Cerpen : Senyuman 700 megawatt

"Nak try yang mana?"

"Tu.. tu.. yang cermin mata besar tu.."

"Yang tu? Nangis karang, naya."

"Ala... main-main je"

"Kita bet."

"Cantik! Sapa kalah Laksa Pak Syuaib seminggu."

"Sekali dengan Slurpee."

"Masuk Malboro sekali weeii, Malboro!"

"Aku tak merokok!"

"Lu memang, loser."

"Lu, mulut kasi wangi ar.."

"Ok..Ok..."

"Set, ozom sekarang!!"

"One...two...zom..!" dan serentak dua tangan membentuk gunting dan batu. Yang lain dah bersorak macam orang tak cukup mulut.

Aduss... aku kalah! Buat kesekian kalinya. Aku memanglah tak reti main benda ni. Man dengan Pijul dah tekan-tekan perut menahan gelak. Kucai yang menang dengan aku dah buat muka the Rock versi smug habis. Loy urut-urut bahu aku, konon nak menenangkan. Padahal mulut dah keluar evil laughter habisan.

Serentak lima-lima pasang mata menghala ke arah seorang perempuan yang tengah berdiri kat tepi waterpool.
Aku mengeluh lagi.. dan lagi.. dan lagi. Diorang yang lain sambung gelak macam orang tak cukup mulut. Sudah sudahlah weii!!

"Zen, cangak lagi?" Pijul dah menjuih-juih menunjuk perempuan tu dengan mulut tebalnya yang ala-ala Angelina Jolie, katanyalah. Pi lah lu.. Angelina Jolie apa! Mulut macam karipap kena penyek celah pintu, Anjelina juling boleh laa!

"Zen, baik kau pergi cepat! Lainla kalau..... kau nak 'lobang' besar dalam poket kau..Kahkahkah!" Kucai menambah. Yang lain dah mula tolak-tolak badan aku dari belakang.

Aku angkat tangan tanda mengalah. Kalau ikutkan otak budak-budak tak betul ni, memang boleh masak aku. Mau pokai aku mengayakan Pak Syuaib seminggu berturut-turut. Aku pandang lagi sekali budak perempuan yang tengah berdiri kat waterpool tu.

Rambut tocang dua. Dengan hairband besar, ada reben besar warna pink. Blouse ruffles, oldies style warna putih dengan skirt A-cut ke ape cut tah warna putih jugak. Dan spectacles...

Spectacles ni yang aku tak tahan.

Kacamata besar menutup separuh muka dengan ketebalan hampir enam inci! Warna putih jugak! Waaaaaa.....!!


Er, aku exaggerate je tu. Takdelah tebal sampai macam tu sekali. Tapi sampai sekarang aku mesti terfikir, tak berat ke dia pakai speckies tebal macam tu? Agak-agak tak luruh ke batang hidung?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Hmppp..puhhh...hmphh..puhh.. Ditambah dengan selawat tiga kali. Adeh, ajaran mana pulak ajar selawat nak start benda-benda macam ni? Tapi time otak dah sesak, desperate macam ni, redah je segala ilmu yang rasa boleh tolong menaikkan semangat. Man tepuk tepuk belakang aku, sambil memberi kata-kata semangat. Macam aku ni Messi dan dia Alex Ferguson.

Kemudian, aku terus melangkah ke arah perempuan speckies yang masih tak berkalih daripada buku tebal yang diusung ke sana ke mari. Aik, masuk heavyweight ke dia ni? Semua benda berat-berat je dia bawak. Aku berdehem kecil. Tak berkalih. Aku berdehem lagi, kali ni lagi kuat. Tak berkalih lagi. Aku berdehem sambil ketuk batu waterpool. Siap buat irama Metallica's Enter the Sandman. Pun tak berkalih! Bubblewrap ke minah ni? Last-last...

"Hai awak." Kuss semangat... Dia kalih!

Tapi aku tak nampak muka. Nampak specks je. Aku terus bagi senyuman 700 megawatt pembunuh maut seorang kasanova. Senyuman plastik. Padahal dalam hati dah macam bunyi tapak kaki kuda.

"Seorang je?" Dia pandang keliling, macam baru perasan yang dia ni warga planet bumi.

"Ha'ah." Aduhh, pelannya suara....

"Saya dah lama perhatikan awak..." dengar je ayat tu terus dia menjauh, macam aku ni perogol bersiri yang nak ngap dia.

"Err, maksud saya yelah.. awak dok sorang-sorang ni.. bahaya ni... sebab tu.. err.." alamak, aku dah gagap!

"Awak nak apa ni?!!" terus dia menyergah.

"Opocot pak, aku nak suruh kau pakai tudung! Eh, tak.. tak.." dan-dan tu jugak aku melatah. Suara budak-budak berempat tu bergelak sakan dah kedengaran dari jauh.

Aku pandang muka perempuan tu, tergamam. Muka dia dah merona merah dan.... eh, aku salah tengok ke?
Mata dia dah berair, sebelum satu-persatu air mata laju je meluncur menuruni pipi . Aku pegun, tak tau apa nak buat. Cuma mampu berdiri macam boneka. Seketika kemudian, perempuan tu buka kaca mata besar yang menyembunyikan separuh daripada muka untuk mengesat mata. Dan ketika itulah.. ohh..

Buat pertama kali aku terperasan matanya. Matanya yang bundar dengan alis mata melentik. Mata yang indah dan meredupkan.

Aku.
Dah.
Jatuh.
Cinta.

Belum sempat aku nak cakap apa-apa, budak perempuan tu dah lari. Bukan setakat lari-lari biasa, laju macam watson Nyambek. Tapi waktu tu aku rasa macam gerakan dia perlahan je. Dan masa seolah-olah terhenti, cuma dia yang bergerak, makin laju, makin jauh, makin jauh......

"Woi kasanova Zen, apa kau dah buat!" suara Pijul menyapa dari belakang.

Macam orang mamai, aku pandang jalan yang dilalui budak perempuan tu tadi, "Aku.... taktau."

"Habis, nama dia kau dapat tak? Nombor phone dia? the whole will you be my valentine thing.. kau sempat cakap tak?" Loy menambah.

"Tak," jawabku sepatah sebelum yang lain bersorak macam orang menang sabung.

"Wei Zen, 'lobang' besar dalam poket kau, kira aku tadah dengan poket seluar aku lah ye? kahkahkah" Pijul gelak sakan.

"Silap la Pijul, bukan poket seluar kau. Kena tadah dengan kain pelekat Pak Syuaib!"

Budak berempat tu gelak lagi. Tapi aku dah tak peduli. Aku dah tak terfikir pun pasal duit aku yang bakal lesap minggu ni. Atau pasal malu kalah bet. Cuma satu je aku risaukan.

Nama dia... nama dia aku tak tau lagi.
* * *

Aku menengadah memandang siling. Kipas angin yang berputar-putar atas siling tu dah macam otak aku. Sungguh, aku tengah resah dan gelisah. Dah seminggu macam ni. Tak boleh jadi!

Kucai kat katil sebelah dah lama terbungkang, melayari mimpi indah. Tapi aku dah taktau nak cakap dengan siapa. Sorry Kucai, pause kejap mimpi tu.

" Cai.."

"hmmm..."

"Kucai!"

"Apa kes?"

"Siapa ek nama perempuan tu?"

"Dayang Ratni"

Ek? Terkejut, aku separuh terduduk. Macam nama Indon je. Tapi sedap jugak.

"Mana kau tau?"

"Aku tau laa.. aku tanya Pak Syuaib,"

"Aik, mana Pak Syuaib tau?"

"Pekerja dia, mestilah dia tau."

Pekerja? Kali ni aku betul-betul terkejut. Bukan setakat duduk dah, siap berdiri menghadap Kucai. Sampai hati Pak Syuaib ambik awek aku kerja kat gerai! Eceh, jadi awek pun belum. Gatal!

"Tapi aku tak pernah nampak dia kat gerai Pak Syuaib pun."

"Ada je hari-hari."

"Aku pun pergi gerai hari-hari, tak pernah nampak pun dia."

Kucai berkalih memandang aku dengan muka hairan.


" Kau cakap pasal sapa?"

"Huh? Kau pulak cakap pasal sapa?"

"Aku cakap pasal Kak Yang pelayan tu."

Ceh, mamat ni. Boleh dia buat lawak tak kelakar pagi-pagi buta ni. Terus aku ambil bantal dan sekuat hati aku hempapkan ke belakang Kucai. Mamat ni patut aku bagi flying kick je buang sedas dua. Kucai terus terbangun, sambil digosok-gosokkan kesan hempapan bantal berat sekilo setengah.

"Woi, lu mau gaduh silap orang laa!!"

"Dah tu, yang kau buat lawak tak kelakar dengan aku sapa suruh!"

Kucai dah keluar laser superman daripada mata coklat cair ala-ala Nicholas Cage. Aku pulak membalas dengan sinaran laser Cyclops. Masing-masing dah macam watak dalam cerita koboi, bersedia nak membunuh, nak menikam nak membalun yang mana tak puas hati. Tapi akhirnya aku mengalah jugak. Bukan sebab aku takut. Tapi sedar kesilapan aku yang terlalu obses dengan khayalan aku sendiri.

Aku mengeluh panjang sebelum duduk kembali di birai katil. Kucai aku tengok dah sejuk balik. Terkesan dengan tindakan aku yang mengalah dulu kot. Memanglah, bab-bab cintan cintun ni memang aku lemah. Megi cintan pandailah aku masak, bercinta mana pernah. Kucai pandang aku dengan wajah simpati

"Zen, kau sebenarnya kenapa? Zen yang aku kenal tak pernah lembik macam hari ni."

"Ntah la Cai. Aku.. aku pun taktau nak cakap macam mana. Sejak kes tepi waterpool tu, bayang dia pun aku tak nampak. Siang malam aku teringat kat dia je. Hati aku ni, dah macam dia yang isi. Tapi ada satu ruang yang tak complete." aku mengeluh panjang.

" Nama dia Cai. Sampai sekarang aku taktau nama dia.." lemah je aku menuturkan. Rasa macam geli je jiwang-jiwang ni tapi itu lah yang aku rasa.

"Don't worry Zen. Aku boleh tolong kau. Pasal nama, alah, small matter beb. Esok jugak aku boleh dapatkan. Sekarang kau lepak dulu. Naik rimas aku tengok kau lembik-lembik macam ni. Lelaki tak syle laa lembik-lembik.Kau kuat, macho, ganas! ok?" Kucai angkat thumbs up tanda bagus.

Aku? Time tu jugak aku terasa macam nak peluk cium Kucai. Tapi aku lelaki. Lelaki kena kuat, macho, dan ganas! Mana style lembik-lembik ni!

* * *

Lemah lutut aku dengar nama dia. Rasa macam nak cair kat situ jugak. Nur Ainun Syams Sakinah. Alahai sedapnya. Patutlah mata cantik bersinar-sinar, nama pun Ainun Syams. Mata Matahari. Ek? Tak sedap pulak translate. Aku tatap lagi kertas purih kat tangan aku"

Nur Ainun Syams Sakinah Binti Razak
23 tahun
Fakulti Pendidikan
Diploma Pendidikan Matematik

Patutlah tak pernah nampak kat fakulti kejuruteraan. Buat Dip Ed. rupanya. Bakal cikgu ni, mesti penyayang kan? Ehehe, aku dah berangan-angan Mat Jenin, bukan.. angan-angan Mat Zen.Gatal!

Kucai dah tunaikan janji. Tak sampai waktu break lagi, dia dah dapatkan nama gadis idaman aku siap dengan fakulti lagi. Memang laaa aku sayang si Kucai. Second only to Nur Ainun sayangku, eheh.
Selesai kuliah terus aku melangkah ke Perpustakaan Al Hambra, perpustakaan yang paling dekat dengan fakulti pendidikan. Waktu-waktu akhir tahun macam ni biasanya kebanyakkan penuntut memang akan bertapa kat library, dengan segala final assignment, final project yang nak disiapkan, belum tambah dengan tekanan nak menghadapi exam.

"Dia selalu pergi library waktu pukul 11-12.30 camtu. Cuba kau pergi jenguk, perpustakaan kat Ed. Faculty tu, untung-untung boleh jumpa." pesan Kucai ketika menyerahkan kertas kecil tertulis nama Nur Ainun.

Dan atas saranan itu, sekarang aku tengah melangkah macam orang tak cukup tanah nak pijak.

Perpustakaan sesak dengan penuntut. Aku mengintai-intai dari balik rak buku, mengamati dari sebuah meja ke sebuah meja. Oh, gadisku Ainun. Di mana kamu? Tapi tak nampak pun kelibat dia.

Big hairband? Nope.
Big Ribbon? Takde
Ruffles blouse? Not a sign.
Old school white speckies? Nada.

Aik, mana dia? Bayang pun tak nampak. Selalunya orang seunik dia mesti takkan terlepas pandang. Takkan demam kot? Oh, sayangku Ainun demam? Kesiannya...

Tengah aku mengintai-intai macam orang minyak, tiba-tiba ada suara menyergah.

"Hoi, tengok apa tu!"

"Oh pak, sayangku Ainun Syams, hang pi mana!" aku melatah . Beberapa orang yang berdekatan dah berkalih. Budak-budak yang tengah study kat meja dah bershhhh... mintak aku diam. Sekali aku termelatah kuat. Aduss, malunya... Terus aku capai sebuah buku berkulit tebal buat menutup muka yang Allah je tau betapa tebalnya saat tu.

"Er, awak kenal saya?"

Aku turunkan buku perlahan-lahan sehingga menutup hanya separuh muka. Perempuan depan aku ni cuma boleh nampak mata aku je.

Siapa pulak ni? Aku amati perempuan bertudung litup depan aku. Baju kurung yang dipakai warna senada.
Aku kenal dia ke?

"Er, awak.. awak sebut nama saya tadi"

Nama? Mata.. oh.. baru aku terperasan mata bundar yang cantik dan redup itu. Ainun? Ainun ke ni? Yang berjilbab dan manis berbaju kurung ini? Aku turunkan buku sehingga menampakkan seluruh muka.

"Awak?" Ainun ikut terkejut.

"Awak pakai tudung..." tanpa sedar aku menuturkan. Tak berkerdip aku memandang gadis yang dah mencuri hati aku ini.

Ainun tunduk tersipu.

"Hari tu.... awak tegur... saya.."

"Saya minta maaf" lajuku memotong.

"Tak.. tak perlu. Saya patut berterima kasih. Awak.. saya dah lama cari awak... sebab nak ucapkan terima kasih. Tapi tak pernah berjumpa."

Oh, patutlah aku rasa macam ada telepati aku dengan Ainun. Dia pun dok cari aku selama ni. Terus aku teringat pada keadaan diri yang resah, gelisah, berhati walang sejak berjumpa dengn Ainun. Agak-agaknya, dia rasa tak apa yang aku rasa selama ini?

"Sekarang tak perlu cari lagi kan?" dan terus kuhadiahkan senyuman membunuh pencair hati 700 megawatt.

Kali ini, ikhlas dari hati.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.