Cerpen : Jika ini takdirku

"Ema,ada surat ni!" Laung Puan Syahidah dari hadapan rumah. Patutla macam dengar bunyi motor tadi,ngomel Naema sendirian sambil berlari-lari mendapatkan ibunya. "Hah??!! Yes yes yes!!" Naema melompat kesukaan,sambil menari-nari di hadapan ibunya. Puan Syahidah memandang pelik. "Kenapa pulak dengan anak dara aku sorang nih, ishk.Malu orang tengok nanti!!Ema!!" Puan Syahidah mencubit Naema. Terjerit kecil Naema sambil tangannya terus menghulur surat yang baru diterima sebentar tadi. Puan Syahidah terduduk. Meraup muka berkali-kali sambil mengucapkan syukur. "Alhamdulillah.." terdengar Naema pula menyebut kalimah syukur itu setelah kegembiraannya agak reda. "Hah,baru nak ingat Tuhan??ishk. Dgr sini Ema, dalam apa situasi pun, ucap syukur pada Tuhan dulu.Lepastu baru la nk terkinja-kinja sampai Maghrib pun tak apa," perli Puan Syahidah lantas bangun dan memeluk anaknya. Air matanya menitis jua. Alhamdulillah, Naema telah ditawarkan jawatan Pegawai Syariah. Tidak sia-sia dia membesarkan anak nakal ini. Fikirannya terkenangkan perangai Naema yang agak nakal di zaman persekolahannya, semenjak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Perangainya menjadi-jadi, sehingga ada satu ketika, Puan Syahidah dan En.Zaki terpaksa ke sekolah bertemu pengetua. Memang malu pada waktu itu mengenangkan sikap Naema yang kerap melanggar peraturan sekolah dan asrama. Tetapi, Puan Syahidah dan En.Zaki tahu, dengan memarahi Naema, dia takkan berubah. Sudah masak benar mereka dengan sikap anak bongsu mereka itu. Jadi, mereka menggunakan pendekatan lain.Apabila Naema pulang ke rumah pada hujung minggu, mereka melayannya seperti biasa seolah-olah anak mereka itu tidak melakukan sebarang kesalahan. Akhirnya, Naema yang keras perangai, telah lembut hatinya apabila dia berasa terharu dengan kesabaran kedua-dua ibu bapanya.Hasilnya, anak mereka ini membesar menjadi seorang yang amat menghormati mereka, dan kini sudah boleh dianggap berjaya!
Kini, Puan Syahidah mampu tersenyum lebar. Dia dan suaminya tidak perlu lagi menahan telinga mendengar omelan-omelan orang ramai tentang anaknya, mereka tidak perlu lagi mendengar cemuhan-cemuhan saudara-saudara tentang Naema. Naema sudah membuktikan dia adalah anak yang baik dan berguna. Air mata Puan Syahidah mengalir lagi di pipi tuanya.
* * * * *
Amir menumbuk mejanya agak kuat. Terdengar bisikan-bisikan dari staf-staf di luar pejabatnya yang tertanya-tanya mengapa dia bersikap agak dingin dan pemarah hari itu. Dia mendengus geram. Sakit hatinya mengenangkan Syaza yang ditatang saban hari. Apa yang Syaza perlukan, semua dia penuhi. Cuma, dia meminta Syaza bersabar bila Syaza sering bertanya bila dia akan menghantar pinangan. Hairan benar dengan sikap Syaza yang seakan terlalu kemaruk untuk bertunang. Tidakkah dia memahami seorang lelaki perlu stabil dalam banyak hal, melengkapkan diri selengkapnya untuk menjadi suami sekaligus pemimpin kepada isteri dan anak-anak? Seingatnya, tidak pernah sekali pun dia memarahi Syaza, tidak pernah! Dia menurut semua kemahuan Syaza, dia selalu ada waktu untuk Syaza. Bukan dia mengabaikan Syaza dan tidak mengambil berat terhadap Syaza apatah lagi dengan tuduhan tak berasas yang Syaza lemparkan padanya semalam, dia ada perempuan lain?! Memang benar-benar tidak berasas. Kemarahannya semakin meningkat bila Syaza menghantar khidmat pesanan ringkas ke telefon bimbitnya sebentar tadi memberitahu dia sudah berada di KLIA untuk bertolak ke London bagi menenangkan fikiran. Syaza benar-benar melampau.

Amir tersandar di kerusinya. Telefon berdering-dering minta diangkat dibiarkan berhenti sendiri. Dia amat marah ketika ini. Dia hairan mengapa Syaza berubah laku sejak 2-3 minggu ini. Syaza menjadi seorang yang sangat mendesak dan sanggup menuduhnya bukan-bukan. Dia benar-benar bingung. Sambil memicit-micit kepalanya yang mula berdenyut-denyut, matanya seakan berat dan penglihatannya mulai kabur dan semakin kabur.
* * * * *

Rambutnya yang hitam berkilat separas pinggang dilepas bebas. Dengan senyuman menggoda dia melirik ke arah Mark, lelaki Serani yang bermata biru itu. Perlahan-lahan dia menginjak kaki ke katil tersebut. Mark tersenyum nakal sambil memandang tepat ke arah wanita Melayu yang jelita itu. Pertama kali melihatnya, hati Mark sudah tidak keruan. Dengan seberapa ’gentleman’, Mark cuba mendapatkan wanita itu. Setiap hari dia menghantar sejambak mawar merah beserta sekeping puisi, setiap hari dia menelefon dan bertanya khabar wanita itu, mengambil hati dan mengambil berat tentangnya. Mark begitu yakin gadis bertudung itu akan cair padanya, tapi dia seakan tercabar bila wanita itu begitu kuat menahan godaan sedangkan sepanjang hidupnya, perempuan mana yang tidak cair melihat susuk tubuhnya yang lampai dan tegap itu? Bermacam-macam helah telah dibuat demi memancing perhatian wanita itu dan akhirnya wanita itu dimilikinya tanpa sebarang paksaan! Dia tersenyum bangga sambil meraih wanita itu ke dalam pelukannya.

* * * * *
Naema kelam kabut. Cepat-cepat menyarung pakaiannya apabila Mimi menelefonnya memberitahu kursus yang sepatutnya dihadiri oleh mereka telah 15minit bermula. Dia mengambil tas tangannya dan sebuah fail lantas berlari keluar dari bilik hotel itu. "Apa aku dah buat nih??Aku dah hilang akal ke??" Fikiran Naema begitu serabut mengingati kejadian malam tadi. Entah apa yang merasuknya sehingga dia sanggup buat begitu. Dia menyalahkan dirinya sendiri. Disebabkan kejadian semalan, dia lewat bangun hari ini. Mencampurkan urusan peribadi dan kerja, terasa tidak profesional langsung! Sambil berjalan laju-laju, dia masih mengutuk-ngutuk dirinya di dalam hati.

Setibanya di dewan, semua mata memandang ke arah Naema. Naema cuba melemparkan senyum dan menunduk sedikit tanda hormat kepada hadirin yang ada. Kemudian, dia berjalan laju ke arah Mimi yang melambai-lambai dari barisan keempat dari hadapan. Alamak, depannya si Mimi ni duduk. Rungutnya. Dengan muka yang agak merah menahan malu, Naema cuba berlagak selamba mengambil tempat di sebelah Mimi. Mimi hanya tergelak kecil melihat wajah merah Naema menjadi perhatian pada pagi itu. Dengan mimik muka yang geram, Naema menyiku Mimi sambil terus mengeluarkan pen dan kertas dan terus pura-pura tekun memberi perhatian terhadap taklimat awal kursus pegawai-pegawai kerajaan pada hari itu.

Setelah tamat kursus hari itu, Naema mengajak Mimi keluar membeli belah di kompleks membeli belah berdekatan. Mimi hanya menurut tanpa banyak cakap kerana dia sememangnya hantu shopping. "Aduh!" Mimi terdorong ke tepi, hampir terjatuh. Belum sempat Naema mendapatkan Mimi, kelihatan dua orang lelaki telah menolong Mimi. Naema kaget apabila terpandangkan wajah lelaki berkemeja biru itu. Jantungnya berdegup kencang. Serta-merta kenangan zaman persekolahan dahulu bermain di layar mata.

"Aku takkan suka budak jahat macam ko nih, dah la selekeh, ada hati nk syok kat aku??huh! kalo ko bleh jadi cam Princess Diaries, maybe aku pertimbangkan kot..hahhahaha.." Amir berlalu pergi.
Masih terngiang-ngiang sisa ketawa Amir di telinganya. Ya, Amirlah lelaki pujaan Naema semenjak dari Tingkatan Tiga sehingga ke hari ini, sehingga umurnya telah mencecah 25 tahun. Tiada siapa yang tahu, sehingga kini, masih ada ruang di hati Naema untuk Amir. Amir yang menolaknya mentah-mentah dan menghinanya terang-terangan. Entah kenapa hatinya begitu tertarik dengan Amir dan dia langsung tidak mampu melupakan Amir. Dia menelan setiap kata-kata Amir yang begitu menyakitkan hati. Kadang-kadang, Naema sendiri pelik kerana dia begitu berani meluahkan rasa cintanya pada Amir walaupun dia tahu dia tidak layak bergandingan dengan Amir. Bagai pipit dengan enggang. Mana mungkin akan terbang bersama. Entahlah, dia sendiri tidak pasti apa kelebihan Amir sehingga begitu mendalam cintanya pada lelaki itu.Mungkin kerana salah satu sikap Amir yang dianggap baik oleh Naema, Amir tidak pernah memberitahu orang lain tentangnya yang berani meluahkan rasa cinta pada Amir Satu perkara yang membuatkan Naema merasakan Amir seorang yang masih berperikemanusiaan. Kalau orang lain, sudah tentu dijaja kisah cinta tidak kesampainnya itu, sudah tentu dia akan merasa malu bertahun-tahun dan tidak akan menjengahkan mukanya pada setiap kali perhimpunan semula rakan-rakan sekolah batch SPM 2001 yang dibuat dua tahun sekali semenjak mereka tamat persekolahan.

Reunion dua tahun lepas, kecoh memperkatakan tentang Amir dan Syaza yang telah bertunang. Mereka memang sepadan. Syaza seorang pelajar yang bijak dan cantik, ada lesung pipit di kedua-dua belah pipinya dan menjadi pujaan ramai manakala Amir seorang yang pandai dalam bidang komputer, olahraga silat, dan mendapat pencapaian yang agak hebat dalam pelajarannya. Sudahnya, Naema hanya memendam rasa tanpa mengharapkan apa-apa daripada Amir. Dengarnya, Syaza sekarang telah menjadi seorang peguam . Naema menghela nafas. Peguam, cantik, dan memiliki Amir! Argh..semua yang diinginkannya ada pada pada Syaza! Naema menjerit di dalam hati.
* * * * *

Syaza!!
Amir terjaga. Dia tercari-cari wajah Syaza. Kepalanya terasa berat, matanya berpinar-pinar. Rupanya dia telah dijumpai pengsan di dalam pejabatnya dan telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh Dani, teman baiknya.
"Kau kenapa ??Stress sangat ke sampai pengsan. Jgnla buat keje teruk-teruk mcm nk cepat naik pangkat, tu kan memang syarikat kau." Dani mula membebel. Tidak senang dengan gila kerja rakannya itu."Aku nk pinang Syaza bulan depan Dani" katanya bersemangat. Kemudian, Amir bercerita dari A sampai Z kepada Dani. Dani hanya mendiamkan diri. Sebenarnya dia rasa serba salah. Dia terserempak dengan Syaza sebelum datang melawat rakannya itu. Syaza yang cantik dan dikenali dengan wanita anggun dan sopan itu sedang meliuk lentok memaut tangan seorang pemuda berbangsa asing. Terasa mahu ditampar-tampar muka perempuan itu. Tak tahu malu. Entah ke mana hilangnya adab sopan dan ciri-ciri wanita timur yang ada padanya, sehingga sanggup tergedik-gedik di hadapan khalayak. "Kenapa kau diam ni??hey!!" Dani tersentak. Dia menggeleng-geleng cuba mencari kata-kata yang sesuai. Amir memandang dengan penuh kehairanan. "Kau ada sorokkan pape dari aku ke Dani??baik kau ckp, aku bkn kenal kau sehari dua, da bertahun.dah faham sangat dengan riak wajah kau yg mcm sorok something tuh!" Amir memandang tajam ke arah Dani. Dan pandangan itu memaksa Dani untuk menceritakan segalanya yang dia nampak tengah hari tadi.

* * * * *

Faiz termenung. Susah benar untuk mendekati Naema, gadis sederhana yang berkulit sawo matang, dan petah bila berbicara. Dia mula jatuh hati pada Naema semenjak malam itu, sewaktu melihat Naema membelasah seorang peragut yang meragut beg seorang wanita Cina di hadapan hotel. Gayanya nampak cekap, silat mungkin. Dia berlari untuk menolong Naema tetapi Naema telah salah faham dengannya dan dia turut menerima penangan buah silat Naema.Senak juga dibuatnya, tetapi bila diingat kembali, terasa kelakar pula. Selepas itu, dia bertemu lagi dengan Naema di dalam dewan kursus pegawai-pegawai kerajaan. Memang kelakar melihat rupa Naema yang terlewat menghadiri sesi taklimat awal pada pagi itu. Tudungnya tampak senget sedikit, lewat bangun agaknya.
Semenjak hari itu, Faiz cuba mendekati Naema. Kebetulan Faiz adalah Pendaftar di Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson. Setiap hari Rabu, dia dapat melihat Naema mengendalikan kesnya di mahkamah tersebut. Dia semakin jatuh hati dengan gadis sederhana itu. Melihat wajah Naema membuatkan dirinya terasa begitu tenang dan kepetahan Naema menampakkan kredibilitinya sebagai seorang pegawai yang bertindak sebagai peguam di Biro Bantuan Guaman. Dia betul-betul jatuh hati pada gadis itu.

Sebolehnya dia akan berbicara dengan Naema walaupun sekejap setiap kali mereka berjumpa di mahkamah tersebut. Dia menunjukkan minatnya terhadap Naema tetapi gadis itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang meyakinkannya untuk terus bertindak dengan lebih jauh. Jadi, Faiz mengambil langkah untuk cuba mendekati Mimi dan Haliza, dua lagi rakan Naema yang dikenalinya pada waktu kursus dahulu. Mungkin mereka dapat membantu, fikir Faiz dalam hati sambil memasang tekad untuk menjadikan Naema suri hatinya.
* * * * *


Reunion batch SPM 2001 diadakan di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Kali ini, mereka mengadakan BBQ di tepi pantai dan membuat unggun api. Begitu meriah sekali. Masing-masing berwajah ceria sambil bertukar-tukar cerita sesama mereka. Naema melabuhkan punggung di atas batu besar di bahagian tepi unggun api setelah urat sarafnya mula terasa sejuk. Naema duduk memeluk tubuh, tiba-tiba ada seseorang menghulurkan jaket kepadanya. Naema terkejut dan terus memandang wajah lelaki itu. Amir! Rasanya Amir tidak datang tadi. Entah bila dia muncul, Naema mula berdebar-debar. Hatinya berdegup kencang. Dia mencari-cari kelibat Syaza. "Cari apa?" Amir menegur sambil turut melabuhkan punggung di sisi Naema. Naema mengengsot sedikit, menjarakkan kedudukan mereka. "Syaza.." Kata Naema perlahan. Amir tersenyum dan mereka mula bersembang dan bercerita tentang hidup masing-masing.
* * * * *
Semenjak hari itu, Amir dan Naema semakin rapat. Mereka kerap berhubung melalui panggilan telefon dan juga sms. Masing-masing seperti memendam perasaan. Kadang-kala, Naema perasan Amir amat mengambil berat terhadap dirinya. Dia benar-benar tidak percaya, akhirnya, Amir akan datang kepadanya dan hubungan mereka menjadi serapat itu. Dia juga seperti tidak percaya Amir bukanlah tunangan Syaza seperti yang digembar gemburkan. Dunianya terasa begitu indah dan berseri!

Naema baru selesai bersolat Maghrib apabila dia mendapat khidmat pesanan ringkas dari Amir supaya menunggunya di sebuah restoran. Naema hairan kerana mereka tidak pernah berjumpa pada waktu malam tetapi hari itu, Amir mendesaknya untuk bertemu pada pukul 9.00 malam. Mimi dan Lily teman serumahnya sudah lama keluar. Jadi, tanpa banyak soal Naema terus bersiap dan memandu keretanya menuju ke restoran tersebut. Setibanya di sana, seorang pelayan menghampiri Naema dan bertanyakan namanya. Setelah diberitahu, pelayan tersebut memberitahu Amir menyuruh Naema menunggunya kerana dia terpaksa keluar sebentar kerana ada hal yang agak penting. Naema duduk ditempat yang ditunjukkan oleh pelayan tersebut. Matanya tertancap pada sekeping kad berbentuk hati dan sejambak mawar merah. Terhidang juga dua gelas fresh orange di atas meja tersebut. Naema tersenyum. Inikah saat-saat yang ditunggu olehnya setelah bertahun-tahun memendam rasa?

Naema mempamerkan senyuman paling manis. Dia cuba membayangkan saat romantis dia dan Amir sebentar lagi. "Adeh, aku da nk gile nih, mana lak si Amir ni." Rungut Naema sambil melirik jam di tangan. Tiba- tiba telefon bimbitnya berbunyi.. you have a message! Naema cepat-cepat membuka inboxnya. Mesej dari Faiz. Keluhnya hampa, ingatkan Amir. Naema membacanya dgn malas. “Saya ada benda penting nak gtau awk..otw nk jmpa awk". “Faiz nk jmpa aku??knp pulak ni??ishk2, aku da nk sampai ke babak romantik nih." Naema merungut sendirian. Dia akui, Faiz memang baik dan insiden malam itu membuatkan dia dan Faiz menjadi kawan. Dia benar-benar selesa menjadi sahabat kepada Faiz tanpa sedar Faiz menyimpan perasaan terhadapnya. Belum sempat membalas mesej Faiz tiba-tiba pelayan tadi datang menghampiri Naema dan berbisik sesuatu. Ya Allah! Naema terus berlari keluar dari restoran itu dengan wajah yang pucat lesi.

* * * * *
Setelah sebulan insiden pergaduhan antara Faiz dan Amir berlaku, Faiz tidak lagi menghubungi Naema. Entah ke mana Faiz pergi, Naema langsung tidak tahu. Mimi juga kerap bertanya mengapa Faiz tidak lagi menghubungi mereka seperti biasa. Dia juga tidak ada di Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson setiap kali mereka ke sana untuk mengendalikan kes. Naema merasa bersalah yg amat sangat. Adakah kerana dia menengking dan menampar Faiz, membuatkan Faiz merajuk dan membawa diri?

Tiba-tiba, dia terasa begitu rindu pada Faiz. Memang salahnya. Walaupun Faiz bersalah kerana membelasah Amir pada malam itu, tapi tak sepatutnya dia menengking dan menampar Faiz. Naema tidak tahu mengapa saat ini hatinya begitu merindui Faiz. Terkenang segala kebaikan dan keprihatinan Faiz terhadapnya. Mesej-mesej lucu yang sering dihantar oleh Faiz setiap kali sebelum masuk tidur pasti akan membuatnya ketawa. Bayang Amir silih berganti dengan wajah bersih Faiz. Sampai saat ini, dia tidak tahu apakah motif Faiz memukul Amir malam itu. Yang dia tahu, Mimi memberitahunya Faiz telah jatuh hati padanya sejak kali pertama mereka bertemu. Cemburu?? Mungkinkah? Naema bermonolog sendiri. Kemudian, dia tersenyum mengenangkan bagaimana dia menendang Faiz dengan sekuat hati kerana menganggap Faiz adalah rakan kepada peragut yang cuba meragut beg tangan seorang perempuan Cina separuh umur sewaktu di hadapan hotel. Dan keesokan paginya, Faiz juga yang menegur tudungnya yang senget sebelah. Huh!Memang malu betul waktu tu. Rasa nak belasah je si Mimi yang tak menegur langsung tentang tudungnya yang senget itu. Ngomel Naema sendirian sambil terus menerus melayan perasaan rindu yang bertamu sehingga dia terlelap beberapa ketika selepas itu.

* * * * *.

"Ema, Sudikah awak jadi permaisuri hati saya??"

Naema menoleh. Kaget. Kelihatan Amir yang sudah melutut di hadapannya sambil membuka sebuah kotak berbaldu merah yang bersaiz kecil. Kelihatan sebentuk cincin emas putih yang begitu cantik bersinar-sinar disinari sinaran matahari petang. Patutlah ajak aku berjumpa di tepi tasik hari ni, ingatkan buang tebiat, tak pernah-pernah, nak melamar aku rupanya. Yes!Detik Naema dalam hati sambil tersenyum manis. Jantungnya berdegup kencang seolah-olah baru menamatkan larian 100meter. Naema memandang Amir dengan 1001 perasaan yang berbaur.

* * * * *

"Aku minta maaf Faiz. Kau da terlambat. Kemana kau menghilang? Kau kecil hati dgn Ema? Sekarang aku dah tak boleh tolong kau, Ema dah bertunang minggu lepas."
Mimi bersuara perlahan. Dia memandang Faiz yang senyap dari tadi. Faiz tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Mukanya tidak menampakkan sebarang kekecewaan. Mimi dan Haliza berpandangan.
"Kita duduk kat bangku tu, biar aku berterus terang " kata Amir sambil menunjuk ke arah bangku-bangku simen yang berukir seperti kayu di hujung taman itu. Mereka bertiga berjalan beriringan. Mimi dan Haliza sudah masing-masing berasa tidak sedap hati. Setelah mengambil tempat, mereka berdua memandang tepat ke arah Faiz sambil bagai tak sabar menanti kata-kata yang akan keluar dari mulut Faiz.

"Sebenarnya, aku tumbuk Amir hari tu coz aku tahu dia sebenarnya cuma memperalatkan Ema. Dia dah plan malam tuh utk pura-pura melamar Ema coz dia tahu girlfriendnya akan datang ke restoran tuh jugak malam tuh. Tuh semua plan dia utk dptkan girlfriendnya balik. Dia tak ikhlas terhadap Ema."

Mimi dan Haliza terbeliak. Amir tak ikhlas??Memang sukar dipercayai. Lelaki itu begitu romantik dan terlalu mengambil berat terhadap Naema Mereka menelan liur seolah tidak percaya.Amir menarik nafas dan menyambung kata-katanya.

“Aku cuba nak jelaskan pada Ema tapi aku takde peluang. Aku ada tinggalkan surat tp entah la, aku rasa Ema tak baca surat tuh. Kalau baca pun,dia mesti tak percaya. Aku cuba cari bukti utk yakin kan Ema. Aku jumpa Amir dan warning dia tp, Amir mengaku hari tu dia memang terlalu memikirkan girlfriend dia, tp dia bersungguh-sungguh kali ni coz dia dah betul-betul jatuh hati dengan Ema. Dan dia mmg benar-benar ikhlas nak melamar Ema. Sebab tuh aku menghilangkan diri. Biar mereka kecapi bahagia. Aku harap Amir sia-siakan Ema. ." Ada nada sayu di akhir kata-katanya.


* * * * *


Tinggal lebih kurang 3minggu lagi Naema akan disatukan dengan Amir. Hubungan mereka berjalan lancar pada mulanya. Tetapi, sekarang Naema dapat menangkap perubahan sikap Amir, dia asyik sibuk dan tidak mempunyai masa untuk Naema. Disuarakan rasa hati terhadap ibu dan ayahnya, tetapi mereka menyedapkan perasaannya dengan mengatakan Amir bekerja keras kerana memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang suami tidak lama lagi. Naema termenung. Agak lama, kemudia dia mengambil wudhu’ lalu bersolat istikharah. Mohon pada Tuhan agar diberikan petunjuk. Usai solat istikharah, matanya terasa begitu berat dan akhirnya Naema terlena dalam keadaan masih bertelekung.

Keesokan harinya, Naema dikejutkan oleh ibunya. Dia melirik telefon bimbitnya, Ya Allah, aku terlepas Subuh. Cepat-cepat Naema bangun untuk terus mengqada’kan solatnya. Selesai bersolat, dia teringatkan Faiz. Ya, memang wajah Faiz. Tapi kenapa Faiz,bukan Amir?Itukah petunjuk yang Allah tunjukkan padaku dalam mimpiku malam tadi? Naema termangu. Betapa dia cintakan Amir tetapi wajah Faiz pula yang muncul dalam mimpinya. Ya Allah, jika ini takdirku...
Tiba-tiba, terdengar suara memberi salam. Naema bingkas bangun, mencapai tudung dan membuka pintu. Tuan Mukhriz dan Puan Zaharah serta beberapa orang lagi muncul di depan pintu dengan riak muka yang tidak dapat diertikan oleh pandangannya. Segera dia bersalam dan menjemput mereka masuk. Ini merupakan kali kedua Naema bertemu mereka, bakal ibu dan bapa mertuanya selepas majlis pertunangannya 3bulan yang lalu. Ibu dan ayahnnya terkocoh-kocoh ke ruang tamu dan berjumpa dengan bakal besan mereka. Naema pula terus ke dapur untuk membuat air. Hatinya mula rasa tidak sedap. Kunjungan mengejut ni boleh buat aku sakit jantung! Desisnya di dalam hati. Sambil membuat air, dia cuba mencuri-curi dengar perbualan mereka, tetapi kurang jelas. Naema membetulkan tudungnya lalu membawa air ke hadapan untuk dijamu kepada ibu bapa Amir, tunangannya.

Pranggg!
Dulang yang dipegang terlepas dari tangan. Saat itu, kepalanya terasa berdenyut-denyut, matanya kian kabur, saat itu juga, dunianya menjadi kelam sekelam hati dan perasaannya kala itu setelah mendengar ayat-ayat terakhir yang keluar dari mulut Tuan Mukhriz.

* * * * *


Rumahnya dipenuhi orang ramai. Masing-masing menjamu selera dengan enaknya Keluarga, saudara mara dan jiran-jiran terdekat bekerjasama melayan tetamu yang hadir. Naema termenung di dalam bilik. Baju pengantinnya dipandang sayu. Air matanya sudah kering untuk menangisi semua itu. Sampai hati Amir memutuskan pertunangan mereka tanpa bertemunya walau sekali untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar.Dia sudah letih menghubungi Amir,dia juga sudah letih memikirkan apakah salah dan silapnya sehingga Amir begitu kejam mempermainkan hatinya dan hati kedua ibu bapanya. Pertunangan diputuskan 3minggu sahaja lagi sebelum perkahwinan.Amir memang kejam! "Ema.." Mimi, Haliza dan Lily duduk bersimpuh di sebelah Ema. Mereka menggenggam erat tangan Naema, memberi semangat dan kekuatan. Tiba-tiba, Puan Syahidah masuk ke bilik dengan tiba-tiba. "Cepat-cepat, rombongan lelaki dah sampai."
Mereka serentak ternganga. Dengan spontan mereka mengambil baju pengantin biru laut itu lalu menggesa Naema memakainya. Naema yang masih kebingungan cuma menurut. Akalnya tidak dapat berfikir waktu itu.

"Aku terima nikahnya, Naema Binti Mohd. Zaki dengan maskahwinnya RM80 tunai." Saksi-saksi mengangguk tanda setuju dan mengucapkan ’sah’.

Hanya dengan sekali lafaz, Naema telah selamat menjadi isteri kepada Mohd Faiz Haiqal Bin Mohamed Faizal. Naema yang masih kebingungan tersentak bila Faiz menyarungkan cincin di tangannya dan mencium dahinya. Serentak dengan itu, air matanya mengalir perlahan di pipinya.

* * * * *


Naema tersedar dari lamunan. Bunyi jam telefon bimbit menjerit-jerit di tepi telinga. Lama benar lamunannya sehingga tidak sedar sudah berjam-jam dia mengelamun mengingati suka duka perjalanan hidupnya. 6.30 pagi. Bingkas dia bangun untuk mandi dan menunaikan solat Subuh. Menggigil-gigil tangan dan kakinya setelah disiram dengan air dari kolah rumahnya. Suasana kampung memang agak sejuk dan dingin tetapi menyegarkan. Ungkapnya perlahan seakan membandingkan Seremban dengan negeri tumpah darahnya. Sudah lama benar tidak menjengah kampung. Sambil menahan gigi yang berlaga-laga, Naema mencapai kain telekung yang tergantung di pintu almari. Sejadah berwarna biru laut kesukaannya dihampar mengadap kiblat. "Allahuakbar.." Terdengar perlahan takbir yang diucap.Dan dia terus tenggelam dalam kekhusyukan mengadap khaliqnya.

Selesai bersolat, dengan penuh tawadhuk dia mengangkat tangan dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T, Pencipta Yang Maha Berkuasa, yang mengetahui segala setiap sesuatu.

" Ya Allah..jika ini takdirku,aku redha dgn ketentuanmu..Kau berilah aku kekuatan utk terus mengharungi hidup ini..kau berilah aku ketenangan hati utk terus beribadat, bermunajat dan mendamba keredhaanmu..Kau cucurilah rahmat ke atas roh suamiku dan kedua ibu bapaku..tempatkanlah mereka, insan-insan yang ku kasihi ini di kalangan orang-orang beriman... Ya Allah.Amin Ya Rabbal A’lamin..."

Usai berdoa, Naema mengenakan naju kurung putih dan tudung yg juga berwarna putih. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari rumah tinggalan ibu bapanya, lalu bergerak menuju ke tanah perkuburan orang-orang Islam.Ibu, ayah dan suaminya telah mengalami kemalangan jalan raya seminggu setelah hari perkahwinannya. Tragedi yang telah meragut nyawa insan-insan yang disayanginya "Mak, Abah, Abg..Ema datang.." katanya perlahan, di tangannya tergenggam sebuah surah Yaasin.

Nun dari kejauhan kelihatan sesusuk tubuh sedang memerhati gerak langkah Naema yang sedang bersimpuh di sebelah pusara suaminya. Perlahan dia menanggalkan kaca mata hitamnya. Matanya bergenang. Sungguh dia menyesal kerana telah mensia-siakan gadis itu sedangkan dia adalah yang terbaik. Walaupun hanya dengan rupa yang sederhana, tetapi tebal iman, akhlaknya dan kesetiaannya. Amir mendang sayu. Teringat kembali apabila dia sanggup memutuskan pertunangan mereka apabila Syaza kembali ke pangkuannya. Kemudian, dia juga yang merayu-rayu kepada Naema untuk kembali menjadi suri hatinya setelah mengetahui Syaza kekasihnya yang jelita itu sudah tidak perawan lagi, dia terasa begitu bodoh dipermainkan Syaza, namun Naema membalas lembut tetapi tegas "Aku mahu kekal setia menjadi isteri kepada Mohd Faiz Haiqal bin Mohamed Faizal..tak mungkin ada yg lain..jika ini takdirku.."

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.