Cerpen : Izinkan aku sayang

Assalamualaikum wbt..
Buat tatapan insan yang sentiasa berada di hatiku, Jefriza..
Saat diri Jeff melepasi setiap kata yang tertulis di warkah terakhir ini..
Na sudah meninggalkan bumi Malaysia ini..
Mungkin pada ketika ini juga, diri Jeff sedang berbahgia dengan pilihan hati,Zira..
Na tidak menafikan Zira itu sesuai dengan Jeff,
Tapi..Na xsanggup melihat orang yang selama ini Na sayang berada di jinjang pelamin bersama perempuan yang lain..
Izinkan Na membawa sekeping hati Jeff bersama..
Maaf, andai selama perkenalan kita,Na ada mengguriskan hati dan melukai Jeff..
Maaf, andai kehadiran warkah ini menggangu hubungan Jeff dengan Zira..
Na tak bermaksud untuk menggugat hubungan kalian berdua..
Cuma yang pasti..
izinkan aku untuk terus menyintaimu hingga ke akhir hayatku..

"Ya Allah...Apa yang telah aku lakukan ini? Bukankah Na yang membantu aku membuat pilihan untuk berkhawin dengan Zira? Bukankah Na yang selama ini yang aku minta nasihat di waktu aku ada masalah dengan Zira?" Bukankah dia yang selalu memberi aku semangat di saat aku ada masalah, baik perasaan mahupun dalam pembelajaran?"

"Na.....kenapa jadi macam ni!!!"

Seharian aku tidak keluar dari bilik pada hari itu..tentu ibuku pelik, sedangkan sebelum ini aku kelihatan ceria kerana kira-kira 3 bulan lagi, aku akan menamatkan zaman bujangku dengan pilihan hatiku Zira. Semalam aku bertambah ceria kerana Na menemaniku memilih baju untuk aku pakai waktu akad nikah nanti.

-------------------------------------------------

"Jeff, cantik kan wane hijau muda ni? Na suka wane ni. Cuba Jeff letakkan kat badan Jeff..hmmmm Na nak tengok sama ada sesuai atau tidak"

Lantas sahaja tangan Na memegang baju itu dan melekapkan pada badanku.Aku tergamam seketika kerana Na kelihatan ceria benar hari ni.

"Wow..cantik giler baju ni. Sesuai sangat-sangat.Ngam sangat-sangat ngan Jeff. Mesti Zira paling bangga kerana dapat khawin ngan Jeff kan? Mesti secocokkan kalian berdua?..Eiii..tak sabarnya Na nak tengok Jeff khawin nanti."

"Lagi cantik, kalau Na ada kat tepi Jeff, Na jadi pengapit Jeff ek? Jeff takut gementar la nanti..kalau ada Na..sekurang-kurangnya, dapat cover Jeff nanti kalau ada orang yang usik-usik Jeff..Jeff rasa lebih selesa la kalau Na ada..Please Na, jadilah pengapit Jeff nanti ek?

"Hmmm...nanti, apa kata Zira? Tak jealous ke dia nanti?"

"Jeff dah bagitau dia la pasal Na ni..Jeff cakap kat dia yang Na ni seorang kawan yang periang, dialah yang selalu memberi Jeff semangat, memberi kata-kata suntikan untuk Jeff..dia....."

"Dah..dah...dah..eiiiii...nak berpalosapoh la tu kalau di biarkan berterusan..Ni mesti nak jugak Na jadi pengapitnya nanti kan?"

Berpalosapoh tu kitaorang selalu guna bila ada di antara kitaorang yang dah tersasul..melalut yang tak tentu pasal..maksudnya lebih kurang berfalsafah la...Aku bukannya menyekat Jeff untuk berkata hingga ke ayat yang terakhir, Tapi pada waktu itu, hatiku sudah terluka. Sedikit demi sedikit. Jika ada lagi torehannya, pasti ia berdarah dan secara automatik, air mataku akan mengalir keluar. Aku mesti bertahan. Bisik hati kecilku.

"Ha!!!...jauhnya Na mengelamun. Teringat si buah hati ke?"

"Xda lah...tengah berfikir sama ada nak jadi pengapit Jeff ke tak nanti." Sampukku mengubah topik awal-awal, untuk mengelak Jeff mengesan perubahan air mukaku.

"Tak ada fikir-fikirnya lagi ye, muktamad, tak ada talian hayat lagi..keputusannya Na akan menjadi pengapit Jeff, kalau tidak, Jeff ......"

"Ok..ok..InsyaAllah..kalau dipanjangkan umur dan diberi kelapangan, dan tak ada aral melintang, Na akan jadi pengapit Jeff." Biarlah masa menentukan keadaan selepas ini, lagipun, aku lemah melihat pujukan Jeff..kesian plak dia, orang yang datang ke butik pengantin tu pun asyik tengok-tengok kami dari tadi. Mereka ingatkan kami bergaduh barangkali!

"Berapa akak, harga semuanya?" Tanya Jeff di kaunter pembayaran itu.

"Cantik la baju hijau ni..pasti cantik kan kalau korang berdua pakai bila khawin nanti?"

Jeff dan Na berpandangan sesama sendiri.Senyuman hanya terukir di bibir kami. Jeff tanpa menjelaskan apa-apa pada cashier tu, terus membayarkan harganya bila cashier tadi memberitahu harganya selepas memuji kami berdua tadi.

"Ha..ha...ha.." ketawa Jeff tercetus sewaktu keluar dari butik itu. "Tengok, cashier tu pun cakap seronok kalau kita berdua pakai."

-------------------------------------------------


"Jeff...ooo...Jeff...kenapa dengan kamu ni? Tadi Na datang.."

"Apa ma? Na datang..mana dia?" belum mamaku menghabiskan kata-kata, aku segera keluar dari bilik tanpa mempedulikan tanggapan mama terhadapku.

"Ya Allah anakku..apa dah jadi dengan kamu ni? Kelmarin elok-elok ceria jer, hari ni macam orang kematian isteri. Kenapa ni?"

"Ma..mana Na..Jeff tak nampak pun dia."

"Ma tak tahu la apa nak jadi dengan kamu ni, tentu kamu sedihkan Na akan tinggalkan kamu?"

"Macam mana ma tahu?"

"Nah, dia cakap, nak hadiahkan kamu ini sebagai hadiah perkhawinan kamu nanti..dia datang tadi pun tergesa-gesa, katanya nak kejar jadual penerbangan kapal terbang. Mak nak panggilkan kamu, tapi dia kata tak payah la kerana kamu dah tahu yang dia akan sambung belajar di luar Negara."

"Ma..mana kunci kereta? Jeff nak kejar Na ma..Jeff nak mintak penjelasan dari dia?"

"Buat apa kamu nak kejar dia lagi? Kamu tu kan dah nak berkhawin dengan Zira tu, lagipun budak tu dah dapat sambung belajar. Biarkanlah dia bahagia dengan keputusan dia."

"Tapi ma...ni surat dari dia..dia cakap, dia cintakan Jeff..Jeff tak perasan selama ini, hati Jeff pun rasa dekat je ngan dia. Tapi sebenarnya, Jeff tak suka hanya kerana badannya besar dari Jeff. Tapi hati ini memang bahagia dengan dia. Hari-hari yang dilalui pun, Jeff mesti bertanya khabar dari dia. Ma...Jeff pergi dulu..."

"La..kau nak pergi dengan apa, tadi abang ngah kau dah kuar ngan keretanya."

Ala...waktu macam ni la semua nak terjadi, waktu macam ini lah kereta aku nak rosak, sampai masuk workshop.Kerana fikiranku tak dapat berfungsi tadi, sekarang baru dapat, dengan pantas, aku mendail nombor telefon Na..Beberapa kali aku cuba dail, hanya kedengaran "maaf, nombor yang anda dail telah dihentikan perkhidmatannya, sekian terima kasih."
--------------------------------------

Setelah 2 minggu Na berada di sana meneruskan pelajarannya di dalam bidang perubatan di University of Glasgow, dia masih belum dapat untuk melupakan cintanya pada Jeff. Puas rakan sebilikknya menasihati dia supaya terima kenyataan.Hari demi hari, hari yang berlalu dirasakan suram baginya..hadir kuliah, assignment, semua dia buat dengan keadaan tak bermaya..tetapi semuanya lulus setelah diperiksa oleh pensyarahnya.Tanpa Na sedari jugak,, badannya telah susut sedikit demi sedikit. Begini barangkali panahan putus cinta?

Di waktu petang yang dingin, kakak sebelah bilikku datang padaku.

"Marlina..Ika ada ceritakan kat akak pasal masalah yang Na hadapi ni..Jangan marahkan dia, dia kata, semenjak Na datang sini, dia tak pernah pun tengok Na senyum, dia tak pernah pun tengok Na gembira. Dia dah ceritakan semua pada akak tentang apa yang Na alami. Dia kata, dia tak nak roommate dia gagal nanti.Na...kita datang sini, ingat untuk menuntut salah satu fardhu kifayah..menuntut ilmu.Gagal sekali dalam bercinta, kita rugi hanya kehilangan dia yang belum pasti milik kita. Tapi, kalau kita gagal dalam pelajaran, pulang ke kampung dengan tangan kosong, adakah kita boleh mengulangi semula peluang untuk kita belajar di sini. Ayuh Marlina, jangan hanya kerana seorang lelaki kita jatuh tersungkur."

"Akak......saya terlalu menyintai dia"

"Ya Allah Na..ingat sayang, Allah adalah tempat kita letakkan cintanya yang paling utama di atas muka bumi ini. Cintakan Allah kita tidak akan menyesal. Dia selalu akan menyintai kita.Bersama dengan kita walau apa jua halangan dan keadaan."

"Selama ini kitaorang kawan baik akak, malah kedua-dua keluarga sudah mengenali antara satu sama lain.., tapi bagi Jeff, kitaorang hanya kawan dan tak lebih daripada itu. Tetapi, kadang-kadang dia cemburu bila Na cakap ada orang yang sukakan Na. Tidak bagi pihak keluarga kitaorang. Mereka sudah merancang untuk menjodohkan kami berdua. Entah la akak, lagi 2 bulan lebih, dia akan berkhawin dengan pilihan hati dia...."

"Na..ingat, jodoh maut itu di tangan Tuhan, jika kalian berdua ada jodoh suatu hari nanti, akak percaya korang berdua akan bersama. Tambah-tambah lagi, kedua-dua keluarga kalian telah merestui hubungan kalian. Tapi, mungkin Jeff keliru siapa yang dia harus pilih.Akak nasihatkan kamu jangan bersedih lagi, ayuh bangkitkan kembali keazaman..buktikan tanpa cinta seorang insan yang bernama lelaki, kita akan berjaya jugak sekaligus boleh menafikan pandangan sesetengah pihak, yang orang yang putus cinta kebanyakan gagal dalam pelajarannya. Akak tahu, masih ada sekelumit kekuatan dalam diri Na untuk meneruskan perjuangan di sini. Akak dan kawan-kawan semua akan berada di sisi Na, jika Na memerlukan kami, kerana kita satu Negara, satu budaya dan yang paling penting kita seagama."

"Akak, terima kasih kerana meniupkan kembali api semangat dalam diri Na..lagipun Na hampir sedar, hakikatnya Na memang tidak sesuai untuknya kerana Na ni berbadan besar dari dia. Mana sepadan kan kitaorang berdua?"

"Alhamdulillah adik akak dah boleh tersenyum sekarang, sekejap je ye nak pujuk adik akak ni. Masalahnya bukan sepadan atau tidak, tapi belum jodoh kalian lagi. Allah dah tetapkan siapa teman sehidup kita."

"Sebenarnya Na dah kurang sedih dah, tapi semangat tu belum ada lagi,, macam2 ada akak..rindu kat kampung, rindu kat kawan-kawan kat Malaysia..Nasib baik akak cepat datang redakan hati Na ni, kalau tak entah sampai bila la Na ni tak sedarkan diri.Terima kasih akak...Apa nama akak ye? Akak dah tahu nama saya..tapi..."

"Panggil je akak Didi..akak dah 3 tahun kat sini, tu yang dah faham masalah yang kebanyakan student baru daftar kat sini. Macam2 masalah dah akak temui."

"Ok kak..terima kasih yer.."

--------------------------------------------


Setelah 5 tahun aku berhempas pulas menghabiskan pengajianku dalam bidang perubatan di sana, kini tiba masanya aku pulang ke tanah air tercinta Malaysia. Selama 5 tahun aku di sini, tak pernah sekali pun aku balik ke Malaysia..bukan ape, aku seronok dapat kawan-kawan yang faham jiwa aku. Lagipun, rindu pada keluarga boleh terubat dengan adanya teknologi tercanggih sekarang. Aku boleh web cam ngan family aku di waktu aku rindu mereka dan waktu aku kelapangan.Alhamdulillah selama aku di bumi Rusia ini, semua keluargaku sihat2 belaka.

Malaysia!!!!!
Aku kembali kepadamu.
Ma, abah dan adik-adik tercinta!!!!
Kakakmu sudah pulang...

----------------------------------------------


Alhamdulillah..sedar tak sedar aku dalam perut kapal terbang, aku dah sampai di Malaysia.
Memang sifatku, aku tak suka menyusahkan orang lain. Aku suka berdikari..jadi, tanpa ku tunggu siapa-siapa yang datang mengambilku, aku balik sendiri dengan teksi. Bukannya jauh pun, lagi pun nak suruh siapa yang datang ambilku. Lalu, tanpa membuang masa di tambah rindu yang membuak-buak, aku menahan teksi dan terus pulang ke rumah.

"Yahoooooo....ma...doktor dah balik." sahut adikku yang kedua yang kebetulan pada waktu itu dia cuti dan belum pulang ke kampusnya lagi.

"Kak longggggggggg....adikku yang bongsu datang menerpa ke arahku." Mereka menyambutku dengan penuh kegembiraan.

Pada waktu itu, ibuku di dapur sedang memasak untuk juadah makan tengahari. Aku tidak memberitahu ahli keluargaku yang aku akan pulang pada hari ni, tapi aku ada memberitahu yang aku akan pulang dalam masa terdekat.Aku terus ke dapur, lantas tangan ibuku aku capai, dan aku kucup. Ibu menarik aku dalm pelukannya..ibu terlalu rindukan aku..lantas, adik-adikku yang lain datang memelukku..tiada ruang untukku bernafas!.

"Aduh..aduh...sabar semua, jangan wat kak long macam ni la..kak long tak dapat bernafas ni. Oksigen dah kurang ni..cepat2 lepaskan kak long." Pada saat itu, abahku baru pulang dari kebun di belakang rumah. Aku menarik tangan abah dan menciumnya dengan penuh kasih. Kerana jasa kedua orang tua aku, aku berjaya membawa gelaran Dr.Marlina.

Malam itu, ibu dan ayahku mengadakan sedikit majlis kesyukuran sempena dengan kepulanganku.Di dalam bilik, adik-adikku yang masih di sekolah rendah membanding-bandingkan barangan yang aku hadiahkan untuk mereka.Seronok aku tengok gelagat mereka. Walaupun 5 tahun aku di sana, badanku tetap maintain tak berubah-ubah. Maksudku lebih kurang sama sebelum aku meninggalkan bumi Malaysia ini.

---------------------------------------------

Keesokan paginya, aku menerima panggilan dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, dan aku dikehendaki melaporkan diri lusa. Alhamdulillah cepatnya rezeki aku datang. Syukur padamu ya Allah..Aku sudah tak sabar untuk membantu keluargaku. Lagipun, tempat aku bekerja tidak jauh dari rumahku. Senang la aku nak ulang alik ke sana nanti. Hospital Kubang Kerian? Lantas aku teringatkan seseorang yang namanya tak mungkin luput dari ingatanku, hanya aku menyembunyikannya di sebalik organ-organ yg terselindung di sebalik hatiku.Jefriza! Nama itulah yang membuatkan aku masih tertanya-tanya. Mungkin dia sedang berbahgia dengan anak-anak dan isterinya sekarang. Untuk apa aku mengingatinya lagi.
Ya Allah kuatkanlah hatiku. Kerana rumahnya terletak berhampiran hospital yang bakal aku bekerja nanti. Harap-harap aku tak kan berjumpa dengan dia lagi.

Hari pertama aku bekerja, banyak perkara yang perlu aku tahu, banyak tempat yang aku lawati, wad ortopedik, wad pediatrik, dewan bedah utama, bilik kecemasan, semuanya aku kena tahu. Mana tahu, esok-esok ada apa-apa kecemasan berlaku, tak la kalut aku mencarinya, persediaan awal katakan..

"Dr.Marlina, jom pergi makan tengahri sama-sama kat restoran seberang hospital sana? Saya selalu makan kat situ dengan kawan-kawan. Kerana awak baru bekerja hari ni, saya belanja awak." terus terang Dr.Awani mempelawa aku makan. Oleh kerana aku satu pasukan dengannya, kami cepat mesra walaupun aku baru bekerja di situ. Kebetulan jugak, Dr.Awani merupakan super senior aku di Universiti. Itu pun aku kenal sewaktu sesi suai kenal pagi tadi. Dia dah banyak pengalaman dah bekerja sebagai doctor ni..Nanti aku boleh la mintak tunjuk ajar dari dia.


"Dr. Awani, hmmm..nak saya panggil Dr.Awani ke, kak Awani ni?" Tanya aku sewaktu kami sama-sama melangkahkan kaki untuk menikmati makanan tengahri pada hari itu.
"Alah Dr.Marlina, panggil jer kak Awani"
"Kalau macam tu, akak panggil saya Na pun dah cukup, lebih mesra gitu..kan akak kan?"
"Aih...kita berdua ni macam budak-budak lagi perangainya walhal saya ni tahun depan bakal menjadi isteri orang dah" kata Dr.Awani.
"Ok la akak, sebelm jadi isteri orang, akak enjoy dulu ngan Na, mesti akak happy punya..hehehe"
"Dah...dah..jom lintas jalan, tu restoran yang akan selalu makan tu."

--------------------------------------------------

Tinggal dua suapan lagi untuk aku habiskan makananku, aku terpandang raut wajah yang cukup kenali.Jeff!
"Akak, saya pergi toilet jap" ujarku meminta diri untuk meninggalkan tempat itu kerana aku tak mahu berjumpa dengan Jeff.
Setelah lebih kurang 20 minit, aku berada di dalam tandas, aku pun keluar..
"Opocot anak mami!" Aku terlanggar seseorang,.
"Na..." hanya itu yang terkeluar dari mulut Jeff.
"Maaf saudara, saya tak kenal awak. Saya pergi dulu..kawan saya sedang tunggu saya"
Marlina berlalu begitu saja.
-------------------------------------------------

"Ma..Jeff jumpa Na kat kedai makan sana tadi" Jeff memberitahu mamanya pada petang itu sewaktu mereka berdua makan malam sama-sama.
"Na dah balik ke? Lama ma tak jumpa dia, entah dia nak datang sini ke tak lagi? Kamulah yang buat dia terluka"
"Ma..itu perkara lalu..selepas Na tinggalkan Jeff 5 tahun lepas, Jeff baru sedar siapa Na dihati Jeff. Ma tengok la..Jeff sanggup membatalkan majlis perkhawinan Jeff hanya semata-mata kerana Na..bila dia tinggalkan Jeff, baru Jeff sedar siapa dia."
"Tak payah la kamu nak luahkan kat mama..ma dah tahu Na tu macam mana. Entah-entah esok lusa dia khawin..mana tak nya, Na kan dah dapat kerja, doctor plak tu.Kamu tunggu jelah kad jemputan khawin Na nanti."
"Ma..kenapa Ma macam mendoakan anak ma macam tu?...Jeff masih sayangkan Na."
"Bukan apa Jeff, ma faham hati seorang perempuan, bila hati dia terluka lambat untuk pulih walaupun dia sudah maafkan orang yang melukai dia."
"Biar macam mana pun sekarang, Jeff nak tawan cinta Na.Ma doakan untuk Jeff ye?"
"Kalau bersama Na,, dah lama ma doakan untukmu nak."
"Terima kasih ma". Lantas Jeff mencium pipi mamanya kerana mama die member semangat untuk dia menawan cinta insan yang bernama Marlina untuk kali ini dan selama-lamanya. Sekarang, targetnya di hospital itu, di mana tempat Na bekerja.

---------------------------------------------------

Hari berikutnya Marlina sudah tak makan di restoran itu lagi..dia mengelak sepenuhnya dari berjumpa dengan Jefriza. Apabila Kak Awani mengajak dia untuk makan, hanya alasan dia membawa bekal dari rumah saja yang mampu dia keluakan. Nasib baik Kak Awani tak banyak soal. Lagipun, sejak peristiwa itu dia sudah membawa bekalan makan tengahari dari rumah. Nampaknya kali ini Na mahu mengelak sepenuhnya dari berjumpa dengan Jeff. Hatinya masih terluka.

Sewaktu petang dia hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya, dia ternampak nota di cermin depan keretanya.

Sanggup Na tak makan kerana tidak mahu bertemu dengan Jeff.
Jeff minta maaf Na dengan perkara lepas.
Selepas Na tinggalkan Jeff, baru Jeff sedar
yang hati Jeff sebenarnya menyintai Na..
Jeff sanggup membatalkan perkhawinan Jeff
Kerana Jeff pasti suatu hari nanti bila Na balik,
Na pasti akan menjadi milik Jeff.

Ape? Jeff tak jadi khawin selepas aku pergi luar Negara? Biar betul? Entah-entah dia tipu aku kot. Ahhh..lupakan je la..

---------------------------------------------------

Selepas dari nota itu, Jeff berharap Na akan menghubungi dia. Tapi silap sangkaan dia, Na sunyi tanpa berita. Lantas dia buat keputusan untuk berjumpa dengan Na secara bersemuka.
Pada petang isnin selepas satu minggu dia tinggalkan nota itu, dia bertekad untuk menunggu Na di parkir kereta di tempat Na selalu meninggalkan keretanya di situ. Sewaktu menunggu Na disebalik tiang itu, dia Nampak Na keluar seorang diri. Na kelihatan terbatuk-batuk sambil menekan-nekan perutnya.
"aku ingin sekali mendekatinya..tapi mungkinkah dia akan terkejut nanti" bisik hati kecil Jeff.
Pada waktu dia ingin mengelap peluhya kerana cuaca petang itu sangat panas, dari jauh kelihatan perlahan-lahan Na kelihatan hampir terjatuh.
Dengan kasih sayang dan kekuatan yang ada, Jeff berlari mendapatkan Na.
Na pengsan! Nasib baik Na sempat jatuh di riba dia, kalau tak apakah nasib badan perempuan kesayangannya itu.
"Ya ALLAH Na..Na....bangun Na"
Memandangkan Na sudah tidak sedarkan diri, dengan kekuatan yang ada, Jeff mengendong Na terus ke wad kecemasan. Dr.Awani yang kebetulan ada di situ terkejut.
"Ya ALLAH Na...." Lantas peralatan-peralatan semua tersedia untuk bantuan kecemasan. Dr.Awani yang bertugas pada waktu itu berusaha untuk memastikan bekalan oksigen tidak terputus di salurkan pada Marlina. Pada ketika itu Jeff yang berada di sisi Na di arahkan untuk beredar ke bilik menunggu memandangkan Na masih tidak sedarkan diri dan kejutan elektrik akan dilakukan untuk mengembalikan denyutan sinoatrium di jantung Marlina yang semakin lama semakin lemah.
Air mata seorang lelaki yang bernama Jefriza tumpah lagi.

" Ya ALLAH jangan kau jauhkan Na dari aku lagi, belum sempat untukku membahagiakan dia, belum sempat untukku menganyam bahagia dengan dia, belum sempat untukku realisasikan apa yang pernah dia impikan bila kami berdua berkawan dahulu. Baru sekejap aku ingin dekat dengannya, Engkau janganlah menjauhkan kami lagi. Ya ALLAH sungguh banyak yang perlu aku balas kasih sayang dia, pengorbanan dia sebagai kawan yang tak mungkin aku dapat dari kawan lain. Ya ALLAH..kerana dia juga aku lebih rapat denganMU, dia yang mengajarku erti kehidupan, erti sebenar islam. Masih aku ingat kali pertama dia mengajar aku ayat kursi, dia sanggup menaip mesej untukku sewaktu aku jauh dengannya. Begitu suci kasih dia, aku saja yang tak pernah tahu menilai kasih sayangnya. Baru aku mengerti, dia pula jatuh sakit. Ya ALLAH sesungguhnya banyak yang aku nak bagitahu dia tentang perasaanku. Ya ALLAH...kau panjangkanlah umur dia. Jika blh digantikan nyawa dia dengan nyawaku, aku sanggup Ya ALLAH.."

Air mata telah membasahi baju Jefriza, bari dia sedar, dia patut memberitahu keluarga Na dan mama dia yang Na di wad kecemasan sekarang. Lantas di ambil beg tangan Na yang ada di samping dia yang sempat di sambar ketika Na jatuh tadi. Di buka beg itu, air mata demi air mata keluar bercucuran..dilihat sekeping gambar dia bersama Na yang sama-sama tersenyum sewaktu mereka bahagia sebagai kawan dulu..itulah yang dia tak menyedari kehadiran Na sebenarnya melengkapkan hidupnya sebagai seorang lelaki, tapi kerana kebuntuandan kekeliruan, dia kini berada di saat-saat genting, saat Na bertarung dengan nyawa. Dilihat di belakang gambar itu, tulisan tangan yang cantik milik Na..

"Bersama insan yang aku cintai sehingga ke akhir hayatku...26/12/2008"
"Ya ALLAH Na....sungguh tulus cinta dan kasih sayangmu. Aku yang tak menyedarinya dulu."

Setelah keluarga Na aku hubungi, aku menelefon mama untuk memberitahu keadaan Na. Mama Na agak terkejut kerana dengar suara lelaki dari telefon tangan milik Na, tapi setelah memberitahu nama,, Jefriza..kini mama Na sedar yang Jeff yang selalu na ceritakan dulu. Tapi dia juga terkejut kerana mengetahui Na di wad kecemasan sekarang. Dengan suara serak-serak aku menerangkan perkara sebenarnya pada mama Na. Selepas itu mamaku sendiri di rumah aku hubungi dan menceritakan perkara yang sama. Kini kedua-dua keluarga dalam perjalanan menuju ke hospital.

Setalah agak lama menunggu di luar wad kecemasan. Langsir terbuka di mana tempat Na dirawat di saat-saat genting tadi.

"Maaf, boleh saya tahu siapa saudara? Tanya Dr.Awani pada Jeff.
"Saya kawan lama dia, kebetulan saya nak jumpa dia tadi, tapi bila lihat dia jatuh pengsan, saya sempat selamatkan dia dari terjatuh. Bagaimana dengan Na?"
"Nanti saya nak hubungi keluarga dia dulu."
"tak perlu Dr., saya dah hubungi mama dia tadi."
Dr.Awani agak terkejut. Mungkin mereka berdua ada cerita di waktu silam memandangkan mata Jeff merah akibat menangis. Dia mendiamkan diri sahaja.
"Bagaimana dengan Na Doktor?"
"Alhammdulillah dia berjaya diselamatkan, tapi keadaannya lemah..dia mengidap gastrik di tahap kritikal. Kalau terlambat tadi, mungkin tak dapat diselamatkan. Dia sekarang akan di bawa ke wad rawatan rapi untuk rawatan selanjutnya. Kita sama-sama berdoa semoga dia sembuh. Kita semua harus beri kekuatan pada dia. Dia kelihatan kuat di luar, tapi di dalam hatinya sangat mudah tersentuh. Secara psikologi, ahli-ahli keluarga terdekat harus sentiasa memberi sokongan kepada dia, untuk menambahkan semangatnya untuk terus hidup."

Aku bersama-sama mengikuti Dr.Awani dan jururawat yang menolak katil dan kelihatan lesu Na terdampar di atas itu menuju ke wad rawatan rapi. Ingin sekali aku mengucup tangan itu supaya dapat memberi dia kekuatan. Tapi, sekiranya Na tahu, tentu dia akan marah, kerana baginya selagi belum khawin belum halal bagi lelaki dan perempuan bersentuhan. Tadi aku mengendongnya pun kerana waktu kecemasan.

Satu jam selepas itu, dua-dua mama tiba dengan serentak. Aku bersalam dengan abah Na. Mereka semua sedih dengan apa yg terjadi. Aku menerangkan apa yang Dr.Awani memberitahu tadi. Mereka semua sepakat untuk memberi semangat kepada Na supaya keceriaan keluarga mereka akan lebih ceria dengan adanya Na.

---------------------------------------------

Aku balik ke rumah pada malam itu, dengan harapan baru agar aku dapat bersama-sama Na semula. Melalui pandangan kedua-dua orang tuanya tadi, mereka juga sebenarnya mengharapkan aku untuk menjaga Na memandangkan abah Na perlu kerja dan mama Na perlu menjaga adik-adik yang masih kecil. Mama aku dengan hati yang terbuka menawarkan diri untuk menjaga Na. Mereka tak benarkan aku menjaga Na memandangkan aku lelaki yang masih tidak halal untuk Na. Aku bertekad, pagi-pagi esok, aku akan ke hospital untuk melihat perkembangan Na. biarpun hanya melihat sekujur tubuh yang kaku bersalut wayar, aku terasa dekat dengan Na. Malam itu, aku bangun tahajjud kepada yang ESA supaya member Na kesihatan yang baik kerana aku berjanji selepas ini, aku akan membahagiakan Na sepanjang hidupku. Aku tertidur di atas sejadah malam itu, dan terjaga bila azan subuh kedengaran di masjid berdekatan. Usai saja aku sembahyang subuh, aku nak masak untuk mama dan Na. Harapan aku semoga Na akan sedar. Tapi, mungkin itu tanggapan aku saja.

----------------------------------------------------

Tepat jam 9 pagi, waktu melawat dibuka untuk orang ramai. Aku memakai pakaian khas untuk melawat Na di bilik rawatan rapi itu. Sungguh jernih mukanya diwaktu dia terpejam mata, bibirnya yang dahulu merah bak delima walaupun tanpa gincu, kini putih, pucat lesu. Sungguh seksa aku melihat Na, bagaikan ingin aku menggantikan tempatnya. Tapi ALLAH telah menetapkan segala-galanya.

Air mataku mengalir keluar lagi melihat keadaan insan yang aku sayang. Lantas aku keluar dari bilik rawatan itu. Sebelum keluar, aku sempat menghadiahkan doa untuk Na semoga dia cepat sembuh, aku sempat meniupkan kata-kata semangat di telinganya.

Sebaik sahaja aku keluar, ma Na sudah ada diluar bersama dengan mamaku.


"Jeff, surat ni ma jumpa kat bilik Na semalam sewaktu mengemas buku-buku dia..dia tulis kat sini..khas buat Jeff. Ma tak tahu apa, itu Na bagi untuk Jeff. Nah ambil ni."
Aku mengambilnya dari tangan mama Na.
"Terima kasih ma"

Aku segera minta diri untuk pulang, tetapi sebenarnya hatiku membuat-buak ingin mengetahui apa yang terkandung dalam surat Na untuk aku itu.
Di suatu sudut, aku membaca surat dari Na.

Khas buat Jefriza..
Jeff, kehadiran Jeff suatu ketika dulu, memberi sinar baru buat Na,
Na terasa kebahagiaan itu milik Na sepenuhnya.
Persahabatan kita bagai suatu cahaya yang menyinari hidup Na..
Kehadiran Jeff membuatkan Na terasa terasa bahagia..
Lama kita menyulam persahabatan..
Sehinggakan hati Na tersasar dari landasan..
Dari landasan persahabatan kita..
Mungkin Na silap memahami Jeff..
Maaf andai Na telah tersilap...
Tersilap untuk jatuh hati pada insan yang tidak menyintai Na..
Namun,
Na hanya inginkan kebahgiaan Jeff,
Na hanya ingin lihat keceriaan di wajah Jeff..
Andai dengan meninggalkan Na, membolehkan Jeff bahagia..
Na akur..mungkin itu takdir dalam hidup Na..
Namun,
Jika suatu hari nanti, kita ditakdirkan untuk bersama-sama..
Na akan menyayangi Jeff sepenuh hati Na..
Tapi..mungkinkah itu di alam yang lain...
Kerana Na menghidap gastric..
Suatu ketika dulu, Jeff pernah mengatakan
yang sakit gastric pun boleh menyebabkan kematian kan?
Tapi harap2 dijauhkan dari Na...
Na ingin sekali merasa bahagia bersama Jeff..

Tapi Jeff..
Andai suatu hari nanti, Na terpaksa pergi..
Pergi jauh dari hidup Jeff..
Dan tak mungkin akan kembali lagi..
Na harap, janganlah Jeff menangisi pemergian Na..
Sebaliknya, setiap kali selepas sembahyang,
Hadiahkan Na sekalung doa..
Agar Na bahagia sewaktu berjauhan dengan Jeff..
Biar Na merasai kebahgiaan itu dengan hanya bisikan doa dari Jeff..


Ihklas dari Na..


Tiba-tiba, deringan handset Jeff kedengaran..
"Jeff, datang sini sekarang." Arahan cemas dari mamanya....
Tanpa membuang masa Jeff berlari ke wad di mana Na berada.
"Kenapa ma?"
Jantung Na terhenti seketika tadi. Doktor sedang memberi bantuan kecemasan.
Di suatu sudut, aku lihat esak tangis keluarga Na. Maklumlah Na merupakan anak yang ceria sebelum ni, seorang insan yang cuba untuk membahagiakan insan yang hadir dalam hidupnya. Seorang insan yang tabah.
Lantas aku meninggalkan tempat itu, alasan kepada mama, aku ada hal. Aku sebenarnya pergi surau kerana azan zohor sudah kedengaran. Aku tahu, hanya satu pertolongan yang aku perlu lakukan. Allah tempat untukku mengadu sekarang di saat Na bertarung dengan maut. Usai solat, aku menadahkan tangan untuk berdoa.

"Ya Allah ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..aku memohon padaMu ya Allah..sesungguhnya aku hamba yang lemah, kepadaMu aku meminta pertolongan. Engkau panjangkanlah umur Na ya Allah..Masih banyak yang aku belum memberitahu dia ya Allah..Sesungguhnya aku banyak membuat hidup dia derita sebelum ini. Jangan Kau ambil nyawa dia di saat ini. Aku ingin sekali membahagiakan dia. Aku ingin melihat dia pergi dalam keadaan gembira. Ya Allah..bantulah hambaMu ini..kerana aku hamba yang lemah dan tidak berdaya..ya Allah..amiin ya Rabbal alamin..."

Aku sudah tidak berdaya lagi..air mataku sudah jatuh membasahi baju..aku telah gagal menjadi insan yang terbaik buat Na, gagal menjadi kawan baik, gagal menjadi peneman cinta, gagal untuk membahagiakan Na. Lantas aku mengelap saki-baki air mata yang tinggal dan berlari menuju di mana Na di tempatkan.

Sesampai sahaja Jeff di sana, masing-masing menangis. Mama dia pun turut menangis. Adik-adik Na yang lain pun turut menangis sambil menyebut along..nama kakaknya iaitu Na.

"Jeff, Na telah tinggalkan kita semua..dia pergi dengan senyuman, tetapi air mata ada di juring matanya.."
Ya Allah!!!!!!!!!!!!!

"Saudara...kenapa ni? Saudara mengigau ke?"
Jeff terus bangun, rupa-rupanya dia bermimpi tadi, dia terlelap kerana kepenatan. Matanya kepenatan kerana telah banyak menangis kerana insan kesayangannya.

Dia melihat jam ditangan, nasib baik hanya 15 minit sahaja masa berlalu. Lantas cepat-cepat dia pergi mendapatkan mama dia.

"Ma bagaimana dengan Na sekarang?"
"Alhamdulillah Jeff, Na sekali lagi dapat diselamatkan, mungkin kerana berkat doa semua. Tetapi dia koma. Dia perlukan mesin bantuan pernafasan selama dia di hospital ni."
"Syukur Alhamdulillah.." Jeff meraup mukanya dengan kedua tapak tangan.
Masih ada masa untukku memberi kekuatan kepada Na untuk terus hidup.

p/s: sebenarnya idea dari novel yang masih dalam karyaku sendiri, dan dipendekkan dijadikan cerpen sekadar untuk berkongsi idea dan minat dengan semua. Sambungannya dr.cinta perlukan pendapat kalian semua.

dr.cinta: hasil pertama yg Berjaya disiapkan. Walaupun sedang bertungkus lumus untuk final exam sekarang, aku ingin sekali siapkan cerpen ini. Komen dari anda semua dialu-alukan untuk memperbaiki karya seterusnya

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.