Cerpen : Aku seorang guru praktikal

Pada semester ini, semua guru pelatih ambilan Januari 2006 akan berpraktikal selama 4 bulan.
"Asalamualaikum cikgu" Azri terdengar suara murid-murid SK Temerloh Jaya di sekelilingnya memberi salam kepadanya.
"Arh..kenapa la mereka panggil aku cikgu. Aku bukannya ajar mereka pun. Tak payah la susah-susah nak panggil orang yang tak ajar mereka cikgu." Getus Azri dalam hati. Azri sebenarnya dalam perjalanan ke pejabat Sekolah Kebangasaan Temerloh jaya untuk melapor diri sebagai guru praktikal di sekolah itu.
Setelah sampai di pejabat Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya (SKTJ),
"Asalamualaikum, boleh saya bantu cikgu?" Tanya Atikah, gadis genit berambut panjang separas bahu. Senyuman dilontarnya mampu membuatkan perasaan geram Azri tadi hilang begitu sahaja. Tambahan lesung pipit di kiri pipi gadis tersebut mampu mencairkan hati Azri yang kepanasan sebelum ini.
Atikah telah menjadi kerani di SK Temerloh Jaya. Atikah memanggil Azri dengan gelaran cikgu kerana penampilan dan gaya Azri yang tidak tumpah sebagai seorang guru. Dengan tanda namanya, berkemeja lengan panjangnya, lengkap bertali leher dan membawa sebuah buku besar berwarna biru yang bertulis ‘Buku Rancangan Mengajar’ yang biasanya hanya dibawa oleh seorang guru semasa ke sekolah.
"Waalaikumussalam, boleh saya jumpa dengan guru besar?" Tanya Azri ringkas
Azri sebenarnya tidak pernah berminat menjadi guru. Namun atas sebab-sebab tertentu, Azri telah mengambil keputusan memasuki Institut Pendidikan Guru 3 tahun lalu.
"guru besar dekat perhimpunan cikgu, duduk la dulu atau cikgu boleh ke tapak perhimpunan di…"
"hm..takpelah, saya tunggu disini saja." Pantas jawab Azri untuk mengelakan diri ke tapak perhimpunan. Maklumlah, kalau ke perhimpunan, sudah pastinya dia akan menjadi tumpuan kerana dia adalah orang baru di sini.
"hm..Biasanya perhimpunan habis pukul brapa ek cik Atikah ?" Tanya Azri lagi.
"lebih kurang pukul 8.00 nanti, sebab kelas pertama hari isnin mula pukul 8.05"
"jap..jap….macam mana cikgu boleh kenal nama saya?" Sambung Atikah lagi.
"Cik Atikah, tuhan dah bagi kita mata. Guna la baik-baik mata tu. kan ada nama Atikah atas meja Cik Atikah tu" balas Azri ambil menunjukan tanda nama Nur Atikah Bt Adnan atas mejanya.
Tanpa membuang masa untuk menunggu ketibaan guru besar, Azri mengambil tempat duduk di sofa sambil membaca Buletin Pendidik di meja sofa tersebut.

-------------------------------

"Bangun……Asala..mualai..kum cik...gu" suara ketua kelas memecah kesunyian tatkala murid-murid terlihat guru besar di hadapan kelas mereka tadi. Lantas seluruh kelas 4 Dedikasi turut mengikuti sapaan yang di ucapkan oleh ketua kelas terhadap Azri.
"Waalaikumusalam..baiklah, duduk" ringkas balas guru besar, Azri
"Terima ka..sih cik…gu" jawap semua murid dari kelas 4 dedikasi dengan jawapan yang meleret-leret.
Arh…meleret je jawapan budak-budak ni, membazir masa je. Azri bermonolog sendirian. Azri tidak suka akan keadaan kelas tersebut. Mana taknya, matanya meliar dan terlihat sesetengah murid dalam kelas ni dalam keadaan agak comot, kasut terkoyak, rambut dalam keadaan kusut malah ada yang tidak mempunyai pemadan dan pembaris pun.
"Ok class, today we are going to learn about multiplication of four digit numbers with two digit numbers. Have you learnt about multiplication before?" ujar Azri memulakan pengajarannya buat kali pertama.
Suasana kelas 4 Dedikasi yang sebelum ini cukup terkenal dengan keadaaan hingar-bingar, menjadi sunyi sepi seperti negara dilanggar garuda.
"Ok, look at here, read the number sentence 578 x 22 =" sambung Azri lagi.
"Hello…are you listen what I said before?" soal Azri.
"Cikgu, kami…kami.. kami tak faham la cikgu" jawab seorang murid dalam kelas 4 D.
"Takkan itu pun tak faham? Siapa nama kamu?" tanya Azri tegas sambil memandang penampilan Ashraf. Azri terlihat kasut yang dipakai oleh Ashraf sudah terkoyak.
"Ashraf Bin Adnan, cikgu."
"Ashraf, saya ke sini ajar matematik bukan bahasa inggeris, awak sepatutnya dah kuasai bahasa inggeris sebelum saya ngajar awak ni"
"Tapi cikgu…."
"Tak ada tapi-tapi lagi, saya akan tetap terus ajar, faham ke tak faham, awak tetap kena faham" Azri mencelah.
"Hm..budak-budak ni, aku ajar benda senang pun tak faham, guna ayat-ayat inggeris yang mudah pun tak faham. Susah la aku macam nie." Ngeluh Azri di dalam hati. Ditambahkan dengan sifat kurang minat menjadi guru dengan pelajar yang kurang menguasai bahasa inggeris, dia semakin tidak berminat untuk menjadi guru.

-------------------------------

Pada suatu pagi yang dingin. Hujan yang bermula sejak subuh tadi sudah mula berhenti. Bunyi burung-burng berkicauan menjadi satu irama yang cukup enak di dengari setiap pagi. Bunyi burung-burung menghiasi perjalanan Azri ke bilik guru SK Temerloh Jaya. Tatkala Azri menjejak kaki masuk kedalam bilik guru, azri terlihat sekeping kertas berwarna biru diatas mejanya.
"ait? Pagi-pagi lagi aku dah dapat surat?" getus Azri apabila terlihat sekeping surat diatas mejanya dibilik guru.


Asalamualaikum cikgu yang dihormati, kami berharap cikgu dapat mengajar kami menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kerana kami semua tidak dapat memahami pengajaran cikgu dalam bahasa inggeris. Jika kami tidak dapat faham pengajaran cikgu, maka kami akan menghadapi masalah dalam menjawab soalan peperiksaan nanti. Ilmu yang cikgu beri akan kami gunakan sebaik-baiknya dimasa hadapan.
sayang cikgu Azri..


Tersentuh hati kecil Azri kerana tidak menyangka masih ada muridnya yang menyanyanginya walaupun Azri selalunya bersikap tidak mengendahkan kekurangan muridnya. Sejak itu, Azri mula sedar yang tanggungjawab dan tugas seorang guru bukanlah di dalam kelas semata-mata, malah ilmu yang diberikan oleh seorang guru akan digunakan sepanjang murid itu mengharungi kehidupanya sendiri walaupun guru yang telah memberikan ilmu itu tiada dimuka bumi ini.
Azri juga sedar bahawa gelaran "cikgu" yang telah dipakainya akan tetap terlekat di hadapan namanya sampai bila-bila dan sudah pastinya dia tidak akan mampu menghilangkan gelaran tersebut dari dirinya. Dikesempatan yang masih ada, ketika itu juga, Azri bermuhasabah diri. Rasa kesal menyelubungi jiwanya kerana terlupa yang tanggungjawabnya guru adalah memberi ilmu. Azri sedar dia sepatutnya mengambil kira faktor kelemahan muridnya dalam bahasa inggeris semasa mengajar.
Lantas disebalik kesedaran tugas sebagai pendidik, tanggapan Azri terhadap bidang perguruan mula berubah. Azri akan bersemangat setiap pagi untuk menghadirkan diri ke sekolah. Malahan, jika ada masa terluang atau guru yang tidak hadir, Azri tanpa disuruh meminta untuk menggantikan guru tersebut. Azri berbuat demikian agar dapat lebih rapat dan mengenali murid-muridnya kerana sering dapat bertemu selain dari waktu Matematik sahaja.

---------------------------

"Asalamualaikum Ika. Boleh saya duduk kat sini" Sapa Amir tatkala terlihat Atikah di kantin sekolah.
"Waalaikuumsalam, duduk la, dah lama kita tak sembangkan. hm…sihat?"
"Sihat alhamdullilah, Ika sihat?" tanya Azri lagi, tujuannya tak lain dan tak bukan ialah nak memanjangkan perbualan dengan Ika sahaja.
"Sama la, sihat je. Semalam Ika nampak Azri…."
"kat mana? Kenapa tak tegur Azri? Azri tak perasan pun" ujar Azri lagi.
"banyak betul soalan, mana satu yang Ika nak jawab ek?"
"hm..semalam Ika nampak Azri kat surau, lepas isya. Ala, macam mana la dia nak nampak kita ni, dia asyik dengan anak murid dia je."
"Eh, takdelah. Saja je Azri buat kelas tambahan dekat budak-budak kelas 4 Dedikasi. Azri buat je la kat surau. Lagipun, dengan cara itu, budak-budak ni akan rajin la datang ke surau untuk solat berjamaah sebelum kelas tambahan"
"Azri buat kelas tambahan itu, budak-budak tu kena bayar berapa ringgit ek sebulan?" Pancing Atikah, sedangkan sebenarnya adiknya sendiri, Ashraf juga turut menyertai kelas tambahan yang dianjurkan oleh Azri sejak 3 bulan yang lalu tanpa sebarang bayaran.
"Eh, tak payah bayar apa-apa pun, saja je buat kelas tambahan tu. Lagipun lagi lusa Azri dah kena balik IPTAA, dah tak boleh mengajar dah"
"Seronok tak balik IPTAA?" tanya Ain
"Secara jujurnya dulu Azri memang rasa 4 bulan ni akan belalu dengan perlahan, tapi..tup..tup..dah habis 4 bulan, lepas ni, Azri kena balik IPTAA dan dah tak dapat jumpa Ika lagi"
"Azri, kenapa Azri buat kelas tambahan tak minta bayaran ek?" sambung Atikah sekali lagi.
"hm.. macam ini ceritanya. Lebih kurang tiga bulan lepas, Azri dapat surat dari salah sorang dari budak kelas 4 Dedikasi, isi surat itu menyedarkan Azri yang tugas guru ini bukan dalam kelas sahaja, bukan untuk mengajar sahaja, malahan sebenarnya, ilmu yang Azri berikan itu akan mereka guna sampai bila-bila"
"Siapa yang tulis surat tu?" soal Atikah lagi.
"entah la, tapi Azri tak rasa murid Azri sebabnya gaya penulisan dan ayat dalam surat tu bukan level murid-murid Azri" ujarnya panjang lebar.
"sebenarnya, surat tu….." ujar Atikah yang kemudiannya terhenti apabila mendengar bunyi loceng.
Kring….. loceng berbunyi memotong perbualan mereka.
"ika, Azri nak masuk kelas jap, nanti nak balik, Azri pergi pejabat, kita sembang lagi ek"

-------------------------------

Hari ini adalah hari terakhir Azri menjadi seorang guru praktikal di SK Temerloh Jaya. Suasana pagi ini sungguh hening, tidak seperti selalu. Cepat benar rasanya masa berlalu dan hati Azri sangat terharu untuk ke sekolah pada hari ini. Kini Azri lebih menghargai profesion keguruan yang sebelum ini kurang diminatinya. Azri perlu pulang ke IPTAA, meninggalkan segala kenangan mengajar selama 4 bulan di SKTJ. Pada hari terakhir ini, Azri membawa sepasang kasut sekolah bersaiz 34 untuk Ashraf. Azri ingin menghadiahkan kasut itu kerana surat Ashraf telah mengubah perspepsinya terhadap profesion keguruan.
Setibanya di pintu pagar SK Temerloh Jaya, Azri terdengar satu suara memanggil namanya.
"Cikgu Azri...Cikgu Azri.."Tatkala dia mencari-cari arah suara itu, Azri terlihat seorang muridnya, Ashraf berlari kearahnya. Pada masa yang sama sebuah kereta kancil merah dengan kelajuan yang agak tinggi melintas dihadapan mata Azri sendiri. Dalam beberapa detik, Azri mendengar satu jeritan dan bunyi dentuman yang agak kuat. Azri kaget dan tergamam. Dengan tidak disangka-sangka kasut sekolah berjenama Bata yang ingin dihadiahkan kepada Ashraf terlepas dari tangannya. Masa berlalu sangat perlahan, belum pun sempat plastik merah yang berisi kasut itu mencecah ke jalan tar yang masih sejuk dipagi hari, Azri terus berlari ke arah suara jeritan yang semakin lama semakin perlahan.
Baju sekolah berkedut yang berwarna putih kekuningan yang dipakai oleh Ashraf kelihatan bertukar warna menjadi merah. Suasana pagi yang selalunya bising dengan suara kanak-kanak berkejar-kejaran ke pintu sekolah sudah berubah. Suasana sepi seketika.
"cikgu, surat ni saya tulis untuk cikgu, saya tulis sendiri. Saya tak minta Kak Ika tolong pun"
Itu adalah ayat terakhir yang didengari oleh Azri sebelum ashraf ‘pergi’ meninggalkannya.

Cikgu, hari inikan hari terakhir cikgu jadi cikgu saya. Saya mohon maaf atas kenakalan dan susah payah cikgu mengajar saya selama ini. Oleh itu, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Terima kasih kerana sudi mengajar saya dan saya harap cikgu dapat jadi abang saya. Ingat kak Atikah, ingatlah saya Ashraf Bin Adnan.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.