 bulan kawin. 2 hari sebelum raya, nadhirah dan mak usu datang. Gembira sekali mereka dapat bertemuku. Nadhirah dah ada anak. Mohd Syauki namanya. Umurnya bru setahun. Nadhirah memberitahuku suaminya akan smpi malam raya. Ada hal katanya. Tapi aku pelik, kenapa Nadhirah tidak balik ke rumah Rizal. Tu kan rumah mertuanya. Tapi aku diamkan saja. Bimbang jika dikatakan menghalau. Biar jelah.

Meriahnya. Dah lama tak rasa suasana macam ni. Aku duduk di tangga memerhatikan anak2 buahku bermain bunga api. Selepas saja pengumuman raya msing2 dah mula sibuk. abg2ku sibuk bakar lemang. Ada jugak yang rebus ketupat. Maklumlah esk kan raya. Bising je mulut diaorg berceloteh dgn ayah. Macam dj radio. Mak, mak usu dan nadhirah plk kat dapur duk bt kuih baulu. Kakak2 ipar aku pulak ada yang duk pasang langsir, isi biskut raya dalam balang ada yang duk pasang sarung kuisyen. Aku je yang duduk termenung kat tangga. "chek su, jom la main" ajk faiz, anak abg long. Aku tersenyum. "chek su da besar. Da tak bleh main bunga api" saja aku beralasan. Malas sbnrnye nak melayan. Baik aku layan angan. "assalamualaikum" ada seorg lelaki memberi salam di luar pagar. Namun wajahnya kurang jelas kerana terlindung dengan asap. Kulihat abang Yazir bersalam dan menjemputnya masuk. Aku pantas masuk ke rumah. "kak, ada org dtg"ujar Nadhirah padaku. "tlg bawak air ni kluar"ku sambut talam yg dihulurkan oleh Nadhirah. Ku atur langkah sopan ala2 model gitu ke ruang tamu. Entah siapa la dtg malam2 ni. Tak menyempat tunggu esok agaknya. Gumanku sendiri. Namun langkahku terhenti. Wajah yang aku rindu berada didepanku kini. Memandangku dgn pandangan yang susah untuk di tafsirkan. Hampir terlepas talam dr peganganku nasib baik abg Yazir membuat tindakan pantas dgn mengambil talam tu dariku.

"u apa khabar?" soalku. Cewah, keluar jgk ayat dari mulutku. Lancar dan lmbt utk menutup debaran di hati. Hanya aku dan Rizal di situ. Abg Yazir dan yang lain entah menghilang ke mana. "sihat. Ko?" rizal masih seperti dulu. Masih beraku kau dgn ku. Cuma skrg dia nmpk lbh hnsome. Agaknya tak balik rmh lagi ni. Dia masih memakai kemeja dan bertali leher. Wajahnya nampak penat. "seperti apa yang kau tgk" ucapku plhn. Agak canggung aku berbual dgnnya. "kau dtg nak jemput nadhirah ye? Skjb aku panggil" aku bangun dari sofa. Sdh tidak sanggup memandangnya. "Nur Yasmin Khairiah." Aku tidak jadi melangkah. Pesal lak sebut nama aku pnjang2 malam2 buta ni. "aku datang bkn utk jmpt Nadhirah. Tapi aku dtg nak lamar kau untuk jadi isteri aku. Will u marry me?" aku tergaman. Keliru pun ada. "kau gila ke?"spontan ayat itu kluar dari bibirku. "dah 3 tahun aku tunggu kau dan aku tak nak tunggu lg. I miss u so much"ucapnya. Dia cuba mendekatiku. Tapi aku pantas mengundur. Langkahnya terhenti. "jgn nak main2 bleh x? Nanti aku panggilkan nadhirah." Nafasku sudah mula tdk teratur dek dbrn yang maha hebat. "kami tak pernah kahwin, kak" entah dari mana Nadhirah muncul. "he love u so much. Lps akak pergi abg Riz jadi tak tentu arah. Dia bgi hilang ssuatu yang beharga dari hidupnya. Dan waktu tu Irah tahu, sebenarnya tempat tu untuk akak. Bukan untuk irah."ucap Nadhirah. "siapa suami Irah?" soalku. "ni. Syawal namanya" aku pandang lelaki disebelah Nadhirah. Entah bila lelaki itu datang."dia abg angkat Irah dulu"terang Nadhirah. "terimalah abg Riz. Dia memang untuk akak. Sbnrnya akak tak pernah bertepuk sblh tgn" Nadhirah snth bahuku lmbt. aku pandang lama wajah Rizal. Adakah aku bermimpi?. "tanpa kau, aku rasa hidup aku tak lengkap. Separuh dari diriku hilang dan sekarang aku mahu tuntut kmbali apa yang kau bawa pergi dari aku. Tlg jadi isteri aku. Please"ujarnya. Lama aku diam. Aku sdh tidak larat berbohong pada diriku lagi. Memang dia yang aku cinta. Plhn aku angguk bersama setitis airmata dan lps tu aku dgr sorakkan yang kuat dari blkngku. Rpenya dari tadi aku jadi perhatian semua. Malunya. Ayah ngn mak pun same cm abg gak. Bkn main srnk lagi. Maklumla cita2 nak berbesan dgn jiran bakal menjadi knyataan. Aku gmbira kini.

Aku dan Rizal duduk di tebing sungai. Batu2 yg ada menjadi alas duduk. Asyik sekali aku memandang anak sungai yang masih setia mengalir. "i’m sorry" ucapnya Rizal tiba-tiba. "knp?"soalku hairan. "sebab biarkan syg tnggu lama. Sbnrnya seblm abg nak b’tunang dgn Irah dulu, abg dh rsa kehilangan. Abg cuba cari apa yg hilang. Tapi tak jumpa. Waktu abg peluk syg, smpi syg tendg kaki abg tu, abg terasa hdp abg ni semprna. Tp wktu tu syg dh slh sngka. Syg ingt abg nak bt pe?" usik Rizal padaku. "abg bknnya bleh percaya. Selamba je peluk anak dara Pak Uda."aku menjelingnya. "ye ke abg peluk anak dara orang? Masa tu syg tak macam prmpn pn. Punya la kuat tendang smpi bengkak kaki abg." "padan muka. So lps tu knp abg menghilang?" soalku. "abg tgh keliru. Tapi bila abg dah pasti yg abg cintakan syg, syg plk pergi tnggalkan abg." "knp abg tak cari?"aku mahu menduga kesungguhannya. "abg ada cari tapi tak jumpa. Sbb alamat yg syg beri kat mak tu, alamat lama. And bila abg tahu je syg balik. Abg terus pergi rumh syg."aku tergelak. memang alamat yang aku berikan pada mak adalah alamat lama rumah sewaku. Aku tinggal di situ hanya sebulan. Betapa lelaki itu hilang arah, hingga sanggup datang ke rumahku tgh2 mlm semata-mata mahu melamarku. Nsb baik semua blm tidur. "tak penat ke terbang dari Sarawak?" soalku mengejek. "syg punya psl, abg tak kisah. Asalkan abg dpt apa yg abg nak dan skrg mmg b’baloi apa yg abg bt."Rizal tersenyum memandangku. " alah syg kesian je tgk abg waktu tu. Dgn muka penatnya dtg, kan" ucapku selamba. "alah tak ngaku pulak. Tak sangka bdk tomboy ni dasyhat jugak klu merajuk. Sampai bawak hati jauh2 lagi." Giliran rizal pulak mengejekku. Ni yg aku geram ni. Dia suka buat muka aku jd pink colour. Malu beb. "merajuk la tu"usiknya lagi. "nanti baby yg kluar pun kuat merajuk macam ibu dia" "tu jelah modal abg. Bosan btul la. Nsb baik syg gi bljr klu syg g kawin ngn mat salleh, melepaslh abg" aku pula mahu mengusiknya. "tak mungkin" "knp plk"aku memandangnya. "because u love me"ucap rizal memeluk bahuku. "and i love u too, syg"bisiknya lembut ditelingaku. Aku tersenyum bahagia. Tak sangka aku dah jadi isteri Mohammad Rizal and tak lama lagi kami akan dapat baby. Inilah kisah aku. Kesabaranku dulu terbalas jua dgn bahagia yang ku harap akan berpanjangan. Amin.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.