Cerpen : Benar Ke Dia Atiqah?

nasyadh amirah azmi"Kau janji yang kita akan jumpa lagi?",soal Sarah mahukan kepastian.Berat rasa hatinya mahu berpisah dari satu-satunya sahabat yang amat disayangi.Atiqah,sahabat yang telah dikenali sejak di tahun 1 sehingga kini mereka menjangkau umur 15 tahun akan mengikut keluarganya berpindah ke England.

"Aku janji,Sarah..kita kan sahabat sehidup semati..",ujar Atiqah sambil mengukir sekuntum senyuman buat sahabatnya.

Sarah hanya tersenyum hambar.Namun dia yakin yang Atiqah akan menepati janji.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

3 TAHUN KEMUDIAN
"Sarah!"laung Pn.Suraya.

"Ya mak!Sarah turun la ni!,"balas Sarah dari dalam biliknya.

"Ish budak ni...dah pukul berapa ni..karang lambat lagi pergi sekolah.."bebel Pn.Suraya lagi.Sarah,putri sulungnya kini sudah menjangkau 18 tahun,dan masih belajar di tingkatan 6.Sarah menolak tawaran melanjutkan pelajaran di universiti atas sebab yang tidak diketahui oleh Pn.Suraya.Namun diikutkan juga ragam permata hatinya itu.Sejak temannya Atiqah,berhijrah ke luar negara,Sarah bagaikan tidak bersemangat dalam aktiviti hariannya.Berbagai cara dilakukan agar dapat mengembalikan senyuman di wajah Sarah,Sarah yang ceria dan sentiasa tersenyum girang.Namun tidak berhasil.Derapan kaki di tangga membuatkan Pn.Suraya tersentak dari lamunan.Lantas senyuman manis diukir buat putri tercinta.

"Mari makan dulu Sarah,sebelum pergi sekolah,"ujar Pn.Suraya lembut.

"Baik mak,"balas Sarah sambil tersenyum hambar.

"Sayang,malam ni mak,ayah dengan adik tak balik tau.Kami tidur di rumah nenek.Nenek tak sihat.Sarah tak boleh ikut sebab Sarah kan ada exam esok kat sekolah,"terang Pn.Suraya.

"Sarah tak kisah mak.Mak jangan risau.Sarah boleh jaga diri."ujar Sarah.

"Nanti kalau Sarah nak apa-apa,Sarah minta kat makcik Ita kat rumah sebelah ok?Mak dah pesan kat makcik Ita suruh tolong tengok-tengokkan Sarah,"kata Pn.Suraya lagi.

Sarah mengangguk lemah.Selesai makan,Sarah mengucup tangan Pn.Suraya lantas berjalan kaki menuju ke sekolah.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

"Hari ni genap 3 tahun Atiqah pergi.Dulu dia rajin hantar surat dekat aku.Tapi sekarang,langsung tak ada khabar berita,"ujar Sarah sugul.Ketika itu,dia di dalam perjalanan pulang dari sekolah.

"Em..nak masak apa ya?Mak bukannya ada...ah!Nanti la fikir...,"keluh Sarah lagi.Sesampai di rumah,Sarah langsung melabuhkan dirinya di atas sofa.Tanpa sedar,dia terlena.

Bunyi bising dari luar membuatkan Sarah terjaga dari tidur.

"Ha?Pukul berapa dah ni?12 tengah malam?Astaghfirullah...lamanya aku tertidur.Dah lepas waktu maghrib pun.Nasib baik sekarang ni aku tengah 'cuti',"ujar Sarah.

Ketukan di pintu membuatkan Sarah tersentak.

"Siapalah yang datang tengah-tengah malam ni..hisy.."bebel Sarah sambil menuju ke arah tingkap bagi mengintai gerangan yang datang itu.Bagai tersentap jantung Sarah apabila melihat siapa yang berdiri dihadapan pintu rumahnya.

"ATIQAH!,"jerit Sarah di dalam hati.

Lantas terburu-buru Sarah menuju ke arah pintu dan sebaik sahaja pintu dibuka,terus didakap sahabat yang amat dirindui sejak sekian lama.Sarah menghamburkan tangisan yang telah sekian lama dipendam.Namun Sarah pelik dengan kelakuan Atiqah.Atiqah hanya tersenyum melihat Sarah.Dan yang paling ketara adalah wajah Atiqah yang amat pucat.Namun Sarah tidak mengendahkannya kerana
terlalu gembira dengan kehadiran Atiqah.

"Jom masuk!Aku sorang je kat rumah.Jom naik bilik aku.Aku ada banyak benda nak cerita dengan kau!,"ujar Sarah kegirangan lantas memimpin tangan sahabatnya ke tingkat atas menuju ke biliknya.Tanpa membuka lampu terlebih dahulu,Sarah menghenyakkan dirinya di atas katil.Namun Atiqah hanya berdiri dan merenung Sarah.

"Atiqah,jom la duduk dengan aku dekat sini.Yang kau duduk tercegat kat situ buat apa?"soal Sarah dengan ketawa yang masih bersisa.

Tiba-tiba...

"KRING,KRING,"kedengaran bunyi telefon dari aras bawah.

"Isy,siapalah pula yang telefon malam-malam ni?Em..mesti mak.Nak bagi macam-macam pesanan lah tu..."bebel Sarah.

"Em..Atiqah,aku turun kejap ya,nak jawab telefon,"jelas Sarah.

"Sarah...nanti lepas kau turun,boleh tak kau janji yang kau akan naik atas balik?"sayu suara Atiqah kedengaran.Walaupun aneh dengan sikap yang ditunjukkan Atiqah,namun Sarah tetap tersenyum seraya mengangguk memandang Atiqah.

"Aku janji,"ujar Sarah.

Lantas langkah kaki di atur laju menuju ke arah telefon di aras bawah.

"Assalamualaikum,Sarah bercakap,"ujar Sarah sambil tangannya memintal-mintal wayar telefon.

"Waalaikumsalam..Sarah?Ni aunty Tina.."ujar si pemanggil dalam nada suara yang sayu.Aunty Tina merupakan ibu kepada Atiqah.

"Aunty Tina?haha!Aunty!Rindu sangat dekat aunty!Kenapa balik tak beritahu?Atiqah ada dekat.."kata Sarah langsung terhenti apabila aunty Tian tiba-tiba bersuara.

"Atiqah dah tak ada sayang..Atiqah kemalangan petang semalam.Dia meninggal di dalam kejadian,"sejurus kemudian terdengar esak aunty Tina dari corong telefon.Bagai tersentap jantung Sarah mendengar berita tersebut.

"Atiqah dah tak ada??"rintih hati Sarah pula.Bagai tidak percaya dia mendengar perkhabaran itu.Satu-satunya sahabat dan jua teman yang paling disayangi sudah pergi meninggalkn dunia.Pergi yang takkan kembali.Tanpa sedar airmatanya menitis.Tiba-tiba dia teringat sesuatu,

"Kalau Atiqah sudah tak ada,jadi siapa yang duduk dalam bilik aku tu?"soal Sarah di dalam hati.Tangannya sudah mula menggeletar.Peluh sudah mula membasahi dahi.

"Aku dah janji yang aku akan naik.Aku akan kotakan janji aku.Aku perlu pastikan apa yang aku nampak!"bisik hati kecil Sarah.

Lantas Sarah mengatur langkah mendaki anak tangga.Sambil fikirannya ligat memikirkan pelbagai kemungkinan.Ketika sampai di hadapan pintu biliknya,Sarah bagaikan terkaku.Hatinya berbolak-bagi sama ada mahu membuka tombol pintu bilik tersebut atau tidak.Lantas,dengan tangan yang dibasahi peluh,Sarah memulas tombol pintu secara perlahan-lahan.Sarah tekejut apabila melihat 'Atiqah' sedang berdiri di depan katil dengan matanya masih tajam merenung Sarah.

"Sarah..aku rindu sangat dekat kau.."rintih 'Atiqah'.

"Ini bukan suara Atiqah.Suara Atiqah lembut,tapi Atiqah yang ada depan aku ini suaranya serak.Argh!Dia bukan Atiqah.Atiqah dah meninggal semalam!Tapi jasad yang berdiri depan aku ni jasad Atiqah.Wajah dia milik Atiqah.Wajah yang amat aku rindui.Tidak!Kenyataannya,Atiqah dah tak ada!Atiqah dah pergi menghadap Illahi!"bisik hati Sarah.Sarah bagai berperang dengan perasaannya sendiri.

"Er..A..a..Atiqah,a..a..ku turun kejap ya...aku nak k..e..dapur buat air..,"ujar Sarah dengan suara yang menggigil.'Atiqah' hanya merenung Sarah dengan pandangan sayu.Lantas laju langkah Sarah diatur menuju ke arah dapur.Tangannya menggeletar tatkala membuka peti sejuk.Otaknya semakin ligat berfikir.

"Kau dah tahu kan?"tiba-tiba kedengaran bisikan halus dari arah belakang Sarah.Botol Coca-cola yang dipegangnya jatuh ke lantai.Kelihatan 'Atiqah' sedang duduk di atas tangga sambil kepalanya ditundukkan ke bawah.

"Kau bukan Atiqah kan?Atiqah dah tak ada!Kau siapa?!"menggeletar suara Sarah menyusun kata.Tiba-tiba,'Atiqah' menangis.Lantas 'Atiqah' mula berjalan mengesot di atas lantai menuju ke arah Sarah.

"Kau tengok Sarah,kaki aku dah tak ada.Pemandu tu gilis kaki aku dengan kereta.Aku sedih Sarah.Waktu tu,aku nak sangat pergi jumpa kau,"rintih 'Atiqah' lagi.

"Atiqah,aku pun rindu sangat dekat kau,"rintih Sarah sambil menangis teresak-esak.

"Sarah,kau sayang aku kan?Kita dah janji nak bersama-sama kan?Kita dah berjanji nak sehidup semati kan?Jadi kau pun kena mati juga!"tiba-tiba suara 'Atiqah' bertukar garau,wajahnya mula berlumuran darah,kakinya pula hancur dan cebisan-cebisan daging yang kehitaman sudah mula membusuk.'Atiqah' mula mengesot laju ke arah Sarah.Wajahnya menyeringai sambil tidak lepas memandang Sarah.

Sarah terjelopok ke lantai.Kakinya bagai terkaku.Sarah tidak mampu berbuat apa-apa.

"Atiqah,jangan..tolonglah Atiqah.."rintih Sarah lagi.'Atiqah' semakin hampir.Tiba-tiba,

"CUT!!"kedengaran suara Ahmad Adham dari kerusi direktor.

"Bagus-bagus!Nice cut!"girang suara pengarah muda itu kedengaran.

"Kita sambung shooting esok memandangkan semua dah penat ok..lepas kemas,semua boleh balik,"laung Ahmad Adham lagi jelas menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pengarah filem.

"Haha!Realla lakonan kau Sarah,"ujar Atiqah sambil menepuk lembut bahu rakannya.

"Alah,kau pun sama,"ujar Sarah sambil tersenyum.

"Tak sangka kan,kita terpilih jadi pelakon bagi filem terbaru Ahmad Adham,'SAHABAT SEHIDUP SEMATI'.Tak sia-sia kita pergi 'audition' kan?"ujar Sarah lagi.

"Ya!Mesti cita-cita kita nak jadi pelakon akan tercapai,aku yakin.."ujar Atiqah girang.

"Yup!"balas Sarah sambi tersenyum.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.