Cerpen : Waktu Yang Tersisa

Perlahan langkah kakinya di atur satu persatu, wajahnya seperti biasa tiada beriak seolah jiwa kosong tanpa perasaan. Hanna Naufal dia insan misteri tersangat misteri. Bicaranya terlalu mahal untuk didengar, bicaranya bila hanya perlu, bicaranya terus tanpa berkias, senyumnya juga jarang-jarang terukir. Gadis itu hanya akan kelihatan sedikit ceria bila tangannya mula memegang berus lukisan, mencalitkan warna pada kanvasnya. Dia kurang ramai kawan atau dengan kata lain hampir tiada kawan. Bukan tiada yang ingin mendekatinya tapi hakikatnya dia yang menghindari mereka. Dia tak mahu mereka tahu siapa dia sebenarnya, dia dah cukup selesanya dengan dunianya kini bertemankan laptop sebagai tempat meluah rasa, bersahabat radio nur-islam sebagai pakar motivasinya, berkawankan mp4 sebagai pemecah sepinya. Sudah!! dia tak mahu apa2 lagi. Cuma........ dia terlalu ingin, bahkan terlalu mengharap masa lalunya dikembalikan, sebab... dia terlalu rindu gelak tawa dan bahagia yang sentiasa menjadi miliknya. Hanna Naufal melepaskan keluhan.. dia bosan apabila otaknya mula memutarkan memori lalu, dia benci, dia sakit sangat tersiksa..... dibawah pokok besar inilah dia selalu menghabiskan waktu, terkadang membaca, terkadang melukis, terkadang menulis, begitulah mengikut rentak kemahuan moodnya sendiri.

**********
sayanggg.... watch ur step...!! tapi bukk!! dia dah tersembam jatuh.... adeyyyss mama........ huarrrggg sakittt... lagak anak kecil dia menangis, padahal sakitnya tak seberapa. Nakkan perhatian lah tu..hehe.. Puan Harissa sudah meluru pada anak gadisnya, cengeng walaupun usia sudah menginjak 19 tahun. "tulah lain kali hati-hati, ni tak main terjah jea, awak ingat awak tu baby lagi ke sayang?," leter wanita itu. Hanna Naufal sudah buat muka masam macam tertelan sekilo asam jawa jea. "dah mari masuk dalam sapu ubat kat luka tu...laaa... cepatlah bangun luka sikit jea kan, takkan nak suruh mama dukungkan kot, tak larat mama"..... melihat anaknya yang masih tak berganjak lagi membuatkan akal fikiran nakalnya mula merencana idea.. "ok kalau sayang betul2 tak larat, tunggu sini sekejap, mama nak pinjam kete sorong Pak Mail nak buat angkat sayang........ mendengar sahaja kata-kata mamanya bingkas Hanna Naufal bangun "mama ni......... orang nak manja-manja sikit pon tak dapat"

"haa.. tau pon taknak" kekekeke tau takut...ketawa Puan Harissa dalam hati. Anak bertuah tu lah dia. Dia menggeleng kecil bila seringkali teringat perangai nakal anak yang satu ini.

Hari ini seperti hari yang lalu, rumah agam ini tak pernah sunyi dari gelak tawa gurau senda ahlinya. Hanna Naufal paling suka mengusik isteri Pak Mael merangkap tukang masak rumahnya yang kuat melatah. Dia anak tunggal, kasih sayang semuanya tertumpah padanya. Tapi dia tak pernah melatah dengan apa yang dimiliki. Dirumah agam ini dia menghabiskan waktu, mengenal dunia. Mamanya seorang suri rumah walaupun punya ijazah dalam Perakaunan. Kata mama dia tidak meminati bidang itu, mengambil course itu sebagai pelengkap syarat sahaja sebab kehendak arwah datuk dan neneknya. Sebabnya lagi mama lebih meminati seni lukis, kerana lukisan itu tiada hadnya. Tulah yang mama yang bagitahu padanya. Tapi dia memang pun suka mama dirumah. Ada mama seolah dunianya sentiasa terisi dihiasi kuntum-kuntum bahagia. Mama lebih suka meneruskan minatnya melukis di studio yang papa buatkan khas dirumah mereka.

"Mama....oh mama...." Hanna Naufal mencari mamanya bila kelibat wanita itu hilang daripada pandangan matanya.

"mama disini sayang...." terdengar sayup2 suara wanita itu, taulah dia yang mamanya didalam studionya. Lantas langkah kakinya diatur ke situ, masuk tanpa mengetuk pintu, tubuh mama yang sedang mengadap lukisannya diterpa, dirangkul erat lehernya, kucupan manja di hadiahkan ke pipi wanita kesayangannya. "i love u mama...." ikhlas ucapan dari hatinya. "love u t0o sayang.."

Ah indahnya memori... Hanna Naufal mengeluh berat. Kenapa mesti kenangan indah itu hadir seketika sahaja? ya ALLAH apakah dosaku sehingga kau duga aku sebegini, aku tak kuat menanggung ujianMu ini ya ALLAH... ampuni aku ya ALLAH, ampuni mamaku jua ya ALLAH...

*********

"Apa lagi yang kurang pada saya, abang sampai awak sanggup buat saya begini?" sayup-sayup kedengaran suara mama penuh sendu. Hanna Naufal bangun pelahan menggosok-gosok mata yang dirasakan terlalu kelat. Dia menjeling jam di dinding, melewati 2 pagi.

"Rissa tak kurang apa-apa, tapi abang ni jea yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang abang miliki" perlahan kedengaran suara papanya menjawap. Dia masih lagi terpinga-pinga, mamai tersentak dari tidor belum hilang lagi. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke anak tangga satu persatu dituruni sehingga tangga terakhir. "mama.... papa... kenapa ni?" dia bertanya, sedikit hairan. Serentak Puan Harissa dan encik Nazril berpaling, tak sedar bila masa anak itu tercegat disitu. "Kenapa sayang? kenapa tak tidur lagi? puan Harissa bertanya sambil cuba menyembunyikan riak mendung diwajahnya. "anak papa kenapa ni" Encik Nazril pula menyampuk cuba mengawal perasaan..

Semenjak hari itu, mama selalu termenung, itu yang dia perasan tentang perubahan mama, Papa pula semakin kurang lekat dirumah. Entahla.. dia sendiri tak faham apa yang terjadi sebenarnya...

Ah... pergi, pergi, aku taknak ingat apa-apa tentang itu, dia memegang kepalanya, menggeleng-geleng cuba mengusir memori-memori lalu yang sering sahaja bertandang akhir-akhir ini.

Tangannya menggumpal kertas dihadapannya, segalanya tak kena. Lukisannya tak jadi, dia takda mood. Ah nak ke mana aku hari ni? pulang ke rumah pon tiada siapa2.. bicara hatinya.

Lama dia berfikir, ah.. lapar la pulak, memang patut pon sebab tengahari tadi dia ditahan di bilik kaunseling, apa lagi kena cuci minda, bertalu soalan ditanya oleh kaunselor tapi satu pon tak dijawab, sebabnya dia sendiri takda asa nak jawab. Dia pon tak tahu kerja siapa yang perihatin menyenaraikan namanya untuk dikaunselingkan. Baik hati sungguh, sampai aku pon tak dan nak makan getus hatinya jengkel..Ah lepak McD r... putusnya..

*********

Badannya panas membahang, entah kenapa lewat ini seolah dia punya antibodi yang lemah, demamnya semakin kerap. Sebulan kadang-kadang sampai 2,3 kali demam, kalau dah demam susah pula nak sembuh dan hari ni dia demam lagi, tapi digagahi juga dirinya menghadiri kuliah, sudah banyak kali dia tuang kelas, dia kena juga jaga attendannya tak mahu jadi mangsa bar oleh pensyarahnya nanti.

"Hanna Naufal, saya nak tengok assignment yang saya bagi semalam" MisS Tassy aka Natasya Leman sudah berdiri di sisi tempat duduknya. Bila masa wanita itu datang ketempatnya pun dia tak perasan. Dia tersentak, sungguh dia lupa siapkan assignment wanita itu.. Haduiiii mampus aku... "err so sorry miss tassy sy lupa buat assigmnt tu dengan kata lain saya tak siap" terus terang jawapannya. Kelas yang tadi bising kini sunyi, siapa yang tak kenal Miss Tassy, dia amat pantang kalau studentnya tak siap kerjanya. Ahh... hati kecilnya mula berkata-kata..alah paling teruk pon kau kena berdiri kat depan tiang bendera pastu nyanyi lagu Negaraku, masalahnya laratkah aku berdiri dalam keadaan begini?
"di sebabkan ni baru 1st time awak tak siapkan kerja saya, saya nak awak berdiri kan hujung pintu tu sampai habis waktu kelas saya" urggg......nasib badan.

Satu jam berlalu, badannya sudah mula berpeluh kakinya sudah mula menggeletar, tapi tetap cuba dia bertahan, seboleh mungkin dia tak mahu sesiapa sedar keadaan dirinya..

1 jam 15 minit... masih lagi bertahan..
1jam 20 minit pandangan dah berpinar..
1 jam 35 minit kejap lagi Hanna, bertahan..
1 jam 40 jari jemarinya mula menggeletar memicit dahinya... suara Miss Tassy sudah sayup2 dan.... bukkkk!! tubuhnya menghempas longlai ke lantai, pandangan gelap, dunianya sunyi....

Miss Tassy serba salah, tak sangka pula yang Hanna Naufal kurang sihat, dia terasa bertanggungjawab dengan situasi ini..

Tersedar dirinya berada di bilik rawatan di klinik yang terdapat di Universitinya. Dahinya berplaster, mungkin akibat terhentak dan terhantuk sesuatu. Terdengar suara orang bercakap-cakap tapi dia tak tahu siapa. Dia bangun perlahan, tiub yang tersalur ditangannya di sentapnya. Dan dia berlalu... tak ingin berlama di situ, tapi hanya beberapa langkah sebelum gerak lakunya disedari oleh seorang jururawat disitu... Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri, berkali-kali menyatakan dia sudah ok, tapi tiada siapa yang mengendahkan. Akhirnya tubuhnya disuntik sesuatu, dan rontaannya melemah, matanya makin memberat... dan akhirnya tertutup sepenuhnya.

Keputusan blood test yang diperolehi tadi membuatkan dia rasa seolah langit runtuh menghempap kepalanya. Dia sendiri tidak menduga seserious itu penyakitnya.

Mengapa mesti aku Ya ALLAH, mengapa diri ini tak pernah putus-putus Kau duga dan uji, Ya ALLAH berilah aku kekuatan dan ketabahan.. aku mohon.

**********

Hari itu, mereka merancang hendak berkelah di Port Dickson. Pada mulanya papanya setuju untuk turut serta, tetapi paginya tiba-tiba papa dapat emergency call, kata mama panggilan dari client syarikat papa. Akhirnya mereka meneruskan perjalanan tanpa papa. Pak Mael memandu tenang sambil Mak Chah becok bercerita itu dan ini... sesekali bersulam gelak tawa. Tiba di satu persimpangan, takdir tuhan, sebuah lori tiba-tiba hilang kawalan akibat tayarnya pecah dan akhirnya menghentam kenderaan mereka.. Segalanya terlalu pantas, Hanna Naufal kehilangan mereka sekelip mata, dan dia sendiri cedera parah, kehilangan banyak darah...

Cik Hanna Naufal Binti Nazril.. saya harap awak tabah dengan keputusan ujian ini, hasil dari pemeriksaan pada darah awak tempoh hari, setelah berkali-kali kami teliti, pihak kami dapati awak menghidap HIV positif.

Kata-kata doktor separuh umur itu menghancurlumatkan hati dan jiwanya. Dia tak nampak apa-apa jalan yang terbentang di hadapannya kini, kecuali kelam, gelap tak bercahaya, seolah dia dijatuhi hukuman mati mandatori bawah akta dadah 39b pon ada juga.

HIV atau nama panjangnya Human Immunodificiency Virus. Penyakit ini menyerang dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi menghalang penyakit dan virus ni secara tak langsung merosakkan sistem pertahanan badan. Itu yang Hanna tahu secara generalnya tentang penyakit ini. Paling lama pesakit akan bertahan mungkin 10 tahun mungkin 15 tahun bergantung kepada keadaan penghidapnya.

Langkah kakinya di atur ke pusara Puan Harissa, inilah yang sering dilakukan jika dalam gundah, "Assalamualaikum wbt, mama,... Hanna ada berita untuk mama, Tadi doktor sahkan Hanna menghidap HIV positive, mungkin sebab hasil pindah darah waktu Hanna kemalangan dulu, jadi maknanya tak lama lagi mungkin Hanna akan temankan mama, dan kita akan bersatu kembali" bicaranya perlahan pada pusara bisu itu. Dia tersenyum pahit, belajarlah terima takdir. Ingatan terputar pada satu hadis Rasulullah yang berbunyi "tiada ALLAH turunkan kepada seseorang itu dugaan sebagainya melainkan untuk menghapuskan dosanya laksana pohon kayu menggugurkan daunnya" (h.R. Muslim)

Astaghfirullahalazim... Hanna meraup wajahnya, aku sepatutnya bersyukur dengan dugaanMU.. maafkan aku ya ALLAH.
Malam itu dihabiskan dengan mengabdikan diri pada Sang Pencipta, mencari kembali semangat yang telah hilang, mengutip kembali serpihan-serpihan dirinya yang pernah berkecai lama dulu. Berkali-kali diletakkan kembali nilai rasional dalam hidupnya. mencuba dan mencuba dan akhirnya dia temui.. Ah... esok akan tetap menjadi milikku.. aku nak jadi kuat macam arwah mama, yang sentiasa tersenyum walaupun dalam luka..

************

"Assalamualaikum wbt... selamat pagi Miss"
"waalaikumussalam wbt... selamat pag.... tersentak Natasya melihat Hanna Naufal berdiri di belakangnnya sambil menghadiahkan senyuman manis.. Pelik!! biasanya budak ni muka kayu jea tapi kenapa hari ni ramah semacam? dia ada niat lain ke? berpura-pura baik.. jangan-jangan nak balas dendam kat aku sebab buat dia pengsan hari tu.. Natasya menelan liur dengan sangkaan sendiri..
"saya nak pulangkan sapu tangan miss dan nak say thanks sebab bawa saya pegi klinik hari tu" sapu tangan warna pink dihulurkan kearahnya.. lama matanya jatuh pada sapu tangan itu... ya memang miliknya, digunakan waktu menahan darah yang mengalir pada dahi Hanna Naufal hari itu. Perlahan dia mencapai sapu tangan yang telah dicuci bersih, matanya masih tak lari dari memandang wajah Hanna Naufal.
"saya mintak diri dulu miss... thanks again.." Hanna Naufal berlalu dengan senyum manis yang masih bergayut dibibir.
"aku mimpi ke ni?, peliknya budak tu, buang tebiat apa? masih terpinga-pinga.

Jari-jemarinya laju mendail nombor telefon Encik Nazril, terdengar deringan seketika, dan panggilan di angkat. "hello papa assalamualaikum wbt, Hanna ni, hari ni Hanna nak balik rumah papa, dah lama tak jumpa dengan mummy," tak sempat Encik Nazril mencelah talian dah diputuskan menyebabkan dia seolah diawang-awangan. Sungguh semenjak kemalangan itu dia jarang punya masa untuk anak gadisnya itu, apatah lagi isteri mudanya melahirkan anak kecil pada hari yang sama waktu kemalangan itu. Emergency call dari client hanyalah alasan semata-mata pada hari itu. Hakikatnya, panggilan dari isteri muda yang menyatakan mahu bersalin ketika itu. Sememang dia gembira, tapi kelahiran anak dengan isteri mudanya seolah berganti nyawa dengan arwah isteri tuanya. Sedih dalam gembira.

9 bulan berlalu.....

Terasa kesihatannya semakin merudum, walaupun mengambil ubat seperti yang ditetapkan. dia kini di semester akhir pengajiannya. Hanya satu dia pohon pada Yang Esa agar dia punya waktu menghabiskan degreenya. Tidak sekali pun dikhabarkan kepada encik Nazril tentang keadaan kesihatannya. Dia terbatuk-batuk perlahan, dalam situasi ini dia cuba mengelakkan diri berada di tempat awam.
Waktu yang tersisa.. entah berapa lama aku masih ada, mungkinkah sempat mungkinkah tidak aku menjejakkan kakiku atas podium menggenggam ijazahku. aku semakin tak berdaya.
"Mama kenapa namakan Hanna dengan nama "Hanna Naufal" mulutnya lincah bertanya, waktu tu dia baru berusia 7 tahun, dan mama tak pernah jemu melayannya.. "sayang nama sayang tu, Hanna berasal dari nama Harissa, nama mama, dan Naufal dari nama Nazril nama papa, kami gabungkan nama sayang sebagai bukti penyatuan cinta antara kami" panjang lebar mama menjawab walaupun dia belum berapa mengerti apa-apa ketika itu.
Ingatannya terlayar kembali masa lalu..

**********

Sudah 15 hari umat islam mengerjakan ibadah puasa, hari ni 15 ramadhan, jika hampir 4 tahun dulu, waktu-waktu begini mama mesti sudah sibuk mencuci pinggan mangkuk dalam almari, menukar langsir, membuat kek lapis kegemarannya yang kadang-kadang tak sempat raya sudah dihabiskan, tapi kini tiada lagi itu semua..

Dirasakan waktunya seolah semakin hampir. Kerinduan pada mamanya juga semakin menyala-nyala lewat ini. Sungguh hidupnya kini lebih terisi, punya kawan walaupun tak ramai, miss tassy yang mengambil berat, papa, mummy dan adiknya Daniela Isma yang semakin mesra. Semuanya mungkin sebab perubahan yang dia lakukan selepas hampir 3 tahun menjadi makhluk tak berperasaan.
Tangannya mencapai diari merah darah miliknya. Pantas laju jari-jemarinya menari mencoret bait-bait perjalan hidupnya..

Ketukan di pintu mematikan kerjanya..
"Masuk" dia memberi arahan..
Kelihatan Encik Nazril melangkah masuk..
"anak papa tak tidur lagi"
"belum lagi pa, belum mengantuk, ada apa-apa ke papa? dia bertanya
"Nothing cuma, tiba-tiba papa teringin nak say good night macam dulu-dulu pada hanna"
Lelaki separuh umur itu menghampirinya menghadiahkan kucupan di ubun-ubunnya.. "good night sayang, mimpi yang indah-indah"
Hanna Naufal menggetap bibir terasa seperti kembali waktu dulu... waktu yang terlalu dirindui..
"good nigth papa, i love u...." tangan itu diraih dan dikucup lembut...
Love u too sayang.....
"papa," dia memanggil lelaki yang hampir melepasi pintu biliknya..
"subuh nanti kalau Hanna tak turun sahur, tolong gerakkan Hanna tau"...
"ok sayang" Encik Nazril mengiyakan walaupun terbit sedikit hairan..

Hanna Naufal bangun, niatnya ingin menunaikan solat Isyak, dan solat sunat Taubat.. Itulah yang sering dilakukan..
***************

Innalillahiwainnailaihirojiun... dari ALLAH dia datang, kepadaNYA dia kembali..
Encik Nazril terjelepok lesu, mendengar ungkapan dari bibir Dr Razaleig, octor peribadi keluarganya..
Subuh tadi, dia mengetuk pintu bilik Hanna Naufal mengajak sahur, tetapi tiada sahutan.. dan alangkah terkejutnya melihat anak gadisnya kaku dalam sujudnya..Maafkan papa…Pergilah sayang… papa redha..
Waktu Yang tersisa,
Seolah sudah semakin tiada..
Aku sudah tidak berdaya menanggungnya kini..
Aku inginkan rehat yang abadi..
Aku inginkan lena yang panjang..
Waktu yang tersisa,
walaupun sedikit Cuma..
Syukran Ya ALLAH dengan segalanya..
Aku bahagia kini..
Maafkan aku semua..
terpaksa aku rahsiakan hal ini..
Aku tak mahu mengundang risau dalam diri kalian..
Maafkan aku semua..
Izinkan aku pergi dengan tenang…
Assalamualaikum wbt

Hanna Naufal Bt Nazril
Labyrinth
Kuala Lumpur April 26,2009 5.19am

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.