Cerpen : Wasiat untuk ku

Masih segar dalam ingatanku saat-saat bahagia di awal perkenalan..Seorang lelaki yang cukup sempurna pada pandanganku..Tegas, bijak, peramah, pendek kata, semualah yang baik-baik belaka yang aku nampak. Maklum la, orang angau bercinta, semuanya manis belaka.

"Mohd Ridzuan Jaafar atau lebih mesra, panggil Wan je.."Wan memperkenalkan diri.
"Wan ni kawan akak masa belajar di maktab dulu.." jelas kak mas tanpa dipinta..

Aku hanya mampu menundukkan wajah..Aku masih belum bersedia untuk menerima pelawat saat-saat macam ni..Aku malu menunjukkan wajahku yang hampir cacat ini..Aku malu..Sudah takdir, kemalangan yang menimpa aku dan sahabatku setahun yang lalu memberikan kesan yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila..Kecacatan kekal pada wajahku ini memberi impak yang besar pada diriku..Aku malu muncul dihadapan khalyak ramai..wajahku yang sebegini mampu saja menakutkan mereka yang melihatnya..Apatah lagi kanak-kanak..Cukuplah adikku sendiri menjerit, menangis bila dipertemukan denganku 7 bulan yang lalu..sejak itu, aku lebih gemar bersendirian di kamar sepi ini..hanya kegelapan yang menyelubungi hari-hari ku kini..

"Ida sihat..?? Masam je muka..Senyum la sikit..Pagi-pagi dah buat muka masam, rezeki pun lari tau.."luah Wan cuba bersenda..
"iisssh, dia ni..Suka hati la aku nak masam ke, senyum ke, muka dah macam ni..Senyum ke, masam ke, sama je tau tak" tempik ku marah..
Ternyata Wan terkejut dengan tindakan ku..Perlahan-lahan Wan letakkan semula buah epal yang dikupasnya lalu duduk disampingku..
"Ida, sampai bila Ida nak macam ni..Sampai bila Ida nak kesalkan apa yang dah terjadi ni?? Tak ada gunanya..Ida kena bangkit dari perasan kesal yang membelenggu hati Ida..Nah ambik ni.." Wan memghulurkan sebuah cermin padaku..

Semenjak daripada kemalangan itu, aku jadi takut menatap cermin..Aku takut menatap wajahku sendiri..Kenapa mesti aku dipaksa menatapnya lagi.?? Tidak..tidak.!!!." jeritku dalam hati..Tanpa sedar, titisan-tisan jernih mula jatuh membasahi pipiku..

"Tengok muka Ida ni..Teruk sangat ke?? Ida masih ada kedua-dua belah mata yang masih boleh melihat..Ida masih ada hidung untuk terus menghidu segala aroma yang ada di muka bumi ni..Ida masih dikurniakan mulut untuk terus berbicara..Ida harus bersyukur kerana Allah swt tak tarik semua yang dipinjamkan pada Ida..Tapi sayang, Ida tak nampak semua tu.."luah Wan kecewa dengan tindakanku..

Aku masih diam..Hanya sedu-sedan ku yang kedengaran..Ada benarnya kata-kata Wan..Ya Allah..ampunkanlah hambaMu ini..Aku tengelam dalam emosi..Aku biarkan hati ini diselami perasan sesal yang tak berkesudahan..Perasaan yang dihasuti bisikan-bisikan syaitan..Aku alpa mengucapkan syukur padaMu..Ya Allah. Kau masih berikan aku masa untuk terus berada di muka bumi ini, sedangkan Kau jemput sahabatku kembali ke sisiMu..Tanpa dia berkesempatan merasai manisnya taubat padaMu Ya Allah..Namun, aku masih diberikan peluang itu Ya Allah..syukur..

Semenjak peristiwa itu, aku semakin rapat dengan Wan..Wan banyak mengajarku tentang manisnya hidup ini..Segala masalah yang membelenggu akal fikiran ku sentiasa dikongsi bersama..Dalam diam aku mula menanam perasan kasih padanya..
"aahh Wan..andai kau tahu perasaan ku kala ini…" bisikku pada angin..

**********************

"Wan, saya ucapkan terima kasih yang teramat sangat pada awak..Banyak perubahan yang saya nampak pada diri Ida..Semangatnya pun semakin pulih..Semuanya sebab awak yang tak jemu-jemu memberikannya semagat..terima kasih Wan.." luah Kak Mas sebak..

Hati perempuanya cepat saja terguris melihat tingkah laku Ida di awal kemalangan yang menimpanya dulu..Kini perubahan ketara pada adik kesayangnya benar-benar mengembirakan..Mudah saja titisan jernih mengalir dari matanya yang redup..

"Alhamdulillah..semuanya dengan izin Allah swt..saya hanya mencuba.."jelas Wan..Jiwa lelakinya juga sebak melihat pengorbanan kekasih hatinya..Dalam diam Wan berdoa agar hajatnya dijodohnya dengan Mastura dimakbulkan..

***********************

"Aku mesti luahkan perasaan aku padanya..Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk meluahkan isi hati ini..Mudahkan perancangan ku untuk menyuntingnya menjadi suri hidupku.." doa Wan dalam hati.

Baginya, Mastura memiliki budi pekerti yang luhur..Indah wajahnya, indah akhlaknya, indah agamanya..Sungguh pun Mastura lebih tua darinya, namun itu tidak menjadi masalah..Tiada sebab untuk menafikan Mastura layak disunting menjadi permaisuri hati..
"Aku pasti, andai aku tidak merebut peluang ini, pasti ramai lelaki di luar sana berbaris untuk berada di tempat ku sekarang ini.. Seandainya, harapan ini menjadi kenyataan,akulah insan yang paling bahagia saat ini.."ucap Wan dalam senyum

Bibirnya mudah saja menguntumkan senyuman andai wajah Mastura muncul dimata..Malah wajah itulah yang didamba-dambakan agar sentiasa menghiasi lenanya..

**********************

"Wan..Mengapa kau terlalu baik padaku..?? Adakah maksud lain disebalik semua kebaikanmu ini?? Aaarrgghh..mudah saja aku berprasangka..Bukankah aku senang dengan sikapnya selama ini..Wan, tahukah kau, hati ini telah lama menyulam rindu padamu..Lafaz cintamu yang ku tunggu saban waktu..Sukarkah untuk mu memulakan..?? atau adakah aku yang bertepuk sebelah tangan.."soal Mas perlahan.

Soalan-soalan tadi dibiarkan berlalu dihembusan angin malam..Mana mungkin dia memulakan meluahkan perasan hati pada insan yang dikasihi sepenuh hati..Bukankah sudah lumrah alam, wanita hanya menuggu kata-kata cinta diluahkan padanya..?? Tak mahulah menjadi perigi mencari timba..Meskipun, pada zaman ini, soal perempuan yang memulakan sesuatu hubungan telah dianggap sinonim dalam gejala bermasyarakat..Namun apa yang pasti, Mas bukanlah gadis itu..

************************

Kehadiran keluarga Wan ke rumah benar-benar mendebarkan rasa hatiku..Kata ibu, kehadiran mereka untuk merisik..Selepas menghidangkan sedikit jamuan untuk para tamu, ibu memberikan isyarat agar aku ke bilik..Tak manis katanya anak dara mendengar perbualan orang tua..Aku dan Kak Mas akur dengan arahan ibu..Walaupun hatiku melonjak untuk mendengar perbulan mereka..

Di dalam bilik aku mula berangan-angan sendirian.. "Mungkin aku yang dirisik??..Tapi bersediakah aku menjadi seorang isteri??....Mungkinkah ini perasan yang dialami oleh setiap bakal pengantin..??" Pelbagai persoalan melanda benakku..Hati ku mula berbunga kecil memikirkan kemungkinan ini..indahnya hari ini..

Kehadiran ibu dimuka pintu membantutkan angan-anganku..Langkah ibu terhenti disisi Kak Mas..

"Mas, keluarga Wan datang untuk meminang Mas..Ibu gembira andai Mas menerimanya..Wan anak yang baik..Tiada alasan untuk Ibu menolak pinangannya..Mas, pula macam mana..??" soal ibu gembira

Kak Mas masih diam seribu bahasa..Tak tahu apa lagi yang perlu dituturkan..Meskipun perasaannya kala itu terlalu gembira..Ternyata, selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan..Perlahan-lahan, Kak Mas mengangguk tanda setuju..Ibu dan Kak Mas berpelukan..Gembira..

Tanpa sedar, disebalik kegembiran itu ada hati yang terluka..Hancur luluh hatiku kala itu..Malu yang bukan kepalang..Ternyata aku yang alpa selama ini..Kasih Wan padaku hanyalah kasih seorang abang pada adiknya..bukan kasih yang selayaknya di antara adam dan hawa..Mengapalah aku terlalu yakin, insan cacat seperti ku layak memperoleh cinta sesuci cinta Wan..Aku malu..

***********************

Kad undangan perkahwinan itu ku renung buat ke sekian kalinya…Mohd Ridzuan Jaafar..Nama yang telah lama sinonim dalam hati ini..Seorang insan yang pernah memberikan aku harapan…harapan membina sebuah mahligai indah..Mungkin juga aku yang salah menafsir harapan yang diberikan..aarrgghh..hati ini terlalu mudah menerima cinta..

"Mengapa dia yang kau pilih..Kakak ku sendiri..Ya Allah, besarnya ujian yang kau berikan padaku"..rintihku dalam tangis..

Bagaimana harus ku sembunyikan perasan ini??. Perlukan aku berpura-pura gembira di atas perkahwinan ini sedangkan batinku menjerit terluka..Atau perlukan aku mencari alasan agar aku tidak perlu menyaksikan persandingan ini..?? aaarrgghh..mana mungkin aku lakukan sedemikian..Terlalu sukar untuk kakak ku mendapat jodoh, tapi bila jodohnya sampai, aku pula cuba melarikan diri..Adilkah baginya?..Pada saat-saat ini aku pasti,dia sangat memerlukan aku disisinya..

**************************

Setahun sudah berlalu..Setahun sudah Kak Mas dan Wan sah menjadi suami isteri..Mereka mula membina mahligai indah yang sentiasa diimpikan oleh setiap insan yang berkasih..Tambahan pula, Kak Mas sedang mengandungkan anak sulung..Wan pula, terlalu mengambil berat kesihatan isteri yang dicintainya..Kadang kala, jiwaku menjerit, meronta melihat kemesraan mereka..Aku terlalu cemburu melihatnya..berdosakah aku..??

Sehingga kini, aku masih sendiri..Sendiri ditemani luka dihati..Terlalu sukar untuk ku menerima kenyataan ini..Cinta pertamaku dihadapan mata, tapi sayangnya kasihnya bukan untuk ku..Entah sampai bila aku harus begini..Bukan ku tak pernah mencuba,..Tetapi semakin ku cuba melupakan, semakin kuat perasaan ini mencengkam di hati..

"Ya Allah, apakah maknanya semua ini?? Bantulah aku untuk mengubah rasa cinta ini..Bantulah aku.." doaku penuh mengharap..

**********************

Panggilan telefon daripada Wan pagi tadi benar-benar mengejutkan aku..Katanya, Kak Mas dimasukkan ke hospital..Sangka ku, mungkin telah tiba masanya untuk dia melahirkan..Namun menurut doktor, berlaku sedikit masalah di mana rahim Kak Mas tidak dapat mengecut seperti kebiasaannya..Disebabkan masalah itu, satu pembedahan terpaksa dibuat di mana rahimnya perlu dibuang..Masya Allah..Betapa besarnya dugaan ini..Ini bermakna Kak Mas tidak akan dapat melahirkan lagi..Aku hanya mampu berdoa agar semua berjalan lancar..

Sebaik saja pintu bilik pembedahan dibuka, Wan terus terjaga..Ku lihat, Doktor Shah membisikan sesuatu pada Wan..Saat itu hanya wajah kedukaan yang mampu ku baca dari riak wajahnya..Wan memberikan isyarat agar aku menemaninya menemui Kak Mas..Aku sendiri berdebar untuk melangkah..Sungguh, aku sendiri tidak tahu keadaan yang sebenarnya..

Tirai hijau ku selak perlahan..Ku lihat wajah lesu Kak Mas..Masih sempat Kak Mas menguntumkan senyuman padaku..Meskipun ku tahu, senyuman itu terlalu payah dek kerana menahan sakit..Kak Mas mengengam tangan ku erat..Bibirnya bergerak, seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan..Wan merapatkan telinganya ke wajah Kak Mas..

"Abang..jaga Khaura, anak kita baik-baik ye bang..Bagilah pendidikan agama sepenuhnya..Mas rasa, Mas tak berkesempatan untuk melihat anak kita membesar..Maafkan Mas, andai tanggugjawab ini dibebankan sorang pada abang.." bisik Kak Mas dalam payah..

Saat itu, ku lihat dadanya berombak kencang..Air mata mula berlinangan..Dalam suara yang tersekat-sekat Kak Mas memberikan wasiat..

"Abang, berjanjilah pada Mas, yang abang akan menikahi Ida..Hanya Ida yang layak menggantikan tempat Mas..Hanya Ida yang boleh menjadi ibu yang baik pada Khaura..Berjanjilah bang.."pinta Kak Mas

Wan hanya mampu menganggukkan kepala..Air mata jantannya tumpah membasahi pipi..Isteri yang disayanygi sepenuh hati kini telah pergi menyahut seruan Illahi..

Dan aku?? Adakah ini suatu nikmat bagiku?? Atau adakah ini suatu bencana bagiku.?? Sungguh bukan ku pinta terjadinya bencana ini..Mana mungkin aku gembira di atas pemergian kakak ku sendiri..

*******************

Seluruh keluarga meminta agar segera melaksanakan wasiat Kak Mas..Wasiat yang meminta aku menikahi dengan suaminya..Bagaimana harus ku khabarkan perasaan ku kala ini..Sungguh hatiku mencintai Wan, tapi bukan dengan ini caranya..Seolah-olah aku merampas kebahagian kakakku sendiri..Tapi ini adalah wasiat..Wasiat seseorang wajid ditunaikan..

"Ya Allah..aku buntu mencari penyelesaiannya..Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian..Haruskan aku menerima pernikahan ini sedangkan hatiku kini berbelah bagi..Haruskah aku menerima perkahwinan ini, saat cintaku mula beralih arah..Ya Allah, aku redho diatas segala ketentuannMu..Andai dia memang jodohku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya..hanya doa yang mampu ku panjatkan..Selebihnya, hanya terserah padaMu Illahi.." doaku dalam tangis..

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.