Cerpen : Tercipta Untukku

Adakah cinta pandang pertama wujud??
Ya,ia memang wujud..
Mungkin bagi sesetengah orang cinta sebegitu tidak wujud akan tetapi bagi aku ia memang wujud kerana ianya terjadi kepada diri aku sendiri..

Selama ini aku tidak pernah jatuh cinta ataupun memikirkan soal cinta..
Bagi aku,pelajaran lebih utama kerana tahun hadapan aku akan menduduki peperiksaan SPM.
Aku hanya manusia biasa,punya hati dan perasaan untuk mencintai dan dicintai..
Namun hatiku belum terpaut pada mana-mana budak lelaki di sekolahku ini hinggalah pada suatu hari si dia memunculkan diri..(Boleh pakai ke ayat nie?Hehe,lantak la)

"Dengar sini semua.Hari ini ada seorang pelajar baru yang akan belajar bersama-sama dengan kamu semua"kata cikgu Aina,guru kelasku yang comel(bagi aku la)
"Adam,kenalkan diri kamu kepada semua dan kamu boleh duduk disebelah Afiq Aiman"
"Hai semua,nama saya Mohd Faizol Adam.Korang semua boleh panggil saya Adam.Saya dari Kuantan dan bertukar kesini kerana mengikuti ayah saya yang ditukarkan kesini"

Aku memandang dia tanpa berkelip dan pada masa yang sama,jantungku berdegup kencang..
Aku mula merasakan sesuatu yang tidak pernah aku rasakan selama ini..Ya,aku telah jatuh cinta pandang pertama pada dia..Sedang aku melayan perasaan sambil memandang dia tanpa berkelip,bahuku ditampar oleh rakan baikku,Hanis Suraya..

"Woi,ko tengok budak Adam tu tak berkelip.dah tertawan ke?"
"Banyak la ko,aku cuma menghayati keindahan ciptaan Allah je la"
"Eleh,keindahan ciptaan Allah konon.Dah berkenan tu cakap je la.Malu-malu plak,dengan aku pun nak malu ke?Ape ar ko ni"
"Tak la,mana de.Pepandai jek"

Aku menafikannya,tapi hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu itu..Hari berganti hari dan bulan berganti bulan,namun perasaan sayang aku pada dia tidak pernah berkurang malah semakin bertambah..kami tidak pernah bertegur sapa walaupun berada dalam kelas yang sama..

Setahun Berlalu..

Sekarang aku sudah berada di tingkatan 5..Aku dan dia masih berada dalam kelas yang sama..Perasaan aku juga tidak pernah berubah untuk dia tetapi dia tidak pernah tahu..Satu hari aku terdengar percakapan dua orang rakan sekelasku yang mengatakan bahawa dia sudah bersama dengan seorang budak perempuan tingkatan 3...Aku terkejut dan aku sangat kecewa tetapi aku redha kerana selama ni aku hanya bertepuk sebelah tangan..

SPM semakin dekat,aku ketepikan perasaan cinta aku pada dia untuk menumpukan sepenuh perhatian aku pada peperiksaan..Anehkan,walaupun aku tahu dia sudah berpunya tetapi aku tetap mencintai dia..Perasaan itu makin subur dihati aku..

Alhamdulillah,aku mendapat keputusan yang cemerlangdalam SPM..Aku melanjutkan pelajaran ke USM dalam bidang medik,begitu juga dengan rakan baikku Hanis Suraya..Hnaya dia yang tahu tentang perasaan aku pada Faizol..

6 Tahun Berlalu...

Aku telah menamatkan pengajian aku di USM dan aku kini seorng doktor..Sejak hari terakhir aku disekolah menengah,aku tidak lagi bertemu dengan Faizol..Ntah kenapa,aku lebih suka memanggil dia Faizol berbanding Adam dan perasaan aku pada dia tidak pernah berubah..

-Aku wanita punya hati nurani yang tak dapat dibohongi-
-Pabila cinta tlah membutakan mata dan membuat tuli telinga-

Ringtone Wanita nyanyian Datuk Ct Nur Haliza kedengaran..
\'Sape plak la yang col aku nih,baru je nak relax\'
\'La,mak rupenye\'

"Assalamualaikum mak"
"Waalaikumussalam.Anak mak ape khabor?"
"Adik sihat-sihat je.Mak plak?"
"Mak pon sihat je.Mak de berita nak sampaikan ni"
"Berita?Berita ape mak?"
"Sebenarnya kawan mak ada datang umah td,dia bawa hajat nak jodohkan adik dengan anak lelaki dia.Adik setuju tak?"
\'Alamak!!Kawen??\'
"Ah?Mak biar betul.Adik tak sedia lagi la"
"Adik,bukan nak kahwinkan terus,bertunang je dulu"
"Oh.Ikut mak la,adik tak kisah"
"Ok la kalau macam tu,mak nak telifon kawan mak pulak ni,nak bagitau yang adik setuju"
"Uih,cepatnya mak"
"Ala,mak dah tak sabar tau"
"Yela"
"Adik kerja baik-baik tau.Assalamualaikum"
"Yela mak.Waalaikimussalam"

Aku pun tak tahu apa perasaan aku sekarang,tapi aku tak kisah la sangat sebab aku belum ada pakwe lagi kan.Pasal Faizol tu,aku tak tahu nak buat apa lagi..Biar la,dah bukan jodoh aku dengan dia kot..

Hari ini aku akan bertunang..Semua persiapan ni mak dengan kakak aku yang uruskan..Akupun baru je sampai semalam..Aku kan sibuk so,awal-awal lagi aku dah mintak mak dengan kakak aku yang uruskan semuanya..Sekejap lagi bakal mak mertua aku akan masuk untuk sarungkan cincin..Aku langsung tak ambil tahu tentang bakal suami aku tu,yang aku tahu nama dia Adam..Aku tak tahu la pulak apa nama penuh dia..Ntah-ntah dia kena paksa kawen dengan aku tak?Huhu,apa la yang aku merepek ni,lantak dia la..Cincin tunang aku tu cantik sangat,emas putih bertakthakan berlian.Mesti mahal kan,de satu lagi yang aku tahu bakal suami aku tu engineer la so,maybe dia x kisah cincin ni mahal ke tak..

6 tahun aku tunggu dia,mana la tau kan ntah-ntah dulu dia pun ada hati kat aku tapi tak luahkan perasaan dia pada aku tapi dia tak pernah muncul..Satu minggu aku menjadi tunangan orang,dia muncul kembali..Aku terserempak dengan dia di depan pintu masuk Watson dan yang paling aku tak sangka dia masih ingat aku malah dia yang menegur aku terlebih dahulu..

"Hai,awak Nur Amira Syuhada kan?"
"Yup.Erm,awk sape ek?"
"Awak dah tak ingatkan saya?"
"Ntah la"
"Saya Adam la,Faizol Adam"
"Hah?!"
"Nape terkejut?"
"Tak de apa-apa"
"Boleh kita pergi minum bersama?"
"Erm.Ok gak"
"Dah lama kita tak jumpa kan Syuhada?"
"Awak panggil saya apa tadi?"
"Syuhada.Kenapa?"
"Tak de apa-apa,cuma pelik sikit coz semua budak-budak sekolah kita dulu panggil saya Amira not Syuhada"
"Oh.Ntah la,saya lebih suka panggil awk Syuhada"
"Oh.Takpe,saya tak kisah pun"

Lama kami berbual,aku dan dia bagaikan kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa sedangkan dulu kami tidak pernah bertegur sapa apatah lagi berbual panjang..Banyak perkara yang kami bualkan tetapi kami tidak menyentuh langsung soal pasangan masing-masing..Dalam hati,ingin sahaja aku bertanya tentang pasangan hidupnya tetapi aku malu dan mulutku kaku untuk bertanya tentang itu malah,aku juga tidak menyatakan pada dia bahawa aku adalah tunangan orang..Sejak dari hari itu,kami berhubung dan pada suatu hari semasa kami makan tengahari bersama,dia meluahkan isi hati dia pada aku..

"Syuhada,sebenarnya dah lama saya cari awak"
"Hah?Yeke?Tapi nape ek?"
""Saya dah lama sukakan awk sebenarnya,sejak dari sekolah menengah lagi tapi saya takut nak luahkan pada awak sebab saya tahu awak lebih pentingkan pelajaran awk.Sekarang,kita sudah tidak terikat dengan pengajian jadi saya ingin melamar awak untuk menjadi isteri saya"
"What??Awak dah terlambat.Terlalu lambat Faizol.Saya adalah tunangan orang lain.Dalam masa 1 bulan lagi saya akan menikah dengan dia.6 tahun saya tunggu awak Faizol,saya juga sukakan awk sejak sekolah lagi tapi saya ingatkan saya hanya bertepuk sebelah tangan apatah lagi waktu tu awak dah ada mkwe.Maaf Faizol,kalaulah awk muncul lebih awal kita mungkin akan bersama.Maaf,tolong jangan ganggu saya lagi"

Aku tinggalkan dia terpinga-pinga disitu..Hanya Allah yang tahu,aku telah lama menunggu untuk mendengar ungkapan bahawa dia juga suka dan sayang pada aku..Aku masih sayangkan dia sebenarnya tetapi aku tidak mahu mengecewakan emak dan ayahku..Semua persiapan sudah sedia hanya menunggu masanya sahaja.Setiap panggilan dari Faizol aku abaikan.Aku tidak mahu perasaan aku menguasai diri dan keputusan aku..

Aku juga tidak pernah ambil tahu tentang bakal suamiku yang akn menjadi milikku dalam masa beberapa jam sahaja lagi..Dia tidak pernah menghubungi aku jadi kami tidak menjalankan kursus kahwin berdua,malahan borang nikahku juga diisi oleh emak dan aku hanya perlu menandatanganinya sahaja..Aku dihias dengan cantik oleh mak andam upahan ibuku dan sepanjang akad nikah berlansung aku hanya akan berada di dalam bilik sahaja sehingga pengantin lelaki masuk untuk upacara membatalkan air sembahyang..

"Aku terima nikahnya Nur Amira Syuhada binti Azmi dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai"
Alhamdulillah,hanya dengan sekali lafaz aku sudah menjadi milik Adam,suamiku..Tiba-tiba pintu bilikku diketuk..

"Assalamualaikum"Salam diberi oleh suamiku tetapi aku hanya menundukkan kepalaku kerana malu dengan usikkan rakan-rakanku sehinggalah emak menegurku..
"Adik,jawab la salam tu"
"Waalaikumussalam"Serentak dengan itu aku mendongak.
"Awak?"
"Ye,saya"
"Tapi macam mane awak bleh ada kat sini plak?"
"Abang la suami sayang"
"Hah?"
"Adik,adik sedar tak ni?"
"Sedar la"
"Ni la suami adik,Mohd Faizol Adam bin Muhammad"
"Eh.Yeke?"dan senyuman terukir di bibirku
"Yela,abang suami sayang"
"Tapi,macamane awak jadi suami saya plak?"
"Bukan awak tapi abang"
"Yela,abang"
"Abang pun tak sangka yang selama ini kita dah bertunang.Mak abang de bagitau yang dia jodohkan abang dengan anak kawan dia tapi tak sangka plak orang tu sayang"
"Ha?"
"Abang kan dah lama sukakan sayang tapi abang tak luahkan.Suatu hari abang buat istigharah,sayang yang muncul dalam petunjuk tu.Bukan sekali,tapi banyak kali tau.Abang dah tak fikir pasal calon yang mak dah carikan untuk abang sebab abang nak cari sayang.Abang nak mak batalkan pertunangan tu bila sayang dah setuju nak jadi isteri abang tapi bila sayang cakap sayang dah bertunang dan akan menikah,abang kecewa sangat so abang teruskan la perkahwinan abang dengan calon pilihan mak.Tak sangka la plak,calon pilihan mak tu sayang"
"Itulah,lain kali ambil la tahu tentang tunang sendiri"sampuk ibu mertuaku pula.

Kami semua ketawa dan dalam hati aku mengucap syukur pada Allah kerana memakbulkan doa aku..
Dia memang ADAM yang TERCIPTA UNTUKKU

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.